Anda di halaman 1dari 17

SEJARAH MALAYSIA

Jelaskan peranan dan sumbangan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran


di Tanah Melayu pada tahun 1930-an

Pendahuluan

Nasionalisme ialah perasaan cinta akan bangsa dan tanah air yang membawa kepada pembebasan kuasa
politik, cengkaman ekonomi dan budaya asing.
Golongan intelektual memainkan peranan penting dalam memberikan kesedaran kepada orang Melayu
dalam mempertahankan hak-hak mereka sendiri dengan cara memajukan diri dalam bidang politik dan
pendidikan sekitar tahun 1930-an.

Isi-isi Penting

a) Peranan Golongan Intelektual


Terdapat 3 jenis golongan intelektual yang memainkan peranan penting dalam memberikan
kesedaran di Tanah Melayu, iaitu golongan yang mendapat pendidikan Islam, berpendidikan Melayu
dan berpendidikan Inggeris.
Salah seorang intelektual yang mendapat pendidikan di Timur Tengah iaitu Syed Syeikh al-Hadi
menyentuh soal agama Islam dan masyarakat Melayu. Beliau memikirkan pembaharuan Islam
merupakan suatu keperluan untuk menyelesaikan kelemahan orang Islam.
Pada pertengahan abad ke-20, golongan intelektual berpendidikan Melayu dan Inggeris mula
memainkan peranan penting. Intelektual berpendidikan Inggeris seperti Raja Chulan, Dato Onn
Jaafar, dan Muhammad Eunos bin Abdullah telah menyedarkan orang Melayu tentang perlunya
meningkatkan ekonomi orang Melayu supaya dapat bersaing dengan kaum lain.
Golongan intelektual memainkan peranan ke arah pembentukan persatuan-persatuan dan kelab-
kelab. Penubuhan persatuan-persatuan ini amat penting untuk memperjuangkan hak-hak orang
Melayu, tambahan pula orang Cina juga menuntut hak yang sama. Tuntutan orang Cina ini telah
menyebabkan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) membuka cawangan di Melaka dan Pulau Pinang.
Mereka juga bertindak sebagai guru dalam menyalurkan ilmu pengetahuan dalam kalangan
masyarakat Melayu.
Golongan intelektual menyuntik semangat nasionalisme dan semangat juang dalam menentang
penjajah.

b) Sumbangan golongan intelektual


Golongan intelektual berpendidikan Islam telah membawa satu perubahan dengan mencadangkan
kesederhanaan dalam aspek mengejar akhirat dan kemajuan dunia. Orang Islam diminta
memperbaiki ekonomi mereka supaya tidak terus berada dalam kemunduran.
Menerbitkan akhbar dan majalah serta menggerakkan pendidikan di madrasah dalam usaha untuk
menyedarkan kepentingan ilmu.
Golongan intelektual berpendidikan Inggeris telah menggalakkan pertumbuhan persatuan-persatuan
dan kelab-kelab seperti Persatuan Melayu Perak pada 1936, Persatuan Melayu Pahang, dan Persatuan
Melayu Negeri Sembilan pada 1938.
Mereka juga memainkan peranan penting menyatu dan menggalakkan orang Melayu meningkatkan
taraf ekonomi mereka supaya dapat memperjuangkan hak mereka daripada British.

Kesimpulan
SEJARAH MALAYSIA

- Golongan intelektual memainkan peranan penting dalam mewujudkan perpaduan orang Melayu dengan
meningkatkan taraf hidup mereka.
- Golongan intelektual berpendidikan Melayu, bertindak lebih radikal bagi berjuang untuk membebaskan Tanah
Melayu daripada cengkaman British.

Bincangkan perkembangan dan peranan persatuan-persatuan Melayu dari tahun


1926 hingga tahun 1937.

Pendahuluan
SEJARAH MALAYSIA

Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu yang muncul pada awal abad ke-20 dimulai oleh golongan intelek agama
yang berpendidikan Timur Tengah yang dikenali sebagai Kaum Muda pada tahun 1906.
Antara tahun 1926 hingga 1937, gerakan nasionalisme semakin berkembang dengan penubuhan persatuan dan
kelab Melayu yang dipimpin oleh golongan intelek Melayu berpendidikan Melayu dan Inggeris.
Perjuangan melalui persatuan dan kelab ini lebih teratur dan menarik sokongan rakyat. Dalam jangka pendek,
kegiatan berpersatuan lebih bercorak budaya, agama dan sosial manakala dalam jangka panjang lebih bersifat
politik.

Isi-isi Penting

a) Kesatuan Melayu Singapura (1926)


Ditubuhkan pada tahun 1926 di Singapura. Pengasas dan pemimpin ialah Muhammad Eunos Abdullah,
Tengku Abdul Kadir dan Embok Suluh.
Tujuan KMS
- Memajukan sosioekonomi orang Melayu.
- Menyedarkan orang Melayu tentang kepentingan pendidikan
- Mengingatkan orang Melayu tentang kepentingan melibatkan diri dalam politik dan hak kebebasan
- Menyedarkan orang Melayu tentang kesan penjajahan.
Kejayaan KMS
- Menawarkan biasiswa kepada anak-anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran
- Memperoleh tanah seluas 251 hektar daripada British (Kampung Melayu di Singapura 1928)
- Memperjuangkan wakil Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri Selat
- Penubuhan Sekolah Pertukangan Orang Melayu Singapura pada tahun 1929.
Pada tahun 1937, cawangan KMS terdapat di Melaka dan Pulau Pinang. KMS merupakan sebuah kesatuan
yang sederhana dan tidak menentang British. KMS juga menjadi perantara antara orang Melayu dengan
kerajaan Negeri-Negeri Selat.

b) Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) (1934)


Ditubuhkan pada tahun 1934 oleh golongan intelek berpendidikan Melayu.
Merupakan pertubuhan sosial kebajikan
Tumpuan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan.
Cogan kata PASPAM adalah Hidup Bahasa Hiduplah Bangsa
Pemimpin utama ialah Syed Alwi, S.M zainal Abidin, Sheikh Abdullah al-Maghribi, dan Hamidun bin Mohd.
Hashim.
Aliran perjuangan pada peringkat awal lebih kepada pertubuhan kesusasteraan Melayu pro-Kaum Muda,
tetapi selepas pesidangan kali pertama pada 11 November 1934, perjuangan lebih kepada memperbaiki
kedudukan sosioekonomi orang Melayu
Saranan PASPAM adalah untuk menyeru orang Melayu supaya lebih rajin di samping berusaha mencapai
kemajuan dan perpaduan.
Perpecahan dalam PASPAM berlaku kerana orang Melayu berasa curiga terhadap golongan Arab dan India-
Muslim
c) Persatuan Melayu Perak
Ditubuhkan pada tahun 1937 di Ipoh, Perak. Seramai 90 peratus dpd ahlinya terdiri dpd kakitangan
kerajaan. Pemimpin utama ialah Wan Mohd. Nur bin Wan Nasir dan Dr. Kassim
Antara yang diperjuangkan adalah utk membaiki taraf sosial dan ekonomi orang Melayu, memelihara
nasib orang Melayu, mengeratkan kerjasama antara orang Melayu, meningkatkan taraf pendidikan, dan
mengamalkan dasar bekerjasama dengan British.
SEJARAH MALAYSIA

Kesimpulan
- Gerakan nasionalisme melalui persatuan semakin berkembang sehingga zaman pendudukan Jepun.
- Selepas Perang Dunia Kedua, perjuangan orang Melayu lebih terarah kepada UMNO sehingga kemerdekaan
Tanah Melayu.

Bincangkan sistem pemerintahan Malaysia sehingga tahun 1963.

Pendahuluan

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi teras Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia selepas
mencapai kemerdekaan.
Pentadbiran Malaysia terdiri daripada badan perundangan, badan eksekutif, dan badan kehakiman.
Ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agung.
SEJARAH MALAYSIA

Isi-isi Penting

a) Badan Perundangan
i. Peringkat Persekutuan
o Sistem kerajaan Malaysia berasaskan perlembagaan seperti perlembagaan Britain dan India.
o Ketua negara ialah Yang di-Pertuan Agung.
o Yang di-Pertuan Agung bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.
o Parlimen Malaysia terdiri daripada Yang di-Pertuan Agung, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
o Perlembagaan boleh diubah dengan sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat.

Yang di-Pertuan Agung


o Yang di-Pertuan Agung dipilih oleh Majlis Raja-raja daripada kalangan sembilan orang sultan Melayu.
o Sebagai ketua negara, baginda mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan lain dalam
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah di
Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.
o YDA memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.
o Baginda juga boleh mengisytiharkan undang-undang tentera atau darurat.

Dewan Negara
o Merupakan majlis tertinggi Parlimen.
o Tugas utama adalah membahaskan rang undang-undang yang dikemukakan oleh Dewan Rakyat.
o Dewan Negara mengandungi 70 orang ahli yang dipilih dan dilantik. Sebanyak 26 orang ahli dipilih oleh
Dewan Undangan Negeri dan 44 orang ahli dilantik oleh YDA.
o Ahli Dewan Negara berkhidmat sebagai anggota Dewan selama tiga tahun.

Dewan Rakyat
o Dewan Rakyat terdiri dpd 222 orang wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya.
o Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang.

b) Badan Eksekutif
Badan eksekutif memainkan peranan menjalankan dasar-dasar pentadbiran kerajaan.
Pentadbiran kerajaan terbahagi kepada peringkat Persekutuan, Negeri dan Tempatan.

i. Pentadbiran kerajaan pusat


Pentadbiran peringkat Persekutuan dijalanan oleh Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh
Perdana Menteri.
Perdana Menteri bertanggungjawab memimpin kerajaan dan menjalankan pentadbiran dengan licin dan
teratur.
Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri dengan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri.
SEJARAH MALAYSIA

Tugas-tugas eksekutif Kerajaan Persekutuan dijalankan oleh beberapa buah kementerian, jabatan dan
badan berkanun yang diwujudkan.
Kementerian diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen,
Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Kementerian, Pegawai Kementerian dan kakitangan yang dikenali
sebagai pegawai kerajaan.

ii. Pentadbiran kerajaan negeri


Kuasa eksekutif peringkat negeri terletak pada Sultan/ Raja/ Yang Dipertuan Besar atau Yang Dipertua
Negeri.
Kuasa tersebut dijalankan oleh Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO).
Diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri yg dilantik oleh Sultan/ Raja/ Yang Dipertuan Besar atau
Yang Dipertua Negeri.
Di Sabah, majlis ini dipanggil Kabinet Negeri dan di Sarawak dipanggil Majlis Tertinggi.
Menteri Besar/ Ketua Menteri dan ahli Majlis Mesyuarat Negeri bertindak sebagai pembuat dasar
pentadbiran kerajaan negeri.
Tertakluk kepada senarai negeri dan senarai bersama yang diperuntukkan oleh perlembagaan.
Pentadbiran meliputi tanggungjawab hal ehwal tanah dan galian, air, agama, dan pertanian.
Di peringkat daerah, pentadbiran diketuai oleh Pegawai Daerah.

iii. Pentadbiran kerajaan tempatan


Kerajaan tempatan terdiri daripada Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.
Majlis Perbandaran diketuai oleh seorang Yang Dipertua dan ditadbir oleh sebuah majlis yang dilantik oleh
Kerajaan Negeri.
Fungsi utama kerajaan tempatan ialah memberi tumpuan kepada pembangunan sosioekonomi.

c) Badan Kehakiman
Bertanggungjawab menjalankan kuasa-kuasa kehakiman yang dilaksanakan oleh pihak mahkamah.
Kuasa kehakiman terletak pada dua buah mahkamah tinggi (Tanah Melayu dan Borneo) dan beberapa buah
mahkamah rendah.
Mahkamah mempunyai bidang kuasa besar dalam bidang perundangan dan eksekutif.
Mempunyai kuasa menaksir perlembagaan dan undang-undang, mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan
tidak sah di sisi undang-undang, dan mengisytiharkan sesuatu undang-undang persekutuan dan negeri tidak
sah dan batal.

Kesimpulan
- Sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga 1963 memperlihatkan pembahagian kuasa yang
sistematik dan berjalan lancar.
- Kelancaran sistem pemerintahan membawa kemakmuran sosioekonomi negara.

Huraikan keanggotaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam Parlimen di


Malaysia.

Pendahuluan

Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi yang diberi kuasa menggubal dan meluluskan unang-
undang pada peringkat persekutuan.
Parlimen akan bersidang apabila dipanggil oleh Yang Di-Pertuan Agung.
SEJARAH MALAYSIA

Parlimen akan kekal selama lima tahun dpd tarikh mesyuaratnya yg pertama.
Komponen utama Perlimen ialah YDA, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Isi-isi Penting

a) Dewan Rakyat
i. Konsep
- Dewan Rakyat ialah komponen ketiga dalam Parlimen Malaysia.
- Tempat rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-
wakil mereka.
- Ahli Dewan Rakyat dipilih menerusi sistem pilihan raya pelbagai parti.
- Ahli Dewan Rakyat tidak boleh mewakili dua buah kawasan Dewan Rakyat atau menjadi ahli Dewan
Negara dan ahli Dewan Rakyat dalam tempoh waktu yang sama, atau menjadi ahli Dewan Negara
mewakili dua buah negeri atau menjadi ahli Dewan Negara secara pelantikan dalam tempoh waktu
yang sama.

ii. Keanggotaan
- Mengikut Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Rakyat hendaklah dianggotai oleh 209 orang
ahli dpd 13 buah negeri dalam Persekutuan, 11 orang ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli Wilayah Persekutuan Putrajaya.
- Setiap warganegara yang bermaustatin di Persekutuan Malaysia adalah layak menjadi ahli Dewan
Rakyat.
- Berumur tidak kurang dpd 21 tahun, waras fikiran, bukan seorang muflis, tidak memegang sebarang
jawatan berpendapatan, tidak mempunyai rekod jenayah dan telah menyerahkan apa-apa penyata
perbelanjaan pilihan raya sebelum ini jika pernah bertanding.
- Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di
hadapan yang Dipertua Dewan Rakyat. Ahli bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat
menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli dewan sebaik yang mungkin dan taat setia pada
Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan. Tempoh ahli Dewan Rakyat
tamat apabila Parlimen dibubarkan.
- Dewan Rakyat terdiri dpd Yang Dipertua, Setiausaha yagn dilantik oleh YDA dan wakik-wakil rakyat.

b) Dewan Negara
i. Konsep
Dewan Negara ialah komponen kedua dalam Parlimen Malaysia.
Merupakan majlis tertinggi atau senat
Ahli Dewan Negara digelar senator.

ii. Fungsi
Membahaskan rang undang-undang dengan lebih halus dan terperinci dan membincangkan perkara-
perkara yang berkaitan dengan kepentingan umum.
Mengikut Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu
rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada YDA utk
diperkenankan.
Namun mempunyai kuasa untuk menangguhkan sesuatu rang undang-undang sebagaimana yang tercatat
di bawah perlembagaan tersebut.
SEJARAH MALAYSIA

iii. Keanggotaan
Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 45, Dewan Negara hendaklah dianggotai 70 orang ahli.
Keanggotaan ini hendaklah terdiri dpd 26 orang ahli yang dipilih dari 13 buah negeri, iaitu dua orang wakil
dari setiap negeri dan dicalonkan oleh Dewan Undangan Negeri dpd bukan kalangan ahli Dewan.
44 orang ahli lagi dilantik oleh YDA termasuk dua dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, satu dari
Wilayah Persekutuan Putrajaya dan daru dari Wilayah Persekutuan Labuan.
Mereka yang dilantik biasanya merupakan orang yang telah berjasa cemerlang dalam perkhidamatan
awam atau telah mencapai tahap kepujian dalam lapangan professional, perundangan, perusahaan,
pertanian, kegiatan kebudayaan atau perkhidmatan masyarakat atau yang mewakili kaum-kaum minority
atau yang mempunyai kebolehan mewakili kepentingan orang asli.
Seseorang ahli Dewan Negara akan memegang jawatan selama tiga tahun iaitu satu penggal dan tidak
terbatal keahlian dengan pembubaran Parlimen. Tempoh maksimum jawatan ahli adalah selama enam
tahun, iaitu dua penggal.
Kelayakan bagi seseorang ahli Dewan Negara mestilah warganegara Malaysia, berumur 30 tahun ke atas
dan dicalonkan oleh Dewan Undangan Negeri atau dilantik oleh YDA.
Setiap ahli Dewan Negara akan mengangkat sumpah sebelum mengambil tempatnya di Dewan Negara.

Kesimpulan
- Keanggotaan Dewan Negara dan Dewan Rakyat perlu memenuhi syarat dan peruntukan yang telah dinyatakan
dalam Perlembagaan Persekutuan.
- Kedua-dua Dewan memainkan peranan penting dalam proses perundangan dan menegakkan sistem demokrasi
di Malaysia.

Bincangkan matlamat dan strategi Dasar Pertanian Negara dalam memenuhi


keperluan ekonomi negara.

Pendahuluan

Pada 12 Januari 1984, kerajaan telah melancarkan Dasar Pertanian Negara (DPN) untuk memulihkan sektor
pertanian.
Dasar ini juga dijadikan sebagai garis panduan kepada kerajaan dan pihak swasta dalam meningkatkan lagi
sektor pertanian.
Tiga buah dasar telah digubal bagi menjayakan dasar ini, iaitu Dasar Pertanian Pertama (1984-1991), Dasar
Pertanian Kedua (1992-1998) dan Dasar Pertanian Ketiga (1998-2010)
SEJARAH MALAYSIA

Isi-isi Penting

a) Matlamat
DPN disusun sebagai garis panduan pembangunan pertanian untuk meningkatkan pendapatan dpd
sumber pertanian melalui penggunaan sumber-sumber negara dgn lebih cekap dan mempergiatkan
semula sektor pertanian secara keseluruhan.
DPN juga menggariskan pendekatan bersepadu yang tidak berasaskan sesuatu komoditi tertentu
serta memastikan persaingan dalam penggunaan sumber-sumber tanah dan buruh.
Untuk memaksimumkan pendapatan para pengusaha melalui peningkata daya pengeluaran supaya
kadar kemiskinan dapat dikurangkan dan taraf hidup keluarga boleh diperbaiki.
Akhir sekali, adalah untuk meningkatkan hasil serta mutu komoditi yg mempunyai potensi besar
untuk dieksport atau dijadikan bahan gentian import serta komoditi terpilih untuk bahan makanan
dan perindustrian.

b) Strategi
i. Pembukaan tanah baharu
Dilaksanakan oleh agensi berkanun spt FELDA dan MARDI, pihak berkuasa pembangunan wilayah,
dan kerajaan negeri.
Bermatlamat utk menyediakan peluang pekerjaan, mewujudkan amalan pertanian yg ekap serta
menyeimbangkan taburan penduduk.
Selain itu, meningkatkan lagi tanaman eksport dan membolehkan mereka yang tidak mempunyai
tanah dapat memiliki tanah.

ii. Pembangunan in-situ


Tujuan untuk menambah daya pengeluaran pertanian dengan memperbaiki kemudahan-
kemudahan infrastruktur, penanaman semula pertanian, menyelesaikan permasalahan tanah yang
kurang ekonomi serta meningkatkan produktiviti petani.
Selain itu, memulihkan kawasan yang berproduktiviti rendah dengan menyediakan kemudahan
kredit, meningkatkan penggunaan teknologi moden, serta khidmat pemasaran dan penyelidikan.
Dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian
KEMUBU (KADA), dan Perbadanan Pembangunan Wilayah.

iii. Perkhidmatan Sokongan


Menyediakan perkhidmatan spt penyelidikan gunaan dalam bidang pembangunan bahan komoditi
bagi menambah hasil dan mutu pengeluaran serta menjalankan usaha mengubah sikap petani
untuk menjadi petani moden.
Memperbaiki kaedah pemasaran, menyediakan subsidi, latihan dan penubuhan syarikat kerjasama.
Strategi ini mendapat bantuan Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, FAMA dan PORIM.

iv. Pembangunan industri asas tani


Penjenamaan semula produk-produk biasa Industri Kecil dan Sederhana kepada winning products,
iaitu produk yang akan mendapat sambutan hangat di pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa.
Contohnya, meningkatkan kualiti dan pembungkusan yang lebih menarik.
SEJARAH MALAYSIA

Produk yang terlibat ialah sos dan spreads, snek, snek sejuk beku, dan minuman.

v. Penglibatan sektor swasta dan kerajaan


Kementerian Pertanian telah mengelolakan dan menyelaras projek penswastaan pertanian.
Kerajaan pula menyediakan pelbagai insentif khas bagi projek pengeluaran makanan spt Akta Cukai
Pendapatan 1967, taraf perintis, insentif eksport dan sebagainya.

Kesimpulan
- Matlamat dan strategi yang dilaksanakan adalah selari dan dapat meningkatkan hasil pertanian negara dan
meningkatkan eksport negara.
- Kesannya berlaku peningkatan taraf hidup masyarakat petani.

Bincangkan dasar pendidikan di Malaysia dari tahun 1956 hingga tahun 1979.

Pendahuluan

Pendidikan di Malaysia mengalami perkembangan dan perubahan dasar semenjak merdeka hingga tahun
1979.
Perkembangan pendidikan ini sejajar dengan dasar pendidikan tanah air yang sesuai dengan kehendak zaman
tersebut.

Isi-isi Penting

c) Penyata Razak
SEJARAH MALAYSIA

Penyata Razak diperkenalkan pada tahun 1956 dan menjadi asas kepada sistem pendidikan di
Malaysia sehingga tahun 1960.
Antara cadangan Penyata Razak ialah
- Sekolah rendah dibahagikan kpd 2 jenis, iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan yang
menggunakan BM sebagai bahasa pengantar dan sekolah rendah jenis kebangsaan yg
menggunakan BC dan Tamil sebagai bhs pengantar. BM dan BI dijadikan bahasa yang wajib
dipelajari di kedua-dua sekolah itu.
- Murid keturunan Cina dan India dibenarkan mempelajari bahasa ibunda masing-masing jika
terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar.
- Satu jenis sekolah menengah kebangsaan diwujudkan dengan BM dan BI wajib dipelajari.

d) Penyata Rahman Talib 1961 dan Akta Pelajaran 1961


Penyata ini memperakukan Penyata Razak dan mengesyorkan cadangan-cadangan dpd Penyata Razak
yang perlu dilaksanakan.
Antaranya,
- Pelajaran rendah percula selama sembian tahun.
- Kenaikan darjah secara automatic, iaitu darjah 1 sehingga tingkatan 3.
- Peperiksaan penilaian sekolah rendah
- Pelajaran teknik dan vokasional diperluaskan
- Peralihan bahasa pengantar.
Akta Pelajaran 1961 menetapkan penggunaan satu kurikulum yg sama utk semua sekolah yang
berlainan aliran. Hal ini bertujuan utk mewujudkan perpaduan kaum di negara ini.
Akta ini menetapkan bahawa BM digunakan sepenuhnya di semua peringkat pengajian, iaitu dari
sekolah rendah ke institusi pengajian tinggi. Kanak-kanak perlu mendapatkan pendidikan wajib
sehingga berumur 15 tahun.

e) Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979


Menurut laporan tersebut, pendidikan negara ini adalah unutk mencapai perkembangan murid yang
menyeluruh dan seimbang dalam aspek kognitif dan rohani.
Laporan jawatankuasa ini dibentuk hasil dpd maklum balas dan laporan Jawatankuasa Kabinet tahun
1979.

Kesimpulan
- Pendidikan Malaysia mengalami perkembangan dan perubahan dasar.
- Setiap dasar digubal mengikut keperluan sosioekonomi dan politik masyarakat di Malaysia.

Bincangkan sembilan cabaran yang perlu diatasi rakyat Malaysia bagi


merealisasikan Wawasan 2020.

Pendahuluan

Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun
2020.
Idea ini dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia keempat, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad.
Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara industri yang maju dan
standing dengan negara maju yang lain.
SEJARAH MALAYSIA

Dalam mencapai gagasan ini, beberapa perkara asas diberi keutamaan, iaitu perpaduan rakyat, kestabilan
politik, ketinggian taraf hidup, kekukuhan nilai moral dan etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian
maruah bangsa serta semangat yakin diri.

Isi-isi Penting

a) Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu


Perpaduan merupakan asas kekuatan sesebuah negara.
Dicapai melalui dasar kerajaan
Misalnya, Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan
Kebangsaan, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

b) Masyarakat Malaysia perlu berjiwa bebas dan berkeyakinan diri


Masyarakat Malaysia juga perlu berasa bangga dengan pencapaian negara dan gagah menghadapi
sebarang masalah.
Hal ini kerana bangsa yang gagah mampu memajukan negara dan mengangkat martabat bangsa serta
negara.
Musuh negara mudah ditangkis
Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.

c) Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang


Masyarakat Malaysia perlu memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan dan menggunakan hak-hak
demokrasi dengan sewajarnya.
Segala perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin disalurkan melalui
saluran-saluran tertentu.

d) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika


Masyarakat perlu diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dan kepatuhan kepada agama.
Selain itu, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang dan kekeluargaan juga merupakan sumber
pembinaan masyarakat yang bermoral dan beretika.
Dicapai melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan memberi penekanan kepada usaha
melahirkan insan berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis.

e) Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi


Masyarakat yang matang mampu berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu.
Malahan mereka juga membebaskan diri dpd fahaman sempit dan berfikiran terbuka untuk sedia
menerima perubahan dan pandangan orang lain.

f) Membina masyarakat yang maju dan saintifik


Masyarakat yang maju ialah masyarakat yang progresif yang dapat menyerap segala perubahan
sekitarnya untuk membina kecemerlangan.
Penguasaan ilmu pengetahuan bertunjangkan sains dan teknologi merupakan ukuran kemajuan
sesuatu bangsa.
Oleh itu, masyarakat yang mempunyai budaya ilmu dapat menjana produktiviti dan amalan kreatif
serta inovatif.
SEJARAH MALAYSIA

g) Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang


Masyarakat penyayang akan menjalani kehidupan masyarakat bermuafakat, saling memahami dan
menghormati, bekerjasama dan saling membantu.
Mereka juga tidak bersifat individualistik dan meletakkan kepentingan masyarakat lebih dpd
kepentingan diri.
Kasih sayang dalam masyarakat bermula dengan kasih sayang dalam keluarga.
Oleh itu, asas pembentukkan masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, kasih sayang
dalam kekeluargaan dan mengamalkan budaya tradisi yang penuh dengan nilai-nilai murni.

h) Menjamin masyarakat yang adil dan saksama dalam ekonomi


Kemajuan ekonomi yang hanya dikuasai oleh kelompok tertentu dalam masyarakat akan
menimbulkan rasa tidak puas hati dan mencetuskan rusuhan kaum. Contohnya Peristiwa 13 Mei
1969.
Kerajaan melaksanakan pelbagai dasar ekonomi unutk menjamin keadilan dan meningkatkan taraf
hidup rakyat seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Rancangan Pembangunan Luar Bandar,
Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.

i) Memupuk dan membina masyarakat makmur


Masyarakat yang mekmur ialah masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf
hidup yang tinggi.
Tiada ahli masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan
Selain itu, pendapatan isi rumah dan pendapatan negara juga berada pada tahap yang tinggi.

Kesimpulan
- Masyarakat Malaysia mampu menangani Sembilan cabaran Wawasan 2020.
- Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dalam semua bidang akan merealisasikan Wawasan 2020.

Huraikan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


sehingga tahun 1990-an.

Pendahuluan

Malaysia menjalinkan hubungan luar negara atas dasar mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan sera
memastikan kesejahteraan social ekonomi negara.
Dari tahun 1957 hingga tahun 1990-an, penglibatan Malaysia banyak memberi manfaat kepada PBB dan juga
negara.

Isi-isi Penting

a) Sumbangan
i. Perjuangan isu dunia
SEJARAH MALAYSIA

Malaysia menyuarakan pandangan untuk memulihkan keamanan antarabangsa dengan


mengecam peperangan terhadap negara lain.
Misalnya, mengecam tindakan Republik Rakyat China yang telah mencabul kedaulatan Tibet
pada tahun 1959.
Malaysia juga menyuarakan pendpat bahawa Israel mesti memulangkan tanah Palestin dan
rakyat Palestin berhak untuk pulang ke tanah air mereka.

ii. Ketenteraan
Menghantar bantuan ketenteraan ke negara luar sebagai pengaman dan pemerhati.
Antaranya, misi pengaman PBB di Congo pda bulan Oktober 1960 di bawah Malaysia Special
Forces Congo (UNOC). Misi ini melibatkan 3 000 orang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di
bawah panji PBB.
Membantu Rhodesia (Zimbabwe) dan Namibia mencapai kemerdekaan.
Menghantar pasukan pengaman pendamai ke SSomalia (UNOSOM) pada tahun 1993. Seramai
870 orang anggota tentera dari 19 RAMD (mekanis) ditempatkan untuk bertugas di Mogadishu
mulai 18 Jun 1993. Anggota tentera Malaysia bertempur untuk menyelamatkan askar Renjer
Amerika Syarikat yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu pada 3 dan 4 Oktober 1993 dan
berjaya menyelamatkan 75 Renjer Amerika Syarikat.

iii. Sosial
Mengemukakan cadangan untuk mengatasi masalah sejagat seperti penyalahgunaan dadah.
Buktinya, persidangan antarabangsa diadakan di Vienna, Austria pada bulan Jun 1987 dan Tun Dr
Mahathir Mohammad telah menjadi Presiden Persidangan tersebut.
Menjadi jurucakap bagi Dunia Ketiga dalam Persidangan Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada
tahun 1992 dan Persidangan Kemuncak Bumi pada tahun 1998 tentang isu alam sekitar. Malaysia
memperjuangkan bahawa kekayaan di Antartika milik semua negara di dunia.

b) Manfaat
i. Jawatan dalam PBB
Diberi penghormatan memegang jawatan penting dalam badan PBB
Antaranya menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan bagi tempoh 1965 -1966 dan 1989
1990 serta menjadi Pengerusi Majlis Keselamatan PBB selama sebulan pada bulan Mei 1965.
Pelantikan Tan Sri Razali Ismail sebagai Presiden Perhimpunan Agung PBB bagi tempoh
1996/1997 dan wakil Malaysia telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bank Dunia dan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada tahun 1998.
ii. Politik
Malaysia mendapat bantuan semasa mengadakan pungutan suara di Sabah dan Sarawak.
Konfrontasi Indonesi dan Malaysia diselesaikan melalui Majlis Keselamatan PBB pada tahun
1963.
Isu tuntutan terhadap Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan antara Malaysia dengan Indonesia dirujuk
pada Mahkamah Pengadilan Antarabangsa pada tahun 1998.
SEJARAH MALAYSIA

iii. Sosioekonomi
Malaysia mendapat bantuan daripada UNESCO untuk meningkatkan taraf pendidikan dan
penyakit/
Menerima bantuan ekonomi dari Bank Dunia untuk pembangunan negara.

Kesimpulan
- Penglibatan Malaysia dalam PBB telah membolehkan Malaysia melaksanakan tanggungjawab di peringkat
antarabangsa.
- Malaysia turut mendapat manfaat dengan pembangunan ekonomi dan keselamatan negara terjamin.

Bincangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan ASEAN dari tahun 1967


sehingga tahun 1997.

Pendahuluan

Pada 7 Ogos 1967, Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia dan Thailand telah mewujudkan suatu gabungan
yang dikenali sebagai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau ASEAN.
Keanggotaan ASEAN bertambah dengan kemasukan Brunei, Vietnam, Laos dan Myanmar dan akhir sekali
Kemboja.
ASEAN ditubuhkan untuk mengeratkan kerjasama dalam semua bidang terutama dalam bidang ekonomi,
kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran.
Penglibatan Malaysia dalam ASEAN melibatkan bidang politik, ekonomi dan sosial.

Isi-isi Penting

a) Politik
SEJARAH MALAYSIA

Mencetuskan idea penubuhan ASEAN.


Malaysia merupakan negara terawal yang menyedari kepentingan kerjasama serantau di Asia
Tenggara.
Kesedaran ini timbul daripada scenario politik, ekonomi dan sosial rantau Asia Tenggara yang
baru mencapai kemerdekaan. Pelbagai permasalahan polirik dan ekonomi yang tidak seimbang
telah berlaku dalam negara-negara rantau Asia Tenggara.
Ditambah pula dengan kebimbangan pengaruh komunis dan teori Domino yang melanda rantau
Asia.
Maka idea Malaysia telah menjadi pengorak langkah kepada penubuhan ASEAN pada tahun
1967.

b) Konsep ZOPFAN
Idea zon aman, bebas, dan berkecuali atau ZOPFAN dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia,
Tun Abdul Razak bin Hussein semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur
pada bulan November 1971.
Dalam mesyuarat ini, Deklarasi Kuala Lumpur telah ditandatangani. Bertujuan untuk
mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan tidak
bersekongkol dengan mana-mana kuasa besar sama ada dari blok Barat atau blok Timur.
Konsep ini berjaya menghalang penyebaran ideologi dan Teori Domino merebak ke rantau Asia
Tenggara selepas Perang Dunia Kedua.

c) Perjanjian SEANWFZ
Perjanjian ini adalah sebagai persetujuan untuk menjadikan kawasan Asian Tenggara sebagai
kawasan bebas nuclear.
Menteri Luar Malaysia ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyeru negara kuasa
nuclear agar memberi sokongan dan menyertai perjanjian ini.
Dengan adanya perjanjian ini, kawasan Asia Tenggara selamat daripada kemusnahan akibat
senjata nuklear.

d) Ekonomi
Kerjasama ekonomi dalam kalangan anggota ASEAN diperluaskan melalui Zon Kawasan
Perdagangan Bebas atau ASEAN Free Trade (AFTA)
Kerjasama ini melibatkan China, Jepun, dan Korea Selatan.

e) Sosial
Kerjasama dalam bidang pendidikan dengan Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN
(SEAMEO). Malaysia membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau
Pinang.
Dalam bidang bahasa, penubuhan Majlis Bahasa Indonesia dan Malaysia (MBIB) pada tahun
1972 telah mengembangkan bahasa Melayu dalam bidang persuratan dan penyelarasan istilah
serta ejaan.
Pembanterasan penyalahgunaan dadah dengan mencadangkan Persidangan Antarabangsa bagi
Penyalahgunaan Dadah dan Pengedaran Heroin (ICDAIT) kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu yang berjaya diadakan di Vienna pada tahun 1987. Persidangan ini dipengerusikan oleh
Tun Dr. Mahathir Muhammad.
SEJARAH MALAYSIA

Kesimpulan
- Penglibatan Malaysia dalam pertubuhan ASEAN meningkatkan kerjasama serantau dalam pelbagai bidang.
- Seterusnya, sumbangan Malaysia dalam pertubuhan ASEAN telah menjadikan negara-negara Asia Tenggara maju
dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.

Anda mungkin juga menyukai