Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN

1.

Kertas 2 mengandungi bahagian A dan


B.Bahagian A mengandungi 5soalan dan
mesti menjawab 3 daripada 4 soalan
tersebut.Manakala Bahagian B adalah
soalan kajian kes yang wajib dijawab oleh
calon.

2. Calon mesti menjawab dengan padat,tepat


dan ringkas.
3.

Jawapan mestilah mengikut konsep dan


istilah ekonomi.

4.

Jawapan yang meleret-leret tidak diterima.

5.

Markah berdasarkan fakta,huraian atau


contoh dan graf yang dipaparkan.

6.

Jawapan juga berdasarkan agihan


markah.1 markah untuk fakta,huraian atau
contoh.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS 2.


BENTUK SOALAN

KEHENDAK JAWAPAN

(a) Nyatakan

Calon hanya memerlukan kepada pernyataan


atau senaraikan.

Contoh: Nyatakan lima faktor yang mempengaruhi penawaran daging ayam (5markah)
Jawapan:
Lima faktor yang mempengaruhi penawaran daging ayam ialah:
I) Perubahan harga daging ayam itu sendiri
II) Perubahan kepada harga barang lain
III) Perubahan teknologi pengeluaran
IV) Kos Pengeluaran
V ) Cuaca

BENTUK SOALAN

KEHENDAK JAWAPAN

(b) Jelaskan

Menerangkan secara terperinci sesuatu isu

Contoh: Jelaskan kelebihannya jika kerajaan meminjam dari sumber dalam negeri berbanding
sumber luar negara (8 markah)
Jawapan : Kelebihan pinjaman dalam negeri:
I) Tidak dipengaruhi oleh kadar pertukaran
asing.Pinjaman luar negara terdedah
kepada risiko perubahan kadar pertukaran
asing.
II) Tidak melibatkan pengaliran keluar wang
duit beredar dalam negeri.Jika pinjaman
luar dilakukan akan menyebabkan
pengaliran wang keluar negara.

BENTUK SOALAN

KEHENDAK JAWAPAN

( c ) Mengapakah

Calon mesti memberikan sebab.

Contoh : Mengapakah individu membuat pinjaman?

(7 markah)

Jawapan : Individu membuat pinjaman disebabkan :


I) Berlakunya waktu kecemasan seperti kereta rosak,sakit,dan kematian.
II) Membiayai pendidikan terutama di peringkat yang lebih tinggi.
III) Membeli barangan tahan lama seperti kereta dan rumah.

BENTUK SOALAN

KEHENDAK JAWAPAN

(d) Bincangkan

Calon mesti membincangkan secara terperinci


setiap faktor.

Contoh: Benarkah faktor harga barang itu sendiri yang menentukan permintaan sesuatu barang?
Bincangkan.
( 8 markah)
Jawapan : Tidak,selain faktor harga barang itu sendiri yang menentukan permintaan sesuatu barang
terdapat juga faktor-faktor lain yang penting.
I) Harga barang itu sendiri.Apabila harga sesuatu barang itu meningkat,permintaan terhadap
barang itu akan berkurang dan sebaliknya apabila harga jatuh,permintaan akan meningkat.
II) Faktor-faktor lain:
Kenaikan harga barang lain.
Barang Penggenap- jika harga kereta meningkat,permintaan terhadap petrol akan berkurangan.
Barang pengganti- apabila harga the meningkat,permintaan terhadap kopi akan meningkat

BENTUK SOALAN

KEHENDAK JAWAPAN

(e) Terangkan,Bagaimanakah, dan Huraikan Calon mesti membuat penerangan terhadap


fakta.
Contoh: Terangkan bagaimana unit-unit ekonomi menyelesaikan masalah kekurangan.
Jawapan: I) Isi rumah

Kekurangan sumber pendapatan membuat pilihan barangan yang mendatang


kepuasan yang maksimum.
Kos lepas ialah barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan.

II) Firma
Kekurangan faktor-faktor pengeluaran.Pilihan kepada teknik pengeluaran yang
mendatangkan keuntungan yang maksimum.

Kos lepas ialah teknik yang hanya mendatangkan keuntungan yang minimum

BENTUK SOALAN

KEHENDAK JAWAPAN

f) Bezakan

Calon mesti dapat tunjukkan perbezaan keduaduanya.

Contoh: Bezakan antara fungsi bank perdagangan dengan syarikat kewangan..


Jawapan : Perbezaan antara bank perdagangan dengan syarikat kewangan:
Bank perdagangan

Syarikat kewangan

Menyediakan akaun tabungan,akaun


tetap, dan akaun semasa

Menyediakan akaun tabungan dan


akaun tetap.

Menyediakan pinjaman dan overdraf


kepada pelanggan

Menyediakan perkhidmatan sewa


beli,pemajakan,dan pemfaktoran.

BENTUK SOALAN

KEHENDAK JAWAPAN

(g) Hitungkan

Calon dikehendaki menunjukkan rumus dan


membuat pengiraan.

Contoh: Hitungkan pendapatan boleh guna Encik Faiz.

5 markah.

Jawapan: Pendapatan boleh guna


= Jumlah pendapatan- Jumlah potongan wajib
=(Gaji + Elaun + Sewa) (Cukai pendapatan + Caruman KWSP + Bayaran zakat)
=(RM 2 000 + RM 170 + RM 200)- (RM 60 + RM 200 + RM 120)
=RM 2370 RM 380
= RM 1990.

BENTUK SOALAN

KEHENDAK JAWAPAN

(h) Lukiskan

Calon dikehendaki melukiskan rajah dengan


betul dan tepat.
Langkah:
(I)
(II)
(III)
(IV)

Labelkan paksi-x
Labelkan paksi-y
Labelkan titik origin
Lukis rajah mengikut skala
(kalau skala diberi)
(V)
Labelkan keluk atau graf.
(VI) Tuliskan tajuk rajah.
Contoh: Jadual di bawah menunjukkan penawaran biskut oleh Firma .
Harga (RM)

Kuantiti(Bungkus)

30

60

90

Dengan menggunakan skala 1 cm : RM1 pada paksi harga dan 1cm : 30 bungkus pada paksi
kuantiti,lukiskan keluk penawaran di atas.

Harga (RM)
S

Kuantiti(bungkus)

KELEMAHAN CALON:
1.Tidak memahami kehendak soalan.
2.Tidak memahami konsep dan istilah ekonomi.
3.Jawapan meleret-leret kerana terpengaruh
dengan nada soalan.
4.Tiada kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif(KBKK)
5.Tidak menjawab mengikut agihan markah.
6.Menganggap mata pelajaran Ekonomi Asas
senang
7.Tidak mahir dalam teknik menjawab.
8.Malas membaca dan mengulang kaji.

Anda mungkin juga menyukai