Anda di halaman 1dari 9

EKONOMI TINGKATAN 4&5 KSSM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Kemahiran penting yang terkandung dalam DSKP Ekonomi adalah kebolehan murid untuk
menghubungkaitkan konsep dan teori dengan situasi sebenar. Pembinaan pengetahuan
dalam ekonomi memerlukan kedua-dua penaakulan induktif dan deduktif. Oleh kerana pada
peringkat ini, pengetahuan am murid agak terhad dan murid juga kurang berkemahrian untuk
membuat inkuiri ekonomi, maka sokongan dan kepakaran guru merupakan kunci kejayaan
murid mempelajari ekonomi. Kurikulum Ekonomi Asas KBSM yang telah diperkenalkan sejak
tahun 1993, menekankan p&p berpusatkan murid. Walau bagaimanapun, murid masih
cenderung menggunakan pendekatan cetek dan pasif, seperti penghafalan, dalam
pembelajaran mereka. Pemahaman asas serta kemahiran inkuiri ekonomi perlu dibangunkan
dengan lebih berkesan melalui p&p yang lebih aktif di dalam kelas.
Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan
Murid yang baru diperkenalkan dengan mata pelajaran Ekonomi di Tingkatan 4, mungkin tidak
biasa dengan fokus dan keperluan mata pelajaran ini, dan mereka
perspektif ekonomi dan pemikiran analitikal

tidak mempunyai

untuk membuat analisis ekonomi. Walau

bagaimanapun, mereka secara tidak lansung telah terlibat dengan

membuat keputusan

dalam kehidupan seharian mereka dan pengalaman ini merupakan satu titik permulaan yang
berguna. Pendidikan ekonomi bertujuan untuk membekalkan murid dengan pengetahuan,
kemahiran dan nilai supaya mereka dapat membuat keputusan dengan wajar dan
bertanggung jawab. Untuk membina pengetahuan, kemahiran dan pemikiran analitikal yang
diperlukan dalam pembelajaran ekonomi, guru perlu melaksanakan pelbagai pendekatan
pedagogi sesuai dengan murid yang mempunyai pelbagai keperluan pembelajaran, supaya
pembelajaran dapat dimaksimumkan untuk semua.
Untuk mengekalkan minat murid, kemahiran baru yang diperoleh dalam ekonomi sepatutnya
dapat membolehkan mereka memahami dunia dengan lebih baik. Mereka perlu diberi banyak
peluang untuk menunjukkan pemahaman melalui prestasi tugasannya, contohnya dalam
membuat lembaran kerja, melukis gambar rajah, membuat pembentangan selepas aktiviti
permainan atau kajian, dan menyediakan papan kenyataan berkaitan dengan isu-isu atau
berita-berita semasa berkaiatan dengan ekonomi. .
1

Prinsip dan Amalan Pembelajaran dan Pengajaran Berkesan


1.

Memahami standard kandungan dan standard pembelajaran dan memilih


pedagogi yang bersesuaian
Guru harus boleh menterjemahkan standard kandungan dan standard pembelajaran
dan menetapkan objektif pembelajaran dengan lebih eksplisit supaya dapat membantu
murid mengetahui arah tujuan pembelajaran mereka. Apabila murid memahami setiap
pengalaman pembelajaran dan dapat mengaitkannya dengan kehidupan seharian
mereka, motivasi dan usaha mereka untuk belajar akan meningkat. Tidak semua
murid mempunyai kekuatan dan gaya pembelajaran yang sama. Pencapaian objektif
pembelajaran dalam kalangan murid yang pelbagai kemampuan akan bergantung
kepada bagaimana

kaedah p&p sesuai dengan mereka Maka guru harus

menggunakan pelbagai tugasan pembelajaran dalam sesuatu unit pembelajaran dan


dengan menggunakan pelbagai pedagogi sepanjang pengajaran di tingkatan 4 dan 5.
2.

Prinsip dan amalan


(a) Menggunakan konteks yang bermakna kepada murid
Pembelajaran

akan

menjadi

lebih

berkesan/efektif

apabila

murid

dapat

menghubungkan idea baru yang dipelajari dengan kehidupan seharian.


Contoh:
Murid lebih faham dengan konsep eksternaliti dan kos sosial apabila ia mengaitkannya
dengan masalah yang dihadapi di persekitaran. Murid juga boleh mengaitkan
bagaimana dasar-dasar kerajaan (dalam topik peranan kerajaan dalam ekonomi)
memberi kesan kepada kehidupan seharian mereka.
(b) Menarik perhatian murid
Lebih tinggi tahap perhatian murid dan lebih besar darjah keterlibatan murid dalam
sesuatu pengajaran, menjadikan P&P lebih berkesan. Soalan yang menarik atau yang
mempunyai hubungan terus dengan kehidupan murid boleh meningkatkan perhatian
murid.
Contoh:

Soalan mengenai isu semasa boleh dikemukakan seperti Pengurangan subsidi ke


atas petrol apakah kesannya ke atas pendapatan boleh guna atau Membeli insurans
pendidikan atau pinjaman PTPTN mana lebih menguntungkan?
Keterlibatan murid boleh dipertingkatkan sekiranya mereka disediakan dengan bahanbahan bacaan yang mencukupi dan mempunyai alat-alat yang sesuai untuk membuat
analisis.
(c) Memberikan cabaran yang sesuai kepada pengajaran
Tugasan pembelajaran yang mempunyai tahap cabaran yang sesuai adalah penting
untuk menarik murid supaya lebih fokus/memberi perhatian.
Contoh:
Dalam topik

Kos Lepas, soalan yang memerlukan penerangan tentang ekonomi

perlu dikembangkan supaya suasana perbincangan dalam kelas dapat dihidupkan.


Mengapakah ibu Ahmad yang pandai memasak membuat keputusan tidak mahu
menyediakan makanan untuk keluarganya sendiri tetapi bekerja sebagai tukang
masak di sebuah restoran?
Atau
Murid diminta menulis kertas cadangan tentang penggunaan sebidang tanah yang
kecil di laman sekolah menggunakan analisis kos dan faedah, murid boleh
menghasilkan banyak idea kreatif dalam penggunaan tanah tersebut yang disokong
dengan justifikasi.
Atau
Murid membincangkan implikasi isu berikut dari segi kos lepas
i.

Kesan kerajaan mewajibkan pemasangan tali pinggang keledar bagi semua

ii.

bas baharu.
Kesan dasar kemasukan pekerja asing kepada keseimbangan pasaran buruh.

(d) Mengembangkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid


Kefahaman

dan

tahap

motivasi

murid

boleh

dipertingkatkan

dengan

menghubungkan tugasan pembelajaran dengan pengetahuan dan pengalaman


sedia ada murid.
Contoh:
Soal murid untuk membuat perbandingan harga surat khabar di kedai runcit
dengan pasar besar; dan kemudiannya mengkaji perbezaan harga minuman tin di

lokasi yang sama. Dapatan mereka boleh digunakan untuk menunjukkan konsep
barang penganti dan konsep keanjalan harga permintaan.
Ini adalah

contoh di mana murid mempunyai pengetahuan sedia ada untuk

membuat pemerhatian dan membina hipotesis dari analisis mereka.

(e) Memberi peluang kepada murid untuk menghasilkan idea baharu atau
produk baharu sebagai hasil dalam pembelajaran.
Dalam proses menghasilkan idea baharu dan mengeluarkan produk baharu, murid
menggunakan pengetahuan sedia ada secara aktif dan di sini pembelajaran
berlaku.
Contoh;
Melalui Belanjawan Negara yang dibentangkan dalam bulan September atau
Oktober setiap tahun. Murid memperoleh kemahiran mengumpul maklumat,
mentafsir data dan menganalisis maklumat berkaitan ekonomi.

Pembelajaran

boleh diperkukuhkan dengan memberi tugasan kepada murid supaya membuat


perbandingan dua belanjawan dan berdasarkan penemuan ini membolehkan
murid menghasilkan idea baharu untuk membuat inkuiri/penyiasatan.
(f) Memberi maklum balas semasa proses pembelajaran.
Maklum balas membantu murid untuk membuat penyesuaian bagi meningkatkan
proses pembinaan pengetahuannya.
Contoh:
Konsep pelaburan dalam ekonomi. (murid keliru dengan pelaburan saham dan
unit amanah). Maka guru perlu membantu murid meneroka konsep dari sudut
ekonomi. Begitu juga dengan konsep kekurangan, guru perlu memperbetulkan
pengetahuan murid mengenai maksud kekurangan dan mengaitkan konsep
kekurangan dengan sumber terhad dari perspektif ilmu ekonomi
(g) Kukuhkan

pembelajaran baru

melalui penerangan

semula dan aktiviti

pengukuhan yang berstruktur


Ramai murid tidak dapat membina pengalaman pembelajaran baharu dengan
serta merta selepas aktiviti pembelajaran.

Guru perlu membimbing

dan

menunjukkan proses menstruktur pengalaman pembelajaran dengan sistematik.


Murid perlu diberi kemahiran membuat nota sendiri dan secara konsisten
4

mengaplikasikannya dalam pembelajaran mereka. Contohnya membina peta


konsep dan mengaplikasikan pendekatan 8 peta pemikiran (i-think)
(h) Menyediakan peluang untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran
dalam konteks yang sama ataupun yang baharu/berbeza.
Mengaplikasikan pengetahuan sedia ada kepada tugasan baharu membantu
dalam mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran.

Lebih penting, latihan ini

membantu mengukuhkan keupayaan murid untuk memindahkan pengetahuan dan


kemahiran yang berbeza tetapi dalam konteks yang relevan.
Contoh;
Selepas sesi pembelajaran penentuan harga dalam standard kandungan
Keseimbangan Pasaran, murid cuba untuk membuat ramalan berkenaan harga
ayam dan barang berkaitan sekiranya kerajaan melonggarkan sekatan ke atas
import dan ancaman penyakit selsema burung berkurangan.
Mengumpul maklumat melalui surat khabar bagi perubahan harga barang
berkaitan dan membuat analisis untuk mengkaji kesan ke atas pasaran juga
merupakan amalan yang berguna untuk membantu murid membina konsep
ekonomi
(i) Menggalakkan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Dalam menyediakan murid untuk menghadapi cabaran masa hadapan, guru tidak
boleh membiarkan murid terlalu bergantung kepada guru . Guru perlu merancang
aktiviti yang menggalakkan kreativiti dan membangunkan kemahiran berfikir aras
tinggi di kalangan murid.
Melalui pengalaman pembelajaran yang berkesan, murid akan membina satu set
pemikiran dan kemahiran menyelesaikan masalah

sesuai dengan keupayaan

mereka. Murid juga akan berpandangan positif kepada nilai-nilai seperti daya
usaha dan kecekalan. Proses ini membantu murid bersedia untuk pembelajaran
sepanjang hayat.
(j) Menggalakkan keupayaan murid untuk belajar sendiri.
Amalan refleksi boleh meningkatkan kesedaran dan kawalan terhadap proses
pemikiran dan menyediakan satu asas yang teguh untuk pembelajaran kendiri.
Guru boleh menggalakkan pembangunan pembelajaran kendiri melalui dialog,
refleksi, menyuarakan pendapat dan strategi lain yang sesuai.

(k) Memilih contoh-contoh yang sesuai


Ilmu Ekonomi mengkaji gelagat manusia, maka banyak situasi-situasi, kes dan isuisu semasa yang guru boleh gunakan dalam pdp. Adalah penting untuk memilih
contoh yang bersesuaian dengan pengalaman dan minat murid.
Contoh:
Pengajaran dan Pembelajaran: Kos Lepas
Kos lepas biasanya diperkenalkan kepada murid menggunakan contoh harian
yang berkaitan dengan pengalaman dan keinginan murid.
Situasi 1; Guru A
Contoh digunakan: Kos menonton wayang (2 jam)
Alternatif 1: permainan bola keranjang
Alternatif 2: mengulangkaji
Pilihan biasanya dibuat dengan membuat senarai keutamaan
Alasan: Murid guru A biasa untuk membuat keputusan ini.
Situasi 2: Guru B
Contoh digunakan: Kos belajar di universiti
Alternatif 1: bekerja
Alternatif 2: memulakan perniagaan kecil-kecilan
Nilai

alternatif

dicadangkan

kepada

murid:

pulangan

kewangan

sebagai

perbandingan.
Alasan: Murid guru B suka soalan yang lebih mencabar; kebanyakan murid
menetapkan belajar di universiti sebagai matlamat utama mereka.

Pelbagai Pendekatan Pedagogi Dalam Pengajaran Kurikulum Ekonomi


Guru perlu berperanan sebagai pakar bukan saja dari segi disiplin ilmu tetapi juga dari
aspek pedagogi. Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah untuk topik yang berbezabeza. Contohnya, inkuiri induktif , yang lebih berpusatkan murid , boleh digunakan untuk
topik seperti belanjawan peribadi, pengeluaran, ekonomi bidangan dan externaliti , di
mana ianya boleh dijelaskan dengan menggunakan contoh harian. Sementara topik-topik
6

yang lebih abstrak seperti keluk kemungkinan pengeluaran,

keanjalan dan

keseimbangan pasaran memerlukan penjelasan terus oleh guru dengan bantuan


lembaran kerja dalam kelas.
a) Pengajaran secara penerangan terus
Penerangan terus, seperti syarahan, melibatkan penyampaian terus pengetahuan dari
guru kepada murid dan pendekatan ini lazim digunakan oleh guru. Dengan
penggunaan organisers yang canggih, di mana maklumat disusun dan distrukturkan
dengan jelas, penerangan guru yang jelas dan mantap, penggunaan contoh-contoh
yang sesuai dan aliran soalan dan jawapan yang lancar, pendekatan ini berkesan
disampaikan kepada audien yang besar atau bilangan murid yang ramai. Walau
bagaimanapun, cara ini mempunyai kelemahan dari segi pembelajaran murid. : murid
perlu memberi tumpuan dan bermotivasi tinggi, dan dapat mengaitkan idea /konsep
yang disampaikan dengan pengetahuan sedia ada. Hakikatnya, ramai murid yang
kurang pengetahuan sedia ada dan motivasi, dan mungkin tidak dapat menangkap
penerangan guru sepenuhnya.
Untuk mencapai

pembelajaran yang berkesan secara penerangan terus, struktur

penyampain harus disusun dalam bentuk langkah-langkah yang boleh murid ikuti.
Istillah dan konsep yang digunakan mestilah bersifat kontekstual , dan contoh serta
demonstrasi harus digunakan untuk menjadikan penerangan lebih menarik dan
meyakinkan. Penggunaan analogi dan metafor boleh juga meningkatkan keberkesanan
pengajaran secara penerangan terus. Contohnya, menggunakan getah lastik untuk
menerangkan

maksud

keanjalan

atau

dacing

untuk

menunjukkan

maksud

keseimbangan.

b) Pengajaran secara inkuiri


Strategi yang biasa digunakan dalam Ekonomi ialah inkuiri melalui pendekatan induktif.
Pendekatan ini menggunakan contoh-contoh kontekstual sebagai asas membentuk
pemahaman. Murid diberi peluang untuk mencungkil fitur utama sesuatu konsep
melalui contoh-contoh. Proses induktif ini membantu murid membangunkan kemahiran
berfikir aras tinggi. Guru juga boleh memberi tugasan dalam kerja kumpulan di mana
murid akan berinteraksi dengan rakan sekumpulan untuk membincangkan isu atau
menjana idea. Permainan dan main peranan adalah diantara aktiviti yang sering
digunakan dalam PdP Ekonomi. Topik Ekonomi yang menggunakan permainan untuk
membangunkan konsep adalah seperti sistem barter, perdagangan antarabangsa,
7

kekurangan, dan kos lepas. Main peranan kadangakala digunakan untuk membantu
murid melihat bagaimana peranan yang berbeza akan menghasilkan keputusan yang
berbeza mengenai sesuatu isu semasa. Penggunaan aktiviti sedemikian membantu
murid belajar melalui penglibatan.

Guru juga boleh menggunakan pelbagai isu

ekonomi untuk membangunkan kemahiran analitikal, kolabrasi dan komunikasi, dan


terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk aktiviti tersebut. Contohnya,
guru boleh menyediakan maklumat latar belakang yang sesuai mengenai sesuatu isu
dan membiarkan murid membuat inkuiri penemuan. Murid akan mengaplikasikan
pengetahuan ekonomi untuk mengenal pasti sifat dan sebab timbul sesuatu isu, dan
mungkin mencadangkan penyelesaian. Sebaliknya, murid juga boleh bermula dengan
mempelajari mengenai sesuatu fenomena sosial, dan kemudiannya mengumpul
maklumat dan membaca laporan-laporan

yang berkaitan untuk mengetahui lebih

mendalam isu tersebut. Guru akan membantu sepanjang proses tersebut.

c) Pengajaran secara secara kolabrasi


Dalam memahami dunia sebenar, murid perlu menerima bahawa terdapat pendapat
yang berbeza-beza mengenai isu-isu yang pelbagai. Murid perlu diberi peluang untuk
mengambil perspektif pelbagai ( multiple perspectives). Melalui perbincangan dan
kolobrasi dalam tugasan kumpulan, setiap murid dapat membina pengetahuan dan
meluaskan pandangan. Pendekatan penyelesaian masalah boleh mengunakan kaedah
pengajaran secara kolabrasi.
Contoh:
Pendekatan Penyelesaian Masalah
Murid belajar dengan menggunakan isu sebenar di mana murid perlu memahami sebab
dan akibat serta data yang berkaitan. Mereka perlu mencadangkan kaedah yang
sesuai atau menyelesaikan masalah berdasarkan rasional ekonomi.

Murid diberi

pengalaman bagi membentuk pengetahuan dan menghasilkan penyelesaian kepada


masalah serta meningkatkan keupayaan KBAT.
Ketiga-tiga pendekatan p&p tersebut merupakan pendekatan yang sesuai digunakan untuk
mata pelajaran Ekonomi dan boleh digabung jalinkan di antara satu sama lain. Guru perlu
mempelbagaikan penggunaannya untuk mencapai hasil yang optimum. Oleh kerana murid
mempunyai pelbagai keupayaan dan gaya pembelajaran, maka standard pembelajaran yang
sama boleh dicapai menggunakan pendekatan p&p yang berbeza, dan proses pembelajaran
yang sama mungkin dapat mencapai beberapa standard pembelajaran yang ditetapkan.
8

Anda mungkin juga menyukai