Anda di halaman 1dari 5

Penglibatan kerajaan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama meninggalkan impak negatif. Jelaskan.

Pendahuluan

 Perang Dunia Pertama tercetus dari tahun 1914 hingga 1918.


 Peperangan ini melibatkan dua buah kuasa besar iaitu Tripple Alliance dan Triple Entente.
 Tripple Alliace dianggotai oleh Jerman, Itali dan Austria-Hungary. Triple Entete pula dianggotai oleh Rusia,
Perancis dan British.
 Penglibatan kerajaan Uthmaniyah dalam peperangan telah meninggalkan impak negatif terhadap kerajaan
tersebut akibat kekalahan yang dialami.

Isi-isi Penting

 Dari segi politik, kekalahan sekutunya dalam peperangan mengakibatkan kerajaan Uthmaniyah kehilangan
banyak wilayah kekuasaannya termasuk Palestin.
 Kekalahan kerajaan Uthmaniyah dalam peperangan ini juga mengakibatkan parlimen kerajaan
membubarkan system kesultanan dan digantikan dengan pemerintahan berbentuk republic.
 Khalifah terakhir kerajaan Uthmaniyah, iaitu Khalifah Abdul Majid II diusir dan dibuang negeri ke
Switzerland, harta benda baginda dirampas manakala pusat pemerintahan dipindahkan dari Istanbul ke
Ankara.
 Kekalahan kerajaan membawa kepada kemunculan pemerintah berfikiran liberal seperti Mustaffa Kamal
Atarturk yang melakukan banyak perubahan radikal seperti penamatan institusi berkhilafah, memisahkan
politik dengan agama, menghapuskan mahkamah syariah, melaksanakan penguatkuasaan undang-undang
Barat, memberi hak mengundi dan memegang jawatan dalam perkhidmatan awam kepada wanita, dan
menerima sekularisme sebagai prinsip dasar dalam perlembagaan kerajaan serta mengakhiri Islam sebagai
agama rasmi Negara.
 Dari segi social, kekalahan dalam Perang Dunia Pertama menyebabkan masyarakat Turki dilanda krisis
kemerosotan akhlak dan moral.
 Pemerintahan Mustaffa Kamal Atarturk juga talah mengarahkan penutupan madrasah yang digantikan
dengan sistem pendidikan secular, penamatkan pengajaran bahasa Arab dan Parsi di sekolah rendah dan
menengah, mengharamkan amalan terekat, menutup tempat pengamalan tarekat (tekke) serta makam-
makam wali (turbe), menguatkuasakan pemakaian topi ala Barat, melarang pemakaian cara Islam,
mewajibkan penggunaan gelaran keluarga mengikut budaya Barat, mengubah system tulisan daripada
menggunakan huruf Arab kepada huruf Latin, dan pengenalan calendar Gregorian.
 Kerajaan mengalami kemerosotan ekonomi. Melalui Perjanjian Sykes-Picot, wilayah kerajaan dibahagi-
bahagikan kepada British, Perancis, dan Itali. Perdagangan dalam kalangan pedagang Islam juga merosot
kerana bangsa Eropah telah berjaya menguasai aktiviti perdagangan di Lautan Hindi, Laut Mediterranean,
Terusan Suez, dan jalan perdagangan lain.

Kesimpulan

 Penglibatan kerajaan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama meninggalkan impak negatif terhadap
kerajaan tersebut dari semua aspek.
Nilaikan faktor dan impak perisytiharan jihad oleh kerajaan Uthmaniyah ketika Perang Dunia Pertama.

Pendahuluan

 Penglibatan kerajaan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama merupakan strategi kerajaan untuk
mendapatkan semula wilayah-wilayahnya yang terlepas ke tangan kuasa Barat khususnya kawasan di
Balkan ekoran krisis politik yang tidak berkesudahan dengan Rusia.
 Penglibatan kerajaan Uthmaniyah secara langsung dalam peperangan ini bermula setelah termeterainya
suatu perjanjian rahsia yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Said Halim Pasha dan Enver Pasha
dengan Jerman pada 2 Ogos 1914.
 Bagi mendapatkan sokongan dunia Islam dalam peperangan ini, Syeikhul Islam kerajaan Uthmaniyah
mengeluarkan fatwa yang menyeru umat Islam berjihad menentang Bristish, Perancis, Rusia dan sekutu-
sekutunya.
 Pengisytiharan jihad ini memberi kesan terhadap seluruh dunia Islam.

Isi-isi Penting

 Pengisytiharan jihad diumumkan setelah kerajaan Uthmaniyah terlibat dalam kancah peperangan. Kerajaan
Uthmaniyah membenarkan tentera Jerman menempatkan dua buah kapal perangnya, iaitu Goeben dan
Breslau di selatan Darnelles. Tindakan kerajaan Uthmaniyah menutup laluan selat telah menyebabkan
British dan Rusia bertindak balas dengan mengisytiharkan perang terhadap kerajaan Uthmaniyah. Hal ini
memaksa Syeikhul Islam, Khayri Effendi mengisytiharkan fatwa yang menyeru umat Islam berjihad dalam
suatu dekalarasi fatwa yang dikenali sebagai Jihad-i-Ekbar Fard-i-Aynon pada 11 November 1914.
 Di India, pengisytiharan jihad oleh kerajaan Uthmaniyah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat
tempatan. Golongan ulama di Deoband memberikan sokongan kepada kerajaan Uthmaniyah. Salah
seorang ulama, iaitu Mahmud al-Hassan telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin kerajaan
Uthmaniyah di Hijaz. Di sebalik sokongan tersebut, ulama-ulama di India berharap kerajaan Uthmaniyah
dapat membantu India menuntut kerajaan sendiri daripada British.
 Di Tanah Melayu, pergolakan antara kerajaan Uthmaniyah dengan kuasa Barat dianggap mencetuskan
semula Perang Salib. Akhbar seperti Neracha bukan sahaja menyiarkan berita konflik berkenaan malah
menyatakan sokongan terbuka kepada kerajaan Uthmaniyah selain mencari derma untuk membantu
kerajaan tersebut membiayai kos peperangan. Tindakan ini mendapat perhatian British dan berusaha
menyekat sokongan dengan cara mengeluarkan undang-undang.
 Di singapura, pengisytiharan jihad mendapat sokongan Sayyid Abdul Rahman bin Ubaydillah al-Sagoff.
Beliau merupakan ulama tempatan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan penduduk Arab
Hadhramaut. Beliau mengambil inisiatif mengumpul tandatangan menyokong kerajaan Uthmaniyah dalam
Perang Dunia Pertama. Di Tanah Melayu, risalah disebarkan bagi menggesa masyarakat Melayu di
Singapura menghalau penjajah Kristian dan menyatakan kesetiaan kepada khalifah Islam di Istanbul.
Sokongan juga diberikan kepada Jerman memandangkan kuasa Barat tersebut tidak menjajah umat Islam.

Kesimpulan

 Meskipun pengisytiharan jihad ini tersebar di seluruh dunia Islam dan mendapat sambutan, namun hanya
seketika disebabkan kekangan hebat daripada penjajah.
 Selain itu, perjuangan umat Islam di luar kerajaan Uthmaniyah adalah bersifat setempat dan bukannya
menyeluruh menyebabkan sokongan ini menjadi kendur terutamanya selepas kekalahan Jerman.
Bincangkan faktor luaran yang membawa kemunculan negara bangsa di Turki.

Pendahuluan

 Konsep negara bangsa merujuk kepada pembentukan negara bangsa moden.


 Dalam konteks Turki, pembentukan negara bangsa didalangi oleh kuasa-kuasa Barat yang bersifat anti-
Islam serta bertanggungjawab membawa sekularisme sehingga pemerintahan berkhalifah digantikan
dengan kerajaan berbentuk republik.

Isi-isi Penting

 Faktor luaran dalam pembentukkan negara bangsa Turki sangat berpengaruh. Kerajaan Uthmaniyah telah
menghadapi tekanan daripada kuasa-kuasan Barat bermula sejak abad ke-17 hingga ke-20 Masihi. Kuasa-
kuasa Barat berdendam dengan kejayaan Kerajaan Uthmaniyah pada zaman silam yang menguasai banyak
wilayah di Eropah. Kemerosotan yang dialami oleh kerajaan ini memberi peluang kepaa kuasa-kuasa Barat
untuk menghancurkan kerajaan berkhalifah. Antara kuasa Barat yang terlibat ialah Rusia, Britain, Perancis,
Jerman, dan Austria. Kuasa-kuasa ini menggunakan kaedah militer dan serangan psikologi bagi membentuk
kerajaan berbentuk sekular.
 Selain dendam politik, kuasa-kuasa Barat berhasrat menguasai kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan
Uthmaniyah serta wilayah-wilayah kekuasaannya seperti Mesir yang kaya dengan emas dan petroleum.
Sumber ini mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dunia. Oleh sebab itu, misi kuasa-kuasa Barat
menaja pembentukan negara bangsa mempunyai matlamat tersirat, iaitu ingin menguasai dan
mengeksploitasi kekayaan atau sumber ekonomi apabila terbentuk kerajaan yang tidak berlandaskan
syarak.
 Faktor luar yang turut menjadi penyumbang kepada pembentukan negara bangsa Turki ialah penularan
pemikiran sekularisme yang dibawa oleh kuasa-kuasa Barat sebagai alat untuk melemahkan kerajaan
Uthmaniyah. Pengaruh pemikiran sekularisme telah memaksa kerajaan Uthamaniyah melaksanakan
pembaharuan yang dikenali sebagai Tanzimat. Namun transformasi tersebut telah meninggalkan impak
negatif apabila pengaruh pemikiran sekularisme mempengaruhi golongan Turki Muda yang
bertanggungjawab membentuk negara bangsa Turki.
 Provokasi dan hasutan kuasa-kuasa Barat yang berlaku di wilayah kekuasaan kerajaan Uthmaniyah seperti
di Balkan dan Armenia yang mendorong wilayah-wilayah ini menuntut kebebasan turut menyumbang
kepada pembentukan negara bangsa. Kesannya penduduk mula melancarkan pemberontakan dan
memberi sokongan pada tindakan kuasa-kuasa Barat yang menggempur kerajaan Uthmaniyah.
 Faktor luaran yang mendorong pembentukan negara bangsa Turki juga ialah perjanjian atau kerjasama
dalam kuasa-kuasa Barat untuk melemahkan dan menjatuhkan kerajaann Uthmaniyah. Antara perjanjian
tersebut ialah Perjanjian London, Perjanjian Sykes-Picot, dan perjanjian antara Shariff Hussein dengan
MacMohan yang telah menggerakkan perjuangan golongan antikerajaan berkhalifah.

Kesimpulan

 Pembentukan negara bangsa Turki sememangnya mempunyai hubungan dengan kuasa-kuasa Barat.
 Gandingan antara kuasa-kuasa Barat ditambah dengan masalah dalaman yang dihadapi oleh kerajaan
Uthmaniyah khususnya pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, telah mempercepat
pembentukan negara bangsa yang mengamalkan pemerintahan republik.
Jelaskan sumbagangan Muhammad Ali Pasha dalam memodenkan Mesir.

Pendahuluan

 Muhammad Ali Pasha dilahirkan pada bulan Januari 1765 di Kavala, Albania berhampiran pantai Macedonia.
Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab mengasaskan pemerintahan di Mesir. Sejak kecil, beliau
memiliki keterampilan dan kecerdasan yang luar biasa. Sepanjang hidupnya, usaha banyak dicurahkan
untuk memajukan umat Islam yang telah jauh ketinggalan berbanding dengan masyarakat Barat. Setelah
penjajahan Perancis berakhir di Mesir pada tahun 1801, Muhammad Ali Pasha telah memainkan peranan
penting dalam politik.
 Pada tahun 1805, beliau telah diakui oleh Sultan Salim III sebagai Wizurai Uthmaniyah di Mesir dan
diberikan gelaran ‘Pasha” setelah berjaya melenyapkan pengaruh golongan Mamluk.

Isi-isi Penting

a) Perubahan dalam bidang pentadbiran


 Bagi memastikan sistem pentadbirannya berkesan, beliau melaksanakan dasar pecah dan perintah
dengna mengetepikan golongan ulama dalam urusan pentadbiran.
 Ulama yang dianggap mengancam kedudukannya seperti Umar Makram dan Shaikh Ahmad Tantawi
telah dibuang daerah.
 Bagi mengukuhkan pengaruhnya, beliau menawarkan ganjaran yang lumayan kepada mana-mana
individu yang mendukung hasrat dan cita-citanya.

b) Modenisasi dalam bidang ketenteraan


 Beliau sedar bahawa kekuatan tentera akan membolehkannya mengukuhkan pengaruh dan
kekuasaannya di Mesir khasnya dalam menghadapi pencerobohan musuh dari luar dan musuh politik
dalam negara.
 Sebagaimana dalam bidang pentadbiran, modenisasi dalam bidang ketenteraan juga bermodelkan
negara Perancis setelah hasratnya mendapat bantuan teknikal dari Itali menemui jalan buntu.
 Kekuatan tentera juga dimanfaatkan olehnya untuk mengimbangi kuasa antara Mesir dengan negara-
negara Barat.

c) Melancarkan kempen ketenteraan


 Kempen ketenteraan dilancarkan di luar Mesir seperti Sudan dan Levant.
 Sultan Mahmud II juga pernah meminta bantuan beliau untuk menumpaskan pemberontakan yang
dilancarkan oleh para pemberontak di Greek.
 Kehebantannya dalam bidang ketenteraan terserlah apabila berjaya membebaskan Syria daripada
penguasaan kerajaan Uthmaniyah.

d) Memperbaiki sistem pendidikan di Mesir


 Beliau telah membuka beberapa buah sekolah moden dan teknikal untuk melatih tenteranya. Beliau
telah mengimport tenaga pengajar dari Eropah untuk mengajar di sekolah-sekolah tersebut dan
menyusun angkatan tentera Mesir.
 Beliau telah membina sekolah rendah dan sekolah menengah yang berorientasikan Barat diikuti dengan
penubuhan maktab dan sekolah tinggi.
 Individu yang lulus peperiksaan akan diserap ke dalam unit ketenteraan dan pentadbiran.
 Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, beliau telah menggalakkan aktiviti penterjemahan
buku-buku ilmiah dari Eropah ke bahasa Arab dan Turki.

e) Perubahan dalam bidang ekonomi


 Muhammad Ali Pasha telah memperkenalkan tanaman kapas. Beliau menyedari ekonomi yang teguh
akan mampu menstabilkan pemerintahan dan kekuasaannya.
 Bagi memastikan peningkatan pendapatan negara, Muhammad Ali Pasha telah memperkenalkan system
monopoli khususnya berkaitan hasil-hasil pertanian.
 Beliau bertindak mengenakan cukai kepada petani yang mengusahakan tanah serta membeli hasil usaha
petani dengan harga yang murah dan menjual semula kepada masyarakat tempatan dan para pedagang
asing di pasaran dengan harga yang tinggi.

Kesimpulan

 Akibat pengaruh barat yang kian menular di Mesir, Muhammad Ali Pasha berusaha menggunakan
pengetahuan Barat yang dimilikinya bagi memodenkan Mesir. Namun hasrat beliau untuk bertahan lama
dalam bidang politik berakhir apabila terperangkap dengan muslihat British dan kuasa Eropah lain hingga
memaksa beliau menandatangani Perjanjian London pada tahun 1840. Menerusi perjanjian tersebut, kuasa
beliau dihadkan dan begitu juga dengan saiz tenteranya.
 Kegagalan muhammada Ali Pasha juga adalah kerana beliau tidak mendapat sokongan ulama. Sikapnya
yang terlalu mementingkan pemodenan telah mengabaikan soal kerohanian dan syariah.

Anda mungkin juga menyukai