Anda di halaman 1dari 3

Penelitian Sains Sosial Disember 2022

Isu Pendidikan Perlu Terus Diperjuangkan

B.N.Lee
Fakulti Psikologi dan Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah

Abstrak

Kertas ini membincangkan isu pendidikan di negara ini dilihat tidak menjadi modal
utama pada kempen PRU15, namun ia tetap dilihat sebagai antara isu penting yang
perlu diperjuangkan selain ditambah baik dari semasa ke semasa. Malah sudah tiba
masanya untuk bidang pendidikan di negara ini memerlukan satu model pendidikan
yang baharu (New Education Model) dalam usaha memperbaiki keadaan sedia ada.
Malaysia komited melaksanakan transformasi melalui sistem pendidikan bagi
memastikan tiada kanak-kanak di negara ini ketinggalan dalam mengikuti
pembelajaran di sekolah. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,
menyatakan komitmen itu ketika berucap pada Sidang Kemuncak Transformasi
Pendidikan 2022 (TES 2022) yang diadakan di New York, Amerika Syarikat (AS).

Kata Kunci: Isu pendidikan, Model pendidikan yang baharu, Transformasi


Pendidikan

Pengenalan
Memperjuangkan isu-isu pendidikan kepada golongan minoriti dan marginal seperti
Orang Asal ini membugarkan makna yang tersendiri kepada saya secara peribadi.
Adalah dipercayai pendidikan ialah hak dan meletakkan hak di tempatnya ialah
keadilan yang mesti dituntut dan dipelihara. Selagi mana ia masih belum tertunai,
selagi itulah negara tidak boleh berhenti dan perlu terus bekerja. Genggam bara api
biar sampai jadi arang. Dan perjuangan ini pula wajib tumbuh di dalam jiwa semua
rakyat Malaysia. Malar dan mekar menjadi pengharapan, kembang dan marak
menjadi kebahagiaan. Selain daripada laluan khas buat pelajar Orang Asal untuk
masuk ke universiti tempatan dan beberapa lagi inisiatif lain di IPG Tengku Ampuan
Afzan, sedang dalam peringkat akhir untuk menubuhkan Jawatankuasa Penasihat
Pendidikan Orang Asal. Ini penting bagi memastikan semua isu yang berkaitan
pendidikan Orang Asal ditangani sesegera mungkin dan perancangan pendidikan
buat mereka di masa hadapan lebih komprehensif dan teratur (Shahrizal, 2022).

Teknologi Pelengkap Guru Kalis Masa Hadapan


Kerumitan pendidikan hari ini bagai tidak boleh dinafikan lagi. Suatu masa dahulu,
pendidikan adalah berpusatkan guru, tetapi demi memenuhi keperluan yang semakin
mencabar, kini yang diperlukan adalah berpusatkan pelajar. Untuk melahirkan
pelajar yang holistik, minat melakukan kerjanya, bekerja keras, cekal, bertekad
menjadi yang terbaik demi agama, bangsa dan negara, guru yang kalis masa
hadapan diperlukan. Agenda Davos 2022 menggariskan kontrak sosial baharu
pendidikan, dengan empat perkara yang diperlukan ke arah pendidikan kalis masa
hadapan iaitu teknologi, interaksi, personalisasi, dan inklusiviti.

Tema sambutan hari guru, ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ bersama akronim
SEJAHTERA dengan 14 elemen, iaitu Selamat, Seronok, Sihat, Etika, Empati, Jati diri,
Adab sopan, Harmoni, Tekun, Teliti, Terampil, Eksplorasi, Rasional dan Artikulasi.
Dengan iltizam untuk melahirkan generasi muda yang hebat serta mampu bersaing
di peringkat dunia. Namun realitinya, ancaman Volatility, Uncertainty, Complexity,

1
Penelitian Sains Sosial Disember 2022

Ambiguity (VUCA) yang hebat diperkatakan, benar-benar mengubah gaya hidup dan
cara kita bekerja. Walaupun pada 2014 konsep pembelajaran abad ke-21 (PAK21)
giat diterokai dengan memanfaatkan kelebihan teknologi demi manfaat pelajar,
namun apabila Covid-19 datang menguji, serba tidak kena juga dibuatnya. Teknologi
seharusnya menjadikan kita lebih dekat. Namun hari ini, teknologi juga menjarakkan
kita. Jurang digital yang lebar masih benar-benar menyedihkan dalam pada semua
sibuk berbicara tentang hebatnya Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan capaian 5G.

Diakui, persahabatan antara pendidikan dan teknologi semakin serasi, walau dalam
penuh kepayahan. Contohnya, suatu masa dahulu, semuanya disandarkan kepada
pertemuan fizikal dan segerak, kini Microsoft Team, Google Meet dan Zoom
misalnya, menjadi sebahagian daripada kehidupan harian. Dahulu, apabila disebut
studio, barangkali yang terbayang ialah studio rakaman untuk artis. Kini, guru-guru
juga ada yang lengkap di rumahnya dengan skrin hijau bagi tujuan pembangunan
bahan pembelajaran. Namun, benarkah kepesatan teknologi yang mencapah,
antaranya kepintaran buatan, realiti maya, analitik data raya, pembelajaran mesin,
internet pelbagai benda dan robot pintar, menjadikan guru semakin mudah
tugasnya?

Teknologi yang merangkumi perkakasan, perisian dan sistem pengoperasiannya


hanyalah pelengkap. Mana mungkin, peranan guru bersama jiwa sebagai Murabbi,
Muaddib, Muallim, Murshid, Mudarris, Mudarrib, Muwajjih, Muslih, Mukhlis, Muzakki
dan Mubdi’, dapat diambil alih oleh teknologi! Semuanya ini menjelaskan betapa
unggulnya peranan seorang guru, merentasi batas peredaran masa, sempadan
geografi, kemajuan ekonomi serta kepelbagaian budaya.

Walaupun teknologi menjadi antara parameter ke arah pendidikan kalis masa


hadapan, perlu difahami bahawa proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) tetap
dipimpin oleh insan bergelar guru. Dengan kepimpinan guru yang hebatlah,
pengupayaan PdP dapat diberikan kepada pelajar. Malangnya, hari ini, pelbagai isu
kurang enak berkaitan kebajikan dan kesejahteraan guru berlegar-legar seolah-olah
tanpa ketemu jalan keluar. Bagaimana mungkin dapat dilahirkan pelajar kalis masa
hadapan, jika guru masih duduk dalam masa silam? Masalah masa silam yang tidak
berkesudahan. Mana mungkin, teknologi dapat dimanfaatkan andai guru keletihan
memenuhi tuntutan indeks pengukur prestasi (KPI) yang hanya indah di atas kertas,
dibebani dengan tugasan pengkeranian malah lebih menyedihkan andai disibukkan
menjahit ropol, demi nama dan pujian pihak berkepentingan.

Teknologi yang bersifat dinamik memerlukan guru yang berjiwa besar untuk
memanfaatkannya demi kecemerlangan pelajar. Andai benar Keluarga Malaysia
serius ingin melahirkan pelajar kalis masa hadapan berteraskan teknologi, usah
kesampingkan kesejahteraan guru. Guru mesti diberikan seluasnya ruang
berkreativiti bersama teknologi, disokong dalam segenap segi serta diiktiraf
peranannya. Ingat, bukan semua orang mampu dan penuh sabar menjadi guru.
Guru adalah batin suci hati nurani, penjunjung budi, manusia yang taqwa, obor
hemah kehidupan bangsa (Afandi, 2022).

Transformasi Pendidikan
Usaha itu dilaksanakan melalui pelbagai program antaranya Sekolahku SEJAHTERA,
komponen Pendidikan untuk Pembangunan Mampan (ESD) dan Pendidikan
Kewarganegaraan Global (GCED) ke dalam kurikulum kebangsaan. Inisiatif sama
juga dilaksanakan melalui Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia (DELIMA) dan

2
Penelitian Sains Sosial Disember 2022

mengutamakan sistem data amaran awal untuk merancang intervensi yang


disasarkan dan untuk mengurangkan kadar keciciran. Malaysia mengesahkan
komitmen dalam menyokong, membabitkan diri dan bekerjasama dengan semua
pemegang taruh untuk memastikan tiada kanak-kanak tertinggal.

Oleh itu, Malaysia akan terus memastikan sistem pendidikannya lebih saksama,
inklusif, relevan, dan berdaya tahan dalam menghadapi krisis seperti wabak baru-
baru ini, selain berdepan sebarang pembaharuan pada masa hadapan. Salah satu
langkah transformasi utama yang kami lakukan adalah untuk membentuk semula
pendekatan terhadap pembelajaran awal dan perkembangan kanak-kanak. Malaysia
ingin memupuk nilai, sikap dan tingkah laku yang positif sambil menangani
keperluan asas kesihatan mental dan kesejahteraan untuk murid sekolah. TES 2022
yang diadakan memberi tumpuan kepada usaha untuk mewujudkan pendidikan
terbaik kepada kanak-kanak global menerusi pelbagai kaedah bersesuaian.
Tanggungjawab global diperlukan bagi mengubah pendidikan demi mencapai
matlamat pembangunan mampan untuk masa depan lebih baik kepada semua.
Selaras dengan itu, Malaysia terus mengukuhkan perkongsian dengan institusi dan
industri untuk berkongsi pengalaman serta melahirkan inovasi dalam bidang
berkenaan. Selain itu, Malaysia juga menggalakkan pembangunan kebolehan
pembelajaran sepanjang hayat, keupayaan inovasi yang mampan dalam sistem
pendidikan sebagai sebahagian daripada usaha transformasi (Suzalina, 2022).

Kesimpulan
Melalui Sekolahku SEJAHTERA pada tahun 2021, Malaysia menggariskan 14 elemen
yang membolehkan guru mengintegrasikan pembelajaran harian untuk menyemai
nilai positif. Malaysia juga memasukkan komponen ESD dan GCED ke dalam
kurikulum kebangsaan untuk menggalakkan budaya keamanan, tanpa kekerasan dan
penghormatan terhadap hak asasi manusia dalam kalangan pelajar kami dari muda.
Selain itu melalui DELIMA, Malaysia akan terus membangunkan dan menaiktaraf
struktur maklumat serta infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di
semua sekolah. Malaysia juga sedang menggalakkan kurikulum bidang Pendidikan
Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi menyediakan pelajar pengalaman
pembelajaran holistik.

Rujukan

Shahrizal Ahmad Zaini. (November 15, 2022) Isu pendidikan perlu terus
diperjuangkan. Kuala Lumpur: Sinar Harian.

Afandi Ahmad. (2022). Teknologi pelengkap guru kalis masa hadapan. Kuala
Lumpur: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Suzalina Halid. (September 21, 2022). Malaysia komited laksana transformasi


pendidikan. Kuala Lumpur: Berita Harian.

Anda mungkin juga menyukai