Anda di halaman 1dari 10

KEBERKESANAN PENGGUNAAN APLIKASI GOOGLE CLASSROOM

TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR BAGI PEMBELAJARAN SEJARAH


SEMASA ENDEMIK

Nur Anis Zulaikha Binti Maspah, Dr Lee Bih Ni


Fakulti Psikologi Dan Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Kota Kinabalu, Sabah
Malaysia.

Email Penulis : nuraniszu26@gmail.com, leebihni@ums.edu.my

ABSTRAK

Pendidikan merupakan bidang ilmu yang penting dan bersepadu, memerlukan proses
dan kebijaksanaan tinggi untuk menjadi agen perubahan sosial dan ekonomi dalam
masyarakat. Kualiti pendidikan, khususnya melalui peranan guru, menjadi krusial
dalam membentuk masa depan generasi. Dalam era globalisasi dan teknologi,
pendidikan perlu terus bertransformasi, mengadaptasi pengajaran abad ke-21, yang
memerlukan pengetahuan dan kemahiran canggih. Pengajaran, sebagai komponen
utama dalam pendidikan, melibatkan aktiviti perancangan, pengelolaan,
penyampaian, bimbingan, dan penilaian. Perubahan corak pengajaran pada masa
kini mencerminkan kemajuan pesat, dan perlunya guru bertransformasi secara
berkesan. COVID-19, walaupun mencetuskan cabaran, membuka peluang untuk
mempercepat penggunaan teknologi dalam pembelajaran. Penggunaan Google
Classroom, diperkenalkan sejak tahun 2019, muncul sebagai platform pendidikan
maya berasaskan awan yang efisien, menggantikan sistem VLE Frog. Ini
memudahkan institusi pendidikan dalam menyelenggara pengajaran dan
pembelajaran, komunikasi, dan pentabiran tanpa menggantungkan kepada
penggunaan kertas. Dalam konteks PAK21, Google Classroom memungkinkan
penciptaan suasana pembelajaran berpusatkan murid. Google Classroom tidak hanya
menyediakan kemudahan untuk membuat, mengedarkan, dan mengukur tugasan
tanpa kertas, tetapi juga memfasilitasi integrasi dengan perisian seperti Google Drive,
Dokumen Google, Gmail, Google Calendar, dan lain-lain. Pendekatan ini
memungkinkan guru untuk mengagih tugasan, berkolaborasi, dan memfasilitasi
forum perbincangan secara efisien. Dengan ini, artikel ini menggariskan peranan
penting Google Classroom dalam membentuk pengajaran abad ke-21, menawarkan
solusi praktikal dan inovatif dalam konteks pendidikan digital. Transformasi ini bukan
hanya satu keperluan, tetapi suatu keharusan untuk memastikan pendidikan terus
relevan, dinamik, dan berdaya saing dalam era teknologi moden.

Kata Kunci : Google Classroom, Pengajaran abad ke-21, Sejarah

1
THE EFFECTIVENESS OF USING THE GOOGLE CLASSROOM APPLICATION
ON STUDENTS' ACHIEVEMENTS IN LEARNING CONTEMPORARY HISTORY
DURING AN ENDEMIC SITUATION

Nur Anis Zulaikha Binti Maspah, Dr Lee Bih Ni


Faculty of Psychology and Education
University Malaysia Sabah (UMS)
Kota Kinabalu, Sabah
Malaysia.

Email of the Author : nuraniszu26@gmail.com, leebihni@ums.edu.my

ABSTRACT

Education is a crucial and integrated field of knowledge that requires high processes
and wisdom to become a catalyst for social and economic change within society. The
quality of education, particularly through the role of teachers, is pivotal in shaping
the future generations. In the era of globalization and technology, education needs
to continually transform, adapting to 21st-century teaching that requires advanced
knowledge and skills. Teaching, as a primary component of education, involves
activities such as planning, management, delivery, guidance, and assessment. The
changing patterns of teaching in the present reflect rapid progress, emphasizing the
need for effective teacher transformation. Despite presenting challenges, COVID-19
has opened opportunities to accelerate the use of technology in learning. The
introduction of Google Classroom in 2019 has emerged as an efficient cloud-based
virtual education platform, replacing the VLE Frog system. This facilitates educational
institutions in organizing teaching and learning, communication, and administration
without relying on paper. In the context of PAK21 (21st-century skills), Google
Classroom enables the creation of a student-centered learning environment. Google
Classroom not only provides facilities for creating, distributing, and measuring
paperless assignments but also facilitates integration with software such as Google
Drive, Google Docs, Gmail, Google Calendar, and others. This approach allows
teachers to distribute assignments, collaborate, and facilitate discussion forums
efficiently.This article outlines the significant role of Google Classroom in shaping
21st-century teaching, offering practical and innovative solutions in the context of
digital education. This transformation is not just a necessity but a requirement to
ensure education remains relevant, dynamic, and competitive in the modern
technological era.

Keywords : Google Classroom, 21st Century Learning, History

2
Pengenalan

Pendidikan merupakan satu ilmu yang penting dan bersepadu kerana ia memerlukan
proses dan kebijaksanaan yang tinggi. Dalam hal ini, pendidikan menjadi agen
perubahan sosial mahupun ekonomi bagi masyarakat kerana ia bergantung kepada
kualiti pendidikan yang diberikan dan disumbangkan oleh profesion keguruan. Dalam
menceburi pendidikan maka pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang
berkaitan dengan ilmu pendidikan atau kemahiran tertentu. Ia meliputi perkara-
perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan
penilaian dengan bermatlamatkan menyebarkan ilmu pengetahuan itu kepada murid
secara meluas. Umumnya, corak pengajaran pada masa kini telah mengalami banyak
perubahan serta bertambah maju (Mook Soon Sang, 2000). Sebagai seorang
pendidik yang memikul tanggungjawab dan amanah, perlulah menyedari bahawa
perubahan sistem pendidikan pada hari ini memerlukan guru untuk merubah
transformasi ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan
ilmu pengetahuan serta kemahiran mengajar yang canggih bagi mengikut peredaran
masa iaitu pengajaran abad ke-21 seperti pembelajaran secara digital. Umumnya,
pembelajaran secara digital ini juga merangkumi sebarang jenis pembelajaran yang
disertakan penggunaan teknologi atau amalan pengajaran yang masih menggunakan
teknologi secara efisien. Walaupun kemunculan COVID-19 pada suatu ketika dahulu
telah mencetus segala permasalahan dalam sistem pendidikan namun ia tidak
menutup segala peluang yang ada dalam memastikan pelaksanaan pembelajaran itu
dapat diteruskan sehingga kini. Dalam hal ini, penggunaan Google Classroom
merupakan salah satu sistem pendidikan yang telah diperkenalkan sejak tahun 2019
lagi menggantikan sistem VLE Frog iaitu merupakan platfrom pembelajaran secara
maya berasaskan awan bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran,
komunikasi dan pentabiran. Dengan Web Google Classroom yang telah disediakan
secara percuma ini telah memudahkan semua institusi pendidikan bagi membuat,
mengedarkan dan mengukur tugasan tanpa menggunakan sebarang kertas. Seiring
dengan PAK21 juga, perkara ini turut dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang berpusatkan kepada murid. Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (1989), beliau
menyatakan bahawa mata pelajaran Sejarah merupakan subjek penting kerana ia
merupakan usaha dalam memupuk kewarganegaraan. Walaupun demikian, mata
pelajaran Sejarah sehingga kini mendapat perspektif negatif disebabkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru umumnya secara tradisional
dan mendatangkan kebosanan kepada murid. Bagi mengelakkan tanggapan negatif
ini, mata pelajaran Sejarah sepatutnya digunakan sebagai satu sumbangan ilmu
sejarah sejajar dengan matlamat pendidikan Sejarah iaitu bagi melahirkan perasaan
kekitaan sesama masyarakat. Menurut M. Kaziva (2021), menyatakan berdasarkan
kajian yang dilakukan terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan aplikasi
Google Classroom dari aspek pengetahuan, kemahiran, dan sikap terhadap
pencapaian dalam pembelajaran Sejarah. Beliau telah menganalisis kajian tersebut
dan turut berpendapat bahawa Google Classroom merupakan media atau platform
pembelajaran yang berpotensi digunakan khususnya dalam mata pelajaran
sejarah bagi memudahkan proses pelaksanaan pembelajaran dan
pemudahcaraan secara sistematik dan teratur. Maka, guru boleh mengaplikasikan
penggunaan Google Classroom dengan menggabungkan segala perisian seperti
Google Drive, Dokumen Google, Gmail, Google Calender, dan sebagainya bagi
mengagih tugasan kepada para pelajar serta membuat perkongsian fail ataupun
membuat satu forum perbincangan. Oleh yang demikian dalam kajian ini, Google
Classroom telah dipilih sebagai medium penyampaian ilmiah bagi teknologi
pembelajaran dan pengajaran. Pada masa yang sama, kajian ini akan merungkai jika

3
penggunaan Google Classroom secara berterusan mempunyai keberkesanan
terhadap pencapaian pelajar dalam subjek mata pelajaran Sejarah khususnya era
selepas pandemik. Persoalan-persoalan kajian adalah seperti berikut :

i) Apakah terdapat fungsi penggunaan Google Classroom terhadap pencapaian


pelajar bagi mata pelajaran Sejarah?
ii) Apakah penggunaan aplikasi Google Classroom mempunyai keberkesanan
terhadap tahap pencapaian pelajar dalam pembelajaran Sejarah?
iii) Apakah cadangan penambahbaikan penggunaan aplikasi Google Classroom
terhadap tahap pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Sejarah?

Sorotan Literatur

Google Classroom merupakan salah satu platform pembelajaran abad ke-21 yang
masih digunakan pada tahap yang sederhana. Hal ini kerana, penggunaan aplikasi
sebagai medium penyampaian pengajaran dan pembelajaran itu masih pada tahap
yang baharu dan belum diterokai sepenuhnya dalam konteks pendidikan sekolah
menengah walaupun diakui terdapat banyak manfaat justeru potensi dalam
menyokong proses pembelajaran secara virtual ini.

Oleh itu, terdapat banyak sorotan literatur banyak kajian yang telah membincangkan
keberkesanan penggunaan aplikasi Google Classroom dalam proses pengajaran dan
pembelajaran khususnya bagi subjek Sejarah. Antara keberkesanan tersebut boleh
dikenalpasti oleh para pengkaji adalah murid merasakan penggunaan aplikasi Google
Classroom sangat memberi manfaat kepada mereka dalam proses pembelajaran
dimana medium aplikasi atas talian ini boleh meningkatkan kualiti pembelajaran
serta membantu mereka mencambah idea dan penerapan kursus yang diajar
(Mohamad Izzuddin Hilmi Bin Mohamad Zaini, 2021).

Seterusnya, penggunaan aplikasi Google Classroom memudahkan proses


pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan yang dapat menjimatkan masa
dan paperless melalui penggunaan Learning Management System (LMS) secara
sistematik dan teratur. Selain itu, pengkaji mengatakan bahawa terdapat perbezaan
yang signifikan terhadap pencapaian akademik melalui penggunaan aplikasi Google
Classroom iaitu berlaku peningkatan dalam kalangan murid khususnya dalam mata
pelajaran Sejarah (M. Kaziva, 2021). Manakala, berdasarkan kajian yang dijalankan
oleh M. Kaziva, Shaharudin Saad & Asiah Dahaman (2021), mendapati bahawa
aplikasi Google Classroom menunjukkan kesan yang baik terhadap pencapaian
penguasaan pengetahuan Sejarah dalam kalangan murid-murid.

Banyak kajian lampau yang membincangkan isu pendidikan mata pelajaran Sejarah
di sekolah yang melibatkan guru dan pelajar. Disebabkan kaedah pengajaran yang
lebih berbentukkan chalk and talk menyebabkan pelajar kurang gemar untuk
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada masa yang sama, disebabkan
kurang bimbingan daripada guru dengan menggunakan sumber sedia ada
menyebabkan pelajar sukar untuk memahami pengajaran yang ingin diajar oleh guru.
Dalam hal ini, kajian lepas turut membincangkan kelemahan menggunakan Google
Classroom dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Noor Desiro Saidin &
Hazrati Husnin (2021), tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru masih berada
pada tahap yang rendah disebabkan banyak cabaran yang perlu dihadapi sebelum
pelaksanaan aplikasi Google Classroom. Salah satu faktor tersebut merupakan
penghalang ialah kefahaman serta kesediaan guru-guru untuk mengadaptasi kaedah

4
pembelajaran yang baharu. Sehubungan dengan itu, penggunaan aplikasi ini masih
terdapat masalah dan kekangan khususnya dalam kalangan guru untuk
mengaplikasikannya. Hal ini dikatakan kerana, terdapat permasalahan seperti
capaian internet terhad, masa yang tidak mencukupi, silibus dan bebanan kerja guru
yang banyak (Suzana Shaharuddin & Fariza Khalid, 2014).

Metodologi

Bagi melihat keberkesanan penggunaan aplikasi Google Classroom terhadap


pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah, satu eksperimen telah dijalankan
ke atas 26 orang pelajar tingkatan 4 bagi dua kelas yang berbeza. Sekolah ini dipilih
kerana pengkaji telah menjalankan latihan mengajar di sekolah berkenaan selama 10
minggu dan mengaplikasikan penggunaan Google Classroom kepada pelajar-pelajar
berkenaan. Dalam hal ini, pendekatan kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian ini.
Pengkaji menggunakan kaedah bukan eksperimental iaitu teknik soal selidik bagi
mengukur objektif dalam meningkatkan pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran
Sejarah dalam kalangan pelajar Tingkatan 4. Selain itu, para pelajar akan diberikan
set ujian yang mengukur objektif keberkesanaan penggunaan aplikasi Google
Classroom. Dalam hal ini, set ujian ini mempunyai set Pra dan Pasca di mana tujuan
bagi kedua-dua kajian ini adalah bagi membandingkan skor min, peratus dan
kekerapan yang dicapai oleh para pelajar tersebut.

Sebelum eksperimen dijalankan, pengkaji telah memilih subtopik dalam buku teks
Sejarah Tingkatan 4 untuk diajarkan kepada pelajar tanpa sebarang menggunaan
aplikasi Google Classroom terhadap kumpulan pelajar yang telah dipilih. Setelah itu,
Ujian Pra dilakukan bagi melihat sejauh mana penguasaan responden terhadap
pengajaran guru tanpa menggunaan aplikasi Google Classroom. Setelah itu, guru
akan memilih satu subtopik lagi dalam Sejarah Tingkatan 4 untuk diajarkan kepada
pelajar dengan menggunakan aplikasi Google Classroom. Dalam hal ini, bezanya
adalah hanya 1 kelas sahaja yang akan diaplikasikan penggunaan Google Classroom
ini. Setelah itu, Ujian Pasca akan dilakukan untuk melihat keberkesanaan
penggunaan aplikasi Google Classroom terhadap kelas yang terpilih. Manakala, satu
kelas lagi turut diberikan Ujian Pasca untuk melihat sekiranya ada sebarang
perubahan daripada pengajaran guru walaupun tidak menggunaan aplikasi Google
Classroom.

Setelah daripada itu, dapatan skor min Ujian Pra akan dibandingkan dengan skor
Ujian Pasca. Pada masa yang sama, pengkaji akan menjalankan reka bentuk soal
selidik bagi kajian dengan bertujuan untuk mendapatkan data kuantitatif untuk
mengenal keberkesanan kajian terhadap penggunaan aplikasi Google Classroom.
Soal selidik tersebut akan merangkumi 2 objektif yang ingin dicapai, dimana bagi
bahagian B mempunyai 20 soalan yang akan mengukur fungsi penggunaan aplikasi
Google Classroom terhadap pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Sejarah.
Manakala bahagian C mempunyai 10 soalan iaitu merupakan cadangan
penambahbaikan penggunaan aplikasi Google Classroom terhadap tahap pencapaian
pelajar bagi mata pelajaran Sejarah.

5
Dapatan

1. Profil Responden
Jadual 1 : Demografi Responden

Jantina Jumlah
Perempuan 52 Orang

Berdasarkan Jadual 1 di atas, menunjukkan bahawa latar belakang atau demografi


responden yang telah terlibat semasa pengkaji melaksanakan kajian. Dalam hal ini,
seramai 52 orang pelajar perempuan keseluruhannya yang terlibat disebabkan lokasi
kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji merupakan Sekolah Menengah Perempuan,
Likas Kota Kinabalu. Dalam hal ini, pelajar yang dipilih adalah dalam kalangan pelajar
tingkatan 4.

2. Apakah terdapat fungsi penggunaan Google Classroom terhadap


pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Sejarah?

Jadual 2 : Keputusan Ujian-T bagi Hipotesis Pertama Kajian

Berdasarkan jadual 2, berikut merupakan keputusan ujian-t bagi hipotesis pertama


iaitu “tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian bagi ujian pra
kumpulan kawalan dan rawatan.” Oleh yang demikian, Dalam hal ini, keputusan
kajian adalah t= -4.411, df=25 manakala nilai signfikan bagi kajian ini adalah
sebanyak 0.001 iaitu kurang daripada 0.05. Oleh yang demikian, Ho1 akan diterima
pada aras signifikan 5%. Maka, terdapat hipotesis alternatif yang menyatakan
bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara min pencapaian bagi ujian pra
kumpulan kawalan dan rawatan.

Jadual 3 : Keputusan Ujian-T bagi Hipotesis Kedua Kajian

Berdasarkan jadual 3, berikut merupakan keputusan ujian-t bagi hipotesis kedua


iaitu “tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian bagi ujian
pasca bagi kumpulan kawalan.” Dalam hal ini, keputusan kajian adalah t=16.853,
df=25 manakala nilai signfikan bagi kajian ini adalah sebanyak 0.001 iaitu kurang
daripada 0.05. Oleh yang demikian, Ho2 akan diterima pada aras signifikan 5%.
Maka, terdapat hipotesis alternatif yang menyatakan bahawa terdapat perbezaan
yang signifikan dalam min pencapaian bagi ujian pasca bagi kumpulan kawalan.

6
Jadual 4 : Keputusan Ujian-T bagi Hipotesis Ketiga Kajian

Berdasarkan jadual 4, berikut merupakan keputusan ujian-t bagi hipotesis ketiga


iaitu “tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian bagi ujian
pasca kumpulan rawatan.” Dalam hal ini, keputusan kajian adalah t=23.913, df=25
manakala nilai signfikan bagi kajian ini adalah sebanyak 0.001 iaitu kurang daripada
0.05. Oleh yang demikian, Ho3 akan diterima pada aras signifikan 5%. Maka,
terdapat hipotesis alternatif yang menyatakan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan dalam min pencapaian bagi ujian pasca kumpulan rawatan.

3. Apakah cadangan penambahbaikan penggunaan aplikasi Google


Classroom terhadap tahap pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Sejarah?

Jadual 5 : Dapatan Skor Min

Item Min Std. Deviation


B1 3.19 1.234
B2 4.54 0.811
B3 4.54 0.859
B4 3.46 1.174
B5 3.31 1.158
B6 3.62 1.267
B7 2.92 1.440
B8 3.04 1.248
B9 3.04 1.280
B10 4.31 0.884
B11 3.19 1.234
B12 4.54 0.811
B13 4.54 0.859
B14 3.46 1.174
B15 3.31 1.158
B16 3.62 1.267
B17 2.92 1.440
B18 3.04 1.248
B19 3.04 1.280
B20 4.31 0.884

Berdasarkan Jadual 5, berikut merupakan Dapatan Skor Min bagi setiap item-item
dalam soal selidik. Dalam hal ini, dua dapatan min yang sama dan tertinggi diperoleh
iaitu 4.54 bagi aspek memperbanyak kemudahan komputer di sekolah dan
memperbaiki pencapaian Internet di sekolah. Dalam hal ini, iaitu sebanyak 69.2%
atau 18 orang bersetuju untuk memperbanyak kemudahan komputer di sekolah.
Manakala, sebanyak 73.1% atau 19 orang bersetuju untuk memperbaiki pencapaian
Internet di sekolah. Manakala, min yang terendah diperoleh iaitu sebanyak 2.92

7
dimana sebanyak 26.9% atau 7 orang yang tidak pasti bahawa melakukan segala
aktiviti pembelajaran dengan menggunakan aplikasi Google Classroom. Oleh yang
demikian, pengkaji telah merumuskan dapatan kajian mengenai cadangan
penambahbaikan penggunaan aplikasi Google Classroom terhadap tahap pencapaian
pelajar bagi mata pelajaran Sejarah melalui skor min dan sisihan piawai.

Hasil keputusan statistik deskriptif dan inferensi menggambarkan keseluruhan


tentang perbezaan analisis soal selidik dan juga ujian pra dan pasca. Di samping itu,
bab ini juga berjaya menguji tiga hipotesis yang telah dibina. Hasil keputusan analisis
statistik inferensi menunjukkan bahawa hipotesis diterima. Data menunjukkan
bahawa objektif kajian terhadap mengenalpasti fungsi google classroom terhadap
pencapaian pelajar bagi matapelajaran Sejarah tercapai kerana terbukti melalui hasil
kutipan data SPSS yang menunjukkan peningkatan pelajar selepas menjalankan
ujian pasca iaitu setelah aplikasi Google Classroom diaplikasikan dalam pembelajaran
Sejarah. Begitu juga dengan objektif kedua iaitu mengenalpasti sama ada
penggunaan aplikasi Google Classroom mempunyai keberkesanan terhadap tahap
pencapaian pelajar dalam pembelajaran Sejarah. Dalam hal ini, ia terbukti tercapai
melalui hasil kutipan data SPSS yang menunjukkan terdapat perbezaan terhadap
ujian pra dan ujian pasca responden. Akhir sekali adalah objektif ketiga, iaitu
mengenalpasti cadangan penambahbaikan penggunaan aplikasi Google Classroom
terhadap tahap pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Sejarah yang dilihat melalui
hasil kutipan data soal selidik.

Perbincangan

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, dapat dirumuskan bahawa terdapat


keberkesanan penggunaan aplikasi Google Classroom dalam pencapaian pelajar bagi
pembelajaran Sejarah semasa endemik. Lazimnya, kajian ini juga bertujuan untuk
menentukan sama ada pengajaran guru dalam menggunakan aplikasi Google
Classroom dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran Sejarah.
Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengetahui perbezaan antara min pencapaian
pelajar dalam ujian pra dan pasca bagi kumpulan rawatan, mengetahui perbezaan
antara min pencapaian pelajar bagi ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan
perbezaan min antara pencapaian pelajar bagi ujian pasca bagi kumpulan rawatan.
Hasil daripada dapatan kajian, mendapati bahawa terdapat perbezaan signifikan
antara min pencapaian pelajar dalam dalam min pencapaian bagi ujian pra kumpulan
kawalan dan rawatan, terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian
bagi ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan terdapat perbezaan yang signifikan
dalam min pencapaian bagi ujian pasca kumpulan rawatan. Oleh yang demikian,
jelas bahawa berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi, penggunaan aplikasi
Google Classroom dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu dalam
meningkatkan pencapaian pelajar khususnya dalam subjek Sejarah. Hal ini dikatakan
demikian kerana, guru tidak perlu sepenuhnya bergantung kepada kaedah tradisional
kerana dengan penggunaan aplikasi Google Classroom ini bukan sahaja dapat
memudahkan pengurusan guru tetapi ia juga dapat meningkatkan motivasi pelajar
secara tidak langsung.Kesannya, pelajar dan guru dapat memberikan perhatian yang
baik terhadap sesuatu topik pembelajaran. Jelas bahawa, hasil daripada analisis yang
telah dilaksanakan, dapat disimpulkan beberapa implikasi kajian yang akan
dikemukakan dengan harapan dapat membantu membantu guru juga dapat
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran
Sejarah. Justeru, diharapkan wujud ramai pengkaji-pengkaji yang akan menjadikan
tajuk Google Classroom dalam mana-mana mata pelajaran sebagai bahan bantu

8
mengajar agar dapat memberikan pendedahan tentang kepentingan penggunaan
aplikasi Google Classroom dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Walaupun
terdapat pelbagai halangan dan cabaran dalam melakukannya, tetapi jika ia
diaplikasikan dengan efektif dan baik maka kesannya dapat diambil dengan
sepenuhnya.

Kesimpulan

Kesimpulannya, keberkesanan penggunaan aplikasi Google Classroom terhadap


pencapaian pelajar bagi pembelajaran Sejarah semasa endemik amat berguna dan
penting sebagai satu alternatif selain pengajaran tradisional. Penggunaan aplikasi
Google Classroom ini merupakan salah satu teknik yang dapat meningkatkan
kefahaman dan ingatan terutamanya pelajar di samping memotivasi diri mereka
dalam penggunaan ICT. Selari dengan kajian lepas, mendapati bahawa penggunaan
aplikasi Google Classroom terhadap pembelajaran Sejarah dapat meningkatkan
pencapaian dan prestasi pelajar justeru memotivasikan murid supaya untuk lebih
cenderung mengikut sesi pengajaran dan pembelajaran. Tidak dinafikan bahawa,
terdapat pelbagai cabaran yang akan dihadapi olehi guru dalam mengaplikasikan
Google Classroom namun, seiring dengan masalah sudah tentu usaha dalam
mengatasinya perlu diambil agar penggunaan aplikasi ini dapat digunakan dengan
sepenuhnya di sekolah mahupun luar sekolah. Akhir sekali, dalam dunia pendidikan,
guru perlu sentiasa cakna dengan perkembangan semasa agar mempelbagaikan
bahan bantu mengajar yang dapat menghasilkan suatu proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih efektif.

9
Rujukan

Abd. Rahim Abd. Rashid. (2000). Model dan Pendekatan Pengajaran Sejarah KBSM,
KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Anbalagan Devar & Siti Mistima Maat. (2022, January 1). Kesediaan Murid
Mengaplikasikan Pengendalian Google Classroom Sebagai Alat Media
Interaktif dalam Pembelajaran Matematik. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 7, Issue 1, (page 367 - 372).

M. Kaziva. (2020, April 4). Kesediaan Murid Terhadap Penggunaan Aplikasi Google
Classroom Sebagai Platform Pembelajaran Sejarah. Malaysian Journal of
Social Sciences and Humanities (MJSSH),Volume 5, Issue 4, (page 108-
115), 2020DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i4.397

M. Kaziva. (2021, January 1). Hubungan antara Penggunaan Aplikasi Google


Classroom Terhadap Pencapaian dalam Pembelajaran Sejarah. Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 6, Issue 1, (page
61 - 69), 2021. DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i1.639

M. Kaviza, Shaharudin Saad & Asiah Dahaman. (2021). Kesan Pembelajaran Abad
Ke-21 Melalui Aplikasi Google Classroom Terhadap Pencapaian Penguasaan
Pengetahuan Sejarah. Journal of ICT in Education (JICTIE) ISSN 2289-7844 /
Vol. 8 / Issue 1 / 2021/ 92-103.

Mok Soon Sang. 2003. Ilmu pendidikan untuk KPLI (Komponen3: Profesionalisme
keguruan) Sekolah Rendah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohammad Izzudin Hilmi Bin Mohamad Zaini, Mohd Fauzi Bin Ali & Nur Hafizah Binti
Zuraini. (2021, September). Kajian Penerimaan Pelajar Politeknik Sultan
Idrish Shah Terhadap Penggunaan Aplikasi ‘Google Classroom”.
https://www.researchgate.net/publication/354542000_Kajian_Penerimaan_Pe
lajar_Politeknik_Sultan_Idris_Shah_Terhadap_Penggunaan_Aplikasi_'Google_
Classroom'

Noor Desiro Saidin, & Hazrati Husnin. (2021, July). Google Classrrom Sebagai
Pelantar M-Pembelajaran: Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kesediaan Guru-
Guru Sekolah. ResearchGate. Jurnal Dunia Pendidikan e-ISSN: 2682-826X |
Vol. 3, No. 2, 278-292, 2021 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd.

Suzana Shaharuddin & Fariza Khalid. (2014). Pengajaran dan Pembelajaran


Menggunakan Perisian- Google - Satu Analisis Kajian Lepas.
https://www.academia.edu/10368460/Pengajaran_dan_Pembelajaran_Mengg
unakan_Perisian_Google_Satu_Analisis_Kajian_Lepas

10

Anda mungkin juga menyukai