Anda di halaman 1dari 17

PUSAT PEMBENTUKAN PENDIDIKAN LANJUTAN & PROFESIONAL

FAKULTI PENDIDIKAN

SESI 2022/2023

GGGE6863 TEORI DAN FALSAFAH PENDIDIKAN SEJARAH

TUGASAN INDIVIDU: KEMAHIRAN KRONOLOGI

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. ANUAR AHMAD

DISEDIAKAN OLEH:
NUR ASMA LAILY BINTI MUSTAFA (P126678)
ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

1. PENGENALAN 2

2. KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH 3

3. KEMAHIRAN KRONOLOGI 3

3.1 SEBAB MUSABAB DALAM SEJARAH 6

3.2 KESINAMBUNGAN DAN PERUBAHAN 7

3.3 PERIODISASI SEJARAH 8

4. CADANGAN PELAKSANAAN KEMAHIRAN KRONOLOGI 9

4.1 BAHAN BANTU MENGAJAR 9

4.2 SUMBER DIGITAL 10

5. KESIMPULAN 12

6. RUJUKAN 13

1
1. PENGENALAN

Pendidikan adalah salah satu faktor besar yang akan mempengaruhi kuantiti
dan ketamadunan sesebuah bangsa di dunia. Manusia akan dianggap mundur
sekiranya tiada pendidikan yang diterapkan dalam diri. Dalam pembangunan sesebuah
negara juga, pendidikan menjadi salah satu elemen utama dalam perkembangan
ekonomi dan pembangunan negara. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 (PPPM 2023-2025), Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menyusun dan memfokuskan enam aspirasi murid untuk meningkatkan lagi
kemahiran insaniah murid dan mampu untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Enam aspirasi murid yang ditekankan oleh KPM adalah untuk melahirkan murid yang
mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa,
berpengetahuan, etika dan kerohanian serta melahirkan murid yang mempunyai
identiti nasional. Penekanan kerajaan ini juga sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).

Dalam usaha untuk melahirkan murid yang mempunyai identiti nasional,


kerajaan juga telah melaksanakan satu inisiatif dengan menjadikan mata pelajaran
sejarah sebagai salah satu mata pelajaran wajib lulus untuk lulus dalam Sijil
Peperiksaan Malaysia (SPM) bermula tahun 2013. Langkah kerajaan ini juga
memberi kesan positif dalam meningkatkan pengetahuan asas masyarakat tentang
sejarah negara. Usaha ini juga merupakan salah satu tindakan kerajaan untuk menyatu
padukan kaum melalui sistem pendidikan dengan menjadikan mata pelajaran sejarah
sebagai mata pelajaran teras (Muhammad Ridzuan Idris, Abdullah Deraman, Norazan
Mat Nor & Wan Adi Yusoff, 2011). Melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), pengenalan mata
pelajaran sejarah diperkenalkan sebagai subjek teras mulai tahun 2014 bagi KSSR dan
mulai tahun 2016 bagi KKSM (M.Kaviza, 2019). Pendekatan ini juga merupakan
salah satu inisiatif kerajaan untuk menanam semangat nasionalisme dalam kalangan
anak muda bermula dari sekolah.

2
2. KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH

Dalam PPPM 2023-2025, kemahiran berfikir merupakan salah satu aspirasi


murid yang ditekankan oleh KPM. Melalui aspirasi ini, KPM menggalakkan setiap
murid untuk menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting. Penambah baikan
dalam sistem pendidikan mampu membolehkan murid berfikir secara kritis untuk
mencapai kemahiran berfikir yang tinggi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).
Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) adalah salah satu kemahiran yang perlu dikuasai
oleh murid dalam proses mempelajari mata pelajaran sejarah. KPS boleh didefinisikan
sebagai proses kognitif yang memerlukan murid meneroka idea dan fakta yang
kompleks dan abstrak untuk memahami suatu aspek kehidupan manusia secara kritis
dan imaginatif (Kaviza M, 2019). Menurut Sharifah Nor Puteh, Nooreiny Maarof &
Elisabeth Tak (2010), KPS adalah proses pemikiran kritis yang menggunakan
maklumat sejarah termasuklah menguraikan fakta, perspektif, dan konteks untuk
memahami masa lepas. Kemahiran ini juga diguna pakai oleh sejarawan yang
menggunakan proses menganalisis objektiviti, sumber, nilai dan kandungan tertentu
dalam mentafsir dan menilai fakta sumber-sumber tertentu.

Kemahiran pemikiran sejarah bukanlah satu kemahiran yang hanya mengajar


murid untuk mengingati nama tokoh, tarikh dan tempat peristiwa sejarah tetapi
kemahiran ini adalah pembelajaran sejarah berdasarkan sumber tentang sebab dan
akibat yang berlaku sesuatu peristiwa dan perubahan yang berlaku selepas meneliti
sumber-sumber yang sahih yang dipilih secara kritikal (Ofianto & Tri Zahra Ningsih
(2021). Menurut Hedya Sasha, Mohd Mahzan Awang & Abdul Razak Ahmad (2019),
KPS memainkan peranan yang penting dalam pendidikan di sekolah kerana
kurikulum yang diterapkan dengan kemahiran ini meningkatkan pemikiran kritis dan
rasionalisme dalam diri juga dilaksanakan berdasarkan idea, hujan, pandangan,
tafsiran faktor budaya dan kronologi sesuatu peristiwa. Guru memainkan peranan
penting dalam setiap PdP untuk menjadikan mata pelajaran sejarah bukanlah mata
pelajaran yang membosankan. Penekanan kemahiran ini perlu dipupuk dalam proses
PdP mata pelajaran sejarah untuk membolehkan murid memahami ahli sejarawan
merekonstruksi sesuatu peristiwa lepas dengan menggunakan bahan bukti untuk
menentukan signifikan sosialisasi yang berlaku pada masa lalu.

3
Kemahiran Pemikiran Sejarah yang perlu diterapkan dalam kalangan murid
seperti yang disarankan dalam kurikulum sejarah (KPM, 2016 : M.Kaviza, 2019).
1. Kemahiran memahami kronologi- kemahiran ini mendidik murid untuk
memahami peristiwa sejarah berdasarkan tempoh masa yang merujuk kepada
kemajuan sesebuah tamadun.
2. Kemahiran meneroka bukti - kemahiran ini menggalakkan murid untuk
menganalisis, mengenal pasti dan membuat kaji banding antara sumber-
sumber yang diperoleh. Melalui kemahiran ini juga murid boleh
meningkatkan kemahiran menganalisis sumber primer dengan sumber
sekunder untuk mendapatkan maklumat dan fakta sejarah.
3. Kemahiran membuat interpretasi - kemahiran ini menggalakkan murid
membuat tafsiran terhadap peristiwa dengan memberi ulasan atau pendapat
berdasarkan bukti.
4. Kemahiran membuat imaginasi - kemahiran ini menggalakkan murid untuk
membuat persepsi dalam minda atau pemikiran mengikut kreativiti tentang
satu peristiwa sejarah.
5. Kemahiran membuat rasionalisasi - kemahiran ini menggalakkan murid
untuk menggunakan akal fikiran dalam membuat pertimbangan fakta tentang
sesuatu peristiwa sejarah.

Penerapan kemahiran ini juga sejajar dengan matlamat KPM yang


memfokuskan kepada kaedah pengajaran berpusatkan murid. Menurut Kaviza M
(2019), matlamat penerapan elemen kemahiran pemikiran sejarah dalam proses
pembelajaran adalah untuk menggalakkan pemikiran yang tinggi melalui proses
penilaian terhadap bahan bukti sejarah dan membuat satu perkaitan antara peristiwa
sejarah yang telah berlaku pada masa lepas dengan peristiwa sejarah yang berlaku
pada masa kini serta mengandaikan perkara yang bakal berlaku pada masa akan
datang dengan mengaplikasikan pengajaran yang diperoleh dalam konteks kehidupan.
Elemen kemahiran berfikir ini juga mampu meningkatkan kemahiran komunikasi
murid, sikap dan nilai kemanusiaan dengan proses pemikiran yang kritis. Melalui
kurikulum mata pelajaran yang telah digariskan oleh kerajaan juga memberi
penekanan kepada kesepaduan aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membina jati diri dan semangat nasionalisme dalam diri murid.

4
Proses PdP mata pelajaran sejarah merupakan proses yang mampu untuk
menggalakkan sesi pembelajaran yang aktif daripada murid dan guru dengan
menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam kelas. Kepelbagaian teknik
pengajaran membantu untuk meningkatkan muru pengajaran dalam pembelajaran.
Pendekatan dalam pembelajaran juga menunjukkan kebolehan seorang guru dalam
menjalankan satu teknik atau kaedah yang dapat menyampaikan matlamat proses
pengajaran dan pembelajaran (Niveetha Mookan, Abdul Razaq Ahmad & Norasmah
Othman, 2021). Sungguh pun begitu, melalui kajian yang dijalankan, dalam menilai
tahap pengetahuan guru yang mengajar mata pelajaran sejarah terhadap KPS berada
pada tahap sangat memuaskan secara keseluruhnnya (Nadirah Husna Nek Jid &
Anuar Ahmad, 2022). Kajian yang dijalankan tidak secara menyeluruh di seluruh
negara. Jadi, penerapan elemen KPS seharusnya ditekankan dengan lebih kerap oleh
guru-guru.

3. KEMAHIRAN KRONOLOGI
Dalam saranan yang ditekankan oleh KPM melalui kurikulum mata pelajaran
sejarah, kemahiran kronologi merupakan salah satu kemahiran pemikiran sejarah.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kronologi adalah susunan peristiwa menurut
masa berlakunya sesuatu peristiwa. Kronologi juga dianggap sebagai elemen utama
dalam sejarah. Sejarah wujud dengan adanya satu garis masa yang menyusun
peristiwa-peristiwa lepas yang telah berlaku. Kronologi juga boleh didefinisikan
kepada proses menyusun urutan kejadian atau tindakan secara teratur (Siti Kisni
Kisson, 2021). Murid akan lebih memahami peristiwa sejarah sekiranya mereka
faham dengan konsep kronologi. Menurut Nurul Syifa & Mohd Mahzan Awang
(2018), kronologi terbina daripada konsep sebab akibat dan kesan sampingan.
Kronologi juga dilihat berdasarkan perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa
selepas satu peristiwa sejarah. Kemahiran kronologi boleh dibahagikan kepada 3 ciri
dalam menjelaskan kronologi peristiwa sejarah dalam sesi pembelajaran. Berdasarkan
kajian yang dilakukan oleh M. Kaviza (2019), kemahiran kronologi dalam kalangan
peserta kajian iaitu murid adalah tinggi. Penyusunan peristiwa sejarah secara
berturutan dan sistematik mengikut konteks perubahan masa dapat meningkatkan
kefahaman dan kebolehan murid untuk membuat kesinambungan peristiwa dengan
teratur.

5
3.1 SEBAB MUSABAB DALAM SEJARAH

Untuk menerapkan kemahiran kronologi dalam pembelajaran sejarah, guru


perlulah mendedahkan murid dengan historical causation atau sebab musabab dalam
peristiwa sejarah. Kemahiran dalam menganalisis sebab musabab sejarah merupakan
kemahiran yang penting untuk memperlihatkan kepada murid terhadap penjelasan
sejarah menggunakan pemikiran logik akal. Kemahiran ini juga melibatkan kemahiran
menganalisis sumber primer (Ofianto, Aman, Tri Zahra Ningsih & Nur fata Abidin,
2021). Menurut Edward Hallet (1987), sejarah adalah ilmu tentang sebab musabab.
Sejarah yang berlaku pastinya mempunyai sebab musabab sesuatu berlaku yang
membawa kepada kesan dan akibat. Kemahiran menganalisis sebab musabab ini juga
merupakan kemahiran analitikal yang tinggi yang membawa kepada penyusunan
kronologi sesuatu peristiwa sejarah. Sejarawan menggunakan kemahiran interpretasi
dalam merumuskan sebab dan musabab sesuatu peristiwa (Edward Hallet, 1987).

Sebab musabab dalam sejarah juga memperlihatkan kepada sebab kontekstual


dan juga intentional causes atau sebab yang disengajakan. Dalam mengkaji sebab
kontekstual, sejarawan akan menganalisis peristiwa sejarah yang berlaku dengan
pemahaman terhadap konteks sosial, ekonomi dan politik. Proses kontekstualisasi
juga melibatkan perbuatan menganalisis peristiwa-peristiwa lain yang berlaku dalam
pada masa yang sama dengan peristiwa dalam sumber sejarah. Kontekstual adalah
pengetahuan yang dianalisis dan diperkembangkan melalui konteks yang terbatas dan
penuh dengan proses (Mitchel Vinco, 2018). Melalui proses menganalisis sebab
musabab yang kontekstual dalam sejarah, sejarawan dapat menyusun dan membina
satu garis masa kronologi yang panjang dengan mengaitkan peristiwa sejarah yang
berlaku. Sebab musabab yang kontekstual memberikan pemahaman tentang
persamaan atau perbezaan masa dahulu dengan kini dalam konteks yang melibatkan
politik, ekonomi dan sosial (Siti Kisni Kisson, 2021).

Melalui sebab musabab yang disengajakan, sejarawan berpendapat bahawa


sebab musabab yang disengajakan ini bergantung kepada niat atau matlamat
seseorang yang menyebabkan sesuatu peristiwa sejarah itu berlaku. Kebiasaannya
matlamat tindakan seseorang ini bergantung kepada faktor lain yang menyebabkan
mereka mengambil keputusan dalam membuat sesuatu dan mencipta satu peristiwa

6
sejarah (Anders Nersater, 2018). faktor yang menyumbang kepada niat dan matlamat
dipengaruhi oleh pendapat, ideologi, pandangan peribadi, cita-cita, penderitaan dan
sebagainya (Manjunatha T.M, 2020). Sebab musabab yang disengajakan ini memberi
kesan dan perubahan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Dalam erti kata lain,
sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku disebabkan oleh keputusan atau niat dan
matlamat seseorang yang akhirnya membentuk satu peristiwa sejarah.

3.2 KESINAMBUNGAN DAN PERUBAHAN DALAM KRONOLOGI

Dalam memupuk kemahiran kronologi dalam pembelajaran sejarah, guru-guru


perlulah menjelaskan kesinambungan dan perubahan yang berlaku dalam satu
peristiwa sejarah. Kesinambungan dan perubahan adalah dua elemen yang saling
berkaitan dan perlu diperjelaskan secara teratur untuk memperlihatkan hubungan
antara kesinambungan dan perubahan dalam memahami proses sesuatu peristiwa
sejarah. Kronologinya lebih mudah difahami jika dianalisis dan dikaitkan hubungan
antara peristiwa lepas dengan sekarang (David Rosenlund, 2021). Kesinambungan
dalam sejarah melibatkan perkara yang tidak berubah dan kekal sama untuk jangka
masa yang lama. Sebagai contoh tradisi, nilai budaya ataupun sistem dan ideologi
politik sesebuah negara. Ideologi dan sistem politik negara mungkin berubah
berdasarkan kepada faktor dan pengaruh seseorang yang berkuasa terhadap negara.

Perubahan pula melibatkan sesuatu perkara yang telah di transformasi atau


berubah mengikut peredaran masa. Perubahan yang berlaku adalah disebabkan oleh
faktor seperti peperangan, perkembangan ekonomi, perkembangan teknologi dan
sebagainya. Ianya melibatkan perubahan ke arah yang positif dan negatif, ia tetap
dikira sebagai perubahan (History skill). Dalam memperlihatkan kesinambungan dan
perubahan dalam sejarah, pakar sejarah telah menganalisis dan menafsir peristiwa-
peristiwa yang mempunyai hubungkait sebelum menetapkan satu fakta sejarah.
Hubungkait peristiwa-peristiwa yang telah berlaku akan disusun mengikut faktor-
faktor tertentu yang mempengaruhi dan memperlihatkan satu kronologi yang
membentuk satu peristiwa sejarah yang lepas.

Melalui kajian yang dijalankan oleh David (2021), kesinambungan dan


perubahan mempunyai 3 disiplin ilmu iaitu ilmu prosedur, ilmu fakta dan ilmu

7
konseptual. Melalui ilmu prosedur, ia adalah pengetahuan tentang prinsip-prinsip
yang berkaitan dengan tafsiran sumber-sumber sejarah. Ilmu fakta pula pengetahuan
tentang peristiwa-peristiwa sejarah yang penting dalam proses sesuatu peristiwa.
Sebagai contoh, perubahan dalam satu struktur politik dipengaruhi oleh faktor politik,
sosial dan ekonomi. Ilmu konseptual mengenai pengetahuan tentang perubahan
konsep. Pengetahuan konsep ini juga dikaitkan dengan bagaimana perkaitan dibuat
anatara fakta dan disiplin ilmu. Dalam mempelajari sejarah, perubahan banyak
dibincangkan oleh para sejarawan berbanding dengan kesinambungan sejarah.
Perbezaan di antara kedua nya juga menjelaskan kronologi yang berbeza. Melalui
analisis corak kesinambungan dan perubahan dalam sesuatu peristiwa, murid lebih
mudah memahami kronologi sesuatu peristiwa dan meningkatkan kemahiran
kronologi sejajar dengan KPS yang digalakkan oleh KPM.

3.3 PERIODISASI SEJARAH

Kemahiran kronologi juga melibatkan periodisasi atau periodization sebagai


salah satu elemen untuk meningkatkan kefahaman dalam bidang kronologi.
Periodization adalah satu tempoh masa yang boleh memperlihatkan perkembangan
atau kemunduran sesuatu empayar atau kerajaan. Istilah periodisasi diguna pakai
sebelum kemunculan istilah ‘abad’ yang diperkenalkan sekitar tahun 1700-an (Sato.
M, 2001). Istilah periodisasi juga menunjukkan kronologi sesuatu peristiwa sejarah
yang berlaku. Dengan perkembangan ilmu sejarah, istilah kronologi sejarah
digunakan bagi penggantikan istilah periodisasi. Namun begitu, istilah periodisasi
masih diguna pakai sehingga kini. Periodisasi juga menunjukkan perbezaan zaman
yang berlakunya perkembangan atau kemunduran dari segi politik, ekonomi, budaya
dan sosial. Melalui kaedah periodisasi, sejarawan membahagikan sesuatu peristiwa
berdasarkan satu tempoh tertentu. Pembahagian tempoh masa juga lebih mudah
difahami. Penyusunan kronologi juga lebih mudah diingati dan memperlihatkan
perbezaan antara satu tempoh.

8
4. CADANGAN PELAKSANAAN KEMAHIRAN KRONOLOGI DALAM PDP.

Memahami kronologi melibatkan aktiviti yang menggalakkan murid


memahami peristiwa lalu berdasarkan susun atur tarikh, tempat, watak dan peristiwa
(M. Kaviza 2019). Kemahiran ini membantu murid menjawab 5 persoalan utama
tentang bila, di mana, siapa dan apa. Melalui kemahiran ini juga, guru-guru boleh
menggalakkan penglibatan murid dalam sesi PdP. Untuk meningkatkan mutu PdP,
guru seharusnya menggunakan pelbagai pendekatan yang mampu untuk
meningkatkan kefahaman murid. Kepelbagaian teknik pengajaran dari aspek
penyampaian, alat bantu mengajar, pedagogi dan peneguhan berpusatkan murid
disarankan untuk dilaksanakan sejajar dengan galakan Kementerian Pendidikan
Malaysia. Menurut Niveetha Mookan, Abdul Razaq Ahmad & Norasmah Othman
(2021), dalam proses PdP, kaedah yang sesuai dilaksanakan untuk meningkatkan
kefahaman pelajar adalah pembelajaran di luar bilik darjah, pembelajaran PAK-21,
pembelajaran inkuiri dan pembelajaran berasaskan penceritaan.

4.1 BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan salah satu sokongan yang boleh
dipraktikkan oleh guru dalam setiap pembelajaran untuk meningkatkan minat dan
motivasi murid dalam proses pembelajaran. BBM adalah bahan atau sumber yang
digunakan oleh pendidik yang bertujuan untuk memudahkan pemahaman proses
pembelajaran (Niveetha Mookan, Abdul Razaq Ahmad & Norasmah Othman 2021).
Melalui pendekatan BBM ini, membantu mengelakkan sesi pembelajaran sejarah
yang membosankan. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Nor Aqilah & Aliza
(2022), pendekatan Bahan Bantu Mengajar boleh dibahagikan kepada tiga bentuk
iaitu visual, auditori dan kinestetik. BBM visual adalah bahan yang boleh dilihat
secara visual seperti gambar, rajah, graf dan sebagainya. BBM auditori pula bahan
yang boleh diaplikasikan untuk menggalakkan murid melakukan lebih banyak
perbincangan, perbahasan dan pembentangan dan akhir sekali, BBM kinestetik adalah
bahan mengajar yang melibatkan sensori sentuhan. Dalam proses pembelajaran mata
pelajaran sejarah, bahan bantu mengajar berbentuk visual dan auditori lebih sesuai
digunakan untuk menerapkan lagi Kemahiran Pemikiran Sejarah.

9
Kemahiran kronologi yang ingin diterapkan dalam pembelajaran menekankan
persoalan-persoalan yang boleh menggalakkan murid berbincang. Dengan meneliti
sumber-sumber yang diperoleh, murid menyusun satu garis masa yang
memperlihatkan peristiwa sejarah dengan lebih jelas. Dengan bantuan BBM yang
disediakan oleh guru dan murid, pembelajaran sejarah menjadi lebih mudah difahami.
Proses menyusun urutan peristiwa sejarah juga menggalakkan kemahiran interpretasi
murid.

4.2 SUMBER DIGITAL

Dengan kemajuan teknologi masa kini, proses pembelajaran sejarah menjadi


lebih mudah dengan penyediaan sumber-sumber sejarah yang kini lebih mudah dilihat
dan diterokai. Zaman moden kini, banyak kaedah dan teknik yang boleh digunapakai
oleh guru dalam meneroka dan mencari sumber sejarah. Antaranya ialah sumber
primer, sumber sekunder, penggunaan sumber digital dan banyak lagi. Penggunaan
sumber digital sejarah dalam proses PdP merupakan satu revolusi dalam pendidikan
sejarah (Renuka R & Siti Hawa). Pendidikan sejarah yang dulunya hanya bergantung
kepada sumber yang bercetak sahaja menyebabkan pembelajaran kurang menarik
perhatian murid.

Sumber digital sejarah lebih mudah diperoleh melalui teknologi internet yang
dicapai dari laman web, portal pendidikan, portal muzium, portal perpustakaan dan
arkib digital. Pengaplikasian sumber digital dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran merupakan salah satu cara untuk menarik minat murid (Muhammad
Zulfiqar & Anuar Ahmad, 2021). Sikap minat murid dalam pembelajaran sejarah
yang menggunakan sumber digital ini menggalakkan murid untuk meneroka sendiri
sumber-sumber yang boleh diperoleh melalui teknologi maklumat. Berdasarkan
kajian, jika motivasi murid terhadap pembelajaran meningkat, keinginan murid untuk
memahami pembelajaran menjadi lebih mudah. Menurut Shen Yuan Saw & Mohd
Mahzan Awang (2023), melalui pendekatan menggunakan aplikasi YouTube dalam
mata pelajaran sejarah, membantu dari segi kefahaman, peningkatan motivasi dan
menjalankan pembelajaran kendiri.

10
Pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam kaedah pengajaran
dan pembelajaran merupakan salah satu cara untuk menarik minat murid dalam mata
pelajaran sejarah. Pergantungan pembelajaran sejarah dengan buku teks menyumbang
kepada rasa bosan di dalam kelas (Muhammad Zulfiqar & Anuar Ahmad, 2021).
Antara sumber digital yang boleh digunapakai dalam pembelajaran sejarah adalah
video, audio, kartun, animasi, dokumen dan pelbagai lagi (Renuka Ramakrishna &
Siti Hawa, 2017). Walaupun sumber digital ini kurang digunakan tetapi kesan
daripada penggunaannya mampu menjadikan pembelajaran sejarah sebagai mata
pelajaran yang mudah difaham dan dipelajari. Melalui pendekatan penggunaan
sumber digital dalam pembelajaran sejarah, kemahiran kronologi boleh diterapkan
dalam kalangan murid. Murid boleh mengakses sendiri sumber-sumber yang terdapat
di internet dan melakukan analisis sejarah berpandukan kepada sumber yang
diperoleh. Guru memainkan peranan dalam membimbing murid-murid memilih
sumber-sumber yang boleh sahih yang boleh dirujuk.

11
5. KESIMPULAN

Penekanan dalam mata pelajaran sejarah melalui Kemahiran Pemikiran Sejarah


merupakan aspek yang penting dalam meningkatkan kefahaman dan minat murid
terhadap sejarah. Seperti juga mata pelajaran yang lain, pengaplikasian kemahiran
pemikiran sejarah dalam PdP adalah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam
menguasai sejarah. Kemahiran kronologi merupakan salah satu kemahiran utama
KPS. Sejarah juga dikatakan sebagai mata pelajaran yang berkait rapat dengan
susunan peristiwa. Melalui kemahiran ini juga menggalakkan pelajar meningkat
kemahiran yang lain seperti kemahiran meneroka bukti, kemahiran interpretasi,
kemahiran imaginasi dan rasionalisasi. Susunan masa dan peristiwa sejarah lebih
mudah untuk difahami berbanding pembelajaran yang menggunakan teknik
penceritaan. Dalam meningkatkan kemahiran kronologi, guru dan murid perlulah
memainkan peranan yang seimbang. Kaedah pengajaran dan pembelajaran perlulah
dipelbagaikan dan bukan hanya bergantung kepada buku teks semata-mata. Guru
seharusnya membimbing murid dalam mencari bahan-bahan sumber dan
menggalakkan mereka untuk turut serta secara aktif dalam setiap proses
pembelajaran.

12
6. RUJUKAN

Anon. History Skill. Diakses melalui:https://www.historyskills.com/historical-


knowledge/change-and-continuity/ (29 Jun 2023)

Carr. E.H. 1987. What is history. England: Penguin Book.

Hedya Sasha Abdullah, Mohd Mahzan Bin Awang & Abdul Razak Ahmad. 2021.
Implementation of historical thinking skill among Malaysian Students using
History Textbook: Concept, Issue and Challenges. Global Conferences Series:
Social Sciences, Education and Humanities (GCSSSEH) Vol2.

Kaviza M. 2019. Hubungan penerapan elemen kemahiran pemikiran sejarah dalam


proses pengajaran dan pembelajaran terhadap pencapaian mata pelajaran sejarah
dalam kalangan murid. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik Bil.7(1):30-
38.

Kaviza M. 2019. Tahap pengamalan dan penguasaan kemahiran pemikiran sejarah:


perspektif murid berdasarkan empat dimensi gaya pembelajaran. International
Journal of Education, Psychology and Counseling 4(31): 32-45.

Kaviza M. 2019. Hubungan antara amalan dan penguasaan kemahiran pemikiran


sejarah. Jurnal Pendidikan Malaysia Vol44(1):29-36.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2011. Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan


Bil.3 tahun 2011: Pelaksanaan Mata Pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran
wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. Diakses melalui
http://lp.moe.gov.my/files/pekeliling/2011/SP%20Bil%203%202011%20Mata
%20Pelajaran%20Sejarah%20Wajib%20Lulus.pdf (27 Julai 2023).

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Laporan awal pelan pembangunan


pendidikan Malaysia 2013-2025. diakses melalui
https://iab.moe.edu.my/bahanportal/sumber/Preliminary-Blueprint-BM.pdf (27
Julai 2023)

13
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2016. Sejarah: Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Tingkatan 1. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Manjunatha T.M. 2020. Causation in history: various perspective. JETIR Vol2(3).

Mookan N, Abdul Razaq Ahmad & Norasmah Othman. 2021. Pendekatan


Kepelbagaian Pengajaran dari aspek penyampaian, alat bantu mengajar, pedagofo
dan peneguhan dalam pembelajaran sejarah. Jurnal Dunia Pendidikan
Vol3(1):227-238.

Muhammad Ridzuan Idris, Abdullah Deraman, Norazan Mat Nor & Wan Adi Yusoff.
2011. Kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan guru sejarah : isu dan
cabaran. Kertas kerja. Kelantan: IPG Kampus Kota Bharu.

Muhammad Zulfiqar & Anuar Ahmad. 2021. Minat murid terhadap gaya, kaedah
pengajaran dan pembelajaran guru dalam pendidikan sejarah. Malaysian Journal
of Social Science and Humanities (MJSSH) Vol6(2):211-221).

Nadirah Husna Nek Jid & Anuar Ahmad. 2022. Persepsi dan sikap murid terhadap
pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam mata pelajaran sejarah.
Global Multidisciplinary Conference on business, education, social sciences and
technology. Malaysia: Kuala Lumpur.

Nersater A. 2018. Student understanding of causation in history in relation to specific


subject matter - causes behind the scramble for Africa. Historical Encounters.
https://www.diva-portal.org/smash/get/diva2:1240697/FULLTEXT01.pdf (30
Julai 2023)

Nor Aqilah Mohamad Suhaimi & Aliza Alias. 2022. Pengetahuan guru pendidikan
khas terhadap bahan bantu mengajar visual, auditori dan kinestetik yang sesuai
terhadap murid berkeperluan khas. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities Vol7(5).

14
Nurul Syifa Mohd Nasir & Mohd Mahzan Awang. 2018. Pemahaman KPS
(kronologi) melalui kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan
pembelajaran sejarah di bilik darjah. Proceedings International Conference on
Social Studies & Humanities (ICOSH 2018).

Ofianto & Ningsih T.Z. 2021. Development of students; historical thinking skill
through the project-based learning model. International Journal of Academic
Reseacrh in Progressive Education & Development Vol.10(2):615-624.

Ofianto, Aman, Tri Zahra Ningsih & Nur Fatah Abidin. 2021. The development of
historical thinking assessment to examine students’ skills in analyzing the
causality of historical events. European Journal of Education Research
Vol.11(2):609-619.

Ramakrishna R & Siti Hawa Abdullah. 2017. Penggunaan sumber digital sejarah
dalam kalangan guru sejarah. Penang: Universiti Sains Malaysia. Diakses dari:
https://shorturl.at/kEPTW . (29 Julai 2023)

Rosenlund D. 2021. Continuity and change, a large scale assessment and equity: a
study of gender-related differences regarding conceptual knowledge. The
Curriculum Journal Vol.32(2):315-333.

Sato M. 2001. Time, chronology and periodization in history. International


Encyclopedia of the Social & Behavioral Science. Diakses melalui
https://www.sciencedirect.com/topics/social-sciences/periodization. ( 7 Jun 2021)

Saw S. S. & Mohd Mahnaz Awang. 2023. Aspek pertimbangan pilih video YouTube
oleh guru sejarah di Perlis. International Journal of Advanced Research in
Education and Society Vol5 (1): 231-241.

Sharifah Nor Puteh, Nooreiny Maarof & Elisabeth Tak. 2010.Students perception of
the teaching of historical thinking skills. PERTANIKA Journal Social Science &
Humanities. 18(s):87-95.

15
Vinco M. 2018. Kontekstualisasi kehidupan masa pra-aksara di Indonesia: analisis
buku teks pembelajaran sejarah. Jurnal Pendidik dan Peneliti Sejarah
Vol1(2):167-176.

16

Anda mungkin juga menyukai