Anda di halaman 1dari 43

HUBUNGAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN MINAT PELAJAR TERHADAP PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SEJARAH DI SEKOLAH MENENGAH BAB

1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Berteraskan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang dinamik serta drastik dalam menjadikan subjek Sejarah sebagai wajib lulus berkuatkuasa pada 2013, adalah merupakan satu pengiktirafan kepada warisan dan khazanah negara dalam mengekalkan fakta dan maklumat sahih kepada generasi negara di masa hadapan. Subjek Sejarah mengupas ketamadunan sesebuah negara bangsa dan fakta warisan budaya negara yang perlu diperlihara sebagai peninggalan wasiat warisan bangsa yang berdaulat. Generasi hari ini adalah pemangkin pewaris masa depan yang akan mendokong prinsip serta hala tuju negara. Selaras dengan Fasafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosialisasi (JERIS). Justeru, memahami kepentingan mempelajari subjek Sejarah sebagai tunggak jati diri dan Sejarah ketamadunan adalah menjadi keutamaan dalam sekolah. Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewajibkan mata usaha menerapkan ilmu dan memperkasakan semangat kenegaraan yang dipupuk melalui pembelajaran yang berterusan di

pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjelang 2013 ternyata satu tindakan bijak. Ketika bangsa kita kian lupa kepada asal-usul sejarah negara, maka ada keperluan untuk memertabatkan ilmu dalam konteks masyarakat moden dan usaha ini adalah permulaannya.

Dalam falsafah pendidikan Sejarah seperti yang diutarakan oleh Socrates, Ibn Khaldun, Toynbee, Hegel, Finberg, Zainal Abidin Wahid, Khoo Kay Kim, Since history directly deals with issues of nationality, politics and

citizenship, it is very important for all students to learn this subject. This subject could be use as an effective instrument to create national identity, reinforce a sense of belonging and loyalty to the country and cultivate the spirit of patriotism. Consequently, through the acquisition of knowledge and appreciation of the countrys history, it is hoped that pupils would be aware of the variety of social and national life and could this understanding foster national unity as stipulated in the Malaysian development plans (Sedutan daripada Mohamad Johdi (2000)- Thesis
PhD, Universiti Birmingham, England). Sejarah membuktikan bangsa yang berjaya adalah bangsa yang belajar daripada sejarah silamnya. Dalam konteks sebuah negara merdeka dan berdaulat seperti Malaysia, kita seharusnya berbangga kerana kita mempunyai susur galur peradaban hebat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai sejarah agung sebuah empayar dihormati dunia suatu ketika dahulu. 1.2 Latar Belakang Dalam perkembangan isu peranan kepimpinan dalam pendidikan, didapati banyak kajian dilakukan terhadap pengetua (Crowther, 1997; Sashkin & Sashkin, 1993) berbanding peranan kepimpinan guru di dalam bilik darjah. Menurut Banathy (1991),

system change adalah segala

perubahan yang berlaku pada suatu bahagian dalam sistem organisasi yang mempengaruhi keseluruhan organisasi dan seterusnya akan membawa perubahan baru kepada organisasi tersebut. Apabila systemic

change ini dikaitkan dengan peranan kepimpinan guru, pengertian


peranan kepimpinan guru adalah satu unit yang akan mempengaruhi keseluruhan yang ketara keberkesanan dalam diri sesebuah guru-guru sekolah. yang Perbezaan dalam kepada pencapaian murid-murid dalam sekolah turut dipengaruhi oleh perbezaan menyumbang kecemerlangan sesebuah sekolah tersebut.

Menurut Hook dan Vass (2000), peranan kepimpinan guru yang berkesan memerlukan guru yang memiliki kemahiran-kemahiran yang merangkumi, boleh mengembangkan keupayaan untuk memahami dan mempunyai visi; mempunyai kemahiran menghasilkan hubungan yang berkesan; memahami tingkah laku dan keinginan murid-muridnya; memahami bilik darjah adalah satu sistem; dan berkebolehan mencari penyelesaian dan menganalisis maklumat. Proses pengajaran dan pembelajaran secara normal berlaku di dalam bilik darjah yang mana murid-murid yang mengikuti pengajaran merupakan responden dan guru berperanan sebagai pemimpin. Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti peranan kepimpinan guru sama ada berjaya mendorong; bertindak sebagai perujuk; dan berkebolehan mempengaruhi murid untuk berusaha mencapai sesuatu objektif umpamanya objektif pembelajaran. Pelaksanannya dapat dijayakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan merujuk kepada usaha yang digerakkan ke arah pencapaian hasil pembelajaran mengikut topik yang diajar. Kejayaan guru sebagai pemimpin akan terserlah dalam keupayaannya membuat perubahan di dalam bilik darjah menerusi kolaborasi bersama murid-murid ke arah pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru selaku pemimpin harus berkebolehan dan berupaya mengubah tingkah laku atau sikap subordinat bagi mendorong ke arah pencapaian matlamat. Ditinjau dari aspek kepimpinan guru dalam menerapkan ilmu sejarah secara bersepadu berlandaskan Falsafah Pendidikan Guru (FPG), yang memertabatkan profesion keguruan ke arah mendokong pekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyajung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin, menggalas peranan guru sebagai perubahan dan kepimpinan dalam pendidikan yang bermula dari

dalam bilik darjah melalui proses pendidik formal atau informal seterusnya diperluaskan di sekolah, masyarakat dan negara. Sejarah adalah mata pelajaran teras dalam kurkulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang wajib dipelajari oleh semua murid secara berterusan selama lima tahun. Tahun 2003 merupakan tahun terakhir penggunaan kurikulum lama sejarah. Pusat Perkembangan Kurikulum (PKK) telah menyemak semula kurikulum sejarah dan berusaha meningkatkan lagi keberkesanan mata pelajaran ini sesuai dengan kehendak semasa. Proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya menjadi sesuatu yang hidup dan boleh menarik minat pelajaran tersebut (Kementerian Pelajaran Malaysia 2003). Penyemakan kurikulum Sejarah (KBSM) 2000 bertujuan memantapkan Akta Pendidikan 1996, memenuhi FPK dan menyediakan warga Malaysia untuk menghadapi cabaran pendidikan pada abad ke-21. Kurikulum Sejarah KBSM pada umumnya menitiberatkan sejarah dan kepentingan negara mengikut acuan Malaysia. Keberkesanan mata pelajaran sejarah bergantung kepada perancangan dan kualiti guru sejarah. Guru sejarah yang baik menunjukkan kebolehan dan keupayaan dari segi kualiti diri, sosial dan professional. Kelemahan dari segi pengajaran masih menjadi isu utama yang berkaitan dengan pencapaian murid dalam peperiksaan. Corak mata pelajaran sejarah di sekolah masih bersifat tradisional dan membosankan murid (KPM 2003). Mata pelajaran sejarah selalui dikaitkan denga kesukaran pelajar untuk menghafal dan mengingat fakta serta peristiwa yang lalu. Pelaksanaan kurikulum sejarah didapti terlalu menekankan fakta disebabkan pengamalan sistem penilaian pelajar menjurus kepada penilaian intelek (Fuen, 2006). Penekanan kepada aspek kognitif menyebabkan guru berpegang kepada matlamat akhir proses pengajaran-pembelajaran pelajar iaitu pelajar mesti lulus dalam peperiksaan (Carr dan Burnham, 1999). Justeru, pelajar hanya menerima fakta yang disampaikan oleh guru tanpa memahami isi kandungan yang terdapat pada peristiwa sejarah itu. terhadap mata

Penekanan ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru sering diamalkan yang mengukuhkan lagi pandangan bahawa sejarah adalah satu mata pelajaran yang membosankan (Philips, 1992; Abdul Rahim, 1996). Menurut Hussein (1991), pembelajran berkesan apabila pelajar dapat mengikuti, memahami, meghayati, mengalami perubahan tingkahlaku, pemikiran dan perasaan. Proses pelajar mendapatkan konten pelajaran penting untuk memastikan pelajar belajar (Vanderstoep & Printich, 2003). Proses pembelajaran ialah apa yang dilakukan pelajar itulah dipelajari, tetapi bukan apa yang dilakukan oleh guru. Menurut Sternbeg (1984) perubahan konsep pengajaran dan pembelajaran ialah melatih pelajar belajar dan berfikir kepada berfikir dan belajar harus diberi penekanan yang akan membantu bukan sahaja kepada kepada pencapaian mata pelajaran ini dalam peperiksaan tetapi apa yang paling penting ialah nilai-nilai pengajaran yang terdapat pada kurikulum sejarah itu. Kurikulum sejarah bukan hanya tertumpu kepada kecemerlangan

akademik semata-mata tetapi berbentuk bercambahan yang merangkumi penerapan nilai kalangan pelajar. Justeru, berdasarkan pemahaman dan aspek-aspek sejarah negara, murid dibimbing untuk menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional. Natijah daripada pemahaman dan penghayatan sejarah negara, murid dapat membina kekuatan semangat cinta akan Negara (KPM, 2000). Pengajaran dan pembelajaran yang dirancang secara berstruktur untuk menarik minat dan motivasi pelajar tidak boleh bergantung kepada satu kaedah pengajaran (Hidi dan Harackiews, 2000; Moore, 1998, Hill, 1997). Kepelbagaian kaedah yang bersesuaian dengan cara pembelajaran pelajar dapat membimbing pelajar kerana pelajar perlu bimbingan dalam bentuk arahan guru untuk mendapatkan gambaran jelas tentang konten pelajaran, interaksi, dialog, menyelesaikan masalah dan memahami idea baru serta membantu pelajar melihat kenapa perlu berusaha, mengapa gagal memberi perhatian dan gagal memahami konsep baru (Entwistle & Smith, 2002).

1.3 Pernyataan Masalah Dalam kajian ini pernyataan masalah kajian yang akan dibincangkan adalah tentang hubungan kaedah pengajaran guru dan minat pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran sejarah di sekolah menengah. Menurut Blase dan Blase (1998) asas kejayaan sebuah sekolah bukannya disebabkan oleh pemimpin pengajaran iaitu pengetua atau guru besar sahaja tetapi adalah didorong oleh koordinasi dan kolaborasi para guru selaku pemimpin pengajaran manakala pengetua adalah sebagai penyelaras pentadbir. Guru beranggapan bahawa peranan mereka hanya mengajar murid-murid mengikut sukatan pelajaran yang disediakan dan secara teknikalnya bagi memastikan sukatan pelajaran yang diperuntukan perlu dihabiskan mengikut jangka masa yang ditetapkan. Sparks (2003) guru adalah agenagen perubahan yang penting dalam memastikan sekolah mereka menjadi sekolah yang berkesan. Justeru, guru berperanan penting dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran sejarah dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana tindakan ini akan mendorong pencapaian sejarah di sekolah dapat ditingkatkan. Beberapa kajian menunjukkan dalam proses memimpin program-program pengajaran, peranan guru sebagai peranan kepimpinan guru memerlukan kecekapan teknik pendidikan dan kecemerlangan akademik yang boleh dilaksanakan dalam bentuk strategi yang berkesan. Oleh kerana pelbagai aspek pendidikan tidak statik dan seringkali berubah-ubah seperti program pendidikan dan yang bertambah guru; kompleks; peningkatan teknologi profesionalisme pengkhususan pengenalan

pendidikan sebagai satu sumber kaedah pengajaran dan pembelajaran; harapan komuniti dan ibu bapa dan perubahan kurikulum. Ini semua akan mewujudkan desakan dan tuntutan baru yang perlu diambil kira dalam meralisasikan peranan kepimpinan guru. Perubahan masa menuntut guru Sejarah lebih berinovasi dan kreatif dalam mencorakkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Sejarah perlulah diajar dalam konteks yang menyeronokan. Kreativiti dan elemen kreatif perlulah dimasukkan dalam kontes pengajaran dan pembelajaran guru. Sering kedengaran pembelajaran sejarah yang berpusatkan guru kurang memberi kesan sebagaimana yang diharapkan. Pengajaran guru yang bersifat indoktrinasi dan tidak kreatif, bercorak sehala, tidak mewujudkan peluang interaksi antara guru dan pelajar. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran sejarah begitu kaku dan membosankan pelajar. Guru masih mengekalkan kaedah tradisi di bilik darjah. Guru kurang mempunyai kepakaran dalam menyampaikan pedagogi terkini. Kaedah chalk dan talk yang menekankan interaksi sehala serta teknik hafalan terhadap sesuatu fakta telah menyebabkan sejarah dilihat sebagai the dead man curriulum (Abdul Razaq, 2009). Sikap negatif guru menyebabkan mereka gagal mencerna minda pelajar supaya lebih bersifat intelektual dan ini menyebabkan pelajar kurang memberi tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kita juga mendapati subjek sejarah boleh diajar oleh sesiapa sahaja walaupun mereka bukan opsyen sejarah. Masih terdapat jumlah peratusan yang besar dalam kalangan guru sejarah di sekolah tidak mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang berkenaan (Rahim Rashid, 1999). Ini menyebabkan guru yang mengajar subjek sejarah kurang mempunyai penegtahuan daripada aspek pedagogi. Mereka tidak mendapat pendedahan dan latihan yang mencukupi. Guru sejarah juga jarang dipanggil berkursus untuk meningkatkan tahap profesionalisme mereka dalam pengajaran sejarah. Mereka kurang didedahkan dengan amalan pedagogi terkini di bilik darjah. Ketika ini ramai guru yang mengajar sejarah tidak memahami matlamat pendidikan sejarah. Malah ada antara mereka tidak menguasai isi kandungan yang disampaikan yang mengakibatkan penyampaian maklumat kurang tepat. Kesemua ini akan menjejaskan pengajaran guru dan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah.

Memandangkan sejarah adalah mata pelajaran yang berkaitan dengan peristiwa yang berlaku ratusan tahun dahulu maka penggunaan bahan teks sangat penting untuk pembelajaran (Philips, 1992). Pelajar bergantung kepada bahan teks untuk memahami kandungan sejarah dan bahan teks yang berbentuk naratif ini membosankan pelajar (Chaffer & Tyler, 1997 ; Hazril, 2003). Sikap negatif tehadap mata pelajaran sejarah ini semakin kukuh akibat sejarah tidak ada kaitan dengan kehidupan serta tidak boleh digunakan secara praktikal dalam kehidupan seharian jika dibandingkan dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain (Hazril, 2003). Bagi pelajar, subjek ini lebih banyak bercerita tentang peristiwa yang sudah lapuk dan mereka tidak Nampak apa yang harus dinilai dalam mempelajari sejarah ini ( Hartini Husain, 2006). Guru sebagai pemimpin pengajaran perlu berperanan sebagai master mind dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran sejarah untuk meningkatkan motivasi pelajar dalam subjek sejarah. Menurut Cruickshank et.al (1995), pelajar seharusnya digalakkan untuk mempelajari sesuatu dengan cara mereka sendiri daripada mereka hanya menerima secara bulat-bulat pengajaran dari guru. Corak pengajaran dan pembelajaran chalk and talk tidak mengambil kira perbezaan pelajar dari segi kesediaan, gaya dan kadar pembelajaran menyebabkan pelajar sukar mempelajari sejarah dan mengukuhkan lagi konsep pelajar tentang sejarah adalah mata pelajaran yang ketinggalan zaman dan tidak selaras dengan zaman ledakan teknologi yang canggih, moden dan semasa (Fuen, 2006). Penggunaan buku tekas dalam pengajaran dan pembelajaran tidak menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik. Penggunaan buku teks yang nerlebihan menjadikan pengajaran bersifat seterotaip, kurang daya kreatif dan imaginative. Guru yang terlalu bergantung kepada penggunaan buku teks akan menyebabkan pelajar kurang berminat terhadap pengajarannya kerana sifat buku teks itu yang statik dan tidak bersifat interaktif namun terdapat guru yang amat bergantung kepada buku teks. Nota-nota dipetik terus daripada buku teks. Pelajar diminta menggariskan bahagian yang paling penting dalam buku teks. Fenomena

ini telah meimbulkan kebosanan kepada pelajar untuk terus mengikuti pengajaran mata pelajaran sejarah. Kajian Noraizan Hamzah (2008) menunjukkan pelajar berasa bosan semasa membaca buku teks kerana isi kandungannya terlalu banyak fakta yang perlu dihafal. Isu tentang mengapa pengajaran dan pembelajaran sejarah terus kurang menarik minat (PPK), 2003). telah ditimbulkan dalam Mesyuarat dengan itu, satu Jawatankuasa yang Perancangan Pendidikan (JPP) ke-170. (Pusat Perkembangan Kurikulum Sehubungan mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah diadakan pada 7 Mac 2003. Tindakan susulan PPK ialah mereka telah menjalankan kajian ke atas 31 buah sekolah berprestasi rendah dan sederhana sejarah SPM 2002 di Semenanjung Malaysia. Rentetan dari penurunan prestasi sejarah dalam SPM 2003, satu mesyuarat Jawatankuasa Sejarah yang dipengerusikan sendiri oleh Ketua Pengarah Pendidkan Malaysia telah diadakan pada 1 April 2004 untuk mengenal pasti masalah dan mendapatkan pandangan dari pihak IPTA dan guru sejarah. Pemantauan telah dilakukan di sekolah berprestasi rendah ini bagi mata pelajaran sejarah pada SPM 2003. Tujuan pemantauan ini adalah untuk mendapatkan maklum balas mengenai persediaan guru sejarah melaksanakan dan kurikulum sejarah (semakan) kelancaran yang telah didedahkan mengukur sejauhmana pelaksanaan

kurikulum sejarah serta pengaplikasian pedagogi yang telah didedahkan. Di samping itu untuk mengenal pasti punca yang menghalang minat murid terhadap mata pelajaran sehingga sehingga menjejaskan prestasi pelajar dalam peperiksaan dalaman sekolah dan peperiksaan awam. 1.4 Tujuan Kajian Secara umumnya, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pertalian antara kaedah pengajaran guru dan minat pelajar dalam mempengaruhi pencapaian mata pelajaran sejarah di sekolah menengah.

1.5 Soalan kajian Secara khusus, kajian ini akan menjawab kepada beberapa persoalan seperti berikut : 1.5.1 Apakah perbezaan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah di sekolah menengah berdasarkan jantina dan bangsa 1.5.2 Apakah perbezaan persepsi dalam kalangan pelajar terhadap aspek kaedah pengajaran guru 1.5.3 Adakah terdapat hubungan antara kaedah pengajaran guru dengan pencapaian mata pelajaran sejarah 1.5.4 Apakah tahap minat pelajar dalam mata pelajaran sejarah 1.5.5 Adakah terdapat hubungan antara minat pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran sejarah 1.5.6 Adakah terdapat hubungan antara kaedah pengajaran guru dengan minat pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran sejarah. 1.6 Objektif Kajian 1.6.1 Mengenal pasti perbezaan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah di sekolah menengah berdasarkan jantina dan bangsa 1.6.2 Mengenal pasti perbezaan persepsi dalam kalangan pelajar terhadap kaedah pengajaran guru 1.6.3 Mengenal pasti hubungan antara kaedah pengajaran guru dengan pencapaian mata pelajaran sejarah 1.6.4 Mengenal pasti tahap minat pelajar dalam mata pelajaran sejarah 1.6.5 Mengenal pasti hubungan antara minat pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran sejarah 1.6.6 Mengenal pasti hubungan antara kaedah pengajaran guru dengan minat pelajar terhadap pencapaian mata pelajar.

1.7 Hipotesis Kajian Berdasarkan objektif dan persoalan kajian, beberapa hipotesis kajian dinyatakan dalam bentuk pernyataan hipotesisi nol dibangunkan dan diuji dalam kajian ini. Pernyataan hipotesis-hipotesis ini dinyatakan di bawah : 1.7.1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah di sekolah menengah berdasarkan jantina dan bangsa 1.7.2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi dalam kalangan pelajar terhadap kaedah pengajaran guru 1.7.3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah pengajaran guru dengan pencapaian mata pelajaran sejarah 1.7.4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap minat pelajar dalam mata pelajaran sejarah 1.7.5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran sejarah 1.7.6 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah pengajaran guru dengan minat pelajar terhadap pencapaian mata pelajar. 1.8 Definisi Operasional 1.8.1 Hubungan Menurut Kamus Dewan (2008), hubungan didefinisikan sebagai

sambungan atau rangkaian. Dalam kajian ini, hubungan yang terlibat ialah kaedah pengajaran guru dan minat pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran sejaran di sekolah menengah. Daripada kajian-kajian lepas, didapati peningkatan pencapaian mata pelajaran sejarah amat bergantung kepada kaedah pengajaran guru dan minat pelajar dalam subjek berkenaan. Justeru, kaedah pengajaran guru dan minat pelajar amat mempengaruhi keputusan pencapaian mata pelajaran sejarah.

1.8.2 Kaedah Pengajaran Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang tergolong dalam kaedah juga, iaitu teknik dan pendekatan. Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain. Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah: 1. kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran

2. kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai 3. kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran yang diajar 4. kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar 5. kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru 6. mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah bekenaan 7. kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada. An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik. Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Dalam kajian ini, kaedah pengajaran merujuk kepada kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah.

1.8.4 Guru Mengikut Kamus Dewan (2008), guru bermakna orang yang mengajar, pendidik, pengajar atau pengasuh. Dalam erti kata lain, guru juga dikenali sebagai pengajar atau pendidik yang merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah. Peranan guru adalah

memberikan pendidikan secara formal dan berterusan kepada muridmurid dan perlu mempunyai kelayakan dalam bidang pendidikan sama ada daripada universiti mahupun institut perguruan yang diktiraf oleh kerajaan Malaysia. Dalam kajian ini, guru merujuk kepada mereka yang mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah 1.8.5 Minat Woolfolk (1998) mendefinisikan minat dan usaha merupakan aspek yang dikatakan telah mempengaruhi kejayaan pembelajaran seseorang. Minat mempunyai kaitan dengan sikap. Apabila seseorang meminati sesuatu maka mereka akan bersikap positif terhadap perkara tersebut. Hal ini akan menghasilkan sesuatu yang bermakna dan berkesan. Minat juga berkaitan dengan motivasi dalaman. Kenworthy (dalam Noraini 2008) mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik. Foo Siet Chooi (1988) berpendapat bahawa minat merupakan faktor yang lebih penting dalam menentukan pencapaian akademik pelajar berbanding faktor pengajaran guru. Hal ini demikian kerana dengan adanya minat yang mendalam pada diri seseorang pelajar terhadap mata pelajaran tertentu, mereka akan terdorong untuk berusaha gigih dan giat kea rah mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran tersebut. Justeru, dalam kajian ini minat merujuk kepada minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah kerana bagi pelajar penggunaan buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran tidak menimbulkan suasana yang menarik. Kajian Noraizan Hamzah (2008) menunjukkan pelajar akan berasa bosan semasa membaca buku teks kerana isi kandungannya terlalu banyak fakta yang perlu dihafal. Begitu juga dengan proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah seharusnya menjadi sesuatu yang hidup dan boleh menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut (KPM 2003). 1.8.6 Pencapaian

Pencapaian secara umumnya bermaksud kejayaan atau kegagalan pelajar bagi satu-satu ujian, peperiksaan dalam sekolah atau peperiksaan piawai yang direkabentuk, ditadbir, diberi markah dan diinterprestasikan oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut khasnya untuk penilaian di sesebuah Negara. Biasanya pencapaian ini dinyatakan dalam skor mentah, gred dan pangkat untuk satu-satu subjek ataupun keseluruhan kursus (Raha, 1991). Kerlinger (1973) mentakrifkan pencapaian akademik secara operasional melalui suatu ujian yang berasaskan penilaian guru dalam sesuatu ujian. Dalam kajian ini, pencapaian merujuk kepada pencapaian peperiksaan dalaman sekolah, PMR dan SPM bagi mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah menengah iaitu pelajar Tingkatan Empat hingga Tingkatan Lima 1.8.7 Sejarah Sejarah berasal dari perkataan Greek yang bermaksud menyiasat (to inquire). Perkataan Sejarah telah digunakan dalam penulisan ahli sejarah Greek iaitu Herodutus. Perkataan inquire yang digunakan oleh ahli-ahli sejarah Greek telah mengalami perubahan dan digantikan dengan istilah histore dan seterusnya digantikan pula dengan perkataan historia. Ringkasnya Sejarah menurut para sarjana barat merupakan kajian terhadap peristiwa-peristiwa lampau. Sejarah mengkaji ketamadunan sesuatu masyarakat atau negara. Namun dalam kajian ini, sejarah merujuk kepada suatu mata pelajaran akademik yang diambil oleh para pelajar sebagai suatu mata pelajaran wajib di peringkat sekolah menengah dari Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima.

1.9 Kepentingan Kajian

Secara keseluruhannya, kajian ini diharapkan dapat memperkayakan ilmu pengetahuan terutamanya yang berkaitan dengan bidang Sejarah. Kajian ini juga akan dapat menjawab persoalan yang sering kali bermain di fikiran para pendidik tentang sebab di sebalik kelemahan pencapaian para pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Dapatan kajian ini juga akan merungkaikan kepentingan peranan guru dalam mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Dapatan kajian ini akan dapat digunakan oleh para guru terutamanya dalam mempertingkatkan keberkesanan kepimpinan pengajaran guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran yang mampu menarik minat pelajar Kajian ini juga dapat digunakan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar betapa pentingnya untuk mengikis sikap dan tanggapan negatif terhadap mata pelajaran Sejarah ini yang sering kali dikaitkan dengan perkataan membosankan. Adalah diharapkan dengan adanya kajian ini, maka pelajar akan menjadikan mata pelajaran ini sesuatu yang bermakna kepada diri mereka bukan sekadar untuk lulus dalam peperiksaan tetapi dijadikan panduan atau iktibar dalam diri mereka. Kajian ini juga akan dapat memberikan pendedahan kepada ibu bapa dalam mendorong anak-anak mereka , memberi sokongan dan panduan kepada para pelajar. Kajian ini dapat membantu ibu bapa dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam pencapaian akademik terutamanya dalam mata pelajaran sejarah yang telah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus diperingkat SPM. Kajian ini secara tidak langsung akan mendedahkan kepentingan pelbagai pihak dalam menentukan pencapaian mata pelajaran Sejarah. Pencapaian akademik bukan hanya tergalas di bahu para murid tetapi juga merupakan tanggung jawab semua pihak termasuk guru, ibu bapa dan masyarakat. 1.10 Batasan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mengenal pasti hubungan kaedah pengajaran guru dan minat pelajar terhadap pencapaian mata pelajara sejarah di sekolah menengah. Dengan mengambil kira beberapa faktor seperti pengetahuan dan kemahiran penyelidik dalam melaksanakan kajian, bebanan tugas sedia ada di pihak penyelidik dan respoden kajian memberikan limitasi kepada kajian. Oleh itu, kajian ini hanya akan di laksanakan di empat buah sekolah menengah di daerah Tawau, Sabah. Lantaran itu, penemuan yang bakal diperoleh tidak melambangkan pencapaian dalam mata pelajaran sejarah bagi seluruh negeri Sabah. Kajian ini merupakan satu kajian kuantitatif. Dalam pada itu, hubungan kaedah pengajaran guru dan minat pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran sejarah mungkin berbeza mengikut jantina, jenis sekolah dan bangsa. Oleh itu, kajian yang dijalankan ialah jenis tinjauan iaitu melalui kaedah soal selidik menggunakan skala likert 5 mata yang berjumlah 40 soalan. Responden terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat hingga Tingkatan Lima. Ketepatan kajian ini adalah bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan para responden dalam menjawab soal selidik yang diedarkan. Dalam konteks kajian, pengkaji mengandaikan bahawa semua jawapan responden adalah benar dan jujur. 1.11 Kesimpulan Bab ini telah menghuraikan dan menjelaskan perkara-perkara yang menjadi asas dan hala tuju kajian ini. Latar belakang kajian ini telah dihuraikan diikuti dengan pernyataan masalah kajian. Tujuan kajian, hipotesis kajian dan definisi operasional, kepentingan kajian dan batasan kajian telah dinyatakan serta dihuraikan dengan jelas dan terperinci. Kajian amat relevan kerana kajian ini dapat mengenal pasti hubungan kaedah pengajaran guru dan minat pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran sejarah yang akan menjadi panduan ke arah memertabatkan mata pelajaran ini selaras dengan mata pelajaran lain. Hubungan kaedah pengajaran guru dan minat pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran

sejarah perlu diketahui dengan mendalam agar semua pihak akan mendapat manfaat daripada kajian ini. Secara ringkasnya, mata pelajaran sejarah adalah satu mata pelajaran yang sangat penting terutama bagi melahirkan generasi muda yang setia kepada bangsa dan negara dan berbangga sebagai rakyat Malaysia. Justeru, adalah diharapkan kajian ini akan dapat memberikan maklumat kepada semua warga pendidik, pelajar, ibu bapa dan rakyat Malaysia amnya supaya mereka dapat memertabatkan mata pelajaran sejarah ini agar ia dapat dipupuk dalam sanubari dan dijadikan panduan dalam menuju wawasan 2020.

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Dalam bab ini akan membincangkan mengenai penulisan atau kajian yang lalu yang berkaitan dengan kajian ini. Menurut Gay (1996) kajian literatur merupakan satu komponen yang sama penting dengan komponen komponen lain dalam satu proses penyelidikan. Tujuan kajian literatur adalah untuk memastikan apa yang perlu dibuat dalam kajian yang akan dijalankan. Selain itu, ia bertujuan membentuk satu kerengka teori yang membantu penyelidik memahami metodologi yang bersesuaian dengan bidang yang dikaji (Gay, 1996; Bieger & Gerlach, 1996; Ahmad,1997).

2.2 Kaedah pengajaran Guru Menurut Blase dan Blase (1998) asas kejayaan sesebuah sekolah bukannya disebabkan oleh pemimpin pengajaran iaitu pengetua atau guru besar sahaja tetapi adalah didorong oleh kordinasi dan kolaborasi para guru selaku pemimpin pengajaran. Sparks (2003) berpendapat bahawa guru adalah agenagen perubahan yang penting dalam memastikan sekolah mereka menjadi sekolah yang berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran secara normal berlaku di bilik darjah yang mana pelajar yang mengikuti pengajaran merupakan responden dan guru berperanan sebagai pemimpin. Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti peranan kepimpinan guru sama ada berjaya mendorong; bertindak sebagai perujuk; dan berkebolehan mempengaruhi pelajar untuk berusaha mencapai sesuatu objektif umpamanya objektif pembelajaran. Kejayaan guru sebagai pemimpin akan terserlah dalam keupayaannya membuat perubahan di dalam bilik darjah menerusi kolaborasi bersama pelajar ke arah pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Kane (2001), ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh guru secara berterusan akan meningkatkan keberkesanan pengajarannya di dalam kelas. Glickman (1990) menegaskan bahawa peranan kepimpinan guru akan dapat dijalankan dengan berkesan sekiranya pemimpin tersebut mempunyai tiga kategori utama iaitu keperluan menguasai ilmu pengetahuan yang luas; tugasan dan tanggung jawab; dan keperluan mempraktikan kemahiran dan kepakaran. Impaknya situasi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi realistik, sistematik dan terkawal. Lashway (2002), telah membincangkan peranan kepimpinan guru untuk menjana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran daripada program Leading Learning Communities yang dibangunkan oleh National Association of Elementary School Principals (NAEPS). NAEPS telah merumuskan peranan kepimpinan guru untuk menjana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran iaitu ; dengan mendorong pelajar supaya mengutamakan usaha belajar; menentukan harapan pada pencapaian yang tinggi, menyesuaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran ke arah piawaian yang standard, menggunakan pelbagai sumber data untuk menilai pembelajaran; dan mengaktifkan sokongan komuniti atau pihak yang berkepentingan stake holder untuk kejayaan sekolah Pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik darjah sering menjadi perbincangan di kalangan ahli akademik dan masyarakat. Proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dalam bilik darjah dianggap masih bersifat konservatif, tradisional, tidak aktif dan gagal mewujudkan suasana attractive dalam pengajaran dan pembelajaran hingga memberi implikasi dan pengaruh negatif kepada pelajar. Kegagalan proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah menyebabkan matlamat pendidikan Sejarah yang digariskan tidak dapat dicapai sepenuhnya. Justeru itu pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik darjah memerlukan satu bentuk transformasi dan inovasi yang baru seiring dengan perubahan dan perkembangan pendidikan di Malaysia. Kajian Rohana Zubir (1987) mendapati ramai pelajar memberi respons tidak berminat kerana Sejarah di anggap the dead of curriculum. Khoo Kay Kim seorang tokoh Sejarah tanah air dalam Berita Minggu 26 Mac 1995 turut menjelaskan kelonggaran bilik darjah. dan kerapuhan metodologi dan gaya pengajaran guru menyebabkan pelajar kurang berminat terhadap proses pembelajaran dalam

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, guru Sejarah perlulah lebih kreatif semasa merancang pengajarannya. Pengajaran guru mestilah sesuai dengan keupayaan dan kebolehan pelajar. Guru perlu melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajarannyanya. Pendekatan guru menyampaikan maklumat secara total perlu dihapuskan. Pendekatan kepada corak tradisional dan chalk and talk sudah tidak relevan dengan kehendak pelajar hari ini. Pelajar lebih berminat jika turut dilibatkan sama dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Ini akan memberi impak yang lebih berkesan ke arah mencapai matlamat pendidikan Sejarah itu sendiri. Pembelajaran akan berlaku apabila apa yang diajar itu memberi makna kepada pelajar (Caine & Caine 1994). Ini terbukti dalam kajian yang dilakukan oleh Jin & Cortazzi (1998) mendapati pelajar-pelajar Inggeris menyatakan ciri-ciri guru yang baik adalah mereka yang boleh meningkatkan minat pelajar, menerangkan sesuatu dengan jelas, menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan dan memberi aktiviti pembelajaran yang menyeronokan. Konsep pembelajaran aktif dalam pengajaran Sejarah perlulah diperkasakan. Pengajaran dan pembelajaran bercorak student centered perlu diterapkan dalam kelas dan diberi nafas baru. Kirschner et.al (2006) dan Mayer (2004) menjelaskan pelajar yang terlibat dengan pembelajaran aktif lebih banyak mengingati maklumat yang diperoleh. Contohnya guru boleh menggunakan pembelajaran koperatif seperti yang disarankan oleh Slavin (2006). Melalui konsep pembelajaran ini, pelajar akan terlibat secara langsung dan lebih aktif dalam proses pembelajaran yang berbentuk hands-on dan minds-on (Arthur & Wright, 2001; Laughlin & Hartoonian, 1995; Orlich, Harder, Callahan, & Gibson, 2001). Konsep ini dilihat mampu membawa sinar dalam kaedah pengajaran guru di bilik darjah. Kepentingan Sejarah dalam perkembangan pemikiran kanak-kanak banyak dijelaskan oleh sejarahwan terkemuka dan penyelidik pendidikan sejarah di luar negara. Di antara yang terserlah ialah Finberg (1952), Douch (1967), Stephens (1977), Hoskins (1984), Watts & Gorsvenor (1995), Jeremy Black & MacRaild (1997), dan McCullagh (1998). Pemaparan terkini mengenai perkembangan pendidikan sejarah banyak dibincangkan dalam jurnal antarabangsa seperti Teaching History oleh The Historical Association England, Welsh Historians

terbitan Wales Historians dan Journal of History Teacher diterbitkan oleh The Association of New South Wales, Australia. Penulis dan sejarahwan di atas merumuskan bahawa kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran sejarah adalah menjadi hak pelajar-pelajar untuk memperolehi progress in knowledge and understanding of history; ability to give historical explanation ; ability to investigate and work with historical sources of different kinds; ability to provide interpretation of the past are consistent with the evidence; ability to locate, select and organise historical information; ability to present findings appropriately and effectively give historical explanation; sense awareness of how of the past; the past helped to fashion the present; enthusiasm for

exploring the past; respect for evidence; toleration of range of opinions; and, construction approach to collaborative working (sedutan daripada Mohamad Johdi (2000) Thesis PhD, Universiti Birmingham , England). Aspek-aspek yang dipaparkan di atas banyak menyentuh praktikaliti pendidikan Sejarah supaya guru dan pelajar aktif, kritis, kreatif dan inovatif. Kaedah paling efektif ialah melalui pendekatan berorientasikan little historian berdasarkan orientasi iaitu The students should given opportunity to use a range of historical sources including written evidence, artifacts, pictures, photographs, music, buildings, sites and compter-based materials. They should also be introduced to a range of perspectives such as political, economic, technological and scientific, social, religious, cultural and aesthetic. They should be actively involved in historical investigation which stem from their own interests, through asking questions, selecting and recording their own sources, organizing the information they collect and presenting their findings ia a variety of ways such as orally, in writing or through model-making, pictures, drama or information technology (sedutan daripada Mohamad Johdi (2000)- Tesis PhD, Universiti Birmingham, England) Jelaslah bahawa pengajaran dan pembelajaran Sejarah amat bersesuaian dengan perkembangan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosialisasi pelajarpelajar seperti yang diaspirasikan dalam FPK. Selanjutnya membina dan mengembangkan semangat patriotisme sejati, berjiwa kewarganegaraan tulen, komited dengan pembangunan negara, dan berkhlak harmonis selaras dengan Dasar Pembangunan negara ke arah Malaysia negara maju yang disegani

kawan dan dihormati lawan. Semua ini pula bergantung di bahu guru sejarah sebagai pemimpin pengajaran. 2.3 Minat Pelajar Woolfolk (1998) telah mendefinisikan minat dan usaha merupakan aspek yang dikatakan telah mempengaruhi kejayaan pembelajaran seseorang. Ini disokong dengan hasil kajian Abdul Halim Mohamad dan Wan Mohamad Sulong (2006) ke atas pelajar sarjana muda Bahasa Arab di IPTA mendapati bahawa sikap dan minat pelajar terhadap Bahasa Arab adalah penting dalam menentukan kejayaan mereka. Menurut Briggs dan More (1993) minat mempunyai kaitan dengan sikap. Apabila seseorang meminati sesuatu maka ia akan bersikap positif terhadap perkara tersebut. Hal ini akan menghasilkan sesuatu yang bermakna dan berkesan. Namun ada kalanya minat tidak selari dengan sikap seseorang. Seseorang murid yang berminat dengan mata pelajaran Sains, tetapi malas untuk membuat kajian sains tidak akan berjaya menjadi seorang ahli sains. Noraini Omar (2008) dalam kajiannya mendapati terdapat hubungan antara sikap pelajar dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Ramai pengkaji telah mengemukakan teori berkaitan faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Antara faktor-faktor yang berkaitan dengan pencapaian pelajar ialah minat, sikap, gaya pembelajaran, kaedah pengajaran dan latar belakang keluarga. Di samping bahan dan alat bantuan, aktiviti dan pengalaman pengajaran dan pembelajaran mereka. Minat juga berkait rapat dengan motivasi dalaman. Menurut Kajian Mc Clelland et al.(1953) motivasi pencapaian adalah keinginan (minat) berusaha untuk berjaya dalam piawaian tertentu. Motivasi pencapaian sering diukur dengan Thematic Apperception Test atau TAT. Ujian ini mengandungi perkara-perkara yang membawa kecenderungan terhadap kejayaan. Dalam keadaan ini apa yang menyebabkannya seronok bekerja adalah kerana pekerjaan itu sendiri. Kata-kata seperti , Inilah minat saya. Memang ini kegemaran saya sejak dulu, adalah gambaran dorongan dalaman(Abdullah Hassan, Ainon Mohd.Nor, 2007).

Kenworthy (1992) mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik. Kenworhty (dalam Noraini, 2008),mengatakan pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat mendalam kalangan npelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik. Hadiah Senin (1997), dalam kajiannya mengenai faktor-faktor yang

mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah yang dilakukan terhadap 250 orang pelajar termasuk pelajar Melayu, Cina dan India dari lima buah sekolah di Batu Pahat Johor mendapati bahawa pelajar-pelajar yang baik pencapaiannya dalam mata pelajaran sejarah adalah pelajar yang mempunyai minat terhadap mata pelajaran tersebut 2.4 Teori-Teori dan Model-Model Berkaitan dengan Kepimpinan Guru dan Minat Pelajar 2.4.1 Model STAD (Student Team Achievement Division) Kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh Slavin 1987; Vaughan 2002; Jacobs et al. 2003; Van Wyk; 2010 menunjukkan amalan kaedah STAD dan pengajaran dan pembelajaran sangat berkesan dalam pelbagai bidang pendidikan. Menurut Killen (2007) kaedah STAD merupakan satu kaedah pengajaran yang merangsangkan interaksi serta komunikasi dua hala antara rakan sebaya secara bersemuka untuk pembelajaran yang lebih bermakna terutamanya dalam kalangan pelajar. Ciri-ciri penting kaedah STAD yang penting ialah pembentangan kumpulan, demonstrasi dan kuiz interaktif individu.

Kajian Reinaldo Moraga and Regina Rahn (2010) menunjukkan pembelajaran dengan menggunakan kaedah STAD telah membantu murid untuk mengaplikasi

pengetahuan dalam konteks yang berbeza dan menggalakkan sikap yang positif terhadap isi kandungan matapelajaran dan meningkatkan ketekalan pengetahuan. Oleh sebab itu, pengkaji telah memilih kaedah STAD yang merupakan salah satu kaedah dalam pendekatan koperatif. Kaedah STAD juga berasaskan teori konstruktivisme sosial Vygotsky (1930). Dari perspektif teori konstruktivisme sosial, interaksi sosial dapat

mempengaruhi perkembangan kognitif murid. Apabila berlaku interaksi sosial, seseorang murid dipaksa memasuki Zon Perkembangan Proksimal yang membantu murid untuk memproses maklumat, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran pemikiran aras tinggi sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran sejarah. Kaedah STAD merupakan satu aktiviti bekerjasama antara kumpulan bagi melengkapkan tugasan kumpulan dan menjawab soalan kuiz spontan. Kuiz spontan memberi peluang murid menilai secara berperingkat penguasaan murid dalam mata pelajaran Sejarah. Kaedah STAD ialah satu kaedah yang mudah dikuasai oleh guru kelas tanpa memerlukan latihan yang intensif dan lama. Waterworth (2002) dan Simon (2002), telah mengkaji kesan kaedah STAD terhadap guru-guru pelatih di maktab. menunjukkan pencapaian murid adalah Hasil dapatan kajian mereka tinggi dan signifikan setelah

menggunakan kaedah STAD. Dapatan kajian tersebut juga menunjukkan lima elemen penting yang dinyatakan oleh Johnson dan Johnson (1999) tentang ciriciri kaedah STAD iaitu pergantungan positif, akauntabiliti individu, interaksi semuka, kemahiran sosial dan aktiviti kumpulan dapat diamalkan dengan baik oleh sampel kajian. Dapatan temubual kajian yang telah dijalankan menjelaskan bahawa kaedah STAD dapat meningkatkan tahap kemahiran sosial murid serta minat murid terhadap mata pelajaran. Hasil kajian Zakaria Kassim (2003) dan Nagarajan (2006) juga mengukuhkan kesan kaedah STAD berbanding dengan kaedah konvensional terhadap pencapaian murid minat terhadap pelajaran. Hasil kajian mereka menjelaskan kaedah STAD telah membantu sampel memperolehi pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan Kumpulan Kawalan. Murid juga menunjukkan minat yang tinggi selepas pengajaran berasaskan kaedah STAD.

Justeru, kaedah STAD juga berupaya membentuk murid di dalam bilik darjah kepada satu kumpulan yang prihatin, bantu membantu, bekerjasama, berinteraksi, berkongsi idea dan mempunyai matlamat yang sama dalam menyiapkan tugasan dengan sempurna dan bermutu.

2.4.2 Teori Konstruktivisme Sosial Konstruktivisme sosial menjadikan interaksi sosial sebagai tunjang kepada proses pembinaan pengetahuan. Konstruktivisme Zon Perkembangan Terdekat (ZPD) teori Vygotsky (1930) merupakan contoh terbaik bagi menghuraikan bagaimana perkembangan kognitif dan pembinaan pengetahuan terhasil akibat daripada interaksi sosial. perancahan yang terdapat dalam ZPD seperti bimbingan dan sokongan individu yang lebih berpengalaman seperti guru, ibubapa atau rakan sebaya yang lebih arif dapat membantu murid mencapai keupayaan kognitif yang lebih tinggi (Dulberg, 2002). sosial tidak menerima andaian tentang perkembangan budaya dan sosial seseorang individu maupun kumpulan. Vygotsky (1930) berpendapat kesedaran manusia dipengaruhi oleh faktor luaran dan dikukuhkan oleh aktiviti dan bahasa. Idea utama Vygotsky (1930) ialah keupayaan mental yang tertinggi dibentuk melalui interaksi sosial dan dipindahkan melalui proses pembudayaan. Sekiranya kaedah-kaedah pemikiran yang disediakan oleh murid berubah, struktur minda murid tersebut berubah secara ketara (Vygotsky, 1930).

2.5 KERANGKAN KONSPETUAL Dalam kajian ini, pengkaji telah menggabungkan dua model, khususnya Kemp dan Smellie (1997) dan Gersten (1998) serta memilih dua unsur atau faktor yang dihubungkait dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah, iaitu kaedah pengajaran guru dan minat pelajar sebagai sandaran pada kerangka konseptual kajian. Hal ini kerana bagi pengkaji, kaedah pengajaran guru dan minat pelajar mempengaruhi prestasi pelajar. Berdasarkan unsurunsur berikut, kerangka konseptual adalah seperti terdapat dalam Rajah 1.1.

KAEDAH PENGAJARAN PENCAPAIAN MATA GURU

PELAJARAN SEJARAH

MINAT PELAJAR

Rajah 1 : Kerangka Konseptual Kajian Sumber : Noraini (2008) 2.6. Kesimpulan Bab ini telah memberi penjelasan lebih mendalam mengenai konsep, teori dan model berkaitan hubungan kaedah pengajaran guru dan minat pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran sejarah khususnya di sekolah menengah. Daripada tinjauan kajian yang dibuat, ternyata kaedah pengajaran guru dan minat pelajar memainkan peranan penting ke arah meningkatkan pencapaian mata pelajaran sejarah dalam peperiksaan awam ataupun dalaman sekolah. Dalam bab seterusnya, kaedah kajian yang akan digunakan dalam kajian ini akan dibincangkan.

Bab 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini akan menjelaskan dan menghuraikan rekabentuk serta tatacara kajian dijalankan selaras dengan tujuan kajian yang telah dibincangkan dalam Bab 1. Populasi dan persampelan yang digunakan akan turut dijelaskan secara terperinci di samping instrumen kajian dan kajian rintis yang dijalankan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Prosedur pengumpulan dan penganalisisan data juga akan dibincangkan dalam bab ini.

3.2 Rekabentuk Kajian

Salah satu tujuan menyediakan reka bentuk penyelidikan adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan penyelidikan (Kerlinger dan Lee, 2000). Sementara itu, menurut Mohd Majid Konting (2004), rekabentuk kajian merupakan teknik dan kaedah tertentu untuk memperolehi maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah. Reka bentuk kajian ini berasaskan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan. Kaedah tinjauan sesuai digunakan dalam kajian ini kerana terdapat kelebihan yang antaranya ialah kaedah ini menggumpulkan jawapan terus dari subjek kajian, data dapat dikutip dengan cepat dan keupayaan keputusan kajian untuk digeneralisasikan kepada populasi dengan tepat dan berkesan (Chua Yan Piaw, 2006). Kaedah tinjauan juga berguna untuk mengukur pendapat, sikap dan tingkah laku (Fullan dan Hagreaves, 1993). Selain itu, penggunaannya juga bertujuan memberi perhatian terhadap penghuraian, penjelasan dan penerokaan kepada perkara yang dikaji (Babbie, 1998).

Kajian ini mengukur hubung kaedah pengajaran guru dan minat pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran di sekolah menengah. Data daripada sumber primer adalah data yang digunakan dalam kajian ini iaitu daripada soal selidik yang

dijalankan. Data-data yang diperoleh dianalisis dan diuji dengan statistik deskriptif dan inferensi untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan dan hubungan yang signifikan persepsi yang wujud dalam kalangan responden. Di samping itu juga, data sekunder banyak diperoleh daripada buku-buku rujukan, jurnal pendidikan, bahan ilmiah serta bahan-bahan capaian yang diakses daripada internet untuk membantu pengkaji dalam penyelidikan ini.

3.3 Pemilihan Subjek Kajian 3.3.1 Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan di empat buah sekolah menengah yang terletak dalam daerah Tawau, Sabah. 3.3.2 Populasi Kajian

Mohd. Najib (1999) menyatakan populasi adalah daripada siapakah kita memperoleh data. Sabitha (2005) pula menyatakan populasi adalah sekumpulan individu, keluarga, kumpulan, organisasi, komuniti, peristiwa atau apa sahaja yang hendak dikaji oleh penyelidik. Dalam mendefinisi populasi, penyelidik akan mengenal pasti satu set pembolehubah atau ciri-ciri. Menurut Mohd. Majid (2004), mengenal pasti populasi penting dalam sesuatu kajian kerana aspek ini menentukan bidang masalah yang perlu dikaji. Dalam kajian ini, populasi pelajar di empat buah sekolah yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 240 orang. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima sahaja. Pengkaji memilih sekumpulan subjek daripada populasi sebagai responden kajian

3.3.3

Sampel Kajian

Menurut Sabitha (2005), sesuatu populasi adalah terlalu besar atau terlalu ramai untuk dikaji. Oleh itu, hanya sebahagian sahaja dari populasi dipilih untuk dikaji yang dirujuk sebagai sampel. Maka, sampel adalah sebahagian daripada populasi. Teknik persampelan adalah dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah, di mana semua kes atau subjek dalam populasi mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih. Penentuan saiz sampel adalah berdasarkan jadual penentuan saiz sampel Krejcie & Morgan (1970) dalam Sidek (2002). Menurut Azizi et al. (2007), rumusan yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1 di bawah boleh digunakan bagi menentukan saiz sampel kajian. Jadual 3.1 S= NP(1-P) Rumusan Penentuan Saiz Sampel (N-P) +

S = saiz sampel x2 = nilai chi-gandadua pada 1 darjah kebebasan dan aras keyakinan, 0.05 (3.841) N = saiz populasi P = nisbah populasi (dianggarkan sebagai 0.50 untuk memberi saiz sampel yang maksimum). d = darjah ketepatan yang dinyatakan sebagai nisbah 0.05 Sumber : Azizi et.al., 2007 Berdasarkan kepada jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970), jika saiz populasinya ialah 240 orang, maka jumlah saiz sampelnya adalah 148 orang. Oleh itu, sebanyak 160 soal selidik telah diedarkan bagi memastikan bahawa jumlah yang dikehendaki dalam kajian ini dipenuhi. Jadual 3.2 menunjukkan taburan sampel yang dijadikan sumber di dalam kajian ini.

Jadual 3.2 Bil 1 2 3 4

Taburan Sampel Bagi Setiap Sekolah Sekolah Jumlah Sampel 60 60 60 60 240

Sekolah Menengah (A) Sekolah Menengah (B) Sekolah Menengah (C) Sekolah Menengah (D) JUMLAH

Pelajar-pelajar yang dipilih daripada empat buah sekolah menengah di daerah Tawau. Pemilihan sampel yang sesuai dengan pernyataan masalah amat penting kerana pemilihan tersebut merupakan salah satu daripada faktor-faktor yang menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu penyelidikan (Chua Yan Piaw, 2006).

3.4 Instrumen Kajian

Penyelidikan dibuat menggunakan kaedah soal selidik sebagai alat kajian. Menurut Mohd. Majid (2004), soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan dengan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan dan sebagainya. Soal selidik lebih praktikal dan berkesan serta dapat mencapai tujuan kajian dengan perbelanjaan yang sederhana. Soal selidik merupakan medium utama yang digunakan terhadap responden. Sabitha (2005) menyatakan soal selidik ialah satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan dan merupakan satu alat yang dibentuk khusus untuk menggumpul maklumat untuk tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian. Penggunaan soal selidik adalah lebih praktikal untuk mendapatkan maklumat (Chua Yan Piaw, 2006). Terdapat beberapa kelebihan dalam mempraktikkan kaedah ini iaitu data yang dikehendaki boleh didapati secara terus daripada soal selidik, masa menjawab yang singkat dan memudahkan responden untuk memberi jawapan. Ini kerana semua jawapan yang dikehendaki telah tersedia dalam soal selidik dan responden hanya perlu menanda jawapan yang difikirkan sesuai. Item-item soal selidik direka bentuk menggunakan Skala Likert 5 Mata. Menurut Keevas (1988),

skala likert ini amat sesuai digunakan kerana ia dikatakan lebih stabil untuk digunakan bagi mengukur persepsi dalam pelbagai situasi dan keadaan. Soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian seperti jadual 3.3 di bawah: Jadual 3.3 Bahagian A Taburan Soal Selidik Item (Item 1-4) Item 1 Item 2 Item 3 B (Item 1-45) Perkara Latar belakang responden Jantina Bangsa Tingkatan Hubungan Kaedah Pengarajan Guru dan Minat Pelajar Terhadap Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah Item 1-5 Item 6-36 Item 37-45 Borang soal selidik mengandungi: a. Bahagian A b. Bahagian B : Demografi responden. : Hubungan Kaedah Pengajaran Guru dan Minat Pelajar I Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah : Maklumbalas II Kaedah Pengajaran Guru III Minat Pelajar

Terhadap Pencapaian Mata Pelajaran (soal selidik diubahsuai daripada Mohammad Sultan (2000), Kamilah (2000), Abd Rahim (2000) dan Noraini (2008). Bahagian A mengandungi 3 soalan berkaitan dengan maklumat diri responden seperti jantina, bangsa dan tingkatan. Bahagian B pula terdiri daripada 45 soalan yang berkaitan dengan hubungan kaedah pengajaran guru dan minat pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran Sejarah. Responden dikehendaki memberi respon dengan menandakan bulat pada nombor yang berkaitan yang mewakili pandangan mereka iaitu berpandukan kepada Skala Likert 5 Mata iaitu skor 5 Sangat setuju, skor 4 Setuju, skor 3 Kurang Setuju, skor 2 Tidak setuju dan skor 1 Sangat tidak setuju.

3.3.1 Bahagian A (Maklumat Latar Belakang Responden)

Bahagian ini mengandungi 3 item yang digunakan untuk mendapatkan maklumat latar belakang pelajar yang terlibat sebagai responden. Maklumat latar belakang ini terdiri daripada maklumat demografi responden iaitu jantina, bangsa dan tingkatan.

Jadual 3.4 Bil. 1 2 3

Maklumat Latar Belakang Responden Skala Lelaki Perempuan Melayu Bukan Melayu Tingkatan 4 Tingkatan 5

Item Jantina Bangsa Tingkatan

. 3.3.2 Bahagian B (Kaedah Pengajaran Guru dan Minat Pelajar dalam Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah)

Bahagian ini bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai persepsi pelajar terhadap hubungan kaedah pengajaran guru dan minat pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran sejarah. Jadual 3.5 di bawah menunjukkan 40 item soalan yang telah dibentuk dengan maklum balas item-item menggunakan skala likert 5 mata seperti dibawah: Skala: 5 Sangat setuju 4 Setuju 3 Kurang Setuju 2 Tidak setuju 1 Sangat tidak setuju

Jadual 3.5 Sejarah.

Pembahagian Item Soalan Mengikut Hubungan Kaedah

Pengajaran Guru dan Minat Pelajar Terhadap Pencapaian Mata Pelajaran

Bil

Elemen 1 Pencapaian 2 Kaedah Guru 3 Motivasi Guru Mata

No item/Soalan

Jumlah Item

Pelajaran Sejarah Pengajaran

Dalam kajian ini, pengkaji menguna pakai dan mengadaptasi borang soal selidik yang dibentuk oleh Mohammad Sultan (2000), Kamilah (2000), Abd Rahim (2000) dan Noraini (2008)dalam kajian ini sebagai alat pengukuran untuk mendapatkan data. Secara keseluruhan, soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mengandungi 45 item soalan kesemuanya dan 3 soalan untuk demografi responden. Pengkaji telah mengubahsuai soal selidik supaya ciri-ciri penilaian sesuai dengan keadaan sekolah dan pelajar di Tawau , Sabah amnya. 3.5 Kajian Rintis

Kajian rintis dilakukan sebelum kajian sebenar dijalankan bertujuan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Menurut Mohd Najib (2003), kajian rintis ialah satu aktiviti yang penting bagi setiap kajian tinjauan. Selain daripada menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, ia juga digunakan untuk menguji kaedah terbaik mentadbir instrumen, mengenal sampel dan kesesuaian kaedah analisis. Sekaran (2003) turut menjelaskan bahawa kajian rintis memastikan instrumen kajian atau item dalam soal selidik yang akan digunakan nanti adalah berseuaian dari segi kebolehpercayaan dalaman dan kesahan.

Kajian rintis adalah bertujuan untuk: a. Mengetahui sejauh mana kesesuaian seluruh penggunaan instrumen kepada responden kajian. Ianya merujuk kepada penggunaan istilah, struktur, ayat, dan penyusunan serta gubahan pada item soalan dalam soal selidik yang diedarkan kepada responden. b. Memastikan responden memahami setiap pernyataan dan soalan kajian yang digunakan di dalam soal selidik yang diedarkan. Kebolehpercayaan item soal selidik telah diuji dengan menggunakan Alfa Cronbach. Menurut Chua Yan Piaw (2006), Alfa Cronbach merupakan koefisien atau pekali kebolehpercayaan yang menunjukkan hubungan item-item antara satu sama lain dan menguji kesahan dalaman soal selidik. Jika nilai Alfa Cronbach adalah di antara 0.6 hingga 1, maka soal selidik tersebut mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan itemnya boleh diterima. Nilai 0.2 hingga 0.6 pula menunjukkan soal selidik yang diuji mempunyai kebolehpercayaan yang sederhana dan terdapat sebilangan item yang perlu diubah. Manakala bagi nilai 0.0 hingga 0.2 pula mempunyai kebolehpercayaan yang rendah dan semua item perlu diubah. Ini adalah selaras dengan pandangan Sekaran (2003) bahawa Alpha Crobach yang menghampiri nilai satu menunjukkan bahawa konsistensi kebolehpercayaan dalaman adalah tinggi. Kajian rintis bertujuan untuk memastikan sama ada responden memahami dan boleh menjawab soal selidik yang digunakan. Disamping itu, kajian rintis juga akan dapat memastikan sama ada pernyataan item yang digunakan sesuai dan mudah difahami oleh responden. Dalam kajian ini, penyelidik telah melaksanakan kajian rintis terhadap 40 orang pelajar di sebuah sekolah menengah SM St. Patrick, Tawau dalam secara rawak. Responden yang dipilih adalah bukan responden sebenar dalam kajian. 3.6 Kaedah Pengumpulan Data

Bagi mendapatkan data kajian, pengkaji telah mendapatkan kerjasama pihak guru-guru di sekolah-sekolah yang terbabit. Kerjasama daripada guru-guru yang

terbabit melibatkan kebenaran untuk mengedarkan soal selidik kepada para responden (pelajar) kajian di sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklum balas yang diperlukan. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengedarkan soal selidik yang berkisarkan kepada hubungan kaedah pengajaran guru dan minat pelajar terhadap pencapain mata pelajaran sejarah di empat buah sekolah dengan kerjasama Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan guru mata pelajaran sejarah setiap sekolah tersebut. Kaedah ini telah dijalankan selama satu bulan dan hasilnya memberikan pelbagai maklumat dan data yang diperlukan dalam kajian. Urutan kajian seperti berikut digunakan untuk memudahkan kajian dan ditunjukkan dalam Jadual 3.7 iaitu Jadual Proses Penyempurnaan Tajuk Kajian dan Rajah 3.8 iaitu Prosedur Pelaksanaan Kajian. Jadual 3.7 Bulan Disember 2013 1.Memohon surat kebenaran menjalankan Penyelidikan dengan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, UMS. 2.Menghantar draf Bab 3. 3.Menjalankan kajian rintis. 1.Menghantar tiga salinan proposal untuk pembentangan proposal. 1.Pembentangan proposal. 2.Memohon kebenaran menjalankan penyelidikan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (Online). 3.Menghantar Sabah. 1.Menghantar dan mengedarkan borang soal selidik kepada responden di sekolah-sekolah yang berkenaan. 2.Mengutip kembali borang soal selidik. surat rasmi memohon kebenaran menjalankan penyelidikan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Jadual Proses Penyempurnaan Tajuk Kajian Aktiviti 1. Menghantar draf Bab 1 dan 2 kepada Penyelia.

3.Menganalisis data. 1.Melaporkan hasil dapatan untuk Bab 4. 2.Melaporkan hasil kajian Bab 5. 1.Menghantar draf Bab 4 dan Bab 5. 2.Melengkapkan Bab 4 dan Bab 5. 3.Membuat perbincangan, penyemakan dan pembetulan untuk semua bab. 1.Menghantar laporan disertasi yang telah siap.

Rajah 3.8 Matlamat dan Objektif Kajian

Prosedur Pelaksanaan Kajian

Tidak Sesuai Kajian Literatur

Pembentukan Soal-Selidik

Ujian Rintis (Pilot test)

Sesuai Mengumpul Data

Analisis Data

Kesimpulan dan Cadangan Kajian ini akan dilaksanakan berdasarkan prosedur pelaksanaan kajian yang diterangkan di bawah:

i.

Langkah 1 Kajian Literatur Dalam langkah ini, pengkaji mengumpul maklumat tentang semua kajian-kajian

lepas yang pernah dibuat. Kajian-kajian yang dipilih adalah berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan tajuk kajian ini. Ini adalah untuk membincangkan dengan lebih jelas lagi tentang permasalahan soalan kajian yang dipilih dan membangunkan Bab 1, 2 dan 3 bagi kajian ini. ii. Langkah 2 Pembentukan Soal Selidik dan Kajian Rintis Dalam langkah ini, penyelidik akan menyediakan soalan kaji selidik yang akan digunakan. Soalan yang disediakan mestilah menjawab atau membantu dalam mencapai objektif kajian ini. Kajian rintis dijalankan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik dan penambahbaikan soal selidik dilakukan dalam aspek-aspek yang didapati mempunyai kelemahan. iii. Langkah 3 Mengumpul Data Setelah selesai dengan penyediaan soalan kaji selidik, soalan akan dicetak dan kemudiannya di edarkan kepada semua reposnden yang telah dikenalpasti. iv. Langkah 4 Analisis Data Data yang diperolehi melalui kaedah kuantitatif kemudiannya dianalisis. Data dianalisis dengan menggunakan sistem SPSS Versi 16.0. v. Langkah 5 Kesimpulan dan Cadangan Hasil dari analisis data yang telah dibuat, pelaporan akhir dalam bentuk kesimpulan dan cadangan akan disediakan. 3.7 Penyusunan dan Pemindahan Data

Semua data yang dikumpulkan melalui kaedah soal selidik yang telah dibincangkan sebelum ini disusun dalam susunan yang berasingan untuk tujuan penganalisisan. Data-data tersebut dibahagikan mengikut soalan-soalan yang ditanya. Sementara itu, bagi data yang terdapat dalam soal-selidik pula, bantuan komputer digunakan untuk menyimpan data-data yang diperoleh dan kemudiannya dianalisis mengikut pembahagian yang telah dibuat. Setelah semua data telah

disimpan dimulakan. 3.8

dengan

lengkap,

proses

analisis dengan

menggunakan

komputer

Analisis Data

Data empirikal daripada borang soal selidik akan dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences Versi 16.0 (SPSS 16.0). Data dianalisis mengikut kaedah deskriptif dan kaedah inferensi. 3.8.1 Kaedah Deskriptif

Menurut Azizi et al. (2007), kaedah analisis deskriptif biasanya melibatkan pengiraan frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Kaedah analisis deskriptif ini pada amnya digunakan bagi mengukur kecenderungan data. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisa data empirikal daripada Bahagian A iaitu demografi responden di mana nilai min, frekuensi dan peratus akan ditentukan menggunakan SPSS 16.0. Jadual 3.9 Tahap Analisis Rendah Sederhana Tinggi Analisis Tahap Mengikut Min Pemarkatan/ julat min 1.00 hingga 2.00 2.01 hingga 3.00 3.01 hingga 4.00

Sumber: Tang & Abdul Ghani, 2007 Berdasarkan jadual di atas, nilai min antara 1.00 hingga 2.00 adalah tahap rendah, manakala nilai min antara 2.01 hingga 3.00 adalah tahap sederhana dan nilai min antara 3.01 hingga 4.00 adalah tahap tinggi (Tang dan Abdul Ghani, 2007). 3.8.2 Kaedah Inferensi Seterusnya,analisis yang berkaitan dengan pengujian hipotesis-hipotesis kajian dilakukan satu persatu dengan menggunakan statistik inferensi: a) Untuk melihat pencapaian mata pelajaran Sejarah berdasarkan jantina dan bangsa perkhidmatan. Analisis ANOVA satu hala digunkan untuk melihat perbezaan tersebut. b) Manakala Korelasi Pearson digunakan utnuk menerangkan perhubungan angkubah tidak bersandar dengan aspek-aspek pencapaian mata pelajaran Sejarah. Ujian ini

menerangkan kekuatan hubungan dan juga sama ada ia signifikan atau tidak. Aras signifikan yang digunakan ialah apda aras keyakinan p 0.05. pekali korelasi (r) digunakan untuk melihat nilai pengukuran kekuatan perhubungan antara dua variabel. Nilai r ini mempunyai sela antara +1.00 dan -1.00. menurut Chua Yan Piaw (2006), kekuatan nilai r boleh ditunjukkan seperti jadual di bawah. Jadual 3.10: Kekuatan Nilai Pekali Korelasi Saiz Pekali Korelasi (r) .91 hingga 1.00 atau -.91 hingga -1.00 .71 hingga .90 atau -.71 hingga -.90 .51 hingga .70 atau -.51 hingga -.71 .31 hingga .50 atau -.31 hingga - .50 .01 hingga .30 atau -.01 hingga -.30 .00 Sumber: Chuan Yan Piaw (2006: ms 167) c) Ujian ANOVA satu hala digunakan untuk melihat perbezaan pencapaian mata pelajaran Sejarah dengan jantina jadual di bawah: Jadual 3.11 Alat Analisis Data Jenis Analisis dan bangsa. Alat analisis ditunjukkan seperti Kekuatan Korelasi Sangat kuat Kuat Sederhana Lemah Sangat Lemah Tiada korelasi

Bil. 1 HO1:

Pernyataan Hipotesis Nol Tidak terdapat perbezaan yang

signifikan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah di sekolah menengah berdasarkan jantina dan bangsa . 2 HO2: Tidak terdapat persepsi perbezaan dalam yang ANOVA sehala signifikan kalangan T-Test

pelajar terhadap kaedah pengajaran guru

HO3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah pengajaran guru dengan pencapaian mata pelajaran sejarah ANOVA sehala perbezaan yang signifikan Korelasi Pearson

HO4: Tidak sejarah

terdapat

terhadap tahap minat pelajar dalam mata pelajaran

HO5: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran sejarah Korelasi Pearson Tidak terdapat minat hubungan yang Korelasi Pearson

HO6:

signifikan antara kaedah pengajaran guru dengan pelajar terhadap pencapaian mata pelajar.

3.9 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, bab ini menjelaskan kaedah utama dalam penggumpulan data dan kaedah analisis. Dalam bab ini juga, pengkaji telah membincang dan menerangkan reka bentuk kajian dengan penjelasan mengenai lokasi kajian, populasi dan persampelan, instrumen kajian, kajian rintis, prosedur pengumpulan dan penganalisisan data. Kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik diperihalkan sebagai bersesuaian dan cukup untuk mengumpul maklumat bagi menjawab objektif dan persoalan kajian serta menguji hipotesis-hipotesis kajian. Hasil penganalisisan data yang telah dikumpul akan diterangkan dan diperincikan sebagai dapatan dalam Bab 4.

Bibiliografi Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Antara,. Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. . Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann, ctk. 4.

Anda mungkin juga menyukai