Anda di halaman 1dari 15

http://kurikulumsejarah.blogspot.my/2013/09/tugasan-esei-kumpulan-3.

html
Pendidikan di Malaysia pada asasnya dapat dibahagikan kepada dua zaman iaitu
zaman sebelum merdeka dan zaman selepas merdeka. Maka itu, perkembangan
kurikulum sejarah di Tanah Melayu juga mengikut perubahan zaman tersebut.
Sememangnya sejak zaman sebelum merdeka lagi mata pelajaran sejarah
merupakan mata pelajaran yang dianggap penting dan perlu diajar di sekolah.
Secara amnya perkataan sejarah itu sendiri membawa maksud peristiwa yang
benar-benar berlaku pada waktu lampau. Apabila menyebut peristiwa, kebiasaannya
yang dirakamkan ialah tentang peristiwa yang melibatkan jatuh bangun sesebuah
negara atau bangsa. Oleh yang demikian, melalui sejarah sesebuah kerajaan boleh
mengagungkan

zaman-zaman

kegemilangannya

pada

masa

lampau

yang

seterusnya dapat membentuk perasaan bangga di kalangan rakyatnya.


Pendidikan sejarah di zaman British iaitu zaman sebelum merdeka
diperkenalkan bertujuan untuk memenuhi kepentingan dan matlamat kolonialisme
British di Tanah Melayu. Di mana, kandungan kurikulum pendidikan sejarah pada
ketika itu adalah lebih menjurus kepada negara kolonial British atau bersifat western
centric. Topic-topik yang diperkenalkan dalam pendidikan sejarah pada ketika itu
adalah berkaitan dengan sejarah-sejarah Eropah. Hal ini berlaku kerana, kerajaan
British yang memerintah Tanah Melayu pada ketika itu mahu penduduk Tanah
Melayu mengagungkan kegemilangan British. Maka itu, semangat patriotisme atau
semangat cintakan tanah air sendiri tidak dapat diwujudkan dalam diri rakyat Tanah
Melayu pada ketika itu. oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa sebelum perang
dunia kedua penentangan terhadap kuasa kolonial British adalah kurang, ini
menunjukkan bahawa kurangnya kesedaran di kalangan penduduk Tanah Melayu
untuk membebaskan tanah air mereka dari belenggu penjajahan.
Seterusnya, pada peringkat awal pendidikan sejarah diperkenalkan di
sekolah-sekolah aliran Melayu adalah lebih bersifat kesusasteraan Melayu Klasik. Di
mana, pendidikan sejarah tempatan tidak ditekankan oleh British kerana bimbang
akan menggugat kepentingan politik dan ekonominya. Pengaruh kurikulum British
dalam pendidikan sejarah semakin berkurangan hanya selepas negara telah
mencapai kemerdekaan. Manakala kurikulum sejarah bagi sekolah vernakular Cina
dan India yang pada asalnya lebih menjurus kepada sejarah negara asal tamat
apabila Laporan Razak dikemukakan pada tahun 1956. Hal ini dilakukan sebagai
persediaan kepada negara yang akan mencapai kemerdekaan dan bagi memastikan
sukatan pengajaran dan peperiksaan yang sama dilaksanakan demi perpaduan
kaum di negara ini.

Perkembangan terhadap kurikulum pendidikan sejarah terus berlaku selepas


negara mencapai kemerdekaan, di mana kesedaran mengenai perpaduan dan
integrasi kaum mulai berlaku. Pada tahun 1973, terdapat perbincangan untuk
mengkaji semula kurikulum sejarah . Hal ini kerana, timbul kesedaran mengenai
kandungan kurikulum sedia ada yang tidak bersifat tempatan tetapi masih lagi
bersifat

western

centric.

Maka

itu

beberapa

forum

telah

diadakan

bagi

membincangkan perkara tersebut dan hasil dapatan daripada perbincangan yang


dilakukan Kementerian Pelajaran Malaysia telah digesa untuk menggunakan
pendekatan yang lebih berpusatkan ke-Malaysia dalam menggubal sukatan
pelajaran dan penulisan buku teks sejarah. Keadaan ini memperlihatkan bahawa
setelah negara mencapai kemerdekaan kesedaran mengenai perlunya menggubal
kurikulum yang lebih bersifat kepada kenegaraan Malaysia semakin meningkat.
Pada tahun 1989, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan mata
pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM), di mana murid di semua sekolah kerajaan wajib mempelajari
mata pelajaran sejarah secara berterusan selama lima tahun iaitu bermula dari
Tingkatan 1 sehinggalah ke Tingkatan 5. Usaha murni kerajaan ini adalah bertujuan
untuk meningkatkan pengetahuan sejarah negara di kalangan pelajar sekolah di
samping memupuk nilai patriotisme. Di mana, kandungan Kurikulum Sejarah KBSM
disusun secara bersepadu merangkumi unsur-unsur ilmu, kemahiran dan penerapan
nilai patriotisme selari dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat
pendidikan iaitu ke arah membangunkan individu yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, dan intelek. Dengan adanya pengetahuan sejarah negara serta nilai
patriotisme dalam diri setiap rakyat Malaysia, maka ia sudah tentunya akan dapat
membentuk keperibadian yang tinggi serta menyemarakkan lagi semangat cintakan
negara.
Perkembangan terhadap kurikulum sejarah yang terbaru pada masa kini ialah
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang melakukan transformasi
kurikulum sejarah yang akan dilaksanakan pada tahun 2014 dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi sekolah rendah dan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) bagi sekolah menengah mulai 2017. Dalam KSSR mata
pelajaran sejarah akan diajar sebagai mata pelajaran teras untuk murid Tahap 2 iaitu
bermula dari Tahun 4 hingga Tahun 6. Mata pelajaran sejarah diperkenalkan di
peringkat rendah dengan hasrat memberikan penekanan kepada pembangunan
sahsiah murid di samping pemupukan nilai-nilai keperibadian mulia dan semangat
kewarganegaraan.
menitikberatkan

Manakala

kepada

bagi

kurikulum

pengetahuan

dan

sejarah

dalam

pemahaman

KSSM

Sejarah

lebih

Malaysia,

Pembinaan Negara Bangsa dan Sejarah Negara Luar. Dengan itu, pelajar di
peringkat sekolah menengah akan mempunyai perspektif yang lebih luas mengenai
proses perkembangan masyarakat dan negara serta melihat secara perbandingan
akan sejarah dalam dan luar negara. Hal ini sudah tentunya akan dapat memupuk
rasa bangga tentang warisan dan kejayaan negara ke arah pemantapan semangat
perpaduan dan patriotism.
Justeru itu, pendidikan sejarah sememangnya merupakan subjek yang amat
penting dan kini ia telah mata pelajaran teras yang wajib untuk dipelajari oleh setiap
murid. Hal ini kerana, mata pelajaran sejarah merupakan antara saluran yang paling
berkesan untuk meningkatkan perpaduan kaum, semangat cintakan negara serta
menerapkan nilai-nilai murni terutamanya di kalangan generasi muda pada masa
kini.

Definisi Guru Berkesan di Sekolah.


Menurut Sufean Hussin ( 2005 :293 ), guru berkesan di sekolah digambarkan
mempunyai pengetahuan akademik yang tinggi dan mendalam tentang pedagogi am
dan khususnya dalam menterjemahkan kandungan mata pelajaran, memiliki
kesedaran belajar merupakan proses sepanjang hayat, berkeupayaan menghasilkan
sasaran pembelajaran yang diingin dan memiliki motivasi personiliti yang tinggi
sebagai seorang guru. Hal ini turut disokong oleh Ishak ( 1993 ) dalam Sufean
Hussin ( 2005 :293 ), bahawa motivasi merupakan penentu utama yang
mengerakkan seorang guru memiliki ciri profesionaliti yang dihadkan ( amalan
mengajar tertumpu kepada autonomi bilik darjah dan berdasarkan pengalaman
berbanding teori ) dan dilanjutkan ( pendidikan bilik darjah dalam konteks yang lebih
luas berdasarkan teori dan penilaian yang sistematik ) menurut T.Marimuthu ( 1990 :
112 ) melalui kajian ke atas 591 orang guru dari 34 buah sekolah di Malaysia
berhubung dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM )
yang mendapati 35.6% merasakan minat semakin menurun terhadap kerjaya
mereka, 54.8% ingin beralih kerja, 54.7% kurang yakin mengajar dan 92.3% memiliki
motivasi personaliti yang semakin luntur.
Bagaimana Menjadi Guru Berkesan di Sekolah?

Menurut Salvin ( 1994 : 42 ), guru berkesan bukan sahaja berperanan sebagai


penyalur ilmu pengetahuan, bahkan juga berfungsi sebagai pengembang dan
pengukuh kemahiran para pelajarnya yang penting dalam menghasilkan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan yang ditentukan oleh ciri kualiti, kemahiran,
personaliti dan pelbagai kaedah mengajar guru.
1

Kualiti Guru.

Guru yang berkualiti boleh dimaksudkan sebagai guru yang mempunyai aspek
darjah kecemerlangan dan bermutu tinggi, iaitu guru yang tahu membuat
perancangan yang sistematik terutamanya awal beberapa minggu semasa sesi
persekolahan bermula agar memahami isi kandungan bahan yang diajar

bagi

membolehkan pelajar mengikuti arahan guru dengan jelas dalam mencapai objektif
pembelajaran dan suasana pembelajaran yang sempurna dapat dihasilkan menurut
Sufean Hussin ( 2005 :292 ), disamping mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi,
iaitu pengetahuan Imperatis ( tindakan yang perlu dilakukan bagi mencapai objektif
atau sasaran ) dan profesional yang merngkumi aspek pembelajaran, kemahiran,
minat, teknologi, pedagogi, undang-undang atau polisi tertentu yang secara tidak
langsung merangkumi peranan dan tanggungjawab terhadap profession keguruan.
2.Kemahiran Guru
Menurut Mohamad Johdi Hj Salleh ( 2007 : 92 ) seseorang guru yang efektif
semestinya mempunyai kemahiran yang mendalam dalam bidang atau objek yang
diajar terutamanya dalam aspek menetapkan matlamat dan rancangan pengajaran,
iaitu penetapan matlamat yang tinggi dalam setiap sesi pengajaran dan mengatur
rancangan untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam pada itu, guru juga perlu ada
kemahiran dalam pengurusan bilik darjah, iaitu membentuk dan mengekalkan
suasana kelas yang sesuai untuk sesi pembelajaran berdasarkan penguasaan
strategi untuk membentuk peraturan dan arahan, mengetuai aktiviti kelas dan
mengawal kelakuan pelajar. Disamping itu, pertuturan merupakan satu kemahiran
komunikasi yang penting bagi guru yang melibatkan perlakuan mendengar dan
bercakap kerana guru bukan hanya tertumpu sebagai tenaga pengajar dalam bidang
akademik semata-mata, sebaliknya guru turut berperanan sebagai pemberi dan
penyampai maklumat ilmu pengetahuan yang turut dpengaruhi oleh intonasi suara
guru yang menarik dalam menggunakan perkataan, frasa, dan ayat bagi menepati
maksud pelajaran yang hendak disampaikan.

3.Personaliti Guru
Dalam pada itu, penampilan seseorang guru dapat mempengaruhi keberkesanan
dalam pengajaran dan penerimaan pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan
kerana cara penampilan, gerak badan guru, dan sahsiah guru di dalam bilik darjah
dapat mencerminkan keyakinan dan kesungguhan seseorang guru yang harus
menjadi model atau contoh yang baik kepada pelajar. Hal ini kerana, kajian
menunjukkan bahawa seseorang pelajar adalah lebih cenderung dalam menjadikan
guru sebagai sasaran idola dalam persaingan mereka, maka tingkah laku guru
adalah penting dalam menghasilkan pengajaran yang berkesan. Penampilan yang
cuba diterangkan disini adalah berkaitan dengan cara guru berpakaian yang
disifatkan hendaklah kemas, ringkas dan tidak memakai perhiasan yang keterlaluan
serta sederhana dari segi fesyen dan warnannya juga tidak terlampau terang dan
berkilat-kilat agar tidak menggangu konsentrasi pelajar.
4. Pelbagai Kemahiran Mengajar
Proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan
berkesan

sekiranya

guru

menggunakkan

pelbagai

keadah

mengajar

yang

bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh setiap
murid seperti yang diutarakan oleh Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi ( 2006
: 118 ), bahawa para guru seharusnya menyedari akan kepentingan pemilihan
kaedah mengajar yang berkesan berdasarkan keadaan dan kemampuan pelajar itu
sendiri dan bukannya berdasarkan kemahuan sesoarang guru yang secara tidak
langsung menjadikan pengajaran dan pembelajaran memberikan daya tarikan baru
yang menarik perhatian pelajar yang turut disokong oleh Mohamad Johdi Hj Salleh
( 2007 :92 ), bahawa guru seharusnya perlu sentiasa mengubahsuai kaedah untuk
menghasilkan pengajaran yang efektif berdasarkan kajian dan penyelidikan
mengenai keadah pengajaran yang bersesuaian untuk sesuatu isi pengajaran, topik
atau kemahiran bagi menilai kelebihan dan kekurangan bagi mempelbagaikan lagi
kaedah pengajaran disamping mencari kaedah-kaedah yang baru yang berperanan
sebagai sumber kefahaman, minat dan komitmen murid. Misalnya, penyelididkan
yang dilakukan oleh Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi ( 2006 :120 ),
mendapati bahawa guru yang menggunakan kaedah mengajar yang sesuai
membantu pelajar memahami penggunaan bahasa dengan baik.

Kesimpulan.

Secara keseluruhannya, guru berkesan di sekolah adalah guru yang tahu


mengimbangi peranannya dengan mengambil kira aspek kualiti, kemahiran,
personaliti dan kepelbagaian kaedah mengajar yang bertitik mula dari dalam diri guru
tersebut yang akhirnya menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
berdasarkan perlakuan mengajar yang menekankan perancangan, perlaksanaan dan
penilaian yang mana tahap penentuannya ditunjukkan berdasarkan keputusan dan
kesan pengajaran mengikut perlakuan dan prestasi pelajar.

http://kembaraintelegensia.blogspot.my/2010/11/kurikulum-sejarah.html
KRONOLOGI
1863 : Kurikulum Sejarah telah diperkenalkan di sekolah-sekolah aliran Inggeris bagi
peringkat Menengah Rendah. Kurikulum itu ditentukan oleh University Cambridge,
London.
1891 : Para pelajar di Tanah Melayu menduduki peperiksaan bagi subjek Sejarah
dalam Cambridge Local Examinations.
Sekolah-sekolah aliran Melayu hanyalah mempelajari budaya Melayu menerusi
pendekatan berasaskan pengalaman kesusasteraan khususnya hikayat Sejarah
Melayu dan Hikayat Hang Tuah.
1918 : Mata pelajaran Tawarikh telah diperkenalkan dalam kursus perguruan di
Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.
1930 : Mata pelajaran Sejarah diajar di sekolah-sekolah aliran Melayu.
Kaedah P&P hanya tertumpu kepada aktiviti membaca dan menghafal fakta-fakta
sejarah di dalam buku teks.
Selepas Perang Dunia Kedua, kurikulum Sejarah telah mengalami transformasi
kerana kandungannya lebih menceritakan latar belakang dan kehidupan masyarakat
serta tokoh-tokoh terkenal Eropah, England dan empayar British.
Sekolah vernakular Tamil dipengaruhi oleh kurikulum dari negara India dan kurikulum
sekolah vernakular Cina juga diadaptasi dari negara China.
1950 : Desakan agar kurikulum Sejarah ditulis mengikut perspektif tempatan.

Menurut Aminudin Baki (1953), terdapat 2 prinsip asas yang perlu wujud dalam
kurikulum Sejarah di sekolah-sekolah Tanah Melayu pada waktu itu:
Penekanan P&P Sejarah harus diberi kepada situasi di Tanah Melayu. Fokus kepada
sejarah sosial dan ekonomi negara untuk menunjukkan kebergantungan budaya
antara masyarakat berbilang kaum di Malaya.
Penekanan kepada Sejarah Malaya dalam konteks hubungannya dengan negaranegara serantau Asia dan dunia. Ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar
terhadap sumbangan negara terhadap peradaban dunia.
1960 : Hasil Laporan Rahman Talib, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menyusun semula sukatan pelajaran Sejarah Darjah 4 sehingga Tingkatan 3.
1967 : Pertama kalinya kurikulum Sejarah diajar menggunakan sukatan pelajaran
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
1973 : Seminar Sejarah Malaysia I diadakan.
1974 : Seminar Sejarah Malaysia II diadakan.
Pada awal 1970an, ramai cendekiawan, budayawan dan sejarawan tempatan tidak
berpuas hati dengan kandungan kurikulum Sejarah yang lebih berpaksikan Barat.
Implikasinya, wujud cadangan agar kurikulum Sejarah yang lebih bersifat 'Malaysian
centric'.
1978 : Satu dokumen Sukatan Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah Rendah dihasilkan.
1989 : Menerusi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah meletakkan
subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib dan teras.
2000 : Semakan kurikulum Sejarah telah dilakukan yang lebih berbentuk
penyesuaian. Kira-kira 30% kandungan dalam kurikulum Sejarah telah dibuang.
Penumpuan kepada tiga aspek penting iaitu kesepaduan elemen ilmu, kemahiran
dan penerapan nilai-nilai patriotisme.
Adaptasi dari sumber:
Penilaian Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum Mata Pelajaran Sejarah Menengah
Rendah Tingkatan 2 Di Sekolah-Sekolah Menengah Semenanjung Malaysia
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 2010
Paradigma Konstruk Semula Subjek Sejarah
Dilema yang melanda kepimpinan akademik dan pemerhati penting masyarakat telah
mula menilai mata pelajaran Sejarah dalam pelbagai sudut untuk diimplimentasikan
dalam bentuk yang lebih pragmatik dan realistik.
KPM telah mengambil pendekatan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah
sebagai subjek wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia mulai 2013. Mata
pelajaran Sejarah akan mula diperkenalkan di semua sekolah rendah pada tahun
2014 selari dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan menekankan
aspek Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial.
Menurut Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah (Pakar Rujuk di Akademi Pengajian
Melayu Universiti Malaya) dalam ruangan Rencana Utusan Malaysia bertarikh 6
November 2010 telah mencadangkan agar kurikulum Sejarah dikaji semula
berasaskan aspek periodisasi atau pembatasan masa proses negara Malaysia sejak

zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga Wawasan 2020. Cadangan periodisasi


itu ialah :
Tahap I
Pra-Melaka
Tahap II
Era Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511)
Tahap III
Persaingan Kuasa-Kuasa Eropah (1511-1786)
Tahap IV
Kemaraan Inggeris dan Pembangunan Negeri-Negeri Selat (1818-1856)
Tahap V
Kemantapan Kuasa Kolonial Inggeris (1874-1942)
Tahap VI
Pendudukan Jepun (1942-1945)
Tahap VI
Perundingan Kemerdekaan dan Permulaan Kerjasama Politik Antara Kaum (19461957)
Tahap VII
Tahun-Tahun Awal Kemerdekaan (1957-1969)
Tahap VIII
Pelaksanaan DEB (1970-1990)
Tahap XI
Menuju Wawasan 2020 dan Gagasan 1 Malaysia
Kerajaan telah mengambil pendekatan untuk mewujudkan Jawatankuasa Khas
mengkaji kurikulum Sejarah terutamanya penekanan aspek sejarah pembentukan
negara, perlembagaan negara, sejarah Malaysia Moden dan perpaduan nasional.
Isu kepentingan mata pelajaran Sejarah mula mendapat perhatian dalam prospek
pengambilan pelajar ke IPT. Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof
Datuk Dr. Ir Sahol Hamid Abu Bakar dalam kenyataannya untuk mensyaratkan
Kepujian Sejarah bagi pelajar-pelajar yang ingin mengikuti kursus-kursus yang
ditawarkan oleh UiTM mulai pengambilan Julai 2011. Beliau berkata, penetapan
sejarah sebagai salah satu syarat kelayakan itu bertujuan menyedarkan generasi
penuntut hari ini tentang perjuangan pemimpin negara dari dahulu hingga sekarang.
Bahkan, isu ini turut dibahaskan oleh pelbagai pihak tidak kiralah parti politik dan
badan-badan bukan kerajaan untuk memastikan verifikasi dasar penetapan mata
pelajaran Sejarah sebagai subjek teras di sekolah rendah dan syarat wajib lulus SPM
mampu mencapai matlamatnya.

Peranan Penerapan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik Melalui Mata


Pelajaran Sejarah
1.0

PENGENALAN

Secara individu, kami dikehendaki menghasilkan satu tugasan projek untuk kursus
SJH3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah. Penghasilan tugasan ini adalah
melalui bacaan tambahan pelbagai bahan sumber mengenai peranan penerapan
elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah dalam
melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu dan bersemangat patriotik.
Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid memahami
tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan
kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung
amalan demokrasi di Malaysia. Kandungan kurikulum menggunakan pendekatan
kronologi. Persembahan kandungannya pula adalah berfokuskan tentang sejarah
negara yang disepadukan dengan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik.
Dalam tugasan ini, fokus dan kandungan kurikulum sejarah akan dijelaskan dengan
lebih lanjut. Begitu juga, tugasan ini memberi tumpuan mengenai sejauhmanakah
penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah
dapat memainkan peranan dalam melahirkan Malaysia yang bersatu padu dan
bersemangat patriotik.

2.0

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

Berdasarkan Dokumen Standard, KSSR, Sejarah Tahun 4, KPM (2013), Kurikulum


Standard Sejarah Sekolah Rendah bermatlamat untuk membolehkan murid
memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan
kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung
amalan demokrasi di Malaysia.
Begitu juga, fokus utama Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah adalah untuk
menyemai ilmu pengetahuan dan asas kemahiran pemikiran Sejarah di samping

menerapkan semangat patriotisme melalui pengetahuan tentang masa lalu yang


mempengaruhi masa kini. Melalui pembelajaran ini, murid mampu membina
kerangka kronologi tentang sesuatu peristiwa penting dan tokoh yang terlibat. Begitu
juga, murid dapat membuat perbandingan tentang pengalaman manusia dan
seterusnya berupaya memahami diri mereka secara individu dan sebagai ahli dalam
masyarakat.
Seperti yang telah digariskan dalam Dokumen Standard, KSSR, Sejarah Tahun 4,
KPM (2013), organisasi Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah merupakan kesepaduan
tiga elemen utama iaitu mencakupi ilmu pengetahuan (kandungan), asas Kemahiran
Pemikiran Sejarah (kemahiran), penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik
bagi memupuk minat murid terhadap Sejarah. Kandungan kurikulum Sejarah sekolah
rendah menggunakan pendekatan kronologi, di mana ia mencakupi beberapa tema
seperti; Sejarah Awal Negara (Tahun 4), Kedaulatan Negara (Tahun 5) dan
Kemakmuran Negara Kita (Tahun 6).
Begitu juga, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik turut diserapkan melalui mata
pelajaran Sejarah di sekolah rendah. Penerapan elemen ini menggunakan Dimensi
Kewarganegaraan. Antara dimensi kewarganegaraan yang diketengahkan ialah
perkongsian sejarah, perkongsian nilai, perasaan kekitaan, perkongsian masa
depan, kesetiaan, tanggungjawab warganegara dan keterikatan emosi kepada
negara.

Setiap

dimensi

kewarganegaraan

ini

bertujuan

untuk

membentuk

warganegara yang berketrampilan dan bermaklumat.


Kesimpulannya, mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan satu
kesinambungan ke peringkat sekolah menengah sebagai suatu disiplin ilmu yang
dinamik. Kurikulum ini merupakan satu usaha untuk melengkapkan murid dengan
perkembangan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengamalan nilai murni serta
penerapan semangat jati diri sebagai warganegara Malaysia.

3.0

PERANAN ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK DALAM

MELAHIRKAN

WARGANEGARA MALAYSIA YANG

BERSATU

PADU

DAN

BERSEMANGAT PATRIOTIK
Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah, elemen kewarganegaraan dan nilai
sivik yang diajar melalui mata pelajaran Sejarah adalah sebagai asas dalam
melahirkan warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan. Elemen tersebut
diharapkan agar dapat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan
sosial dan intergrasi nasional. Walau bagaimanapun, sejauh manakah penerapan
elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah ini dapat
memainkan peranan dalam

melahirkan Malaysia yang bersatu padu dan

bersemangat patriotik.
Terdapat tujuh dimensi kewarganegaraan yang diketengahkan sebagai penanda aras
untuk menerapkan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran
Sejarah. Dimensi kewarganegaraan yang pertama ialah melalui perkongsian sejarah.
Melalui perkongsian sejarah, terdapat beberapa elemen yang diterapkan seperti
berbangga dengan sejarah dan asal usul negara, menghargai kewujudan dan
kegemilangan kerajaan Melayu tradisional, mengambil iktibar kesan penjajahan
kuasa luar ke atas negara, menghayati peristiwa kemerdekaan negara dan
memelihara warisan negara. Elemen-elemen ini amat penting khasnya dalam
mengambil iktibar peristiwa yang telah berlaku. Abd. Rahman Abd. Rashid (1999),
mempelajari sejarah bukan semata-mata untuk pengetahuan, tetapi juga menjadi

pedoman dan memberi iktibar kepada sesuatu bangsa tentang apa yang telah
berlaku. Melalui penerapan elemen-elemen ini, mata pelajaran Sejarah akan
melahirkan warganegara yang mengetahui dan memahami sejarah pembentukan
negara.
Seterusnya, dimensi kewarganegaraan yang diketengahkan ialah perkongsian nilai.
Dalam dimensi ini, tiga elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang akan
diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah. Antaranya ialah menyanjungi prinsip
Rukun Negara, menghormati kepelbagaian agama dan budaya serta berbangga
dengan lambang dan simbol negara. Menurut Nazaruddin (2000), Rukun Negara
adalah satu susunan cara (prinsip) hidup bermasyarakat yang mengandungi nilainilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan
bernegara. Dengan penerapan elemen dan nilai sivik melalui mata pelajaran
Sejarah, ia dapat melahirkan warganegara yang mengamalkan sikap dan perlakuan
yang berhemah. Ciri-ciri warganegara seperti ini amat penting di mana Malaysia
merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum
dan agama.
Selain itu, dimensi kewarganegaraan yang digunakan ialah perasaan kekitaan.
Dalam dimensi ini, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diterapkan ialah
menghormati amalan kepelbagaian kaum, budaya dan agama, berbangga dengan
hari kemerdekaan, memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
berbangga dengan pencapaian negara. Menurut Ismail Said (2010), mata pelajaran
Sejarah membentangkan pelbagai peristiwa dan fakta berkenaan permuafakatan
pelbagai kaum pada waktu sebelum, semasa dan selepas merdeka boleh
membangkitkan semangat kebersamaan dalam kalangan setiap warganegara.
Sesungguhnya, melalui penerapan elemen dan nilai sivik seperti ini, mata pelajaran
Sejarah mampu membentuk warganegara yang bersatu padu dan bersemangat
patriotik.
Begitu juga, melalui dimensi kewarganegaraan seterusnya, iaitu perkongsian masa
depan, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik seperti menghornati masyarakat
pelbagai kaum, memakmurkan ekonomi negara dan mengekalkan warisan negara
dapat diterapkan. Menurut Mohd Sohaimi Esa et al. (2011), negara kita tidak dapat
lari daripada menghadapi pelbagai cabaran hubungan etnik seperti kepentingan etnik
dari aspek sosial yang meliputi aspek pemisahan fizikal, pengasingan pendidikan,
popurisasi kaum dan kontrak sosial. Oleh yang demikian, penerapan elemen dan

nilai sivik khasnya melalui mata pelajarah Sejarah, masyarakat di negara ini mampu
untuk bertolak ansur dan saling bekerjasama dalam melonjakkan ekonomi negara.
Begitu juga, kita mampu membina keyakinan dan tanggungjawab warganegara
Malaysia untuk mencorakkan masa depan negara pada masa depan.
Di samping itu, melalui dimensi kewarganegaraan yang seterusnya iaitu kesetiaan,
elemen kewarganegaraan dan nilai sivik seperti mematuhi perintah Tuhan, mentaati
Raja dan Negara, menghormati pemimpin negara serta mematuhi undang-undang
dan peraturan negara dapat diterapkan melalui mata pelajaran Sejarah. Negara
Malaysia

merupakan

sebuah

negara

yang

mengamalkan

sistem

raja

berperlembagaan. Menurut Nadzan Haron dan Rozeman Abu Hassan (2010),


perlembagaan bertindak sebagai garis panduan kepada pembentukan undangundang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Oleh yang demikian, dengan
penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran Sejarah,
ia dapat memupuk warganegara yang mempunyai kepercayaan kepada Tuhan dan
mempunyai perasaan taat dan setia kepada negara.
Seterusnya, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran Sejarah
diterapkan melalui dimensi kewarganegaraan, iaitu tanggungjawab warganegara.
Dalam dimensi ini, antara elemen dan nilai sivik yang akan diterapkan ialah
mempertahankan identiti negara, mempertahankan warisan negara serta menerima
perbezaan kaum, budaya dan agama. Hal ini turut dinyatakan oleh Omardin Haji
Ashaari dan Yunus Muhamad (2002), sejarah dapat membantu mengembang dan
membangkitkan kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab warganegara itu
kepada negaranya dan mampu menanam rasa bangga menjadi warganegara. Ini
sekaligus membuktikan penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam
mata pelajaran Sejarah mampu melahirkan warganegara yang mengetahui dan
memahami tanggungjawab sebagai warganegara dengan sepenuh hati.
Dimensi kewarganegaraan yang terakhir seperti yang digariskan dalam Dokumen
KSSR,

Sejarah

ialah

keterikatan

emosi

kepada

negara.

Dalam

dimensi

kewarganegaraan ini, antara elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang akan
diterapkan melalui mata pelajaran Sejarah ialah menghargai sejarah asal usul
negara, menghargai warisan negara dan identiti negara, menghayati prinsip Rukun
Negara, bersyukur dengan keharmonian dan kemajuan ekonomi serta berbangga
dengan pencapaian negara. Dengan penerapan elemen dan nilai sivik ini, mata
pelajaran Sejarah mampu melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu dan

bersemangat patriotik. Hal ini turut disokong oleh Sheela Abraham (1994), di mana
beliau mengatakan bahawa sudah menjadi satu tradisi bahawa sejarah diberi
tanggungjawab untuk menanam nilai-nilai seperti moral, budaya dan patriotik dalam
kalangan generasi muda.
Jelas sekali bahawa penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik ini
dilaksanakan secara sistematik melalui tujuh dimensi kewarganegaraan yang telah
digariskan dalam Dokumen KSSR, Sejarah. Sesungguhnya, penerapan elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah dapat memainkan
peranan dalam melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu dan
bersemangat patriotik.

4.0

PENUTUP

Secara keseluruhannya, tugasan ini telah membincangkan mengenai sejauh


manakah penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran
Sejarah dapat memainkan peranan dalam melahirkan warganegara Malaysia yang
bersatu padu dan bersemangat patriotik.
Seperti yang kita sedia maklum, mata pelajaran Sejarah akan diperkenalkan dan
diajar di peringkat sekolah rendah (Tahap 2). Fokus utama Kurikulum Sejarah
Sekolah Rendah adalah untuk menyemai ilmu pengetahuan dan asas kemahiran
pemikiran

Sejarah

di

samping

menerapkan

semangat

patriotisme

melalui

pengetahuan tentang masa lalu yang mempengaruhi masa kini. Manakala,


organisasi Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah merupakan kesepaduan tiga elemen
utama iaitu mencakupi ilmu pengetahuan (kandungan), asas Kemahiran Pemikiran
Sejarah (kemahiran), penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi
memupuk minat murid terhadap Sejarah.

Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah, elemen kewarganegaraan dan nilai


sivik akan diterapkan melalui mata pelajaran Sejarah. Elemen dan nilai sivik tersebut
diharapkan agar dapat melahirkan Malaysia yang bersatu padu dan bersemangat
patriotik. Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik diterapkan secara sistematik
melalui

dimensi

kewarganegaraan

yang

telah

digariskan.

Antara

dimensi

kewarganegaraan yang diketengahkan ialah perkongsian sejarah, perkongsian nilai,


perasaan kekitaan, perkongsian masa depan, kesetiaan, kewarganegaraan serta
keterikatan emosi kepada negara.
Sesungguhnya, melalui penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam
mata pelajaran Sejarah, kita mampu melahirkan warganegara yang bersatu padu
dan bersemangat patriotik. Hal ini amat penting untuk diterapkan dari peringkat awal
lagi, khususnya di sekolah rendah bagi mengukuhkan lagi nilai yang ada dalam diri
seorang warganegara. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Anda mungkin juga menyukai