Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN

Mata pelajaran sejarah telah menjadi mata pelajaran teras di sekolah rendah
bermula pada tahun 2011. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mata
pelajaran Sejarah memberi penekanan kepada domain kognitif, efektif dan
psikomotor, serta menerapkan nilai tambah alaf baru seperti kemahiran berfikir,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pelbagai kecerdasan,
kajian masa depan dan pembelajaran sepanjang hayat (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2014). Hamdan dan Mohd Yasin (2010) menyatakan bahawa guru Sejarah
sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pendidik dengan mendidik
murid dengan sebaik-baiknya supaya murid dapat menguasai pembelajaran yang
diajar oleh guru. Justeru itu, guru-guru Sejarah haruslah memainkan peranan penting
dalam proses PdPc bagi melaksanakan pengajaran abad ke 21 seperti yang
disarankan oleh pihak Kementerian serta menyahut hasrat Negara untuk menjadi
negara maju menjelang 2020.

Projek inovasi yang dicadangkan diadaptasi daripada buku teks dan


diinovasikan menjadi buku teks digital dengan gabungan sumber teknologi melalui
gabungan video dan laptop di mana ianya dimuatkan dalam Google Slide, Google
Drive, Flipbook, Quiziz, Youtube dan Slide Share. Projek ini melatih pelajar untuk
pembelajaran kendiri di rumah dan sebagai bahan rujukan atau nota tambahan
kepada murid untuk senang difahami. Pada masa yang sama, murid juga melalui
sesi menjawab soalan-soalan yang perlu diimbas oleh murid sebagai kerja rumah.
Hal ini dapat mengelak mengenai isu murid tidak sempat menyalin kerja rumah
dalam buku latihan atau buku latihan hilang mahupun tertinggal. Projek ini bukan
sahaja dapat meningkatkan minat dan pencapaian murid tetapi juga membantu
kepada guru sebagai bahan rujukan, bahan bantu mengajar dan bahan kerja rumah
kepada murid.

Projek inovasi yang ingin dilaksanakan akan menggunakan strategi pembelajaran


yang menggunakan pengintegrasian teknologi maklumat komunikasi (TMK).
Pengintegrasian TMK ini merupakan satu pembelajaran yang moden dan lebih ke
arah ke abad ke 21 seiring dengan perkembangan gajet dan teknologi pada hari ini.
Pembelajaran yang menggunakan TMK ini merupakan pembelajaran yang berlaku
secara langsung dan merentasi masa murid-murid. Mereka boleh melakukan sendiri
pembelajaran tanpa merujuk guru apabila berada di luar kawasan sekolah di mana
mereka hanya perlu mengaksesnya dengan internet dan gajet. Pembelajaran melalui
hasil inovasi ini dapat memberikan murid pengalaman sebenar terhadap konteks
pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah yang menjangkaui tempoh masa
tidak kira masa depan mahupun masa lampau sebagai contoh penggunaan video
yang merakamkan sebuah suasana yang berlaku.

Dalam pada itu, inovasi ini juga menekankan pembelajaran berpusatkan


murid. Ini kerana murid sendiri perlu mengakses bahan yang disediakan. Bahan ini
boleh dilaksanakan secara individu mahupun berkumpulan. Ianya boleh diubahsuai
selaras dengan kebolehan dan keperluan murid. Penggunakan Digital History ini
akan membawa kepada satu persekitaran dalam bilik darjah yang kondusif serta
proses PdPc yang menarik dan memberangsangkan minat murid untuk mengikuti
proses PdPc dengan baik. Pada masa yang sama, ianya juga boleh berpusatkan
kepada guru jika guru ingin mengawal penggunaannya bergantung kepada keadaan
dan keperluan murid.

Anda mungkin juga menyukai