Anda di halaman 1dari 6

Kebanyakan orang Kadazandusun Penampang dan Papar menganggap

perkataan Dusun mengandungi konotasi yang negatif iaitu "orang mundur" "kasar",
"orang kampung" dan "primitif', manakala istilah Kadazan itu mengandungi makna
"keagungan", "seman gat yang baik", "moden" dan "berpendidikan".19 Walaupun
pemerintah dengan rasminya menerima penggunaan perkataan Kadazan sebagai salah
satu kategori kumpulan etnik bumiputera Sabah pada tahun 1963, masih ramai
masyarakat Dusun dari pedalaman seperti pemimpin orang Dusun Keningau iaitu
G.S.Sundang dan O.K. Sed oman dan Datu Indan Kari yang enggan menerima pakai
istilah itu. Pertikaian mengenai penggunaan kedua-dua nama ini telah membawa
kepada kumpulan yang menentang penggunaan nama Kadazan menubuhkan parti
United National Pasok Momogun (Pas ok Momogun) pimpinan G. S. Sundang.
Kontroversi penggunaan istilah ini berlarutan hingga tahun 1990-an. Sebagai jalan
penyelesaian akhirnya kedua-dua pihak bersetuju menggabungkan kedua-dua
perkataan itu menjadi Kadazandusun dan diterima pakai secara rasmi pad a tahun
1998.20
Pasok Momogun dibentuk oleh G.S. Sundang bersaudara pad a bulan Jun
1962. Selain daripada faktor ketidaksetujuannya dengan Donald Stephens tentang
dasar parti UNKO dan istilah Kadazan, tindakan Sundang menubuhkan Pasok
Momogun ada kaitannya dengan peranan peniaga Cina yang berasa cemas tentang
UNKO ditubuhkan dengan tujuan untuk menyatukan dan mengeratkan perhubungan
dalam kalangan masyarakat Kadazandusun supaya mereka dapat memperjuangkan satu
cita-cita dan matlamat dalam politik, ekonomi dan sosial, di samping menggesa penjajah
British tidak mengabaikan hak-hak bumiputera Sabah khususnya masyarakat mereka.
Pada awal pembentukannya, UNKO mendapat sokongan besar daripada kalangan orang
Kadazandusun dari Penampang dan Papar. Keahliannya terbuka kepada orang
Kadazandusun sahaja. Akan tetapi, kemunculan USNO yang membuka keanggotaannya
kepada semua masyarakat bumiputera Sabah telah menyebabkan dasar keahlian UNKO
tergugat kerana ramai bumiputera Dusun yang tidak bersetuju dengan penggunaan
perkataan Kadazan telah menyertai USNO. Golongan orang Dusun ini khuatir tentang
kedudukan mereka yang kurang maju dari segi pendidikan dan ekonomi akan mudah
didominasi oleh orang Kadazan Penampang yang jauh lebih maju dalam aspek
pendidikan dan ekonomi.

Kebanyakan orang Kadazandusun Penampang dan Papar menganggap perkataan Dusun


mengandungi konotasi yang negatif iaitu "orang mundur" "kasar", "orang kampung" dan
"primitif', manakala istilah Kadazan itu mengandungi makna "keagungan", "seman gat
yang baik", "moden" dan "berpendidikan".19 Walaupun pemerintah dengan rasminya
menerima penggunaan perkataan Kadazan sebagai salah satu kategori kumpulan etnik
bumiputera Sabah pada tahun 1963, masih ramai masyarakat Dusun dari pedalaman
seperti pemimpin orang Dusun Keningau iaitu G.S.Sundang dan O.K. Sed oman dan
Datu Indan Kari yang enggan menerima pakai istilah itu. Pertikaian mengenai
penggunaan kedua-dua nama ini telah membawa kepada kumpulan yang menentang
penggunaan nama Kadazan menubuhkan parti United National Pasok Momogun (Pas ok
Momogun) pimpinan G. S. Sundang. Kontroversi penggunaan istilah ini berlarutan
hingga tahun 1990-an. Sebagai jalan penyelesaian akhirnya kedua-dua pihak bersetuju
menggabungkan kedua-dua perkataan itu menjadi Kadazandusun dan diterima pakai
secara rasmi pad a tahun 1998.20

Pasok Momogun dibentuk oleh G.S. Sundang bersaudara pad a bulan Jun 1962. Selain
daripada faktor ketidaksetujuannya dengan Donald Stephens tentang dasar parti UNKO
dan istilah Kadazan, tindakan Sundang menubuhkan Pasok Momogun ada kaitannya
dengan peranan peniaga Cina yang berasa cemas tentang kemungkinan gagasan Malaysia
berjaya diwujudkan. Orang-orang Cina terutamanya golongan peniaga berasa khuatir
penyertaan Sabah dalam Malaysia akan memberi kuasa politik ke tangan anak negeri.
Oleh itu, mereka beranggapan Kerajaan Malaysia yang baharu ilu tidak akan bersimpati
dengan golongan mereka yang selama ini mendapat simpati dan perlindungan daripada
penjajah British. Oleh sebab pada ketika itu masyarakat Cina belum bersedia
menubuhkan parti politik mereka sendiri, maka mereka perlu menyokong us aha
pembentukan sebuah parti politik pimpinan anak negeri yang bersifat berbilang kaum dan
antipenubuhan Malaysia. Parti ini mendapat sokongan dan bantuan kewangan daripada
dua orang saud agar Cina yang kaya dan terkenal iaitu Peter Chin Khoo Siak Chiew.

Pasok Momogun ditubuhkan dengan tujuan untuk memperbaiki taraf ekonomi, pertanian
dan pendidikan peribumi. Keahlian dibuka kepada semua kaum dan parti akan
bekerjasama dengan UNKO. GS. Sundang dilantik sebagai presiden parti dan Sedoman
sebagai timbalannya. Kedua-dua pemimpin ini sangat berpengaruh dalam kalangan
peribumi di pedalaman. Apabila pemimpin-pemimpin Cina telah mencapai kata sepakat
menubuhkan parti politik mereka sendiri menerusi kelahiran United Party dan
Democratic Party, Pasok Momogun kehilangan sokongan moral dan kewangan daripada
orang Cina. Tambahan pula, pemimpin-pemimpin Cina kini sudah boleh duduk semeja
berunding dengan pemimpin-pemimpin UPKO dan USNO bagi menghadapi sebarang
kemungkinan menjelang penubuhan Malaysia. Akibatnya, pemimpin-pemimpin Pasok
Momogun tidak ada pilihan lain selain turut serta menyokong penubuhan Malaysia dan
menandatangani perjanjian di London pada bulan Julai 1963. Pasok Momogun akhimya
bergabung dengan UNKO bagi melahirkan parti United Pasok Momogun Kadazan
Organization (UPKO).

Sementara itu, USNO lahir pada bulan Disember 1961 hasil gabungan beberapa buah
persatuan sosiobudaya dan agama khususnya persatuan-persatuan Islam seperti Persatuan
Islam Putat dan Persatuan Islam Sabah. Kemunculan USNO adalah hasil daya usaha Datu
Mustapha Datu Harun dan pemimpin-pemimpin Islam yang telah lama bergerak dalam
persatuan-persatuan sosiopolitik dan sosiobudaya di Sabah. Antara tokoh yang terbilang
itu ialah Haji Zakaria Gunn, Ahmad Mahmud, Hj. Yusuf Shamsudin, Parman Hasan Raji,
Hj. Arimn dan Abdul Malik Jangkit. USNO diterajui Datu Mustapha Datu Harun dan
membuka keahliannya kepada semua golongan bumiputera Sabah. Dengan cogan kata
parti 'Bersatu, Bersedia dan Berkhidmat', USNO memperjuangkan hak semua penduduk
bumiputera Sabah, biarpun dalam tindak-tanduknya lebih menekankan kepentingan
bumiputera Islam. Penekanan parti yang demikian ini membezakan perjuangan USNO
dengan UNKO yang lebih mengutamakan bumiputera bukan Islam. Perbezaan penekanan
inilah yang antara lain menjadi punca pertikaian di antara pemimpin USNO dengan
UNKO.

Pembangunan Politilc Saban

USNO sejak awalnya menyokong gagasan Malaysia kerana berpendapat persekutuan


yang bakal dibentuk itu akan dapat memperjuangkan kepentingan hak peribumi terutama
sekali peribumi Islam yang selama ini diabaikan oleh penjajah British manakala pend
irian UNKO pada awalnya adalah menentang gagasan Malaysia kerana beranggapan
penggabungan Sabah dalam Malaysia akan membawa kepada orang Melayu dan
bumiputera Islam terutamanya Melayu Malaya ke atas bumiputera Sabah. Di samping itu,
merekajuga beranggapan kemerdekaan melalui penyertaan dalam Malaysia secara
'mendadak' itu akan memberi ruang kepada orang Cina menguasai bidang ekonomi dan
pendidikan. Mereka lebih senang melihat ketiga-tiga tanah jajahan British Borneo itu
digabungkan dan diberi pemerintahan sendiri terlebih dahulu. Akan tetapi, selepas
beberapa bulan berlalu Donald Stephens dan pemimpin-pemimpin UNKO yang lain
mengubah pend irian dari menentang kepada menyokong gagasan Malaysia

Faktor utama yang mempengaruhi perubahan itu ialah peranan Kerajaan British dan
pegawai-pegawai kanannya terutama di Sabah dan Sarawak yang berusaha keras bagi
memastikan gagasan Malaysia itu menjadi satu kenyataan. Beberapa langkah diatur bagi
memberi peluang yang secukupnya untuk pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak
mengambil bahagian dalam semua mesyuarat yang berkaitan dengan penubuhan
Malaysia. Dari menyertai mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel kepada mesyuarat-
mesyuarat Jawatankuasa Perpaduan Malaysia sehinggalah kepada Jawatankuasa Antara
Kerajaaan.

Melalui penyertaan dan keahlian dalam jawatankuasa-jawatankuasa itu, pemimpin-


pemimpin daripada parti-parti politik Sabah dapat memahami dengan jelas tentang
gagasan Malaysia. Tambahan pula, tuntutan mereka dalam 20 Perkara Sabah telah
diambil kira dan dibahaskan dengan serius dalam mesyuarat lawatankuasa Antara
Kerajaan dan sebahagian besar dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia. Setelah
wujudnya titik persefahaman dan permuafakatan di antara pemimpin-pemimpin parti-
parti terse but maka soal kerjasama di antara parti-parti politik itu tidak mendatangkan
masalah. Lebih-Iebih lagi pada waktu itu parti politik orang Cina, Chinese United Party
dan Democratic Party berjaya digabungkan bagi melahirkan Sabah National Party
(SANAP). SANAP kemudiannya bergabung dengan persatuan-persatuan kecil lain iaitu
Sabah Chinese Association bagi mewujudkan parti politik tunggal orang Cina dengan
nama yang sama iaitu Sabah Chinese Association (SCA) pada bulan Mac 1965.21

Seterusnya, kerjasama dan permuafakatan yang dicapai di antara parti-parti politik Sabah
akhirnya melahirkan Parti Perikatan Sabah pada bulan September 1962. Walau
bagaimanapun, perbezaan asas dan pandangan politik parti komponen Perikatan Sabah
itu terus wujud. Pertelingkahan akibat perbezaan pendapat dan kepentingan begitu jelas
berlaku antara UPKO dan USNO. Bagaimanapun, kepentingan kemerdekaan Sabah,
ancaman tuntutan Filipina ke atas Sabah dan konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia
telah menyebabkan parti-parti itu dapat bekerjasama dan melupakan buat sementara
penentangan asas mereka. Oleh itu, dalam pilihan raya Majlis Daerah dan Majlis
Perbandaran pada bulan Disember 1962 hingga Mei 1963, dapat disaksikan unsur-unsur
perkauman dan keetnikan memainkan peranan penting bagi menentukan kemenangan
seseorang calon. Keputusan pilihan raya menunjukkan bahawa setiap parti mendapat
sokongan majoriti daripada kumpulan etnik calon dan parti yang mempe~uangkan etnik
sendirL Sebagai contoh calon parti USNO di pantai barat dan pantai timur mendapat
sokongan daripada majoriti masyarakat bumiputera Islam. Kebanyakan orang Cina di
bandar-bandar menyokong calon SANAP, manakala calon parti UNKO dan Pasok
Momogun di pantai barat dan pedalaman mendapat sokongan besar daripada etnik
Kadazadusun dan Murut. Daripada 137 kerusi yang dipertandingkan USNO mendapat 53
kerusi, UNKO 39, Pasok Momogun 12, SANAP 27 dan Bebas 6 kerusLu Keputusan
pilihan raya menunjukkan tidak ada satu parti yang mendapat kemenangan besar
sehingga boleh menguasai Majlis Daerah dan Perbandaran secara bersendirian.

Anda mungkin juga menyukai