Anda di halaman 1dari 25

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN KEUPAYAAN

PELAJAR MENGINGATI FAKTA DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH BAGI PELAJAR


TINGKATAN EMPAT

MOHAMAD FARHAN BIN JAMLI

ABSTRAK

Kajian tindakan ini membincangkan mengenai keberkesanan penggunaan Peta Minda dalam
meningkatkan keupayaan pelajar mengingati fakta-fakta dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 4.
Bersesuaian dengan tajuk penulisan kajian ini sebuah kajian tindakan dilakukan bagi mengupas
mengenai beberapa persoalan kajian Sejauh mana penggunaan peta minda dapat meningkatkan
keupayaan pelajar Tingkatan Empat bagi mengingati dan menghafal fakta bagi mata pelajaran Sejarah.
Selain itu, kajian tindakan ini akan menjelaskan mengenai apakah persepsi para pelajar Tingkatan
empat terhadap penggunaan Peta Minda dalam mata Pelajaran Sejarah? Kajian tindakan ini akan
memberikan fokus kepada keberkesanan penggunaan peta minda terhadap keupayaan para pelajar
tingkatan 4 dalam mengingati fakta di Maktab Rendah Sains MARA Lenggong dalam subjek Sejarah.
Sebagai mana diketahui umum pendekatan pembelajaran dan pengajaran rakan sebaya ini satu
pendekatan yang mana sesi pengajaran dan pembelajaran dikendalikan oleh pelajar sendiri namun
diawasi oleh guru. Tujuan kaedah ini adalah untuk membantu pembelajaran seorang pelajar melalui
bantuan seorang pelajar yang lain. Kajian tindakan ini merujuk kepada beberapa penulisan sarjana
dalam mewacanakan keberkesanan kaedah pembelajaran dan pengajaran rakan sebaya terhadap
beberapa mata pelajaran serta kajian ini dilihat mampu memberi nafas baharu kepada pengkaji-
pengkaji yang lain bagi mengupas dengan lebih lanjut.

Kata Kunci: Sejarah, Pendekatan penggunaan Peta Minda MRSM Lenggong

1
1.0 PENDAHULUAN

Mata Pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran teras dalam Kurikulum Berpandukan Sekolah Menengah
(KBSM) yang wajib dipelajari oleh semua murid secara berterusan selama lima tahun. Tahun 2003
merupakan tahun terakhir penggunaan kurikulum lama Sejarah. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)
telah menyemak semula kurikulum Sejarah dan berusaha meningkatkan lagi keberkesanan mata
pelajaran ini sesuai dengan kehendak semasa. Proses pengajaran dan pembelajaran sejarah seharusnya
menjadi sesuatu yang hidup dan boleh menarik minat murid terhadap mata pelajaran tersebut (KBSM,
2000) bertujuan memantapkan Akta Pendidikan 1996, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan menyediakan warga Malaysia untuk menghadapi cabaran pendidikan pada abad
ke-21. Kurikulum Sejarah KBSM pada umumnya menitikberatkan Sejarah dan kepentingan negara
mengikut acuan Malaysia.

Bermula pada tahun 2013, kerajaan mewajibkan pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) supaya lulus dalam mata pelajaran Sejarah sama seperti mata pelajaran Bahasa Melayu.
Sementara itu, mata pelajaran Sejarah juga akan dijadikan subjek teras dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) bermula pada tahun yang sama. Justeru itu, mata pelajaran Sejarah memainkan
peranan yang sangat penting dalam merealisasikan hasrat dan inspirasi negara khususnya dalam
pembentukan masyarakat yang seimbang dan harmonis dari segi JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan
Intelek) di samping mempunyai kuasa fikir yang tinggi, patriotik dan dapat mengimbangi antara nilai-
nilai material dengan nilai-nilai kerohanian dan kemanusiaan. Oleh itu, bagi memenuhi matlamat
pengajaran mata pelajaran Sejarah, strategi pengajaran dan pembelajaran perlu dikemas kini bagi
menambahkan pemahaman sejarah dan memperluaskan idea sejarah dalam kalangan pelajar.

Pendidikan Sejarah juga penting dalam usaha melahirkan warganegara yang setia dan cintakan
negara. Oleh yang demikian, pelajar perlu diberikan pemahaman yang mendalam tentang proses
perkembangan masyarakat dan negara. Kesedaran yang mendalam tentang sejarah penting kerana pada
masa kini negara kita melalui pelbagai cabaran serta kejayaan, dan hanya melalui mata pelajaran Sejarah
2
kita dapat mewujudkan kebanggaan dan keperibadian bangsa Malaysia (Abdul Shukor, 1998). Oleh
sebab itu, mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting dalam memberikan penekanan kepada
unsur kesinambungan dan perubahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat dan negara.

Selain itu, strategi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah yang menarik juga akan
memperkaya perolehan bahan sejarah dan meningkatkan kemampuan intelektualisme dalam kalangan
pelajar dan tenaga pengajar yang terlibat. Mata pelajaran Sejarah adalah penting dalam proses memupuk
semangat kewarganegaraan di kalangan rakyat Malaysia. Selain daripada itu, mata pelajaran ini dapat
membangunkan kemahiran pendidikan dalam ruang yang lebih luas dan bukan setakat sebagai bahan
pembacaan sahaja (Nichol, 1984).

Terdapat banyak sepuluh bab dalam sukatan mata pelajaran Sejarah tingkatan 4 yang
dibahagikan kepada tiga tema iaitu Tamadun awal manusia, Tamadun Islam dan perkembangannya serta
Perkembangan di Eropah dan kesannya terhadap Ekonomi Negara. Susunan kurikulum bagi mata
pelajaran Sejarah adalah saling berhubungan dari satu tema ke tema yang lain. Pada peringkat ini
pelajar-pelajar dapat melihat sejarah tanah air daripada kaca mata budaya negara sendiri, kaca mata
budaya Barat dan kaca mata budaya Timur . Pada tahap ini sukatan mata pelajaran Sejarah lebih
berfokus pada pemahaman yang menyeluruh dan memberi gambaran jelas tentang sejarah negara. Oleh
itu, sejarah lebih berbentuk rentetan peristiwa yang membincangkan tentang aspek kehidupan
masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial yang memerlukan satu teknik pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan dalam menguasainya.

1.1 Latar Belakang Kajian

Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002)
mencadangkan agar pengajaran guru memberi tumpuan kepada pemahaman dan penghayatan sejarah
3
perkembangan bangsa dan negara serta peradaban manusia dalam pelbagai aspek kehidupan. Dalam
Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002)
menyatakan antara objektif pengajaran dan pembelajaran Sejarah KBSM ialah Pelajar dapat.
Menganalisa, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia secara rasional. Namun,
begitu, bagi mencapai hasrat tersebut para pelajar perlu mahir dalam menguasai fakta-fakta dan
peristiwa sejarah yang di bincangkan secara mendalam dalam sukatan mata pelajaran sejarah tingkatan
empat.

Walau bagaimanapun, menerusi pemerhatian, dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Sejarah,
masalah mengingat fakta dan menghuraikan fakta sememangnya merupakan satu perkara yang agak
umum bagi pelajar, khususnya bagi pelajar-pelajar tingkatan 4. Mereka sering memberi alasan “lupa”
atau “terlalu banyak untuk diingati”. Namun demikian, setelah di perhati dan diperhalusi didapati
masalah mengingat fakta dalam mata pelajaran Sejarah ini berlaku akibat dari cara pelajar menghafal
fakta tanpa memahami konsep dan kronologi peristiwa yang berlaku. Mata pelajaran sejarah
merangkumi banyak idea yang abstrak serta konsep yang kadangkala sukar difahami oleh pelajar.
Konsep ini amat penting untuk mencorakkan daya pemikiran dan membentuk daya intelektual pelajar.
Namun, pelajar tidak akan memahami sesuatu konsep jika tidak mengetahui maksud atau makna
perkataan tertentu. Fakta mempunyai kaitan dengan konsep kerana fakta merupakan maklumat atau data
yang membantu membentuk, membina dan mengembangkan sesuatu konsep (Abdul Rahim 2000).

Kegagalan mereka mengingati dan menguasai fakta dan peristiwa sejarah telah menyebabkan
pelajar tidak meminati subjek Sejarah dan perkara ini kemudiannya menimbulkan satu persepsi negatif
dengan menganggap subjek sejarah sebagai membosankan, sukar difahami, tiada kaitan dengan hidup
mereka secara langsung dan ini kemudiannya menyebabkan pengajaran dan pembelajaran Sejarah
menjadi pasif. Pelajar juga mentafsir Mata pelajaran sejarah dianggap sebagai sebuah mata pelajaran
yang membosankan, tidak memberi manfaat dan sekadar membuang waktu sahaja. Pandangan para
pelajar ini pernah dinyatakan oleh seorang sejarawan iaitu, Anhar Gonggong dengan menyatakan
bahawa “sejarah dipandang sebahagian orang sebagai masa lampau, lalu dianggap mata pelajaran
yang membuang-buang waktu.” (Anhar Gonggong, 2002). Hal ini turut disokong oleh Santhiram dengan
menyatakan bahawa terdapat tanggapan bahawa mata pelajaran sejarah adalah satu ulangan peristiwa
yang membosankan dan tidak merangsang minda untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah semasa
(Santhiram, 1978).

4
Kajian lepas mendapati bahawa isi pengajaran dan pembelajaran yang dipenuhi dengan fakta dan
jalan cerita yang meliputi pelbagai kronologi telah menyukarkan pelajar untuk memahami dan meminati
mata pelajaran Sejarah (Khairuddin 2011). Kesukaran pelajar untuk mengingati dan memahami konsep
fakta Sejarah ialah berpunca daripada teknik pengajaran mata pelajaran Sejarah yang salah dalam
kalangan pelajar, iaitu hanya menghafal dan membaca fakta. Hal ini menjadikan pengajaran Sejarah di
sekolah membosankan dan tidak berkualiti (Mohamad Sultan 2000). Keadaan menjadi lebih bermasalah
apabila guru Sejarah yang lebih banyak diorientasikan oleh keperluan peperiksaan dan menghabiskan
sukatan pelajaran serta gagal dalam menggunakan bahan sejarah dengan cara yang lebih kreatif dan
teknik pengajaran yang membosankan. Lantaran itu, guru perlu mengambil inisiatif memperbagaikan
kaedah pedagogi dan teknik pengajaran yang lebih menarik untuk memudahkan pemahaman pelajar
dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah (Nurliah 2008).

Justeru itu, Salah satu pendekatan yang didapati berkesan untuk membantu kefahaman pelajar
dalam pembelajaran Sejarah adalah menerusi penggunaan peta minda (Novak & Govin 1984). Hal ini
demikian kerana peta minda yang digunakan secara secara kritis, mampu melahirkan perkaitan antara
satu peristiwa dengan peristiwa yang lain, mencari bukti, membuat interpretasi, membuat pertimbangan,
ramalan dan imaginasi. Menurut Buzan, manusia akan mudah mengingati sesuatu yang menarik untuk
dipandang dan tulisan atau gambar ringkas yang mengandungi maklumat yang boleh disimpan dalam
minda manusia. Hal ini menunjukkan selain dari memahami apa yang dipelajari, proses untuk mengingat
semula juga adalah penting untuk pelajar melihat kembali maklumat yang telah disimpan tadi. (Buzan,
2002). Hal ini turut disokong oleh Goodnough dan Long, dengan melihat peta minda sebagai
pendekatan yang menarik dan memberi motivasi kepada sesuatu pelajaran yang menyeronokkan.
(Goodnough dan Long, 2002). Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran sebegini dapat mengembang dan
meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif para pelajar.

1.2 Penyataan Masalah

5
Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran saya sering kali mengemukakan soalan bagi
memastikan pelajar faham isi pelajaran pada hari tersebut. Namun demikian ada sebahagian pelajar yang
tidak boleh mengingati fakta-fakta penting yang telah disampaikan. Jawapan yang sering saya terima
ialah “saya lupa, cikgu”. Situasi ini amat merunsingkan saya kerana subjek Sejarah memerlukan pelajar
mengingati fakta-fakta penting bagi membolehkan mereka menjawab soalan dalam ujian atau
peperiksaan. Ini dapat dilihat dalam ujian yang diberikan, ramai kalangan pelajar yang memberikan
alasan mereka lupa walaupun mereka telah membaca topik tersebut.

Setelah mendalami permasalahan pelajar, saya mendapati mereka juga tidak mempunyai nota

ringkas atau catatan bagi membolehkan mereka mengingati fakta-fakta yang disampaikan, dan jika ada

sekalipun ia lebih kepada menyalin semula dari buku teks tanpa memahami isi kandungannya. Maka

tidak hairanlah sekiranya pelajar-pelajar saya, hanya bergantung pada daya ingatan mereka yang cukup

terbatas dan sering menghadapi gangguan‘lupa’. Senario ini dilihat sangat bertepatan dengan pendapat

Lee Shok Mee (1997), tanpa kebolehan mengingat, segala yang dipelajari menjadi sia-sia sahaja. Dari

segi peperiksaan pula kebolehan mengingat menjadi asas ukuran untuk menentukan sejauh mana

seseorang murid telah mencapai pembelajaran. Oleh itu kegagalan mengingat fakta atau prinsip sudah

tentu akan menjejaskan prestasi calon. Justeru itu, calon tersebut dianggap telah gagal dalam

pembelajaran.

Oleh itu kajian yang dilakukan ini dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam

subjek ini. Salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang akan dilakukan adalah penggunaan

Peta Minda. Begitu juga dengan kesukaran pelajar untuk memahami kemahiran mengingat dan

menghafal fakta-fakta penting. Perkara ini memerlukan pelbagai usaha dan penambaikkan yang sesuai

dilaksanakan untuk mengatasi atau mengurangkan masalah tersebut. Pendekatan pengajaran dan

pembelajaran menggunakan peta minda adalah berbeza dengan pengajaran secara tradisional. Oleh itu

kajian akan membuktikan bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan peta minda

6
dalam mata pelajaran Sejarah mampu meningkatkan tahap penguasaan mereka memahami, mengingati

dan menghafal fakta-fakta dalam mata pelajaran ini

1.3 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh peningkatan pencapaian mata pelajaran sejarah
terutamanya dalam tajuk Perkembangan di Eropah untuk pelajar Tingkatan Empat. Harapan pengkaji
dengan adanya kajian sebegini akan dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam menjawab
soalan berteraskan fakta dengan baik dan berkesan serta dapat dijadikan rujukan berguna kepada
pengkaji di masa akan datang. Selain itu, kajian ini dapat dijadikan sebagai satu pendekatan untuk
memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru
menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri dan menjadi lebih kritis tentang amalan dan bersedia
untuk mengubahnya. Selanjutnya, kajian ini dapat memberikan impak kepada satu amalan sosial yang
dilihat sebagai satu tindakan yang paling strategik yang sentiasa boleh diaplikasikan. Tambahan lagi,
kajian ini dapat mengetahui minat pelajar dengan pendekatan yang sesuai dengan kemampuan dan
kebolehan pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ditulis adalah bertujuan meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
sejarah terutama para pelajar tingkatan empat dalam menjawab soalan-soalan yang melibatkan fakta-
fakta penting. Selain itu, penulisan kajian bertujuan meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari
fakta-fakta penting yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran sejarah tingkatan empat seperti tajuk
sejarah perkembangan Eropah yang memerlukan para pelajar memahami, mengingati dan menghafal
fakta-fakta penting seperti tarikh, nama tokoh, peristiwa, sumbangan dan lain-lain lagi. Objektif lain
yang bakal dirungkaikan dalam penulisan kajian tindakan ini seperti menilai sejauh manakah
penggunaan peta minda dapat meningkatkan kebolehan pelajar dalam menjelaskan fakta secara jelas dan
difahami terutama ketika menjawab soalan berbentuk objektif dan esei.

1.5 Persoalan Kajian


7
Persoalan kajian yang bakal dihuraikan dalam penulisan kajian tindakan ini adalah seperti berikut:

(i) Apakah tahap kefahaman pelajar terhadap sukatan mata pelajaran sejarah sebelum
menggunakan peta minda?
(ii) Sejauh mana penggunaan peta minda dapat meningkatkan keupayaan pelajar Tingkatan
Empat bagi mengingati dan menghafal fakta bagi mata pelajaran Sejarah.
(iii) Apakah persepsi para pelajar Tingkatan empat terhadap penggunaan Peta Minda dalam mata
Pelajaran Sejarah?

1.6 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini diharap dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam pengajaran
dan pembelajaran. Semasa kajian ini dijalankan, berlaku komunikasi pelbagai hala di antara pelajar dan
juga antara guru. Dalam masa yang sama juga, pelbagai aktiviti yang dijalankan akan mewujudkan satu
persekitaran belajar yang seronok dan ceria di dalam kelas. Dapatan kajian ini boleh membantu guru
mendapat satu gambaran jelas tentang keberkesanan peta minda dalam pembelajaran kandungan mata
pelajaran Sejarah. tambahan lagi, hasil kajian ini sedikit sebanyak menjadi pendorong kepada guru mata
pelajaran sejarah terutamanya tingkatan empat untuk beralih kepada kaedah yang lebih berstruktur.

Selain itu, kajian ini juga diharap akan dapat membantu pengetua dan pihak pentadbir sekolah
dalam usaha meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Dapatan kajian ini diharap
akan dapat digunakan oleh pihak sekolah untuk kegunaan semua guru di sekolah. Kajian ini dapat
membantu pihak-pihak yang tertentu seperti Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK) dan Bahagian Pendidikan Menengah MARA dalam usaha memberi pendedahan
kepada guru-guru lain tentang pelbagai pendekatan dan gaya pengajaran terkini selaras dengan
perkembangan dan perubahan pesat dalam dunia pendidikan semasa. Kajian ini juga diharap dapat
membantu Majlis Amanah Rakyat khususnya Bahagian Pendidikan Menengah dan Kementerian
Pedidikan Malaysia (KPM) dalam menggubal kurikulum yang sesuai dan selaras dengan dasar
memperkasakan pendidikan negara seiring arus pembangunan semasa agar mampu bersaing dalam era
globalisasi yang serba mencabar ini.

8
1.7 Skop Kajian

Skop kajian ini akan mengambil pelajar-pelajar Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains MARA
(MRSM) Lenggong, Perak. Pelajar Tingkatan Empat di sekolah ini memiliki 147 orang pelajar pada
tahun 2017. Namun begitu, kajian ini akan memfokuskan kepada satu kelas Tingkatan Empat di sekolah
ini iaitu kelas 4 Patriotik yang berkapasiti 30 orang pelajar. Oleh itu, hasil dapatan kajian ini tidak dapat
digeneralisasikan kepada semua pelajar Tingkatan Empat di sekolah ini. Jumlah pelajar lelaki seramai
12 orang dan pelajar perempuan seramai 18 orang. Skop masa kajian meliputi empat minggu Pengajaran
dan Pembelajaran iaitu bermula 25 September sehingga 20 Oktober 2017 manakala skop tempat lebih
tertumpu di sekolah berasrama penuh milik MARA iaitu MRSM Lenggong, Perak.

2.0 SOROTAN KAJIAN

2.1 Teori-Teori Berkaitan

Kajian ini dijalankan berlandaskan beberapa teori antaranya Teori Pengajaran Kognitif, Teori
pembelajaran bermakna dan Teori Gestalt, dan Teori Konstruktivisme.

Teori Pengajaran Kognitif

Teori Kognitif ialah pembelajaran bergantung pada bagaimana seseorang memikir dan mengamati
sesuatu, maklumat diproses dalam minda, dan pengalaman di susun dan dibezakan dalam pemikiran
persepsi. Jean Piaget mengasaskan teori pembelajaran ini dan menurut beliau manusia memiliki struktur
kognitif dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat dalam ingatan. Maka,
dalam proses pembelajaran kognitif ini melibatkan dua proses mental yang penting iaitu persepsi dan
pembentukan konsep.

Justeru itu, Jerome Brunner mengeluarkan sebuah teori pembelajaran kognitif menerusi
pembentukan konsep. menurut beliau lagi, konsep adalah penting bagi seseorang kerana ia berfungsi
untuk membolehkan kita mengenal pasti, memahami, mempelajari, serta mengingati konsep yang
mudah. Maka, konsep juga berfungsi untuk menyusun maklumat kepada sifat-sifat umum bagi sesuatu

9
kumpulan objek atau idea. Ini dapat memudahkan pengurusan keadaan yang beraneka kepada yang
ringkas lalu menjadikannya lebih mudah untuk difahami, dipelajari, serta diingati (Ayob, 2005). Oleh
hal yang demikian, penggunaan peta minda dilihat bersesuaian dengan apa yang telah diperkatakan oleh
brunner.

Teori pembelajaran kognitif menyatakan juga menganggap minda dan pemikiran itu akan
sentiasa berkembang dan berubah hasil daripada penyerapan dan penyimpanan maklumat-maklumat
baru. Teori ini seterusnya berkembang apabila Gange memperkenalkan tiga peringkat pemprosesan
maklumat, iaitu meliputi daftar deria (sensory register) dalam ingatan aktif, ingatan jangka pendek dan
ingatan jangka panjang (Smith dan kosslyn, 2007). Teori ini menekankan maklumat dalam minda
sentiasa diproses dan diadaptasi apabila terdapat maklumat baru yang diterima dan proses itu dinamakan
proses pembelajaran. Maklumat baru yang digunakan beberapa kali akan menjadi kekal dan disimpan
dalam ingatan jangka masa panjang untuk satu tempoh yang lama. Apabila maklumat tersebut
diperlukan kembali, ia akan diaktifkan semula dan dibawa ke ingatan aktif untuk digunakan kembali.

Teori Pembelajaran Bermakna

Teori Pembelajaran Bermakna (Meaningfull Learning Theory) telah diperkenalkan oleh seorang pakar
psikologi iaitu David Ausuble pada tahun 1978. Teori ini berdasarkan kebolehan pelajar
menghubungkaitkan antara ilmu baru dengan pengetahuan sedia ada (Taricani,2000). Pembelajaran
Bermakna menyediakan pelbagai andaian dan tanggapan berkenaan tumpuan pada perkara yang ingin
disampaikan (Wiske, 1998). Teori ini juga menyatakan pembelajaran secara menghafal tidak dianggap
sebagai sebuah pembelajaran bermakna kerana bahan yang dipelajari tidak mempunyai hubungan
expositori untuk menunjukan bermakna lebih baik daripada pembelajaran secara persepsi. Hal ini kerana
segala maklumat yang dipelajari melalui cara yang lebih bermakna dapat diasimilasikan ke dalam
bentuk kognitif yang sedia ada. Tambah Ausuble lagi, maklumat yang dipelajari melalui cara yang
bermakna lebih berkesan berbanding dengan maklumat secara hafalan. Pandangan ini adalah selaras
dengan pandangan Novak yang menyatakan bahawa pelajar yang menghafal maklumat itu untuk satu
jangka masa yang pendek. Hal ini demikian kerana seseorang pelajar yang pintar hanya mampu
mengingati tujuk perkara sahaja berdasarkan maklumat yang diperoleh.

Kajian yang dilakukan oleh telah membuktikan bahawa pembelajaran bermakna dan berkesan
dapat dilakukan melalui strategi kognitif pengajaran dan pembelajaran menggunakan peta minda (Gowi

10
dan Alvares, 2005). Kenyataan ini disokong menerusi sebuah hasil perbincangan yang bertajuk Concept
Maps: Theory, Methodology, Technology Proc. of the Institute Conference on Concept Mapping yang
telah memperlihatkan bahawa peta minda merupakan alatan untuk pembelajaran bermakna (Antonio,
Clara, dan Freitas da Fonseca, 2004). Pelajar berasa yakin dengan menggunakan peta minda dalam
pengajaran dan pembelajaran dan mampu memberikan pembelajaran bermakna serta memberi
pengetahuan yang tinggi terhadap apa yang diterima semasa belajar berbanding kaedah konvensional.

Teori Gestalt

Penggunaan Peta Minda adalah selari dengan pendapat Teori Gestalt yang menyatakan bahawa setiap
manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun. Menyimpan dan menggunakan
semula pengalaman yang tersimpan untuk membolehkan dia menghubung kait pertalian antara
pengalaman yang tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Hal ini menurut pendukung mahzab Gestalt,
dalam proses pembelajaran, pelajar akan membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Oleh itu, setiap
kali seseorang individu itu belajar, dia akan menyusun segala pengalaman yang dipelajari dan
menyimpan dalam ingatannya.

Teori Konstruktivisme

Teori Konstruktivisme menekankan pembinaan pengetahuan para pelajar. Teori menekankan pembinaan
kefahaman mereka sendiri dalam satu topik yang dipelajari berbanding mendapatkan kefahaman yang
dipindahkan kepada mereka menerusi sumber-sumber lain. Tambahan lagi, ia turut memberikan
penekanan terhadap kepada pelajar supaya lebih aktif mengaitkan pengetahuan baru dengan
pengetahuan yang sedia ada dalam minda mereka serta mengaplikasi pengalaman sedia ada mereka
fahami kepada pelbagai situasi (Shahabuddin & Rozahini, 2004).

Salah satu teori yang terkenal dalam mazhab konstruktivisme ini adalah Zon perkembangan proksimal
yang telah diperkenalkan oleh seorang ahli psikologi Russia iaitu Lev Vygotsky. Beliau berpendapat
bahawa, kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh pelajar boleh dijayakan dengan bantuan dan
bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir. Dalam zon perkembangan
proksimal, terdapat had atas dan had bawah. Had atas ialah kemahiran yang boleh dicapai menerusi
bantuan individu yang lebih mahir manakala had bawah pula bermaksud kemahiran yang telah dicapai

11
sendiri oleh mereka. Oleh hal yang demikian, Vygotsky telah memperkenalkan pula konsep perancah
(scaffolding) yang bermaksud pengubahsuaian tahap Sokongan yang diberikan berkait rapat dengan zon
perkembangan proksimal. Peta minda merupakan antara bentuk scaffolding dalam memberi makna
dalam sesuatu pembelajaran sesuai dengan tahap kefahaman para pelajar tersebut.

Teori Pembelajaran Berasaskan Minda

Teori ini menceritakan bahawa proses pembelajaran berkait rapat dengan struktur perkembangan otak.
Teori ini menyarankan agar proses pembelajaran dilaksanakan berdasarkan cara otak berfikir dan
berfungsi (Ayob, 2005). Fungsi otak secara semula jadi adalah menyimpan segala pengetahuan dan
pengalaman pembelajaran yang pernah berlaku pada seseorang pelajar. Secara ringkasnya, otak kiri
menjalankan proses pembelajaran bersifat objektif dan akademik, manakala otak kanan pula
menekankan pembelajaran bersfat holistik, subjektif. Estetik, kreatif dan berbentuk naluri semula jadi
(Porter dan Hernacki, 1992).

Namun demikian, manusia mempunyai kencendurangan untuk tertumpu menggunakan otak


kanan atau otak kiri sahaja tetapi kedua-dua bahagian otak ini terlibat secara langsung dalam corak
pemikiran seseorang (Pritchard, 2009). Penggabungan fungsi otak kiri dan kanan akan melahirkan
pemikiran yang kreatif dan bijaksana. Menurut Buzan (2003), pembinaan peta minda akan
menggunakan keseluruhan kebolehan otak secara maksimum. Fungsi otak ini secara tidak langsung
akan memberikan kesan kepada cara seseorang itu untuk belajar.

2.1 Tinjauan Kajian Lepas

Kajian lepas menunjukkan penggunaan kaedah visualisasi amat penting dalam membantu para pelajar
menguasai konsep dan isi pelajaran. Misalnya, kajian oleh Rusilah, ashiqin, Isamudin dan Arba”iah
(2005) mendapati keputusan Ujian 1 yang telah dijalankan memperoleh keputusan yang kurang
memberangsangkan. Oleh itu, mereka telah memperkenalkan penggunaan peta minda bagi
meningkatkan pemahaman terhadap konsep matematik serta membantu mereka dalam menjawab soalan
matematik dalam ujian seterusnya. keputusan ujian mendapati terdapat peningkatan ketara dalam ujian
kedua yang telah dijalankan

Seterusnya dapat dilihat pula menerusi kajian yang telah dilakukan oleh Noor Razifah (2013).
Kajiannya menunjukkan pencapaian berbeza antara kumpulan pelajar yang menggunakan peta minda
12
dan kumpulan pelajar yang menggunakan kaedah tradisional. Kajian beliau juga menguji persepsi para
pelajar terhadap penggunaan Peta Minda. Mereka ingin belajar, suka mengikuti pelajaran sains, dan
merasakan sains merupakan sebuah subjek yang menyeronokkan. Dapatan kajian beliau menunjukkan
kesediaan pelajar menggunakan peta minda dalam mempelajari mata pelajaran sains memberi lebih
keyakinan di samping mampu memanipulasi peta minda dalam mengulang kaji subjek lain.

Selain itu, Sarina Mohd Nor dalam tesisnya yang bertajuk kesan penggunaan Peta Minda Dalam
Karangan Respon Terbuka Terhadap Pencapaian Pelajar Tingkatan Satu mendapati bahawa menerusi
penggunaan peta minda, telah membantu pelajar dalam mengembangkan idea dari aspek penulisan
karangan. Setelah diberikan pendedahan tentang penggunaan peta minda, pelajar mula aktif terlibat
secara langsung semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini telah membuktikan bahawa melalui
peta minda dapat membantu para pelajar dalam menjana idea-idea baru di samping tidak mengetepikan
pengetahuan sedia ada.

Wahidah (2011) melakukan kajian yang menggunakan keberkesanan sesuatu eksperimen di


mana ujian pra dan pasca dilakukan ke atas kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Sampel adalah
terdiri daripada 30 orang pelajar kumpulan rawatan dan 30 orang pelajar dari kumpulan kawalan.
Kumpulan rawatan diajar menggunakan peta minda manakala kumpulan kawalan diajar menggunakan
kaedah pembelajaran berasaskan masalah sahaja. Hasil dapatan beliau menunjukkan kumpulan rawatan
menujukkan pencapaian yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Hal ini menunjukkan
penggunaan peta minda telah meningkatkan prestasi pencapaian pelajar.

Seterusnya, berpandukan kepada hasil dapatan kajian oleh Hasmalina dan Hazwin yang bertajuk
meningkatkan Pemahaman dan suasana Pembelajaran Bagi Subjek Biologi Tingkatan Empat
Menggunakan Kaedah Peta Minda Secara Berkumpulan. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan peta
minda secara berkumpulan telah membantu dalam meningkatkan prestasi para pelajar tingkatan Empat
dalam mata Pelajaran Biologi. Pengkaji telah menggunakan variasi kaedah dalam pengajaran dan
pembelajaran sebelum melaksanakan penggunaan peta minda. Namun, setelah penggunaan peta minda,
ia telah menimbulkan minat dan memudahkan para pelajar untuk memahami fakta dan konsep yang
ditekankan dalam Biologi.

Oleh hal yang demikian, menerusi kajian lepas yang telah dijalankan oleh para pengkaji, semua
hasil dapatan menunjukkan penggunaan peta minda adalah baik dan sesuai. Hal ini kerana menerusi
persembahan grafik, pelajar mampu untuk mengaitkan satu maklumat ke maklumat yang lain dan
memudahkan proses asimilasi pembelajaran berlaku. Lantaran lakaran grafik merupakan struktur
13
pengetahuan yang jelas, para pelajar dapat menghuraikan pengalaman dan pengetahuan mereka dengan
lebih jelas dan tepat.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah gabungan (mixed-method research design) yang melibatkan tiga
pusingan (three cycle) kajian. Pusingan kajian pertama melibatkan kajian terhadap ujian pra dan pasca
untuk meninjau tahap kefahaman awal pelajar tanpa menggunakan peta minda. Pusingan kedua pula
akan diadakan ujian selepas menggunakan peta minda. Pusingan ketiga pula merupakan tinjauan
menggunakan satu set borang soal selidik yang mengandungi dua bahagian, iaitu demografi pelajar dan
sikap terhadap peta minda pembelajaran mata pelajaran Sejarah Tambahan lagi, dalam pusingan ketiga
juga akan di adakan Temu bual individu terhadap lima orang pelajar. Data kuantitif dianalisis dengan
memfokuskan kepada statistik deskriptif seperti peratusan dan kekerapan. Data temu bual dianalisis
secara manual oleh kedua-dua penyelidik. Fokus temu bual adalah kepada perkara yang memerlukan
huraian lanjut (huraian deskriptif berbentuk naratif).

3.1. Tempat Kajian

Tempat kajian ini akan dilakukan di sebuah sekolah menengah berasrama penuh yang terletak di daerah
tempat tinggal pengkaji iaitu di Lenggong, Perak. Kajian tindakan ini akan dilakukan di Maktab Rendah
Sains MARA (MRSM) Lenggong yang beralamat di Changkat Berangan, 33400 Lenggong, Perak Darul
Ridzuan

3.2 Sampel Kajian

Sampel kajian terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah berasrama penuh
milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Lenggong, Perak. Nama sekolah tersebut ialah Maktab
Rendah Sains MARA (MRSM) Lenggong, Perak. Kapasiti pelajar di sekolah ini adalah dianggarkan
dalam lingkungan 750 orang pelajar. Namun begitu, kajian ini telah memfokuskan kepada pelajar
Tingkatan 4 sahaja. Oleh yang demikian, pihak pengkaji telah menetapkan satu kelas daripada lima
kelas Tingkatan 4 sebagai sampel kajian. Kelas yang dipilih dalam mengkaji kajian ini ialah kelas
Tingkatan 4 Patriotik lantaran ia merupakan kelas di bawah seliaan pengkaji. Bilangan sampel yang
telah dipilih ialah seramai 30 orang yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 18 orang perempuan

14
.

3.3 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian tindakan ini meliputi:

(i) Ujian 1

Ujian 1 yang terdiri daripada 10 soalan objektif untuk menguji pengetahuan umum pelajar tentang tajuk
yang akan dipelajari. Tujuan diadakan ujian ini ialah untuk mendapatkan maklumat dan gambaran awal
pencapaian pelajar dalam menguasai tajuk yang akan dipelajari

(ii) Ujian 2

Satu lagi set ujian diberikan kepada pelajar yang terdiri daripada 10 soalan objektif. Ujian ini adalah
untuk mengetahui tahap pencapaian mereka di akhir pengajaran dan pembelajaran yang telah
dilaksanakan sebelum menggunakan Peta Minda.

(iii) Ujian 3

Satu lagi set ujian diberikan kepada pelajar yang terdiri daripada 10 soalan objektif. Ujian ini adalah
untuk mengetahui tahap pencapaian mereka di akhir pengajaran dan pembelajaran yang telah
dilaksanakan selepas menggunakan Peta Minda.

(iv) Soal Selidik

Borang soal selidik dipilih sebagai instrumen untuk mendapat data dan maklumat mengenai
keberkesanan penggunaan peta minda dalam meningkatkan keupayaan pelajar mengingati fakta dalam
mata pelajaran sejarah bagi pelajar tingkatan empat. Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian
iaitu bahagian 1 dan bahagian 2. Bahagian 1 pelajar diminta mengisi maklumat diri masing-masing
manakala bahagian 2 pula mengandungi 8 soalan yang perlu dijawab oleh pelajar untuk mengetahui
Apakah persepsi para pelajar Tingkatan empat terhadap penggunaan Peta Minda dalam mata Pelajaran
Sejarah?. Item yang digunakan ialah berbentuk Skala Likert.

15
Jadual 3.1: Jadual Skala Likert 5 mata bagi kegunaan Soal selidik

Peringkat Singkatan Skala


Sangat Setuju SS 5
Setuju S 4
Tidak Pasti TP 3
Tidak Setuju TS 2
Sangat Tidak Setuju STS 1

Pengkaji menggunakan jawapan jenis pemeringkatan jenis lima skala Likert kerana soalan jenis
ini lebih sesuai dengan responden untuk memahami kehendak serta dapat memahami soalan dengan
lebih jelas seterusnya dapat memilih jawapan dengan tepat. Soalan soal selidik yang dibina adalah
berdasarkan persoalan kajian berkenaan persepsi para pelajar terhadap penggunaan peta minda dalam
mata pelajaran sejarah tingkatan 4. Skor jawapan responden akan dibahagikan kepada tiga kelas iaitu
rendah, sederhana, dan tinggi. Skor jawapan responden sangat setuju dan setuju dikelaskan sebagai
tinggi, skor tidak pasti sebagai sederhana dan sangat tidak setuju dikelaskan kepada rendah.

3.4 Kaedah Analisis Data

Sepanjang tempoh 4 minggu kajian para pelajar akan mengalami tiga kali ujian iaitu Ujian Pra, Ujian 1
dan Ujian 2. Set soalan ujian adalah berbeza namun sukatan dan tahap kesukaran adalah sama. Data
yang dikumpulkan dari instrumen kajian akan di analisa dalam bentuk statistik bagi mencari frekuensi,
perbandingan skor min, peratus, Ujian Pra, 1 dan 2. Analisis data juga dilakukan dengan melihat
pencapaian gred masing-masing. Kadar skor markah ditentukan seperti di dalam Jadual 3.2. Kelemahan
dan kesilapan pelajar sewaktu menjawab soalan ujian dibincangkan oleh pengkaji.

16
Jadual 3.2: Kadar Skor Pemarkahan Untuk Ujian Pra, Ujian 1 dan 2

Skor Pemarkahan Gred


80-100 A
60-79 B
40-59 C
20-39 D
0-19 E

Selain itu, borang soal selidik yang dipungut akan disemak terlebih dahulu untuk memastikan
setiap responden menjawab soal selidik mematuhi keperluan yang ditetapkan dalam kajian. Data-data
yang diperoleh daripada responden ini akan dikumpulkan dan dianalisis untuk mendapatkan hasil kajian.
Data yang diperoleh menerusi soal selidik adalah berbentuk kuatitatif. Data jenis ini akan dianalisis
menggunakan statistik deskritif untuk mendapatkan min bagi memenuhi objektif yang telah ditetapkan.
Menerusi skala Likert, responden berpeluang menandakan persepsi dan pendapat mereka terhadap
penggunaan Peta Minda. Seterusnya penyelidik mengaplikasi taburan nilai min Landell yang telah
diubahsuai oleh Afiqah sharudin (2008) di dalam kajiannya untuk memudahkan pengiraan data. Berikut
merupakan taburan deskriptif nilai min yang digunakan.

Jadual 3.3: Jadual deskritif skor min yang diubahsuai dari jadual Landell

Skala Skor Min Aras Pemahaman


1.00 – 2.33 Rendah atau Lemah (Tidak setuju)
2.34 – 3.679 Sederhana (kurang setuju)
3.68 – 5.00 Tinggi atau Baik (setuju)

Prosedur analisis data juga dibuat melalui pemerhatian dan temu bual yang akan dilakukan.
Temu bual dijalankan ke atas lima orang pelajar yang dipilih secara rawak untuk mengetahui persepsi
mereka terhadap penggunaan peta minda dalam menguasai mata pelajaran sejarah tingkatan empat.

17
4.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini dibahagikan kepada tiga pusingan kajian, di mana setiap pusingan kajian menjawab
tiga persoalan kajian yang telah dikemukakan sebelum ini. Setiap pusingan kitaran kajian ini akan
membincangkan berkenaan aktiviti, masalah yang dihadapi, respon pelajar dan tindakan yang diambil
bagi mengatasi masalah tersebut.

4.1 Pusingan Kitaran Pertama (cycle 1)

Dalam pusingan kajian pertama, persoalan kajian yang telah diutarakan adalah Apakah tahap kefahaman
pelajar terhadap sukatan mata pelajaran sejarah sebelum menggunakan peta minda? Oleh itu, bagi
menjawab persoalan tersebut, pengkaji telah memilih satu bab yang mengandungi fakta yang agak
banyak dan perlu dikuasai para pelajar untuk di ajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, tajuk
yang dimaksudkan ialah Sejarah Perkembangan Eropah (bab 9).

(i) Ujian Pra

Sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, satu ujian pra bagi menguji tahap pengetahuan
awal 30 orang pelajar kelas 4 Patriotik berkenaan sejarah perkembangan di Eropah. Ujian pra ini terdiri
daripada 10 buah soalan objektif yang perlu dijawab dalam masa 10 minit sahaja. Selepas ujian pra
dilaksanakan, keputusan markah pelajar adalah seperti berikut:

Jadual 4.1: Keputusan Ujian Pra mengikut gred

Gred Bilangan Pelajar (f) Peratus %


A 1 3.34
B 6 20.00
C 15 50.00
D 8 26.67
E 0 0.00
Jumlah 30 100.00

Menerusi jadual 4.1 di atas menunjukkan separuh atau 50 % pelajar berada dalam gred C. Hanya seorang
sahaja pelajar atau 3.34 % pelajar yang memperoleh Gred A. Terdapat juga pelajar memperoleh Gred D

18
iaitu sebanyak 8 orang atau 26.67 %. Keputusan ini menunjukkan para pelajar tidak mempunyai
pengetahuan awal yang baik terhadap tajuk yang dikaji. Oleh hal yang demikian, sesi pengajaran dan
pembelajaran akan dilaksanakan.

(ii) Sesi Pengajaran dan Pembelajaran

Sesi pengajaran pembelajaran dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu dengan menggunakan kaedah dua
hala menerusi penerangan menggunakan slide powerpoint. Tajuk perkembangan di Eropah merangkumi
zaman gelap, zaman renaissance, revolusi pertanian dan perindustrian, penjelajahan dan penerokaan
serta zaman imperialisme baru. Tajuk-tajuk tersebut dibincang dan diterangkan oleh guru secara
mendalam. Namun demikian, pelajar kelihatan mengantuk dan kadangkala tidak memberikan perhatian
yang sewajarnya terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelajar yang mengatakan ia
terlalu banyak untuk diingat dan kadangakala tidak memahami kaitan antara sub topik yang
dibincangkan. Oleh hal yang demikian, guru terpaksa mengulang kembali subtopik-subtopik tersebut
dan menerangkan dengan cara yang lebih pelahan agar para pelajar betul-betul memahaminya. Setelah
selesai dua minggu sesi pengajaran dan pembelajaran, maka pengkaji telah menjalankan satu lagi ujian
untuk menguji tahap pemahaman pelajar terhadap tajuk yang telah dipelajari.

(iii) Ujian 1

Ujian 1 dilakukan selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran. Ujian ini terdiri daripada 10 soalan
objektif dan para pelajar diberi masa 10 minit untuk menyelesaikannya. Selepas ujian 1 dilaksanakan,
keputusan markah pelajar adalah seperti berikut:

19
Jadual 4.2: Keputusan ujian 1 mengikut gred

Gred Bilangan Pelajar (f) Peratus %


A 6 20.00
B 14 46.67
C 9 30.00
D 1 3.34
E 0 0.00
JUMLAH 30 100.00

Menerusi jadual di atas, dapat dilihat bahawa pelajar paling ramai memperoleh gred B iaitu
sebanyak 14 orang atau 46.67 % dan diikuti dengan Gred C iaitu 9 orang pelajar atau 30.00%. masih lagi
terdapat pelajar mendapat gred D apabila data menunjukkan seorang pelajar atau 3.34%. namun
demikian, bilangan A masih lagi tidak menunjukkan prestasi yang baik apabila hanya 6 orang atau
20.00% sahaja be3rada dalam kelompok tersebut. Para pelajar mengatakan mereka tidak mengingati apa
yang telah dipelajari dan keliru dengan topik-topik tersebut. Tambah mereka lagi, terlalu banyak untuk
dibaca dan diingati. Menerusi pemerhatian pengkaji juga, para pelajar hanya mengulang kaji dengan
membaca buku teks sahaja tanpa membuat sebarang nota.

4.2 Pusingan Kitaran Kedua (Cycle 2)

Pusingan kedua kajian ini dilaksanakan untuk menjawab persoalan kajian Sejauh mana penggunaan peta
minda dapat meningkatkan keupayaan pelajar Tingkatan Empat bagi mengingati dan menghafal fakta
bagi mata pelajaran Sejarah. Bahagian ini, pengkaji telah mengadakan sesi ulang kaji dalam tajuk yang
sama iaitu perkembangan di Eropah namun menggunakan kaedah peta minda. Pelajar juga diminta
membuat peta minda mereka sendiri sebelum Ujian 2 dilaksanakan.

(i) Penggunaan Peta Minda Dalam Sesi Pengajaran dan Pembelajaran

Guru telah mengadakan sesi ulang kaji bagi tajuk perkembangan di Eropah namun kali ini penerangan
guru adalah menggunakan kaedah Peta minda. Peta minda tersebut dibina berdasarkan sub topik yang ada
dalam tajuk tersebut. Pembinaan peta minda adalah menggunakan aplikasi Prezi yang turut
membolehkan guru memuat naik gambar-gambar untuk memberikan lagi pemahaman para pelajar.
Pelajar kelihatan lebih tertarik dan memberikan fokus yang baik semasa sesi tersebut. Pelajar juga
20
mengatakan mereka dapat melihat keseluruhan topik dan kaitannya dengan topik sebelum atau
selepasnya. Tambahan juga, mereka juga menunjukkan reaksi terkejut apabila mengetahui bahawa bab
perkembangan di Eropah adalah tidak serumit yang ditulis dalam buku teks mereka.

(ii) Pembinaan Peta Minda Sebagai Nota Pelajar

Selepas selesai sesi penerangan dan ulang kaji menggunakan peta minda bagi tajuk perkembangan di
Eropah, guru telah meminta para pelajar untuk membuat peta minda mereka sendiri secara bebas
mengikut kreativiti sendiri. Peta minda tersebut mesti merangkumi semua topik-topik yang ada dalam
tajuk perkembangan di Eropah. Para pelajar diberi masa seminggu untuk menghasilkan peta minda
tersebut dan perlu dihantar kepada pengkaji. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, nota yang dibina
menerusi peta minda adalah sangat menarik dan berwarna-warni. Selain itu, terdapat juga peta minda
yang dilukis dalam pelbagai bentuk atau figure sesebuah objek dan kartun yang menarik perhatian. Peta
minda tersebut diperiksa oleh pengkaji kemudian dipulangkan semula kepada pelajar.

(iii) Ujian 2

Ujian 2 dilakukan selepas pelajar menyiapkan peta minda mereka sendiri. Ujian ini terdiri daripada 10
soalan objektif dan aras yang diuji adalah sama dengan Ujian 1 serta para pelajar diberi masa 10 minit
untuk menyelesaikannya. Selepas ujian 2 dilaksanakan, keputusan markah pelajar adalah seperti berikut:

Jadual 4.3: Keputusan ujian 2 mengikut gred

Gred Bilangan Pelajar (f) Peratus %


A 12 40.00
B 15 50.00
C 3 10.00
D 0 0.00
E 0 0.00
JUMLAH 30 100.00

21
Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa skor B masih lagi mendominasi jumlah
keseluruhan apabila sebanyak 15 orang pelajar atau 50.00% memperolehinya. Gred A menduduki
tempat kedua apabila seramai 12 orang pelajar atau 40.00% dan hanya 3 orang atau 10.00% sahaja yang
menduduki Gred C. Tiada pelajar yang menduduki skor D dan E. keputusan ini memberikan pertanda
positif terdapat keberkesanan penggunaan peta minda kepada pra pelajar. Melihat kepada skor di atas,
jelas membuktikan bahawa penggunaan peta minda membantu para pelajar dalam memahami,
menguasai dan mengingati fakta-fakta yang terdapat dalam mata pelajaran sejarah khususnya dalam
topik Perkembangan di Eropah.

Bagi membuktikan persoalan kajian kedua iaitu Sejauh mana penggunaan peta minda dapat
meningkatkan keupayaan pelajar Tingkatan Empat bagi mengingati dan menghafal fakta bagi mata
pelajaran Sejarah diukur berdasarkan pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca. Hasil analisis
pencapaian sejarah adalah seperti Jadual di bawah:

Jadual 4.3: Perbezaan Keputusan Ujian 1 dan 2

Gred / Markah Ujian 1 (Peratus %) Ujian 2 (Peratus %)


A (80 -100) 20.00 40.00
B (60 – 79) 46.67 50.00
C (40 -59) 30.00 10.00
D (20 – 39) 3.34 0.00
E (0 -19) 0.00 0.00
JUMLAH 100.00 100.00

Berdasarkan analisis dapatan kajian bagi ujian 1 (sebelum menggunakan peta minda) dan ujian 2
(selepas menggunakan peta minda di atas dalam Jadual 4.4, dapatlah dirumuskan bahawa secara
keseluruhan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah telah meningkat setelah proses pengajaran
dan pembelajaran menggunakan peta minda dilaksanakan. Markah lulus untuk kedua-dua ujian ini ialah
40% ke atas. Peratus lulus mata pelajaran sejarah telah meningkat daripada 96.67% dalam ujian 1
meningkat kepada 100.00% dalam ujian 2. Dapatan ini jelas menunjukkan pengajaran dan pembelajaran
menggunakan peta minda memberi sumbangan positif terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
sejarah selepas pengajaran menggunakan peta minda dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan
terdapat peningkatan pencapaian yang ketara dalam ujian 1 berbanding ujian 2.

22
4.3 Pusingan Kitaran 3 (cycle 3)

Bahagian ini akan menjawab persoalan kajian yang ketiga iaitu apakah persepsi para pelajar Tingkatan
empat terhadap penggunaan Peta Minda dalam mata Pelajaran Sejarah? . Bahagian ini terdiri daripada
dua fasa iaitu menggunakan soal selidik dan fasa kedua adalah menggunakan kaedah temu bual secara
rawak.

(i) Borang Soal Selidik

Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar tingkatan Empat Patriotik. Borang soal selidik ini merangkumi
dua bahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A merupakan latar belakang pelajar yang terdiri dari
jantina, Etnik dan asal pelajar tersebut. Bahagian B pula merangkumi 8 soalan yang diukur menggunakan
5 skala Likert. Soalan-soalan bahagian B adalah seperti berikut:

Jadual 4.4: Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Peta Minda

Pertunjuk: SS (Sangat Setuju) ; S (Setuju) ; TP (Tidak Pasti) ; TS (Tidak Setuju) ; STS (Sangat tidak
Setuju)

Bil Item SS S TP TS STS


.
1 Peta minda membantu saya mengingati apa yang
diajarkan oleh guru
2. Peta minda berguna dalam proses pembelajaran
3. Pembelajaran berpandukan peta minda mudah dan
menyeronokkan
4 Saya dapat meningkatkan penguasaan konsep dan
fakta apabila menggunakan peta minda

5 Pengajaran guru menggunakan peta minda lebih


berkesan
6 Saya mudah mengingati nota yang diajarkan oleh guru
apabila menggunakan peta minda
7 Peta minda membantu saya mengingati fakta Sejarah
8 Peta minda membantu saya membuat ulang kaji

23
Berdasarkan soal selidik yang telah dilakukan, persepsi para pelajar dapat dilihat menerusi nilai min bagi
setiap item yang di selidik. Hasil dapatan kajian adalah seperti berikut:

Jadual 4.5: Jadual Min bagi setiap item soal selidik

Item 1 2 3 4 5 6 7 8 Min
keseluruhan
Min 4.11 3.78 4.00 4.40 3.78 4.10 4.57 3.84 4.07

Hasil analisis ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar boleh menerima dengan baik penggunaan
peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar-pelajar juga menunjukkan persepsi yang
positif terhadap mata pelajaran sejarah iaitu menunjukkan minat untuk belajar mata pelajaran sejarah.
Secara keseluruhan skor min tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan peta konsep dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sejarah ialah 4.07. Berdasarkan interpretasi min yang diadaptasi daripada
Landell didapati tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan peta minda dalam proses pengajaran
dan pembelajaran sejarah berada pada tahap baik.

(ii) Temu Bual

Hasil temu bual pelajar turut menjelaskan bahawa penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sejarah telah menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah. perkara ini dapat
dilihat menerusi respon seorang responden setelah ditemu bual:
“Saya rasa mudah untuk memahami sejarah sebab dapat tengok keseluruhan tajuk dan kaitan dengan
topik sebelum ini” (pelajar perempuan 1)
“Buat nota guna peta minda ni seronok sebab boleh lukis dan guna banyak pen warna-warna” (Pelajar
Perempuan 2)

Secara keseluruhan, pelajar telah mengetahui banyak kebaikan penggunaan peta konsep dalam
pengajaran sejarah. Pelajar telah menunjukkan penerimaan positif terhadap penggunaan peta konsep
dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah adalah positif

24
5.0 PERBINCANGAN

25

Anda mungkin juga menyukai