Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim

..

Di majlis ini kami bermadah, Mengucap puji Alhamdulillah, Madah ini pembuka wadah, Semoga majlis dikurniakan limpah.

Selat Melaka Indahnya nian, Terserlah indah khazanah lautan, Selamat bersua tuan dan puan, Penutupan benchmarking kita raikan.

SOLUTASI _____________________________________________________________________________ y Yang berbahagia Guru besar sekolah kebangsaan bukit damansara y y Yang berusaha para pensyarah naqib dan naqibah semester 5 ipg kpi, Yang dihormati saudara .........................................

Pengarah program lawatan penanda aras ( Benchmarking ) semester 5 y y y Guru- guru sekolah kebangsaan bukit damansara Jawatankuasa pelaksana program Seterusnya hadirin hadirat yang dirahmati Allah..

BACAAN DOA Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum aturcara dimulakan, eloklah kiranya tirai majlis kita pada hari ini dibuka dengan bacaan doa agar keberkatan illahi kita raih bersama yang akan diketuai oleh saudara Majlis mempersilakan.. Majlis mengucakan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. ..

UCAPAN LATAR MAJLIS Alhamdulillah, marilah sama- sama kita memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah atas segala limpah kasihnya kerana kita dapat berhimpun di sini pada hari ini bagi menjayakan Program Bina Insan Guru Lawatan Penanda Aras Benchmarking PISMP semester 5. Saya selaku pengacara majlis pada hari ini ingin mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan kepada pihak sekolah kebangsaan bukit damansara atas kerjasama, pengalaman bermakna, perkongsian ilimu yang telah diberikan pada hari ini. Bermula pada jam 8 pagi hingga ke saat ini, kami telah disajikan dengan beberapa fasa dan slot perbincangan. Sepanjang program ini berlangsung kami semua telah mengikutinya dengan penuh semangat dan banyak ilmu telah digali melalui sekolah yang berprestasi tinggi ini. UCAPAN PENGARAH PROGRAM Tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilaka saudara Pengarah program bina insane guru pismp semester 5 ini untuk menyampaikan ucapan alu- aluan. Majlis mempersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih.

UCAPAN GURU BESAR ( PERASMIAN PENUTUPAN ) Apalah bulan tanpa berbintang, Malamkan suram kelam bersemi, Apalah majlis meriah diundang, Andai tiada yang sudi merasmi Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan yang berbahagia .Guru besar sekolah kebangsaan bukit damansara

untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan majlis penutupan program bina insan guru lawatan penanda aras pismp semester 5. Majlis mempersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan dan perasmian sebentar tadi. PENYAMPAIAN CENDERAMATA Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan aturcara penyampaian cenderamata kenang- kenangan daripada pihak IPG KPI kepada pihak sekolah atas kesudian menerima kami untuk melaksanakan program lawatan penanda aras di sekolah ini. Untuk majlis menjemput dan mempersilakan Wakil pensyarah IPG KPI diiringi oleh . ..pengarah

program bina insane guru lawatan penanda aras PISMP semester 5 untuk menyampaikan cenderamata kenangan kepada yang berbahagia sekolah kebangsaan bukit damansara. Dengan segala hormat, majlis mempersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih. ., guru besar

PENUTUP Hadirin yang dihormati, Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata sebentar tadi, maka berakhirlah program bina insan guru lawatan penanda aras PISMP semester 5. Pihak majlis ingin mengambil kesempatan mengucapakan jutaan terima kasih sekali lagi kepada yang berbahagia guru besar, guru- guru dan warga sekolah kebangsaan bukit damansara, para pensyarah dan semua yang terlibat secara langung atau tidak langsung atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan. Saya selaku wakil IPG KPI memohon ampun dan maaf ,jika ada keterlanjuran kata, terkasar bahasa dan terguris rasa sepanjang berlangsungnya program kita pada hari ini. salam hormat daripada kami. Kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan tasbih kafarah dan surah al- asr.. Sekian, wassalam .

Anda mungkin juga menyukai