Anda di halaman 1dari 7

2.

BAHASA DAN FENOMENA BAHASA

2.1

Ciri-ciri Bahasa

2.1.1 Pengenalan
Bahasa boleh didefinisikan dalam pelbagai cara mengikut sifat-sifat semula jadi
bahasa, peranan dan fungsinya. Namun demikian, kebanyakan ahli bahasa dan
ahli linguistik telah memberikan konsep dan takrif bahasa yang hampir sama.
Bahasa boleh diertikan sebagai satu sistem bunyi yang terdiri daripada alat-alat
artikulasi yang ada pada mereka. Lambang-lambang yang diujarkan itu
mempunyai makna-makna tertentu berdasarkan lingkungan masyarakat yang
menuturkannya. Dalam setiap kegiatan manusia, bahasa memainkan peranan
dan fungsi untuk memenuhi pelbagai tujuan dan matlamat tertentu. Antara fungsi
bahasa yang amat ketara ialah peranannya sebagai alat untuk membantu
manusia menyampaikan percakapan, buah fikiran dan maklumat kepada orang
lain.
Menurut Lyons (1988), pada hakikatnya bahasa-bahasa di dunia memiliki
sifat dan ciri sepunya yang dikongsi bersama. Bahasa-bahasa tersebut
merangkumi

cara

menyampaikan

perasaan,

menanyakan

soalan,

mengemukakan permintaan, memberi perintah dan membuat kenyataan. Oleh


kerana bahasa boleh berkembang dan berubah maka kerap terdapat istilahistilah baharu di dalam sesuatu bahasa berbanding dengan bahasa yang lain.
Secara umumnya bahasa mempunyai ciri yang universal. Andaian ini
dibuat berdasarkan manusia mempunyai otak yang sama bentuk dan fungsinya
bagi menghasilkan bahasa. Semua bahasa terdiri daripada konsonan dan vokal
dan gabungan kedua-duanya akan menghasilkan bunyi-bunyi yang bermakna.
Set-set konsonan dan vokal bagi setiap bahasa tersebut boleh bercantum dan
menghasilkan ayat-ayat yang berbeza. Antara ciri-ciri bahasa yang dapat
diketegahkan di sini adalah bahasa sebagai satu sistem, bahasa sebagai satu
simbol, bahasa sebagai alat komunikasi, bahasa bersifat arbitrari, bahasa
bersifat unik, bahasa bersifat sejagat, bahasa bersifat dinamis, dan bahasa
bersifat bervariasi.
6

2.1.2 Bahasa Sebagai Satu Sistem


Bahasa sebagai satu sistem bermaksud bahasa itu mempunyai cara
untuk diujarkan atau dituliskan. Sistem itu pula bersifat berperaturan. Tiap-tiap
bahasa mempunyai susunan yang tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi
perkataan, susunan perkataan, nahu atau struktur sintaksis. Dalam bahasa
terdapat unit dan unsur yang dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna
strukturnya. Namun demikian, tidak semua percantuman unit dan unsur itu dapat
dilakukan dan memberikan makna, melainkan dengan mematuhi cara dan
peraturan yang terdapat dalam sistem bahasa itu.
Bahasa sebagai satu sistem juga bermaksud bentuk perkataan dan
kedudukan perkataan dengan perkataan yang lain dalam ayat adalah secara
teratur. Bentuk dan kedudukan perkataan dalam ayat dapat memberikan makna
kepada sesuatu bahasa. Semua bahasa mempunyai sistem, bunyi dan lambang.
Namun demikian, sistem setiap bahasa mempunyai beberapa bentuk dan pola
yang berbeza antara satu bahasa dengan bahasa yang lain.
2.1.3 Bahasa Sebagai Satu Simbol
Pada zaman awal, untuk menerangkan sesuatu perkara manusia menggunakan
gambar dan objek tertentu. Kemudian, manusia menggunakan kombinasi bunyi
sebagai simbol. Apa sahaja yang difikirkan dan dilakukan oleh manusia
sebenarnya dapat menghasilkan perkataan melalui bunyi secara sistematik
disusun secara berurutan yang seterusnya digunakan sebagai simbol.
Bahasa juga merupakan simbol isyarat bersuara yang dihantar oleh
penutur kepada pendengar dalam proses interaksi melalui saluran komunikasi
tertentu. Selain itu, bahasa sebagai simbol perpaduan membawa makna bahasa
tertentu itu menjadi alat penutur utama bagi masyarakat dalam sesebuah
negara. Misalnya, bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa yang dapat
menyatukan semua kaum dan bangsa yang terdapat di Malaysia.

2.1.4 Bahasa Sebagai Alat Komunikasi


Bahasa sebagai alat komunikasi boleh berlaku dalam dua cara iaitu secara lisan
dan tulisan. Komunikasi dua hala melibatkan penutur dan pendengar yang
memerlukan kemahiran berbahasa. Penutur harus boleh bercakap dengan jelas
melalui sebutan yang betul, kemas, teratur dan berupaya untuk menggunakan
jeda, tekanan dan gaya yang tepat. Pendengar pula harus mendiskriminasikan
bunyi-bunyi

ujaran, mendengar dengan teliti, memahami dan mentafsirkan

percakapan yang didengar dan seterusnya bertindak balas terhadap apa yang
didengainya itu. Bahasa sebagai alat komunikasi juga melibatkan jarak tempat
dan jarak masa. Dengan bantuan teknologi canggih komunikasi boleh berlaku
walaupun jarak penutur dan pendengar berjauhan antara satu dengan yang lain.
2.1.5 Bahasa Bersifat Arbitrari
Bahasa bersifat arbitrari bermaksud tidak semestinya terdapat hubungan antara
bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan dengan benda atau perkara yang
dimaksudkan.

Ini

bermakna

untuk

satu

simbol

yang

sama

manusia

menggunakan bunyi bahasa berbeza disebabkan oleh pengaruh budaya masingmasing. Bunyi bahasa dengan benda yang dimaksudkan tidak semestinya ada
perkaitan. Makna bahasa juga bersifat arbitrari, seperti bunyi ring.., ring.., ring..
adalah bunyi loceng tertentu untuk tujuan yang tertentu pula.
2.1.6 Bahasa Bersifat Unik
Bahasa mempunyai bentuk dan struktur tertentu seperti binaan ayat, susunan
huruf yang membentuk perkataan dan golongan kata seperti kata nama dan kata
kerja. Bahasa bukan di warisi tetapi dipelajari maka tidak hairanlah kalau bayi
berbangsa Cina dibesarkan di dalam keluarga Melayu boleh bercakap bahasa
Melayu.
Untuk menjelaskan ciri bahasa yang dikatakan unik ini, kita boleh
membuat analogi melalui perbandingan bahasa yang digunakan oleh manusia
dengan bahasa yang digunakan oleh haiwan seperti yang berikut :
8

a) Lisan dengaran
Bahasa manusia merupakan sistem untuk berhubung. Bunyi
bahasa yang dihasilkan antara mulut dengan telinga yang
bertentangan dengan penglihatan atau pancaindera yang lain.
Sebaliknya, sistem komunikasi haiwan terhad dan beberapa bunyi
yang hampir seragam.
b) Penyebaran dan saluran
Manusia menghasilkan bahasa melalui pertuturan dan diterima
oleh pendengar melalui pendengaran dan seterusnya maklumat itu
dapat disebarkan. Haiwan tidak berupaya untuk menggunakan
sistem sedemikian.
c) Pendengaran yang berterusan
Manusia dapat mendengar apa-apa

sahaja

bunyi

secara

berterusan. Sebaliknya, haiwan yang mengeluarkan bunyi isyarat


yang berterusan tidak semestinya haiwan lain memberikan tindak
balas terhadapnya.
d) Peranan silih berganti
Semua manusia boleh menggunakan bahasa sebagai penutur dan
pendengar dalam satu masa. Pada masa yang sama dia
memahami apa yang dituturkan

dan apa yang didengari.

Sebaliknya, haiwan tidak mempunyai peranan dan bahasa yang


digunakannya tidak sama antara spesies jantan dengan betina.
e) Maklumat balik
Manusia boleh menganalisis semula apa-apa yang didengar dan
dibaca. Proses maklumat balik ini tidak berlaku dalam sistem
perhubungan haiwan.
f) Pengkhususan
Bunyi-bunyi ujaran manusia dituturkan khusus untuk sesuatu
tujuan. Hal ini berbeza dengan bunyi haiwan yang hanya
mempunyai satu tujuan, iaitu untuk keperluan biologi sahaja.
g) Semantik
Makna yang terkandung dalam bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh
manusia mengikut konteks dan situasi sebenar, tidak seperti bunyi
yang dihasilkan oleh haiwan.
h) Arbitrari
9

Ujaran manusia yang merupakan hubungan antara tanda dengan


benda bersifat arbitrari. Bentuk perkataan boleh berubah bagi
merujuk kepada benda yang sama. Sebaliknya, bentuk bahasa
haiwan tidak bersifat arbitrari.
i) Kreatif
Bahasa yang digunakan oleh manusia mempunyai kemampuan
untuk menyatakan pelbagai perkara. Tidak seperti haiwan, sistem
bunyinya terhad dan tidak berubah.
j) Penyampaian
Manusia boleh menggunakan bahasa sabagai satu sistem
perhubungan bagi menyampaikan maklumat dan perlakuan, tidak
seperti haiwan.
k) Produktiviti
Bahasa manusia terdiri daripada bunyi-bunyi yang banyak dan
manusia boleh menghasilkan ujaran yang tidak terhad jumlahnya,
berbeza dengan sistem komunikasi haiwan.
l) Pembelajaran
Bahasa manusia diturunkan daripada generasi kepada generasi
yang lain melalui pengajaran dan pembelajaran. Jika manusia
terpisah daripada masyarakat dan hidup berseorangan, manusia
tidak dapat berbahasa. Sebaliknya, haiwan terus berkomunikasi
walaupun terpisah daripada kumpulan sejenisnya.

2.1.7 Bahasa Bersifat Sejagat.


Bahasa dapat dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja di dunia ini. Secara
umum bunyi bahasa dan gabungan perkataan dalam ayat dapat menghasilkan
makna.

Dengan

makna

inilah

manusia

menggunakan

bahasa

untuk

berkomunikasi di antara satu dengan yang lain. Namun demikian, terdapat


keuniversalan sifat bahasa yanf terdapat di dunia ini. Perkara ini dapat dijelaskan
melalui bunyi bahasa dan makna seperti yang berikut :
a) Bunyi bahasa
10

Manusia dapat menghasilkan pelbagai bentuk bunyi yang tidak


terhad banyaknya. Kita boleh mendengar manusia menuturkan
bunyi bahasa di mana-mana sahaja kita berada di dunia ini.
Namun demikian, bunyi-bunyi bahasa ini berbeza antara satu
bahasa dengan bahasa yang lain.
b) Makna
Setiap bahasa mempunyai makna yang dapat difahami oleh
penutur dan pendengarnya. Makna berkait rapat dengan budaya
masyarakat penutur bahasa tersebut. Secara umumnya, bunyi
bahasa dan gabungan perkataan dalam ayat dapat menghasilkan
makna.
2.1.8 Bahasa Bersifat Dinamis
Bahasa bersifat dinamis bermaksud sesuatu bahasa mempunyai potensi untuk
berkembang, membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan
kemajuan. Melalui pergaulan dan berinteraksi di kalangan manusia berlakulah
pertembungan

kebudayaan

menyebabkan

pertambahan

dan

pengayaan

perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Sebagai contoh, kewujudan komputer


dan teknologi maya menyebabkan banyak kosa kata baharu diterima ke dalam
bahasa Melayu. Hal ini menyababkan bahasa Melayu sentiasa kemas kini dan
relevan dengan perkembagan semasa.

2.1.9 Bahasa Bersifat Bervariasi


Bahasa bersifat bervariasi bermaksud terdapat kepelbagaian bagi sesuatu
bahasa melibatkan cara dan gaya mengujarkannya. Bervariasi ini juga
membawa maksud sesuatu bahasa itu mempunyai

pelbagai dialek yang

dituturkan dan laras bahasa yang digunakan dalam satu-satu bidang ilmu.
Menurut pendapat Anderson (1972),bahasa merupakan satu sistem terdiri dari
vokal dan bunyi-bunyi ujaran. Terdapat lambang yang arbitrari yang menjadi alat
perhubungan mempunyai kaitan rapat dengan budaya tempat bahsa itu
11

dituturkan. Bahasa sentiasa berubah-ubah serta mempunyai sifat khas dan unit.
Manakala Brown (1980) berpendapat bahasa merupakan sesuatu yang
sistematik yang mempunyai lambang yang sewenang-wenangnya mungkinn
bersifat bunyi, visual atau grafik. Lambang bahasa mempunyai makna kebiasaan
bersifat kemanusiaan dan universal.

12

Anda mungkin juga menyukai