Anda di halaman 1dari 13

SHARING IS CARING

DISEDIAKAN OLEH:
E.ANGELINE
HOO
FON YEAN
FASA-FASA KAUNSELING
KELOMPOK
1 PERMULAAN

2 KONFLIK

PERKEMBANGAN DAN
3
KESEPADUAN

4 PENGHASILAN

5 PENAMATAN
PERMULAAN

Kaunselor akan mula memperkenalkan dirinya.Kemudian


diikuti oleh setiap ahli dalam kumpulan.

Ahli-ahli akan memberitahu maklumat yang dianggap selamat


seperti nama, minat, sekolah dahulu, tempat asal dan
sebagainya.

Peranan kaunselor adalah menggalakkan penyertaan setiap


orang ahli.

Pada peringkat ini, ahli masih tidak pasti sama ada dia diterima
dan disukai oleh ahli-ahli lain atau sebaliknya.
Mereka mentafsir,siapakah yang mengecam, siapakah yang
boleh menyokong dan siapakah yang perlu ditakuti.

Disebabkan adanya rasa curiga-mencurigai ini, maka


Kesepaduan masih belum timbul.

Satu cara yang nyata ialah ahli ingin meminta nasihat dan
ada pula yang mirip untuk memberikan nasihat.

Keseluruhannya, ahli-ahli masih berada dalam keadaan yang


hampa yakni, mereka seolah-olah tidak mendapat apa-apa
faedah daripada sesi-sesi kelompok.
KONFLIK

Ahli ahli mungkin tidak berpuas hati dengan kaunselor.

Mereka berasa seolah-olah kaunselor tidak memainkan


peranan yang berkesan.

Mereka mahukan sesuatu yang lebih berstruktur dan belum


sedia menerima tanggapan yang ketua kelompok adalah
sebagai fasilitator sahaja dan bukan sebagai penyelesaian
kepada masalah-masalah mereka.

Ahli-ahli yang berasa dirinya tidak diberikan perhatian yang


penuh oleh kaunselor. Ahli-ahli masih lagi tidak jelekat pada
bersepadu.
Sikap tidak sabar dan bosan serta mudah menyerang
idea-idea ahli lain sebelum sesi selesai dijalankan adalah
ketara.

Tuduh-menuduh menjadi-jadi akibat daripada salah faham.


Bahasa yang digunakan adalah kabur serta berselindung.

Ahli-ahli yang berdiam diri sahaja,seolah-olah bertindak


sebagai pemerhati.

Perasaan kurang puas hati terhadap ketua kelompok /


kaunselor perlu dinyatakan secara terbuka.

Kaunselor pula hendaklah menggalakkan perbincangan itu.


PERKEMBANGAN DAN
KESEPADUAN

Pada peringkat ini, kepercayaan dalam kalangan ahli telah


meningkat.

Ahli-ahli berasa lebih selesa dan lebih sedia berkongsi


masalah dan pengalaman mereka.

Dengan kata lain, ahli-ahli lebih berani memberikan pendapat


secara jujur dan terbuka.

Idea yang baik akan diterima,manakala yang kurang sesuai


akan ditepikan.
Kelihatan juga ada antara ahli yang cuba mempermainkan
ketua kelompok. Perkembangan seperti ini dianggap sihat.

Walau bagaimanapun, kaunselor tidak semestinya


memberikan kelompok bergerak begitu sahaja, malahan dia
terus akan memberikan dorongan agar kelicinan perjalanan
sesi kelompok tidak terjejas.
PENGHASILAN

Perhubungan antara ahli pada peringkat ini adalah begitu


padu dan teguh.

Ahli-ahli percaya-mempercayai antara satu sama lain dan


dengan itu rela mengkritik secara terus terang tingkah laku
ahli-ahli lain.

Ahli yang dikritik itu menerima apa jua yang diperkatakan


kerana kritikan tersebut .

Cadangan-cadangan tentang cara memperbetulkan sikap


dan memperbaiki tingkah laku diterima oleh ahli-ahli.
Kepimpinan pada peringkat ini dikelolakan oleh ahli kelompok
yang berkebolehan,manakala kaunselor hanya memainkan
peranan sebagai peserta dan smuber rujuk.

Kaunselor hanya akan campur tangan sekiranya terdapat


sesuatu yang tidak terkawal.

Lazimnya ahli-ahli berpuas hati terhadap sesi yang diadakan


dan mulai menunjukkan keseronokan.
PENAMATAN

Bagi kelompok jenis tertutup, ketua kelompok telah


menentukan bilangan sesi yang akan dijalankan.

Oleh itu, ahli-ahli terpaksa berusha mencapai matlamat


yang ditentukannya.

Ada antara ahli yang berasa sedih untuk berpindah


disebabkan perhubungan mesra yang telah terjalin dan
ada pula yang cuba memperkenalkan masalah-masalah
baharu dengan tujuan sesi kelompok dilanjutkan.

Permintaan ini tidak dipenuhui jika tarikh penamatan telah


ditetapkan bagi kelompok yang tertutup.
Bagi kelompok terbuka, ahli-ahli bebas keluar atau berhenti
daripada menyertai kelompok dan memasuki semual pada
bila-bila masa mereka suka.

Bagi menggantikkan tempat kosong itu, ahli-ahli baharu boleh


diterima.Pelbagai perasaan akan diluahkan pada sesi akhir ini.

Contohnya ada yang menyatakan perasaan yang positif dan


ada yang menyatakan perasaan sebaliknya.Kemungkinan
terdapat ahli yang tidak mencapai matlamatnya.

Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya mereka dapat


berkenalan dengan ahli-ahli lain serta dapat mempelajari
kemahiran berkomunikasi secara terbuka dan berkesan.

Setelah meluahkan perasaan dan menyatakan terima kasih,


ahli-ahli akan bersurai

Anda mungkin juga menyukai