Anda di halaman 1dari 7

1.

Salutasi Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

YANG BERUSAHA, PUAN RAHMATUL AIDA BINTI ABDUL


RAHMAN
Pengetua MRSM Lenggong,

YANG DIHORMATI, EN. MAHASAN BIN MOHAMAD


Yang Menjalankan Tugas,
Timbalan Pengetua kecemerlangan Akademik,
MRSM Lenggong

ENCIK. FAHMY BIN SARANGAT


Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar
MRSM Lenggong,

ENCIK. ZULKIFLI BIN MUHAMAD,


Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat
MRSM Lenggong,

Ketua-Ketua Jabatan

yang diraikan :
PUAN SALEHA NASARUDDIN
EN. HAZIQ SYAZWAN SAJALI
PUAN SYAHIRAH AYOB, dan
USTAZAH ROSITA REJAB

Barisan Pendidik & Staf,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian

Selamat Datang ke : ”Majlis Lambaian Rindu Sentuhan Kasih”


sempena pertukaran 4 orang sahabat kita

PUAN SALEHA NASARUDDIN


EN. HAZIQ SYAZWAN SAJALI
PUAN SYAHIRAH AYOB, dan
USTAZAH ROSITA REJAB

Alhamdulillah Dapat Kita Bertemu Pada Majlis Yang Cukup Bermakna


Ini

Kuning Emas Masaknya Padi


Mawar Merah Dahannya Berduri
Terima Kasih Daun Keladi
Kerana Sudi Menghadirkan Diri

2. BACAAN
DOA Hadirin Yang Dihormati,

Menandah Tangan Tanda Kerendahan


Lafaz Bismillah Memperkukuhkan Tautan
Doa Dipohon Penuh Pengharapan
Agar Majlis Mendapat Keberkatan

Bagi Menambah Keberkatan Majlis Kita,Marilah Sama-Sama Kita


Menadah Tangan Mengaminkan Bacaan Doa Yang Akan Dipimpin
Oleh……………………………………………………………

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

(BACAAN DOA)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan Pergi ke kota beli selasih,


Pengetua
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Sebagai pembuka acara, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan
Yang Berusaha Puan Rahmatul Aida Binti Abdul Rahman
Pengetua, MRSM Lenggong Untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan

(UCAPAN PENGETUA)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Pengetua atas


ucapan yang telah disampaikan sebentar itu tadi.

UCAPAN Hadirin yang dihormati sekalian,


GURU
PINDAH
Sudah Biasa Kita Dengari
Patah Tumbuh Hilang Berganti
Namun Tak Sama Dengan Yang Ini
Tak Mungkin Ada Galang Ganti.

Merpati Putih Dari Lingga,


Mencari Pasangan Sampai Ke Melaka,
Dirimu Tuan Laksana Zamrud Dewangga.
Disimpan Bertuah Dilepas Berduka

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada


Yang Diraikan,
PUAN SALEHA NASARUDDIN

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan

UCAPAN KAK LEHA


Terima Kasih Diucapkan Diatas Ucapan Yang Disampaikan Sebentar
Tadi

Seterusnya, Dipersilakan Pula EN HAZIQ SYAZWAN SAJALI


Untuk Menyampaikan Ucapan Beliau

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

UCAPAN HAZIQ
Terima Kasih Diucapkan Diatas Ucapan Yang Disampaikan Sebentar
Tadi

Seterusnya, Dipersilakan Pula PUAN SYAHIRAH AYOB Untuk


Menyampaikan Ucapan Beliau

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

UCAPAN SYAHIRAH
Terima Kasih Diucapkan Diatas Ucapan Yang Disampaikan Sebentar
Tadi.

Seterusnya, Dipersilakan Pula USTAZAH ROSITA Untuk


Menyampaikan Ucapan Beliau

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

UCAPAN USTAZAH
Terima Kasih Diucapkan Diatas Ucapan Yang Disampaikan Sebentar
Tadi

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai


tanda kenang-kenangan buat insan- Insan yang kita raikan pada hari ini

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan PUAN PENGETUA,
PUAN RAHMATUL AIDA BINTI ABDUL RAHMAN
untuk menyempurnakan acara.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan En WAN SYARIZAL OMAR untuk menyampaikan


cenderamata dari pihak kelab guru & Kakitangan MRSM
LENGGONG
Seterusnya, Dipersilakan ……………………………… untuk
menyampaikan cenderamata dari pihak

Seterusnya, Dipersilakan ………………………….. untuk


menyampaikan cenderamata …………………………..

(selesai pemberian hadiah)

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus


untuk sahabat-sahabat yang diraikan

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian


YANG BERUSAHA PUAN RAHMATUL AIDA BINTI ABDUL
RAHMAN
atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi

Umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.


Sebelum berpisah, ingin saya titipan kata-kata buat Sahabat-sahabat
yang bakal melangkah keluar meninggalkan MRSM Lenggong

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak  jalan
Selagi hayat dikandung badan

Jelinglah Kami Jika Rindu Masih Bertamu


Sapalah Kami Andai Mesra Akrab Berpadu
Selamat Bertugas Di Tempat Yang Baru
Semoga Allah Sentiasa Memberkatimu.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah


Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai