Anda di halaman 1dari 5

Pantun alu-aluan

Bukan rumput sebarang rumput


Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan

Mudik di sungai mendayung sampan


Sampan di dayung ke laut dalam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Pantun pembuka bicara

Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara;

Assalamualaikum mulanya kata,

Saya sembah pembuka bicara.

Mencari timba si anak dara,

Di bawah sarang burung tempua;

Salam sembah pembuka bicara,

Selamat datang untuk semua.

Pantun doa

Buluh di asah jalinan disemat


Gubahan di olah bawa berangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Tetak buluh panjang sepuluh


Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jejari sepuluh
Doa dipohon biarlah berkat

KALAU TIDAK KARENA UNGGAS


TIDAKLAH RUSAK PADI DISAWAH,
KALAULAH TIDAK KARENA TUGAS
TIDAKLAH KITA AKAN BERPISAH.
Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara;

Assalamualaikum mulanya kata,

Saya sembah pembuka bicara.

Mencari timba si anak dara,

Di bawah sarang burung tempua;

Salam sembah pembuka bicara,

Selamat datang untuk semua.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, salam aidil fitri

Yang Berusaha Encik mohd jani bin sariyan gb sk seri bunian

Puan faezahton binti pk 1 sk seri bunian

Puan aini zuraini bt. Mohd noar pk hem sk seri bunian

Encik mazlan bin ihsan pk koko sk seri bunian

Yang diraikan pn norhanidah bt. supeni

Rakan-rakan guru sk seri bunai

Tuan-tuan, puan-puan dan para hadirin yang dihormati sekalian.

Buat ketupat bersama rendang

Jadi hidangan di pagi hari

Saya bagi pihak majlis mengucapkan selamat datang

Ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua


para tetamu jemputan dan para hadirin kerana sudi hadir dalam majlis yang
diadakan pada malam ini. Iaitu majlis sambutan hari raya aidilfitri dan majlis
perpisahan

Buluh di asah jalinan disemat


Gubahan di olah bawa berangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Tetak buluh panjang sepuluh


Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jejari sepuluh
Doa dipohon biarlah berkat

Majlis pada malam ini dimulakan dengan bacaan doa oleh : en Mahathir bin mohiden
dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik ...................................................atas


bacaan doa itu tadi.

Seterusnya, dijempun tn. Hj._________________________________________


untuk

mengetuai____________________ marhaban. Dengan ini dipersilakan

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih.

Bukan rumput sebarang rumput


Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan

Mudik di sungai mendayung sampan


Sampan di dayung ke laut dalam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput dam mempersilakan


Encik mohd jani bin sariyan untuk menyampaikan ucapannya. Majlis dengan segala
hormat mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan tersebut.

KALAU TIDAK KARENA UNGGAS


TIDAKLAH RUSAK PADI DISAWAH,
KALAULAH TIDAK KARENA TUGAS
TIDAKLAH KITA AKAN BERPISAH.

Para hadirin sekalian,Majlis diteruskan dengan ucapan perpisahan daripada Yang


dirai Pn. Norhaidah bt. Supeni . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada pn norhanidah bt. supeni atas ucapan
tersebut.

Para hadirin yang dihormati sekalian, atur cara majlis diteruskan lagi dengan majlis
penyampaian cdenderahati. Dengan ini dijemput en. Halidi bin manap mengiringi
tuan guru besar bagi menyempurnakan penyampaian cenderahati.

Para hadirin yang dihormati sekalian, atur cara majlis diteruskan lagi dengan jamuan
Hari Raya Aidilfitri. Para hadirin dan semua tetamu jemputan dipersilakan menikmati
juadah dan hidangan yang telah disediakan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Baik lelaki mahupun perempuan

Janganlah malu, janganlah segan

Makanan yang terhidang jemputlah makan.

Selama sebulan kita berpuasa

Lapar dahaga sama dirasa

Bermaaf-maafan sesama kita

Semoga terhapus segala dosa

Yang jauh berkirim salam

Yang dekat berkirim rindu


Mari lupakan kisah yang silam

Kita buka buku yang baharu

Sekian wabillahi taufik wal hidayah wassala mualaikum, w.b.t dan salam sejahtera.
Jemput tuan-tuan dan semua hadirin untuk menikmati hidangan

Anda mungkin juga menyukai