Anda di halaman 1dari 10

Sajak - "Guru Ku" Guruku Engkaulah permata di pandangan Lemah tubuhmu lesu kelihatan Lantaran ujian kebesaran tuhan,

Namun Semangatmu teguh meyakinkan Wajahmu bersinar dalam kesakitan Guruku Jika dapat ku rasai dan dikongsi Di saat sakit pedih, bersilih, kau diuji Ku tawar diri sebagai galang ganti Tanda cinta ku menjunjung ilahi Ketabahanmu terpancar walau sakit tidak terkira Sempit dadaku menahan sebak lara Hanya Allah tempat mengadu mencurah rasa Buat guruku yang cekal hati berjiwa angkasa Guruku Jasamu pada kami tiada tandingan Tiada harga sebagai nilaian Redhai kami ampunkan kesalahan Semoga Allah kurnia balasan Guruku Dirimu yang ku rasakan Mengenalimu suatu kelebihan Mendekatimu suatu keindahan Mencontohimu suatu kepuasan Ceria tawamu suatu kebahagiaan Keresahanmu suatu igauan Penderitaanmu suatu keperitan Kesakitanmu suatu kesedihan Ketabahanmu suatu perjuangan Guruku Engkaulah bapa engkaulah teman Ajaran, teguran, marahan ku jadikan pedoman Begitu agung dan tinggi tanda arasmu Tidak tergapai jejak langkahmu Namun ku cuba sedaya mampu Guruku Budimu menggunung tidak terkira Seiring bapaku yang memelihara

Engkaulah harta anugerah yang esa Tidak terbayang jika engkau tiada Guruku Terima dan redhakanlah akan hamba Walau tercalit cacat dan cela Walau pernah terguris rasa Walau pernah memendam nestapa Guruku Janji setia telah ku lafazkan Pesananmu padu ku genggam Ajaranmu ku jadikan warisan, Nama mu Nama mu akan ku pertahankan Guruku Di saban waktu aku menyembam Kepada tuhan sekelian alam Agar dirimu diberi peliharaan Buat menyambung tugasan ehsan Mendidik kami di serata alam

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En Wan Abd Aziz b. Wan Mat Alam.Guru Penolong kanan ko kurikulum sk kuala tembeling. Beliau akan menamatkan perkhidmatan di sk Kuala Tembeling ini pada 14 dis 2011.Ini bermakna 20 hari lagi beliau akan bergelar sebagai pendidik di sekolah keb Kuala tembeling. Mentari pagi menyerlah menyinari alam kokokan ayam jantan menerjah memecah sunyi majlis meraikan persaraan ckgu Wan Abd Aziz b. Wan Mat Alam Guru penolong kanan koko sekolah kami Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita melihat dan meyaksikan persembahan tarian pelanduk oleh kumpulan .. Majlis merakamkan ribuan terima atas persembahan itu tadi Majlis mempersilakan guru yg diraikan En Wan Abd Aziz, tetamu-tetamu ,guru2 dan semua murid untuk masuk ke dalam dewan BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.T Yang Berusaha Pn Hajjah Hamsiah bt Abdul Ghani Guru Besar SK Kuala Tembeling Yang Berusaha En Nasarudin bin Zainal Abidin Yang dipertua PIBG SK Kuala Tembeling Guru2 Penolong Kanan SK Kuala Tembeling Yang Dikasihi dan Diraikan En Wan Abdul Aziz bin Wan Mat Alam Yang Berbahagia Bekas2 Guru Besar SK Kuala Tembeling Dif-dif jemputan, Yang Dihormati Barisan guru-guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Saya bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana mengucapkan Selamat datang ke : Majlis sempena persaraan En Wan Abdul Aziz b Wan Mat Alam Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK Kuala tembeling

Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh Al fadhil Ustaz Ahmad Arif Nasation b. Abd Rani. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ust Ahmad Ariff atas bacaan doa itu tadi. Bagi meneruskan aturcara pada pagi ini majlis menjenput Pn Hajjah Hamsiah bt Abd Ghani,Guru Besar SK kuala tembeling Untuk membuka tirai ucapan..dipersilakan dengan segala hormatnya Majlis merakamkan ucapan terima kepada Pn Hajjah Hamsiah,GB SK Kuala Tembeling atas ucapan itu tadi. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian Majlis diteruskan lagi dengan paparan slaid yang akan menceritakan sedikit tentang biodata En Wan Abd Aziz dan perjalanan hidupnya sebagai seorang anak kepada kedua ibu bapanya,suami kepada isterinya,ayah kepada anak2nya dan jerih perih dalam mengharungi liku2 hidup sebagai seorang pendidik.paparan slaid ini dikendalikan dan dikemaskini kan oleh En Hafizi dan Pn Syafinaz.

Terbang melayang sianak kedidi, terbang melayang entah kemana..begitulah paparan slaid itu tadi..tentang kehidupan seorang insan di Alam Yang Fana .

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika suaranya tiada berbicara Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan ,En. Wan Abd Aziz b. Wan Mat Alam untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan. Begitulah tadi ucapan yang penuh bermakna yg telah disampaikan oeh En Wan Abd Aziz b Wan Mat Alam.Guru yg diraikan pada hari ini. Hadhirin Yang dihormati Sekalian Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Keikhlasanmu gemilang Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan jasa yang disempurnakan oleh Yang Diraikan En Wan Abd Aziz b Wan Mat Alam sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Bagi meneruskan lagi acara kita pada pagi ini majlis menjemput dan mempersilakan En wan abd Aziz b Wan Mat Alam untuk tampil kehadapan bagi acara memotong kek. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Wan Abd Aziz kerana sudi untuk memotong kek yg telah disediakan oleh kelab guru skkt Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan

Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat

10.30 pagi : Acara Persembahan Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, Kami tampilkan satu persembahan daripada . sebagai kenangan dihalwa telinga untuk kita khusunya untuk yang diraikan. Sama-sama kita saksikan Untuk makluman hadirin, persembahan itu tadi di bawah pimpinan Sekalung penghargaan diucapkan. Seterusnya marilah sama-sama kita saksikan persembahan ..

...

Begitulah santapan mata buat yang diraikan. Sekalung penghargaan atas persembahan istimewa itu tadi. Untuk makluman hadirin, persembahan itu tadi di bawah pimpinan ...

Sidang Hadhirin Sekalian, Tinggi sungguh pohon kuini, Dililit pepaku bersulam semalu, Melepaskan dirimu di saat ini, Basahlah kami meratap pilu. Majlis diteruskan dengan mempersilakan untuk mendendangkan alunan suara mereka. Dengan hormatnya dijemput. Begitulah lontaran suara daripada yang dialunkan untuk kita semua. Tahniah dan syabas. Mengakhiri persembahan kita pada pagi ini, dipersilakan Untuk menampilkan persembahan mereka. Dipersilakan. .

Terima kasih atas persembahan itu tadi. Persembahan itu tadi dibawah pimpinan .. Terima kasih diucapkan.

12.15.tgh : Penyampaian Cenderamata Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini. Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Puan Hamsiah binti Abd Ghani untuk mengiringi Yang Diraikan En Wan Abd Aziz b Wan Mat Alam bagi menerima cenderamata dan hadiah kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Begitulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan En Wan Abd Aziz b Wan Mat Alam. Majlis merakamkan sejutaan penghargaan dan terima kasih atas tanda ingatan, sumbangan dan tanda hati yang diberikan dan semoga menjadi memoir indah dalam dakapan En Wan Abd Aziz.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan Tuai padi antara nampak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Sebelum saya mengakhiri majlis ini,izinkan saya menyampaikan bait-bait puitis yang bertajuk Bak Air yang Mengalir

Bak Air Yang Mengalir Bak air yang mengalir. Tiba jua kiranya di muara waktu, Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu, Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku! Berdiri melihat denai-denai kenangan, Berbunga mesra dalam jambangan ingatan, Barangkali terdengar nanti, Suara bisikan melankolia, Ucap salam anak-anak remaja, Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja. Tiba waktunya untuk menyusun jemari, Membuang segala kerikil bersalut di hati, yang terkhilaf dimaafi, yang sesal diinsafi, yang lebih dibahagi, yang kurang dilengkapi, Agar saat perpisahan ini indah, Terlerai segala durja gundah, Tersirna cebisan amarah, Terurai segala yang bercanggah. Bak air yang mengalir, Tiba juga kiranya di muara waktu, Pasti tersisa kenangan yang terindah, Berhias luka tidak berdarah, Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu, Kerana sekali dipanggil guru, selamanya pun bergelar guru. Selamat tinggal suara-suara ceria, Dataran perhimpunan dan Padang Sekolah, Bilik darjah dan anak-anak keletah, Pejabat tugas dan pembantu ikhlas, Bilik guru dan timbunan buku, Ruang kantin tempat mesra terjalin. Selamat tinggal seribu kerenah,

Datang dan pergi pelbagai wajah, Bercampur gembira bersisip gundah, Bergema didikan beralas madah, Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah! Selamat datang persaraan, Kerana segalanya hanya kesementaraan, Melengkapi perjalanan, Sebuah kehidupan! Bak air yang mengalir, Tiba juga kiranya di muara waktu, Di sini kami pasti merindu, hakikat seorang individu, Bernama Guru. Jelinglah kami jika rindu masih bertamu, Sapalah kami andai mesra akrab berpadu! Selamat berangkat dalam doa berkat, Selamat istirahat dari segala muslihat, Selamat bersara dengan senyuman mesra! Senyumlah seindah suria, Setelah mencurahkan segala-galanya, Pasti beroleh keredaan-Nya. Bak air yang mengalir, Sampai di sini kenangan indah pasti terukir! Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En Wan Abd Aziz b Wan Mat Alam kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis . ini. Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai