Anda di halaman 1dari 12

Teks pengacara Clue

1 Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi melayu turun menurun,
Pantun ditutur pembuka bicara

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Bismillahhirohmanirohim….
Assalamualikum warahmatullahiwabarokatu , salam sejahtera dan Salam Melakaku
Maju Jaya, Rakyat Bahagia Menggamit Dunia. Salam Jabatan Pendidikan Negeri
Melaka, Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
#jpnmelakajenamakerajaanno.1

Yang Diraikan,

Cikgu Ramli Bin Abdullah,

Pengetua SMK Munshi Abdullah

Yang Dihormati,

Cikgu Muhd Radhi Bin Masah

GPK Pentadbiran

Cikgu Che Ku Norazah binti Che Ku Salim

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.


Cikgu Normah binti Ali

Penolong kanan Kokurikulum

Cikgu Normahizam Binti Ariffin,

Penolong Kanan Tingkanan Enam,

Barisan Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Barisan AJK Kelab Staf (Kesta), Barisan
Pendidik, barisan staf sokongan sekolah

Seterusnya, rakan-rakan seperjuangan dan anak didik yang di kasihi sekalian.

Alhamdulillah, kita aturkan syukur ke hadrat Illahi, dengan izin dan limpah rahmat-
Nya kita dapat bersua dengan wajah yang ceria pada pagi ini dalam Majlis MAJLIS
LAMBAIAN KASIH BAKTI DISANJUNG BUDI DIJUNJUNG

Selamat datang ke Majlis Perpisahan dan Pertukaran Cikgu Ramli Bin Abdullah.
Untuk makluman hadirin sekalian majlis ini adalah bertujuan untuk memanifestasikan
penghargaan kami warga Sekolah Kebangsaan Ghafar Baba atas sumbangan dan
jasa bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh Cikgu Ramli berkhidmat disekolah ini.
sarung ketupat berisi inti
dibawa budak sambil berlari
kehadiran yang dirai sangat dihargai
moga majlis bertambah seri

BACAAN DOA
2

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati.

Bagi meneruskan acara kita pada pagi ini dengan menjemput

Ustaz HARRIS BIN SALLEH HUDIN

Untuk membacakan doa memohon keberkatan.

Falyatafaddholmashkuro

Amin..amin…ya rabbalalamin. Terima kasih ustaz atas kesudian memimpin bacaan


doa sebentar tadi.

3 UCAPAN WAKIL MURID

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan UCAPAN DARIPADA ADE PUTRA BIN MAD
MORDIN
Wakil pelajar dan Juga Ketua Pengawas SMK Ghafar Baba. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

<<UCAPAN>>

Terima kasih diucapkan kepada Saudara ADE PUTRA BIN MAD MORDIN atas
ucapan YANG PENUH BERMAKNA BUAT YANG DIRAIKAN, CIKGU RAMLI BIN
ABDULLAH YANG PASTINYA SANGAT DISAYANGI OLEH SEMUA PELAJAR
DARI DULU LAGI.

4 UCAPAN WAKIL GURU ( KESTA)

Hadirin sekalian,

Bukan rumput sebarang rumpun,


Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata ucapan

Majlis seterusnya mempersilakan Cikgu Shahrani Bin Ibrahim Pengerusi Kelab staf
KESTA SMK Ghafar Baba untuk menyampaikan ucapan mewakili guru dan juga staf
SMK Ghafar Baba, dengan segala hormatnya di persilakan.

<<UCAPAN>>

Terima kasih atas untaian kata sebentar tadi.


5 UCAPAN YANG DI RAIKAN : CIKGU RAMLI B ABDULLAH

Malam hari berlagu unggas


Memecah kesunyian di dalam hutan
Walaupun terpisah tempat dan tugas
Budimu tuan dalam ingatan

Bukan senang menampi selasih


Selasih sudah bercampur arang
Bukan mudah bercerai kasih
Kerana kasih bercampur sayang

Bagi meneruskan majlis kita pada hari ini, majlis mempersilakan Cikgu Ramli Bin
Abdullah untuk menyampaikan ucapan beliau.

(Ucapan yang di rai)

Terima kasih tuan atas kesudian menyampaikan pesanan tadi. Banyak ingatan,
banyak kenangan, banyak pengalaman yang dikongsi bersama. Bukan mudah
menerima perpisahan tapi adat pertemuan selalu berpasangan dengan perpisahan.
6

UCAPAN WAKIL PENTADBIR : CIKGU MOHD RADHI BIN MASAH

HADIRIN SEKALIAN,

Duduk sekawan si burung unta

Tepi keramat di waktu malam

Padamu tuan kami meminta

Kata azimat penutup kalam..

Seterusnya,

Mari hayati pula susunan kata secantik bahasa, tanda coretan mengenang jasa.

Dijemput Cikgu Mohd Radhi Bin Masah, GPK Pentadbiran SMK Ghafar Baba
menyampaikan ucapan.

Dipersilakan...
(Ucapan Pemimpin)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Mohd Radhi Bin Masah atas
ucapan yang telah disampaikan.

7 PERSEMBAHAN PELAJAR

Tiap pertemuan pasti akan ada perpisahan,


Itu adat, itu lumrah kehidupan.
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Majlis akan diteruskan dengan persembahan dari pelajar teristimewa buat Cikgu
Ramli Bin Abdullah yang dikasihi, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

<<PERSEMBAHAN>>

“ Disini jua memori tercipta


Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa…”

Begitu la bait lirik persembahan pelajar sebentar tadi seakan memahami perasaan
seluruh warga SMK Ghafar Baba

Terima kasih diucapkan kepada


_________________________________________________ atas persembahan itu
tadi.
TAYANGAN VIDEO

Hadirin sekalian,
Majlis kita akan diteruskan lagi dengan tayagan video.
8
Marilah kita menyaksikan tayangan video kenangan kita semua
bersama-sama dengan tetamu yang diraikan ini. Semoga ianya tetap
segar menjadi kenangan yang indah dan bermakna buat kita semua.

(tayangan video)

Terima kasih diucapkan kepada cikgu ______________ atas


penghasilan video itu tadi.. saya percaya banyak lagi kenangan yang
telah dicipta diantara kita semua, yang ternyata telah menjadi memori
indah buat Pengetua kesayangan kita semua.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
9. Budi tuan jadi kenangan

Sumbangan tuan tidak bertepi


Mengorban diri menyemai bakti
Ganjaran terbaik hanya dari ilahi
Dari kami terimalah cenderamata ini

Majlis mempersilakan Cikgu Ramli Bin Abdullah untuk menerima cenderahati tanda
kenang kenangan dari kami.

Acara penyampaian cenderahati pada pagi ini kita akan mulakan dengan hadiah dari

1-
____________________________________________________________________

2-
____________________________________________________________________

3-
____________________________________________________________________

Terima kasih atas kesudian Cikgu Ramli Bin Abdullah menerima cenderhati tanda
ingatan dari kami

10 Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Umpama berdayung dah sampai ke pelabuhan
yang ruas dah sampai ke buku
yang kitab sudah berkhatam
yang terniat sudah terkabul
yang menerima sudah menerima

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Kalau kerat Batang Gaharu,


Jangan Sampai Meluka Tangan,
Kalau Bertemu Kawan yang Baru,
Kawan Yang Lama Dilupa Jangan.

Sebelum mengundur diri, renungkan kata2 ini,


Persahabatan itu ibarat tangan dan mata,
Tatkala mata menangis, tanganlah yang mengesat air mata
Ketika tangan terluka, mata kan menangis…. Begitulah akrabnya persahabatan kita

Mudik ke hilir berperahu layang


Singgah sebentar di Indera Giri
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri
9 Sebelum bersurai
Sidang hadirin sekalian,
kami tak lupa pesan nenek,

tetamu datang
jangan dilayan alang kepalang
pulang tak berhati walang
dijemput lagi pasti kan datang

Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Diraikan Cikgu Ramli Bin Abdullah bersama
tetamu untuk sesi bergambar sebagai kenang kenangan dan seterusnya ke majlis
jamuan ringan.

Gugur menguning buah kuini,


Menghijau pohon tegak berdiri,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap kelamahan diri

Sebarang kelemahan harap dimaafi


Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Untuk itu majlis saya akhiri dengan lafaz mulia assalamualaikum


warahmatullahiwabarokatu.

Anda mungkin juga menyukai