Anda di halaman 1dari 5

JAMUAN HARI GURU, TARIKH : 17 MEI 2022 MASA: 3.

00PM

TEMPAT * SERI MALAYSIA GENTING

TEMA : BIRU

3.00pm : Jangkaan ketibaan

3.10pm : Ucapan aluan m/c

3.15pm : Bacaan doa

3.20pm : Menyantap

4.00pm : Ucapan Presiden Kelab

4.10pm : Ucapan Tn. GB

4.25pm: Penyampain hadiah khas

4.45pm: Bersurai

4.50pm: Bergerak ke GPO utk yg berhajat

10.30pm: GPO tutup.... berangkat pulang


AUZUBILLAHI MINASSYAITONIRAZIM

BISMILLAHI ……….

ALLAHU AKBAR 3X

ASSALAMUALAIKUM WBT

‫ف‬ ْ َ‫سالَ ُم َعلَى ا‬


ِ ‫ش َر‬ َّ ‫صالَةُ َوال‬ َّ ‫ َوال‬، ‫اَ ْل َح ْم ُد ِهللِ َر ِّب ا ْل َعالَ ِم ْين‬
‫ص َحابِ ِه اَ ْج َم ِع ْين‬ ْ َ‫ َو َعلَى آلِ ِه َوا‬، ‫سلِ ْين‬َ ‫األنبياء وا ْل ُم ْر‬
‫سانِنَا‬ ْ ‫س ْر لَنَا َأ ُمو َرنَا َو‬
َ ِ‫احلُ ْل ُع ْق َدةً ِمنْ ل‬ ُ ‫ش َر ْح لَنَا‬
ِّ َ‫صدُو َرنَا َوي‬ ْ ‫َر ِّب ا‬
‫يَ ْفقَ ُهوا قَ ْولَنَا‬

Lembut bersantun puteri kedah


Dari kejauhan menanam padi
Istimewa majlis diatur sudah
Semoga jadi kenangan abadi.

Indah  sungguh tasik chini


Di tambah seri pepohon ara
di petang selasa bersua di sini
Izinkan saya mulakan acara.

Ramai orang membeli jamu    


Jamu di beli si anak dara                                                                             
Hari ini kita bertemu
Ikatan kasih jalinan mesra.

yang berusaha
Tuan Haji sabran bin Arifin, Guru besar SK Muhammad Jabar

yang dihormati
Encik Abdul Rahman bin Mohamad, YDP PIBG SK Muhammad Jabar

Yang Berusaha

En Saiful Bahari Bin Haron, Penolong Kanan Pentadbiran,

En Mohd Rosdi Bin Salleh, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En Firdaus Bin Abdul Rashid Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang Dihormati,

Encik Nur Azhan bin Zulkafli, Presiden Kelab Guru dan Kakitangan,

Barisan AJK Kelab Guru, Rakan-rakan guru, kakitangan SK Muhammad


Jabar, pembantu pengurusan murid, Tuan-tuan dan puan- puan yang dikasihi
sekalian…

bagi pihak jawatankuasa pelaksana mengucapkan

Selamat datang ke majlis JAMUAN HARI GURU tahun 2022

Di majlis yang permai ini ,marilah kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana
dengan  limpah izinnya  dapat kita berkumpul di dewan yang serba indah ini.

Lama terpisah kini bersua


Bersua pula  di tepian telaga
Terima kasih kepada semua
Segala kerjasama amatlah berharga..

Tujuan majlis ini diadakan, pastinya  meraikan sambutan hari guru tahun 2022 bagi kita
beramah mesra sesama kita, demi mempereratkan silaturrahim antara satu sama lain, setelah
2 tahun tidak meraikan sambutan hari guru.
Ibarat pantun yang berbunyi

sungguh tinggi pohon bidara


tempat berteduh keluarga  pak rahim
sambil berkumpul beramah mesra
mempereratkan lagi silaturrahim

Pergi berhuma di tanjung rokan


Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran semua kami alukan
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Bacaan doa

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari jumaat yang penuh bermakna ini, majlis menjemput
Al-Fadhil Ustaz Mohd Azizi bin Lan untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Doa……………………
Aamiin, ya robbal ‘aalamin...
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al fadzil ustaz Mohd Azizi bin Lan atas
bacaan doa itu tadi. semoga pertemuan kita pada petang ini dipelihara, dilimpahkan sepenuh
manfaat dan keceriaan ,menambah tautan kemesraan .serta berpisahnya kita nanti akan
diiringi dengan seribu ketenangan.
 jamuan makan
sidang hadirin sekalian masa yang ditunggu telah tiba

Rehat sebentar di pulau rusa


Sambil menikmati air nira
Hidangan tersedia seenak rasa
Jemputlah semua menjamu selera.

Beli ikan di pekan limbongan


Anak ikan si anak sembilan
Lauk pauk sedia terhidang
Jemput hadirin untuk menikmati hidangan.

Untuk itu semua tetamu dan yang berada di dalam dewan dijemput  menjamu selera.
…………………………………………………………
makan……………………………………………………

ucapan Presiden Kelab guru


Cantik sungguh songket tenunan
Menjadi kebanggaan zaman berzaman
Marilah kita dengarkan pesanan
Pesanan presiden  jadikan pedoman.

seterusnya ,majlis dengan segala sukacitanya  menjemput, Encik Nur Azhan bin Zulkafli,


selaku pengerusi kelab guru dan kakitangan SK Muhammad Jabar untuk
menyampaikan  sepatah dua kata .

Kupang remis lala dan lokan, silakan cikgu Azhan berikan ucapan.

Majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada en Nur Azhan di atas ucapan itu tadi.
.

Ucapan guru besar

Majlis seterusnya, dengan penuh takzimnya mempersilakan yang berusaha, tuan haji Sabran
bin Arifin, Guru Besar SK Muhammmaxd Ja bar untuk menyampaikan ucapan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan…

..Ucapan…………………

Tumbuh selirat bunga melati


Mari direnjis dalam jambangan
Ucapan tersirat beribu erti
Semoga majlis menjadi kenangan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan  Guru Besar .semoga dengan ucapan itu
tadi dapatmenaikkan lagi  semangat kepada warga SK Muhammad untuk terus berbakti
sepanjang hidup kita.

Penyampaian hadiah khas

tuan-tuan puan-puan hadirin sekalian

Acara kemuncak pada petang ini , kita akan mengetahu siapa kah Yang dinobatkan
Pemenang Pakaian WoW kategori lelaki dan perempuan.
Sebelum itu majlis  menjemput dan mempersilakan  yang berbahagia Encik Saiful bahari binj
haron, mengiringi Tuan haji sabran bin Arifin, guru besar sk Muhammad jabar untuk
menyempurnakan penyampaian hadiah khas. Dipersilakan.

Keputusan sudahpun berada di tangan kami. Dengan ini diumumkan Pemenang Pakaian
WoW kategori lelaki   jatuh kepada
_______________________________________________
berikan tepukan gemuruh  kepada ______________________________________
Tahniah diucapkan

Pemenang Pakaian WoW kategori perempuan jatuh kepada


_______________________________________________
berikan tepukan gemuruh  kepada ______________________________________
Tahniah diucapkan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang dihormati Tuan haji sabran bin arifin
diatas kesudian menyempurnakan hadiah  sebentar tadi.

penutup

hadirin sekalian..dengan berakhirnya  hadiah penyampaian pakaian wow itu  tadi, maka


selesai sudah majlis kita.semoga majlis ini dapat mengeratkan ukhuwah di kalangan kita
untuk terus mengapai kejayaan dalam semua bidang pada tahun hadapan.

sebelum majlis melabuhkan tirainya ,kami mengambil kesempatan ini untuk memohon
ampun dan maaf seandainya kami menerajui majlis ini ,terdapat tutur dan ungkap bicara yang
menyinggung hati dan jiwa.sesungguhnya apa yang terbaik itu adalah datangnya daripada
allah swt dan yang selainnya adalah kerana kelemahan kami sendiri.

Anda mungkin juga menyukai