Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAULIDUR RASUL

QUE TEKS CATATAN


KETIBAAN
TETAMU


JAMUAN Terbang sekawan si burung merbuk,
RINGAN Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, terdapat sedikit


jamuan ringan sudah disediakan. Marilah sama-sama kita menjamu
selera.
BACAAN AYAT- Majlis diserikan lagi dengan Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh
AYAT SUCI AL- Puan Sh Mariam binti Awang Mahmud. Majlis dengan segala
QURAN hormatnya mempersilakan.
CERAMAH Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan, Al-
Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi untuk tampil bagi menyampaikan
ceramah Maulidur Rasul. Majlis dengan penuh takzimnya
mempersilakan.
– Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz atas
penyampaian ceramah yang sungguh bermanfaat sebentar tadi.
Semoga hadirin dan hadirat sekalian dapat mengambil ibrah dan
tarbiah daripada ceramah yang disampaikan sebentar tadi.
KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia, Puan Betrice Kedoh
TETAMU Tajang, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, diiringi oleh Dif-
JEMPUTAN dif kehormat menuju ke Persada Perpaduan.
NYANYIAN Hadirin dan Hadirat sekalian dimohon untuk kekal berdiri bagi
menghormati lagu Negaraku dan lagu Ibu-pertiwiku.

Sidang hadirin dipersilakan duduk.


SALUTASI Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Assalamualaikum wbt Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani.

Yang berbahagia, Puan Betrice Kedoh Tajang, Setiausaha Politik


kepada Premier Sarawak, mewakili YB Datuk Wilson Ugak ak
Kumbong, Timbalan menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal
Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas khas) merangkap Ahli Parlimen
P.216 Hulu Rajang,

Yang berusaha, Ayahanda Penghulu, Abu Talip bin Mokhtar,


Pengerusi JPM Belaga,

Yang dihormati,
Ketua Kpg Melayu Belaga, Haji Awang Jaafar bin Awang Akhbar,

Ketua Kpg Hijrah Jaya, Encik Hasbi bin Awang Radin,

Ketua-ketua jabatan , ketua-ketua kaum, kaunselor-kaunselor, serta


hadirin dan hadirat sekalian.

Selamat Datang ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat


Daerah Belaga bagi tahun 2023.

Sesungguhnya, kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.


yang merupakan Khatimul Anbia’ dinanti-nantikan oleh sekalian
makhluk. Kelahiran Baginda membawa sinar cahaya yang menerangi
kegelapan jahiliah. Baginda memandu hati dan jiwa dengan
menjunjung Islam sebagai penunjuk arahnya.

Justeru, sambutan Maulidur Rasul 1445 Hijrah ini merupakan satu


pembuktian cinta kita terhadap Baginda Rasulullah s.a.w. yang tidak
berbelah bahagi selain mengamalkan sunnah Baginda dan
menjadikan Rasulullah sebagai suri teladan sepanjang zaman
BACAAN DOA Sidang hadirin sekalian,
TUAN IMAM 1
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis menjemput dan
mempersilakan, Al-Fadhil Ustaz
_____________________________________________ untuk
memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.
– Amin, amin ya Rabba; ‘alamin. Semoga bacaan doa sebentar
tadi memberikan kelancaran majlis kita pada hari ini.
UCAPAN ALUAN Hadirin dan hadirat yang dikasihi,
(ABU TALIP BIN
MOKHTAR) Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Majlis kita terus beranjak dengan aturcara seterusnya. Pihak majlis


berbesar hati menjemput dan mempersilakan, Yang dihormati
Ayahanda Penghulu, Abu Talip bin Mokhtar selaku pengerusi JPM
Belaga untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


UCAPAN PN Terbang di awan burung jentayu,
BETRICE Di atas papan batang selisih;
KEDOH Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang berbahagia, Puan


Betrice Kedoh Tajang, setiausaha politik kepada Premier Sarawak
mewakili YB Datuk Wilson Ugak anak Kumbong, ahli Parlimen P.216
Huju Rajang untuk menyampaikan ucapan, Majlis dengan penuh
takzim, mempersilakan.
PERSEMBAHAN Para hadirin yang dikasihi,
NASYID SK
ABUN MATU Alangkah molek majlis kita andai diserikan dengan persembahan.
DAN SMK Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan,
BELAGA Adik-adik cilik kita, yang mewakili SK Abun Matu untuk membuat
sebuah persembahan nasyid dengan tajuk lagu mereka
______________________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada adik-adik cilik kita diatas


persembahan yang memukau sebentar tadi.

Seterusnya majlis menjemput, adik-adik kita yang mewakili SMk


Belaga untuk membuat sebuah persembahan nasyid dengan tajuk
lagu mereka
______________________________________________________

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada adik-adik kita di atas


persembahan yang menarik sebentar tadi.
PENYAMPAIAN Hadirin dan hadirat yang dihormati,
HADIAH
PERTANDINGAN Kini, tibalah kita ke acara penyampaian cenderahati dan hadiah.
SEPANDUK Untuk menyempurnakannya, majlis mejemput
Untuk menyempurnakannya, pihak majlis berbesar hati menjemput
dan mempersilakan Yang berbahagia, Puan Betrice Kedoh Tajang,
setiausaha politik kepada Premier Sarawak mewakili YB Datuk
Wilson Ugak anak Kumbong, ahli Parlimen P.216 Huju Rajang diiringi
oleh Ayahanda Penghulu Abu Talip bin Mokhtar selaku Pengerusi
JPM Belaga untuk tampil ke pentas utama. Dipersilakan.

(Penyampaian cenderahati kepada penceramah sekiranya ada)

Bagi pertandingan Sepanduk bersempena dengan Sambutan


Maulidur Rasul Peringkat daerah Belaga tahun 1445 H/ 2023 Masihi ,
diumumkan pemenang bagi
Tempat ketiga, disandang oleh,
____________________________________________________
Tempat kedua, diberikan kepada,
____________________________________________________
Tempat pertama disandang oleh,
_______________________________________________________

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


berbahagia di atas kesudian menyampaikan cenderahati dan hadiah
sebentar tadi.
SELAWAT Sidang hadirin yang dihormati, marilah kita bersama-sama berselawat
BERAMAI-RAMAI kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
MERARAU Hidangan makan tengahari sudah disediakan. Dijemput tetamu
kehormat kita untuk menjamu selera diiringi oleh dif-dif kehormat.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
(Merujuk kepada situasi semasa)
SOLAT ZOHOR
BERJEMAAH

PENUTUP Majlis kita sudah sampai di penghujungnya, Pihak majlis ingin


menyampaikan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Pada kesempatan ini
juga, pihak majlis memohon kemaafan anda ada terseilap kata,
tersalah bahasa sepanjang majlis berlangsung. Yang baik itu datang
daripada Alls swt dan yang buruk itu adalah kelemahan di pihak kami
sendiri.
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.
Sekian, wabillahitaufikwalhidayah wasalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai