Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS KHATAM AL-QURAN

SK PALOH 1&2 2023

PERKARA TEKS PENGACARAAN

Melati tumbuh kuntum sekata,

Sayang merbah di pohon cemara,

Assalamualaikum mulanya kata,

Salam sembah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Yang Berusaha, Pn Nurul Adlura binti Hussain


Pembuka Guru Besar SK Paloh 1&2
Acara

(Izzat) Yang Dihormati, En. Mat Zaid bin Mohammad


Yang Dipertua PIBG SK Paloh 1&2

Yang Berusaha, En Che Jani bin Che Hasan


Penolong Kanan Pentadbiran SK Paloh 1 & 2

Yang Berusaha, En. Roozaimi bin Ibrahim


Penolong Kanan HEM SK Paloh 1 & 2

Yang Berusaha, En Mohd Za’aim bin Ismail


Penolong Kanan Kokurikulum SK Paloh 1 & 2

Barisan pendidik, warga sekolah serta anak-anak yang disayangi sekalian.


Sayang kumbang mencari makan,

Terbang seiring di tepi kali,

Selamat datang kami ucapkan,

Moga diiring restu llahi

Pembuka Alhamdulillah, segala puji dan rasa syukur ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang
Acara 2 Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan pada
pagi yang penuh barakah ini bagi menjayakan ‘Majlis Khatam Al-Quran Peringkat
(Azlita) Sekolah Kebangsaan Paloh 1&2’ tahun 2023.

Majlis kita pada pagi ini merupakan salah satu agenda pihak sekolah untuk
meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang Tilawah Al-Quran dan juga
merupakan satu kesinambungan bagi menjadikan amalan membaca naskah suci Al-
Quran sebagai budaya dan gaya hidup seharian. Kesungguhan para asatizah serta
para pendidik pastinya melahirkan anak-anak yang cemerlang sepertimana
diimpikan oleh setiap dari kita. InsyaAllah.

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama mempersilakan
para peserta Khatam Al-Quran untuk masuk ke dewan.

--ALUNAN KOMPANG--

Tuan-tuan dan puan-puan,

Jalan-jalan si anak berdua,


Sambil memetik sekuntum kekwa,
Zikir munajat pembersih jiwa,
Doa dipohon menguntum takwa,
Bacaan
Doa Bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan,
(Izzat) memohon rahmat dengan penuh kehambaan kepadaNya. Untuk itu, majlis
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohamad Khuzaimi bin Saupi@Mat Yusof bagi
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

---BACAAN DOA--

Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih Al-Fadhil Ustaz atas pimpinan doa itu tadi.
Semoga majlis kita pada pagi ini diberkati. InsyaAllah.
Hadirin dan hadirat sekalian,

Datang tuan membawa biji,


Biji disimpan di dalam peti,
Ayuh kawan belajar mengaji,
Bacaan Agar damai selalu di hati.
Al-Quran

(Azlita) Sebagai halwa telinga, pengubat jiwa, penenang minda, marilah kita sama-sama
menjemput adik Wan Nurul Umaira binti Wan Mohd Syahril dari kelas 6 Bestari
untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

---BACAAN AL-QURAN---

Ribuan terima kasih diucapkan kepada adik Wan Nurul Umaira atas bacaan ayat-
ayat suci itu tadi.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Mudik di sungai mendayung sampan,


Sampan didayung ke laut dalam,
Ucapan
Sudilah tuan memberi ucapan,
Guru Besar
Kata aluan pemanis kalam.
(Izzat)

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Nurul Adlura binti Hussain,


Guru Besar SK Paloh 1&2 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

--UCAPAN GB--

Terima kasih diucapkan Pn Guru Besar atas ucapan yang disampaikan sebentar
tadi.
Sidang dewan sekalian,

Daun semulur di pekan sari


Ucapan
Perasmian Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
(Azlita)
Kata perasmi hajatnya kami
Seterusnya majlis dengan segala hormat dan ta’zimnya mempersilakan Yang
Dihormati, En Mat Zaid bin Mohammad, Yang Dipertua PIBG SK Paloh 1&2 untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Khatam Al-Quran
peringkat SK Paloh 1&2 bagi Tahun 2023. Dipersilakan.

---UCAPAN YDP---

Ribuan terima kasih diucapkan kepada En Mat Zaid atas ucapan perasmian itu tadi.
Hadirin hadirat sekalian,

Majlis Acara kita pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan majlis khatam Al-Quran. Bagi
Khatam menyempurnakan majlis khatam ini, dengan segala hormatnya, dijemput Al-Fadhil
Ustaz Muhammad Bukhari bin Che Ghani, selaku Juru Khatam untuk mengambil
(Izzat) tempat. Dipersilakan.

---MAJLIS KHATAM---

Alhamdulillah, selesai sudah majlis khatam kita pada pagi ini. Tetapi buat makluman
sidang dewan sekalian, majlis kita masih lagi belum selesai.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Seterusnya, marilah kita sama-sama menikmati persembahan yang akan


Persembah dipersembahkan oleh _____________________________________. Majlis dengan
an Murid segala hormatnya dipersilakan.
(Azlita)

--PERSEMBAHAN MURID—
Berikan tepukan yang gemuruh kepada _____________________________ atas
persembahan itu tadi. Buat makluman semua, persembahan tadi adalah di bawah
bimbingan ___________________. Ribuan terima kasih diucapkan.
Sidang dewan sekalian,
Majlis kita pada hari ini akan diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada
Tokoh Al-Quran dan juga murid-murid khatam. Bagi menyempurnakan upacara
penyampaian hadiah, majlis mempersilakan _________________________, diiringi
___________________ untuk naik ke pentas. Dipersilakan
Penyampai
an Hadiah
--PENYAMPAIAN HADIAH—
(Izzat dan
Azlita)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _______________ dan
_____________ atas kesudian untuk menyempurnakan upacara penyampaian itu
tadi. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada para penerima hadiah sebentar tadi.
Dengan sempurnanya penyampaian hadiah itu tadi, maka berakhirlah majlis kita
pada hari ini. Sebelum kami mengundurkan diri, izinkan kami menyampaikan dua
Penutup rangkap pantun.
Izzat
(Izzat dan Pohon berangan tempat bertemu,
Azlita) Girangnya rasa si anak dara
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah jiwa bangunkan agama.

Azlita
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, Assalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai