Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN TN HJ ZULKIFLI BIN HARUN

SMK BUNUT SUSU 2023

ATURCARA SKRIP PENGACARA CATATAN


KETIBAAN Mengumumkan ketibaan yang diraikan, Tuan Hj Zulkifli bin Harun Muzik
YANG bersama dengan barisan pentadbir SMK Bunut Susu ke Majlis Perarakan
DIRAIKAN Persaraan Tuan Hj Zulkifli bin Harun, permata kesayangan SMK
Bunut Susu.

NYANYIAN Memulakan majlis pada hari ini marilah kita sama-sama


LAGU menyanyikan tiga buah lagu iaitu;
SEKOLAH
LAGU NEGARAKU
LAGU SELAMAT SULTAN dan
LAGU SEKOLAH SMK BUNUT SUSU GEMILANG

Semua hadirin diminta bersedia.

(Nyanyian)

Terima kasih atas nyanyian itu tadi, hadirin dipersilakan duduk


dan mengambil tempat masing-masing.

SALUTASI Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t. dan Salam Malaysia Madani.
 
Lautan Hindi luas terbentang,
Kapal berlabuh dari utara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
 
Yang berusaha,
EN. NOR ASHARUDDIN BIN YUSOFF
Pengetua SMK BUNUT SUSU,

Yang diraikan,
Tuan Hj Zulkifli bin Harun

Yang berusaha,
EN. JUHA BIN ISMAIL,
Pen. Kanan HEM,

Yang berusaha,
CIK WAN NOORARIBAH BINTI ISHAK,
Pen. Kanan KOKURIKULUM,

Barisan guru kanan, Kaunselor Sekolah,


AJK Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah,
Guru-guru dan murid-murid yang dirahmati Allah sekalian.
KATA ALUAN Hadirin yang dikasihi,
PENGACARA
Pakat bersama menunggang kuda,
            Biarpun seketika masanya cuma;
Sisihkan sengketa kiranya ada,
          Bertemu berpisah rencana Yang Esa.
  
Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan
pasti mengundang perpisahan.
Hadirin sekalian, kita berkumpul pada hari ini adalah untuk
meraikan Ustaz Zulkifli bin Harun yang bakal meninggalkan jejak
kenangan serta taburan budi yang tidak terkira di sekolah ini.
 
Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira, begitulah juga
besarnya jasa cikgu sehingga tidak mampu dibalas.
BACAAN DOA Para hadirin yang dihormati,
 
Kalau pergi Tanjung Keramat,
        Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
        Moga majlis mendapat berkat.
 
Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan, Al- Fadhil
Ustaz Tn Hj Adnan bin Adam untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.
 
(Bacaan Doa)

Amin, amin ya Rabbal A’lamin.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih
UCAPAN Bagi meneruskan majlis pada hari ini, dipersilakan saudara
WAKIL Ahmad Muhammad bin Mohd Zamzuri, sebagai wakil pelajar
PELAJAR SMKBS untuk menyampaikan ucapan

(Ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


UCAPAN Seterusnya majlis mempersilakan Tn Hj Abdul Gani bin Ab
PENGERUSI Rahman, pengerusi KGKT mewakili warga guru dan kakitangan
KGKT untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan

(Ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


UCAPAN Para tetamu yang dihormati,
PENGETUA  
Duduk sekawan si burung unta,
         Tepi keramat di waktu malam,
Padamu tuan kami meminta,
         Kata azimat pembuka kalam.
  
Pihak majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan
mempersilakan, Yang berusaha, Encik Nor Asharuddin bin Yusoff,
Pengetua SMK Bunut Susu untuk tampil menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.
 
(PENGETUA BERUCAP)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Tuan


Pengetua atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.
UCAPAN Hadirin yang dikasihi,
PERSARAAN  
Jangan tertawan alpa duniawi,
        Hanya indah serupa mimpi,
Duhai tuan kesatria dirai,
      Hulurkan madah kata bersakti.
 
Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.
 
Pihak majlis dengan sukacitanya akan membaca biodata yang
diraikan, Tuan Hj Zulkifli bin Harun.

Marilah sama-sama kita membacakan bingkisan video Ustaz


Zulkifli bin Harun

(BIODATA)

Gadis rupawan memasang dupa


Buat ketupat atas pedati
Budimu cikgu tidak dilupa
Sudah terpahat di dalam hati

Majlis dengan ini menjemput yang diraikan, Tuan Hj Zulkifli bin


Harun untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN YB)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan tersebut.


PENYAMPAIAN Para tetamu yang dihormati,
CENDERAHATI  
Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian cenderahati dari
yang diraikan kepada semua guru dan kakitangan SMKBS.
Dijemput Uztaz Zulkifli untuk turun ke bawah.

Dipersilakan tuan pengetua,


Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan Hem,
Penolong Kanan kokurikulum,
Dr Mohd Syazwan bin Wan Mahzan, Guru Kanan Bahasa,
Pn Hjh Rohana binti Omar, Guru Kanan Sains Matematik
Pn Hjh Azizah binti Che Soh, Guru Kanan Teknik Vokasional

(Rujuk senarai penyampaian hadiah)

Seterusnya penyampaian cenderahati dari guru dan kakitangan


kepada yang diraikan, Tuan Hj Zulkifli bin Harun.

Dipersilakan yang pertama, hadiah daripada pentadbir. Untuk itu


dipersilakan Tuan Pengetua.

Kedua, hadiah daripada Jabatan Sains Sosial. Dipersilakan


………………...

Seterusnya, hadiah daripada PIBG. Dipersilakan Encik


Shaharaman bin Osman.

Seterusnya, hadiah daripada KGKT. Dipersilakan Tn Hj Abdul


Gani bin Ab Rahman.

Seterusnya, hadiah daripada guru-guru. Dipersilakan En Zawari


bin Mohd Noor.

Seterusnya, hadiah daripada kakitangan pejabat. Dipersilakan Pn


Nazimah binti Che Isa
Seterusnya, hadiah daripada koperasi sekolah. Dipersilakan Pn
Hazlinda binti Abdullah

Seterusnya, hadiah daripada kantin sekolah. Dipersilakan Pn


Zaini binti Yusof

Seterusnya, hadiah daripada asrama. Dipersilakan En Mohd


Hanafiah bin Noor @ Mat Noor

Seterusnya, hadiah persendirian guru. Dipersilakan Pn Hjh Hasni


bt Ali dan Pn Norliza bt Yahaya

Seterusnya, hadiah daripada kelas ____________. Dipersilakan


wakil kelas.

5 Tasawwur
(Bertenang)

BERSURAI Hadirin yang dihormati,

Jenguklah kami tuan dan puan,


Sapalah kami andai merindu,
Selamat menempuh alam persaraan,
Semoga Allah sentiasa memberkatimu
 
Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa untuk
menggambarkan beratnya hati melepaskan pergi. Namun, yang
tersirat telah pun tersurat. Kami mendoakan semoga Tuan Hj
Zulkifli bin Harun akan sentiasa sihat dan menikmati hari-hari
bahagia bersama keluarga tercinta.
 
Selamat bersara cikgu. Segala kenangan akan terpahat menjadi
memori sepanjang zaman.

Putih di dada bulu merpati,


Hinggap sekejap di tepi paya,
Andai bicara mencuit hati,
Salah dan silap maafkan saya.

Hadirin, sekian berakhirlah majlis kita pada hari ini. Pihak majlis
merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada
semua pihak dalam menyempurnakan majlis kita pada hari ini.

Sekian terima kasih.

SESI Seterusnya, majlis mempersilakan Tn Hj Abdul Gani, Pengerusi


BERGAMBAR KGKT untuk meneruskan acara.

1. Sesi bergambar
2. Sesi Lambaian Terakhir
3. Murid bersurai
4. Jamuan guru di dewan makan asrama

Anda mungkin juga menyukai