Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENYERAHAN SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN BELURAN

BIL PERKARA UCAPAN CATATAN


Mengumumkan ketibaan yang berbahagia DATUK HAJAH MAIMUNAH HAJI
1 KETIBAAN VIP SUHAIBUL, PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
diiringi oleh PPD Beluran dan GB SK Pekan Beluran.

2 NYANYIAN LAGU Hadirin dipersilakan berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan Sabah
Tanah Airku
3 MUKADIMAH
Renyai menyapa gerimis petang
Mari berteduh di pohon bidara
Pemanis kalam selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

bismillahirahmanirahim...............

assalamualaikum wbt,..salam sejahtera dan salam sehati sejiwa

Yang berbahagia Datuk Hajah Maimunah binti Hj Suhaibul,Pengarah


Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, yang berbahagia Datuk Dr
Hj Mohd Kassim bin Hj Mohd Ibrahim, Timbalan Pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah, _________________ perunding utama, ketua-
ketua sektor Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, yang dihormati Tn Hj Soje
bin Hj Abd Hassan, Pegawai Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah
Beluran, Pn Salasiah Said, Guru Besar Sk Pekan Beluran, Pn Arnie
Ryzianna Zohari Jurutera Kanan mewakili Ketua Penolong Pengarah
Jabatan Kerja Raya Sabah, semua perunding, para pegawai daripada JPN,
PPD Beluran, pengerusi PIBG Sk Pekan Beluran seterusnya hadirin yang
dihormati.

Selamat datang ke Majlis Penyerahan Sekolah Kebangsaan Pekan


Beluran.
4 BACAAN DOA Lebat kemiri pohonnya rendah, >>
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kita menadah,
Mohon berkat pada yang Esa

untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al-fadhil


ustaz Muhammad Ibrahim Mansor untuk memimpin bacaan
doa.dipersilakan..

**majlis merakamkan terima kasih kepada al-fadhil ustaz al-fadhil ustaz


Muhammad Ibrahim Mansor atas doa itu tadi.

5 UCAPAN ALUAN Sudilah Puan jalan berlapan


OLEH Jalan berlapan di malam kelam,
PENGURUS Sudilah Puan beri ucapan,
PROJEK Kata aluan pemanis kalam

Hadirin yang dihormati..

Majlis pagi ini kita mulakan dengan ucapan yang akan disampaikan oleh
Pn Arnie Ryzianna Zohari Jurutera Kanan selaku wakil Ketua Penolong
Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah.

**terima kasih diucapkan kepada Pn Arnie Ryzianna Zohari atas ucapan


yang disampaikan sebentar tadi.
6 AMANAT DAN Terbang di awan burung jentayu,
HARAPAN Kerana penat gugur ke bumi,
PENGARAH JPN Tampillah puan kami merayu,
SABAH Bersama amanat bekalan kami.

Hadirin yang dihormati,

Seterusnya majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan


Yang berbahagia Datuk Hajah Maimunah binti Hj Suhaibul untuk
menyampaikan amanat dan harapan sempena majlis penyerahan ini.
Dipersilakan.

***majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk


Pengarah atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

7 MENANDATANGA
NI DOKUMEN Tuan-tuan dan puan-puan..
PENYERAHAN
Majlis diteruskan dengan upacara menandatangan dokumen
penyerahan. Dengan itu majlis menjemput yang berbahagia Datuk Hajah
Maimunah Hj Suhaibul, ___________________wakil JKR, Tn Hj Soje Hj Abd
Hassan dan Pn Salasiah Said untuk menandatangani dokumen
penyerahan sekolah kebangsaan Pekan Beluran.

8 PENYERAHAN Hadirin yang dikasihi..


REPLIKA KUNCI
Sebagai simbolik penyerahan sekolah majlis dengan sukacitanya sekali
lagi menjemput en____________ wakil JKR, yang berbahagia Datuk Hajah
Maimunah hj Suhaibul, Tn Hj Soje bin Hj Abd Hassan dan Pn Salasiah
Said.
Replika kunci ini akan diserahkan oleh En ______________ wakil JKR kepada
yang berbahagia Datuk Hjh Maimunah Hj Suhaibul, kemudian diserahkan
oleh Datuk Pengarah kepada yang berusaha Tn Hj Soje bin Hj Abd
Hassan, pengarah pendidikan daerah beluran dan seterusnya diserahkan
kepada yang berusaha Pn Salasiah Said Guru Besar SK Pekan Beluran.

**majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas upacara itu sebentar


tadi.
9 CENDERA
KENANGAN Bagi menterjemahkan penghargaan dan sokongan jabatan pendidikan,
PERASMI maka majlis dengan sukacitanya menjemput En______________ wakil JKR
untuk menyampaikan cendera kenangan.

Untuk itu majlis menjemput YBhg. Datuk Hajah Maimunah Hj Suhaibul


pengarah Jabatan Pendidikan Negeri untuk menerima cendera kenangan.
Seterusnya dipersilakan Tn Hj Soje bin Hj Abd Hassan.

**terima kasih kepada En ______________________ kerana sudi


menyampaikan cendera kenangan sebentar tadi.

10 FOTOGRAFI Tuan-tuan dan puan-puan dijemput untuk sesi fotografi bersama tetamu
kehormat kita di ________________________________

11 LAWATAN TAPAK Majlis menjemput Datuk Pengarah dan para jemputan untuk bersama-
sama membuat sesi lawatan di sekeliling tapak projek Sk Pekan Beluran.
12 PENUTUP Selepas lawatan tapak para hadirin dijemput untuk menjamu makanan
di __________________.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai