Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN

PPKI 2018

TARIKH: 15 NOVEMBER 2018

MASA: 2:30 PETANG

TEMPAT: SERI PACIFIC HOTEL, KL

BIL MASA ACARA CATATAN


1. 2:30 Petang Bismillahirrahmanirrahim…alhamdulillahirobiil
alaminwasolatuwasalamu……….
UCAPAN
ALUAN Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
 Yang Dihormati Encik Mohd Zuraidi bin Zakaria,
Naib Yang Dipertua PIBG,
 Yang Diraikan Bekas Guru PPKI Puan Hajah Laila
binti Manja dan Puan Gurmit Kaur a/p Gurdial
Singh
 Yang Berbahagia Datin Jamnah @Intan binti
Idrus, Guru Besar SK Taman Ehsan
 Puan Shamsiah binti Mad Rais, PK Hal Ehwal
Murid
 Puan NoorSahasliza binti Saidin, PK Kokurikulum
 Encik Mohd Faizal bin Alias, PK Pendidikan Khas
 Barisan Warga Pendidik dan Pembantu
Pengurusan Murid Pendidikan Khas Integrasi SK
Taman Ehsan seterusnya Yang Diraikan murid-
murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,


Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran
dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
rahmatNya pada pagi yang penuh barakah ini, kita
diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul
pada Majlis Graduasi Dan Anugerah Kecemerlangan
PPKI SK Taman Ehsan 2018. Saya mewakili pihak PPKI
SK Taman Ehsan ingin merakamkan setingi-tinggi
penghargaan kepada Naib Yang Dipertua PIBG SK
Taman Ehsan, Encik Mohd Zuraidi bin Zakaria kerana
sudi memenuhi undangan pihak jawatankuasa bagi
menyempurnakan majlis pada petang ini.

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,


Untuk makluman, majlis graduasi ini julung kali
diadakan untuk meraikan dan mengiktiraf kejayaan
anak-anak Berkeperluan Khas dalam bidang
kurikulum dan kokurikulum. Dengan adanya program
seumpama ini, diharapkan menjadi satu galakan
kepada murid untuk berusaha lebih gigih demi
mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan
kokurikulum seterusnya memberikan motivasi kepada
ibu bapa untuk terus membantu anak-anak mereka
mencapai kejayaan.
2. 2:45 Petang Hadirin Sekalian,
BACAAN DOA
Bagi memberkati majlis dengan ini dijemput al-Fadhil
Encik Ahmad Firdaus bin Mohamad untuk memimpin
bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
--------------------------------------selesai bacaan doa----------
Amin2 Ya Rabbal Alamin
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa
sebentar tadi.
2:50 Petang Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
3. Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
UCAPAN PK
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
PENDIDIKAN
KHAS
Hadirin sekalian,

Tirai ucapan pada petang ini, dimulakan dengan


ucapan Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Taman
Ehsan. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Encik Mohd Faizal bin Alias, untuk
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

------------------------------selesai ucapan--------------
Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Faizal bin
Alias, Penolong Kanan PPKI SK Taman Ehsan atas
ucapan yang dititipkan sebentar tadi.
4. 3:00 Petang Pergi ke kota membeli selasih
Sayang si dara buat halwa
UCAPAN GB Berilah kata simpulan kasih
Sulamkan mesra satukan jiwa

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Kelangsungan majlis diteruskan lagi dengan
menjemput Yang Berbahagia Datin Jamnah @Intan
binti Idrus Guru Besar SK Taman Ehsan untuk
menyampaikan ucapan sepatah dua kata. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
-------------------------Selesai ucapan-----------------
Jutaan terima kasih diucapakan kepada Yang
Berbahagia Datin Jamnah @Intan binti Idrus Guru
Besar SK Taman Ehsan atas ucapannya itu tadi.
5. 3:10 Petang Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
UCAPAN Kepada tuan hormat diberi,
PERASMI
Mohon rasmikan majlis kami.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu
ucapan daripada tetamu kehormat. Bertonggak
adat, “yang datang disambut, yang pergi diringi”,
maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan En.
Mohd Zuraidi bin Zakaria, Naib yang Dipertua PIBG SK
Taman Ehsan menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis Graduasi dan Kecemerlangan PPKI
2018. Dengan segala hormatnya dipersilakan
-------------------------------------selesai ucapan-------
Jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Mohd
Zuraidi bin Zakaria Naib Yang Dipertua PIBG SK Taman
Ehsan atas ucapan perasmian sebentar tadi.
6. 3:15 Petang CENDERAHATI PERASMI
Bagi menghargai kesudian Encik Mohd Zuraidi bin
Cenderahati
Perasmi Zakaria Naib Yang DipertuA PIBG SK Taman Ehsan
hadir ke Majlis Graduasi dan Kecemerlangan PPKI,
majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Datin
Jamnah@Intan binti Idrus, Guru Besar SK Taman Ehsan
diiringi En. Mohd Faizal bin Alias, Penolong Kanan
Pendidikan Khas untuk menyampaikan cenderahati
daripada pihak sekolah. Majlis dengan segala
hormatnya dipersilakan.
------------selesai penyampaian cenderahati------
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang
Berbahagia Datin Jamnah@Intan binti Idrus, Guru
Besar SK Taman Ehsan kepada SK Taman Ehsan atas
penyampaian cenderahati itu tadi.
7. 3:20 Petang Dari Kedah pergi ke Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
PERSEMBAHAN Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
MURID Moga hadirin terhibur di hati

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada petang ini,


majlis dengan sukacitanya menjemput anak-anak
didik yang disayangi untuk menyampaikan
persembahan nyanyian Lagu Gemuruh dan Terima
Kasih Cikgu di bawah bimbingan Pn. Masri Aida binti
Mohd Ghani dan Pn. Che Sharifah binti Che Harun.
Dipersilakan.
---------------------selesai persembahan----------------
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada anak-
anak PPKI atas persembahan itu tadi. Hadirin di
jemput untuk menjamu selera
8. 3:30 Petang Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

CABUTAN
Sekarang tibalah masa untuk acara cabutan bertuah
BERTUAH 1
yang akan diambil alih oleh En. Firdaus.
9. 3:45 Petang Hadirin sekalian,

PENYAMPAIAN Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada


HADIAH KKBD usaha gigih yang berterusan. Usaha yang tidak
mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan
dan kecemerlangan.

Hadirin sekalian,

Majlis mempersilakan En. Mohd Faizal Bin Alias, selaku


Penolong Kanan Pendidikan Khas naik ke pentas
untuk menyempurnakan penyampaian anugerah
cemerlang Murid – Murid KKBD. Majlis dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Faizal di


atas kesudian menyempurnakan majlis.

---------------------------selesai penyampaian hadiah-------

Sekalung tahniah diucapkan kepada penerima-


penerima anugerah. Diharapkan penganugerahan
ini dapat menyuntik semangat kepada para murid-
murid untuk terus menunjukkan prestasi yang lebih
cemerlang pada tahun-tahun akan datang.

10. 4:00 Petang Hadirin sekalian,

Penyampaian Majlis mempersilakan En. Mohd Zuraidi Bin Zakaria,


Hadiah KKBP selaku Naib Yang Dipertua PIBG diiringi oleh Yang
Berbahagia Datin Jamnah @ Intan Binti Idrus, Guru
Besar SK Taman Ehsan untuk menyempurnakan
penyampaian anugerah cemerlang Murid – Murid
KKBP. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Zuraidi Bin


Zakaria yang diiringi oleh Datin Jamnah di atas
kesudian menyempurnakan majlis.

---------------------selesai penyampaian hadiah-------

Sekalung tahniah diucapkan kepada penerima-


penerima anugerah. Semoga murid – murid lebih
cemerlang untuk tahun mendatang.

11. 4.15 petang Untuk makluman hadirin sekalian, jemputan khas kita
pada hari ini ialah Pn. Hajah Laila binti Manja dan
CENDERAHATI
JEMPUTAN Puan Gurmit Kaur a/p Gurdial Singh yang merupakan
KHAS
bekas guru Pendidikan Khas Integrasi SK Taman Ehsan
yang telah banyak menabur jasa mendidik anak-
anak khas kita selama ini. Bagi menghargai jasa
mereka kami dengan berbesar hati menjemput Yang
berbahagia Datin Jamnah@Intan binti Idrus Guru
Besar SK Taman Ehsan diiringi PK Pendidikan Khas
Encik Mohd Faizal bin Alias untuk menyampaikan
sedikit cenderahati tanda penghargaan. Dengan ini
majlis menjemput Pn. Hajah Laila binti Manja dan Pn.
Gurmit Kaur.
---------------selesai penyampaian----------------------
12. 4.20 petang PERSEMBAHAN BADUT

PERSEMBAHAN Bagi menceriakan lagi suasana pada petang ini


BADUT majlis diteruskan dengan persembahan Badut yang
didatangkan khas daripada………………...
Majlis mempersilakan.

13. 4.30 Petang Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

CABUTAN
Sekali lagi tibalah masa untuk acara cabutan
BERTUAH 2
bertuah yang akan diambil alih oleh En. Firdaus.
Dipersilakan.

14. 4.45 Petang Kini tibalah acara kemuncak iaitu Majlis Graduasi
murid-murid Tahun 6 PPKI SK Taman Ehsan 2018 dan
MAJLIS
GRADUASI Penyampaian Tokoh Murid. Majlis dengan penuh
DAN TOKOH
takzim dan sukacitanya mempersilakan Yang
Berbahagia, Datin Jamnah @Intan binti Idrus, Guru
Besar SK Taman Ehsan, Encik Mohd Zuraidi bin Zakaria
Naib Yang Dipertua PIBG, Puan Shamsiah binti Mad
Rais, PK HEM, Puan NoorSahasliza binti Saidin, PK
Kokurikulum, Encik Mohd Faizal bin Alias untuk
menyempurnakan majlis.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Sekalung tahniah diucapkan kepada para penerima


anugerah atas kecemerlangan yang ditunjukkan.

15. 5:00 Petang Para hadirin sekalian,

Kini kita berada di penghujung acara. Pihak majlis


ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam memastikan Kelancaran Majlis Graduasi dan
Anugerah Kecemerlangan PPKI SK Taman Ehsan 2018
berlangsung dengan meriah. Terima kasih juga
diucapkan kepada semua murid dan ibu bapa di
atas kerjasama dan kehadiran tuan/ puan di majlis
ini.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putera puteri,
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap di maafi.
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
Wabillahitaufik walhidayah.......

Anda mungkin juga menyukai