Anda di halaman 1dari 5

TEKS EMCEE MAJLIS PELEPASAN KONTIGEN KvSKILL ZON TENGAH

PERINGKAT KEBANGSAAN 2019


07032020

MASA PERKARA/TEKS CATATAN


Ketibaan VIP
Hadirin
Mengumuman ketibaan Yang Berusaha En Supian
tepuk
bin Mahmood,
Pengerusi Majlis Pengarah/Pengetua Kolej
9.00 am Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Zon
Tengah
diiringi dif- dif kehormat.
** PA
system
** PASANG LAGU NEGARAKU

Hadirin dan para jemputan dipersilakan duduk.


Bismillah…assalamualaikum wbt dan salam
UCAPAN sejahtera
ALUAN
PENGACARA Rimbun kemangi tumbuh melata
MAJLIS
dibawa pulang buat santapan;
Majlis bermula tirai dibuka,
Selamat datang kami ucapkan

Yang Berusaha
EN SUPIAN BIN MAHMOOD,
PENGERUSI MAJLIS PENGARAH /PENGETUA
KOLEJ VOKASIONAL/SEKOLAH MENENGAH
TEKNIK ZON TENGAH,

Yang Berusaha
EN AHMAD BIN ABD RAZAK
PENGARAH
KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH

PN BADARIAH BINTI AHMAD


TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK
KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH

TUAN HAJI ROSLI BIN SHAFFIE


TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK
KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH

EN SHAHRUDIN BIN BASRI


KETUA UNIT JAMINAN KUALITI
KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH

PENGARAH-PENGARAH, PENGETUA,
TIMBALAN PENGARAH, PENOLONG KANAN
KOLEJ VOKASIONAL DAN SMT ZON TENGAH,
KETUA-KETUA KONTIGEN

PENSYARAH-PENSYARAH PENGIRING

JURULATIH-JURULATIH PERTANDINGAN

DAN PARA PESERTA PERTANDINGAN

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SELAMAT


DATANG KE
MAJLIS PELEPASAN KONTIGEN KVSKILLS
KEBANGSAAN KOLEJ VOKASIONAL, ZON
TENGAH 2019.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana


dengan limpah kurniaNya kita dapat bersama-
sama berhimpun pada pagi ini bagi menjayakan
MAJLIS PELEPASAN KONTIGEN KV SKILLS
PERINGKAT KEBANGSAAN UNTUK KOLEJ
VOKASIONAL ZON TENGAH 2019.

Untuk pengetahuan semua KV Skills adalah satu


inisiatif Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknik
Dan Vokasional (BPLTV) untuk mencetuskan nilai
tambah dalam kalangan pelajar kolej selain
memacu kumpulan tenaga mahir dalam industri
bertaraf negara maju

Oleh itu, adalah dengan rasa berbesar hatinya


pihak Kolej Vokasional Sungai Buloh telah dipilih
untuk menjadi tuan rumah majlis pelepasan
kontigen kebangsaan untuk tahun ini.

BACAAN DOA Tuan-tuan dan puan-puan, para pelajar sekalian,


Sebelum kita meneruskan majlis,
Marilah kita bersama-sama menadah tangan
memohon berkat daripada Allah Yg Maha Pengasih
lagi Penyayang agar segala urusan kita pada hari
ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan EN SHAMSUDIN KB HAMZAH
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan…

Amin.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


EN SHAMSUDIN KB HAMZAH
Diatas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN
PERASMIAN Hadirin yang dihormati sekelian,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian


oleh
Yang Berusaha En Supian bin Mahmood,
Pengerusi Majlis Pengarah/Pengetua Kolej
Vokasional /Sekolah Menengah Teknik Zon
Tengah

Dengan segala hormatnya dipersilakan

(UCAPAN EN SUPIAN)

(UCAPAN HABIS)

PENYERAHAN Majlis mempersilakan EN SUPIAN BIN MAHMOOD


BENDERA untuk kekal berada diatas pentas untuk acara
KONTIGEN penyerahan bendera kontigen

Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya


menjemput Timbalan Pengarah Kolej Vokasional
Ert Setapak,
EN. DAUD BIN ISMAIL, selaku wakil tuan rumah
pertandingan KvSkills Kebangsaan Zon Tengah
2018 untuk menyerahkan bendera kontigen
kepada EN SUPIAN BIN MAHMOOD

(EN DAUD SERAH BENDERA PADA EN SUPIAN)

Seterusnya, majlis menjemput


EN NORAZMAN BIN MARJUKI, Ketua Kontigen
Kolej Vokasional Shah Alam, selaku tuan rumah
Pertandingan KVSKILLS Kebangsaan Zon Tengah
untuk naik ke pentas dan menerima bendera
kontigen sebagai simbolik untuk dibawa ke
pertandingan KvSkills Peringkat Kebangsaan 2019
di Zon Utara.

(SELESAI PENYERAHAN BENDERA)


PA System
Majlis merakamkan berbanyak terima kasih Ready
kepada Montaj
EN SUPIAN BIN MAHMOOD, EN DAUD BIN
ISMAIL DAN EN NORAZMAN BIN MARJUKI diatas
penyempurnaan acara penyerahan bendera itu
tadi.

MONTAJ (EN SUPIAN DUDUK)

(MONTAJ PASANG)

MAKLUMAN
SESI Baiklah,
BERGAMBAR Seterusnya adalah sesi fotografi untuk setiap
kontigen dan berkumpulan

Hadirin sekelian,
Untuk sesi fotografi kontigen, setiap kontigen akan
dipersilakan untuk mengambil gambar bersama
pengarah kolej masing masing diatas pentas.
Oleh itu, para kontigen diminta untuk bersedia.

Selesai bergambar mengikut kolej masing-masing,


pelajar diminta untuk duduk semula di tempat
masing masing untuk acara seterusnya, iaitu sesi
fotografi berkumpulan.

Selesai sesi bergambar, peserta dan ketua


kontigen boleh lah bergerak ke luar dewan untuk
sesi perlepasan secara teratur.

Namun begitu, dif-dif kehormat diminta untuk


kekal tunggu di dalam dewan sehingga semua
peserta selesai meninggalkan dewan.
SESI
FOTOGRAFI Dimulakan dengan kontigen dari :
MENGIKUT
KONTIGEN 1. KV SUNGAI BULOH
2. KV ERT SETAPAK
3. KV SULTAN ABD SAMAD
4. KV KUALA SELANGOR
5. KV KAJANG
6. KV SEPANG
7. KV SETAPAK
8. KV SHAH ALAM
SESI
FOTOGRAFI Seterusnya adalah sesi bergambar berkumpulan.
BERKUMPULAN Diminta semua kontigen untuk memenuhkan
ruang di hadapan.

MAJLIS
PELEPASAN Dengan berakhirnya sesi fotografi sebentar tadi,
KONTIGEN maka kita sudah berada di penghujung majlis,
LUAR DEWAN oleh itu, dipersilakan ketua-ketua kontigen, dan
peserta pertandingan untuk bergerak ke bangunan
Pusat Penyelenggaraan Alat untuk majlis
pelepasan kontigen di luar dewan.

Mohon dif kehormat untuk kekal di dalam dewan.

Seterusnya majlis menjemput En Supian b


Mahmood dengan diiringin dif-dif kehormat
bergerak ke luar dewan untuk sama sama
menyempurnakan majlis pelepasan kontigen
kvskills kebangsaan kv zon tengah 2019.
Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai