Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN e-SPORT PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

QUE ANN
SALUTASI Bismillahirrahmanirrahim.

1. Yang Berusaha Puan Hajah Salmah binti Jopri,


Pengarah Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Yang Berusaha Tuan Haji Shahilon bin Abdul Halim,


Timbalan Pengarah Pendidikan Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Johor merangkap Pengerusi Pengelola Kejohanan e-Sport
Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Tahun 2021

3. Yang Berusaha Puan Norbiha binti Buang


Ketua Penolong Pengarah Kanan Pendidikan Khas
Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Johor

4. Yang Berusaha Pengarah-Pengarah Pendidikan Negeri


5. Barisan Ketua Penolong Pengarah Kanan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri
6. Barisan Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri
7. Para Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pendidikan Khas
8. Barisan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
9. Ahli Jawatankuasa Kerja Kejohanan e-Sport Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Tahun
2021
10. Guru-guru Pendidikan Khas
11. Para kontinjen Kejohanan e-Sport Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Tahun 2021
12. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

ALU-ALUAN Alhamdulillah, kita zahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Rabbul Jalil dapat kita bersiaran
PENGACARA
langsung pada petang ini bagi menjayakan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan e-Sport
MAJLIS
Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 menerusi YouTube Live dan Facebook
Live Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Untuk pengetahuan semua,
1
Kejohanan e-Sport Pendidikan Khas adalah pertandingan secara dalam talian yang
mempertandingkan dua acara iaitu Pertandingan Catur dan Pertandingan Timbang Bola melibatkan
Murid Berkeperluan Khas kategori Kelainan Upaya Pendengaran, Kelainan Upaya Penglihatan,
Kelainan Upaya Pembelajaran dan Kelainan Upaya Fizikal.

Semua pertandingan dijalankan selama tiga hari bermula 8 hingga 10 November 2021 yang
menampilkan penyertaan Murid Berkeperluan Khas dari peringkat rendah hingga menengah
daripada 16 kontinjen negeri.

BACAAN DOA Penonton sekalian,


Seterusnya adalah bacaan doa. Sebagai tanda syukur marilah bersama-sama menadah tangan dan
mengaminkan doa yang akan dibacakan.

Maka, majlis mempersilakan al-Fadhil Ustaz Mohd Hafiz bin Che Nordin, Guru SK Kota Masai 2,
Negeri Johor bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
(Bacaan)
Terima kasih atas pimpinan doa itu tadi.

UCAPAN Penonton sekalian,


ALU-ALUAN
Seterusnya adalah ucapan alu-aluan. Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan
Norbiha binti Buang, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan
Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
(Ucapan)
Terima kasih diucapkan.

PENGENALAN Sekarang sama-sama kita saksikan paparan kontinjen-kontinjen yang bertanding dalam Kejohanan
KONTINJEN
e-Sport Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Tahun 2021.
(Tayangan)

UCAPAN Penonton yang dikasihi,


PERASMIAN
Seterusnya adalah ucapan perasmian penutupan. Kini dengan takzimnya majlis mempersilakan
Yang Berusaha Puan Hajah Salmah binti Jopri, Pengarah Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan Malaysia, bagi menyampaikan ucapan sekaligus menutup rasmi
Kejohanan e-Sport Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Tahun 2021. Dipersilakan.
(Ucapan)
Terima kasih diucapkan.

2
SOROTAN (Tayangan)
PERTANDINGAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan perasmian penutupan dan sorotan
pertandingan itu tadi.

PENGUMUMAN Penonton sekalian,


PEMENANG
Kini kita beralih ke sesi pengumuman keputusan rasmi pemenang Kejohanan e-Sport Pendidikan
Khas Peringkat Kebangsaan Tahun 2021. Paparan berikut bakal menampilkan keputusannya.
Sama-sama kita saksikan.
(Tayangan)
Salam tahniah kepada para peserta yang berjaya dalam semua pertandingan yang dianjurkan
dalam edisi kejohanan buat julung kali ini.

PENUTUP Sebelum tirai dilabuhkan, pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih
kepada Yang Berusaha Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, tuan-tuan dan puan-puan, para guru
dan ibu bapa serta semua kontinjen yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
menjayakan Kejohanan e-Sport Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Tahun 2021.

Segala kekurangan dan kesilapan yang berlaku kami susuli dengan permohonan ampun dan maaf.
Syabas dan tahniah sekali lagi kepada mereka yang berjaya meraih kemenangan.

Ada awal ada akhirnya;


Ada mula ada penyudahnya.

Sekian sahaja majlis kita pada hari ini. Lindung diri lindung semua, terima kasih dan jumpa lagi.
Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum wabarakatuh.

KREDIT JURI / (Tayangan)


AJK KERJA

Anda mungkin juga menyukai