Anda di halaman 1dari 6

SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA DI BAWAH RANCANGAN (RIMUP)

ANTARA SJK (C) JOHOR JAYA, SK TMN MOLEK DAN SJKT LADANG TEBRAU.

Masa Perkara Catatan

Murid berkumpul di dewan kecil

Ketibaan dif-dif jemputan, guru dan murid

Mengumumkan ketibaan Pengerusi Lembaga


Pengurus Sekolah SJK (C) Johor
Jaya_________________________
,Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKC
Johor Jaya , Pn Chang Li Fong, AJK2 PIBG ,Guru
Besar SJKC Johor Jaya, Pn Ku Yock Thin dan
tetamu jemputan RIMUP daripada sekolah SK
Taman Molek dan SJKT Ladang Tebrau.

Dipersilakan semua jemputan, guru-guru dan


murid-murid untuk mengambil tempat.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam


Malaysia Baru.

Yang Berbahagia, Pengerusi Lembaga Pengurus


Sekolah SJK (C) Johor ____________________,
Yang Berbahagia, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa
dan Guru SJKC Johor Jaya, Puan Chang Li Fong,
Yang Berusaha, Guru Besar SJK (C) Johor Jaya,
Pn Ku Yock Thin.
Yang dihormati AJK-AJK PIBG, serta guru-guru dan
murid-murid sekalian.

Pertama sekali, marilah kita memanjatkan


kesyukuran kerana dapat berkumpul di dewan ini
bagi menjayakan Sambutan Tahun Baru Cina di
bawah aktiviti RIMUP antara SJK (C) Johor Jaya, SK
Taman Molek dan SJKT Ladang Tebrau.

Bagi pihak sekolah, saya mengalu-alukan


kehadiran warga SK Taman Molek dan SJKT
Ladang Tebrau.

Bertemu kita di pagi ceria,


Menjalin ikatan hati ke hati,
Program RIMUP aktiviti mulia,
Bina perpaduan dan jati diri.

Nyanyian Negaraku

Memulakan majlis pada hari ini, hadirin dimohon


berdiri untuk menyanyikan lagu Bangsa Johor dan
Negaraku.

Terima kasih diucapkan.

Ucapan aluan Pengerusi Lembaga Pengurus


Sekolah,Pengerusi PIBG, Guru Besar SJKC Johor
Jaya

Seterusnya, majlis menjemput Guru Besar SJK (C)


Johor Jaya Pn Ku Yock Thin untuk menyampaikan
ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Majlis merakamkan terima kasih di atas ucapan
itu tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh


Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKC
Johor Jaya, Pn Chang Li Fong. Majlis menjemput
dan mempersilakan.

Terima Kasih di atas ucapan itu tadi.

Hadirin sekalian,
Seterusnya dijemput Pengerusi Lembaga
Pengurus Sekolah SJK (C) Johor
Jaya_________________________________
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan

Terima kasih di atas ucapan itu tadi.


Pemberian Ang Pow kepada wakil murid mengikut
kelas.
Persembahan tarian murid SJK (C) Johor Jaya

Seterusnya, kita akan menyaksikan persembahan


tarian oleh murid SJK (C)Johor Jaya. Semoga
kemeriahan dan kegembiraan yang ditunjukkan
oleh kumpulan tarian ini akan memberikan
permulaan yang baik bagi tahun baru ini .
Dengan sukacitanya, dipersilakan.

Persembahan yang menarik dan bertenaga ya.


Penceritaan Adat Resam dan Budaya Semasa
Tahun Baru Cina.

Hadirin sekalian. Tahun Baru Cina merupakan


perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut
tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar
qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun
dan dinamakan sempena nama haiwan.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik
permulaan dalam nasib dan kehidupan. Untuk
menerangkan dengan lebih lanjut tentang Tahun
Baru Cina ini dijemput Cikgu Tan Bee Fong dan
Cikgu Lee Chiu Lee. Majlis mempersilakan.

Menarik dan penuh informasi maklumat yang


disampaikan. Majlis mengucapkan ribuan terima
kasih.

Kemeriahan dan kehangatan persembahan pada


hari ini diteruskan lagi dengan persembahan
bertenaga daripada kumpulan ukulele yang terdiri
daripada murid-murid SJKC Johor Jaya yang aktif
dan berbakat. Majlis mempersilakan.

Bagi menambahkan kehangatan sambutan pada


hari ini, persembahan diteruskan dengan
tayangan video sambutan tahun baru cina.
Dipersilakan.

Terima kasih di atas persembahan yang sangat


bertenaga itu tadi. Diharapkan semua hadirin
telah terhibur.
“Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang
kaum, dan memahami antara satu sama lain.
Menghormati dan mengenali budaya dan adat
resam setiap kaum bukan sahaja memberi kita
pemahaman yang lebih mendalam, tetapi juga
menggalakkan perpaduan di kalangan semua. “

Pemberian ang pow pula adalah melambangkan


kebahagiaan, kesihatan yang baik dan semua
yang positif kepada penerima.

Oleh yang demikian, majlis diteruskan dengan


pemberian ang pow kepada murid-murid SK Tmn
Molek dan SJKT Ladang Tebrau. Dijemput
Pengerusi PIBG SJKC Johor Jaya Pn Chang Li Fong
diiringi oleh Pn Ku Yock Thin, guru besar SJKC
Johor Jaya untuk menyampaikan angpow
tersebut.

Dipersilakan murid-murid daripada SK Taman


Molek dan SJKT Ladang Tebrau untuk naik ke atas
pentas dan menerima angpow.

Terima kasih diucapkan Pn Chang Li Fong dan Pn


Ku Yock Thin.

Sebelum menutup aturcara pada hari ini,pihak


sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih
kepada semua pihak yang telah menjayakan
aktiviti RIMUP Sambutan Tahun Baru Cina ini
sama ada secara langsung mahupun tidak
langsung. Kami juga memohon maaf jika terdapat
sebarang kelemahan dan kekurangan.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai