Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN MAJLIS JOM KE SEKOLAH 2017

TEKS PENGACARAAN MAJLIS


PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2017
ACARA TEKS

KATA ALU- Assalamualaikum WBT.


ALUAN
Majlis mengucapkan selamat datang ke Majlis Pelancaran Jom Ke
Sekolah Dan Penyerahan Peti Aduan Disiplin Murid bagi tahun 2017.

Pergi ke pasar membeli ikan,


Ikan dimasak di atas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan Bismillah pembuka acara.

Yang Berusaha Tn Hj Damak B Hj Angu, Guru Besar Sekolah


Kebangsaan Batu 15.

Yang Dihormati Koperal Rojest, ______________________________________


_____________________________

Yang Dihormati Encik Suyong Anak Uyak, Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati Encik Rosman Bin Mat Jidin, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid

Yang Dihormati Encik Nordin Bin Hiri, Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG, Rakan-Rakan Guru, Anggota


Kakitangan Sokongan, Ibubapa-Ibubapa Serta Adik-Adik Pelajar Yang
Disayangi Sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi


Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka
kita diberikan luangan waktu, dianugerahkan kesihatan yang baik
untuk berkumpul dalam majlis pelancaran Program Jom Ke Sekolah
dan Penyerahan Peti Aduan Disiplin Murid bagi tahun 2017.

Buat pengetahuan semua, program pada pagi ini bertujuan untuk:


i. Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di
antara pihak sekolah dan Pegawai Perhubungan Sekolah.
ii. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada
terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi
undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di
luar sekolah.
iii. Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid.

BACAAN DOA Bagi memulakan dan memuliakan majlis, marilah kita sama-sama
menadah tangan, memohon keberkatan agar segala urusan
mendapat rahmat. Justeru, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Al Fadhil Ustaz Mohd Nizam B Hanipah untuk
memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

********************* BACAAN DOA************************

Amin Ya rabbal alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al


Fadhil Ustaz Mohd Nizam B Hanipah atas pimpinan bacaan doa itu
tadi.

NYANYIAN Seterusnya, para hadirin dimohon berdiri dan bersama-sama


LAGU menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah Berilmu & Berbakti.
NEGARAKU
DAN LAGU *****************NYANYIAN LAGU********************
SEKOLAH.
Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi. Tetamu
jemputan dan para guru dipersilakan duduk.

BACAAN Majlis menjemput Adik __________________________________________


IKRAR MURID untuk mengetuai bacaan ikrar murid.

*******************BACAAN IKRAR *********************

Terima kasih adik ____________________________________. Murid-murid


dipersilakan duduk.

BACAAN Majlis mempersilakan Encik Muhammad Khairul Anam untuk


PERUTUSAN membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sempena
KETUA Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan bagi
PENGARAH tahun 2017. Dipersilakan.
PELAJARAN
MALAYSIA ***************** BACAAN PERUTUSAN *****************

Terima kasih diucapkan kepada Encik Muhammad Khairul Anam atas


bacaan perutusan itu tadi.

BACAAN Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Dihormati, Koperal Rojest


PERUTUSAN untuk membacakan Perutusan Ketua Polis Negara, Polis Diraja
KETUA POLIS Malaysia sempena Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah
NEGARA Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2017. Dipersilakan.

***************** BACAAN PERUTUSAN *****************

Terima kasih diucapkan kepada Koperal Rojest atas bacaan perutusan


itu tadi.

GIMIK Hadirin sekalian,


PELANCARAN Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya
DAN menjemput Koperal Rojest menyerahkan Petua Aduan Disiplin Murid
PENYERAHAN kepada Tn Hj Damak B Hj Angu sebagai gimik perasmian Program Jom
PETI ADUAN ke Sekolah bagi tahun 2017.
DISIPLIN
MURID Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

***************** PENYERAHAN PETI ADUAN *****************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Koperal Rojest atas


penyerahan peti aduan disiplin murid sebentar tadi.

PENUTUP Hadirin sekalian,


Dengan berakhirnya gimik perlancaran itu tadi, maka berakhirlah
pelancaran Program Jom Ke Sekolah bagi Tahum 2017.

Akhir kalam,

Songket biru tampak berseri,


Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap dimaafi,
Ketemu lagi di lain masa.

Sekian. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai