Anda di halaman 1dari 3

BIL ATURCARA ANN Q

1 Peringatan Perhatian:
Mohon kerjasama hadirin untuk memenuhkan ruang
tengah Auditorium terlebih dahulu.
Semua warga dewan diminta menetapkan telefon bimbit
telefon dalam mode senyap bagi memastikan kelancaran
majlis kita pada petang ini.

Mohon perhatian hadirin, majlis akan dimulakan sebantar


saja lagi.
2 Ketibaan Mengumumkan ketibaan Puan Anis Alisya binti Abdullah
tetamu Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu
kehormat Lintang.
dan Nyanyian Hadirin dan hadirat dipersilakan untuk terus berdiri bagi
lagu menghormati dan menyanyikan lagu kebangsaan
Negaraku.
<…………..>
Terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk.
3 Bismillahirrahmanirrahim…

Yang berusaha,
Puan Anis Alisya Binti Abdullah
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu
Lintang.

Yang dihormati,
Cikgu Dayang Siti Hawa binti Awang Ahmad
Pensyarah Penasihat Jawankuasa Perwakilan Pelajar
IPG Kampus Batu Lintang

Yang dihormati,
Ustazah Wan Hasmah Laili binti Wan Hamat
Pensyarah Penasihat Biro Hal Ehwal Wanita
Jawankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Batu Lintang

Yang dialu-alukan,
Puan Rose Murnira
Ketua Jururawat Kesihatan bahagian Kuching.

Yang dikasihi,
Saudari Nursa’idah Saffa’ binti Muhammad Saufi
Naib Yang Dipertua 2 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPG Kampus Batu Lintang

Para pensyarah, staf-staf sokongan dan seterusnya para


guru pelatih yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.
4 Melati kuntum tumbuh melata,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Selamat datang ke Program Ceramah Kesihatan Kanser


Serviks ‘I Care For You’ anjuran Biro Hal Ehwal Wanita
Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan
Guru Kampus Batu Lintang sesi 2017/2018

5 Hadirin–hadirat warga pendidik penuh wawasan,


bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana kita masih lagi
diberikan ruang dan peluang untuk bersama dalam waktu
yang cukup istimewa pada hari ini. Maka yang baik
moleklah diberkati agar keredhaan mengiringi perjalanan
majlis ini.

Majlis dengan ini mempersilakan saudari Salwana Binti


Mohd Suyuty dari kumpulan pengajian agama PPISMP
Jun 2016 untuk memimpin bacaan doa. Majlis
mempersilakan.
<…………………>

Amin Amin Ya Rabbal Alamin.


Terima Kasih diucapkan.

6 Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan


kehadiran penceramah jemputan yang telah sudi
meluangkan masa bagi menjayakan program ‘I Care For
You

Benarlah sungguh pejangga Cina,


Jika tak kenal maka tak cinta.

Dengan itu, izinkan saya membacakan serba sedikit


biodata tentang penceramah jemputan kita pada hari ini.

(biodata)

Majlis mempersilakan Puan Rose Murnira Ketua


Jururawat Kesihatan bahagian Kuching untuk
menyampaikan ceramah pada hari ini. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
<………………>
Demikianlah tadi ceramah kesihatan kanser servik. Majlis
merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas
perkongsian sebentar tadi. Semoga segala yang telah
disampaikan tadi dapat dijadikan panduan kepada kita
bagi mencegah dan merawat kanser yang menjadi
pembunuh nombor satu kepada wanita di dunia.

7 Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian, dalam


kesempatan ini, pihak institut berbesar hati untuk
memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan
dan terima kasih kepada puan penceramah yang telah
sudi menjayakan program ini.

** Sehubungan itu, majlis menjemput dan


mempersilakan Ustazah Wan Hasmah Laili binti Wan
Hamat bagi mengiringi Puan Anis Anisya binti Abdullah
untuk tampil ke pentas bagi menyempurnakan
penyampaian cenderamata.

** Sehubungan itu, majlis menjemput dan


mempersilakan Cikgu Dayang Siti Hawa binti Awang
Ahmad bagi mengiringi Ustazah Wan Hasmah Laili binti
Wan Hamat untuk tampil ke pentas bagi
menyempurnakan penyampaian cenderamata.

<………….> Majlis mempersilakan Puan Rose Murnira


Ketua Jururawat Kesihatan bahagian Kuching untuk
menerima cenderamata.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas


penyampaian cenderamata itu tadi.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Sidang dewan yang dimuliakan,


Hadirin hadirat dipersilakan berdiri untuk nyanyian lagu
‘Ibu Pertiwiku’
<……………..>
Majlis dengan ini melabuhkan tirainya.

Sekian. Wabillahitaufiqwalhidayah. Assalamualaikum


W.B.T

Anda mungkin juga menyukai