Anda di halaman 1dari 10

Teks Pengacaraan Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak

Bil Teks Catatan

1. Biji selasih boleh dimakan Ketibaan


Menjadi perisa sedap terperi murid
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran


tuan-tuan dan puan-puan ke Sambutan Hari
Kanak-Kanak & Birthday Vaganza 2023 .

Untuk makluman guru – guru serta murid – murid


sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu hadirin sekalian diminta bersedia.


2. ‫السالم عليكم و رحمة هللا و بركاته‬..‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬..

Yang berusaha, Puan Nooriani Bt Abd Rahman ,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Permatang
Pasir,

Yang dihormati, Barisan Guru Penolong Kanan,

Pn Syarifah Bt Wan Nik , Guru Penolong Kanan


Pentadbiran ,

Pn Norduriah Bt Mat Daud, Guru Penolong Kanan


Hal-Ehwal Murid,

En Che Faisal Haneef Bin Che Kamarudin, Guru


Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Ketua – ketua Panitia, Rakan-rakan guru


seterusnya Yang dikasihi, putera puteri yang
disayangi sekalian..

3. Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan


menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah
Al-‘Aliey, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan
limpah dan izin-Nya, kita dipertemukan lagi pada
pagi ini.
Zikir Munajat Pembersih jiwa, Doa dipohon
menjana taqwa

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah


kita bersama-sama menadah tangan penuh
kehambaan kepada-Nya,.. untuk itu, majlis
menjemput Al- Fadil Ustz Mohd Faizal Bin Mohd
Puaad untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.......
Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih
diucapkan kepada Al – Fadil Utz atas bacaan doa
sebentar tadi.

4. Kuntum melati tumbuh melata Ucapan


Alu –
Burung merbah di pohon cemara
aluan
Assalamualaikum pembuka bicara Pengerusi
Selamat datang untuk semua Majlis

Hari ini memugal jagung


Hari esok memetik peria
Hari ini kita berkampung
Meraikan majlis penuh ceria

4.
Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Seterusnya, majlis berbesar hati mempersilakan


Yang berusaha, Puan Nooriani Bt Abd Rahman ,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Permatang
Pasir, untuk menyampaikan ucapan. Dengan
segala hormatnya, dipersilakan.

Buah Longan beli sekati,


Buat makan di atas jambatan,
Pesanmu Cikgu kami ingati,
Jadi azimat dalam ingatan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha,
Puan Nooriani Bt Abd Rahman. Semoga kita dapat
mengambil amanat dari ucapan tadi.

Upacara Memotong Kek

Persembahan : 1

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid


dari Pra Sekolah Al- Falah untuk membuat
persembahan {Kelentang Kelentung} ,
Dipersilakan........

Begitulah seronok dan hebatnya persembahan


yang dipertontonkan sebentar tadi.

5. Persembahan : 2

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid


dari Pra Sekolah As-Syifa untuk membuat
persembahan {Si Baju Hijau} , Dipersilakan........

Persembahan : 3

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid


dari Pra Sekolah Al – Munawarah untuk
membuat persembahan {Banana Cha Cha} ,
Dipersilakan........

Betapa cilik dan bergayanya adik-adik prasekolah


membuat persembahan. Semoga sidang hadirin
terhibur........
Rehat Tahap : 1

Hadirin hadirat yang dihormati, majlis seterusnya


mempersilakan Puan Nooriani Bt Abd Rahman
diiringi oleh Pn Syarifah Bt Wan Nik bagi
penyampaian hadiah {Kehadiran Penuh} dengan
segala hormatnya dipersilakan.
#Sila rujuk senarai nama murid yang
dilampirkan:-
………………………………………………………………………….
Kategori (1)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Puan Nooriani Bt Abd Rahman bagi penyampaian
hadiah sebentar tadi.

Majlis seterusnya mempersilakan Pn Norduriah


Bt Mat Daud diiringi oleh En Che Faisal Haneef
Bin Che Kamarudin bagi penyampaian hadiah
Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas Terbaik
dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Pn Norduriah Bt Mat Daud bagi penyampaian
hadiah sebentar tadi.

#Sila rujuk senarai nama murid yang


dilampirkan:-
………………………………………………………………………….
Kategori (2 & 3)

Persembahan : 4
Seterusnya, majlis mempersilakan untuk
membuat persembahan Nyanyian : “Kalau Rasa
Gembira” , Dipersilakan........

Persembahan : 5
Seterusnya, majlis mempersilakan untuk
membuat persembahan Nyanyian Solo:
“Assalamualaikum Ustazah & Cikgu Ayu” ,
Dipersilakan........

Rehat Tahap 2

Persembahan : 6
Hadirin Sekalian, majlis mempersilakan untuk
membuat persembahan “Tarian Hati Kama” ,
Dipersilakan........

Persembahan : 7
Hadirin Sekalian, majlis mempersilakan untuk
membuat persembahan “Bahasa Arab” ,
Dipersilakan........

Kategori (4)
Majlis seterusnya mempersilakan Pn Norduriah
Bt Mat Daud diiringi oleh En Che Faisal Haneef
Bin Che Kamarudin bagi penyampaian hadiah
Pengawas Sekolah, PSS, ICT, Surau & PRS dengan
segala hormatnya dipersilakan.

 Pengawas Sekolah {Sila rujuk Senarai nama


murid}
 Pengawas Pusat Sumber Sekolah {Sila rujuk
Senarai nama murid}
 Pengawas ICT {Sila rujuk Senarai nama
murid}
 Pengawas Surau {Sila rujuk Senarai nama
murid}
 Pembimbing Rakan Sebaya {Sila rujuk
Senarai nama murid}
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Pn Norduriah Bt Mat Daud bagi penyampaian
hadiah sebentar tadi.

Persembahan : 8
Hadirin Sekalian, majlis mempersilakan untuk
membuat persembahan “Medolika 3 Buah Lagu” ,
Dipersilakan........

Persembahan : 9
Hadirin Sekalian, majlis mempersilakan untuk
membuat persembahan “Nyanyian Bahasa
Inggeris :Happy Days” , Dipersilakan........

Hadirin hadirat yang dihormati, majlis seterusnya


mempersilakan Puan Nooriani Bt Abd Rahman
diiringi oleh Pn Syarifah Bt Wan Nik bagi
penyampaian hadiah {Tokoh Harapan Lelaki &
Perempuan} dengan segala hormatnya
dipersilakan.
#Sila rujuk senarai nama yang dilampirkan :-
………………………………………………………………………….
Seterusnya bagi {Tokoh Sahsiah Lelaki &
Perempuan}
#Sila rujuk senarai nama yang dilampirkan :-
………………………………………………………………………….
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Puan Nooriani Bt Abd Rahman bagi penyampaian
hadiah sebentar tadi.

Persembahan : 10
Hadirin Sekalian, majlis mempersilakan untuk
membuat persembahan “Koir : Cintaku Sampai ke
Ethopia” , Dipersilakan........
6. Hadirin sekalian, kita telah pun berada di
penghujung acara

Kata orang lama,


Kok berkayuh dah sampai ke muara,
Kok berenang dah sampai ke tepian,
Kok berlari dah sampai ke garisan
Kok berjalan dah sampai ke penghujung

Saya bagi pihak Jawatankuasa Sambutan Hari


Kanak-Kanak & Birthday Vaganza 2023
merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang memberikan kerjasama dalam
menjayakan majlis pada pagi ini.

Ucapan salam pengakhir kata


Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa.

Tuan puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Sekian, terima kasih...

Anda mungkin juga menyukai