Anda di halaman 1dari 5

Masa Phylicia

CUE Ketibaan tetamu

ANN 1 Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuantuan dan puan-puan ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013 SK Parish, Balingian. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat yang telah disediakan.

Masa Ampuan

CUE Mengalu-alukan ketibaan tetamu

ANN 2 Assalamualaikum, salam sejahtera dan Salam Terus Menjulang Sarawak. Yang Berusaha, Tuan Haji Perti bin Sarchian Guru Besar SK Parish Yang Dihormati, Encik Jamil bin Paiee YDP PIBG SK Parish Yang Dihormati, Encik Sidek bin Kusang Penolong Kanan Akademik Yang Dihormati, Encik Edwin Felix Arip Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Rapiah binti Mohd Itli Penolong Kanan Ko-kurikulum Barisan pendidik yang dihormati, Warga kerja SK Parish, AJK PIBG SK Parish, Barisan pengawas dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana pada pagi ini kita

dapat bersama-sama berkumpul bagi meraikan insan yang amat disanjungi dan dihargai. Pergi ke pasar membeli lada, Tidak lupa membeli kuini, Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda, Begitulah tema perayaan hari guru tahun ini. Masa Phylicia CUE Lagu Negaraku dan sekolah dimainkan Hadirin dijemput duduk Masa Ampuan CUE Bacaan doa ANN 3 Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu sekolah. Semua hadirin diminta berdiri tegak dan sama-sama menyanyikan dengan penuh semangat. Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian sebentar tadi. Pada hadirin dijemput duduk. ANN 4 Hadirin dan hadirat sekalian, Panggilan cikgu adalah keramat, Bersabar menabur jasa dan bakti, Doa dibaca memohon rahmat, Moga majlis sentiasa diberkati. Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Ustaz Mohd. Zahir bin Long untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Selepas bacaan doa Masa Phylicia CUE Ucapan Wakil Murid Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi. ANN 5 Berhenti hujan terbit pelangi, Indah dipandang tak mampu didekati, Ikhlas ajarannya kami sanjungi, Budimu guru dikenang sampai mati. Hadirin dan hadirat sekalian, seterusnya majlis menjemput adik Lutfia Khalisa binti Medihi, Ketua Pengawas SK Parish untuk menyampaikan ucapan khas sempena Hari Guru. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada adik Lutfia Khalisa binti Medihi atas ucapan sebentar tadi.

Masa Ampuan

CUE Ucapan Guru Besar

ANN 6 Kain batik cantik berseri, Dibawa dari Pulau Jawa, Guru mendidik ilmu diberi, Keikhlasan guru menyentuh jiwa Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Perti bin Sarchian, Guru Besar SK Parish bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013. Cantik sungguh si anak kedidi, terima kasih diucapkan di atas ucapan itu tadi. Segala amanat akan kemas tersimpan di hati.

Masa Phylicia

CUE Nyanyian lagu: Guru Malaysia Pendidik Bumi Kenyalang Transformasi Pendidikan Negara

ANN 7 Hadirin yang dihormati, majlis kita tidak akan lengkap jika tidak diserikan dengan nyanyian lagu daripada barisan guru. Para guru dijemput berdiri dan samasama menyanyikan tiga buah lagu. Lagu pertama ialah lagu Guru Malaysia, diikuti dengan lagu Pendidik Bumi Kenyalang. Seterusnya, lagu tema Hari Guru tahun ini iaitu Transformasi Pendidikan Negara. Terima kasih atas nyanyian penuh semangat daripada barisan guru sebentar tadi. ANN 8 Seterusnya, dijemput pula Cikgu Shahrizal Putera bin Azman untuk membacakan perutusan Hari Guru daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Demikianlah tadi perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Shahrizal Putera bin Azman. Hadirin sekalin, majlis menjemput pula Cikgu Farina bt Unus untuk membacakan perutusan Hari Guru daripada Menteri Pelajaran Malaysia. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Farina bt Unus.

Masa

Ampuan

CUE Bacaan perutusan Hari Guru daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Bacaan perutusan Hari Guru daripada Menteri Pelajaran Malaysia

Masa Phylicia

CUE Ikrar Hari Guru

ANN 9 Pegang kaca harus beringat, Bimbang terluka susah nanti, Ikrar dibaca penuh semangat, Janji terpatri di sudut hati. Beralih kita ke acara seterusnya dengan menjemput semua guru berdiri untuk bacaan ikrar yang akan diketuai oleh Ustaz Suut bin Mulok. Terima kasih atas bacaan ikrar Hari Guru sebentar tadi.

Masa Ampuan

CUE Persembahan murid

ANN 10 Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, dijemput murid-murid tahun 5H untuk mempersembahkan Untuk makluman hadirin sekalian, persembahan itu tadi di bawah pimpinan Cikgu Farina bt Unus. Sekalung penghargaan diucapkan kepada persembahan nyanyian dari murid-murid tadi.

Masa Phylicia

CUE Pertukaran hadiah oleh guru dan staf

ANN 11 Majlis diteruskan lagi dengan acara pertukaran hadiah oleh guru dan staf. Kita mulakan acara ini dengan menjemput Tuan Guru Besar untuk menyampaikan hadiah kepada guru atau staf yang bertuah ini. Seterusnya, para guru dan staf diminta menyebut sendiri nama yang mereka cabut dahulu. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh guru dan staf.

Masa Ampuan

CUE Majlis Pemotongan Kek Hari Guru

ANN 12 Hadirin dan hadirat yang dihormati, Kini, tibalah acara kemuncak iaitu acara pemotongan kek. Acara ini merupakan simbolik kepada majlis sambutan hari guru ini. Majlis menjemput Guru Besar, Penolong-penolong kanan dan para guru bersamasama untuk menyempurnakan acara pemotongan kek ini. Majlis mengucapkan setinggi penghargaan kepada para guru di atas kerjasama yang diberikan. Kek tadi adalah sumbangan dari Maybank.

Masa Phylicia

CUE Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku

ANN 13 Hadirin dan hadirat yang dihormati, Kita semakin hampir ke penghujung majlis. Sebelum kita bersurai, marilah sama-sama kita berdiri dan menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku. Terima kasih kepada semua atas nyanyian itu tadi.

Masa Ampuan

CUE Penutup

ANN 14 Berakhirlah sudah majlis sambutan Hari Guru SK Parish bagi tahun 2013. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan hadir ke majlis ini. Begitu juga dengan penderma-penderma yang telah memberikan sumbangan untuk majlis ini. Terima kasih sekali lagi. Kepada semua hadirin, jamuan diadakan dalam kelas di sekolah. Semua hadirin boleh melawat daripada satu kelas ke satu kelas iaitu kelas PKPI, pra sekolah, tahun 1 sehingga tahun 6. Jamuan ini dikenali sebagai berlanggar. Bunga seroja di atas cemara Jatuh sekuntum di atas para Andai kata tersilap bicara Kemaafan jua yang kami pinta Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah w.b.t

CHAIYOK...CHAIYOK...CHAIYOK ^.^

Anda mungkin juga menyukai