Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PANDU PUTERI KADET CAWANGAN 21 MAJLIS PENUTUPAN Perkhemahan Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet IPG Kampus

Tun Hussein Onn, Batu Pahat akhirnya melabuhkan tirainya pada pagi 6 September 2013 lalu dengan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn, Encik Koh Kok Hwee. Sebelum majlis penutupan dijalankan, para ahli Pandu Puteri Kadet (PPK) telah membuat beberapa persediaan sebelum majlis berlangsung iaitu mengemas dan menghias dewan. Beberapa pensyarah penasihat juga terlibat dalam membuat persediaan tersebut. Setelah semuanya siap, semua ahli PPK duduk ditempat masingmasing sementara menunggu ketibaan Timbalan Pengarah. Lebih kurang jam 10 pagi, Timbalan Pengarah pun tiba. Sebelum masuk ke dalam dewan, Timbalan Pengarah diberi tepukan Pandu Pueti iatu tepukan Selamat Datang sebanyak tiga kali oleh ahli ahli PPK. Tepat jam 10.30 pagi, majlis penutupan dimulakan dengan nyanyian lagu Girls Guide dan seterusnya dengan bacaan doa daripada Saudari Anisah dari opsyen TESL 3. Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Saudari Sin Ping selaku pengerusi ahli PPK IPG Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO). Dalam ucapannya, dia mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan peluang yang diberi oleh pihak IPG kepada guru-guru pelatih untuk menjalani Kursus Perkhemahan Unit Beruniform. Selain itu, dia juga berharap agar segala ilmu yang diperolehi oleh para guru pelatih melalui perkhemahan ini dapat diguna dengan sebaik-baiknya untuk bekalan pada masa hadapan. Setelah selesai ucapan daripada pengerusi ahli PPK IPGKTHO, majlis diteruskan lagi dengan tayangan video tentang aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang Kursus Perkhemahan Unit Beruniform PPK. Tayagan video tersebut mengambil masa selama lebih kurang 3 minit. Selepas itu, ucapan perasmian penutupan oleh Timbalan Pengarah diteruskan. Beliau mengucapkan tahniah atas komitmen dan semangat yang diberikan oleh guru-guru pelatih sepanjang

perkhemahan berlangsung. Dalam ucapannya juga, beliau turut berkongsi pengalaman

tentang perkhemahan unit beruniform yang pernah beliau lalui semasa muda dahulu. Beliau juga berharap para guru pelatih dapat menggunakan segala ilmu yang diperolehi sepanjang program tersebut dan dapat menggunakannya untuk membentuk genarasi seterusnya agar menjadi individu yang mampu memberi sumbangan kepada masa depan negara. Setelah ucapan perasmian daripada Timbalan Pengarah selesai, penyampaian sijil penyertaan telah diberikan kepada wakil ahli-ahli PPK iaitu Saudari Shin Ping oleh Timbalan Pengarah dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada Timbalan Pengarah oleh Puan Yeoh Siok Tee selaku Ketua Jurulatih PPK IPGKTHO. Majlis kemudiannya diakhiri dengan nyanyian lagu Negeri Johor dan setelah itu, Timbalan Pengarah diiringi oleh Puan Yeoh Siok Tee keluar dari dewan sambil diberi tepukan Terima Kasih sebanyak tiga kali oleh ahli-ahli PPK.

Anda mungkin juga menyukai