Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

Alhamdulillah, sega puji bagi Allah S.W.T kerana saya telah berjaya melalui Kem Bina Insan
Guru (BIG) fasa kedua bagi tahun 2018. Kem BIG tersebut telah diadakan di Pulau Tuba,
Langkawi, Kedah. Banyak pengetahuan serta pengalaman yang telah saya dapati
sepanjang kem BIG selama 5 hari 4 malam. Saya yakin bahawa segala pengisian yang
telah diberikan semasa kem tersebut dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian saya,
terutamanya sebagai seorang guru. Nilai-nilai murni yang telah diterapkan melalui kem
tersebut juga dapat menjadikan saya seorang insan guru yang lebih berkualiti dan
mempunyai akhlak yang terpuji.

Analisis SWOT

Kekuatan Kelemahan
- Meningkatkan kekuatan mental, fizikal - Masa agak singkat untuk
dan rohani. melaksanakan sesuatu aktiviti.
- Membentuk keyakinan dalam diri
peserta.
- Jadual masak yang kurang
sistematik
- Memberi sumbangan kepada
masyarakat setempat.

Kem BIG
Peluang Ancaman
- Sumber kewangan mencukupi. - Cuaca tidak menentu
- Membiasakan diri saya dan
rakan-rakan dengan persekitaran
pedalaman.

Kekuatan

Setelah menganalisis Kem BIG secara terperinci, terdapat banyak kekuatan Kem
BIG yang telah dilaksanakan. Antaranya ialah dapat meningkatkan kekuatan mental, fizikal
dan rohani sebagai seorang bakal guru yang berkualiti. Antara aktiviti yang diadakan
semasa Kem BIG ialah water confident. Aktiviti tersebut dilaksanakan pada hari pertama
secara berkumpulan. Pensyarah pembimbing membimbing setiap kumpulan untuk ke
tengah laut. Setiap pelajar dikehendaki memakai jaket keselamatan mengikut cara-cara
yang betul untuk menjamin keselamatan. Saya berasa sangat seronok dengan aktiviti
tersebut walaupun cuaca kurang baik kerana saya mendapat pengalaman yang baharu.
Encik Bakhtiar selaku pensyarah pembimbing kumpulan saya telah mengajar cara untuk
terapung dengan betul di tengah laut menggunakan jaket keselamatan serta cara untuk
bernafas dengan betul jika lemas. Melalui pengalaman tersebut, kekuatan mental dan fizikal
saya semakin bertambah.

Selain itu, kekuatan BIG ialah dapat membentuk keyakinan dalam diri peserta. Bagi
aktiviti flying fox, saya saya berasa sangat risau kerana saya seorang yang takut ketinggian.
Namun, saya berusaha untuk mengenepikan perasaan takut saya agar saya dapat
melakukan aktiviti tersebut dengan baik. Saya mendengar taklimat yang diberikan oleh
jurulatih dengan fokus agar saya dapat mengetahui langkah-langakah keselamatan yang
harus dilaksanakan semasa menaiki flying fox. Saya akhirmya berjaya melaksanaan aktiviti
flying fox dengan baik dan saya dapat mencabar diri saya. Melalui aktiviti ini, saya sedar
bahawa saya tidak akan dapat mengatasi kelemahan saya jika saya tidak melaluinya.
Kesedaran ini amat penting bagi diri saya untuk menjadi seorang guru yang profesional
pada masa hadapan. Malah, saya kini lebih yakin dengan kebolehan diri saya.

Aktiviti Flying Fox

Seterusnya, Kem BIG ini juga dapat memberi sumbangan kepada masyarakat
setempat. Para peserta telah dikehendaki untuk bergotong-royong untuk membersihkan
kawasan setempat di Pulau Tuba. Hal ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat
sekeliling untuk menghirup udara yang lebih segar serta menikmati persekitaran yang
bersih. Melalui aktiviti ini, saya dapat menerapkan nilai kerjasama dalam diri saya kerana
tanpa kerjasama dengan rakan-rakan yang lain, aktiviti khidmat setempat tidak dapat
dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Malah, nilai kerjasama juga menyebabkan
tugas membersih menjadi lebih seronok dan tidak membebankan.
Aktiviti Khidmat Setempat

Kelemahan

Walaupun Kem BIG berjalan lancar, namun terdapat juga kelemahan Kem BIG
tersebut, iaitu masa agak singkat untuk melaksanakan sesuatu aktiviti dengan sempurna.
Setelah saya dan rakan selesai kayak hingga ke pulau seberang, kami dikehendaki untuk
memasak nasi dan kami juga dibenarkan untuk bermandi-manda di sana. Namun,
disebabkan kekangan masa, kami hanya sempat masak nasi dan makan tengahari sahaja di
pulau tersebut. Kami tidak dapat melakukan aktiviti bermandi-manda di pulau tersebut
seperti yang dirancang. Oleh itu, kami merasa agak kecewa pada hari tersebut.

Aktiviti berkayak dan makan tengahari di Pulau Nyior

Selain itu, jadual masak yang kurang sistematik juga merupakan satu kelemahan
Kem BIG. Bagi kumpulan saya, iaitu kumpulan 5, kami dikehendaki untuk masak pagi,
tengahari dan minum petang pada hari Selasa. Namun, bagi makan tengahari, kami harus
masak pada malam sebelum keesokan hari kerana kami harus membawa makanan tersebut
semasa aktiviti kembara. Oleh itu, kami terpaksa tidur lewat pada malam tersebut dan
bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan pagi. Hal ini menyebabkan ahli kumpulan
saya berasa tidak semangat dan mengantuk pada keesokan harinya.
Peluang

Dari aspek peluang, kem BIG ini mendapat sumber kewangan yang mencukupi. Oleh
itu, segala aktiviti yang dirancang berjalan lancar. Perjalanan dari IPG Kampus Perlis ke
tapak perkhemahan juga tidak mengalami masalah pengangkutan kerana sumber kewangan
yang mencukupi. Maka, para peserta dapat tiba awal di tapak perkhemahan seperti yang
dirancang. Malah, masalah kekurangan bahan mentah atau makanan tidak wujud kerana
sumber kewangan yang mencukupi. Setiap kumpulan yang bertugas untuk memasak tidak
mempunyai masalah dan mereka dapat mengikut jadual makanan seperti yang telah
dirancang.

Pemasangan khemah dilaksanakan tepat pada masa seperti yang dirancang.

Selain itu, kem BIG yang telah diadakan di Pulau Tuba merupakan satu peluang
yang dapat membiasakan diri saya dan rakan-rakan dengan persekitaran pedalaman. Saya
dapat menimba pengalaman untuk mandi menggunakan air kolah yang kecil dan tandas
yang sedikit. Pada awalnya, ia merupakan satu masalah bagi saya. Namun, setelah berhari-
hari berada di Pulau Tuba, saya telah dapat membiasakan diri dengan situasi tersebut. Saya
yakin pengalaman sebegini penting untuk saya menjadi seorang guru yang profesional pada
masa hadapan.

Ancaman

Cuaca yang tidak menentu merupakan satu ancaman yang besar kepada saya dan
rakan-rakan sepanjang kem BIG. Bermula dari malam pertama di Pulau Tuba, hujan telah
turun dengan sangat lebat. Oleh itu, pada pukul 1 pagi, kami terpaksa keluar dari khemah
dan tidur di surau bagi peserta perempuan. Sewaktu aktviti water confident dan kayak, hujan
juga turun renyai-renyai. Hal ini telah menyebabkan ketidaklancaran aktiviti dan aktiviti tidak
dapat diselesaikan pada waktu yang sepatutnya. Begitu juga sewaktu aktviti kembara di
Bukit Batu Licin. Hujan renyai-renyai telah menyebabkan batu-batu di kawasan kaki bukit
menjadi sangat licin. Oleh itu, para peserta harus mengambil masa untuk berhati-hati
semasa aktviti kembara.
Aktiviti Kembara

Kesimpulan

Kesimpulannya, setelah dianalisis, kem BIG ini terdapat kekuatan, kelemahan,


peluang dan ancaman yang pelbagai. namun, pada akhirnya kem BIG ini masih berjaya
dilaksanakan dan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Saya sedar bahawa kem
BIG ini banyak mengajar diri saya erti kesabaran dan kepentingan kerjasama dalam
pasukan. Pada era globalisasi kini, saya yakin pelbagai cabaran dan dugaan yang harus
saya tempuhi sebagai seorang guru. Justeru, kem BIG ini sangat telah mencapai objektif
untuk membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi,
mempunyai ketahanan fizikal, mental, rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga,
masyarakat, dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

Kem BIG berjaya dilaksanakan selama 5 hari 4 malam di Pulau Tuba.

Anda mungkin juga menyukai