Anda di halaman 1dari 13

LAPORAN

PERKHEMAHAN
UB/BIG
KRS/ 4 PISMP
RBT 1

2 SEPT 6 SEPT
2014

2 September 2014 (Selasa)


Pukul 8.00 pagi, semua ahli unit beruniform yang terdiri daripada
KRS, PPIM, BSMM, Pengakap dan PPK berkumpul di Dewan Serbaguna IPG
Teknik

untuk

sama-sama

mengangkat peralatan perkhemahan

dan

peralatan memasak ke atas lori trak. Setiap ahli unit beruniform telah
dibahagikan bas mengikut unit masing-masing. Unit beruniform KRS dan
sebahagian pengakap menaiki bas 1, sebahagian lagi pengakap dan BSMM
menaiki bas 2 dan selebihnya menaiki bas 3. Setelah semua peralatan
siap diangkat masuk ke dalam trak, semua ahli unit beruniform
dikehendaki untuk menaiki bas yang telah ditentukan. Tepat jam 10.00
pagi, bas mula bergerak ke Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala
Pilah.
Setelah lebih kurang sejam setengah

perjalanan, bas berhenti

seketika di Ulu Bendul untuk mmeberi peluang para peserta perkhemahan


berehat dan makan tengah hari. Lebih kurang setengah jam berehat, kami
menyambung kembali perjalanan ke tapak perkhemahan. Setibanya kami
ke Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, kami terpaksa
berjalan sejauh 1 KM ke tapak perkhemahan. Selesai meletakkan barang
masing-masing, kami semua saling bekerjasama memunggah peralatan
perkhemahan dan peralatan memasak dan membahagikan peralatan
tersebut mengikut tag Unit Beruniform yang telah ditanda. Selesai
membahagikan peralatan mengikut UB masing-masing, kami semua
dipanggil untuk berkumpul di dewan terbuka berhampiran dengan dapur.
Kami telah diberi sedikit taklimat berkaitan dengan perjalanan atau aktiviti
sepanjang perkhemahan ini berlangsung termasuklah pembahagian tugas
dan sebagainya. Kemudian, setiap UB diberikan tapak perkhemahan dan
tempat memasak. Kami juga telah diberikan bahan masakan untuk
dimasak bagi minum petang dan makan malam. Masing-masing membina
khemah dan membawa barang masing-masing ke dalam khemah
Pukul 4.30 petang, kami bersama-sama solat Asar berjemaah
selepas mendirikan khemah masing-masing dan monkey tent. Ahli yang
telah ditugaskan untuk memasak minum petang dan makan malam mula

memasak, manakala yang lainnya membuat gajet mengikut seksyen


masing-masing. Seksyen 1 ditugaskan untuk membuat pintu gerbang,
seksyen 2 ditugaskan untuk membuat meja dan seksyen yang ketiga
ditugaskan untuk membuat papan kenyataan. Semasa kami semua sibuk
membuat gajet, seramai 10 orang murid Sekolah Menengah Sains Tuanku
Jaafar iaitu 8 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan tiba dan
menyertai kami. Mereka diberikan 3 buah khemah. 2 buah khemah untuk
murid lelaki, manakala sebuah khemah untuk murid perempuan. Cik
Rohaiza sempat menunjukkan cara untuk membuat tripod yang akan
digunakan sebagai tempat letak pinggan kepada kami. Beliau juga
mengajar cara ikatan untuk mengukuhkan tripod tersebut. Jam 6.30
petang, masing-masing berhenti membuat gajet untuk pengurusan diri
dan solat menghrib dan isyak berjemaah. Kami sama-sama makan malam
dalam keadaan gelap di pondok hadapan tapak perkhemahan kami.
Selesai makan malam, kami semua menyambung menyiapkan gajet
seperti yang telah ditugaskan kepada setiap seksyen. Mana-mana seksyen
yang telah menyiapkan gajet mereka, boleh membantu rakan-rakan lain
menyiapkan gajet supaya siap sebelum waktu tidur. Setelah semua gajet
siap, Cik Rohaiza dan Encik Rozi memberi sedikit taklimat tentang aktiviti
yang akan dijalankan pada keesokan harinya iaitu aktiviti pengembaraan.
Kami juga sedia maklum bahawa ahli BSMM juga akan menyertai
pengembaraan ini. Ahli PPIM juga akan menyertai aktiviti ini tetapi hanya
separuh jalan sahaja. Semua ahli KRS kembali ke khemah masing-masing
untuk berehat.

3 September 2014 (Rabu)


Ahli-ahli KRS yang bertugas untuk memasak sarapan mula memasak
seawal pukul 5.00 pagi. Mana-mana ahli yang tidak bertugas boleh
menguruskan diri mereka dan solat subuh berjemaah. Pada pukul 7.00
pagi, semua peserta perkhemahan dikehendaki untuk berkumpul di
dataran untuk bersenam. Kemudian semua ahli berbaris mengikut UB
masing-masing

untuk

kawad

statik,

nyanyian

lagu

Negaraku

dan

menaikkan bendera. Setelah itu, semua bersarapan pagi bersama-sama


mengikut UB masing-masing sebelum melakukan aktiviti yang telah
dirancangkan.
Tepat pukul 9.00 pagi, semua ahli KRS, BSMM, dan Puteri Islam
berkumpul di dataran untuk membuat persediaan aktiviti yang telah
dirancangkan. Semua patuh mendengar taklimat aktiviti pengembaraan
yang akan disertai oleh KRS, BSMM, dan Puteri Islam. Murid-murid yang
menyertai setiap UB juga akan turut mengikuti pengembaraan ini. Ahli KRS
dibahagikan mengikut seksyen, ahli BSMM pula mengikut patrol manakala
ahli

Puteri

Islam

dibahagikan

mengikut

kumpulan

masing-masing.

Pengembaraan ini sebenarnya berkonsepkan ikhtiar hidup didalam hutan.


Kami memulakan pengembaraan ini dengan mengingat kembali cara
menggunakan kompas kerana kami akan diberikan satu check point dan
kami diminta untuk mengambil bacaan bearing checkpoint yang telah
diberikan. Kemudiannya, kami perlu melukis semula peta perjalanan kami
setibanya di IPG nanti. Pengembaraan Puteri Islam berhenti di check point
pokok getah sementara yang lainnya meneruskan lagi pengembaraan di
dalam hutan. Kami singgah sebentar di satu kawasan lapang di atas bukit
untuk memasak tengah hari. Kami diminta untuk memasak Maggi dengan
menghidupkan api sendiri mengikut kumpulan masing-masing. selesai
makan dan membersihkan kawasan, kami diminta untuk membuat satu
bulatan yang besar dan melakukan aktiviti yang dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim sesama kami. Kami hanya mengikut arahan
daripada pensyarah pengiring daripada membuat lompat katak hinggalah

menyanyikan

apa-apa

lagu

yang

terlintas

difikiran

bersama-sama.

kemudiannya, perjalanan kami diteruskan lagi.


Semasa perjalanan mendaki bukit yang agak curam, salah seorang
ahli KRS, Nursaizurah telah terseliuh kaki dan kami semua terpaksa
membatalkan pengembaraan kami kerana dikhuatiri Nursaizurah tidak
dapat meneruskan perjalanan yang semakin mencabar. Akibatnya kami
terpaksa berpatah pulang mengikut jalan yang telah kami lalui dan pulang
ke tapak perkhemahan. Salah seorang ahli BSMM, telah mengurut kakinya
dengan harapan sakitnya akan kurang. Ahli lelaki KRS dan BSMM terpaksa
mengusung

mangsa

menuruni

bukit

dan

keluar

hutan

dengan

menggunakan panco. Seterusnya Cik Rohaiza membawa mangsa ke tapak


perkhemahan dengan keretanya. Pelbagai cabaran dan dugaan yang
terpaksa kami hadapi sepanjang pengembaraan seperti letih, lapar,
dahaga dan kecederaan ringan. Walaupun pengembaraan ini tidak dapat
diteruskan lagi, namun banyak pengalaman yang dapat ditimba. Kami tiba
di tapak perkhemahan pada pukul 2.00 petang seterusnya pengurusan diri
serta solat berjemaah. Bagi yang ditugaskan memasak tengah hari,
mereka ke dapur untuk memasak manakala yang lainnya menguruskan
diri dan berehat. Ada juga yang membaiki dan menambahkan gajet pada
khemah masing-masing. Setelah itu kami makan tengah hari bersamasama. Makan tengah hari kami agak lewat berbanding dengan UB yang
lain disebabkan oleh aktiviti pengembaraan tadi.
Pada

pukul

4.30

petang,

kami

sama-sama

bersolat

jemaah

seterusnya menyambung menghasilkan gajet masing-masing mengikut


seksyen dan khemah. Setiap khemah dikehendaki mempunyai gajet
seperti penyidai baju, rak kasut, dan longkang disekeliling khemah untuk
mengelakkan hujan memasuki bawah khemah. Kemudiannya kami minum
petang dan pengurusan diri. Pada pukul 7.30 malam, kami sama-sama
solat maghrib dan isyak secara berjemaah. Selesai solat isyak, kami
makan malam bersama-sama di pondok hadapan tapak perkhemahan
KRS. Pada pukul 9.00 malam, kami semua berkumpul di hadapan unggun
api dan masing-masing membuat refleksi tentang sepanjang hari ini.

Kemudian, kami diberi taklimat daripada kem komandan tentang aktiviti


yang akan dijalankan pada keesokan harinya. Semua ahli kemudiannya
kembali ke khemah masing-masing untuk berehat.

4 September 2014 (Khamis)


Ajk yang bertugas untuk memasak sarapan bangun seawal pukul
5.00 pagi untuk menyediakan makanan. Manakala yang lainnya bangun
untuk menguruskan diri serta solat subuh berjemaah. Ajk yang bertugas
menyediakan sarapan bergilir-gilir untuk memasak dan solat. Pada pukul
7.00 pagi, semua hali UB berkumpul di dataran utnuk senaman pagi.
Semua ahli berbaris mengikut UB masing-masing dan melakukan kawad
statik, nyanyian lagu Negaraku dan menaikkan bendera. Pukul 7.30 pagi,
kami sama-sama bersarapan pagi dan pengurusan diri.
Pada pukul 8.30 pagi, kami telah memperkemaskan gajet-gajet yang
telah kami bina kerana kami diberitahu bahawa gajet-gajet yang dibina ini
akan ditinggalkan di dalam kem ini sebagai sumbangan kami terhadap
sekolah ini. kami telah menambahbaik dan memperkukuhkan gajet yang
telah dibina. Gajet-gajet di khemah masing-masing juga kami tambahbaik
untuk dinilai oleh Cik Rohaiza dan pensyarah lain. Pukul 10.00 pagi, kami
diminta

untuk

bersiap-siap

bagi

melakukan

aktiviti

air.

Sepanjang

perjalanan kami ke sungai, kami sempat melihat keadaan kawasan


kampung yang kami lalui. Kami langsung tidak merasa letih kerana kami
selitkan dengan gurauan dan bercerita tentang apa-apa sahaja sepanjang
perjalanan menuju ke destinasi aktiviti air. Namun setibanya kami di
tempat aktiviti air, pensyarah pengiring, Cik Rohaiza dan Encik Rozi
berpendapat bahawa kawasan air tersebut tidak sesuai atas faktor
keselamatan. Kami terpaksa pulang ke tapak perkhemahan semula tetapi
melalui jalan lain.
Setibanya kami di tapak perkhemahan, kami berehat sebentar dan
menguruskan diri sementara menunggu azan zohor kemudiannya solat
zohor berjemaah. Kami makan tengah hari bersama-sama. Pada pukul
3.00 petang, kebanyakan daripada kami berehat sambil lepak di monkey
tent yang berada ditengah-tengah tapak perkhemahan KRS. Ada juga
mengambil kesempatan ini untuk berehat dan memperbaiki gajet khemah
masing-masing. Sebaik waktu asar masuk, kami sama-sama solat asar
berjemaah dan minum petang. Usai minum petang, kami membuat

persediaan untuk BBQ dan malam kebudayaan. Malam kebudayaan ini


diadakan mengikut UB masing-masing dan pengurusan diri. Kami samasama solat jemaah maghrib dan isyak.
Pukul 9.00 malam, aktiviti BBQ dan malam kebudayaan bermula.
Kami mula membuat sedikit jamuan BBQ untuk staff IPG teknik dan
pensyarah yang hadir. Kemudian kami semua makan malam bersamasama. Menu pada malam tersebut ialah cendol, ayam bakar, sosej, dan
sebagainya. Saya akui pada malam tersebut sangat meriah dan ukhuah
kami semakin akrab. Selesai makan malam, kami teruskan lagi dengan
malam kebudayaan. Kami sekali lagi dibahagikan mengikut seksyen
masing-masing dan diminta untuk membuat persembahan. Tema yang
diberikan

adalah

bebas

dan

mengikut

kreativiti

masing-masing.

Kebanyakan seksyen membuat persembahan secara spontan berdasarkan


pengalaman sepanjang perkhemahan ini. Ia sedikit sebanyak telah
diserapkan dengan unsur-unsur lawak dan kami semua bergembira pada
malam tersebut. setelah semua kumpulan membuat persembahan, kami
dibahagikan mengikut kumpulan lelaki dan perempuan pula. Disebabkan
oleh bilangan perempuan yang sedikit, murid-murid sekolah dimasukkan
dalam kumpulan kami. Kemudian kami bermain permainan pisang goreng
dan permainan sambung lirik. Setelah itu kami semua membuat rumusan
berdasarkan aktiviti pada hari ini. kami semua ke khemah masing-masing
untuk berehat pada pukul 11.00 malam.
Lebih kurang pukul 1.00 pagi, kami dikejutkan dengan roll call yang
di ketuai oleh kem komandan. Rupanya terdapat kejutan hari jadi untuk
salah seorang peserta UB Pandu Puteri. Satu persembahan kejutan
untuknya telah disediakan oleh beberapa orang ahli Pengakap.

5 September 2014 (Jumaat)


Ajk yang bertugas untuk memasak sarapan bangun seawal pukul
5.00 pagi untuk menyediakan makanan. Manakala yang lainnya bangun
untuk menguruskan diri serta solat subuh berjemaah. Ajk yang bertugas
menyediakan sarapan bergilir-gilir untuk memasak dan solat. Pada pukul
7.00 pagi, semua hali UB berkumpul di dataran utnuk senaman pagi.
Semua ahli berbaris mengikut UB masing-masing dan melakukan kawad
statik, nyanyian lagu Negaraku dan menaikkan bendera. Pukul 7.30 pagi,
kami sama-sama bersarapan pagi dan pengurusan diri.
Pada pukul 8.30 pagi, kami semua memperbaiki dan menmbahkan
gajet di khemah masing-masing untuk membuat persediaan menerima
lawatan daripada UB lain ke kawasan tapak perkhemahan kami. Kami
telah menerima lawatan daripada UB Pandu Puteri, Puteri Islam dan BSMM.
Selain itu kami juga telah menerima lawatan daripada pengetua dan
penolong kanan HEM SM Sains Tuanku Jaafar dan Kem Komandan utnuk
melihat gajet yang telah kami hasilkan. Pada masa yang sama, Cik
Rohaiza telah mengambil markah gajet untuk penilaian. Makan tengah
hari kami telah diawalkan untuk memberi peluang kepada lelaki muslim
untuk menunaikan solat Jumaat.
Pelajar sekolah yang menyertai kami sepanjang perkhemahan
bersiap-siap untuk pulang ke asrama masing-masing. Kami telah berpakat
untuk membuat lakonan kononnya campro milik Syida telah hilang dicuri
oleh seseorang dan suspeknya ialah semua murid sekolah. Kami telah
mendenda semua murid sekolah atas kesilapan yang mereka tidak
lakukan. Kami menyuruh mereka untuk meniarap dan berbaring diatas
tanah sehingga ada yang mengaku salah. Hinggalah kami semua mula
menyanyikan lagu Teman Sejati khas untuk mereka. Semoga ia menjadi
kenangan yang terindah untuk mereka sepanjang mengikuti perkhemahan
ini.

Bina Insan Guru


Pukul 1.30 semua lelaki Muslim solat Jumaat di maslid yang
berdekatan. Selesai solat Jumaat, kami semua menukar pakaian t-shirt BIG
untuk aktiviti BIG pula. Aktiviti BIG ini dilakukan mengikut kelas masingmasing.
Setiap kelas mempunyai tugas yang berbeza sebagai contoh kelas
RBT 1 dikehendaki untuk membina meja dan tempat duduk dari batang
pokok yang telah dipotong dan sebagainya.
Aktiviti BIG kami berakhir pada pukul 5.30 petang. Kemudiannya
kami minum petang bersama-sama dengan ahli UB yang lain.

Aktiviti yang seterusnya Cik Rohaiza telah mencadangkan kepada


kami untuk membuat aktiviti air untuk menggantikan aktiviti pada hari
kedua yang terpaksa dibatalkan. Kami dikehendaki untuk menukar
pakaian kotor dan beratur sebelum bergerak ke kawasan air. Sebelum
memasuki ke dalam air, kami diminta untuk meniarap dan berguling
diatas tanah beberapa minit. Kemudiannya kami terpaksa memasuki satu
kumbahan dan membuat satu bulatan yang besar. Kami diminta untuk
duduk didalam kumbahan tersebut hingga paras dada sambil mengangkat
kaki. Kami tidak dibenarkan naik dari kumbahan tersebut sehingga kami
meletakkan lumpur dari kumbahan tersebut ke muka masing-masing.
Setelah naik dari kumbahan, ahli KRS lelaki memeluk Encik Rozi, dan ahli
KRS perempuan memeluk Cik Rohaiza supaya mereka juga dapat merasa
lumpur kumbahan bersama-sama kami. Pulang dari kumbahan lebih
kurang pukul 6.30 petang, kami semua bergegas ke tandas untuk
mmebuang lumpur pada badan dan terus mandi untuk menghilangkan
bau pada badan kami.
Kami sama-sama solat maghrib dan isyak sebelum makan malam.
Pada pukul 9.30 malam, kami semua berkumpul di hadapan unggun api
dan masing-masing membuat refleksi sepanjang aktiviti yang dijalankan.

Kemudian, kami semua dipanggil ke dataran untuk membuat raptai penuh


untuk majlis penutupan pada keesokan harinya. Raptai tersebut berakhir
pada pukul 12 lebih. Semasa raptai dijalankan, cik Rohaiza, Aizat dan salah
seorang staf, Encik Fauzi menguli doh untuk membuat roti lilit. Sebaik
sahaja selesai raptai tersebut, kami semua membakar roti lilit. Masingmasing membuat sendiri roti lilit daripada melilit roti sehinggalah
membakar roti lilit sendiri. Aktiviti ini sebenarnya agak menyeronokkan.
Masing-masing membandingkan roti lilit mana yang paling kemas dan
masak elok dan tidak hangus. Seteah selesai makan roti lilit masingmasing, kami semua ke khemah masing-masing untuk berehat.

6 September 2014 (Sabtu)


Ajk yang bertugas untuk memasak sarapan bangun seawal pukul
5.00 pagi untuk menyediakan makanan. Manakala yang lainnya bangun
untuk menguruskan diri serta solat subuh berjemaah. Ajk yang bertugas
menyediakan sarapan bergilir-gilir untuk memasak dan solat. Pada pukul
7.00 pagi, semua hali UB berkumpul di dataran utnuk senaman pagi.
Semua ahli berbaris mengikut UB masing-masing dan melakukan kawad
statik, nyanyian lagu Negaraku dan menaikkan bendera. Pukul 7.30 pagi,
kami sama-sama bersarapan pagi dan pengurusan diri. Oelh kerana hari
ini merupakan hari terakhir kami di tapak perkhemahan, masing-masing
semua mula mengemas baju dan barang mereka.
Majlis penutupan bermula pada pukul 9.00 pagi. Kami semua siap
berpakaian seragam lengkap KRS. Semua ahli UB berbaris mengikut UB
dan memakai pakaian seragam masing-masing. Majlis penutup dimulakan
dengan berbaris dan kawad statik. Kemudian kami menunggu ketibaan
wakil pengarah, Encik Wan Ameeran, pengetua dan PK Ko SM Sains Tuanku
Jaafar. Seterusnya perarakan masuk ahli kawad lintas hormat dan
pemeriksaan baris oleh wakil pengarah diiringi oleh pengerusi induk
pelajar UB dari unit KRS, Zul Aizat. Ucapan perasmian penutup oleh wakil
pengarah dan majlis berakhir dengan penyampaian cenderamata kepada
wakil pelajar. Majlis kemudiannya bersurai dan kami semua makan tengah
hari bersama-sama.
Pukul 11.00 pagi, masing-masing telah mengemas barang dan
khemah masing-masing. Kami juga telah membersihkan kawasan tapak
perkhemahan

sebelum

meninggalkan

sekolah

tersebut.

Setelah

menguruskan semua barang peribadi, kami semua membantu mengemas


peralatan perkhemahan dan peralatan memasak seterusnya mengangkut
ke dalam lori IPG. Kami bergerak pulang ke IPG pada pukul 1.00 petang.
Sebaik sahaja tiba di IPG kami membantu mengangkut barang dari lori ke
dalam stor IPG.

Disediakan oleh,
13 Oktober 2014

(NIK HUSNI ADILAH BT NIK HASHIM)


Ajk Pendokumentasian KRS
IPG Kampus Pendidikan Teknik
Negeri Sembilan

Anda mungkin juga menyukai