Anda di halaman 1dari 1

SINOPSIS LAKONAN TEATER BERTEMA ALAM SEKITAR

Cerita ini menggambarkan tentang kesedaran manusia terhadap alam sekitar. Pada cuti penggal tahun, seorang budak bernama Kabil telah berkunjung ke rumah datuknya, Pak Husin. Pak Husin mempunyai dusun buah-buahan kecil di halaman rumahnya. Pada suatu hari, Pak Husin sedang menebang pokok mangga di dusun buah-buahannya. Pada masa itu, Kabil telah menerangkan kepada datuknya bahawa cikgu sekolahnya memberitahu bahawa menebang pokok akan menjejaskan keindahan alam sekeliling sekali gus menyebabkan pencemaran alam sekitar. Akan tetapi datuknya tidak mempedulikan kata-kata Kabil dan menyuruh Kabil pergi berehat. Kabil telah terbaring di bawah pokok. Semasa Pak Husin menebang pokok, secara tidak langsung pokok tersebut telah jatuh ke atas cucunya sendiri. alangnya, Kabil pun telah meninggal dunia di tempat tersebut. Pak Husin berasa sangat sedih dan kesal atas perbuatannya.

PENGAJARAN ATAU MESEJ CERITA

Kita haruslah memelihara dan memulihara alam sekitar demi negara kita. Kita juga harus prihatin terhadap persoalan alam sekitar kerana ia adalah tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup. Kita perlu mengetahui atau peka terhadap persoalan-persoalan yang timbul berkaitan alam sekitar dan menanganinya. Sebagai seorang manusia, kita perlu sentiasa bersyukur dengan kekurniaan-!ya dan menghargai alam sekeliling.

Anda mungkin juga menyukai