Anda di halaman 1dari 25

SEJARAH HOKI DALAM DAN LUAR NEGARA Menurut catatan yang telah diperolehi, permainan hoki ini pada

mulanya diamainlkan oleh orang-orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 sebelum masihi lagi. Namun, permainan ini kemudiannya lenyap kerana permainan ini masih tidak mempunyai peraturan yang khusus sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di England. Ini telah menyebabkan sering berlakunya pertumpahan darah. Dengan erti kata yang lain, permainan yang tidak tersusun dan teratur boleh mendatangkan risiko yang merbahaya kepada para pemain Hoki mula mendapat tempat di banyak negara dunia setelah undang-undang permainan mula direka khusus. Dengan adanya peraturan dan undang-undang maka permainan hoki dapat dimainkan dengan teratur dan memudahkan lagi bagi individuindividu yang ingin mengenalinya dan mempelajarinya. Permainan hoki ini sering diberi dengan pelbagai nama. Contohnya di Wales, ia dikenali dengan nama banty atau bandy. Manakala di Perancis nama permainan ini di panggil sebagai hoquet. Akhirnya pihak inggeris telah mengubahsuai dan mengubahnya kepada hockey.

Akhirnya permainan hoki ini makin diterima oleh masyarakat di Britian. Permainan ini tidak hanya dimainkan oleh kaum lelaki malahan kaum wanita juga turut mengambil bahagian dalam permainan hoki ini. Pasukan hoki yang pertama ditubuhkan adalah pada tahun 1840 dan Kelab Blackheath di Selatan London merupakan kelab hoki pertama yang ditubuhkan pada tahun 1861. Kelab ini turut memperkenalkan undang-undang permainan hoki seperti cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan dan mengenakan hukuman kepada pemain yang melakukan kesilapan. Pada tahun 1875, undang-undang hoki telah digubal dalam satu mesyuarat di London. Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang kemas untuk permainan ini pada tahun 1883. Pada tahun 1886, sukan hoki mula diiktiraf dan menjadi sukan paling diminati di dunia. Dari England, permainan ini mula tersebar ke negaranegara seperti India, Amerika Syarikat, Eropah dan juga di Malaysia. Sejarah hoki Malaysia hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke negara tersebut oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada ketika itu, hoki masih belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan. Selepas lebih dua dekad, penduduk tempatan mula berjinak-jinak dan meminati permainan ini. Pada 1923, Malaya berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki negara telah menjelajah ke beberapa negara di Macau dan Hong Kong dan mengadakan permainan persahabatan di sana.

TEKNIK-TEKNIK PERMAINAN HOKI Terdapat beberapa kemahiran dalam asas dalam permainan hoki. Antaranya ialah:a) Memukul bola b) Mengelecek bola c) Menguis bola d) Merebut bola Memukul bola Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola kepada rakannya pada jarak yang agak jauh atau membuat pukulan ke arah gol. Bagi tujuan pukulan, perkara yang perlu dititikberatkan adalah ketepatan arah dan kederasan bola. Ketepatan arah bola ditentukan dengan kedudukan bahu dan kaki sementera kederasan bola ditentukan dengan daya pukulan daripada kedua-dua belah tangan dan pemindahan berat badan.

Pegang kayu dengan kuat. Tangan kiri di atas tangan kanan. Bahu kiri menghadap sasaran. Bola berada selari dengan kaki kiri. Mulakan aksi dengan hayunan ke belakang.

Hayun kayu ke arah bola dan pindahkan berat badan ke kaki depan. Bengkokkan lutut semasa melakukannya. Mata memandang bola. Kontak bahagian belakang bola.

Ikut lajak, kayu dituju sehala dengan sasaran. Berat badan dipindahkan ke hadapan.

Mengelecek bola Kemahiran mengelecek bola digunakan untuk mengawal bola sambil melepasi pemain lawan. Aspek yang perlu dititik beratkan semasa melakukan kemahiran ini ialah kepantasan dan kemahiran mengacah dengan menggunakan pergerakan badan dan kayu. Bola sentiasa berada di hadapan badan dan digerakkan dari sisi ke sisi. Terdapat 3 cara dalam menggelecek bola iaitu:a) Menggelecek longgar b) Menggelecek rapat c) Mengelecek Indian Mengelecek longgar

Menggelecek longgar digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat dan pihak lawan berada jauh dari bola. Cara untuk mengelecek longgar Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar. Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan. Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan. Mata memandang bola ketika membuat tolakan. Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan. Kedudukan kayu hoki 45 ke tanah.

Menggelecek rapat Menggelecek rapat perlu apabila seseorang pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Teknik ini berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang selamat untuk menghantar bola kepada rakan. Cara untuk menggelecek rapat Pegangan seperti menggelecek longgar. Badan juga seperti menggelecek longgar Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan bergerak sambil mengkaji situasi padang. Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa

menyentuh kayu hoki.

Menggelecek Indian Menggelecek India adalah asas bagi semua pergerakan dengan bola dalam permainan hoki.Muka kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di hadapan badandengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih berganti menggunakan muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu manakala tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk menggerakkan bola. Cara untuk menggelecek indian Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri ke posisi yang lebih selesa. Tangan kiri memutarkan kayu sambil meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah kayu hoki. Tangan kanan memegang dengan longgar. Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz bahu. Mata seperti menggelecek rapat. Badan mengikut pergerakan bola. Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri pada masa kanan menyentuh tanah.

Menguis bola Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola tinggi melepasi pihak lawan ke rakan atau untuk menjaringkan gol.

Bola berada di sebelah kaki kanan. Kedudukan kayu rapat dan berada di bawah bola. Bengkokkan lutut dan bahu kiri

menghadap sasaran. Berat badan berada di kaki kanan. Alihkan berat badan ke kaki kiri. Gunakan kekuatan tangan dengan melejang bola ke hadapan dan ke atas. Bongkokkan badan semasa lakuan.

Ikut lajak ke arah atas.

Merebut bola Merebut adalah satu keupayaan merampas bola daripada penguasaan pihak lawan. Sewaktu melaksanakan kemahiran ini, imbangan, koordinasi, ketangkasan dan kesedaran ruang memainkan peranan yang penting. Kemahiran ini dilakukan pada saat pihak lawan leka dan cuai. Antara cara merebut dalam permainan hoki ialah: a) Merebut secara menghadang (flat tackle) b) Merebut secara kilas (reverse tackle) c) Merebut secara melonjak (jab tackle)

a) Merebut secara menghadang (flat tackle). Digunakan untuk menghadang kemaraan penyerang dari sebelah kanan pemain pertahanan dengan meletakkan kayu mendatar dengan permukaan padang. Kayu diletakkan depan kaki kiri

b) Merebut secara kilas (reverse

tackle). Digunakan di sebelah kiri pemain pertahanan. Tangan rapat dengan padang. Lonjak dan cuba kait bola.

c) Merebut secara melonjak (jab tackle). Pegang kayu kuat di tangan kiri. Lonjak dan cuba kait bola.

KAWASAN PERMAINAN 1.Padang

Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam permainan ini. Jika ianya terlalu sempit, pemain-pemain akan penuh sesak dan kemungkinan mereka tidak dapat melakukan pergerakan yang diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan itu pemain agak sukar untuk melakukan kemahiran-kemahiran lain seperti menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika kawasan padang permainan terlalu luas, keselesaan bermain dalam satu kelompok akan terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran menghantar bola kepada rakan sepasukan kerana kedudukan mereka diantara satu sama lain agak jauh. Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, padang hoki hendaklah berbentuk segiempat bujur yang berukuran 91.4 meter dan lebarnya 54.7 meter. Permukaannya hendaklah berbentuk rata dan mempunyai tanda-tanda seperti yang diperlukan untuk permainan ini. Permukaan padang jenis rumput atau lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk pertandingan. Permainan hoki yang dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau astroturf adalah lebih baik dari padang berumput biasa. Ini kerana diatas padang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa gangguan.

2.Bulatan Jaringan (Striking circle) Ciri-ciri bulatan jaringan ialah: Satu garisan dengan panjang 4 ela meter selari dengan garisan gol di tengah garisan. Dua suku bulatan dengan radius 16 ela dilukis bermula dari garisan 34 ela ke garisan belakang. Dikenali sebagai kawasan D.Strok penalti berada 7 ela di hadapan gol, manakala garisan bagi sudut penalti yang lain berada 5 ela dan 10 ela dari tiang gol kiri atau kanan.

3. Pintu gol Setiap permainan mempunyai gol. Begitu juga hoki. Tanpa gol, sesuatu permainan itu tidak mempunyai matlamat untuk dicapai. Bagi permainan hoki, setiap pasukan mempunyai pintu gol masing-masing. Ciri-ciri bagi pintu gol hoki adalah seperti berikut: Terletak di tengah-tengah garisan belakang. Diperbuat daripada dua tiang yang disambungkan dengan sebuah palang mendatar (crossbar) dan jarak antara dua tiang tersebut ialah 4 ela dan disambung dengan sebatang tiang mendatar yang mempunyai ketinggian 7 kaki daripada tanah. Semua ukuran diambil daripada dalam. Tapak depan tiang gol akan menyentuh tepi luar garisan belakang.

Tiangtiang

tegak dan mendatar (crossbar) yang membentuk sebuah pintu gol mesti mempunyai ketebalan tidak lebih daripada 3 inci dan tidak kurang daripada 2 inci. Pintu gol mesti dicat warna putih.Jaring-jaring diikat kukuh kepada tiang-tiang tegak dan tiang mendatar, dengan jarak dekat (tidak melebihi 6 inci) dan dipasangkan dengan kuat ke tanah di belakang gol. Jaring daripada "mesh' 1 inci - 1.5 inci dicadangkan. Papan tepi dan papan belakang diletakkan di keliling kaki jaring gol dan berukuran setinggi 45 cm dan dicat dengan warna gelap. Papan-papan belakang, berjarak 4 kaki daripada gol dan 4 ela panjangnya. 4.Tiang-tiang bendera Di setiap empat penjuru padang terdapat empat tiang bendera yang dinamakan bendera sudut. Bendera-bendera ini dipacakkan dengan ketinggian 1.20 meter hingga 1.50 meter. Bendera-bendera ini diletakkan di luar sudut dan ia diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain.

BILANGAN PEMAIN DAN CARA BERMAIN Seperti permainan-permainan padang yang lain, umpamanya bola sepak dan ragbi, hoki juga dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain setiap pasukan. Tujuan utama permainan permainan ini ialah memasukkan bola ke dalam gol lawan. Bola hendaklah dipukul dengan kayu yang dibentuk khas untuk permainan ini. Pemain tidak dibenarkan menyepak, melontar atau mengenakan bola kepada mana-mana bahagian

badannya kecuali penjaga gol dengan mematuhi undang-undang tertentu.

JANGKA MASA PERMAINAN Jangka masa permainan sesebuah perlawanan hoki adalah 70 minit, dengan setiap separuh masa mengambil masa sebanyak 35 minit. Perlawanan akan ditamatkan tepat 70 minit dan tiada masa kecederaan diberikan, berikutan masa dihentikan setiap kali bola keluar atau pemain mengalami kecederaan.

PERALATAN UNTUK PERMAINAN HOKI 1.Kayu hoki Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki. Permukaan kayu hoki serta bentuknya digambarkan seperti berikut:-

Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain dalam permainan. Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan ketinggian seseorang pemain dalam permainan. Pada kebiasaannya panjang kayu hoki adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan

beratnya ialah antara 510g hingga 624g untuk wanita dan antara 510g hingga 794g untuk lelaki. Bagaimanapun biasanya kayu yang beratnya 510g- 624g sering digunakan. Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.

2.Bola Ciri-ciri bola adalah seperti berikut: Bola hoki adalah berbentuk sfera dan keras, pejal atau kosong. Permukaannya licin tetapi pelipat(seam) atau lekuk-lekuk kecl (indentations) adalah dibenarkan. Kebanyakannya adalah berwarna putih tetapi jika mahu menggunakan warna lain perlulah dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.Berat bola adalah antara 156 g (minimum) 163 g (maksimum). Ukur lilit pula adalah antara 224 mm (minimum) 235 mm (maksimum).

PAKAIAN PEMAIN HOKI 1.Pakaian Semua pemain diwajib memakai shinguard sepanjang perlawanan. Semua pemain diwajibkan memasukkan jersi ke dalam skirt (wanita) / seluar (lelaki) sepanjang perlawanan. Jika pemain memakai tambahan ia hendaklah dari warna yang sama. Setiap pasukan dikehendaki membawa dua set jersi yang berlainan warna dan setiap jersi hendaklah bernombor dari nombor 1 hingga 16. Jersi Penjaga Gol hendaklah bernombor di belakang dan di hadapan. Sekiranya terdapat kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama, maka satu daripada pasukan hendaklah menukar jersinya dengan cara pengundian. Pengurus-pengurus pasukan diminta menentukan jersi lawannya terlebih awal bagi mengelakkan jersi yang sama warna.

2. Alatan penjaga gol Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakai perlindungan badan yang sesuai. Penjaga perlu memakai ped di kaki dari pergelangan kaki sehingga paras lutut. Ped mestilah ringan untuk membantu pergerakan penjaga gol. Sarung tangan penjaga gol diperbuat daripada kulit dan plastik.

Ia berfungsi untuk melindungi tangan dan memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola. Selain itu, alatan lain yang perlu adalah pelindung dada, pelindung bahu, penutup muka, pelindung mulut, seluar berpad, pelindung mulut dan kemola untuk penjaga gol lelaki. Pelindung badan dan bahu untuk melindungi tubuh badan dan dipakai di bawah jersi penjaga gol. Pelindung mulut pula bertujuan untuk melindungi mulut dan gusi daripada cedera. Pelindung muka adalah wajib bagi penjaga gol kecuali semasa penalti dan ia bertujuan melindungi muka, kepala dan kerongkong. Bagi memudahkan penjaga gol melungsur di atas permukaan gelanggang sintetik ia perlu memakai seluar yang mempunyai ped.

3. Kasut Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis kasut yang sesuai. Namun, kasut-kasut yang membahayakan pemain lain seperti kasut yang mempunyai pancang (spikes) tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan sama sekali. Kasut yang mempunyai tetungku getah amatlah digalakkan. Kasut khas turut digunakan ketika pemain bermain di atas permukaan sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain.

ASPEK KESELAMATAN KAWASAN BERMAIN Kawasan permainan atau latihan seperti padang dan gelanggang haruslah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik dan tidak membahayakan penggunanya. v Permainan hoki mestilah dijalankan di atas gelanggang hoki yang telah disediakan. v Pastikan tiada sebarang batu-batu kecil atau lubang pada permukaan gelanggang untuk mengelakkan pemain terseliuh atau tersadung. v Gelanggang hoki hendaklah rata supaya bola hoki dapat bergolek dengan baik.

PERALATAN DAN PEMAKAIAN Pakaian hendaklah sesuai dengan aktiviti dan kasut sukan mestilah dipakai untuk mengelakkan kecederaan pada kaki. Sebagai langkah keselamatan, pemain hendaklah menepati garis pandu pemakaian dalam permainan hoki seperti: Untuk pemain biasa: v Kayu hoki yang memenuhi syarat v Shin guard menutup buku lali sehingga ke paras lutut v Kasut hoki yang bersesuaian dan mengikut saiz kaki pemain v Stokin sukan panjang v Jersi v Seluarpendek/ skirt/ track Untuk penjaga gol: v Helmet v Chect pad (pelapik/ penahan dada) v Hand protecter v Kickers dan Leg guards v Groin protecter (untuk lelaki) v Pelvis protecter (untuk wanita) v Seluar penjaga gol v Throat guard v Kayu penjaga gol Sebelum memulakan permainan, beberapa aspek tentang peralatan permainan perlu diambil kira bagi memastikan keselamatan pemain terjaga. Contohnya alatan itu mestilah: v Berada dalam keadaan yang baik dan tidak rosak supaya alat tersebut dapat berfungsi dengan baik. v Bersesuaian dengan umur, ketinggian dan keupayaan pemain.

PERSEDIAAN PEMAIN Pastikan pemain melakukan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu sebelum memulakan permainan dan melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas bermain. Aktiviti memanaskan badan: v Meningkatkan suhu badan (faktor utama untuk meningkatkan prestasi) v Meransang aktiviti sistem saraf pusat (meningkatkan fungsi transmisi saraf kontraksi otot menjadi lebih efisyen) v Mengurangkan masa reaksi v Meningkatkan koordinasi v Mengurangkan risiko kecederaan v Meningkatkan tahap motivasi dan persediaan psikologi. Aktiviti gerak-kendur v Selepas aktiviti intensiti tinggi (latihan/pertandingan) terdapat jumlah darah yang

banyak menuju ke jantung. v Jangan berhenti bergerak secara tiba-tiba kerana ini akan menyebabkan pengumpulan darah di vena pada kaki dan tangan. Ianya juga boleh mengganggu peredaran darah ke jantung, otak dan otot. v Pergerakan perlahan selama 5-10 minit (jalan, aktiviti aerobik intensiti rendah) boleh membantu menggalakkan peredaran darah elak pening/ pengsan. Ini diikuti dengan senaman regangan (regangan statik). v Masa ini paling baik untuk senaman regangan kerana kebolehan otot memanjang secara maksimum dan dapat membantu mengurangkan pengumpulan asid laktik Penting : Sediakan First Aid Kit dan pastikan kandungan di dalamnya lengkap dan masih

boleh digunakan.

PERATURAN PERMAINAN Bilangan pemain sebanyak 11 orang setiap pasukan. Masa permainan dan rehat adalah mengikut pecahan 35 5 35. v Memulakan permainan: o di awal permainan dan separuh masa kedua o permainan dihentikan atas kesalahan yang dilakukan oleh satu pihak o kesalahan serentak oleh kedua-dua pihak (bully) selepas gol dijaringkan v Pemain tidak dibenarkan: o menggunakan bahagian belakang kayu o bermain tanpa kayu sendiri o menggunakan kayu untuk menakutkan pemain lain o mengangkat kayu melepasi kepala lawan o menaikkan bola dan membahayakan pemain lawan o bermain dengan cara yang bahaya v Penjaga Gol (dalam kawasan D) boleh : o Menendang bola o Menahan bola dengan mana-mana bahagian badan o menghentikan bola dengan kayu melepasi bahu v Menghadang o menggunakan mana-mana bahagian badan atau kayu untuk menghalang pihak lawan

dari merampas bola tanpa memainkan bola o berlari di antara rakan pembawa bola dengan pihak lawan (third party obstruction). v Penalti o Pukulan percuma o Kesalahan yang tidak disengajakan di luar kawasan D o Kesalahan yang dilakukan antara kedua-dua garisan 23m. v Pukulan sudut penalti o Kesalahan yang tidak disengajakan dalam kawasan D o Kesalahan yang disengajakan di antara garisan D dan garisan 23m v Strok Penalti o Kesalahan yang disengajakan dalam kawasan D o Kesalahan yang tidak disengajakan tapi boleh menghasilkan gol jika tidak berlaku kesalahan.

v Amaran o hijau (penggantungan sementara 2 minit masa diambil kira apabila pemain duduk di kerusi yang disediakan khas di tempat teknikal. o kuning (penggantungan sementara- minima 5 minit ) o merah (Penggantungan tetap)

KECEDERAAN YANG BIASA BERLAKU

Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada kecederaan. Kecederaan semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut. Walaubagaimanapun kecederaan yang biasa berlaku semasa bersukan adalah seperti:

JENIS KECEDERAAN -Luka -Melepuh -Melecet -Dislokasi -Fraktur -Kontuksi -Konkusi TANDA-TANDA -Berdarah, Lebam, Bengkak -Gelembung berair -Kulit yang tergeser, berdarah, lebam, bengkak dan berubah bentuk -Hilang daya pergerakan, Bengkak di sekeliling sendi -Hilang daya pergerakan, Bengkak dan perubahan bentuk -Bengkak dan lebam, Pergerakan terhad -Tidak sedarkan diri, Denyutan nadi lemah, Pergerakan terhad

SIMPTOM -Sakit pada tempat yang cedera -Perit pada tempat yang cedera -Sengal -Sakit pada tempat yang cedera -Sakit pada tempat yang cedera -Sakit pada tempat yang cedera

-Loya, pening dan hilang ingatan sementara

Bahan Rujukan. 1) Akhi Muhammad Aiyas (2011, October 13). Kerja Kursus GERKO : Permainan Hoki. Retrieved from http://www.scribd.com/doc/68590309/Kerja-Kursus-GERKO-PermainanHoki 2) Malaysian Hockey Confederation (2013, April 5). International Events. Retrieved from http://www.malaysiahockey.com.my/index.php? option=com_content&view=article&id=53&Itemid=55 3) Mat King (2012, October). PERALATAN SUKAN HOKI ~ nota pelajar PISMP. Retrieved from http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/peralatan-sukan-hoki.html 4) Perbadanan Stadium Nasional (2013, April 4). LAMAN WEB RASMI PERBADANAN STADIUM MALAYSIA. Retrieved from http://www.stadium.gov.my/site?PageSelId=100

Anda mungkin juga menyukai