Anda di halaman 1dari 5

Teknik-teknik Permainan Hoki

Teknik-teknik bermain hoki

Terdapat beberapa kemahiran dalam asas dalam permainan hoki. Antaranya ialah:-

a) Memukul bola
b) Mengelecek bola
c) Menguis bola
d) Merebut bola

Memukul bola
Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola kepada rakannya pada jarak yang agak jauh atau
membuat pukulan ke arah gol. Bagi tujuan pukulan, perkara yang perlu dititikberatkan adalah
ketepatan arah dan kederasan bola. Ketepatan arah bola ditentukan dengan kedudukan bahu dan
kaki sementera kederasan bola ditentukan dengan daya pukulan daripada kedua-dua belah tangan
dan pemindahan berat badan.

 Pegang kayu dengan kuat. Tangan kiri di

atas tangan kanan.Bahu kiri menghadap


sasaran. Bola berada selari dengan kaki kiri.
Mulakan aksi dengan hayunan ke belakang

 Hayun kayu ke arah bola dan pindahkan berat badan ke kaki depan. Bengkokkan lutut
semasa melakukannya. Mata memandang bola. Kontak bahagian belakang bola.
 Ikut lajak, kayu dituju sehala dengan sasaran. Berat badan dipindahkan ke hadapan.

Mengelecek bola

Kemahiran mengelecek bola digunakan untuk mengawal bola sambil melepasi pemain lawan. Aspek
yang perlu dititik beratkan semasa melakukan kemahiran ini ialah kepantasan dan kemahiran
mengacah dengan menggunakan pergerakan badan dan kayu. Bola sentiasa berada di hadapan
badan dan digerakkan dari sisi ke sisi. Terdapat 3 cara dalam menggelecek bola iaitu:-

a) Menggelecek longgar
b) Menggelecek rapat
c) Mengelecek Indian

Mengelecek longgar

Menggelecek longgar digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat dan pihak
lawan berada jauh dari bola.

Cara untuk mengelecek longgar

 Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar. Longgarkan
sedikit pegangan tangan kanan.

 Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan.

 Mata memandang bola ketika membuat tolakan.

 Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.

 Kedudukan kayu hoki 45° ke tanah.

Menggelecek rapat
Menggelecek rapat perlu apabila seseorang pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Teknik ini
berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang selamat untuk menghantar bola kepada rakan.

Cara untuk menggelecek rapat

 Pegangan seperti menggelecek longgar.

 Badan juga seperti menggelecek longgar

 Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan
bergerak sambil mengkaji situasi padang.

 Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa menyentuh
kayu hoki.

Menggelecek Indian

Menggelecek India adalah asas bagi semua pergerakan dengan bola dalam permainan hoki.Muka
kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di hadapan badandengan menggerakkan
bola ke kiri dan ke kanan silih berganti menggunakan muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa
menggerakkan kayu manakala tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk menggerakkan
bola.

Cara untuk menggelecek indian

 Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri ke
posisi yang lebih selesa. Tangan kiri memutarkan kayu sambil meletakkan ibu jari tangan kiri
ke arah bawah kayu hoki. Tangan kanan memegang dengan longgar.

 Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz bahu.

 Mata seperti menggelecek rapat.

 Badan mengikut pergerakan bola.

 Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri pada
masa kanan menyentuh tanah.

Menguis bola

Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola tinggi melepasi pihak lawan
ke rakan atau untuk menjaringkan gol.
 Bola berada di sebelah kaki kanan. Kedudukan kayu rapat dan berada di bawah bola.
Bengkokkan lutut dan bahu kiri menghadap sasaran. Berat badan berada di kaki kanan.

 Alihkan berat badan ke kaki kiri. Gunakan kekuatan tangan dengan melejang bola ke
hadapan dan ke atas. Bongkokkan badan semasa lakuan.

 Ikut lajak ke arah atas.

Merebut bola
Merebut adalah satu keupayaan merampas bola daripada penguasaan pihak lawan. Sewaktu
melaksanakan kemahiran ini, imbangan, koordinasi, ketangkasan dan kesedaran ruang memainkan
peranan yang penting. Kemahiran ini dilakukan pada saat pihak lawan leka dan cuai. Antara cara
merebut dalam permainan hoki ialah:

a) Merebut secara menghadang (flat tackle)


b) Merebut secara kilas (reverse tackle)
c) Merebut secara melonjak (jab tackle)

 Merebut secara menghadang (flat tackle) Digunakan untuk menghadang kemaraan


penyerang dari sebelah kanan pemain pertahanan dengan meletakkan kayu mendatar
dengan permukaan padang. Kayu diletakkan depan kaki kiri

 Merebut secara kilas (reverse tackle) Digunakan di sebelah kiri pemain pertahanan. Tangan
rapat dengan padang. Lonjak dan cuba kait bola.

 Merebut secara melonjak (jab tackle) Pegang kayu kuat di tangan kiri. Lonjak dan cuba kait
bola.

Anda mungkin juga menyukai