Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT

KEJOHANAN HOKI SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH KOTA KINABALU 2019

Tarikh : 14 JANUARI 2019


Masa : 9 PAGI
Tempat : BILIK GERAKAN SRK LOK YUK, LIKAS

KEHADIRAN

1. En.Liuh Bin Gindong - SRK Lok Yuk, Likas


2. En.M. Herman Hj. Yubing - SRK Lok Yuk, Likas
3. Pn.Ernie Fazliana Lasiara - SRK Lok Yuk, Likas
4. Pn.Evalina Liew Li Se - SRK Lok Yuk, Likas
5. En.Mohd Hisham Esmail - SRK Lok Yuk, Likas
6. En. Norjain Bin Mahali - SRK Lok Yuk, Likas
7. En. Dedi Saputra - SMK Likas
8. En.Mohd Shah Rizal B, Mohd Jasrin - SK Tobobon
9. En.Isuandar B. Suhaili - SK Sri Gaya
10. Pn. Dg Nor Hazlinda Bt Maarof - SK Sri Gaya
11. En. Saiful Mujahid B. Ismak - SK Inanam Dua
12. En. Danial Sayom - SK Tanjung Aru 1
13. En. Nazmi Mustafa - SK Sembulan
14. Pn. Juria Jusoh - SK Darau
15. Cik Juraidah Awang - SRK Sacred Heart

AGENDA 1 : UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PENGELOLA

En. Liuh Bin Gindong , guru besar SRK Lok Yuk, Likas selaku pengerusi pengelola kejohanan pada tahun
ini mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua dalam mesyuarat hari ini. Beliau berharap
agar pentandingan pada tahun ini dapat berjalan dengan lancer serta dapat memilih pemain-pemain
yang berpotensi untuk ke peringkat seterusnya. Beliau juga berharap agar semua AJK, pengadil, guru-
guru dari sekolah yang mnyertai kejohanan ini dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan
kejohanan pada kali ini.

AGENDA 2 : PENETAPAN TARIKH, MASA ,TEMPAT , YURAN PENYERTAAN DAN TARIKH TUTUP
PENYERTAAN

Hasil perbincangan semua yang hadir bersama Pengerusi Teknik Kejohanan Hoki iaitu En. Dedi Saputra,
tarikh , tempat, masa, yuran dan tarikh tutup penyertaan yang telah dipersetujui adalah seperti berikut :

Tarikh : 2hb Februari 2019 (Sabtu)


Tempat : Stadium Hoki Kompleks Sukan Likas
Masa : Bermula jam 7.30 pagi
Yuran : RM 150.00 satu pasukan

AGENDA 3 : TAKLIMAT PENGERUSI TEKNIKAL

1
3.1 En. Dedi Saputra selaku pengerusi teknikal kejohanan menerangkan kepada semua yang hadir
tentang peraturan kejohanan yang sama seperti tahun lepas dan memohon agar semua bekerja sama
dari segi ketetapan masa, kawalan dan disiplin pemain serta memastikan kerjasama dapat disalurkan
bagi memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar dan teratur.

3.2 Pakaian pemain hendaklah lengkap seperti memakai shin guard dan menerapkan ciri-ciri
keselamatan dalam permainan.

3.3 Sistem pertandingan yang digunakan merupakan sistem liga di mana menang – 3 mata / seri –
1 mata / kalah – 0 mata.

3.4 Masa perlawanan adalah 10 minit dan peringkat akhir 7 minit +7 minit.

3.5 Memandangkan kejohanan peringkat negeri akan di adakan pada 14 Februari maka ditetapkan
latihan pusat bagi pasukan daerah Kota Kinabalu , akan di adakan pada 12 dan 13 Februari iaitu selepas
cuti Perayaan Tahun Baru Cina.

AGENDA 4 : PENGESAHAN PENYERTAAN DAN CABUTAN UNDI

4.1 Hasil perbincangan, tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Januari 2019 (Jumaat) dimana
setiap pasukan hendaklah menyerahkan yuran yang telah dipersetujui iaitu sebanyak RM150.00
berbentuk wang tunai serta dokumen-dokumen seperti berikut kepada pihak pengelola iaitu :
i. Borang R01 lengkap dengan gambar
ii. Borang R02
iii. Borang Kebenaran ibu bapa
iv. Salinan sijil lahir yang disahkan
v. Borang pendaftaran pasukan

4.2 Pengerusi pengelola menyatakan semua peserta akan menerima sijil dan bagi pemenang
tempat pertama, kedua dan ketiga akan menerima piala beserta medal dan sijil.

4.3 Pasukan yang menyertai pada kejohan kali ini adalah sebanyak 8 pasukan lelaki dan 3
pasukan perempuan.

4.4 Memandangkan penyertaan pasukan perempuan hanya 3 pasukan sahaja maka sistem
pertandingan yang digunapakai adalah sistem ‘Round Robin’ manakala pasukan lelaki yang
menggunakan sistem liga di bahagikan kepada dua kumpulan mengikut undian seperti berikut :

KUMPULAN A KUMPULAN B
SK Tanjung Aru 1 SK Sembulan
SRK Sacred Heart B SRK sacred Heart A
SK Darau SK Sri Gaya
SRK Lok Yuk, Likas SK Tobobon

AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN

2
5.1 Pengelola akan mengadakan group telegram untuk perbincangan dan penghantaran borang.
Pengerusi pengelola juga mengingatkan agar borang pendaftaran pasukan perlu di hantar dalam hard
copy dan soft copy, samada melalui email ataupun telegram.

5.2 Jika berlaku kelewatan pasukan bermain mengikut jadual di sebabkan oleh perkara yang tidak
dapat elakkan, budi bicara serta tolak ansur amatlah diharapkan daripada pasukan yang lain dan perlu
dimaklumkan kepada pengelola secepat mungkin bagi tindakan selanjutnya agar perjalanan
pertandingan dapat dijalankan dengan lancar dan mengikut masa yang telah ditetapkan.

5.3 Dalam mesyuarat ini juga, selepas tarikh tutup pendaftaran, sebarang penyertaan dari pasukan
lain tidak akan diterima.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 pagi .

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

( ERNIE FAZLIANA L ) ( LIUH BIN GINDONG)


Setiausaha Guru Besar
SRK Lok Luk Likas

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Dicadangkan oleh :.................................................................


Tandatangan: :.................................................................
Tarikh :.................................................................

Disokong oleh :.................................................................


Tandatangan :.................................................................
Tarikh :.................................................................

Efl/19

3
4

Anda mungkin juga menyukai