Anda di halaman 1dari 8

Kemahiran asas permainan hoki a) Memukul Kemahiran memukul merupakan senjata utama kepada pemain hoki, bola dapat

digerakkan dengan cepat dan jauh dengan cara ini. Kegunaan memukul bola dalam permainan hoki ialah: Menghantar bola dengan cepat dan tepat pada jarak sederhana dan jauh. Mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya. Membuat pukulan bebas dan memulakan permainan menjaringkan gol.

Langkah kemahiran memukul Berdiri dengan mengangkang sedikit mengikut keselesaan dengan bahu kiri selari ke arah tempat yang hendak di tuju. Pemegang kayu hoki berhampiran pangkalnya dengan erat. Pegang kayu dengan kedua-dua belah tangan berada berdekatan tangan kiri di atas tangan kanan (pegang rapat). Bahu kiri menghala kea rah sasaran. Bola perlu berada di sebelah hadapan kaki kiri dengan jarak yang agak selesa. Kedudukan kaki menghadap bola. Kedudukan kaki kanan 80 hingga 100 darjah dengan bahu serta kaki kiri 30 hingga 40 darjah. Langkah kaki kiri di hadapan dan pada masa yang sama hayun kayu ke belakang badan dan pindahkan berat badan kekaki kanan. Hayunkan kayu ke hadapan dengan memindah berat badan ke kaki kiri. Ikut lajak kayu sehala dengan sasaran dan pastikan kayu tidak dihayun melebihi paras bahu.

b) Menolak Dalam kemahiran menolak, bola ditolak dengan menggunakan kayu hoki supaya bergerak di atas permukaan padang. Tolak tidak memerlukan ayunan kayu yang kuat serta senang dihalang. Sungguh pun begitu kemahiran

menolak adalah kemahiran asas yang perlu ada pada pemain hoki. Kegunaan kemahiran menolak ialah: Kita dapat menghantar bola dengan tepat kepada rakan dari jarak dekat. Kita dapat menjaringkan gol dalam keadaan peluang berada dalam julat masa yang pendek (kemungkinan ketika memukul lawan akan dapat merampas bola, kerana memukul memerlukan masa yang lama daripada menolak). Menyelamatkan pintu gol dalam keadaan peluang berada dalam julat masa yang pendek (kemungkinan ketika memukul lawan akan dapat merampas bola, kerana memukul memerlukan masa yang lama daripada menolak).

Terdapat dua jenis tolakan iaitu: Tolakan tanpa bergerak Tolakan sambil bergerak

Langkah kemahiran menolak tanpa bergerak Tangan kiri memegang atas kayu serta tangan kanan berada pada kedudukan selesa dalam keadaan mengawal kayu. Bahu kiri selari ke arah tujuan bola. Tolak bola dengan bahagian muka rata kayu. Tolak dengan keadaan tangan kanan memberi kuasa sementara tangan kiri mengawal kayu. Alihkan berat badan dari kaki kanan ke kiri ketika membuat tolakan dan ikut lajak.

Langkah kemahiran menolak bergerak Bola berada di sebelah kanan bahagian badan dan berada jauh di hadapan posisi badan. Letak bahagian kayu hoki di belakang atau bersentuhan dengan bola. Bahagian rata atau leper kayu hoki dilentangkan sedikit dan dikenakan ke belakang bola.

Tolak bola ke arah depan dengan kuasa yang kuat menggunakan lengan dan bahu. Ikut lajak ke arah sasaran.

c) Menguis Menguis adalah pukulan yang naik sedikit dan selalu berpusing, keadaan ini boleh mengelirukan penjaga gol dan pihak lawan. Kegunaan menguis: Menjaringkan gol dalam keadaan peluang berada dalam julat masa yang pendek (kemungkinan ketika memukul lawan akan dapat merampas bola, kerana memukul memerlukan masa yang lama daripada menolak). Menjaringkan gol dengan mengelirukan pihak lawan dan penjaga gol.

Langkah kemahiran menguis Cara pegangan kayu hoki dalam kemahiran menguis sama seperti dalam kemahiran menolak (pegangan longgar). Berdiri melangkah dengan kaki kiri di hadapan badan bahu kiri menghala ke arah tujuan bola. Berat badan berada di kaki belakang sehingga kayu hoki menyentuh bola, pindahkan berat badab ke hadapan ketika membuat kuisan. Semasa menguis, tangan kanan menolak sambil tangan kiri menarik kayu hoki. Ikut lajak selepas menguis bola.

d) Mencedok Mencedok dilakukan bagi membolehkan kita menghantar bola kepada rakan kita, namun peraturan ini mestilah dipatuhi: Tidak dibenarkan mencedok sekiranya pemain lawan atau rakan berada 3 ela dari kawasan sekitar. Tidak boleh menghalang pemain lawan mencedok dengan menerpa atau berlari ke arahnya.

Panduan untuk membolahkan melakukan kemahiran mencedok dengan baik Badan dibongkok ke hadapan dalam kedudukan mengiring dengan kaki dan bahu kanan ke depan. Posisi bola terletak berhampiran dengan kaki kanan. Kayu hoki terletak pada bahagian bawah bola. Kayu diangkat dengan tangan kanan dan diimbang dengan tangan kiri.

e) Menahan Menahan bola merupakan satu kemahiran yang penting dalam permainan hoki. Jika kita tidak dapat menguasai kemahiran menahan, bola yang ditahan oleh kita kemungkinan melantun jauh dari kayu kita. Keadaan ini menyebabkan kemungkinan bola yang ditahan dirampas oleh lawan. Menahan bertujuan untuk memberhentikan bola dalam permainan dan seterusnya mengawalnya sambil merancang tindakan selanjutnya. Secara amnya terdapat dua cara menahan iaitu: Menahan di hadapan badan Menahan disisi

Langkah yang dilakukan untuk menahan di hadapan Tangan kiri kita memegang kayu hoki di bahagian hujung dengan tapak tangan menghadap ke belakang. Tangan kanan memegang tengah kayu hoki dengan tapak tangan menghadap hadapan. Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan untuk mengetuk bola. Berdiri dengan kedua-dua kaki terbuka dalam keadaan selesa. Kayu hoki dicondongkan ke belakang sedikit membentuk sudut 60 antara 70 antara kayu hoki dan padang. Keadaan badan di belakang kepala kayu hoki mata focus kepada bola. Gerakan badan dan muka rata kayu sehala dengan arah bola. Apabila terkena bola, cuba serapkan bola untuk mengurangkan kelajuan bola pada sudut antara kayu hoki dan padang.

Menahan bola dari kanan Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan untuk mengetuk bola.

Mata fokus ke arah bola, badan dibongkokkan dan bahu kiri ke hadapan dengan lutut kiri dibengkok ke hadapan kaki kanan dilunjurkan mengikut keselesaan dan bongkokkan badan.

Kepala kayu hoki diletakkan di hadapan kaki kiri, permukaan rata menghadap bola.

Menahan bola dari kiri Pegangan kayu hoki seperti untuk menahan (pegangan longgar) pegang kayu dalam keadaan condong sedikit ke hadapan. Mata sentiasa fokus ke arah bola, badan dibongkokkan bahu kanan ke hadapan dengan lutut kanan dibengkok, kaki kiri dilunjurkan ke belakang mengikut keselesaan dan bongkokkan badan. Kepala kayu hoki diletakkan hadapan kaki kanan, permukaan rata menghadap bola.

f) Mengelecek Mengelecek adalah cara mengawal bola bergerak dan mengelak daripada kepungan lawan ketika membawa bola. Kemahiran mengelecek adalah penting bagi seorang pemain hoki. Terdapat tiga cara mengelecek iaitu:

1) Menggelecek longgar Kegunaannya Digunakan untuk membawa bola dengan cepat contohya apabila tidak dikawal atau pihak lawan berada jauh dari kita. Melepaskan diri dengan bola daripada pemain lawan. Mengawal bola sambil bergerak

Langkah ketika menggelecek longgar Tangan kiri kita memegang kayu hoki di bahagian hujung dengan tapak tangan menghadap ke belakang serta siku dan pergelangan kiri menghadap ke hadapan. Tangan kanan memegang tengah kayu hoki dengan tapak tangan menghadap depan.

Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan untuk mengetuk bola. Bongkok sedikit mengikut ketinggian kita serta lutut

dibengkokkan. Fokus utama kepada bola serta posisi pihak lawan. Kedudukan bola perlu sentiasa berada di hadapan kaki kana. Jarak bola dipukul bergantung kepada posisi pemain lawan yang terdekat.

2) Menggelecek rapat Kegunaannya Menggelecek rapat digunakan apabila kita hendak mengawal bola dengan berhati-hati kerana takut dirampas oleh lawan. Gelecek rapat juga digunakan apabila kita tidak dapat memastikan keadaan atau situasi permainan sama ada selamat atau tidak untuk mendedahkan bola tersebut kepada pemain lain.

Langkah ketika menggelecek rapat Cara memegang kayu seperti menggelecek longgar. Posisi badan juga seperti menggelecek longgar. Fokus mata kepada bola sambil melihat posisi pemain lawan dan rakan untuk membina kawalan padang yang baik. Bola harus berada ke kanan dan di hadapan kaki kanan serta sentiasa menyentuh kayu hoki. Bahagian rata kepala hoki bersudut sedikit apabila menyentuh bola. Pukul bola dengan sesuai supaya bola bergerak rapat dengan kayu.

3) Menggelecek India Kegunaannya

Menggelecek cara ini digunakan semasa hendak menukar arah permainan sama ada ke kanan ke kiri. Menggelecek cara ini mengelirukan lawan oleh itu, cara ini membolehkan kita melarikan diri daripada pihak lawan.

Langkah ketika menggelecek India Untuk kemahiran menggelecek India, bola hoki diketuk secara pepenjuru di hadapan dan belakang atau ke kiri dan kanan. Bola hoki diketuk secara pepenjuru bahagian kepala kayu hoki (blade) diputar di atas dan berdekatan dengan bola. Pemain akan mara ke hadapan secara perlahan dengan pergerakan bola bergerak secara zig-zag.

g) Merebut Kemahiran ini bertujuan untuk mendapatkan bola daripada pihak lawan dengan cara yang betul. Terdapat beberapa jenis tackle iaitu:

Tackle jab Kayu hoki dipegang degan tangan kiri dengan sisi kayu yang rata menghadap ke atas. Pemain perlu menerpa ke hadapan dengan tangan kiri memegang kayu dan mencucuk (jab) bola supaya bola bergerak ke belakang kayu pihak lawan. Ia mempunyai kelebihan dari segi elemen kejutan dan pemain berada pada jarak yang baik untuk melakukan tackle.

Tackle forehand Biasanya dilakukan oleh pemain pertahanan di sisi kanan badan dan ia dilakukan semasa berhenti atau semasa berlari dengan pemain penyerang. Pegangan kayu dengan tangan kiri di hujung kayu dan tangan kanan di bahagian tengah kayu.

Tackle reverse stick Kemahiran ini agak sukar dilakukan kerana ia dimainkan di sebelah kiri pemain pertahanan iaitu merupakan sisi yang lemah bagi sesetengah

pemain. Ia dilakukan dengan menyerkap bola menggunakan belakang kayu hoki dan memaksa pemain penyerang berlari melepasi bola.

Berikut adalah perkara yang perlu diketahui dalam kemahiran merebut: Mata sentiasa memerhati ke arah bola Kekalkan kayu hoki di atas tanah supaya mengurangkan jaraknya dari bola dan penahan dapat bergerak dengan cepat apabila mendapat peluang. Membuat gerakan yang mengelirukan dengan badan dan kayu hoki supaya penyerang melakukan kesilapan. Berdiri dengan sebelah kaki berada di hadapan supaya dapat bergerak dan bertukar arah dengan mudah dan cepat.

Anda mungkin juga menyukai