Anda di halaman 1dari 30

OBJEKTIF Tugasan ini dilaksanakan atas beberapa objektif :

a) Mendedahkan pelajar tentang segala aspek dalam sukan hoki. b) Mendedahkan kepada pelajar kemahiran-kemahiran asas dalam sukan hoki. c) Memberi satu latihan dengan tunjuk cara yang tepat berteraskan kepada prinsip mekanik. d) Mendedahkan pelajar kepada satu sistem latihan yang rapi dan berobjektif. e) Menjadi satu panduan kepada bakal guru mengendalikan satu sistem latihan yang bersistematik. f) Melahirkan pelajar yang bersikap positif dan berminat untuk bersukan.

1.0 PENGENALAN

1.1 Sejarah Hoki Dunia

Permainan Hoki tidak dapat dipastikan dengan tepat tarikh munculnya permainan ini di dunia. Menurut beberapa rekod permainan Hoki telah dimainkan sejak 4000 tahun yang lampau di Mesir. Hal ini kerana terdapat bukti yang menunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Mina, Mesir yang menunjukkan sebuah lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan Hoki. Selain itu, terdapat juga catatan yang mengatakan permainan Hoki telah dimainkan oleh orang-orang Parsi, Greek dan Rome sejak tahun 2000 s.m. Seni arca dinding yang ditemui di Athens menggambarkan permainan yang menyerupai hoki.permainan ini kemudiannya terus lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia pertama kali diperkenalkan di England tetapi tidak mempunyai sistem peraturan dan undangundang permainan yang sistematik ddan teratur. Hal ini menyebabkan kerap berlaku pergaduhan dan kekecohan semasa permainan. Pada pertengahan tahun 1800-an, hoki menjadi popular di sekolah-sekolah di England. Semua pelajar mula bermain hoki lantas tertubuhnya beberapa kelab hoki di England seperti Kelab Blackheath di selatan London . Pada masa itu bakal Raja King

Edward VII telah menggalakkan penyusunan peraturan permainan yang lebih terperinci. Setelah itu, barulah permainan Hoki tersebar ke serata dunia. Hoki mempunyai kaitan dengan permainan polo dan merupakan versi hoki yg halus sebelum wujudnya hoki. Di Mexico, orang India Aztec pernah bermain satu permainan kayu yang mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah dengan puak-puak tertentu dengan kedudukan yang agak berjauhan.

Peraturan permainan hoki yang terperinci telah dirangka oleh British Hockey Association pada tahun 1886. Ia telah diterima dan digunakan oleh beberapa buah negara seperti Scotland, Wales, Ireland, Belgium dan Perancis. Hal ini telah memudahkan perlawanan antarabangsa antara negara tersebut. Pada tahun 1894, perlawanan hoki antarabangsa yang pertama telah berlangsung antara England dengan Ireland. Selepas itu, negara-negara lain juga telah mula melibatkan diri dalam perlawanan hoki di peringkat antarabangsa. Permainan hoki dalam kalangan wanita juga telah menjadi popular di mana lapan buah negara, iaitu Australia, Denmark, England, Ireland, Scotland, Wales, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat telah menubuhkan bersama Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Hoki Wanita ( International Federation of Womens Hockey Association atau IFWHA). Kemudian pada tahun 1982, wujudnya Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) dengan Brussels, Belgium sebagai ibu pejabat.

Pada masa kini, hoki telah berkembang ke tujuh-tujuh benua dan mempunyai 112 buah negara yang menjadi ahli FIH. Setiap benua juga mempunyai persekutuan Hoki Asia (Asian Hockey Federation) di mana Malaysia merupakan ahli persatuan tersebut. Pertandingan hoki mula dimainkan di Sukan Asia pada tahun 1958 yang diadakan di Tokyo. Permainan peringkat ini didominasi oleh India, Pakistan dan kuasa baharu Korea Selatan. Negara-negara lain yang unggul di peringkat ini ialah negara China, Jepun dan Malaysia.

1.2 Sejarah Hoki Malaysia

Permainan Hoki bermula di Malaysia apabila askar-askar dan kakitangan inggeris yang datang bertugas pada tahun 1892 membawa permainan ini. Namun pada awal era permainan ini di Malaysia, permainan ini tidak berjaya menarik minat orang tempatan. Perlawanan permainan Hoki negeri pertama kali berlangsung di Malaysia antara Selangor dengan Singapura pada tahun 1904. Selepas daripada perlawanan ini, pada tahun 1920, barulah orang tempatan berminat dan menceburi permainan atau sukan Hoki. Pada 1923 Malaysia (Malaya pada ketika itu), berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Pada tahun 1926, berlangsung perlawanan Hoki pertama di Malaysia yang melibatkan orang tempatan antara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-Negeri Selat.

Sebuah badan rasmi untuk mengawal hoki di negara ini telah ditubuhkan pada tahun 1948 yang dikenali sebagai Majlis Hoki Malaya (Malayan Hockey Council). Badan ini ditubuhkan bersama Singapura. George Oehlers dari Singapura dilantik sebagai Presiden pertama dan R. Minjoot sebagai Setiausaha. Hanya pada tahun 1953, Malaya Hockey Federation didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Societies) dengan H.M De Souza sebagai Presiden dan K.Aryaduray sebagai Setiausaha.

Kini, pertubuhan sukan kebangsaan ini dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) atau Malaysia Hockey Federation dengan semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan, angkatan tentera dan polis diraja sebagai ahli persekutuan tersebut. Persekutuan Hoki Malaysia adalah antara persatuan sukan kebangsaan yang sangat aktif. Hoki adalah antara permainan yang mempunyai aktiviti dan program di semua peringkat sepanjang tahun mahupun di peringkat dunia, negeri atau sekolah.

1.3 Alatan Permainan Hoki 1.3.1 Kayu Hoki (stick/ hockey stick)

1. Kayu hoki mempunyai 3 bahagian yang mana bahagian-bahagian tersebut mempunyai fungsi tersendiri. Bahagian pertama penting untuk kemahiran memukul. Bahagian kedua penting untuk kemahiran menolak menggelecek dan menguis bola. Bahagian ketiga penting untuk kemahiran menahan dan menerima bola.

2. Ukuran panjang kayu hoki : 36.5 inci - 38.5inci / 0.89 meter 0.94 meter

3. Berat kayu Hoki : 510g - 624g untuk wanita 510g hingga 794g untuk lelaki

4. Terdapat dua bahagian pada kayu hoki : Kayu hoki yang rata di sebelah kiri dan berbentuk bulat (rounded) di sebelah kanan.

5. Tebal kayu dihadkan, kayu mesti boleh melalui satu gelung yang mempunyai diameter 51mm. 6. Kepala kayu hoki mestilah berbentuk J atau U.

7. Kayu hoki boleh diperbuat daripada apa-apa bahan sahaja, kecuali logam dan tidak melebihi 737g.

1.3.2 Bola Hoki

1. Sebiji bola keras, pejal atau kosong digunakan. 2. Bola berwarna putih (warna lain boleh digunakan dengan persetujuan oleh kedua-dua pasukan). 3. Berat bola : 156g (minimum) 163g (maksimum). 4. Lilitan bola: 224mm (minimum) 235mm (maksimum).

1.3.3 Tiang Gol

3.66 m

Tiang Tegak

2.14 m

Tiang Mendatar

Terletak di tengah-tengah garisan belakang Diperbuat daripada dua tiang dan disambung menggunakan tiang mendatar (crossbar) dan mempunyai jarak 3.66 m Ketinggian tiang ialah 2.14 m Tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk segi empat bujur berukuran 5.0 m lebar dan dalam antara 5.0 m 7.5 m Bercat putih

1.3.4 Padang

Berbentuk segi empat bujur Berukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter lebar Garisan panjang dikenali sebagai garisan tepi dan garisan lebar dikenali garisan belakang. Terdapat 2 jenis padang hoki iaitu padang rumput dan padang turf.

1.3.5 Pakaian a) Pakaian pemain hoki Lelaki

b) Pakaian Pemain Hoki Perempuan

c) Pakaian penjaga gol hoki

1. Helmet - Digunakan oleh penjaga gol untuk melindungi bahagian muka dari terkena bola atau kayu hoki. 2. Throat Guard - Melindungi bahagian leher. 3. Gloves - Digunakan untuk melindungi tangan penjaga gol. 4. Chest Guard - Digunakan untuk mengelakkan kecederaan dada dan dipakai di bawah jersi penjaga gol. 5. Ballguard Digunakan untuk mengelakkan kecederaan pada alat sulit lelaki yang dipakai oleh penjaga gol hoki. 6. Peds - Melindungi lutut daripada tercedera akibat terkena bola hoki. 7. Kickers Digunakan untuk menutup keseluruhan kaki dan memberi perlindungan yang sempurna kepadanya sehingga pergelangan kaki.

1.3.6 Kasut

Boleh memakai apa sahaja jenis kasut yang sesuai. Kasut yang mempunyai pancang (spike) tetungku yang terjulur (protruding studs) dan paku-paku tidak dibenarkan. Kasut yang mempunyai tetungku getah dicadangkan untuk memudahkan pergerakan.

1.3.7 Tiang Bendera

Ukuran tinggi bendera adalah diantara 1.20-1.50 meter. Diletakkan di setiap sudut padang. Tidak berbahaya. Tidah mudah patah,dan ia perlu diletakkan pada tapak spring. Bendera pada pos bendera mestilah tidak melebihi 300mm lebar atau panjang.

10

2.0 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI

3.1 Cara Memegang Kayu Hoki/ Stick 1. Kayu hoki/stick dipegang mengunakan kedua-dua belah tangan kiri dan kanan. 2. Tangan kiri memegang hujung kayu hoki dan membentuk huruf V. boleh juga memegang kayu hoki dari jarak 10 cm daripada hujung kayu hoki. Tangan yang membentuk huruf V haruslah sebaris dengan kepala kayu hoki. 3. Tangan kanan akan berada dibawah tangan kiri dengan posisi yang sama dengan tangan kiri.

3.2 Membuat Tolakan Bola

Kemahiran menolak adalah berlainan dengan kemahiran memukul, walaupun tugasnya sama seperti kemahiran memukul. Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan kemahiran memukul ialah kemahiran menolak tidak memerlukan hayunan kayu hoki dan kuasa atau tekanan yang dikenakan kepada bola adalah berlainan. Kebiasaannya tiada bunyi ketukan terhasil dari tolakan bola.

11

Cara melakukan tolakan : 1. Sebelum melakukan tolakan, bola hendaklah berada dalam jarak 40 cm atau 50 cm didepan kaki kiri. 2. Menjarakkan kaki dengan kadar yang selesa. 3. Kaki kiri berada dihadapan kaki kanan dan jari kaki kiri meghadap kearah sasaran.kedua-dua kaki mestilah dibengkokkan. 4. Tangan kiri memegang hujung kayu hoki manakala tangan kanan memegang dengan kuat bahagian tengah kayu hoki. 5. Bergerak ke hadapan dengan memindahkan berat badan ke kaki hadapan dan serentak menolak bola dengan kuat; ikut lajak kayu hoki ke arah mana anda hendak bola bergerak. 6. Pastikan tidak ada bunyi yang terhasil daripada tolakan.

12

3.3 Memukul Bola

Memukul juga kemahiran asas dalam permainan hoki yang perlu dikuasai oleh setiap pemain. Kelebihan kemahiran memukul ini adalah membolehkan bola bergerak dengan cepat dan jauh. Ketepatan semasa memukul bola adalah sangat penting, supaya bola tidak tersasar ke arah lain.

cara melakukan pukulan : 1. Posisi Kaki kedua-dua belah kaki dibuka seluas bahu dan mengikut keselesaan pemain manakala lutut dibengkokkan sedikit. 2. Posisi Tangan tangan kiri diletakkan (1 inci daripada) dihujung kayu hoki dengan melonggarkan sedikit genggaman, manakala tangan kanan

diletakkan dibawah tangan kiri. 3. Kedudukan Bola diletakkan selari dengan kaki kiri dalam jarak 40cm hingga 50cm. 4. Posisi Badan badan diarahkan kepada bola dan dicondongkan sedikit. Semasa memukul bahu diarahkan kepada arah pukulan/sasaran. 5. Hayunan a) semasa melakukan pukulan, berat badan dipindahkan dari belakang kehadapan.

13

b) Pukulan lurus,ayunan bermula dari ayunan belakang ke ayunan bawah dan ikut lajak. c) Pada masa kayu hoki dihayun ke belakang, pinggul berputar dan berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan sambil bola dipukul. d) Kayu hoki mesti memukul bola hoki dengan kuat dan rata agar bola bergerak ke tempat yang dituju. 6. Kuasa Pukulan Bola - Momentum badan dan pemindahan berat badan perlu tepat agar kuasa untuk memukul lebih tinggi. Selain itu, kekuatan bahu dan lengan, kelajuan dengan pecutan ayunan ke bawah dan kekunci pergelangan tangan semasa bola dipukul juga menjadi faktor penting untuk memperoleh kuasa untuk memukul bola.

14

3.4 Menerima dan Mengawal Bola

Kemahiran menerima atau menahan bola juga salah satu kemahiran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh pemain. Kemahiran ini digunakan untuk menerima bola yang dihantar dari rakan sepasukan supaya kedudukan atau pemilikan bola masih berada dalam kawalan pasukan sendiri, tidak jatuh ke pasukan lawan. Kedudukan semasa menerima atau menahan bola boleh dilakukan semasa berada dalam kedudukan statik ataupun sedang bergerak. Cara Menerima dan Menahan Bola : a) Posisi Tangan Tangan kiri memegang bahagian atas kayu hoki sementara tagan kanan berada dibawah. Tangan kanan dilonggarkan sedikit bagi membantu pegangan tangan kiri.

b) Posisi dirian/ cara berdiri Kaki dibukakan dan lutut dibengkikkan sedikit. Muka kayu yang datang adalah selari dengan bola yang datang. Badan hendaklah dibongkokkan sedikit untuk memberikan keselesaan kepada pemain. Seluruh anggota badan pemain

15

haruslah

berada

dibelakang

kayu

hoki

yang

dicondongkan

untuk

mengelakkan lantunan bola keatas.

c) Posisi Badan Badan, kepala dan kaki berada dibelakang dan selari dengan arah datangnya bola. Pemain mestilah meletakkan badan mereka dalam kedudukan yang diperlukan dan sentiasa memindahkan berat badan dari kiri ke kanan.

16

3.5 Menggelecek Bola

Menggelecek adalah kemahiran yang penting. Kemahiran ini perlu dikuasai untuk membawa bola, melepaskan diri daripada pemain lawan, mengekalkan pemilikan bola, menukar arah, dan sebagainya. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu menggelecek longgar, menggelecek rapat, dan menggelecek Indian(Indian Dribble).

1. Menggelecek Longgar a) Posisi Tangan Tangan kiri berada di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap keluar, manakala tangan kanan memegang tengah kayu hoki dengan tapak tangan menghadap keluar.

b) Posisi Badan Badan dicondongkan sedikit kehadapan manakala lutut mestilah dibengkokkan sedikit.

c) Posisi Mata

17

Mata memandang bola semasa tolakan selepas itu memandang ke hadapan untuk mengkaji corak permainan.

d) Posisi Bola Bola mestilah berada dihadapan kaki kanan dan mempunyai jarak yang selesa dengan pemain untuk memudahkan pergerakan dan kawalan keatas bola. Bola digerakkan kehadapan dengan kedudukan kayu hoki adalah lebih kurang 45 darjah dari paras tanah.

2. Menggelecek Rapat a) Posisi Tangan Tangan kiri berada di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap keluar, manakala tangan kanan memegang tengah kayu hoki dengan tapak tangan menghadap keluar.

b) Posisi Badan Badan dicondongkan sedikit kehadapan manakala lutut mestilah dibengkokkan sedikit.

c) Posisi Mata Mata mestilah sentiasa memandang bola dan memandang sekilas untuk memastikan kemana pemain akan bergerak dan untuk mengkaji situasi padang apabila bola didalam kawalan yang baik.

d) Posisi Bola Bola mestilah sentiasa berada dihadapan kaki kanan pemain dan kayu hoki sentiasa menyentuh bola. e) Posisi Kayu Hoki Bahagian rata kepala kayu bersudut sedikit apabila menyentuh bola. Tekanan diberi kepada bahagian bawah tengah bola, yang akan memberi momentum berlebihan.

3. Menggelecek Indian (Indian Dribble)

18

a) Posisi Tangan Menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri, manakala tangan kanan memegang tengah kayu dengan longgar lebih kurang 20cm dibawah tangan kiri. Kedua-dua tangan akan bergerak pada masa menggelecek dilakukan.

b) Posisi Bola Bola bergerak dalam arah sisian (laterally) lebih kurang seluas bahu dan sentiasa berada dihadapan pemain. Tetapi bagi pemain yang berkemahiran boleh menggerakkan bola lebih luas daripada lebar bahu untuk mengelirukan pihak lawan.

c) Posisi Mata Mata mestilah sentiasa memandang bola dan memandang sekilas untuk memastikan kemana pemain akan bergerak dan untuk mengkaji situasi padang apabila bola didalam kawalan yang baik.

d) Posisi Badan Badan dibengkokkan sedikit dan lutut turut dibengkokkan.

e) Posisi Kaki Semasa kaki kiri menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan semasa kaki kanan menyentuh tanah ketukan bola dari kanan ke kiri.

19

20

4.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN HOKI

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang permainan hoki Persatuan Hoki Malaysia, PHM dan Antarabangsa, FIH, yang dikuatkuasakan sekarang dan peraturan Am MSSM.

4.1 Komposisi Pemain Setiap perlawanan dimainkan antara dua pasukan. Hanya boleh menggunakan 11 orang pemain pada setiap masa Pemain boleh diganti, tetapi bilangan pemain dalam padang tidak boleh melebihi 11 orang. Setiap pasukan mesti mempunyai seorang penjaga gol pada setiap masa perlawanan. Jika penjaga gol diarah keluar oleh pengadil,ia mesti diganti oleh salah seorang daripada pemain dalam padang dan pasukan itu terpaksa bermain dengan 10 orang pemain.

4.2 Penggantian Pemain Boleh mengganti pemain semasa permainan dijalankan daripada senarai 16 orang pemain yang telah disenaraikan. Boleh dilakukan bila-bila masa,kecuali apabila sudut penalti sedang diambil. Semasa sudut penalti, penjaga gol boleh diganti jika tercedera atau diarah keluar. Gantian pemain luar tidak dibenarka jika pemain dihukum keluar. Selepas hukuman sementara,pemain itu boleh diganti tanpa memasuki padang. Boleh diganti bila-bila masa dan permainan tidak diberhentikan untuk mengganti pemain. Permainan akan diberhentikan untuk gantian penjaga gol. Pemain yang diganti hendaklah keluar/masuk dari padang berhampiran dengan garisan tengah.penjaga gol dibenarkan keluar/masuk melalui garisan belakang.

21

4.3 Pakaian Pakaian pemain mestilah seragam Penjaga gol mestilah memakai pakaian yg berlainan. Memakai alat keselamatan bagi penjaga gol a) Pad- lutut,paha,siku,dada b) Pelindung bahu c) Strikers d) Sarung tangan e) Topeng muka/topi keledar Penjaga gol sentiasa memakai pelindung muka

4.4 Perlawanan dan Keputusan setiap permainan dibahagi kepada dua separuh masa dengan 35 minit dibahagi kepada satu separuh masa. Antara dua separuh masa, rehat selama lima minit diberikan. Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol diisytiharkan pemenang. Jika gagal atau jumlah gol sama,perlawanan tersebut dianggap seri.

4.5 Permulaan Permainan kapten kepada dua-dua pasukan yang berlawan diminta memilih memulakan permainan atau memilih gol yang hendak diserang. Pada separuh masa kedua (second half) pilihan kapten ditukar. Permainan dimulakan dengan hantaran tengah (centre pass). Hantaran tengah ini diambil untuk memulakan permainan pada kedua-dua separuh masa dan selepas setiap gol dijaringkan. Jika gol dijaringkan, pasukan yang lepaskan gol, membuat hantaran tengah. Hantaran tengah : a) Dibuat ditengah padang b) Bola boleh dihantar kemana-mana arah, kecuali pemain yang lakukan hantaran tengah itu. c) Apabila pengadil memberhentikan perlawanan, permainan akan dimulakan semula dengan lakuan buli.

22

d) Selepas strok penalti yang gagal dijaringkan, permainan mula semula dengan pukulan 15 meter.

4.6 Bola Keluar Dari Kawasan Permainan Jika bola melintasi garisan tepi : a) Daripada kayu hoki pemain pasukan anda, permainan diteruskan oleh pihak lawan dengan mengambil pukulan percuma (free hit) dari tempat dimana bola itu keluar. b) Jika sebaliknya, pukulan percuma akan diberi kepada pasukan anda. Jika bola melintasi garisan belakang : a) Daripada kayu penyerang (attacker), pukulan percuma oleh pemain pertahanan (defender) dari tempat yang bertentangan di mana bola melintasi 15 meter dari garisan itu. b) Dengan tidak sengaja daripada kayu, permainan dimulakan dengan satu penahan atau oleh penjaga gol, pukulan percuma oleh pihak penyerang dengan tanda 5 meter yang terdapat di garisan tepi berhampiran dengan tempat di mana bola keluar. c) Dengan sengajanya dengan kayu pukulan, sudut penalti kepada penahan atau penjaga gol penyerang diberikan.

4.7 Peraturan dan tatacara permainan Perkara-perkara yang perlu dielakkan a) Elakkan bermain dengan belakang kayu yang berbentuk bulat atau back stick. b) Elakkan menggunakan tangan atau kaki untuk menangkap bola. Kecuali penjaga gol. c) Elakkan membuat sebarang tindakan sengaja untuk kepentingan pasikan sendiri yang boleh membahayakan pasukan lawan. d) Elakkan memegang kayu pihak lawan. Tendangan Bola a) Tidak dibenarkan menendang bola kecuali penjaga gol dalam kawasan D. Pukulan belakang kayu a) Tidak dibenarkan langsung.

23

Halangan a) Tidak di benarkan meletak badan antara pemain yang bermain bola atau meletakkan kayu antara bola dan kayu lawannya. b) Pemain yang menerima / mengawal bola dibenarkan memusingkan badan apabila bergerak dengan bola. Off-side a) Kedudukan off-side dikira dalam kedudukan 25 ela. b) Ini pun bergantung kepada dimana pemain itu berada semasa bola dimainkan oleh rakan sepasukannya. 4.8 Penalti Untuk Faul-Faul yang Dilakukan Jika berlaku di luar kawasan D, pukulan bebas diberi kepada pasukan lawan. Pemain yang melakukan boleh diberi amaran. Jika faul itu dilakukan dengan sengaja dalam kawasan 23 meter oleh penahan, satu pukulan sudut penalti akan diberi kepada pihak lawan atau penyerang. Jika di lakukan di dalam kawasan D oleh penyerang, pukulan bebas akan diberikan kepada penyerang. Tetapi jika pendapat pengadil kesalahankesalahan itu dilakukan oleh penahan dengan sengaja atau untuk selamatkan jaringan gol, pengadil akan memberi strok penalti kepada penyerang Jika kedua-dua pasukan melakukan kesalahan serentak, pengadil akan mengarahkan mereka membuat buli di tempat kesalahan itu berlaku untuk meneruskan permainan. Bagi permainan yang kasar, berbahaya atau kelakuan tidak sopan, pengadil boleh : a) Memberi amaran kepada pemain (kad hijau) b) Menggantung pemain sementara waktu tidak kurang 5 minit (kad kuning) c) Menggantung pemain daripada mengambil bahagian (kad merah)

24

4.9 Peraturan-Peraturan yang Terkawal Pukul Bebas. Pukul bebas diambil di tempat faul berlaku. Pukulan bebas di luar kawasan 23 meter boleh dilonggarkan sedikit, iaitu kurang 1-2 meter di dalam kawasan 23 meter dari tempat faul berlaku. Tetapi, pukulan bebas di dalam kawasan 23 meter hendaklah diambil lebih tepat ditempat faul berlaku. Pukulan bebas yang diberi kepada pihak penahan di luar kawasan D (bulatan jaringan) boleh di ambil dari mana-mana di dalam kawasan D atau di dalam kawasan 15 meter dari garisan belakang atau boleh juga diambil di garisan 15 meter. Pukulan bebas bagi pasukan penahan di dalam kawasan D (bulatan jaringan) boleh diambil dari mana-mana di dalam kawasan D atau di dalam kawasan 15 meter di luar kawasan D. Bola mesti dihentikan untuk semua pukulan bebas dari mana-mana di padang. Bola boleh dipukul atau ditolak untuk semua pukulan bebas, tetapi bola itu mesti bergarak skurang-kurangnya semester sebelum pemain lain daripada pasukan itu boleh mengambil bola tersebut. Pemain pasukan lawan hanya boleh berada sekurang-kurangnya 5 meter dari bola. Pukulan bebas tidak boleh dipukul tinggi dengan sengaja. Jika pukulan bebas diberikan kepada penyerang di kawasan 5 meter dari garisan D, semua pemain daripada kedua-dua pasukan (kecuali pemain yang akan mengambil pukulan bebas ) hendaklah berdiri sekurang-kurangnya 5 meter dari bola. 4.10 Peraturan-Peraturan Yang Terkawal Pukulan Sudut Penalti Bola diletakkan di atas garisan belakang sekurang-kurangnya 10 meter dari tiang gol di sebelah kanan atau kiri gol mengikut pilihan penyerang. Seorang pemain penyerang, memukul atau menolak bola ke dalam padang. Bola itu tidak bleh dipukul tinggi. Pemian penyerang yang menolak bola itu ked ala padang dikehendaki meletakkan sekurang-kurangnya sebelah kaki di luar garisan belakang.

25

Semua penyerang yang lain berdiri di luar garisan D. Bahagian-bahagian badan dan kayu dilarang menyentuh kawasan D. Semua pemain,kecuali pemain yang akan memukul bola iru masuk kedalam padang hendaklah menjauhi sekurang-kurangnya 5 meter dari bola. Hanya 5 pemain penahan termasuk penjaga gol dibenarkan berdiri di belakang garisan belakang sekurang-kurangnya 5 meter dari bola. Semua pemain penahan yang lain hendaklah bersedia atau berada di garisan tengah (beyond the half line) Semua pemain penyerang tidak dibenarkan memasuki kawasan D (kecuali pemain yang akan menolak bola masuk) sehingga bola itu ditolak masuk. Semua pemain penahan dikehendaki berada di belakang garisan belakang atau garisan tengah sehingga bola ditolak masuk. Selepas bola ditolak masuk, pemain yang melakukannya hanya dibenarkan menyentuh bola itu semula selepas bola itu disentuh oleh pemain lain. Pemain yang mengambil tolakan masuk bagi sudut penalti tidak dibenarkan menjaring gol secara langsung dari titik pukulan itu. Pukulan,kuisan atu skup ke pintu gol hanya dibenarkan selepas bola melintasi garisan D. Jika bola dipukul, jaringan gol hanya boleh dijaringkan jika bola itu melintasi pintu gol tidak lebih tinggi dari papan belakang gol Syarat-syarat di atas tidak digunakan jika bola bergerak lebih dari 5 meter dari garisan D. 4.11 Prosedur Dan Syarat-Syarat Pengambilan Strok Penalti. masa dihentikan untuk strok penalti. Semua pemain, kecuali penjaga gold an pemain yang akan melakukan strok penalti hendaklah berada di belakang garisan 23 meter. Mereka tidak boleh mempengaruhi permainan. Pemain hendaklah berdiri di belakang bola sebelum melakukan strok penalti. Penjaga gol berdiri dengan kedua-dua kakinya di atas garisan gol, tanpa bergerak sehingga bola itu dipukul.

26

Penjaga gol diwajibkan memakai topi keledar dan memegang kayu hoki. Pemain yang melakukan strok penalti hendaklah menunggu tiupan wisel daripada pengadil. Pemain boleh menolak, menguis atau skup bola ke dalam gol tetapi bola hanya bola disentuh sekali sahaja. Strok penalti dikira selesai apabila gol dijaringkan atau bola diselamatkan oleh penjaga gol atau bola keluar dari padang. Jika penyerang melaukan kesilapan atau melanggar syarat strok penalti, pukulan bebas akan diberi kepada penahan. Jika penjaga gol melakukan kesilapan atau melanggar syarat, strok penalti diambil semula oleh penyerang. Jika penjaga gol melakukan kesilapan, tetapi tidak menyelamatkan gol, gol itu dibenarkan.

27

KESIMPULAN Sukan atau permainan hoki merupakan sukan yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Permainan ini telah dimainkan dibanyak negara sebelum ia sampai ke Malaysia. Perubahan-perubahan dalam permainan ini dapat dilihat seiring dengan perubahan zaman. Walaupun begitu, permainan ini tetap mendapat tempat dihati peminat-peminat hoki. Selain dari corak permainan, sistem, peraturan dan undang-undang hoki turut berubah. Ia digubal mengikut keperluan permainan ini pada masa kini. Namun begitu, permainan ini tetap menerapkan ciri-ciri permainan hoki semasa ia bermula. Perubahan yang dilakukan terhadap permainan ini seperti dalam undang-undang dan peraturan memberikan keselamatan kepada para pemain. Seperti yang kita tahu permainan ini dahulunya boleh menyebabkan kekecohan sehingga menumpahkan darah dan permainan yang agak ganas menyebabkan kecederaan yang teruk. Dengan tertubuhnya satu persatuan yang menggubal undang-undang dan peraturan perminan ini menyebabkan permainan ini terus berkembang dan menambah bilangan penggemar permainan hoki didunia. Dalam mengkaji dan melakukan permainan hoki ini, kami dapat memperolehi ilmu baru berkaitan permainan ini. Selain itu, kemahiran-kemahiran asas hoki dapat dikuasai. Kemahiran-kemahiran ini penting untuk kegunaan sesiapa yang ingin bermain hoki, terutamanya kepada guru-guru pelatih yang bakal mengajar disekolah kelak. Dengan berbekalkan kemahiran ini, mereka bukan sahaja dapat menguasai kemahiran ini tetapi dapat mengajar anak murid dengan baik kelak.

28

Bibliography
BUKU Cadman, J. (1985). Hockey;The Skills Of The Game. Britain: The CrowoodPress Ltd. Elizabeth Anders, Sue Mayers. (2008). Second Edition; Field Hockey (step to success). United State Of America: Human Kinetics. Yusuf Ismail. (1991). Hoki. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ward, C. (1989). Hockey (Endorsed By All England Women's Hockey Associatian and The Hockey Association). London: Ward Lock. Wein, H. (1979). The Science Of Hockey. London: Felham Book Ltd. Whitaker, D. (1986). Coaching Hockey. Ramsbury: The Crowood Press. Whitaker, D. (1992). The Hockey Workshop (A Complete Game Guide). Britain: The Crowood Press Ltd.

29

Bibliography Internet
Chua, Abu, Elsa, Ellya. (2009, march 2). Retrieved august 2011, from Blogspot: http://myhokiband.blogspot.com/2009/03/kemahiran-kemahiran-asas-hoki.html G2, T. H. (2011, february 21). Peralatan Pemain (padang). Retrieved july 2011, from blogspot: http://g2hoki.blogspot.com/2011/02/peralatan-pemain-padang.html Projek Hoki. (n.d.). Retrieved August 2011, from

https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:yVqMB04stpgJ:tatabahasabm.tripod.c om/bank/projekhoki.pdf+peraturan+dan+undangundang+permainan+hoki&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEEShOVoVCG6qKsFYX HcLch-fkLmF2MGmZuaCl9EhzXsOVUMrB3aOS5a0tEqe4BXM6mUrFpBUVVjVcGX0ev0 sejarah hoki. (2010, october). Retrieved september 2011, from wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hoki sejarah hoki Malaysia. (2010, october). Retrieved september 2011, from Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hoki#Sejarah_Hoki_di_Malaysia sejarah hoki: pengenalan, asal usul hoki, perkembangan hoki. (2009, february 16). Retrieved october 2011, from http://myhokiband.blogspot.com/2009/02/sejarahhoki.html Zaireey. (2011, march 3). Kemahiran asas hoki- menolak. Retrieved jun 2011, from http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com/2011/03/kemahiran-asas-hokimenolak.html

30

Anda mungkin juga menyukai