Anda di halaman 1dari 4

KEJOHANAN

TAEKWONDO & SILAT MRSM


ZON UTARA KALI PERTAMA 2018

-PERATURAN TAEKWONDO-

ANJURAN:
BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH (BPM)

KELOLAAN:
MRSM MERBOK
A. Pendahuluan
Pertandingan taekwondo adalah bertujuan untuk menilai unsur-unsur seni yang terdapat
dalam aspek bela diri. Pertandingan ini bertujuan untuk menilai persembahan sesuatu
pasukan mengikut kaedah-kaedah pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak
penganjur.

B. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

DIVISYEN MENENGAH RENDAH ( 13 -15 TAHUN)

BERAT
KATEGORI BERAT (LELAKI)
(PEREMPUAN)
A BAWAH 41 KG BAWAH 37 KG

B 41 – 49 KG 37 – 44 KG

C 49 – 57 KG 44 – 51 KG

D 57 – 65 KG 51 – 59 KG

E 65 KG KE ATAS 59 KG KE ATAS

DIVISYEN MENENGAH ATAS ( 16 – 17 TAHUN )

BERAT
KATEGORI BERAT (LELAKI)
(PEREMPUAN)
A BAWAH 48 KG BAWAH 44 KG

B 48 – 55 KG 44 – 49 KG

C 55 – 63 KG 49 – 55 KG

D 63 – 73 KG 55 – 63 KG

E 73 KG KE ATAS 63 KG KE ATAS

C. SISTEM PERTANDINGAN

1. Peraturan : Mengikut peraturan / undang – undang TM.


2. Acara pertandingan : Perlawanan (Sparring) kontak penuh sistem ‘kalah mati’.
3. Corak permainan :
a) Pusingan awal – 2 pusingan
(1 minit 30 saat setiap pusingan dengan 30 saat rehat setiap pusingan)
b) Pusingan akhir - 3 pusingan
(1 minit 30 saat setiap pusingan dengan 30 saat rehat setiap pusingan)
4. Kategori : Mengikut kategori berat badan melalui timbang berat yang diadakan.
(Maklumat lengkap berdasarkan pada lampiran yang disertakan)
* PENTING – Peserta tidak boleh melebihi berat yang ditetapkan pada hari timbang berat
(julat berat badan yang dibenarkan adalah ±0.5 kg) .
Penyertaan peserta dibatalkan jika syarat-syarat ini tidak dipatuhi.
5. Ketua Pengadil : Taekwondo Malaysia (TM)
Pengadil Taekwando Malaysia (TM)
6. Disiplin : Semua pegawai dan peserta hendaklah mematuhi peraturan
semasa Taekwondo Malaysia (TM).
Kegagalan mematuhi peraturan ini akan mengakibatkan penyingkiran serta
merta.

7. Bantahan : RM200 ( Disertakan bersama rayuan bertulis oleh Pengurus


Pasukan dalam masa 10 minit selepas berakhir pusingan
tersebut.
8. Juri rayuan :
o Pengetua MRSM MERBOK (Pengerusi)
o Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat MRSM Merbok
o Ketua Teknikal Taekwondo (WTF)

9. Semua urusan mengenai pertandingan hendaklah diuruskan oleh pengurus pasukan


(guru pengiring).

D. SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN


1. Kejohanan ini terbuka kepada semua ahli Taekwondo berdaftar (TM) di MRSM.
2. Peserta adalah pelajar MRSM berumur antara 13 hingga 17 tahun.
3. Penyertaan bagi setiap MRSM yang mempunyai:

a) KATEGORI MENENGAH ATAS (16 – 17 tahun)


- 4 orang peserta lelaki dan 4 orang peserta perempuan.

b) KATEGORI MENENGAH RENDAH ( 13 – 15 tahun)


- 4 orang peserta lelaki dan 4 orang peserta perempuan.

E. PESERTA

1. Setiap MRSM yang mengambil bahagian dalam kedua-dua kategori (menengah atas
dan menengah rendah) bilangan peserta adalah tidak melebihi 16 orang.

2. Berat rasmi semua peserta untuk syarat pertandingan akan diambil semasa

pendaftaran pada 23 FEB 2018 Jumaat ( 4.00 petang – 6.00 petang)

b) Satu kategori berat diwakili oleh seorang peserta sahaja dari setiap MRSM bagi
Divisyen A dan B.
c) Berpakaian lengkap Taekwondo TM masing-masing semasa pertandingan
dijalankan.

F. PERALATAN
1. Berpakaian uniform lengkap Taekwondo Malaysia (TM).
2. Bagi acara open sparring peserta wajib memakai peralatan berikut :
i. Groin guard (lelaki/perempuan)
ii. Shin guard
iii. Arm guard
iv. Mouth guard (peribadi) putih
3. Kejohanan Taekwondo mengunakan ‘Protector Scoring System’(PSS). Maktab yang
bertanding tidak perlu menyediakan peralatan sparring seperti ‘vest’, ‘head gear’ dan
‘socks’.

Anda mungkin juga menyukai