Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT

Mesyuarat Lembaga Disiplin Sekolah Kebangsaan Terusan Tengah

(SKTTS) Bil.1 Tahun 2022

Tarikh : 11 Mei 2022


Masa : 9:40 – 10:10 Pagi
Tempat : Pejabat Pentadbiran

HADIR

1. Puan Sitti Nahirah Binti Zulkanain Pengerusi / Penolong Kanan


HEM
2. Encik Muhammad Syah Jeyhan Bin Abdul Muin Ketua Guru Disiplin
3. Encik Abdul Mursidi Bin Abd Jal Guru Disiplin
4. Encik Farizul Akmal Bin Mustazar Guru Disiplin
5. Encik Mohamad Farid bin Abdul Hajis Guru Disiplin

TIDAK HADIR BERSEBAB

1. Encik Muhammad Naim Sidqi Bin Ahmad Guru Disiplin


(Menghadiri kursus di PPD Semporna)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua


ahli mesyuarat mengucapkan kesyukuran kerana dapat hadir
dalam Mesyuarat Lembaga Disiplin Sekolah Bil. 1 / 2022.

Makluman

1.2 Pengerusi berharap agar terdapatnya peningkatan tahap disiplin


murid bermula pada tahun ini dan diperkembangkan lagi pada
tahun-tahun hadapan.

Makluman

1
1.3 Pengerusi mengingatkan kesemua ahli mesyuarat agar
menganggap aspek displin murid sebagai sebahagian dari proses
Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dan saling mempengaruhi
antara satu sama lain.

Makluman

1.4 Pengerusi berharap agar kesemua isu disiplin akan dikemukakan


terus kepada guru-guru disiplin.

Makluman

1.5 Pengerusi turut menekankan agar murid juga perlu diberikan


pendedahan kepada aspek keselamatan di jalanraya. Ini
berdasarkan pengamatan beliau melihat tingkahlaku para murid di
sepanjang jalanraya semasa mereka datang dan pulang.

Makluman

1.6 Pengerusi menutup perutusan mesyuarat dengan menekankan


bahawa kesemua guru perlulah menitikberatkan soal disiplin ke
dalam diri murid.
Makluman

2.0 PELANTIKAN PENGAWAS, KETUA KELAS, DAN PENOLONG KETUA


KELAS

2.1 Encik Abdul Mursidi Bin Abd Jal mengarahkan agar kesemua guru
kelas di SKTTS mencalonkan nama-nama ketua kelas dan
penolong ketua kelas berdasarkan kemampuan mereka dan
hebahan tersebut akan dilakukan ke dalam aplikasi WhatsApp
rasmi sekolah.

Tindakan: Kesemua Guru Kelas SKTTS

2.2 Encik Muhammad Syah Jeyhan Bin Abdul Muin menetapkan


bahawa pemilihan pengawas tidak lagi dilakukan mengikut kelas
sepertimana kebiasaan tetapi dipilih oleh penyelaras bagi kesetiap
tahun kelas.

Tindakan: Para Penyelaras Kelas


SKTTS

2
2.3 Beliau juga menetapkan bahawa tarikh penghantaran borang
lantikan ketua kelas dan penolong ketua kelas oleh para guru kelas
serta lantikan pengawas oleh para penyelaras kesetiap tahun kelas
dihantar selewat-lewatnya pada 18 Mei 2022 (Rabu).

Tindakan: Kesemua Guru Kelas


SKTTS
Para Penyelaras Kelas SKTTS

3.0 PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN / KPI UNIT DISIPLIN

3.1 Encik Muhammad Syah Jeyhan Bin Abdul Muin mencadangkan


aktiviti berbentuk lawatan atau kursus pemantapan (pengtauliahan)
pengawas akan dilakukan pada tahun ini oleh Unit Disiplin Sekolah.
Kursus pemantapan tersebut dirancang akan dilakukan pada waktu
PdP (bermula pada sesi pagi dan tamat pada waktu rehat murid)
iaitu pada 16 Jun 2022 (Khamis).

Tindakan: Unit Disiplin SKTTS

3.2 Encik Abdul Mursidi Bin Abd Jal menyatakan bahawa beliau akan
membuat kertas kerja bagi kursus tersebut kelak dan akan disemak
oleh Penolong Kanan HEM.

Tindakan: Encik Abdul Mursidi Bin Abd


Jal

4.0 PELAN PEMBUKAAN BILIK DISIPLIN SKTTS

4.1 Encik Abdul Mursidi Bin Abd Jal mencadangkan untuk membuat
Bilik Disiplin Sekolah dan akan dikemukakan kepada Penolong
Kanan HEM untuk semakan dan satu kertas kerja akan dihasilkan
kelak bagi tujuan tersebut.

Tindakan: Unit Disiplin


SKTTS

4.2 Pengerusi memaklumkan bahawa unit disiplin sekolah boleh


memohon untuk menggunakan duit Persatuan Ibubapa dan Guru
(PIBG) ataupun duit sekolah bagi menampung kos-kos yang
terlibat.
Makluman

3
5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Encik Abdul Mursidi Bin Abd Jal membentangkan nama-nama ahli
Jawatankuasa Lembaga Disiplin Sekolah dan butirannya adalah
seperti berikut:

Bil. JAWATAN NAMA PEGAWAI

1. PENGERUSI Encik Muhammad Syah Jeyhan Bin Abdul Muin

2. SETIAUSAHA Encik Mohamad Farid bin Abdul Hajis

3. PEGAWAI SSDM Encik Farizul Akmal Bin Mustazar

4. BENDAHARI Encik Muhammad Naim Sidqi Bin Ahmad

PEGAWAI TUGAS-TUGAS
5. Encik Abdul Mursidi Bin Abd Jal
KHAS

6. AHLI JAWATANKUASA Kesemua Guru-Guru Kelas

Makluman

5.2 Encik Farizul Akmal Bin Mustazar menetapkan bahawa pakaian


pengawas sekolah masih berwarna biru manakala untuk vast
pengawas pula perlu ditentukan terlebih dahulu oleh Unit Disiplin
Sekolah samada secara pinjaman atau jualan.

Tindakan: Unit Disiplin SKTTS

5.3 Encik Muhammad Syah Jeyhan Bin Abdul Muin mencadangkan


bahawa sekiranya vast pengawas tersebut diberikan secara
pinjaman kepada murid, maka perlu mewujudkan satu rekod
peminjaman vast.

Tindakan: Unit Disiplin SKTTS

4
5.4 Encik Farizul Akmal Bin Mustazar juga memaklumkan akan
memberikan sijil penghargaan kepada para pengawas di setiap
hujung tahun iaitu semasa majlis Anugerah Pelajar Cemerlang
diadakan.
Tindakan: Unit Disiplin SKTTS

5.5 Encik Mohamad Farid bin Abdul Hajis memaklumkan bahawa


proses penghasilan dan penerbitan Buku Disiplin SKTTS kini dalam
peringkat akhir dan dijangkakan akan selesai menjelang awal bulan
Jun tahun ini.

Makluman

6.0 PENUTUP

Encik Muhammad Syah Jeyhan Bin Abdul Muin selaku Ketua Guru Disiplin SKTTS
dan mewakili Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada kesemua ahli mesyuarat
yang hadir pada mesyuarat hari ini dan memohon maaf sekiranya terdapat
kekhilafan.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10:10 pagi.

Minit disediakan oleh:

(MOHAMAD FARID BIN ABDUL HAJIS)


Guru Disiplin / Setiausaha Unit Disiplin Sekolah
Sekolah Kebangsaan Terusan Tengah

s.k: Fail Unit Disiplin

Anda mungkin juga menyukai