Anda di halaman 1dari 73

1.0 PENGENALAN Hoki adalah salah satu permainan yang tertua dan popular di Malaysia.

Ia dimainkan oleh semua peringkat dan kumpulan umur. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSS) setiap tahun akan mengelolakan pertandingan hoki untuk murid-murid. Hoki juga popular di sekolah-sekolah menengah, kelab, institut/maktab, universiti dan persatuan-persatuan.

Namun begitu, ia tidak popular seperti bola sepak, badminton atau sepak takraw, khasnya di luar bandar, kerana hoki memerlukan padang bermain yang baik dan alatan bermain yang mahal berbanding dengan bola sepak dan sepak takraw. Guru dan jurulatih yang berpengalaman juga tidak ramai di lihat handal yang cukup bermotivasi untuk mempopularkan permainan ini. Ini adalah merugikan kerana penduduk Malaysia mempunyai bakat untuk bermain hoki. Mereka mempunyai susuk badan yang sesuai. Walau bagaimanapun ramai pengkritik berpendapat bahawa badan besar orang Eropah adalah kelebihan yang nyata, terutamanya dari segi kekuatan. Sebenarnya hoki bukan sesuatu permainan untuk menguji kekuatan mengikut saiz badan. Ini kerana ramai pemain hoki yang terkenal di dunia mempunyai saiz yang lebih kurang sama seperti penduduk Malaysia seperti Richard Charlesworth dan Australia dan Samiuilah dan Pakistan.

Pasukan Hoki Malaysia, terutama pasukan lelaki boleh dikatakan telah berjaya di peringkat antarabangsa. Mereka telah layak menyertai Sukan Olimpik sejak tahun 1956. Hanya sekali sahaja Malaysia tidak layak menyertai Sukan Olimpik, iaitu pada tahun 1988 di Seoul. Walau bagaimanapun, pasukan wanita kurang berjaya, walaupun satu ketika dahulu mereka adalah yang terbaik di Asia.

2.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN HOKI Permainan hoki tidak diketahui dengan tepat bagaimana dan dari mana perkataannya berasal. Hanya terdapat catatan rekod yang menyatakan permainan menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya didakwa sebagai permulaan permainan hoki sekarang, pada zaman kuno lagi. Menurut catatan itu, ia dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 S.M. lagi. Akan tetapi permainan ini kemudiannya terus lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia pertama kali diperkenalkan di England. Kedatangan permainan ini ke England telah menaikkan semangat dan menarik minat masyarakat di negara tersebut ketika itu. Ramai yang mula bermainnya. Oleh kerana tiada suatu peraturan atau undang-undang khusus untuknya, pelbagai cara dan teknik permainan digunakan. Ini sering berlaku kekecohan sehingga selalu pula berlaku pergaduhan dan pertumpahan darah. Dengan kata lain, cara permainan yang tidak teratur ini mendatangkan risiko kepada para pemainnya. Akhirnya pihak atasan Britain terus mengharamkannya. Dalam pada itu, sebagai permainan, hoki sudah mula diterima oleh lebih banyak negara dunia. Undang-undang tentangnya mula direka.Walaupun usaha ini memakan masa yang lama, namun ia mendatangkan manafaat kepada permainan ini kemudiannya. Dengan adanya undang-undang dan peraturan ini, maka dapatlah permainan ini dimainkan dengan lebih teratur dan mudahlah lagi bagi mereka yang mahu mempelajarinya. Apabila hoki diterima semula oleh pemerintah Britain, maka bermulalah era baru kepada permainan ini. Bukan sahaja kaum lelaki yang bermain, malah kaum perempuan pun turut bermain. Pasukan hokipertama ditubuhkan di negara tersebut pada tahun 1840, dan Kelab Blackheath di selatan London dianggap sebagai kelab hoki pertama dan tertua di dunia. Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang lebih baik dan kemas untuk permainanini. Pada tahun 1886 bermulalah permainan hoki sebagai sukan yang kini merupakan salah satu sukan yang paling diminati di dunia. Dari England permainan ini tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah.

2.1 HOKI DI MALAYSIA Hoki diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Namun pada peringkat awal ini, ia hanya berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan Eropah yang bertugas di sini. Penduduk tempatan masih belum dapat menerimanya pada peringkat ini. Pada tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan di negara kita, iaitu di antara Selangor dan Singapura. Mulai tahun 1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk tempatan. Kini hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang diminati di negara kita.Semua peringkat umur bermainnya lelaki dan juga perempuan. Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan , iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat. Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya sendiri. Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara kita. Perlawanan itu juga telah mendorong pasukan hoki kita untuk mengadakan perlawanan seterusnya. Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki kita telah mengadakan lawatan sambil bermain ke Hong Kong dan Macao. Pasukan kita memenanagi semua perlawanan persahabatan yang diadakan di sana. Pasukan hoki Macao pula telah membuat lawatan balas ke negara kita dan sempat mengadakan dua perlawanan. Dalam kedua-dua perlawanan itu pasukan kita menumpaskan mereka. Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara kita. Dengan demikian ia telah memberi peluang kepada pasukan kita mengambil bahagian dalam kejohanan dan pertandingan antarabangsa. Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini. Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF ( 1957) beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan

untuk pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala Razak. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan. Perlantikan Tun Razak sebagai Presiden MHF telah memberi perangsang dan galakan serta semangat baru kepada MHF serta orang ramai untuk memperlihatkan permainan ini dinegara kita. Buktinya kini terdapat berbagai-bagai pertandingan peringkat kebangsaan setiap tahun anjuran MHF. Kini Presiden MHF ialah DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.MHF juga menguruskan perlawanan dan pertandingan peringkat antarabangsa. Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India telah mendorong pasukan tersebut untuk mengadakan perlawananulangan pada tahun 1954. Setahun kemudian, pasukan hoki Pakistan mengadakan perlawanan

persahabatan dengan pasukan kita. Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara kita. Ini kerana pada tahun itu pasukan kita turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Melbourne. Kita menduduki tempat kesembilan daripada 12 pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan hoki juga turut mengambil bahagian dalam Piala Dunia. Pada tahun 1975 negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia, dimana kita menduduki tempat ke empat. Manakala dalam Sukan Asia kita sering menduduki tempat ketiga.

3.0 PERALATAN HOKI

3.1 Kayu hoki

Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undangundang hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki. Sebatang kayu hoki yang baik perlulah: I. Rata di sebelah kiri (muka kayu) dan berbentuk bulat (back stick) di sebelah kanan. II. Pada bahagian back stick tidak dibenarkan untuk memukul bola. Hanya permukaan muka kayu yang dibenarkan. III. Bahagian lengkok kayu dipanggil kepala kayu dan berbentuk J atau U. IV. Kayu hoki perlulah licin dan tidak mempunyai unsur tajam dan merbahaya di tepi-tepi kayu. V. Tebal kayu dihadkan, di mana sebuah gelung yang berdiameter 51 mm boleh melepasinya. VI. Kayu hoki diperbuat daripada apa-apa bahan sekalipun kecuali logam, tetapi perlulah menepati berat yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi 737 g.

Kayu Hoki
5

3.2 Bola hoki Ciri-ciri bola: i) ii) iii) iv) v) Keras, pejal atau kosong Permukaan licin Berwarna putih (warna lain dengan persetujuan kedua-dua belah pihak Berat : 156 g (minimum) 163 g (maksimum) Ukur lilit : 224 mm (minimum) 235 mm (maksimum)

Bola Hoki

3.3 Kasut Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis kasut yang sesuai. Namun, kasut-kasut yang membahayakan pemain lain seperti kasut yang mempunyai pancang (spikes) tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan sama sekali. Kasut yang mempunyai tetungku getah amatlah digalakkan. Kasut khas turut digunakan ketika pemain bermain di atas permukaan sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain.

Kasut Hoki
6

3.4 Alatan penjaga gol Penjaga gol dalam sukan hoki perlulah menjaga keselamatan dengan baik. Hal ini bertepatan dengan tugas dan peranannya yang berbahaya. Antara alat keselamatan yang perlu dipakai oleh penjaga gol adalah seperti: i) Ped kaki Dipakai pada pergelangan kaki hingga lutut. Dipasang bersama kickers. Bahagian kaki yang biasa tercedera ialah kekuda kaki dan tempat di mana pedped disambungkan kepada kickers diatas pergelangan kaki. Ped hanya berdimensi 300 mm makimum apabila dipakai untuk suatu permainan.

ii)

Sarung tangan Diperbuat daripada kulit dan plastik Sarung tangan penting untuk memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola yang dipukul pada kelajuan 140 160 km sejam. Sarung tangan juga perlu lembut supaya boleh memegang kayu hoki dengan kukuh. Sarung tangan tidak boleh melebihi 228 mm lebar dan 355 mm panjang.

iii)

Alat-alat lain Pelindung dada Ped-ped bahu Penutup muka Pelindung mulut Seluar berped Pelindung kemola (untuk penjaga gol lelaki)

ALATAN PENJAGA GOL HOKI

3.5 Padang Hoki Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam permainan ini. Jika ianya terlalu sempit, pemain-pemain akan penuh sesak dan kemungkinan reka tidak dapat melakukan pergerakan yang diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan itu pemain agak sukar untuk melakukan kemahiran-kemahiran lain seperti menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika kawasan padang permainan terlalu luas, keselesaan bermain dalam satu kelompok akan terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran menghantar bola kepada rakan sepasukan kerana kedudukan mereka diantara satu sama lain agak jauh.
8

Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, ciriciri padang hoki adalah seperti berikut: i) ii) iii) Berbentuk segi empat bujur. Berukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter lebar. Garisan panjang dikenali sebagai garisan tepi dan garisan lebar dikenali sebagai garisan belakang.

Padang Hoki

3.6 Bulatan Jaringan (Striking Circle) Ciri-ciri bulatan jaringan ialah: i) Satu garisan dengan panjang 3.66 meter selari dengan garisan gol di tengah garisan berukuran 14.63 meter. ii) Dua suku bulatan dengan radius 14.63 meter dilukis bermula dari garisan 3.66 meter ke garisan belakang. iii) Dikenali sebagai kawasan D.

iv)

Strok penalti berada 6.4 meter di hadapan gol, manakala garisan bagi sudut penalti yang lain berada 5.0 meter dan 10.0 meter dari tiang gol kiri atau kanan.

BULATAN JARINGAN

3.7 Pintu Gol Setiap permainan mempunyai gol. Begitu juga hoki. Tanpa gol, sesuatu permainan itu tidak mempunyai matlamat untuk dicapai. Bagi permainan hoki, setiap pasukan mempunyai pintu gol masing-masing. Ciri-ciri bagi pintu gol hoki adalah seperti berikut: i) ii) Terletak di tengah-tengah garisan belakang. Diperbuat daripada dua tiang yang disambungkan dengan sebuah palang mendatar (crossbar) dan jarak antara dua tiang tersebut ialah 3.66 meter. iii) iv) Ketinggian tiang berukuran 2.14 meter. Tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk segi empat bujur berukuran 5.0 mm lebar dan dalam antara 5.0 m 7.5 m. v) Semua tiang gol dicat putih.

10

PINTU GOL

3.8 Jaring Jaring merupakan pasangan bagi pintu gol. Jaring diikat kukuh kepada tiang tengah dan tiang mendatar. Jaring mempunyai mesh berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi.

3.9 Tiang-Tiang Bendera Di setiap empat penjuru padang terdapat empat tiang bendera yang dinamakan bendera sudut. Bendera-bendera ini dipacakkan dengan ketinggian 1.20 meter hingga 1.50 meter. Bendera-bendera ini diletakkan di luar sudut dan ia diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain.

11

4.0 KEMAHIRAN ASAS 4.1 MEMUKUL BOLA Memukul bola Hantaran dalam permainan hoki dilakukan dengan cara memukul bola. Pukulan dibuat semasa bola dalam keadaan pegun dan juga selepas menggelecek bola. Pegangan Tangan kiri menggenggam bahagian atas kayu hoki secara berjabat tangan. Tangan kanan rapat dengan tangan kiri. Kedudukan badan dan bola Posisi badan mesti selesa dan condong sedikit kehadapan Cara memukul Letakkan kaki kiri bertentangan bola. Bola diantara 9 12 inci dari kaki kiri. Bahu kiri menghala ke arah sasaran badan di atas bola. Ayun kayu ke belakang dan pastikan lengan bengkok sedikit. Ayunkan kayu ke bawah melalui bola. Kedua-dua siku lurus apabila bola dipukul. Mata sentiasa perhatikan bola. Ayunan kayu mengikut hala lajakan. Kekuatan didapati dari pada penukaran berat badan dari kaki belakang ke kaki depan dan dari kelajuan ayunan.

12

Kesalahan yang perlu diperhatikan :i. Bola terlalu rapat atau terlalu jauh dari kaki.

ii. Kepala tidak di atas bola. iii. Bahu kiri tidak menghala ke arah sasaran. iv. Kepala dinaikkan apabila memukul. v. Pukulan tidak licin dan tidak sinambung.

Fasa Memukul

4.2

MENAHAN BOLA

Menahan bola dari arah hadapan Pastikan badan berada di hadapan bola dan selari dengan arah bola. Kayu menegak dengan kepalanya rapat pada permukaan padang untuk mendapat kawasan menahan yang luas. Perhatikan bola sehingga ia ditahan.

13

Pegangan tangan kanan dilonggarkan dan tangan kiri ke depan supaya kayu hoki dicondongkan untuk mengawal dan menghentikan bola. Sentiasa perhatikan bola sehingga ia sentuh kayu hoki.

Fasa Menahan Bola Arah Hadapan

Kedua-dua kaki menghala ke arah bola yang hendak ditahan dan pemain bersedia untuk membuat satu hantaran atau pergerakan.

Menahan bola dengan kayu kilas Membawa kayu dari sebelah kanan ke sebelah kiri mengikut arah pergerakan bola. Kaki kanan disilangkan Kayu dikilas untuk menahan bola. Pastikan kedudukan kepala di atas bola.

14

Sentiasa perhatikan bola sehingga bola ditahan. Bersedia untuk membuat pergerakan selepas menahan bola.

Fasa Menahan Bola Cara Kilas

Ansur Maju Kemahiran Memukul dan Menahan Bola Aktiviti 1 : Memukul bola dan menggelecek rapat Pemain memukul bola dengan kuat dengan cara yang betul. Selepas memukul,

pemain membawa bola ke tempat permulaan dengan menggelecek rapat (gambarajah

15

dibawah Aktiviti 2 : Memukul bola Dua pemain, yang berdiri bersemuka pada jarak 10 ela, memukul bola ke arah satu sama lain. Bila pukulan memuaskan, jarak ditambahkan kepada 15 ela, 20 ela, 30 ela dan seterusnya. (gambarajah dibawah)

Aktiviti 3 : Berpasangan Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 20 ela dengan skitel atau kon diletakkan ditengah-tengahnya sebagai sasaran pukulan. Pemain perlu cuba menjatuhkan skitel itu dengan pukulan bola. Masa ditetapkan untuk menjalankan aktiviti ini dan pemain yang dapat menjatuhkan skitel yang banyak adalah pemenang.(gambarajah dibawah)

Aktiviti 4 : Permainan pukulan (Hitting game)


16

Jarak diberi dan pemain diminta memukul melintasi jarak itu. Pemain yang memukul paling kemas dikira sebagai pemenang. (gambarajah dibawah)

Aktiviti 5 : Memukul bola beberapa langkah ke hadapan. Memukul bola yang tidak bergerak dengan satu langkah ke hadapan dan dengan 2,3 langkah seterusnya. diikuti

Aktiviti 6 : Seperti Aktiviti 5 tetapi kali ini dengan kelajuan yang berbeza, iaitu perlahan, sederhana dan deras.

17

Aktiviti 7 : Pukulan bola dengan tepat melalui skitel atau kon.

Aktiviti 8 : Pukulan berganti-ganti berterusan (4 pemain) Jarak antara pemain ialah 20 ela. A pukul ke B dan terus lari kesebelah garisan B. B menahan bola itu dan memukul ke C. C menahan dan pukul ke D. D menahan dan membuat pukulan ke B dan seteusnya. Keempat-empat pemain berganti-ganti secara berterusan untuk membuat pukulan. (Masa 5 minit)

18

4.3 MENOLAK Tujuan 1. Menghantar bola jarak dekat dengan cepat. 2. Arah bola dan masa menghantar boleh disembunyikan hingga ke saat-saat yang akhir. 3. Boleh dilakukan serta merta selepas menggelecek bola. 4. Di lakukan semasa tolakan sudut penalti.

Pegangan: Seperti pegangan semasa menggelecek bola dengan tangan kanan mengengam dekat tengah kayu hoki. Kedudukan bola dan badan : Posisi bola dihadapan badan diantara kaki kiri dan kanan. Dengan kaki mengangkang, paras bahu dihalakan kearah mana bola akan dihantar. Lutut membengkok dan kedudukan badan direndahkan.

19

Kedudukan Kayu : Bola rapat dengan permukaan kayu hoki. Kayu hoki dipegang bersudut 45 darjah dengan permukaan padang. . Cara melakukan : Tangan kanan menolak kayu melalui bola dan tangan kiri menarik kayu kebelakang dan pada masa yang sama memberi kuasa tolakan (keadaan tolak dan tarik) Berat badan ditukarkan dari kaki belakang kekaki depan. Siku diluruskan dan bilah kayu menghala kearah lonjakan itu

20

Kuasa didapati dengan menolak cepat dan meluruskan kaki kanan dengan kuat semasa berat badan dialihkan ke kaki kiri.

21

Jarak kaki terlalu rapat. Badan terlalu tegak. Bola terlalu jauh dari kaki kiri apabila menolak. Berat badan tidak dialihkan. Jika bola naik apabila menolak bermakna ikut lajak tidak mencukupi.

Tolakan Kilas Tolakan ini digunakan apabila membuat hantaran lintang atau ke arah belakang kepada pemain yang dalam kedudukan yang lebih baik. Pegangan: Seperti pegangan semasa menggelacek bola, tangan kanan dekat pertengahan kayu hoki.

Kedudukan bola dan badan: Posisi bola di sebelah kiri pemain. Dengan keadaan kaki mengangkang, paras bahu kanan dihalakan ke arah mana bola akan dihantar. Konteks mata pada bola. Lutut kiri membengkok dan kedudukan badan direndahkan dengan kepala diatas bola. Bola berada di antara 12 15 inci dari kaki kanan.

Kedudukan Kayu : Kayu dirapatkan pada (seperti kuisan biasa) di hujung bilahnya. Bola ditolak atau diparut. Kuasa tolakan datang dari pegangan kemas dan mengunci pergelangan tangan kedua-dua lengan terutama lengan kanan.

22

Tolakan kilas yang dilakukan untuk membuat hantaran lintang atau hantaran kepada kawan di belakang yang free

Kesalahan Biasa dilakukan : Tidak cukup kuat. Menggunakan pergelangan tangan sahaja. Cara pegangan kayu salah. Jarak bola kurang atau lebih dari kaki depan.

Ansur Maju Kemahiran Menolak

Aktiviti 1 : Dua orang pemain bersemuka dengan jarak 5 ela antara satu sama lain. Pemain A menolak bola ke pemain B, dan B menahan dan menolak semula ke A. Perhatian perlu diberi kepada tolakan dan cara menahan.

23

Aktiviti 2 : Dua orang pemain bersemuka. 6 biji bola ditolak kepada B dan A dan sebaliknya. Bilangan yang berjaya ditahan akan diambil kira. Aktiviti diulang sebanyak 3 set.

Aktiviti 3 : Tolakan antara 4 pemain A, B, C dan D di penjuru dalam grid dan E yang berdiri ditengah grid. A menolak, E menahan dan tolak balik ke A dan seterusnya oleh B, C, dan D. Apabila selesai dua pusingan, orang ditengah ditukarkan dan aktiviti disambung semula (ulangan tiga kali)

24

Aktiviti 4 : 5 pemain berdiri membentuk suku bulatan. Seorang pemain X berdiri 7 ela daripada mereka. Semua 5 pemain akan menolak bola kepada X secara bergilir-gilir dan X menahan dan menolak semula ke arah mana bola datang. Aktiviti ini dilanjutkan selama 1 minit. Bilangan tolakan dengan cara yang betul akan diambil kira. Pastikan semua pemain dapat peluang mengambil tempat X.

Aktiviti 5 : Permainan monyet Aktiviti ini memerlukan 4 pemain, iaitu 3 sepasukan melawan 1 pemain dalam kawasan satu kotak grid. 3 pemain sepasukan ini akan cuba membuat seberapa banyak tolakan hantaran sesama mereka. Seorang pemain yang ditengah akan cuba menghalang dan menahan bola. Jika berjaya, orang yang hilang bola akan
25

mengganti tempat sebagai orang tengah. Aktiviti ini boleh diteruskan selama 5 minit. Ia memberi peluang kepada pemain menggunakan kawasan lapang untuk menerima bola. Pemenang aktiviti ini adalah pemain di tengah yang berjaya mengurangkan bilangan tolakan satu pusingan.

4.4 MENGUIS Kemahiran ini ialah hantaran bola diudara dan sangat berguna untuk :i. penalti strok

ii. hantaran-hantaran di mana terdapat pihak lawan yang baik menyekat bola. iii. menjaringkan gol Pegangan seperti pegangan semasa menggelecek bola tetapi dengan kedudukan tangan kanan lebih rendah.

Kedudukan bola dan badan bahu menghadap ke arah mana bola ditujukan Jarak kaki dilebarkan lebih dari jarak bahu. Lutut membengkok dan kedudukan badan direndahkan. Bola dekat dengan kaki kiri. Kedudukan kayu Bilah kayu dicondongkan menyentuh bola dan kedudukan gagang kayu direndahkan. Cara melakukan Berat badan ditukar dari kaki kanan ke kaki kiri. Lengan kanan diluruskan dengan cepat dan kuat ke arah depan dan ke atas manakala tangan kiri memandu kayu hoki. Lengan diluruskan untuk mendapatkan ikut lajak yang baik.

26

Kesalahan biasa dilakukan :1. Jarak kaki tidak cukup lebar. 2. Badan terlalu tegak. 3. Bola jauh dari kaki kiri. 4. Bilah kayu hoki tidak rapat dengan bola. 5. Tidak ada penukaran berat.

Langkah langkah dalam kemahiran menguis bola hoki 27

Ansur Maju Kemahiran Menguis : Aktiviti 1 : Kuis kepada kawan Latihan secara bergu atau dalam kumpulan. Peserta berdiri pada jarak 5 ela. Bola itu dikuis kepada kawannya dan sebaliknya. Jika pemain boleh menguasainya jaraknya dijauhkan lagi.

Aktiviti 2 : Kuis untuk jarak jauh Pertandingan kecil. Seorang pemain diberi 5 percubaan menguis pada jarak yang dibuat bagi semua kuisan dijumlahkan. Pemain yang dapat jumlah terbesar menjadi johan. Aktiviti ini boleh juga dijalankan dalam kumpulan.

Aktiviti 3 : Kuis ke sasaran Peserta menguis bola dari satu tempat permulaan jarak 5 ela, 7 ela, 10 ela, 12 ela dan 15 ela. Pemain dikehendaki menguis kearah skital yang disediakan. Jika bola melalui skital, itulah adalah cara yang tepat. Jarak antara skital ialah 3 ela. Jarak ini boleh juga dikurangkan untuk melatih ketepatan sasaran.

28

Aktiviti 4 :Menguis bola melintasi halangan Satu palang dengan ketinggian 3 kaki disediakan. Dua orang pemain akan cuba menguis bola melintasi palang itu. Jika berjaya dengan percubaan ini, tingginya dinaik ke 4 dan 5 kaki. Latihan ini juga baik untuk menahan dan menyerkap bola.

Menguis Tinggi Untuk mendapatkan satu kuisan yang lebih tinggi dan jauh, pemain harus mencondongkan lagi bilah kayu, bengkokkan lagi lutut dan badan direndahkan lagi. Dengan cara ini, bola dapat dikuis dengan cepat dan kuat.

Ansur Maju Kemahiran Menguis Tinggi : Aktiviti 1 : Menguis tinggi 2 pemain A dan B menguis dan menahan bola antara satu sama lain. Jarak dimulakan dengan 10 ela, 15 ela dan 20 ela.

29

Aktiviti 2 : 2 pemain A dan B bersemuka. A menguis kepada B. B menahan bola diudara sebelum bola jatuh ke padang. Selepas enam kuisan dibuat, B pula membuat kuisan dan A menahan.

Aktiviti 3 : Menguis bola tinggi lebih 5 kaki. Satu penghadang dibuat. Jarak ditetapkan tetapi boleh dilebihkan apabila pemain berjaya menguasainya.

30

Aktiviti 4 : Menguis bola atas tiang gol. Pemain A menguis boleh melepasi tiang gol kepada pemain B yang berdiri 5 ela dari tiang gol. B kemudian menguis balik. Percubaan ini dibuat 10 kali. Jarak dilebihkan dari 5 ela ke 10 ela dan kemudiannya 16 ela dari tiang.

4.5. MENCEDUK Tujuan :1. Digunakan untuk hantaran udara. 2. Menghantar bola tinggi dan jauh. Cara Melakukan Genggaman tangan kayu hoki dipegang seperti genggaman semasa menguis.

31

Kedudukan bola dan badan seperti menguis kecuali bilah kayu lebih condong.

Kedudukan kayu Seperti menguis kecuali bilah kayu lebih condong.

32

-Menceduk Shovel Kedudukan badan Kedudukan badan berubah iaitu kaki kanan ke hadapan. Badan dipusingkan ke posisi manahan bola kilas. Cara melakukan Mata sentiasa pandang bola semasa membuat cedukan. Kedua-dua tangan dijarakkan (lihat gambar) Kaki kanan didekatkan dengan bola. Pergerakan menceduk menggunakan pergelangan tangan dan lengan untuk mendapat satu cedukan yang tinggi dan jauh.

Kesalahan biasa dilakukan Jangan tukar kedudukan tangan semasa membuat cedukan shovel.

33

4.6. MENGAWAL BOLA Mengawal Bola Menimang bola di atas kayu Menimang bola di atas permukaan kayu Cantuman kedua-dua Ansur Maju untuk memperbaiki kawalan bola. Pengelolaan Latihan :Pemain bermain dalam kumpulan 3 atau 4 orang dan cuba menghantar bola dari kayu ke kayu, dengan tidak menjatuhkan bola kelantai. Pemain-pemain mestilah berada pada jarak minimun 3 ela supaya bola dapat dimainkan di udara dari kayu ke kayu.

Perhatian Jurulatih :Kedudukan tangan mesti paling berkesan. Kusyen bola semasa menerima. Semasa menghantar, bola mesti bersentuhan dengan kayu sepanjang masa yang boleh.

34

4.7. MENGGELECEK Bagi pemain yang sederhana (average player) ia menggunakan hanya sepuluh peratus sahaja masa untuk bersentuhan (contact) dengan bola dan lagi kurang daripada masa sebenarnya untuk bergerak dengan bola. Kebanyakan kelecekan hendaklah bahagian permukaan kayu apabila perlu. Bola sentiasa berada dihadapan bahu sebelah kanan. Tangan kiri mencekak dengan kemas dibahagian atas kayu sementara tangan kanan dibahagian bawah kayu. Lagi kebawah tangan kanan memegang kayu, lebih lagi kekuatan dan kawalan dicapai, TETAPI keadaan yang membongkok itu akan

mengurangkan kebolehan untuk meneliti (scanning) ke hadapan. a-Menggelecek Rapat Kawalan rapat keatas bola dapat dikekalkan dengan membawanya rapat dengan kayu. Kemahiran ini perlu untuk mengekalkan kawalan yang kuat, serta merta dan berterusan ke atas bola di mana kawasannya terhad dan juga untuk membawa bola mengelilingi lawan. Kemahiran ini lebih sukar dilakukan di atas padang rumput yang kurang baik. Daya penglihatan yang terbatas semasa dalam keadaan membongkok menyukarkan penelitian ke hadapan.

35

Ansur Maju memperbaiki kawalan bola cara dekat. Pengelolaan Latihan :12 pemain bergerak bebas dalam kawasan empat segi sama (menggunakan grid padang hoki) berukuran 10 ela. Sambil pemain-pemain bergerak dengan bebas mengawal bola sendiri, mereka cuba mengeluarkan bola dari pemain lain dari kawasan bermain. Pemain yang bolanya telah dikeluarkan hendaklah menunggu digarisan tepi sehingga hanya seorang pemain yang tinggal. Perhatian Jurulatih :Gerak kaki dan posisi badan bagi menentukan pergerakan yang baik untuk mengelakkan pemain lain dan memberikan penglihatan yang terbaik.

b-Menggelecek Longgar Kelecek cara ini membenarkan bola dikawal dengan bebas dan bergerak dihadapan kayu.

36

Kelecek bebas ini membolehkan pergerakan lebih pantas dan penelitian yang baik tetapi menambahkan risiko bola dirampas oleh lawan. Kelecek bebas juga digunakan untuk mengatasi lawan yang berada dalam keadaan pegun dengan menolak bola melalui celah atau keliling kaki lawan ke tempat lapang dan menggunakan kelajuannya untuk mengekalkan pemilikan bola. Kelecek bebas ini digunakan oleh pemain di tempat lapang untuk bergerak pantas dengan bola, seperti seorang penyerang bergerak ke sasaran yang lapang.

37

Ansur Maju Memperbaiki Kawalan Bola Individu. Aktiviti 1 : Satu lawan satu untuk memperbaiki kawalan individu. Dua pemain berlawan antara satu sama lain dalam kotak segiempat sama (menggunakan grid padang) berukuran 10 ela dengan menggunakan garisan belakang sebagai golnya. Gol dikira apabila pemain memberhentikan bola berhampiran 1 kaki dari garisan gol lawannya.

Perhatian Jurulatih - Gerak kaki dan jarak langkah untuk memberi pergerakan posisi badan. Menggiatkan kawasan untuk mengalahkan lawan.

c-Menggelecek Cara India Cara kelecek ini adalah asas bagi semua gerakan dengan bola dalam permainan hoki. Pemain-pemain yang dapat menguasainya akan memperolehi kepuasan dan berupaya bertindak cemerlang. Bagaimanapun tidak ada gunanya seorang pemain menunjukkan kelecek India yang cantik sekiranya tiada pemain lawan yang berhampiran. Pemain-pemain mestilah melaksanakan kelecek India dihadapan badan dengan cara menggerakkan bola ke hadapan dan ke belakang melintang badan, dan
38

dengan cara silih berganti memainkan bola menggunakan hadapan dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu kebelakang dan kehadapan ke atas bola. Tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas dan digabung dengan tangan kiri untuk melakukan ketukan untuk menukar arah gerakan bola.

Ansurmaju kawalan bola kelecek kemahiran Cara India : Aktiviti 1 : Slalom Continuous Relay terdiri tiga atau empat orang pemain. Ini bertujuan untuk memperbaiki kawalan bola semasa menggelecek laju. Pengelolaan Latihan Dua pemain berdiri di satu bahagian bahagian slalom sementara pemain ketiga atau sepasang pemain lain berdiri diseberangnya. Pemain pertama bergerak melalui pintu (gate) membawa bola dan memberikannya pula kepada pemain kedua yang akan membawa, dan memberikannya kepada pemain ketiga. Pemain pertama tadi akan

39

mengambil tempat pemain kedua. Latihan ini akan berterusan mengikut kehendak jurulatih.

Perhatian Jurulatih Kedudukan tangan kiri dan tangan kanan dikayu. Gerak kaki untuk mendapatkan posisi yang baik supaya badan dapat berpusing melalui pintu (gate). Posisi tangan kiri pada kayu untuk membolehkannya melakukan pusingan penuh kepada posisi Pukulan kilas. Bola sentiasa bergerak di hadapan badan. Langkahan pendek dan laju membolehkan ketangkasan.

40

4.8. MEREBUT Merebut adalah untuk melemahkan kawalan bola pihak lawan dan berusaha untuk menguasai bola bagi membuat serangan balas. Membayang 1. Untuk membolehkan seorang pemain mengekori pihak lawan atau sentiasa berada dihadapan pihak lawan. 2. Untuk membiasakan seorang pemain dengan pergerakan yang pantas dan sentiasa bergerak. 3. Untuk membiasakan pemain supaya sentiasa perhatikan bola. 4. Membolehkan seorang pemain membiasakan diri dengan pergerakan tanpa bola. 5. Untuk membiasakan pemain dengan pergerakan badan dan kayu yang

mengelirukan.

Ansur Maju Kemahiran Merebut Aktiviti 1:Tanpa kayu atau bola (Pergerakan kelajuan jogging) Pemain A dan B berdiri bersemuka dengan jarak antara 5 ela. Pemain A bergerak ke kiri atau ke kanan untuk membelakangi atau mendahului pemain B. Manakala pemain B akan cuba menghadap pemain A untuk bergerak kearah mana sahaja pemain A tuju sambil mengekalkan jaraknya. Pemain A dan B menukar tugas selepas 1 minit.

41

Aktiviti 2 :Pergerakan pantas / pecutan (Seperti Aktiviti 1). Dengan kayu dan bola (kelajuan jogging) Seperti Aktiviti 1 tetapi ditambah dengan kemahiran menggelecek. Pemain A menggelecek dan cuba melepasi pemain B. Pemain B hanya mengacah sahaja tidak menyekat semata-mata.

Aktiviti 3 :Dengan kayu dan bola (Pergerakan laju) Seperti Aktiviti 2.

Aktiviti 4 : Permainan Kecil Seperti Aktiviti 4 tetapi termasuk : i. pemain B akan menghalang pemain A dari melepasinya. Jika pemain B berjaya merebut bola ia akan membawa bola ke garisan pihak lawannya. ii. Pemain A akan cuba menghalang dan merebut bola.
42

Aktiviti 5 : Permainan kecil lebih kepada latih tubi penumpuan mata pada bola (berpasangan). Pemain A menggelecek bola atas garisan dan cuba meletakkan bola dihujung garisan (kiri atau kanan) sebelum pemain B sempat mengacah hujung garisan itu dengan kayunya. Pemain B pula cuba meletakkan kayunya di hujung garisan ( sama ada kiri atau kanan ) sebelum pemain A sempat meletakkan bola di sana. Tidak ada rebutan bola antara pemain A dan pemain B. Pemain A dan B tukar posisi selepas 1 minit untuk aktiviti yang sama.

-Rebutan Hadapan. Teknik ini digunakan oleh seorang pertahanan yang statik dalam keadaan satu lawan satu tersebut. ddimana penyerang perlu menggelecek melepasi pihak lawan

43

Ansur Maju Kemahiran Merebut Hadapan : Aktiviti 1 : Cara memegang kayu adalah seperti dalam kemahiran menggelecek. Pemain menghulur kayu sejauh 3 atau 4 ela ke arah sasaran dengan menggerakkan kaki kiri kehadapan. Selepas pergerakan ini, pemain menarik balik kayu dan badannya dengan pantas ke posisi asalnya.

Aktiviti 2 : Merebut pasangan (kelajuan jogging) Pemain A menggelecek menuju pemain B. Manakala pemain B bertindak balas mencampak (menghuur) kayu kearah bola apabila pemain A berada didalam jarak merebut. Pemain A memberi ruang untuk pemain B menguasai bola. Langkah berikutnya ialah pemain B menyerang dan pemain A pula menghalang.

Aktiviti 3 : Merebut berpasangan (kelajuan pantas) Seperti aktiviti 2.

44

Aktiviti 4 : Merebut berpasangan. Seperti Aktiviti 3 dengan tambahan : i. Pemain A cuba menggelecek melepasi pemain B. Pergerakan pemain B mestilah ke sebelah kanan pemain B ii. Pemain B membuat rebutan hadapan dan cuba menguasai bola daripada pemain A.

Aktiviti 5 : Merebut / bertiga Pemain A buat hantaran kepada pemain B, yang kemudiannya mengawal bola dan bergerak ke hadapan. Pemain C mendekati pemain B untuk mengawal / menutup ruang dan membuat rebutan hadapan. Pemain B pula cuba melepasi pemain C. Selepas beberapa percubaan, pemain-pemain menukar posisi.

45

Aktiviti 6 : Permainan kecil bertiga Pemain A cuba mengelak melepasi pemain B dan kemudian pemain C. Jika pemain B dapat menghadangnya buat semula serangan tersebut. Selepas beberapa percubaan pemain-pemain menukar posisi.

-Rebutan Lonjak 1. Cara rebutan ini bergantung kepada keadaan mengejut dimana kayu seseorang pemain dilonjak ke hadapan bola dengan menggunakan tangan kiri. 2. Kayu perlu dipegang dengan kuat di tangan kiri walaupun tangan kanan boleh membantu sebelum membuat rebutan (lonjak). 3. Berat badan akan dipindah kekaki kiri sambil mengimbangkan posisi badan.

46

Ansur Maju Aktiviti Kemahiran Rebutan Lonjak : Aktiviti 1: Pemain melonjak kayu kearah sasaran khayalan (imaginary target). Aktiviti ini dilakukan dengan bergerak dari belakang gol ke garisan 25 ela (berulang alik).

Aktiviti 2 : Pemain melonjak bola supaya bola itu bergerak kehadapan dari garisan gol ke garisan 25 ela (berulang alik). Pemain bergerak kebelakang bola bila perlu.

Aktiviti 3 : Rebutan / berpasangan Pemain A membuat Yard Dribble dengan kelajuan yang sederhana. Manakala pemain B berdiri menghadapi pemain A dan melonjakkan kayunya pada bola dan menarik kemudiannya bertukar posisi Dribble dengan lebih laju.

balik. (Jarak antara pemain-pemain 2 3 ela). Pemain A dengan pemain B. Langkah berikutnya membuat Yard

47

Aktiviti 4 : Pemain kecil berpasangan Pemain A dan B berdiri bersemuka dengan jarak antara 3 4 ela. Sebiji bola diletakkan di tengah antara A dan B. Apabila diberi isyarat, kedua-dua pemain itu menjolok bola tersebut. Pemain yang dapat menggerakkan bola ke depan menjadi pemenang.

- Rebutan Kilas. Teknik rebutan ini agak sukar untuk dilakukan sebab ia dikuasai oleh tangan kira dan dalam peraturan teknik, ia perlu dilakukan tanpa menghalang kayu atau badan pihak lawan. Oleh itu, teknik ini jika boleh perlu dielakkan. Kemahiran ini adalah untuk memerangkap bola dengan menggunakan reverse stick supaya penyerang terlajak dan bola dapat dikawal oleh pemain pertahanan.
48

Rebutan ini memerlukan kekuatan dan pengawalan kilas tangan kiri. Ansur Maju Aktiviti Kemahiran Rebutan Kilas : Aktiviti 1 : Menguasai teknik rebitan kilas. Pemain-pemain berdiri disatu posisi dan membayangkan seolah-olah sedang menghadapi penyerang. Untuk memulakan tindakan, lutut dikendurkan dan kaki kiri ke hadapan sedikit sambil memegang kayu dihadapan badan. Kaki kiri digerakkan ke tepi (sideways) manakala tangan kiri mendepakan kayu sejauh mana yang dapat daripada kaki dengan kayu sentiasa mencecah tanah. Tarik kayu dengan pantas semula dan ulangi aktiviti ini.

Aktiviti 2 : Rebutan kilas berpasangan (kelajuan berjalan kaki). Pemain A menggelecek rapat ke sebelah kiri pemain B, pergerakannya kekiri pemain B. Pemain B sentiasa perhatikan bola dan mula bergerak. Apabila pemain A selari (in line) dengan pemain B, pemain B menggunakan rebutan kilas untuk mendapatkan bola. Kedua-dua pemain kemudian bertukar posisi.

Aktiviti 3 : Rebutan kilas kelajuan jogging.(Seperti Aktiviti 2).


49

Aktiviti 4 : Rebutan kilas kelajuan pantas (Seperti Aktiviti 2 ).

Perhatian Untuk Semua Rebutan Tumpuan kepada bola. Jangan terkeliru dengan gerak keliru badan atau kayu pihak lawan. Letakkan kepala kayu hampir dengan tanah apabila hendak melakukan sesuatu rebutan. Elakkan diri melakukan rebutan sebelum rakan-rakan pemain dapat menutup peluang hantaran bola pihak lawan. Jangan lakukan rebutan apabila pihak lawan ada kawalan bola yang baik. Berusaha mendapatkan gerak kaki yang tangkas dan seimbang bagi membolehkan pergerakan pantas ke mana-mana arah dan melakukan rebutan yang baik.

50

4.9 MENJAGA GOL Penjaga gol adalah seorang yang paling utama dalam satu pasukan. Penjaga gol boleh mempengaruhi keputusan sewaktu perlawanan. Pasukan yang gagah adakalanya kalah kerana penjaga gol yang lemah dan adakalanya pasukan yang lemah menang disebabkan penjagaan gol yang cemerlang. Seorang penjaga gol mestilah berani, mempunyai kosentrasi yang baik, boleh diharap mempunyai reaksi yang pantas dan fleksibel.

Seorang penjaga gol yang mempunyai kriteria tersebut akan memberi keyakinan kepada barisan pertahanan. Seseorang pemain itu tidak seharusnya dipaksa menjadi gol.

51

Cara Berdiri. (Stance) 1. Cara berdiri penjaga gol dalam posisi bersedia adalah seperti duduk dengan kaki dirapatkan, lutut dikendurkan dan berat badan di hadapan. 2. Badan membongkok sedikit dan kepala pandang ke hadapan. 3. Tangan kiri dihulur ke tepi sambil siku bengkok sedikit dan tapak tangan menghala ke hadapan. 4. Kayu dipegang di bahagian tengah dengan tangan kanan pada paras pinggang dengan bahagian leper kayu menghadap ke ha

5. Latihan. Penjaga gol lari 5 langkah ke hadapan dan berada dalam posisi bersedia. Melangkah (back pedal) ke tempat permulaan dan keluar ke hadapan semula dan balik ke posisi bersedia. Latih selama 2 atau 3 minit. Buat pembetulan di mana perlu.

52

Kelembutan dan ketangkasan. Seorang penjaga gol mestilah pantas dalam pergerakan dan cekal dalam

mengawal sesuatu sudut. Ini boleh dicapai dan dibaiki melalui aktiviti regangan. Tumpuan mesti diberi kepada pinggang, belakang bahu dan kaki. Penjaga gol perlu meluangkan masa yang banyak untuk membuat regangan. (Rujuk Gambarajah Rajah) Ansur Maju Membaiki kecekapan Gerak Balas

53

Aktiviti 1 : Menjaga gol berpasangan Pemain menghadap satu sama lain pada jarak 1 1.5 ela. Pemain A memegang hujung kayu di paras bahunya dan melepaskan kayu itu, manakala pemain B cuba menangkap kayu itu sebelum jatuh ke tanah dengan bergerak ke hadapan supaya dapat mencapai dengan tangan kiri atau kanan. Kedua-dua pemain kemudian bertukar peranan.

Perhatian : Pemain B perlu sentiasa memerhati kayu. Apabila pemain-pemain berjaya melakukan aktiviti ini, tambahkan jarak anatara mereka dan rendahkan kayu. Aktiviti 2 : Menguji ketangkasan secara berpasangan. Pemain menghadap antara satu sama lain pada jarak 6 8 ela jaraknya dan menghadapi arah yang sama. Apabila diberi isyarat, pemain A mengalih dengan pantas untuk berhadapan dengan pemain B dan pemain B melontar bola tenis ke sebelah kanan atau kiri pemain A. Pemain A cuba tangkap atau tolak bola tersebut. Kedua-dua pemain kemudian bertukar posisi.

54

Aktiviti 3 : Berpasangan. Kedua-dua pemain menghadap satu sama lain pada jarak 6 8 ela. Pemain B membaling 6 biji bola tenis bertalu-talu ke kanan dan ke kiri pemain A cuba menahan atau menolak bola. Kedua-dua pemain kemudian berukar peranan.

Kemahiran Menahan 1. Double padding : Kedudukannya sama seperti posisi bersedia. Teknik ini melibatkan penggunaan kedua-dua kaki sebagai benteng menahan bola.

55

2. Single padding : Teknik menahan bola yang menggunakan sebelah kaki.

56

Ansur Maju Aktiviti Kemahiran Menahan : Aktiviti 1 : Latihan Teknik. Penjaga gol berdiri dalam posisi bersedia. Unjurkan kaki ke kanan dan ke kiri dengan menunjukkan bahagian dalam kaki dengan sepenuhnya. Ulangi pergerakan.

Perhatian : Jangan ,mengangkat kaki tetapi mengheretkannya (glide) di atas tanah.


57

Aktiviti 2 : Penjaga gol dalam keadaan bersedia. Apabila mendengar isyarat ke kanan atau ke kiri, penjaga gol menggerakkan kakinya mengikut arahan. Beri perhatian kepada posisi kaki, tangan dan kayu.

Aktiviti 3 : Penjaga gol dalam keadaan bersedia. Apabila melihat isyarat tangan, kaki penjaga gol hendaklah dilunjurkan mengikut arah tangan. Beri perhatian kepada posisi kaki, tangan dan kayu.

Aktiviti 4 : Penjaga gol berlari 5 langkah ke hadapan dan berdiri dalam posisi bersedia. Apabila mendengar arahan, gerakkan kaki mengikut arahan. Lari ke belakang (back pedal) ke tempat permulaan dan keluar semula dan berdiri dalam keadaan bersedia dan sedia untuk menerima arahan. Latihan di jalankan selama 3 atau 4 minit
58

Mengawal Sudut Ansur Maju Aktiviti Kemahiran Mengawal Sudut Aktiviti 1 : Penjaga gol berdiri 3 langkah dari garisan gol dan menghadap pemain A dalam keadaan bersedia, melangkah ke kanan untuk menghadap pemain B dan berhenti selama beberapa saat iaitu bergerak dalam satu lengkuk daripada pemain A hingga ke pemain F. Dia kemudian berpatah balik, bergerak dari pemain F ke pemain A. Tahap kelajuan pergerakan penjaga gol ini perlu ditingkatkan seterusnya. Manakala pemainpemain harus membantu penjaga gol untuk membetulkan posisi di mana perlu.

Aktiviti 2 : Sama seperti aktiviti 1, dengan tambahan : (rujuk gambarajah)


59

(i) Selepas penjaga gol menghadap pemain A, ia bergerak (side step) ke pemain F. (ii) Bergerak dari F ke B. (iii) Bergerak dari B ke E dan seterusnya.

Aktiviti 3 : Seperti aktiviti 1, dengan tambahan : (i) tolakan oleh pemain kepada penjaga gol. (ii) Pukulan oleh pemain kepada penjaga gol. (iii) Kederasan bola diperlajukan lagi.

Aktiviti 4 : kepadanya.

Penjaga gol menghadap pemain A yang menolak bola

Selepas menahan bola keluar, ia bergerak untuk menghadap pemain B yang memukul bola kepadanya dan seterusnya menghadap pemain C dan D. Pemain C akan menguis bola dan pemain D akan memukul bola. Selepas

berhadapan dengan pemain D, penjaga gol bergerak (side-step) untuk menghadapi pemain A dan seterusnya. Setiap pemain diberi 5 biji bola.

60

Aktiviti 5 : Apabila seseorang penjaga gol dapat mencapai kemahiran yang tinggi dalam penjagaan gol ( goal keeping skills ), latihan dengan menggunakan bola tenis bolehlah dilakukan dalam setiap sesi latihan. Penjaga gol menghadap seorang pemain yang berada sejauh 6 8 ela darinya, yang bertindak memukul bola tenis ke arah gol ( 8 biji atau lebih). Pemain ini berusaha menghantar bola sepantas yang dapat, manakala penjaga gol pula berusaha menyelamatkan bola. Latihan diulangi 3 atau 4 kali setiap sesi dan sebagai aktiviti lanjutan, bola hoki boleh digunakan.

Kemahiran Menendang Seseorang penjaga gol mestilah mempunyai kebolehan menendang bola dengan yakin dan dengan menggunakan kedua-dua belah kakinya. Kebanyakan penjaga gol lebih gemar menggunakan sebelah kaki. Oleh itu, kaki yang lemah itu tidak dapat menendang dengan sempurna dam ini boleh mengakibatkan gol.

61

Aktiviti 1 Pemain A dan B berdiri bersemuka dalam keadaan bersedia pada jarak 5 ela. Pemain A mula dengan menendang bola tenis kepada pemain B. Pemain B menahan bola dan menendang semula kepada pemain A, menggunakan kemahiran menahan. Tendangan dibuat secara menyucuk (stab kick). Kemudian pemain cuba menggunakan

kedua-dua belah kaki. Aktiviti aktiviti ini dijalanan selama 2 3 minit.

Aktiviti 2 - Seperti aktiviti 1, tetapi pemain-pemain menendang bola tanpa henti jika boleh.

Aktiviti 3 - (Berpasangan) Pemain A menggolekkan bola tenis, pada jarak 10 ela kepada pemain B. Pemain B lari kehadapan untuk menendang kepada pemain A, kemudian melangkah ke belakang ke tempat permulaan dan keluar semula untuk menedengan bola kepada
62

pemain A. Aktiviti ini dijalankan selama 1 3 minit. Pemain-pemain kemudian menukar posisi. Kederasan bola diperlajukan.

Aktiviti 4 Bola hoki di susun sejauh 8 10 ela dari garisan gol dalam bentuk separuh bulatan. Penjaga gol mula dengan berlari ke hadapan dan menendang bola no. 1 dengan menggunakan kaki kanan. Dia kemudian melangkah ke belakang ke tempat permulaan menendang bola no. 8 dengan menggunakan kaki kiri. Bola ditendang berselang seli dengan kaki kiri dan kanan iaitu : (i) bola no. 1 4 dengan menggunakan kaki kanan. (ii) Bola no. 5 8 dengan menggunakan kaki kiri. Aktiviti ini diulangi sebanyak 3 kali

Aktiviti 5 : Bola disusun dalam satu garis lurus selari dengan garisan gol. Penjaga gol bermula dari garisan D dan bergerak ke bola no 1. Dan menedangnya ke arah gol dengan menggunakan kaki kiri. Penjaga gol kemudian melangkah ke belakang

63

ke tempat permulaan menendang ke arah gol dengan menggunakan kaki kanan. Bola di tendang berselang seli, iaitu : (i) bola no. 1 3 dengan menggunakan kaki kiri. (ii) Bola no. 4 6 dengan menggunakan kaki kanan. Latihan diulang sebanyak 3 kali.

64

5.0 Undang-undang ringkas permainan Hoki

5.1. Pasukan

Permainan ini dimainkan oleh 2 pasukan di dalam padang di mana setiap pasukan terdiri daripada maksima 11 pemain di dalam padang. Setiap pasukan boleh mendaftar pemain dengan maksimum 16 pemain. Setiap pasukan yang bermain mesti mempunyai seorang penjaga gol yang dilengkapi dengan sekurang-kurangnyapelindung kepala , kickers serta mesti mempunyai kayu hoki pada setiaqp masa sewaktu permainan. Setiap pasukan mesti mempunyai seorang ketua pasukan yang

bertanggungjawab di atas kelakuan ahli pasukannya dan akan memakai lilitan di bahagian lengan.

5.2. Permulaan Permainan. Lambungan syiling akan dilakukan dan pasukan yang menang berpeluang memilih sama ada memulakan permainan atau memilih kawasan permainan. Masa permainan bermula sebaik pengadil meniup wisel tetapi permainan hanya akan bermula apabila bola sudah dimainkan. Setelah tamat separuh masa, pasukan akan bertukar kawasan dan permainan akan dimulakan kembali dengan tiupan daripadqa pengadil perlawanan.

65

5.3 Tatacara permainan (Pemain)

Pemain tidak boleh menggunakan kayu hoki dengan keadaan yang merbahaya Pemain tidak boleh mengganggu atau menghalang pemain lain dengan menggunakan kayu hoki mahupuin dengan menarik pakaian mereka. Pemain tidak boleh mendatangkan kem,arahan pemain lain

(menghina/mencarut) Pemain tidak boleh menggunakan fizikal bagi menghalang pemain lawan Pemain tidak boleh melengah-lengahkan permainan

5.4 Tatacara permainan (Penjaga gol) Penjaga gol tidak boleh keluar daripada separuh kawasan dimana mereka bertahan kecuali ketika mengambil pukulan penalty strok Penjaga gol boleh menggunakan kelengkapan yang ada pada mereka untuk menyelamatkan pintu gol Penjaga gol tidak boleh baring diatas bola Ketika berada diluar kawasan D penjaga gol hanya boleh menggunakan kayu untuk memainkan bola

66

5.5 Kesalahan Sewaktu Permainan

Pukulan percuma akan diberikan apabila berlaku sebarang kealahan diluar kawasan 23 meter Kesalahan yang berlaku di kawasan 23 meter akan menjurus kepada pukulan sudut penalti Penalti strok pula akan diberikan apabila pihak yang bertahan menghalang percubaan yang 100 peratus gol atau jika kesalahan /kekasaran yang dilakukan seriusterhadap pemain ynag sedang membawa bola

5.6 Kesalahan Peribadi Amaran akan di berikan dengan menunjukkan kad hijau kepada pemain yang melakukan kesalahan Pemain yang menerima kad kuning akan menerima penggantungan minimum 5 minit daripada waktu permainan sebenar (masa penggantungan bergantung kepada pengadil) Bagi kesalahan berat, penggunaan kad merah akan dikuatkuasakan.Pemain yang menerima kad merah mesti meninggalkan padang serta kawasan sekitarnya.

67

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, sukan hoki ini merupakan sejanis sukan yang sangat menarik dan mencabar. Pelbagai jenis kemahiran dan teknik harus dikuasai dan menggunakan semasa bermain sukan ini. Barulah sukan hokiakan dijalankan dengan efektif.

Selepas menguasai kemahiran dan teknik, maka nilai-nilai murni seperti kerjasama dan nilai toleransi juga perlu dipupuk antara setiap ahlipemain. Semasa bermain sukan hoki ini, setiap pemain perlu sentiasa bekerjasama untuk menjaringkan gol. Selain itu, setiap pemain juga perlubertolak ansur untuk menggelakkan perselisihan faham semasa bermain sukan hoki ini.

Keselamatan setiap pemain juga penting. Setiap pemain perlu memakai alatan yang akan menjamin keselamatan semasa bermain sukan hoki ini. Kecederaan akan berlaku sekiranya seseorang pemain itu tidak mempunyai peralatan hoki yang sesuai.

68

7.0 REFLEKSI Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi Permainan Hoki pada semester kali ini saya telah memilih untuk membuat penulisan mengenai sukan hoki. Hal ini kerana saya ingin sesuatu kelainan daripada minat saya yang tertumpu kepada sukan dalam gelanggang. Disebabkan saya memilih untuk membuat penulisan mengenai sukan hoki, saya akan menceritakan pengalaman saya mengenai kelas hoki yang telah dipantau oleh Encik Omar Saifuddin Bin Ahmad. Sepanjang berada di dalam kelas beliau, saya

dapati bahawa beliau merupakan jurulatih terbaik kerana tidak mengajar kami hanya untuk mengambil amali, tetapi untuk jatuh cinta dengan sukan hoki. Niat saya bukan untuk memperoleh markah yang tinggi di dalam penulisan kali ini, tetapi begitulah hakikatnya. Beliau sentiasa memastikan setiap pelajar di bawah pantauannya untuk melakukan aktiviti memanaskan badan dengan betul dan matanya juga cekap mengenal pasti kesilapan kami semua. Setelah menghadiri kelas kendalian Encik Omar Saifuddin, saya memperoleh aspirasi untuk terus berada di dalam permainan hoki ini. Penulisan saya kali ini juga dipengaruhi oleh kelas yang dikendalikan oleh Encik Omar Saifuddin. Kebanyakan ansur maju yang telah saya titipkan adalah melalui Saya juga mencari maklumat di

pengalaman saya sendiri menerusi kelas beliau.

bahagian English di dalam perpustakaan selain bergantung kepada hasil carian menerusi internet. Kebanyakan maklumat yang saya peroleh di dalam bahasa Inggeris dan memerlukan saya untuk menggunakan kamus dan translasi bahasa kira-kira 45%. Saya juga cuba merujuk kepada kawan-kawan yang mempunyai maklumat tambahan mengenai sukan hoki.

69

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan usaha yang telah saya lakukan untuk menulis mengenai hoki ini. Bohonglah sekiranya saya menyatakan

bahawa saya tidak kisah dengan markah yang bakal diberikan, namun saya hanya boleh mengatakan bahawa semua keputusan dibuat oleh penilai yang saya pasti seorang yang bijak dan pakar di dalam sukan. Saya sebagai pendatang baru di dalam dunia hoki hanya mampu untuk redha dan perbaiki diri dari semasa ke semasa. Sekian.

70

8.0 BIBLIOGRAFI

BUKU I) Muhammad Amran Kamsi, (1998), SIRI GLOSARI SUKAN HOKI, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur II) Hasan Hamzah, Maznah Awang Juhana Mohd.Nor, Muhammad Rusdan Sallehudin, Muhamad Zaini Khalid, (1996), APA DAN MENGAPA SUKAN, Piramid Perdana(M) Sdn Bhd. III) James G.Hay, (1993), The Biomecanics of Sport Techniques, A Paramount Communication Company INTERNET http://www.scribd.com/doc/58608726/hoki-ansur-maju www.slideshare.net/enabdacrazie/hoki - United State ms.wikipedia.org/wiki/Hoki www.sksenai.com/blogs/index.php?blog=13...hoki

71

LAMPIRAN

72

73

Anda mungkin juga menyukai