Anda di halaman 1dari 14

Pengenalan

Hoki adalah salah satu permainan yang tertua dan popular di Malaysia. Ia dimainkan oleh
semua peringkat dan kumpulan umur. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSS) setiap
tahun akan mengelolakan pertandingan hoki untuk murid-murid. Hoki juga popular di
sekolah-sekolah menengah, kelab, institut/maktab, universiti dan persatuan-persatuan.

Namun begitu, ia tidak popular seperti bola sepak, badminton atau sepak takraw, khasnya di
luar bandar, kerana hoki memerlukan padang bermain yang baik dan alatan bermain yang
mahal berbanding dengan bola sepak dan sepak takraw. Guru dan jurulatih yang
berpengalaman juga tidak ramai di lihat handal yang cukup bermotivasi untuk
mempopularkan permainan ini. Ini adalah merugikan kerana penduduk Malaysia mempunyai
bakat untuk bermain hoki. Mereka mempunyai susuk badan yang sesuai. Walau
bagaimanapun ramai pengkritik berpendapat bahawa badan besar orang Eropah adalah
kelebihan yang nyata, terutamanya dari segi kekuatan. Sebenarnya hoki bukan sesuatu
permainan untuk menguji kekuatan mengikut saiz badan. Ini kerana ramai pemain hoki yang
terkenal di dunia mempunyai saiz yang lebih kurang sama seperti penduduk Malaysia seperti
Richard Charlesworth dan Australia dan Samiuilah dan Pakistan.

Pasukan Hoki Malaysia, terutama pasukan lelaki boleh dikatakan telah berjaya di peringkat
antarabangsa. Mereka telah layak menyertai Sukan Olimpik sejak tahun 1956. Hanya sekali
sahaja Malaysia tidak layak menyertai Sukan Olimpik, iaitu pada tahun 1988 di Seoul. Walau
bagaimanapun, pasukan wanita kurang berjaya, walaupun satu ketika dahulu mereka adalah
yang terbaik di Asia.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki


Hoki - http://ms.wikipedia.org/wiki/Hoki
SEJARAH HOKI: Pengenalan, Asal Usul Hoki, Perkembangan Hoki

Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu permainan
yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di
Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang ditandingkan pada
tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan Olimpik.

Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana dimainkan pertama kalinya.
Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir.
Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang sekitar 2000
S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti
yang digunakan dalam permainan hoki.

Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini adalah
berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo pada
zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan
pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus yang wujud lebih awal. Hoki
juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Bas-reliefs (seni-arca dinding) yang ditemui
di Athens, menggambarkan permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan.

Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang mempunyai
persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puak-puak dengan kedudukan
yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua penduduk lelaki yang berjumlah seramai
1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayu-kayu dan bola-bola berat digunakan.
Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang berat.

Di Ireland, hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland pula ia dinamakan Shinty, tetapi
permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu houquet.
Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu hoki moden banyak
terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu dipanggil commock sehinggalah
sekitar tahun 1840 apabila nama hockie digunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula
menjadi popular di sekolah-sekolah di England.
Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima oleh
pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada tahun 1886
pula Persatuan Hoki British (B.ELA.) ditubuhkan dengan Prince of Wales pada masa itu
(bakal raja King Edward VII) sebagai presiden pertama. Beberapa kelab daripada seluruh
England telah menjadi ahli. Persatuan ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih
terperinci dan standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang
berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawanan-perlawanan.
Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan peraturan-
peraturan yang telah disusun oleh B.H.A. dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di
antara England dengan Ireland telah diadakan.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki


Bas-reliefs - http://en.wikipedia.org/wiki/Relief
Shinty - http://en.wikipedia.org/wiki/Shinty
Prince of Wales - http://en.wikipedia.org/wiki/Prince_of_Wales

Sejarah Permainan Hoki Di Malaysia.

Adalah dipercayai iaitu permainan hoki diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan
kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Namun pada peringkat awal ini, ia
hanya berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan Eropah yang bertugas di sini.
Penduduk tempatan masih belum dapat menerimanya pada peringkat ini. Pada tahun 1904,
perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan di negara kita, iaitu di antara Selangor
dan Singapura.

Mulai tahun 1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk tempatan. Dari
sehari ke sehari bilangan mereka yang mempelajari dan bermainnya mulai meningkat. Kini
hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang diminati di negara kita.Semua peringkat
umur bermainnya lelaki dan juga perempuan. Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertama
melibatkan penduduk tempatan , iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan
Negeri-negeri Selat.

Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya sendiri. Ini
terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan
pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India
baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Perlawanan itu juga telah mendorong
pasukan hoki kita untuk mengadakan perlawanan seterusnya.

Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki kita telah mengadakan lawatan sambil bermain ke
Hong Kong dan Macao. Pasukan kita memenanagi semua perlawanan persahabatan yang
diadakan di sana. Pasukan hoki Macao pula telah membuat lawatan balas ke negara kita dan
sempat mengadakan dua perlawanan. Dalam kedua-dua perlawanan itu pasukan kita
menumpaskan mereka.

Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala
Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah
Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara kita. Pada
tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahligabungannya. Dengan demikian ia telah
memberi peluang kepada pasukan kita mengambil bahagian dalam kejohanan dan
pertandingan antarabangsa.

Kemudian MHF bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu menubuhkan Majlis Olimpik
Kebangsaan.
Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini . Allahyarham Tun
Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF ( 1957) beliau menghadiahkan sebuah piala
sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala Razak.
Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.

Perlantikan Tun Razak sebagai Presiden MHF telah memberi perangsang dan galakan serta
semangat baru kepada MHF serta orang ramai untuk memperlihatkan permainan ini dinegara
kita. Buktinya kini terdapat berbagai-bagai pertandingan peringkat kebangsaan setiap tahun
anjuran MHF. Kini Presiden MHF ialah DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak, Sultan
Azlan Shah. MHF juga menguruskan perlawanan dan pertandingan peringkat antarabangsa.
Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India telah mendorong pasukan tersebut untuk
mengadakan perlawananulangan pada tahun 1954. Setahun kemudian, pasukan hoki Pakistan
mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kita.

Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara kita. Ini kerana pada tahun itu
pasukan kita turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Melbourne.
Kita menduduki tempat kesembilan daripada 12 pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan
hoki juga turut mengambil bahagian dalam Pia la Dunia.

Pada tahun 1975 negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia, dimana kita menduduki
tempat ke empat.Manakala dalam Sukan Asia kita sering menduduki tempat ketiga di
belakang India dan Pakistan menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan, dan
dalam Sukan SEA pula, tiada negara yang mampu menggugat pasukan kita.
KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU: Merebut

1. Kepentingannya
Selalunya, kemahiran merebut tidak diajar dan pemain-pemain Malaysia adalah sangat lemah
dalam kemahiran ini. Merebut adalah penting untuk memperoleh bola. Walau bagaimanapun,
kadang-kadang penahan tidak berjaya memperoleh bola, tetapi dia boleh memaksa penyerang
mengurangkan kelajuannya atau kehilangan kawalan bola dan membuat kesilapan atau
memaksa bola terkeluar daripada kawasan bermain. Ini adalah penting kerana ia memberi
masa untuk pemain pertahanan menyusun semula barisan pertahanan dan bersedia
menghadapi serangan.

2. Perkara-perkara untuk diingati


Perkara-perkara berikut perlu diingati apabila seseorang pemain pertahanan hendak merebut
bola daripada pihak lawan:-

 Melihat bola dan jangan mengalihkan perhatian disebabkan oleh pergerakan kayu
hoki atau tubuh badan yang dilakukan dengan tujuan membuat gerakan yang
mengelirukan.
 Kekalkan kepala kayu hoki di tanah supaya mengurangkan jaraknya daripada bola. Ini
membolehkan penahan bergerak dengan cepat sebaik sahaja dia mendapat peluang.
 Letakkan kayu hoki di tempat yang membolehkan pemain pertahanan bergerak
dengan selesa untuk merebut bola daripada penyerang atau di dalam keadaan yang
akan memaksa penyerang bergerak dengan cara tertentu dan ke arah tertentu. Sebagai
contoh, anda mungkin meletakkan kayu hoki dalam keadaan yang akan memaksa
penyerang menolak bola ke kiri dan menggunakan reverse stick atau memaksanya
bergerak ke tempat tertentu yang boleh menyebabkannya berada dalam keadaan
kurang selesa atau tersepit.
 Membuat gerakan yang mengelirukan dengan badan dan kayu hoki supaya penyerang
melakukan kesilapan-kesilapan.
 Jangan berdiri dengan tapak kaki secara rata. Pemain pertahanan biasanya berdiri
seperti ahli tinju dengan sebelah kakinya berada di hadapan, supaya dia boleh
bergerak ke depan, ke belakang, ke kiri atau ke kanan dengan mudah. Gerakan kaki
adalah penting untuk merebut bola dengan baik.
 Cuba berada di sebelah penyerang anda. Jika pemain pertahanan terpaksa
menggunakan reverse sticknya untuk merebut, ia berada dalam keadaan yang
merugikan.
 Pemain pertahanan tidak seharusnya merebut bola apabila penyerang mengawal bola
dengan sepenuhnya. Ia sepatutnya mendesak penyerang dan memaksanya melakukan
kesilapan-kesilapan sebelum anda merebut bola tersebut.
 Pergerakan pemain-pemain pertahanan tidak seharusnya dapat diteka oleh penyerang.
Mereka mesti mengatur masa takel dengan baik dan bergerak dengan cepat dan
pantas. Takel itu mesti dilakukan dengan baik supaya penyerang tidak boleh menolak
pemain pertahanan atau kayunya ke tepi dan meneruskan serangannya.
 Di atas padang tiruan, semasa merebut di sebelah kanan (merebut dengan tangan
kanan) atau di sebelah kiri (merebut dengan reverse stick) kayu hoki boleh digunakan
dengan mendatar di atas padang. Untuk membolehkannya berbuat demikian pemain
pertahanan mesti membongkokkan badannya lebih rendah ke tanah.
Perkara-perkara di atas adalah penting kepada semua jenis takel.

3. Jenis-jenis takel Jenis-jenis takel yang biasa digunakan adalah:-

 Takel Jab

Untuk takel ini, kayu hoki dipegang dengan kuat dalam tangan kiri dengan sisi kayu yang rata
(flat side) menghadap ke atas. Kayu hoki dipegang secara ringan di depan badan dengan
tangan kanan memegang bahagian tengah kayu hoki. Tapak tangan kanan menghadap ke atas.

Untuk melakukan takel, pemain pertahanan menerpa ke depan dengan tangan kiri memegang
kayu hoki. Kayu hoki mencucuk (jab) bola dan memaksa bola bergerak ke belakang kayu
hoki penyerang. Pada masa ini, pemain pertahanan mengambil satu langkah lagi ke depan,
tangan kanan kembali ke kayu hoki dan dapat mengawal bola.

Ini bukan satu takel yang kuat tetapi mempunyai kelebihan dari segi elemen kejutan dan
pemain pertahanan mempunyai jarak yang lebih baik untuk melakukan takel ini.

 Takel 'Forehand'

Ia adalah takel yang umum. Biasanya dilakukan oleh pemain pertahanan di sisi kanan
(forehand side) badannya, kadang-kadang dekat kakinya dan kadang-kadang sejauh 5-6 kaki
di sebelah kanannya. Pemain pertahanan melakukan takel ini (semasa berhenti atau semasa
berlari bersama-sama dengan penyerang).

Kayu hoki dipegang dengan pegangan biasa iaitu dengan tangan kiri di hujung kayu hoki dan
tangan kanan di bahagian tengah kayu hoki. Posisi bersedia diambil dengan kaki kiri ke
depan sedikit, kerana ini akan membolehkan pemain pertahanan menukar posisinya dengan
cepat. Biasanya satu gerakan mengelirukan dilakukan dengan badan atau kayu hoki dihalakan
ke kiri supaya penyerang terpaksa bergerak ke kanan pemain pertahanan. Pemain pertahanan
kemudian mengatur masa takelnya. Kadang-kadang takel ini dibuat bersama-sama dengan
takel jab sebagai satu kombinasi. Pemain pertahanan melakukan satu takel jab di sebelah kiri
dan diikuti dengan takel forehand semasa penyerang bergerak ke sebelah kanan.

Kebiasaannya, pemain pertahanan akan melakukan takel ini semasa bergerak atau semasa
berlari bersama-sama dengan seorang penyerang. Pemain pertahanan harus belajar
memandang bola, mengekalkan jarak yang betul, bergerak masuk dengan cepat dan mengatur
masa takelnya dengan baik. Ini kerana agak sukar untuk melakukan takel sambil berlari
dengan pantas. Oleh itu, ia memerlukan banyak latihan.

 Takel 'Reverse Stick'

Takel ini agak sukar untuk dilakukan kerana ia dilakukan di sebelah kiri pemain pertahanan
dengan kayu di tangan kiri. Ini biasanya merupakan sisi yang lemah bagi pemain. Peraturan
permainan juga tidak membenarkan pemain melakukan sentuhan badan atau sentuhan kayu
dengan kayu.
Untuk membuat takel yang kemas, pemain pertahanan mesti memastikan bahawa penyerang
tidak bergerak mendahuluinya. Takel harus dibuat sebelum penyerang melepasi garisan
badan pemain pertahanan.

Kemahiran melakukan takel


dengan baik adalah mengatur masa takel dan menyerkap bola menggunakan reverse stick,
akan memaksa penyerang berlari melepasi bola. Gunakan kesempatan ini untuk merendahkan
kayu hoki dan mendatar ke tanah, seterusnya melakukan takel.

4. Latihan-latihan untuk merebut


Takel Jab

(a) Berdua
Seorang pemain sebagai penyerang, sedang berhenti dengan bola pada kayu hokinya. Pemain
yang lain sebagai pemain pertahanan, mengambil kedudukan dan pegangan yang betul dan
berdiri lebih kurang 6 kaki di depan penyerang. Pemain pertahanan berlatih menerpa satu
langkah ke hadapan dan mencucuk bola tersebut dengan kayu hoki, menaikkan bola melintasi
kayu hoki dan ke belakangnya.

(b) Berdua
Seperti di atas tetapi selepas mencucuk bola, mengambil satu langkah lagi ke hadapan dan
terus mengutip bola.

(c) Berdua
Seperti di atas tetapi penyerang bermula dengan jarak 5 ela lebih jauh di belakang dan golek-
menggelecek bola ke arah pemain pertahanan. Pemain pertahanan akan merebut bola tersebut
apabila penyerang telah sampai di jarak merebut.
(Penyerang pada mulanya akan berjalan, kemudian apabila pemain pertahanan mendapat
keyakinan dia akan menambah kelajuan).

(d) Berdua
Penyerang berada di satu tempat, menggerakkan bola ke hadapan dari kiri ke kanan
menggunakan kemahiran menggelecek Indian. Pemain pertahanan mengatur masa untuk
merebut kemudian bergerak ke hadapan untuk mengambil bola.

(e) Berdua
Penyerang menggelecek bola ke arah pemain pertahanan menggunakan berbagai-bagai jenis
kelajuan. Pemain pertahanan cuba merebut bola dan memperolehnya.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki

PADANG HOKI: Pintu Gol

Setiap pasukan mempunyai satu pintu gol di tengah-tengah garisan gol. Pintu gol ini
mengandungi dua tiang tegak, berjarak 4 ela dan disambung dengan sebatang tiang mendatar
yang mempunyai ketinggian 7 kaki daripada tanah. Semua ukuran diambil daripada dalam.
Tapak depan tiang gol akan menyentuh tepi luar garisan belakang.
Tiang-tiang tegak dan mendatar (crossbar) yang membentuk sebuah pintu gol mesti
mempunyai ketebalan tidak lebih daripada 3 inci dan tidak kurang daripada 2 inci. Pintu gol
mesti dicat warna putih.

Jaring-jaring diikat kukuh kepada tiang-tiang tegak dan tiang mendatar, dengan jarak dekat
(tidak melebihi 6 inci) dan dipasangkan dengan kuat ke tanah di belakang gol. Jaring
daripada "mesh' 1 inci - 1.5 inci dicadangkan.

Papan tepi dan papan belakang diletakkan di keliling kaki jaring gol dan berukuran setinggi
45 cm dan dicat dengan warna gelap. Papan-papan belakang, berjarak 4 kaki daripada gol dan
4 ela panjangnya.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki

crossbar - http://en.wikipedia.org/wiki/Crossbar

PADANG HOKI: Tiang-Tiang Bendera

Empat tiang bendera di setiap sudut padang dan dipanggil bendera sudut. Tingginya 4 kaki
minimum dan 5 kaki maksimum, dan diletakkan di luar sudut.
Tiang-tiang bendera juga diletakkan di setiap belah tengah padang pada jarak 1 ela di luar
garisan-garisan tepi. Tiang-tiang bendera juga dicadangkan untuk garisan-garisan 25 ela.

PADANG HOKI: Bulatan Jaringan

Satu garisan yang panjangnya 4 ela dilukis selari dan berjarak 16 ela daripada pintu gol.
Garisan 16 ela itu diukur daripada sudut dalam bahagian depan tiang-tiang gol ke luar
kawasan garisan 4 ela.

Gunakan tempat yang sama daripada tiang-tiang gol sebagai pusat dan 16 ela sebagai radius.
Lukis dua suku bulatan daripada garisan 4 ela ke garisan gol. Ini menjadi bulatan jaringan
juga dipanggil bulatan memukul atau kawasan D.

Tanda-tanda lain di bulatan pukulan termasuk garisan-garisan 5 ela dan 10 ela untuk sudut
penalti dan titik untuk strok penalti yang telah dijelaskan dahulu.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki


PADANG HOKI: Pic Segiempat Bujur

RECTANGULAR PITCH

Padang hoki mempunyai bentuk dan saiz yang tetap dan semua tanda-tanda adalah ditentukan
di dalam peraturan-peraturan. Padang hoki berbentuk segi empat bujur dengan 100 ela
panjang dan 60 ela lebar. Garisan-garisan panjang dikenali sebagai garisan belakang atau
garisan gol, kerana pintu gol diletakkan di atas garisan-garisan tersebut.

Anda akan dapat perhatikan bahawa padang hoki dibahagikan kepada dua bahagian oleh
garisan tengah dan setiap bahagian itu dibahagikan kepada dua oleh garisan 25 ela. Jadi,
padang telah dibahagikan kepada empat sukuan.

Di atas kedua-dua garisan gol, garisan 25 ela dan garisan tengah, terdapat tanda-tanda yang
dilukis 5 ela daripada luar garisan tepi di kedua-dua belah padang. Tanda-tanda ini adalah 2
ela panjang.

Juga terdapat satu tanda di atas padang untuk menunjukkan 16 ela daripada garisan gol.
Tanda ini berukuran 12 inci dan terdapat di dalam padang permainan pada setiap garisan tepi
dan selari dengan garisan belakang. 16 ela ini diukur dari bahagian dalam garisan belakang.

Di atas garisan belakang terdapat tanda-tanda khas yang digunakan untuk sudut-sudut penalti.
Tanda-tanda ini panjangnya 12 inci bermula daripada garisan belakang ke dalam kawasan
bermain. Tanda-tanda ini diletakkan 5 ela dan 10 ela di luar tepi tiang gol yang dekat sekali,
di kedua-dua belah gol.

Satu titik untuk strok penalti ditandakan di depan setiap pintu gol. Titik tersebut mempunyai
diameter 6 inci dan 7 ela jauh daripada garisan pintu gol.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki


RECTANGULAR PITCH - http://ms.wikipedia.org/wiki/Hoki

SEJARAH HOKI: Persatuan-Persatuan Nasional Dan Antarabangsa

Badan antarabangsa pertama adalah The International Hockey Board yang ditubuhkan pada
tahun 1900 oleh England, Ireland Jan Wales. Tidak lama kemudian Scotland, Perancis dan
negeri-negeri Eropah juga menganggotai pertubuhan ini. Pada tahun 1924, The International
Hockey Federation (RH) ditubuhkan dan menggantikan The Hockey Board. Kini FIH
dengan ibu pejabatnya di Brussels merupakan pertubuhan yang bertanggungjawab terhadap
permainan hoki.

Permainan hoki mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1908 dan sekali lagi
pada tahun 1924. India adalah negara bukan Eropah yang menyertai pertubuhan FIH pada
tahun 1928. Pada tahun yang sama India menyertai Sukan Olimpik di Amsterdam dan
mendapat pingat emas. India telah memenangi pingat emas di setiap Sukan Olimpik.
Pasukan-pasukan utama hari ini adalah dari negara Jerman, Australia, Belanda dan Pakistan.

Permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Asia di Tokyo pada tahun 1958 dan
didominasi oleh Pakistan dan India. Negara-negara lain di Asia yang juga unggul dalam
perlawanan hoki ialah Korea, Jepun, China dan Malaysia. Pasukan wanita dan Korea, China
dan Jepun adalah dalam kelas Junta dan setaraf dengan pasukan wanita dan Jerman, Australia
dan Belanda.

The Malaysian Hockey Federation ditubuhkan pada 1948. Dua perdana menteri Malaysia,
iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn pernah menjadi presiden persatuan ini. Hari ini
presidennya adalah DYMM Sultan Azlan Shah. Beliau juga presiden Asian Hockey
Federation dan timbalan presiden International Hockey Federation.

Malaysia sangat aktif dalam hoki di peringkat tempatan dan antarabangsa. Semua negeri dan
Angkatan Tentera bergabung (affiliated) dengan The Malaysian Hockey Federation.
Pertandingan-pertandingan hoki juga dikelolakan oleh pertubuhan nasional, pertubuhan-
pertubuhan hoki negeri, bank, angkatan tentera dan jabatan-jabatan kerajaan. Malaysia
terlibat dalam Sukan Olimpik buat pertama kalinya pada tahun 1956. Sejak itu, Malaysia
telah melayakkan diri untuk setiap Sukan Olimpik kecuali pada tahun 1988 di Seoul. Tidak
ada sukan lain di Malaysia yang mempunyai rekod seperti ini.

Rajah di bawah menunjukkan perhubungan dan pergabungan antara badan-badan hoki di


semua peringkat:-

Nota:-

 Pergabungan MHF dengan Majlis Olimpik (OCM) membenarkan MHF menyertai


pesta-pesta sukan seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia dan Sukan SEA.
 Pergabungan MHF dengan Asian Hockey Federation (AHF) pula membolehkan
Malaysia menyertai pertandingan-pertandingan di peringkat Asia.
 Semua sekolah adalah ahli MSSN negeri masing-masing. Keahlian ini membenarkan
pasukan sekolah menyertai pertandingan MSSN dan MSSM.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki

The International Hockey Federation -


http://en.wikipedia.org/wiki/International_Hockey_Federation

The Malaysian Hockey Federation -


http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Hockey_Federation

Asian Hockey Federation - http://en.wikipedia.org/wiki/Asian_Hockey_Federation

Anda mungkin juga menyukai