Anda di halaman 1dari 109

WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT.

WAN ABD AZIZ


D 20052023833 (AT 03)

BAHAGIAN 1

1.0 SEJARAH PERKEMBANGAN PERMAINAN HOKI

Adalah tidak diketahui dengan tepat bagaimana dan dari mana perkataan hoki

atau hoki berasal. Hanya terdapat catatan rekod yang menyatakan permainan

menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya didakwa sebagai permulaan permainan

hoki sekarang, pada zaman kuno lagi. Menurut catatan itu, ia dimainkan oleh orang-

orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 S.M. lagi. Akan tetapi permainan ini

kemudiannya terus lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia pertama kali

diperkenalkan di England.

Kedatangan permainan ini ke England telah menaikkan semangat dan menarik

minat masyarakat di negara tersebut ketika itu. Ramai yang mula bermainnya. Oleh

kerana tiada suatu peraturan atau undang-undang khusus untuknya, pelbagai cara dan

teknik permainan digunakan. Ini sering berlaku kekecohan sehingga selalu pula berlaku

pergaduhan dan pertumpahan darah. Dengan kata lain, cara permainan yang tidak

teratur ini mendatangkan risiko kepada para pemainnya. Akhirnya pihak atasan Britain

terus mengharamkannya.

Dalam pada itu, sebagai permainan, hoki sudah mula diterima oleh lebih banyak

negara dunia. Undang-undang tentangnya mula direka.Walaupun usaha ini memakan

masa yang lama, namun ia mendatangkan manafaat kepada permainan ini

kemudiannya. Dengan adanya undang-undang dan peraturan ini, maka dapatlah

permainan ini dimainkan dengan lebih teratur dan mudahlah lagi bagi mereka yang

mahu mempelajarinya.

Dahulunya, permainan hoki dikenali dengan berbagai-bagai nama atau

panggilan. Contohnya di Wales ia dikenali dengan banty atau bandy.Perkataan hockey


1 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI
QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

pula diambil dari perkataan Perancis, iaitu hoquet. Adalah difahamkan, iaitu nama ini

telah diinggeriskan menjadi hockey (hoki). Apabila hoki diterima semula oleh pemerintah

Britain, maka bermulalah era baru kepada permainan ini. Bukan sahaja kaum lelaki yang

bermain, malah kaum perempuan pun turut bermain. Pasukan hokipertama ditubuhkan

di negara tersebut pada tahun 1840, dan Kelab Blackheath di selatan London dianggap

sebagai kelab hoki pertama dan tertua di dunia. Kelab ini menubuhkan pasukan hokinya

pada tahun 1861. Kelab ini juga memperkenalkan undang-undang hoki, yang antara lain

ialah cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan yang terhad, dan

mengenakan hukuman kepada pemain yang melakukan kesalahan.

Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah digubal serta diperkemaskan

dalam satu mesyuarat di London pada tahun 1875. Lapan tahun kemudian, Wimbledon

Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang lebih baik dan kemas untuk

permainan ini. Pada tahun 1886 bermulalah permainan hoki sebagai sukan yang kini

merupakan salah satu sukan yang paling diminati di dunia. Dari England permainan ini

tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa Negara

Eropah.

Permainan Antarabangsa

Perkembangan permainan hoki terus tersebar ke negara-negara lain. Akan tetapi

detik bermulanya sebagai permainan antarabangsa bermula apabila ia diterima sebagai

salah satu acara dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896.Walaupun ia diketepikan pada

Sukan Olimpik tahun 1924, ia diterima kembali dalam Sukan Olimpik berikutnya. Kini

hoki merupakan acara tetap perjumpaan sukan terbesar ini. Seperti permainan-

permainan lain, hoki juga memerlukan sebuah badan khusus di peringkat dunia bagi

menyelaras serta menganjurkan pertandingan pada peringkat dunia bagi menyelaras

serta menganjurkan pertandingan pada peringkat ini. Maka pada tahun 1924,
2 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI
QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

tertubuhlah Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) atas usaha negara-negara Eropah,

iaitu Austria, Belgium, Czechoslovakia, Hungary, Perancis, Sepanyol dan Switzerland.

Dengan itu, permainan hoki kini mempunyai badan yang menjadi pengelola rasmi bagi

permainan ini pada peringkat dunia.

Antara usaha terpenting badan ini ialah memperkemaskan undang-undang serta

peraturan permainan agar semua negara dunia dapat bermain dengan lebih teratur dan

menarik. Badan ini juga bertanggungjawab menganjurkan kejohanan dunia seperti Piala

Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Asia, Kejohanan Antara Benua, Kejohanan Antara Juara-

juara, kejohanan Eropah dan sebagainya. Di peringkat dunia, antara pasukan yang

sering menjadi pencabar terkuat termasuklah India, Pakistan dan negara kita dari Asia,

Belanda, Jerman Barat, Sepanyol, dan England dari Eropah, serta Australia dan New

Zealand.

Dalam pertandingan-pertandingan utama dunia, sering perebutan kejuaraan

adalah di antara pasukana-pasukan ini. Amerika Syarikat, walaupun merupakan salah

sebuah negara terawal diperkenalkan dengan permainan ini, namun hingga kini

persembahannya di peringkat dunia masih belum membanggakan.

1.1 SEJARAH PERKEMBANGAN HOKI DI MALAYSIA

Adalah dipercayai iaitu permainan hoki diperkenalkan ke negara kita oleh askar

dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Namun pada peringkat

awal ini, ia hanya berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan Eropah yang

bertugas di sini. Penduduk tempatan masih belum dapat menerimanya pada peringkat

ini. Pada tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan di negara

kita, iaitu di antara Selangor dan Singapura.

Mulai tahun 1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk

tempatan. Dari sehari ke sehari bilangan mereka yang mempelajari dan bermainnya
3 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI
QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

mulai meningkat. Kini hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang diminati di

negara kita.Semua peringkat umur bermainnya lelaki dan juga perempuan. Pada tahun

1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan , iaitu di antara Negeri-

negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat. Tidak berapa lama kemudian,

negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya sendiri. Ini terjadi pada tahun 1923,

iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan

kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke Negara kita. Ketika itu pasukan India

baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik.

Perlawanan itu juga telah mendorong pasukan hoki kita untuk mengadakan

perlawanan seterusnya. Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki kita telah

mengadakan lawatan sambil bermain ke Hong Kong dan Macao. Pasukan kita

memenanagi semua perlawanan persahabatan yang diadakan di sana. Pasukan hoki

Macao pula telah membuat lawatan balas ke negara kita dan sempat mengadakan dua

perlawanan. Dalam kedua-dua perlawanan itu pasukan kita menumpaskan mereka. Liga

hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala

Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah

Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di Negara kita. Pada

tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahligabungannya. Dengan demikian ia

telah memberi peluang kepada pasukan kita mengambil bahagian dalam kejohanan dan

pertandingan antarabangsa. Kemudian MHF bersama Kesatuan Olahraga Tanah

Melayu menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan. Kejohanan hoki pertama anjuran MHF

ialah pada tahun 1951 hingga kini .

Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF ( 1957) beliau

menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri ini.

Piala ini dinamakan Piala Razak. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan

ini berjaya dianjurkan. Perlantikan Tun Razak sebagai Presiden MHF telah memberi
4 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI
QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

perangsang dan galakan serta semangat baru kepada MHF serta orang ramai untuk

memperlihatkan permainan ini dinegara kita. Buktinya kini terdapat berbagai-bagai

pertandingan peringkat kebangsaan setiap tahun anjuran MHF. Kini Presiden MHF ialah

DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. MHF juga menguruskan

perlawanan dan pertandingan peringkat antarabangsa. Hasil pertemuan Tanah Melayu

dan India telah mendorong pasukan tersebut untuk mengadakan perlawananulangan

pada tahun 1954. Setahun kemudian, pasukan hoki Pakistan mengadakan perlawanan

persahabatan dengan pasukan kita. Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki

di negara kita. Ini kerana pada tahun itu pasukan kita turut mengambil bahagian dalam

Sukan Olimpik yang diadakan di Melbourne. Kita menduduki tempat kesembilan

daripada 12 pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan hoki juga turut mengambil

bahagian dalam Piala Dunia. Pada tahun 1975 negara kita terpilih sebagai tuan rumah

Piala Dunia, dimana kita menduduki tempat ke empat.Manakala dalam Sukan Asia kita

sering menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan menduduki tempat

ketiga di belakang India dan Pakistan, dan dalam Sukan SEA pula, tiada negara yang

mampu menggugat pasukan kita.

5 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

BAHAGIAN 2

2.0 GELANGGANG HOKI.

Seperti permainan - permainan padang yang lain, umpamanya bola sepak dan

ragbi, hoki juga dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain

setiap pasukan. Tujuan utama permainan permainan ini ialah memasukkan bola

kedalam gol lawan. Bola hendaklah dipukul dengan kayu yang dibentuk khas untuk

permainan ini. Pemain tidak dibenarkan menyepak, melontar atau mengenakan bola

kepada mana-mana bahagian badannya kecuali penjaga gol dengan mematuhi undang

- undang tertentu.

 Kemudahan Padang

 Kawasan

Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam

permainan ini. Jika ianya terlalu sempit, pemain - pemain akan penuh sesak dan

kemungkinan reka tidak dapat melakukan pergerakan yang diperlukan seperti

melakukan hantaran bola serta memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan itu

pemain agak sukar untuk melakukan kemahiran - kemahiran lain seperti menggelecek

dan mencedok bola. Sebaliknya jika kawasan padang permainan terlalu luas,

keselesaan bermain dalam satu kelompok akan terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh

kesukaran menghantar bola kepada rakan sepasukan kerana kedudukan mereka

diantara satu sama lain agak jauh.

Mengikut undang - undang dan peraturan - peraturan permainan hoki

antarabangsa, padang hoki hendaklah berbentuk segiempat bujur yang berukuran 91.4

meter dan lebarnya 54.7 meter. Permukaannya hendaklah berbentuk rata dan
6 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI
QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

mempunyai tanda - tanda seperti yang diperlukan untuk permainan ini. Permukaan

padang jenis rumput atau lain - lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan

untuk pertandingan.

Permainan hoki yang dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau

astroturf adalah lebih baik dari padang berumput biasa. Ini kerana diatas padang jenis

tiruan bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa gangguan. Gangguan yang biasa

terdapat terdiri daripada takungan air atau rumput, terutama jika terdapat padang yang

berumput panjang.

7 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

BAHAGIAN 3

3.0 PERALATAN-PERALATAN BAGI PERMAINAN HOKI

 Kayu Hoki

Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang -

undang hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu

yang mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk

pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki. Permukaan kayu hoki serta bentuknya

digambarkan seperti berikut:-

Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan

pemain dalam permainan. Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak

selaras dengantingginya seseorang pemain dalam permainan. Pada kebiasaannya

panjang kayu hoki adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah

8 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

antara 510 g hingga 624 g untuk wanita dan antara 510 g hingga 794 g untuk lelaki.

Bagaimanapun biasanya kayu yang beratnya 510g - 624 g sering digunakan.

Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang

lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk

menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana - mana bahagian tidak

digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.

 Pengenalan Kayu Hoki

o Kayu hoki boleh dibahagi kepada tiga bahagian iaitu kepala kayu atau

bahagian hujung bawah yang digunakan untuk memukul bola. Batang kayu

dan handle atau bahagian yang dipegang

o Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga

kedudukan pemain dalam permainan.

o Panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan tingginya seseorang

pemain.

o Kebiasaanya panjang kayu hoki di antara 0.89 meter hingga 0.94 meter

atau 26’ ke 38’ inchi.

o 26’ inchi dan 28’ inchi kayu hoki digunakan bagi pemain belia atau muda.

Manakala panjang kayu hoki 37’ dan 38’ digunakan bagi pemain dewasa

atau berpengalaman.

9 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Up to
4'-4'3 4'4-4'6 4'7-5' 5'1-5'3 5'4-5'6 5'7-5'8 5'9 +
4'

26" 28" 32" 34" 35" 36" 37" 38"

Carta menunjukkan panduan untuk memilih stick mengikut

kesesuaian saiz dan tinggi seseorang.

o Pemilihan kayu hoki biasanya bergantung kepada ketinggian seseorang

individu .

o Kebiasaanya pemain memilih saiz kayu hoki ( stick ) berdasarkan kepada

keselesaan memegang dan menggunakannya.

 Struktur Kayu Hoki

o Berat kayu pada masa kini adalah 340 ke 737 gram.

o Permukaan sebelah kiri kayu adalah rata ( flat ).

o Permukaan sebelah kanan atau belakang ( Back Stick ) pula adalah

Melengkung ( curve ).

10 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

o Bola hanya boleh dipukul di bahagian permukaan yang rata ( flat ) .

o Manakala bahagian yang tidak rata itu (bahagian bulat) tidak boleh

digunakan untuk memukul bola.

 Bentuk Dan Bahan Kayu Hoki

o Kayu hendaklah lurus dengan satu hujung yang berlekuk.

o Semua bahagian tepi kayu hendaklah dibulatkan. Keseluruhan kayu

hendaklah licin dan bebas dari apa-apa tonjolan yang kasar atau tajam.

o Kayu dalam kawasan C - D adalah rata dibahagian kiri sahaja ( bahagian

yang ditunjukkan pada gambarajah di atas ).

o Bahagian permainan adalah keseluruhan bahagian yang di gambarajah.

o Bahagian yang bukan permainan hendaklah dibulatkan.

o Panjang ekstinsi lekuk terbuka hujung kayu ke arah paksi X+ ialah

maksima 100 mm ditunjuk dengan garisan D.

o Kayu boleh mempunyai sisihan dari A dan A1 sehingga maksima 20 mm (

ditunjuk dengan garisan B dan B1 ).Termasuk balutan tambahan yang


11 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI
QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

dipakai, kayu hendaklah mampu melepasi satu gelang yang berukuran

diameter bahagian dalam 51 mm.

 Bahan Kayu Hoki

o Berbagai - bagai bahan digunakan untuk membentuk kayu hoki supaya

menentukan kekuatan dan penentuan sifat kayu hoki tersebut.

o Namun ia bergantung kepada keteguhan kayu dari segi kekuatan dan

kekerasan kayu hoki tersebut serta selain daripada asas kekerasan kayu.

o Kekuatan memukul bola hoki juga diambil kira.

o Dibawah adalah antara bahan - bahan yang dibenarkan untuk membuat

kayu hoki ;-

i FIBERGLASS - Untuk kekuatan asas dan katahanan kayu

hoki.

ii KEVLAR - Untuk meningkatkan kekuatan dan asas

gerakan serapan

iii CARBON - material yang lebih baik atau kuat

iv DYNEEMA - Untuk gerakan serapan yang baik dan

unggul.

 Bentuk Kepala Kayu Hoki (Toe Length)

o Bentuk kepala kayu boleh di bahagikan kepada tiga jenis iaitu Shorti,

Midi dan Hook.

o Kepala kayu hoki hanya dibuat daripada kayu , logam dan benda - benda

lain tidak boleh ditambah di mana - mana bahagian. Pinggir - pinggir


12 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI
QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

yang tajam dan serpihan-serpihan yang merbahaya tidak dibenarkan.

i Shorti.

Kepala hoki yang tradisional ialah jenis shorti merupakan kayu

hoki yang menjadi kegemaran mereka yang mempunyai

kebolehan yang tinggi dalam memukul bola hoki kerana ia lebih

seimbang. Malah ia lebih teguh atau kuat dan tahan lama serta

sesuai diperbuat daripada kepingan kayu.

ii Midi

Kepala midi dibuat bertujuan untuk memudahkan mengelecek,

membawa bola dan memukul atau melibas bola. Namun kayu ini

juga tahan lama sama seperti kepala shorti tapi perlu diingat kayu

ini diperbuat daripada lapisan kayu dan ia memerlukan penjagaan

yang rapi.

iii Hook

Kayu hoki yang berbentuk hooks (mencangkuk) menpunyai

permukaan yang luas memudahkan penerimaan bola dan

mempunyai permukaan yang luas untuk pukulan.

13 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Jenama Dan Jenis Kayu Hoki Yang Sering Digunakan

o Terdapat pelbagai jenama atau jenis kayu hoki yang digunakan oleh

seseorang pemain hoki.

o Antara jenamanya ialah Grays, Dita Terra, Kookaburra, TK Matrix, Malik,

Slazenger, Mercians, Super Bows, Hernmberg dan sebagainya.

Kayu hoki bagi penjaga gol pula berbeza dengan kayu hoki pemain yang lain.

Kayu hoki yang digunakan oleh penjaga gol di panggil “ kinked” ( seperti gambarajah di

bawah ). Ia mempunyai permukaan yang luas untuk menyelamatkan bola dari memasuki

gawang.

Bagaimanapun, kayu bentuk ini boleh digunakan oleh pemain yang lain

disebabkan kayu ini memudahkan pemain untuk mengelecek dan menerima bola.

KAYU HOKI BAGI PENJAGA GOL

14 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

KAYU HOKI LAMA

Jenis kayu hoki ini tidak lagi digunakan lagi pada masa sekarang namun begitu

kayu hoki ini merupakan salah satu contoh atau model yang mana menjadi perintis

kepada perkembangan penciptaan kayu hoki yang terbaik dan terbaru

Selain daripada berat ataupun keseimbangan yang menjadi cirri - ciri atau sifat

yang dititik beratkan pada kayu hoki, terdapat dua ciri atau sifat yang memainkan

peranan penting dalam membuat kayu hoki ialah ambil berat terhadap keteguhan kayu

hoki dan reka bentuk kepala kayu hoki.

 BOLA

Bola :

i Berbentuk sfera, keras dan di buat daripada sebarang

bahan yang sesuai.

ii Berat minimum bulatan 156 gram, maksimum 163 gram.

15 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

iii Ukuran lilit bulatan: minimum 224 mm, maksimum 235mm

iv Permukaan : licin tetapi pelipat (seam) atau lekuk - lekuk kecil

( indentations) dibenarkan.

v Warna: putih atau seperti dipersetujui.

 PAKAIAN DAN PERALATAN PEMAIN

Pemain-pemain

i Dari pasukan yang sama dikehendaki memakai pakaian

seragam yang diluluskan oleh pesatuan atau kelab mereka.

ii Tidak dibenarkan memakai sebarangan yang boleh

membahayakan pemain-pemain lain.

Pemain-pemain padang digalak sepenuhnya memakai pelindung

betis/pergelangan kaki dan mulut.

16 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Penjaga gol

i Dikehendaki memakai baju atau pakaian melitupi

sebarang pelindungan bahagian di atas tubuhnya. Baju atau

pakaian hendaklah berlainan warnanya daripada yang dipakai

oleh pemain-pemain pasukannya mahupun daripada pasukan

lawan.

ii Diwajibkan memasang pelindung kepala (protective

Headgear) kecuali semasa mengambil (bukan mempertahankan)

penalti strok.

Peralatan perlindungan kepala yang sesuai:helmat perlindung

muka dan menutup seluruh kepala termasuk bahagian belakang dan

kerongkong disyorkan. perlindungan kepala yang direka bentuk dan

diluluskan untuk permainan hoki ais biasanya memenuhi keperluan

kebanyakan penjaga gol. Penjaga gol juga dinasihatkan memakai lain-

lain peralatan pelindung (misalnya untuk menutup

badan ,tangan ,siku ,peha ,lutut ,dsb) pada setiap masa. Berikut ialah

peralatan perlindungan yang dibenarkan untuk kegunaan penjaga gol.

Pelindung tubuh ped kaki ,penendang (kickers),sarung tangan ,dan

pelindung untuk bahagian peha ,lengan (upper arm) lengan (forearm) dan

siku.

17 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

i Ped , penendang dan pelindung tangan: tidak dibenar

mempunyai bahagian tepi yang kasar atau tonjolan.

ii Ped : maksima semasa di pasang kepada kaki penjaga gol

ialah 300mm.

iii Pelindung tangan: lebar maksimum 228 mm semasa

diletakan di atas permukaan yang rata dan menghala keatas;

panjang maksimum 355 mm,diukur dari bawah ke hujung . Tiada

pengubahsuaian tambahan bagi membolehkan kayu melekat

kepada pelindung tangan semasa kayu tidak dipegang .

PELINDUNGAN KEPALA

PELINDUNG TANGAN

PED PERLINDUNGAN PEHA

PED

18 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

3.1 ASPEK KESELAMATAN DALAM PERMAINAN HOKI.

FGHJKGYULFY.,LDUY,LUIF..

19 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

BAHAGIAN 4

4.0 BAGAIMANA BERMAIN HOKI

Hoki dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada 11 orang pemain setiap

pasukan. Ia dimainkan dalam suatu kawasan padang yang rata yang ditentukan

saiznya dan mempunyai peralatan secukupnya untuk permainan hoki. Pengadil

hendaklah menentukan sama ada sesuatu padang itu sesuai dan selamat untuk

bermain atau sebaliknya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak penganjur menyediakan

kawasan permainan yang sesuai.

 Kedudukan Pemain

Daripada 11 orang pemain, seorang hendakalah bertindak sebagai penjaga gol.

Pemain ini akan memakai pakaian penjaga gol, bertujuan menjaga keselamatannya

sepanjang permainan dijalankan disamping berperanan mengawal golnya.

Kedudukan pemain ditentukan oleh pengurus atau jurulatih sesebuah pasukan.

Setiap pasukan akan melantik salah seorang pamainnya sebagai ketua pasukan. Ketua

pasukan akan bertanggungjawab kepada pasukan masing-masing sepanjang

permainan. Namun perjalanan perlawanan adalah dibawah kelolaan dan pengawasan

pengadil. Semasa dalam permainan pasukan-pasukan boleh mengubah posisi pemain-

pemainnya, kecuali penjaga gol.

 Permulaan Permainan
20 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI
QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Setelah segala persiapan disediakan, senarai pemain-pemain dikemukakan

kepada pegawai perlawanan dan kedudukan pemain ditentukan, bermakna pasukan kini

sudah bersedia untuk bermain. Bagi menentukan pasukan manakah yang akan

memulakan permainan, pengadil akan mengadakan pengundian. Caranya ialah seperti

melambung duit syiling atau mencabut undi. Pasukan yang menang dalam pengundian

boleh menentukan sama ada mahu memilih padang atau memulakan permainan.

Sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel, penyerang tengah pasukan pemula

terus menolak bola ke dalam kawasan permainan salah seorang rakannya. Setelah

pemain kedua menyentuh bola (dengan kayu), maka permainan pun bermula. Sebelum

pemain kedua membuat sentuhan, pemain lawan tidak dibenarkan menyentuh atau

merampas bola. Dahulunya permulaan permainan dilakukan dengan cara bully off.

Tetapi peraturan itu telah ditukar dengan cara yang dinyatakan tadi.

Semasa permainan, pemain-pemain hanya boleh memukul atau menggelecek

bola menggunakan permukaan kayu sahaja, termasuk pemain kidal. Setiap pemain

hendaklah bermain mengikut peraturan serta mematuhi undang-undangnya. Dalam

pertandingan atau perlawanan penting, sering berlaku kekasaran atau kejadian yang

tidak diingini. Dalam hal ini pemain dinasihatkan agar dapat mengawal perasaan serta

mengamalkan disiplin yang tinggi. Yang penting mereka hendaklah bermain dengan

semangat kesukanan yang tinggi seperti yang diharapkan.

 Dalam Permainan

Dalam permainan bermaksud tempoh permainan yang ditetapkan, tidak

termasuk masa kecederaan dan masa rehat atau bola terkeluar daripada kawasan

permainan. Semasa dalam permainan, pemain tidak dibenarkan memegang atau

menahan bola dengan kaki atau membuat pukulan yang membahayakan. Tujuan utama

permainan hoki ialah menjaringkan gol ke pihak lawan. Oleh itu setiap pasukan akan
21 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI
QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

berusaha melakukan jaringan gol ini, disamping cuba pula mempertahankan pasukan

mereka daripada diserang oleh lawan.

 Kiraan Gol

Pemenang bagi satu-satu perlawanan hoki ialah pasukan yang lebih banyak

menjaringkan gol. Jaringan gol dikira apabila bola melintasi garis gol dan bola memasuki

gol pasukan lawan. Untuk membuat jaringan, sesebuah pasukan boleh melakukannya

dengan beberapa cara. Tetapi yang penting setiap pukulan gol hendaklah dibuat dalam

kawasan D, iaitu kawasan di depan gol lawan yang berbentuk D.

1. Jaringan Padang.

Jaringan ini dilakukan oleh pemain hasil daripada pergerakannya atau rakannya dari

dalam kawasan permainan. Bola dihantar kepada pemain dari pasukan penyerang, lalu

membuat pukulan gol sebaik sahaja dia berada di dalam kawasan D. Bagi menghasilkan

gol begini persefahaman antara pemain dan kemahiran menggelecek serta membuat

hantaran amat penting.

2. Pukulan sudut pendek.

Pukulan ini sering menghasilkan gol. Ia dilakukan apabila pasukan pertahanan

melakukan kesalahan dalam kawasan gol. Pemain penyerang akan membuat tolakan

masuk dari garisan belakang padang kepada rakannya yang menanti di atas garis D.

Dalam hal ini, persefahaman antara pemain yang membuat tolakan dengan pemain

yang akan menampan dan membuat pukulan gol adalah penting.

3. Pukulan Penalti
22 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI
QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Gol juga boleh dihasilkan daripada pukulan penalti. Ini berlaku apabila pertahanan

dipersalahkan di dalam kawasan sendiri (kawasan D). Dalam pukulan penalti ini,

penjaga gol hanya berdepan dengan pemukul penalti. Pemukul penalti ini akan menguis

atau menolak bola ke arah gol.

4. Pukulan Sudut Jauh

Kesalahan dan hukuman bagi menghasilkan pukulan sudut jauh adalah hampir sama

dengan untuk pukulan sudut dekat, kecuali kesalahan dilakukan diluar kawasan D, tetapi

dalam kawasan gol pertahanan. Cara melakukannya adalah hampir sama.

PUKULAN-PUKULAN UTAMA

Dalam permainan bola sepak, sebarang kesalahan atau keadaan bola terkeluar

daripada kawasan permainan, diberikan sepakan percuma dan sepakan ke dalam .

Dalam permainan hoki, konsepnya adalah sama, cuma perlakuan dalam permainan hoki

dibuat dengan menggunakan kayu sedangkan bola sepak ia dilakukan dengan kaki atau

tangan. Tujuannya ialah untuk memulakan kembalu permainan yang terhenti akibat

kesalahan yang dilakukan atau terkeluar dari permainan.

Kedua-dua keadaan ini ditentukan oleh pengadil, walaupun kadang-kadang

pengadil bertindak kurang tepat pada penglihatan pemain. Ini sering terjadi terutamanya

dalam menentukan kesalahan atau kekasaran yang dilakukan oleh pemain. Namun

pengadil yang berpengalaman atau tidak berat sebelah mampu membuat penentuan ini

tanpa ragu-ragu.

 Pukulan Ke dalam

Pukulan ke dalam diambil apabila keluar melintasi garis tepi padang. Pukulan

diambil pada tempat di mana bola itu keluar. Ia dilakukan dengan cara meletakkan bola
23 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI
QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

betul-betul diatas garisan tempat bola keluar, kemudian di pukul masuk ke padang

untuk diberikan kepada rakannya. Semasa pukulan ini di buat, semua pemain mesti

berada sekurang-kurangnya 5 meter dari tempat pukulan. Pemain boleh juga

meleretkan bola itu untuk tujuan pukul kedalam tetapi bola mestilah leret ke dalam.

Sebaik sahaja bola daripada pukulan masuk tadi disentuk oleh salah seorang pemain,

bermakna permainan disambungkan.

 Pukulan Percuma

Apabila sesebuah pasukan melakukan kesalahan atau kekasaran, pengadil

akan memberikan pukulan percuma kepada pasukan lawan. Kesalahan yang

dimaksudkan termasuklah seperti bola terkena kaki pemain, menahan atau mengawal

bola dengan bahagian belakang kayu (bad stick) membuat pukulan merbahaya dan

melakukan halangan seperti mengadang, merebut bola dari belakang, merebut bola dari

kiri lawan dan memegang bola. Pukulan hendaklah diberikan ditempat di mana

kesalahan itu dilakukan.

Jika kekasaran merbahaya dilakukan, pengadil boleh memberikan hukuman

yang lebih keras, seperti memberi amaran kepada pemain berkenaan, atau

mengeluarkan kad hijau atau kad merah. Sekiranya kesalahan dilakukan di dalam

kawasan D, pukulan sudut penalti diberikan kepada pasukan yang tidak melakukan

kesalahan. Sekiranya pasukan yang menyerang pula melakukan kesalahan, di dalam

kawasan D, pukulan percuma di luar kawasan D diberikan kepada pasukan yang

bertahan.

 Pukulan Sudut Penalti.

Dalam permainan hoki pukulan sudut penalti dan sudut jauh diberikan kepada

pasukan yang tidak melakukan kesalahan, jika sesebuah pasukan melakukan kesalahan
24 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI
QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

di dalam gol kawasan bertahan. Pukulan sudut penalti diberikan dalam keadaan-

keadaan berikut:

1. Penghalangan secara sengaja dilakukan oleh pemain pertahanan di dalam

kawasan 22 meter, tetapi di luar kawasan D.

2. Pemain pertahanan melakukan kesalahan di dalam kawasan D seperti bola

terkena kaki atau kekasaran dilakukan oleh pemain pasukan yang bertahan.

Cara pukulan dibuat ialah penyerang dari pasukan menyerang berada diluar atau

disekitar bulatan D. Seorang pemain pasukan menyerang mengambil pukulan,

iaitu ditempat pukulan yang ditetapkan. Pemain-pemain pertahanan pasukan

yang bertahan hendaklah berdiri di garis golnya. Apabila pukulan dibuat, barulah

semua pemain pertahanan bergerak untuk menahan sebarang percubaan pihak

lawan untuk menjaringkan gol. Bagi pemain yang membuat pukulan gol pula

hendaklah pastikan bola betul-betul berhenti. Pemain yang melakukan

penahanan diberikan tanggungjawab melakukan perkara ini. Gol akan hanya

dikira jika pukulan gol dibuat dari dalam kawasan D dan tidak dilakukan dengan

cara yang membahayakan.

 Pukulan Penalti

Pukulan penalti diberikan apabila pasukan lawan melakukan kesalahan ke atas

pemain pasukan menyerang yang membawa bola. Pemain ini jika tidak dikasari,

berkemungkinan besar berpeluang dapat menjaringkan gol dan menggugat kedudukan

pertahanan lawan. Keadaannya penyerang dapat meloloskan diri dan bersedia untuk

menjaringkan gol, tetapi dengan tiba-tiba diganggu oleh lawan seperti merebut bola dari

belakang, menahan bola dengan tangan, menjatuhkan pemain penyerang dan


25 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI
QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

kesalahan lain menurut pandangan pengadil. Melalui kesalahan seperti ini pengadil

berhak memberikan penalti.

Semasa pukulan penalti diambil semua pemain hendaklah berada diluar dari

kawasan 22 meter. Penjaga gol mestilah berdiri dibelakang atau diatas garisan gol.

Pukulan (kuis/flick) hendaklah dibuat pada tempat yang disediakan, iaitu pada jarak 6.4

meter dari pintu gol.

Selain itu, pukulan penalti juga dilakukan bagi menentukan pasukan mana yang

menang dalam satu-satu perlawanan setelah tamat masa penuh dan juga masa

tambahan. Biasanya pukulan ini dilakukan oleh lima orang pemain bagi satu-satu

pasukan.

 Permainan Tamat

Setelah kedua-dua pasukan mengadakan perlawanan selama 35 minit tiap-tiap

satu tempoh, maka masa untuk perlawanan ditamatkan. Tamat permainan ditentukan

oleh penjaga masa khas dan bukan pengadil seperti yang dilakukan dalam permainan

bola sepak atau ragbi. Apabila tamat tempohnya, penjaga masa akan membunyikan

isyarat, dan dengan demikian sebarang perlakuan hendaklah ditamatkan. Tetapi dalam

permainan peringkat sekolah atau kelab, pihak penganjur bolah menggunakan pengadil

untuk menentukan tempoh sesuatu perlawanan.

Masa permainan dikira sepanjang masa di mana bola dalam permainan. Ini

bererti jika bola keluar padang, berlaku kecederaan atau gangguan lain semasa

permainan, masa yang terbuang ini tidak dikira. Bagi permainan berbentuk kalah mati,

masa tambahan 15 minit (71/2 minit bagi setiap satu tempoh) di berikan, tanpa masa

rehat, jika masih seri, permainan ditentukan dengan pukulan penalti.

26 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Jika terdapat pemain yang diperintah keluar padang, atas kekasaran atau

perlakuan yang bertentangan dengan peraturan dan undang-undang hoki, pemain

berkenaan tidak bolah bermain dalam perlawanan itu. Manakala kelayakannya bermain

dalam perlawanan lain bergantung kepada keputusan pihak penganjur menerusi

jawatan kuasa tatatertib.

27 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

BAHAGIAN 5

5.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI.

 MEMUKUL

 Memukul bola

Hantaran dalam permainan hoki dilakukan dengan cara memukul bola. Pukulan

dibuat semasa bola dalam keadaan pegun dan juga selepas menggelecek bola.

 Pegangan

Tangan kiri menggenggam bahagian atas kayu hoki secara berjabat tangan.

Tangan kanan rapat dengan tangan kiri.

 Kedudukan badan dan bola

Posisi badan mesti selesa dan condong sedikit kehadapan

 Cara memukul

 Letakkan kaki kiri bertentangan bola. Bola diantara 9 - 12 inci dari kaki kiri.

 Bahu kiri menghala ke arah sasaran badan di atas bola.

 Ayun kayu ke belakang dan pastikan lengan bengkok sedikit.

28 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Ayunkan kayu ke bawah melalui bola.

 Kedua-dua siku lurus apabila bola dipukul. Mata sentiasa perhatikan bola.

 Ayunan kayu mengikut hala lajakan.

 Kekuatan didapati dari pada penukaran berat badan dari kaki belakang ke

kaki

 depan dan dari kelajuan ayunan.

 Kesalahan yang perlu diperhatikan :-

i. Bola terlalu rapat atau terlalu jauh dari kaki.

ii. Kepala tidak di atas bola.

iii. Bahu kiri tidak menghala ke arah sasaran.

iv. Kepala dinaikkan apabila memukul.

v. Pukulan tidak licin dan tidak sinambung.

29 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 MENAHAN BOLA

 Menahan bola dari arah hadapan

 Pastikan badan berada di hadapan bola dan selari dengan arah bola.

 Kayu menegak dengan kepalanya rapat pada permukaan padang untuk

mendapat kawasan menahan yang luas.

 Perhatikan bola sehingga ia ditahan.

 Pegangan tangan kanan dilonggarkan dan tangan kiri ke depan supaya

kayu hoki dicondongkan untuk mengawal dan menghentikan bola.

 Sentiasa perhatikan bola sehingga ia sentuh kayu hoki.

 Kedua - dua kaki menghala ke arah bola yang hendak ditahan dan

pemain bersedia untuk membuat satu hantaran atau pergerakan.

30 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


FASA MENAHAN BOLA QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Menahan bola dengan kayu kilas

 Membawa kayu dari sebelah kanan ke sebelah kiri mengikut arah pergerakan

bola.

 Kaki kanan disilangkan.

 Kayu dikilas untuk menahan bola.

 Pastikan kedudukan kepala di atas bola.

 Sentiasa perhatikan bola sehingga bola ditahan.

 Bersedia untuk membuat pergerakan selepas menahan bola.

FASA MENAHAN BOLA CARA KILAS

31 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Ansur Maju Kemahiran Memukul dan Menahan Bola

Aktiviti 1 : Memukul bola dan menggelecek rapat

Pemain memukul bola dengan kuat dengan cara yang betul. Selepas

memukul, pemain membawa bola ke tempat permulaan dengan menggelecek

rapat ( gambarajah dibawah)

Aktiviti 2 : Memukul bola

Dua pemain, yang berdiri bersemuka pada jarak 10 ela, memukul bola ke arah

satu sama lain. Bila pukulan memuaskan, jarak ditambahkan kepada 15 ela, 20

ela, 30 ela dan seterusnya. ( gambarajah dibawah )

32 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Aktiviti 3 : Berpasangan

Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 20 ela dengan skitel atau kon

diletakkan ditengah - tengahnya sebagai sasaran pukulan. Pemain perlu cuba

menjatuhkan skitel itu dengan pukulan bola. Masa ditetapkan untuk

menjalankan aktiviti ini dan pemain yang dapat menjatuhkan skitel yang

banyak adalah pemenang.( gambarajah dibawah )

Aktiviti 4 : Permainan pukulan ( Hitting game )

Jarak diberi dan pemain diminta memukul melintasi jarak itu. Pemain yang

memukul paling kemas dikira sebagai pemenang. ( gambarajah dibawah ).

33 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Aktiviti 5 : Memukul bola beberapa langkah ke hadapan.

Memukul bola yang tidak bergerak dengan satu langkah ke hadapan dan

diikuti dengan 2,3 langkah seterusnya.

Aktiviti 6 : Seperti Aktiviti 5 tetapi kali ini dengan kelajuan yang berbeza, iaitu

perlahan, sederhana dan deras.

Aktiviti 7 : Pukulan bola dengan tepat melalui skitel atau kon.

34 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Aktiviti 8 : Pukulan berganti-ganti berterusan ( 4 pemain )

Jarak antara pemain ialah 20 ela. A pukul ke B dan terus lari kesebelah garisan

B. B menahan bola itu dan memukul ke C. C menahan dan pukul ke D. D

menahan dan membuat pukulan ke B dan seteusnya. Keempat-empat pemain

berganti - ganti secara berterusan untuk membuat pukulan. ( Masa 5 minit )

 MENOLAK

 Tujuan

1. Menghantar bola jarak dekat dengan cepat.

2. Arah bola dan masa menghantar boleh disembunyikan hingga ke saat-saat

yang akhir.

3. Boleh dilakukan serta merta selepas menggelecek bola.

4. Di lakukan semasa tolakan sudut penalti.

 Pegangan:

35 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Seperti pegangan semasa menggelecek bola dengan tangan kanan mengengam

dekat tengah kayu hoki.

 Kedudukan bola dan badan :

Posisi bola dihadapan badan diantara kaki kiri dan kanan. Dengan kaki

mengangkang, paras bahu dihalakan kearah mana bola akan dihantar. Lutut

membengkok dan kedudukan badan direndahkan.

 Kedudukan Kayu :

Bola rapat dengan permukaan kayu hoki. Kayu hoki dipegang bersudut 45 darjah

dengan permukaan padang.

 Cara melakukan :

 Tangan kanan menolak kayu melalui bola dan tangan kiri menarik kayu

kebelakang dan pada masa yang sama memberi kuasa tolakan ( keadaan

tolak dan tarik )

 Berat badan ditukarkan dari kaki belakang kekaki depan.

 Siku diluruskan dan bilah kayu menghala kearah lonjakan itu.

 Kuasa didapati dengan menolak cepat dan meluruskan kaki kanan dengan

kuat semasa berat badan dialihkan ke kaki kiri.

36 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

37 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

38 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Kesalahan yang biasa dilakukan :

 Jarak kaki terlalu rapat.

 Badan terlalu tegak.

 Bola terlalu jauh dari kaki kiri apabila menolak.

 Berat badan tidak dialihkan.

 Jika bola naik apabila menolak bermakna ikut lajak tidak mencukupi.

 Tolakan Kilas

Tolakan ini digunakan apabila membuat hantaran lintang atau ke arah belakang

kepada pemain yang dalam kedudukan yang lebih baik.

Pegangan: Seperti pegangan semasa menggelacek bola, tangan kanan dekat

pertengahan kayu hoki.

 Kedudukan bola dan badan:

Posisi bola di sebelah kiri pemain. Dengan keadaan kaki mengangkang, paras

bahu kanan dihalakan ke arah mana bola akan dihantar. Konteks mata pada bola. Lutut

kiri membengkok dan kedudukan badan direndahkan dengan kepala diatas bola. Bola

berada di antara 12 - 15 inci dari kaki kanan.

 Kedudukan Kayu :

Kayu dirapatkan pada (seperti kuisan biasa) di hujung bilahnya. Bola ditolak atau

diparut. Kuasa tolakan datang dari pegangan kemas dan mengunci pergelangan tangan

kedua-dua lengan terutama lengan kanan.

39 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Kesalahan Biasa dilakukan :

 Tidak cukup kuat.

 Menggunakan pergelangan tangan sahaja.

 Cara pegangan kayu salah.

 Jarak bola kurang atau lebih dari kaki depan.

 Ansur Maju Kemahiran Menolak

Aktiviti 1 :

Dua orang pemain bersemuka dengan jarak 5 ela antara satu sama lain. Pemain

A menolak bola ke pemain B, dan B menahan dan menolak semula ke A.

Perhatian perlu diberi kepada tolakan dan cara menahan.

Tolakan kilas yang dilakukan untuk membuat hantaran lintang

atau hantaran kepada 40


kawan di belakang yang IKHTISAS
KEMAHIRAN “free”. HOKI
QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Aktiviti 2 :

Dua orang pemain bersemuka. 6 biji bola ditolak kepada B dan A dan

sebaliknya. Bilangan yang berjaya ditahan akan diambil kira. Aktiviti diulang

sebanyak 3 set.

Aktiviti 3 :

Tolakan antara 4 pemain A, B, C dan D di penjuru dalam grid dan E yang berdiri

ditengah grid. A menolak, E menahan dan tolak balik ke A dan seterusnya oleh

B, C, dan D. Apabila selesai dua pusingan, orang ditengah ditukarkan dan aktiviti

disambung semula (ulangan tiga kali).

41 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

42 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Aktiviti 4 :

5 pemain berdiri membentuk suku bulatan. Seorang pemain X berdiri 7 ela daripada

mereka. Semua 5 pemain akan menolak bola kepada X secara bergilir - gilir dan X

menahan dan menolak semula ke arah mana bola datang. Aktiviti ini dilanjutkan selama

1 minit. Bilangan tolakan dengan cara yang betul akan diambil kira. Pastikan semua

pemain dapat peluang mengambil tempat X.

43 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 MENGUIS

Kemahiran ini ialah hantaran bola diudara dan sangat berguna untuk :-

i. penalti strok

ii. hantaran-hantaran di mana terdapat pihak lawan yang baik menyekat bola.

iii. menjaringkan gol

 Pegangan

Seperti pegangan semasa menggelecek bola tetapi dengan kedudukan tangan

kanan lebih rendah.

 Kedudukan bola dan badan

Bahu menghadap ke arah mana bola ditujukan Jarak kaki dilebarkan lebih dari

jarak bahu. Lutut membengkok dan kedudukan badan direndahkan. Bola dekat dengan

kaki kiri.

 Kedudukan kayu

Bilah kayu dicondongkan menyentuh bola dan kedudukan gagang kayu

direndahkan.

 Cara melakukan

 Berat badan ditukar dari kaki kanan ke kaki kiri.

 Lengan kanan diluruskan dengan cepat dan kuat ke arah depan dan ke atas

manakala tangan kiri memandu kayu hoki.

 Lengan diluruskan untuk mendapatkan ikut lajak yang baik.

44 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Kesalahan biasa dilakukan :-

 Jarak kaki tidak cukup lebar.

 Badan terlalu tegak.

 Bola jauh dari kaki kiri.

 Bilah kayu hoki tidak rapat dengan bola.

 Tidak ada penukaran berat.

45 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Langkah-langkah dalam kemahiran menguis bola hoki

46 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Ansur Maju Kemahiran Menguis :

Aktiviti 1 : Kuis kepada kawan

Latihan secara bergu atau dalam kumpulan. Peserta berdiri pada jarak 5 ela.

Bola itu dikuis kepada kawannya dan sebaliknya. Jika pemain boleh

menguasainya jaraknya dijauhkan lagi.

Aktiviti 2 : Kuis untuk jarak jauh

Pertandingan kecil. Seorang pemain diberi 5 percubaan menguis pada jarak

yang dibuat bagi semua kuisan dijumlahkan. Pemain yang dapat jumlah terbesar

menjadi johan. Aktiviti ini boleh juga dijalankan dalam kumpulan.

Aktiviti 3 : Kuis ke sasaran

Peserta menguis bola dari satu tempat permulaan jarak 5 ela, 7 ela, 10 ela, 12

ela dan 15 ela. Pemain dikehendaki menguis kearah skital yang disediakan. Jika

bola melalui skital, itulah adalah cara yang tepat. Jarak antara skital ialah 3 ela.

Jarak ini boleh juga dikurangkan untuk melatih ketepatan sasaran.

Aktiviti 4 :Menguis bola melintasi halangan

Satu palang dengan ketinggian 3 kaki disediakan. Dua orang pemain akan cuba

menguis bola melintasi palang itu. Jika berjaya dengan percubaan ini, tingginya

dinaik ke 4 dan 5 kaki. Latihan ini juga baik untuk menahan dan menyerkap bola.

47 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Menguis Tinggi

Untuk mendapatkan satu kuisan yang lebih tinggi dan jauh, pemain harus

mencondongkan lagi bilah kayu, bengkokkan lagi lutut dan badan direndahkan lagi.

Dengan cara ini, bola dapat dikuis dengan cepat dan kuat.

 Ansur Maju Kemahiran Menguis Tinggi :

Aktiviti 1 : Menguis tinggi – 2 pemain A dan B menguis dan menahan bola antara

satu sama lain. Jarak dimulakan dengan 10 ela, 15 ela dan 20 ela.

48 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Aktiviti 2 : 2 pemain A dan B bersemuka. A menguis kepada B. B menahan bola

diudara sebelum bola jatuh ke padang. Selepas enam kuisan dibuat, B pula

membuat kuisan dan A menahan.

Aktiviti 3 : Menguis bola tinggi - lebih 5 kaki. Satu penghadang dibuat. Jarak

ditetapkan tetapi boleh dilebihkan apabila pemain berjaya menguasainya.

49 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Aktiviti 4 : Menguis bola atas tiang gol. Pemain A menguis boleh melepasi tiang

gol kepada pemain B yang berdiri 5 ela dari tiang gol. B kemudian menguis balik.

Percubaan ini dibuat 10 kali. Jarak dilebihkan dari 5 ela ke 10 ela dan

kemudiannya 16 ela dari tiang.

50 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 MENCEDUK LURUS

 Tujuan :-

 Digunakan untuk hantaran udara.

 Menghantar bola tinggi dan jauh.

 Cara Melakukan

Genggaman tangan - kayu hoki dipegang seperti genggaman semasa menguis.

Kedudukan bola dan badan – seperti menguis kecuali bilah kayu lebih condong.

51 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Kedudukan kayu – Seperti menguis kecuali bilah kayu lebih condong.

 Menceduk “Shovel”

Kedudukan badan - Kedudukan badan berubah iaitu kaki kanan ke hadapan.

Badan dipusingkan ke posisi manahan bola kilas.

Cara melakukan

 Mata sentiasa pandang bola semasa membuat cedukan.

 Kedua-dua tangan dijarakkan (lihat gambar)

 Kaki kanan didekatkan dengan bola. Pergerakan menceduk menggunakan

pergelangan tangan dan lengan untuk mendapat satu cedukan yang tinggi dan

jauh.

52 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Kesalahan biasa dilakukan

Jangan tukar kedudukan tangan semasa membuat cedukan “shovel”.

 MENGAWAL BOLA

53 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Menimang bola di atas kayu.

 Menimang bola di atas permukaan kayu.

 Cantuman kedua - dua.

 Ansur Maju untuk memperbaiki kawalan bola.

Pengelolaan Latihan :- Pemain bermain dalam kumpulan 3 atau 4 orang dan

cuba menghantar bola dari kayu ke kayu, dengan tidak menjatuhkan bola

kelantai. Pemain-pemain mestilah berada pada jarak minimun 3 ela supaya bola

dapat dimainkan di udara dari kayu ke kayu.

Perhatian Jurulatih :- Kedudukan tangan mesti paling berkesan. Kusyen bola

semasa menerima. Semasa menghantar, bola mesti bersentuhan dengan kayu

sepanjang masa yang boleh.

 MENGGELECEK

54 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Bagi pemain yang sederhana (average player) ia menggunakan hanya sepuluh

peratus sahaja masa untuk bersentuhan (contact) dengan bola dan lagi kurang daripada

masa sebenarnya untuk bergerak dengan bola.

 Kebanyakan kelecekan hendaklah bahagian permukaan kayu apabila perlu.

 Bola sentiasa berada dihadapan bahu sebelah kanan. Tangan kiri mencekak

dengan kemas dibahagian atas kayu sementara tangan kanan dibahagian

bawah kayu. Lagi kebawah tangan kanan memegang kayu, lebih lagi kekuatan

dan kawalan dicapai, TETAPI keadaan yang membongkok itu akan

mengurangkan kebolehan untuk meneliti (scanning) ke hadapan.

 Menggelecek Rapat

Kawalan rapat keatas bola dapat dikekalkan dengan membawanya rapat dengan

kayu. Kemahiran ini perlu untuk mengekalkan kawalan yang kuat, serta merta dan

berterusan ke atas bola di mana kawasannya terhad dan juga untuk membawa bola

mengelilingi lawan. Kemahiran ini lebih sukar dilakukan di atas padang rumput yang

kurang baik. Daya penglihatan yang terbatas semasa dalam keadaan membongkok

menyukarkan penelitian ke hadapan.

55 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Ansur Maju memperbaiki kawalan bola cara dekat.

Pengelolaan Latihan :- 12 pemain bergerak bebas dalam kawasan empat segi

sama (menggunakan grid padang hoki) berukuran 10 ela. Sambil pemain-pemain

bergerak dengan bebas mengawal bola sendiri, mereka cuba mengeluarkan

bola dari pemain lain dari kawasan bermain. Pemain yang bolanya telah

dikeluarkan hendaklah menunggu digarisan tepi sehingga hanya seorang

pemain yang tinggal.

Perhatian Jurulatih :- Gerak kaki dan posisi badan bagi menentukan pergerakan

yang baik untuk mengelakkan pemain lain dan memberikan penglihatan yang

terbaik.

56 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Menggelecek Longgar

Kelecek cara ini membenarkan bola dikawal dengan bebas dan bergerak

dihadapan kayu. Kelecek bebas ini membolehkan pergerakan lebih pantas dan

penelitian yang baik tetapi menambahkan risiko bola dirampas oleh lawan.

Kelecek bebas juga digunakan untuk mengatasi lawan yang berada dalam keadaan

pegun dengan menolak bola melalui celah atau keliling kaki lawan ke tempat lapang dan

menggunakan kelajuannya untuk mengekalkan pemilikan bola.

Kelecek bebas ini digunakan oleh pemain di tempat lapang untuk bergerak

pantas dengan bola, seperti seorang penyerang bergerak ke sasaran yang lapang.

57 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Ansur Maju Memperbaiki Kawalan Bola Individu.

Aktiviti 1 : Satu lawan satu untuk memperbaiki kawalan individu. Dua pemain

berlawan antara satu sama lain dalam kotak segiempat sama (menggunakan

grid padang) berukuran 10 ela dengan menggunakan garisan belakang sebagai

golnya. Gol dikira apabila pemain memberhentikan bola berhampiran 1 kaki dari

garisan gol lawannya.

58 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Perhatian Jurulatih - Gerak kaki dan jarak langkah untuk memberi pergerakan

posisi badan. Menggiatkan kawasan untuk mengalahkan lawan.

 Menggelecek Cara India

Cara kelecek ini adalah asas bagi semua gerakan dengan bola dalam permainan

hoki. Pemain-pemain yang dapat menguasainya akan memperolehi kepuasan dan

berupaya bertindak cemerlang. Bagaimanapun tidak ada gunanya seorang pemain

menunjukkan kelecek India yang cantik sekiranya tiada pemain lawan yang

berhampiran.

Pemain-pemain mestilah melaksanakan kelecek India dihadapan badan dengan

cara menggerakkan bola ke hadapan dan ke belakang melintang badan, dan dengan

cara silih berganti memainkan bola menggunakan hadapan dan kilas kayu. Tangan kiri

sentiasa menggerakkan kayu kebelakang dan kehadapan ke atas bola. Tangan kanan

membenarkan kayu diputar bebas dan digabung dengan tangan kiri untuk melakukan

ketukan untuk menukar arah gerakan bola.

59 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Ansurmaju kawalan bola kelecek kemahiran Cara India :

Aktiviti 1 : ‘Slalom Continuous Relay’ terdiri tiga atau empat orang pemain. Ini

bertujuan untuk memperbaiki kawalan bola semasa menggelecek laju.

Pengelolaan Latihan - Dua pemain berdiri di satu bahagian bahagian slalom

sementara pemain ketiga atau sepasang pemain lain berdiri diseberangnya.

Pemain pertama bergerak melalui pintu (gate) membawa bola dan

memberikannya pula kepada pemain kedua yang akan membawa, dan

memberikannya kepada pemain ketiga. Pemain pertama tadi akan mengambil

tempat pemain kedua. Latihan ini akan berterusan mengikut kehendak jurulatih.

60 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Perhatian Jurulatih - Kedudukan tangan kiri dan tangan kanan dikayu. Gerak kaki

untuk mendapatkan posisi yang baik supaya badan dapat berpusing melalui

pintu (gate). Posisi tangan kiri pada kayu untuk membolehkannya melakukan

pusingan penuh kepada posisi.

Pukulan kilas. Bola sentiasa bergerak di hadapan badan. Langkahan pendek dan

laju membolehkan ketangkasan.

61 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 MEREBUT

Merebut adalah untuk melemahkan kawalan bola pihak lawan dan berusaha untuk

menguasai bola bagi membuat serangan balas.

 Membayang

 Untuk membolehkan seorang pemain mengekori pihak lawan atau sentiasa

berada dihadapan pihak lawan.

 Untuk membiasakan seorang pemain dengan pergerakan yang pantas dan

sentiasa bergerak.

 Untuk membiasakan pemain supaya sentiasa perhatikan bola.

 Membolehkan seorang pemain membiasakan diri dengan pergerakan tanpa

bola.

 Untuk membiasakan pemain dengan pergerakan badan dan kayu yang

mengelirukan.

 Ansur Maju Kemahiran Merebut

Aktiviti 1:Tanpa kayu atau bola (Pergerakan kelajuan jogging) - Pemain A dan B

berdiri bersemuka dengan jarak antara 5 ela. Pemain A bergerak ke kiri atau ke

kanan untuk membelakangi atau mendahului pemain B. Manakala pemain B

akan cuba menghadap pemain A untuk bergerak kearah mana sahaja pemain A

tuju sambil mengekalkan jaraknya. Pemain A dan B menukar tugas selepas 1

minit.

62 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Aktiviti 2 :Pergerakan pantas / pecutan (Seperti Aktiviti 1).Dengan kayu dan

bola (kelajuan jogging) – Seperti Aktiviti 1 tetapi ditambah dengan kemahiran

menggelecek.

Pemain A menggelecek dan cuba melepasi pemain B. Pemain B hanya

mengacah sahaja tidak menyekat semata-mata.

Aktiviti 3 :Dengan kayu dan bola (Pergerakan laju) - Seperti Aktiviti 3.

Aktiviti 4 : Permainan Kecil - Seperti Aktiviti 4 tetapi termasuk :

i. Pemain B akan menghalang pemain A dari melepasinya. Jika pemain B

berjaya merebut bola ia akan membawa bola ke garisan pihak lawannya.

ii. Pemain A akan cuba menghalang dan merebut bola.

63 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Aktiviti 5 : Permainan kecil lebih kepada latih tubi penumpuan mata pada bola

(berpasangan). Pemain A menggelecek bola atas garisan dan cuba meletakkan

bola dihujung garisan (kiri atau kanan) sebelum pemain B sempat mengacah

hujung garisan itu dengan kayunya. Pemain B pula cuba meletakkan kayunya di

hujung garisan (sama ada kiri atau kanan) sebelum pemain A sempat

meletakkan bola di sana. Tidak ada rebutan bola antara pemain A dan pemain B.

Pemain A dan B tukar posisi selepas 1 minit untuk aktiviti yang sama.

 Rebutan Hadapan.

Teknik ini digunakan oleh seorang pertahanan yang statik dalam keadaan satu

lawan satu dimana penyerang perlu menggelecek melepasi pihak lawan tersebut.

64 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Ansur Maju Kemahiran Merebut Hadapan :

Aktiviti 1 : Cara memegang kayu adalah seperti dalam kemahiran menggelecek.

Pemain menghulur kayu sejauh 3 atau 4 ela ke arah sasaran dengan

menggerakkan kaki kiri kehadapan. Selepas pergerakan ini, pemain menarik

balik kayu dan badannya dengan pantas ke posisi asalnya.


65 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI
QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Aktiviti 2 : Merebut pasangan (kelajuan jogging) - Pemain A menggelecek

menuju pemain B. Manakala pemain B bertindak balas mencampak (menghulur )

kayu kearah bola apabila pemain A berada didalam jarak merebut. Pemain A

memberi ruang untuk pemain B menguasai bola. Langkah berikutnya ialah

pemain B menyerang dan pemain A pula menghalang.

Aktiviti 3 : Merebut berpasangan (kelajuan pantas) Seperti aktiviti 2.

Aktiviti 4 : Merebut berpasangan. Seperti Aktiviti 3 dengan tambahan :

i. Pemain A cuba menggelecek melepasi pemain B. Pergerakan pemain B

mestilah ke sebelah kanan pemain B

66 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

ii. Pemain B membuat rebutan hadapan dan cuba menguasai bola daripada

pemain A.

Aktiviti 5 : Merebut / bertiga - Pemain A buat hantaran kepada pemain B, yang

kemudiannya mengawal bola dan bergerak ke hadapan. Pemain C mendekati

pemain B untuk mengawal / menutup ruang dan membuat rebutan hadapan.

Pemain B pula cuba melepasi pemain C. Selepas beberapa percubaan, pemain-

pemain menukar posisi.

67 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Aktiviti 6 : Permainan kecil bertiga - Pemain A cuba mengelak melepasi pemain

B dan kemudian pemain C. Jika pemain B dapat menghadangnya buat semula

serangan tersebut. Selepas beberapa percubaan pemain-pemain menukar

posisi.

68 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Rebutan Lonjak

1. Cara rebutan ini bergantung kepada keadaan mengejut dimana kayu

seseorang pemain dilonjak ke hadapan bola dengan menggunakan tangan

kiri.

2. Kayu perlu dipegang dengan kuat di tangan kiri walaupun tangan kanan

boleh membantu sebelum membuat rebutan (lonjak).

3. Berat badan akan dipindah kekaki kiri sambil mengimbangkan posisi badan.

 Ansur Maju Aktiviti Kemahiran Rebutan Lonjak :


69 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI
QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Aktiviti 1: Pemain melonjak kayu kearah sasaran khayalan (imaginary target).

Aktiviti ini dilakukan dengan bergerak dari belakang gol ke garisan 25 ela

(berulang alik).

Aktiviti 2 : Pemain melonjak bola supaya bola itu bergerak kehadapan dari

garisan gol ke garisan 25 ela (berulang-alik). Pemain bergerak kebelakang

bola bila perlu.

Aktiviti 3 : Rebutan / berpasangan - Pemain A membuat ‘Yard Dribble’ dengan

kelajuan yang sederhana. Manakala pemain B berdiri menghadapi pemain A

dan melonjakkan kayunya pada bola dan menarik balik. (Jarak antara pemain-

pemain 2-3 ela). Pemain A kemudiannya bertukar posisi dengan pemain B.

Langkah berikutnya membuat ‘Yard Dribble’ dengan lebih laju.

Aktiviti 4 : Pemain kecil berpasangan - Pemain A dan B berdiri bersemuka

dengan jarak antara 3 4 ela. Sebiji bola diletakkan di tengah antara A dan B.

Apabila diberi isyarat, kedua-dua pemain itu menjolok bola tersebut. Pemain

yang dapat menggerakkan bola ke depan menjadi pemenang.

70 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Rebutan Kilas.

1. Teknik rebutan ini agak sukar untuk dilakukan sebab ia dikuasai oleh tangan

kira dan dalam peraturan teknik, ia perlu dilakukan tanpa menghalang kayu

atau badan pihak lawan.

2. Oleh itu, teknik ini jika boleh perlu dielakkan.

3. Kemahiran ini adalah untuk memerangkap bola dengan menggunakan

‘reverse stick’ supaya penyerang terlajak dan bola dapat dikawal oleh pemain

pertahanan.

4. Rebutan ini memerlukan kekuatan dan pengawalan kilas tangan kiri.

 Ansur Maju Aktiviti Kemahiran Rebutan Kilas :

Aktiviti 1 : Menguasai teknik rebitan kilas. Pemain - pemain berdiri disatu posisi

dan membayangkan seolah-olah sedang menghadapi penyerang. Untuk

memulakan tindakan, lutut dikendurkan dan kaki kiri ke hadapan sedikit sambil

memegang kayu dihadapan badan. Kaki kiri digerakkan ke tepi (sideways)

manakala tangan kiri mendepakan kayu sejauh mana yang dapat daripada kaki

dengan kayu sentiasa mencecah tanah. Tarik kayu dengan pantas semula dan

ulangi aktiviti ini.

Aktiviti 2 : Rebutan kilas berpasangan (kelajuan berjalan kaki). Pemain A

menggelecek rapat ke sebelah kiri pemain B, pergerakannya kekiri pemain B.

Pemain B sentiasa perhatikan bola dan mula bergerak. Apabila pemain A selari

71 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

(in line) dengan pemain B, pemain B menggunakan rebutan kilas untuk

mendapatkan bola. Kedua-dua pemain kemudian bertukar posisi.

Aktiviti 3 : Rebutan kilas kelajuan jogging.( Seperti Aktiviti 2 ).

Aktiviti 4 : Rebutan kilas kelajuan pantas ( Seperti Aktiviti 2 ).

 Perhatian Untuk Semua Rebutan

 Tumpuan kepada bola. Jangan terkeliru dengan gerak keliru badan atau kayu

pihak lawan.

 Letakkan kepala kayu hampir dengan tanah apabila hendak melakukan

sesuatu rebutan.

 Elakkan diri melakukan rebutan sebelum rakan-rakan pemain dapat menutup

peluang hantaran bola pihak lawan.

 Jangan lakukan rebutan apabila pihak lawan ada kawalan bola yang baik.

 Berusaha mendapatkan gerak kaki yang tangkas dan seimbang bagi

membolehkan pergerakan pantas ke mana - mana arah dan melakukan

rebutan yang baik.

72 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 PENJAGAAN GOL

Penjaga gol adalah seorang yang paling utama dalam satu pasukan. Penjaga gol

boleh mempengaruhi keputusan sewaktu perlawanan. Pasukan yang gagah adakalanya

kalah kerana penjaga gol yang lemah dan adakalanya pasukan yang lemah menang

disebabkan penjagaan gol yang cemerlang. Seorang penjaga gol mestilah berani,

mempunyai kosentrasi yang baik, boleh diharap mempunyai reaksi yang pantas dan

fleksibel.

73 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Seorang penjaga gol yang mempunyai kriteria tersebut akan memberi keyakinan

kepada barisan pertahanan. Seseorang pemain itu tidak seharusnya dipaksa menjadi

gol.

 Cara Berdiri. ( Stance

1. Cara berdiri penjaga gol dalam posisi bersedia adalah seperti duduk dengan

kaki dirapatkan, lutut dikendurkan dan berat badan di hadapan.

2. Badan membongkok sedikit dan kepala pandang ke hadapan.

3. Tangan kiri dihulur ke tepi sambil siku bengkok sedikit dan tapak tangan

menghala ke hadapan.

4. Kayu dipegang di bahagian tengah dengan tangan kanan pada paras

pinggang dengan bahagian leper kayu menghadap ke hadapan.

74 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Latihan.

1. Penjaga gol lari 5 langkah ke hadapan dan berada dalam posisi bersedia.

2. Melangkah (back pedal) ke tempat permulaan dan keluar ke hadapan semula

dan balik ke posisi bersedia.

3. Latih selama 2 atau 3 minit.

4. Buat pembetulan di mana perlu.

75 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Kelembutan dan ketangkasan.

Seorang penjaga gol mestilah pantas dalam pergerakan dan cekal dalam

mengawal sesuatu sudut. Ini boleh dicapai dan dibaiki melalui aktiviti regangan.

Tumpuan mesti diberi kepada pinggang, belakang bahu dan kaki.Penjaga gol perlu

meluangkan masa yang banyak untuk membuat regangan. (Rujuk Gambarajah)

76 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

77 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Ansur Maju Membaiki kecekapan Gerak Balas

Aktiviti 1 :

Menjaga gol berpasangan - Pemain menghadap satu sama lain pada jarak 1-1.5

ela. Pemain A memegang hujung kayu di paras bahunya dan melepaskan kayu

itu, manakala pemain B cuba menangkap kayu itu sebelum jatuh ke tanah

dengan bergerak ke hadapan supaya dapat mencapai dengan tangan kiri atau

kanan. Kedua-dua pemain kemudian bertukar peranan.

 Perhatian :

 Pemain B perlu sentiasa memerhati kayu.

 Apabila pemain-pemain berjaya melakukan aktiviti ini, tambahkan jarak

anatara mereka dan rendahkan kayu.

78 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Aktiviti 2 : Menguji ketangkasan secara berpasangan. Pemain menghadap

antara satu sama lain pada jarak 6-8 ela jaraknya dan menghadapi arah yang

sama. Apabila diberi isyarat, pemain A mengalih dengan pantas untuk

berhadapan dengan pemain B dan pemain B melontar bola tenis ke sebelah

kanan atau kiri pemain A. Pemain A cuba tangkap atau tolak bola tersebut.

Kedua-dua pemain kemudian bertukar posisi.

Aktiviti 3 : Berpasangan. Kedua-dua pemain menghadap satu sama lain pada

jarak 6-8 ela. Pemain B membaling 6 biji bola tenis bertalu-talu ke kanan dan

ke kiri pemain A cuba menahan atau menolak bola. Kedua-dua pemain

kemudian berukar peranan.

79 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Perhatian :

1. Aktiviti-aktiviti 2, dan 3 melibatkan penggunaan tangan dengan kaki.

2. Apabila pemain berjaya melakukan aktiviti-aktiviti tersebut, tambahkan

kelajuan bola atau lambungkan bola jauh sedikit daripada pemain.

 Kemahiran Menahan

1. Double padding : Kedudukannya sama seperti posisi bersedia. Teknik ini

melibatkan penggunaan kedua-dua kaki sebagai benteng menahan bola.

80 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

2. Single padding : Teknik menahan bola yang menggunakan sebelah kaki.

81 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Ansur Maju Aktiviti Kemahiran Menahan :

Aktiviti 1 : Latihan Teknik. Penjaga gol berdiri dalam posisi bersedia. Unjurkan

kaki ke kanan dan ke kiri dengan menunjukkan bahagian dalam kaki dengan

sepenuhnya. Ulangi pergerakan.

Perhatian : Jangan mengangkat kaki tetapi mengheretkannya (glide) di atas tanah.

82 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Aktiviti 2 : Penjaga gol dalam keadaan bersedia. Apabila mendengar isyarat ke

kanan atau ke kiri, penjaga gol menggerakkan kakinya mengikut arahan. Beri

perhatian kepada posisi kaki, tangan dan kayu.

Aktiviti 3 : Penjaga gol dalam keadaan bersedia. Apabila melihat isyarat tangan,

kaki penjaga gol hendaklah dilunjurkan mengikut arah tangan. Beri perhatian

kepada posisi kaki, tangan dan kayu.

Aktiviti 4 : Penjaga gol berlari 5 langkah ke hadapan dan berdiri dalam posisi

bersedia. Apabila mendengar arahan, gerakkan kaki mengikut arahan. Lari ke

belakang (back pedal) ke tempat permulaan dan keluar semula dan berdiri

dalam keadaan bersedia dan sedia untuk menerima arahan. Latihan di jalankan

selama 3 atau 4 minit.

 Mengawal Sudut
83 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI
QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Ansur Maju Aktiviti Kemahiran Mengawal Sudut

Aktiviti 1 : Penjaga gol berdiri 3 langkah dari garisan gol dan menghadap pemain

A dalam keadaan bersedia, melangkah ke kanan untuk menghadap pemain B

dan berhenti selama beberapa saat iaitu bergerak dalam satu lengkuk daripada

pemain A hingga ke pemain F. Dia kemudian berpatah balik, bergerak dari

pemain F ke pemain A. Tahap kelajuan pergerakan penjaga gol ini perlu

ditingkatkan seterusnya. Manakala pemain-pemain harus membantu penjaga gol

untuk membetulkan posisi di mana perlu.

Aktiviti 2 : Sama seperti aktiviti 1, dengan tambahan : (rujuk gambarajah)

84 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

(i) Selepas penjaga gol menghadap pemain A, ia bergerak (side step) ke

pemain F.

(ii) Bergerak dari F ke B.

(iii) Bergerak dari B ke E dan seterusnya.

Aktiviti 3 : Seperti aktiviti 1, dengan tambahan :

(i) Tolakan oleh pemain kepada penjaga gol.

(ii) Pukulan oleh pemain kepada penjaga gol.

(iii) Kederasan bola diperlajukan lagi.

Aktiviti 4 : Penjaga gol menghadap pemain A yang menolak bola kepadanya.

Selepas menahan bola keluar, ia bergerak untuk menghadap pemain B yang

memukul bola kepadanya dan seterusnya menghadap pemain C dan D. Pemain

C akan menguis bola dan pemain D akan memukul bola. Selepas berhadapan

dengan pemain D, penjaga gol bergerak (side-step) untuk menghadapi pemain A

dan seterusnya. Setiap pemain diberi 5 biji bola.

85 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Aktiviti 5 : Apabila seseorang penjaga gol dapat mencapai kemahiran yang tinggi

dalam penjagaan gol (goal keeping skills), latihan dengan menggunakan bola

tenis bolehlah dilakukan dalam setiap sesi latihan. Penjaga gol menghadap

seorang pemain yang berada sejauh 6-8 ela darinya, yang bertindak memukul

bola tenis ke arah gol (8 biji atau lebih). Pemain ini berusaha menghantar bola

sepantas yang dapat, manakala penjaga gol pula berusaha menyelamatkan

bola. Latihan diulangi 3 atau 4 kali setiap sesi dan sebagai aktiviti lanjutan, bola

hoki boleh digunakan.

 Kemahiran Menendang

Seseorang penjaga gol mestilah mempunyai kebolehan menendang bola dengan

yakin dan dengan menggunakan kedua-dua belah kakinya. Kebanyakan penjaga

gol lebih gemar menggunakan sebelah kaki. Oleh itu, kaki yang lemah itu tidak

dapat menendang dengan sempurna dam ini boleh mengakibatkan gol.

Aktiviti 1 - Pemain A dan B berdiri bersemuka dalam keadaan bersedia pada

jarak 5 ela. Pemain A mula dengan menendang bola tenis kepada pemain B.

Pemain B menahan bola dan menendang semula kepada pemain A,

menggunakan kemahiran menahan. Tendangan dibuat secara menyucuk (stab

kick). Kemudian pemain cuba menggunakan kedua-dua belah kaki. Aktiviti -

aktiviti ini dijalanan selama 2-3 minit.

86 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Aktiviti 2 - Seperti aktiviti 1, tetapi pemain-pemain menendang bola tanpa henti

jika boleh.

Aktiviti 3 - (Berpasangan) Pemain A menggolekkan bola tenis, pada jarak 10 ela

kepada pemain B. Pemain B lari kehadapan untuk menendang kepada pemain

A, kemudian melangkah ke belakang ke tempat permulaan dan keluar semula

untuk menedengan bola kepada pemain A. Aktiviti ini dijalankan selama 1-3

minit. Pemain-pemain kemudian menukar posisi. Kederasan bola diperlajukan.

Aktiviti 4 - Bola hoki di susun sejauh 8-10 ela dari garisan gol dalam bentuk

separuh bulatan. Penjaga gol mula dengan berlari ke hadapan dan menendang

bola no. 1 dengan menggunakan kaki kanan. Dia kemudian melangkah ke

belakang ke tempat permulaan menendang bola no. 8 dengan menggunakan

kaki kiri. Bola ditendang berselang seli dengan kaki kiri dan kanan iaitu :

(i) bola no. 1 - 4 dengan menggunakan kaki kanan.

87 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

(ii) Bola no. 5 - 8 dengan menggunakan kaki kiri.

Aktiviti ini diulangi sebanyak 3 kali

88 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Aktiviti 5 : Bola disusun dalam satu garis lurus selari dengan garisan gol.

Penjaga gol bermula dari garisan ‘D’ dan bergerak ke bola no 1. Dan

menedangnya ke arah gol dengan menggunakan kaki kiri. Penjaga gol kemudian

melangkah ke belakang ke tempat permulaan menendang ke arah gol dengan

menggunakan kaki kanan. Bola di tendang berselang seli, iaitu :

(i) bola no. 1 - 3 dengan menggunakan kaki kiri.

(ii) Bola no. 4 - 6 dengan menggunakan kaki kanan. Latihan diulang

sebanyak 3 kali.

BAHAGIAN 6
89 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI
QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

6.0 BORANG SKOR PERMAINAN HOKI.

BAHAGIAN 7
90 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI
QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

7.0 DIARI HARIAN IKHTISAS

BAHAGIAN 8
91 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI
QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

8.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN HOKI

Objektif : Memperkenalkan undang-undang permainan hoki kepada pemain

pemain.

 Adalah sangat mustahak diingatkan bahawa undang-undang yang hendak

diperkenalkan harus dibuat semasa sesi latihan

 Undang-undang dari sudut kejurulatihan hoki.

 Pemain harus bersikap positif terhadap undang-undang. Mereka seharusnya

tidak mengkritik atau memperkecilkan undang-undang permainan atau pengadil.

 Prinsip yang elok dipraktiskan ialah penerangan undang-undang kepada pemain

supaya mereka akan lebih seronok bermain dan kurang merasa kecewa semasa

bermain.

 Rasional undang-undang.

 membolehkan pemain menggunakan kemahiran mereka.

 melindungi pemain daripada situasi yang membahayakan.

 menghapuskan permainan kasar dan kelakuan yang tidak bersemangat

kesukanan.

 Strategi untuk memperkenalkan undang-undang.

 Undang-undang baik diperkenalkan semasa sesuatu kemahiran diajar.

 Undang-undang tidak seharusnya diperkenalkan terlalu awal kepada pemain

yang baru belajar.

 Jika perlu, semasa permainan kecil/sesi latihan berlangsung, beri keterangan

kepada pemain apabila sesuatu isyarat pengadil diberi.

92 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Aspek keselamatan hendaklah ditekankan terutamanya tentang penggunaan

kayu yang merbahaya.

 Tidak dibenarkan tingkah laku yang tidak bersemangat kesukanan.

 Undang-undang berkaitan.

 Masa permainan dan bilangan pemain.

 Memulakan permainan.

 Permulaan

 separuh masa

 pukulan 16 ela

 pukul ke dalam

 Menendang bola

 Tidak dibenarkan menendang bola kecuali penjaga gol dalam kawasan D nya.

 Pukulan belakang kayu

 Tidak dibenarkan langsung.

 Halangan

 Tidak dibenarkan meletakkan badan antara pemain yang bermain bola atau

meletakkan kayu antara bola dan kayu lawannya. Pemain yang

menerima/mengawal bola dibenarkan memusing badan apabila bergerak dengan

bola.

 Ofsaid

 Kedudukan ofsaid dikira dalam kawasan 25 ela. Ini pun bergantung kepada di

mana ’pemain& itu berada semasa bola dimainkan oleh rakan sepasukannya.

 Pukulan bebas / pukulan sudut.

 Situasi kesalahan.

93 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Pelanggaran peraturan ( sengaja atau tidak sengaja) di luar kawasan 25

ela.

 Perlanggaran peraturan (tidak sengaja) dalam kawasan 25 ela.

 Pukulan sudut ¼ bola yang dikeluarkan ke belakang garisan gol dengan

tidak sengaja oleh pemain pertahanan.

 Pukulan sudut penalti.

 Situasi kesalahan.

 Perlanggaran peraturan (sengaja) dalam kawasan 25 ela.

 Perlanggaran peraturan (tidak sengaja) dalam kawasan D.

 Perhatian

 ¼ pukulan/tolakan sudut penalti handaklah di luar kawasan D

 Penalti strok

 Situasi kesalahan.

 Perlanggaran peraturan ( sengaja) dalam kawasan D.

 Kesalahan tidak sengaja ( bola menuju ke arah gol terkena bahagian badan

pemain pertahanan kecuali penjaga gol).

 Permainan bahaya.

 Tidak dibenarkan menyentuh atau memukul tubuh badan pemain lain

dengan kayu.

 Penjaga gol.

 Penggunaan kaki, tangan dan kayu.

94 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

BAHAGIAN 9

9.0 PENGAJARAN MIKRO

95 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

BAHAGIAN 10

LAMPIRAN DARI SUMBER INTERNET DAN BAHAN BERCETAK

Istilah ‘memanaskan badan’ dimaksudkan pada persediaan otot - otot, jantung,

paru - paru dan minda untuk acara yang akan dialkukan. Oleh kerana ‘memanaskan’

adalah sebahagian daripada persediaan untuk latihan dan pertandingan, adalah penting

bahawa setiap atlit mengembang dan mengekalkan satu rutin yang kosisten.

Memanaskan juga perlu untuk minda selain untuk tubuh. Ia adalah penting khasnya

sebelum bertanding.

Setiap acara akan mempunyai beberapa latih-tubi kemahiran yang harus dibentuk

menjadi sebahagian daripada aktiviti memanaskan badan. Setiap atlit harus

menyesuaikan aktiviti ‘memanaskan badan’ kepada keperluan-keperluan spesifik dalam

acara yang disertainya.

Jumlah tempoh masa yang digunakan untuk memanaskan badan adalah di antara

20 - 30 minit. Usaha dalam memanaskan badan harus bertambah secara beransur -

ansur dan berprogresif.

Setiap sesi latihan harus mempunyai satu aktiviti memanaskan badan yang

akanmelibatkan berjoging sekurang-kurangnya selama lima minit. Ini akan diikuti

dengan latihan-latihan regangan. Kemudian latih-tubi akan dilakukan, diikutidengan

acara yang sebenar. Sesi latihan harus diakhiri dengan ‘warm - down’.

96 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Antara faedah - faedah yang didapati dari satu ‘warm - up’ yang sempurna adalah

seperti berikut:

1. Lebih kelajuan

Kemungkinan bergerak dengan lebih pantas. Semua acara balapan dan padang

memerlukan kelajuan.

2. Kurang kecederaan

Kurang untuk mendapat cedera jika aktiviti memanaskan badan dilakukan dengan

sempurna.

3. Usaha yang lebih baik

Sekiranya sistem itu disediakan sepenuhnya untuk usaha tersebut.

4. Kekuatan dan ketahanan

Sekiranya ia mengandungi elemen - elemen bagi kekuatan dan ketahanan.

Kecederaan otot - otot dan sendi-sendi boleh dielekkan melalui aktiviti

memanaskan badan yang betul. Memanaskan badan secara umumnya dibahagikan

kepada:

 Memanaskan seluruh badan

 Regangan otot-otot spesifik

Badan perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum melakukan senaman regangan.

Otot-otot tidak akan meregang melainkan badan telah dipanaskan. Otot - otot yang

sejuk terdedah kepada kecederaan. Otot - otot yang panas boleh diregangkan ke tahap

yang lebih tinggi.

97 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Beberapa jenis aktiviti pergerakan boleh digunakan untuk memanaskan badan.

Antara yang mudah dijalankan adalah berlari ‘anak’ atau berjoging satu atau dua

pusingan balapan. Semasa berlari perlahan atau sederhana, atlit boleh

membongkokkan badan untuk menyentuh tanah dengan sebelah tangan dan

meluruskan tangan yang satu lagi ke udara secara berselang - seli. Selepas itu atlit

terus berlari seperti biasa dan ulangi gerakan menyentuh tanah. Badan akan

dipanaskan dalam masa 3 - 5 minit.

Bilakah Masa untuk Membuat Regangan ?

Untuk mendapat faedah optimum, regangan perlu dilakukan ketika:

 Sebelum latihan

 Antara ulangan ( semasa rehat aktif )

 Selepas latihan

Penyejukan Badan

Ianya merupakan aktiviti regangan yang dilakukan selepas sesuatu latihan. Ia

dilakukan dengan intensiti yang rendah secara gradual. Masa yang sesuai ialah 5-

10 minit.

Faedah Membuat Regangan

 Meningkatkan suhu fiber otot

 Meningkatkan suhu bendalir sendi, pelincir dan bendalir synovial.

 Meningkatkan kadar pernafasan.

 Meningkatkan kadar nadi seterusnya menambah isipadu pengaliran darah.

98 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

 Mengurangkan risiko dan/atau keparahan kecederaan.

 Membantu mengurangkan ketidakfleksibelan sendi dan kesakitan

Jenis - jenis Regangan

Regangan aktif boleh dilakukan secara statik, dinamik atau balistik. Regangan pasif

pula biasanya dilakukan secara statik atau dinamik ( PNF ).

Regangan Aktif

Regangan aktif berlaku bila regangan yang dilakukan oleh individu itu sendiri

memberi kesan daya.

Regangan Pasif

Regangan pasif berlaku bila pasangan atau alat yang diguna memberi kesan daya

kepada individu.

Regangan Statik

Aktiviti ini dilakukan dengan meregang dan menetapkan kedudukan akhir anggota

selama 10 - 30 saat.

Regangan Balistik

Melibatkan pergerakan memantul dimana kedudukan akhir anggota tidak

ditetapkan. Bagaimanapun ia mudah menyebabkan kecederaan.

99 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

Regangan Dinamik

Regangan dinamik melibatkan fleksibiliti semasa pergerakan spesifik sukan. Ianya

hampir menyamai regangan balistik tetapi lebih mirip kepada lakuan sebenar sukan

tertentu.

Regangan PNF ( Proprioceptive Neuromuscular Fascilitation )

Menggabungkan kontraksi dan keadaan rehat otot agonist dan antagonist. Ini

menyebabkan tindakbalas saraf pada otot yang diregangkan secara pasif. Interaksi

ini menghasilkan pengurangan rintangan dan peningkatan julat pergerakan semasa

regangan dilakukan.

Biasanya regangan PNF memerlukan pasangan.3 teknik regangan PNF:

 Tahan - rehat

 Kontraksi - rehat

 Perlahan - lawan arah - tahan - rehat

REGANGAN OTOT - OTOT SPESIFIK

 Otot - otot utama yang akan digunakan dalam acara olahraga tertentu harus

diregangkan.

 Atlit harus menahan setiap regangan selama 10 - 20 saat. Ulangi aktiviti itu.

100 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

CONTOH - CONTOH SENAMAN REGANGAN.

1. Regangan betis ( bahagian atas )

Pastikan tumit kaki belakang berada di atas lantai. Tukar posisi untuk meregangkan

kaki lain.

Rajah 1 : Regangan betis bahagian atas

2. Regangan betis ( bahagian bawah )

Pastikan tumit kaki hadapan berada di atas lantai. Tukar posisi untuk meregangkan

kaki lain.

Rajah 2 : Regangan betis bahagian bawah

101 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

3. Regangan paha

Tarik kaki ke punggung. Tukar posisi untuk meregang paha lain.

Rajah 3 : Regangan paha

4. Regangan hamstring

Dalam keadaan duduk. Memegang pergelangan kaki yang lurus. Tukar posisi untuk

meregangkan hamstring yang lain.

Rajah 4 : Regangan hamstring

102 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

5. Meregang ‘Groin’

Duduk seperti gambarajah. Tolak salah satu lutut ke bawah, kemudian tolak lutut

yang satu lagi.

Rajah 5 : Regangan ‘Groin’

6. Regangan belakang ( bahagian bawah )

Ambil posisi seperti rajah. Tukar posisi badan untuk melatih bahagian lain badan.

Rajah 6 : Regangan bahagian bawah belakang badan

103 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

7. Regangan lengan

Memegang tangan di atas kepala dan meregang ke atas.

Rajah 7 : Regangan lengan

8. Regangan lengan dan sisi badan

Tarik dengan tangan kanan untuk membongkok ke kanan. Tarik dengan tangan kiri

untuk membongkok ke kiri.

Rajah 8 : Regangan lengan dan sisi badan

104 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

9. Regangan belakang ( bahagian bawah badan, pinggul lutut dan bahu )

Rajah 9 : Regangan belakang pinggul, lutut dan bahu

10. Regangan pinggul dan kaki

Rajah 10 : Regangan pinggul dan kaki

105 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

11. Regangan ‘berpagar’

Regangan bahagian belakang, pinggul dan lutut.

Rajah 11 : Regangan ‘berpagar’

12. Pusingkan tubuh badan dan bahu

Berdiri seperti rajah. Pusing badan ke kiri dan tahan selama tiga kiraan dan pusing

ke kanan sebanyak empat kali.

Rajah 12 : Pusingan tubuh badan dan bahu

106 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

13. Regangan sisi

Ambil posisi seperti rajah. Bengkokkan badan ke kanan dan tahan selama tiga

kiraan. Berdiri tegak semula, ulang ke sisi kiri.

Rajah 13 : Regangan sisi

14. Tekan bahu

Depakan tangan. Tekan bahu ke belakang dan tahan selama enam kiraan dan

lepaskan. Ulang sebanyak empat kali.

Rajah 14 : Tekan bahu

107 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

15. Regangan bahu

Luruskan tangan di atas kepala dan tahan selama enam kiraan. Bengkokkan lengan

dan capai ke belakang. Tekan selama enam kiraan. Ulang sebanyak empat kali.

Rajah 15 : Regangan bahu

16. Melengkukkan bahagian belakang

Lengkukkan bahagian belakang dan naikkan dada dan kepala dengan menolak

tangan dari lantai. Tahan selama tiga kiraan dan lepaskan. Ulang sebanyak empat

kali.

Rajah 16 : Melengkungkan bahagian belakang

108 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)
WAN MUAZATUL ADAWIYYAH BT. WAN ABD AZIZ
D 20052023833 (AT 03)

109 KEMAHIRAN IKHTISAS HOKI


QSS 1141D (B)

Anda mungkin juga menyukai