Anda di halaman 1dari 107

AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

D20052023832 QSS 1121

SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA

Organisasi olahraga yang ulung pernah dicatat di Malaysia adalah di Ipoh Persatuan

Olahraga ditubuhkan pada tahun 1906. Satu perkara yang luar biasa dalam pertandingan

olahraga di antara tahun 1906 hingga 1913 adalah ditajai dan dikuasai oleh beberapa kelab

orang-orang Eropah dalam Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan “Ipoh Athletic Sports” dan sering kali

dijalankan sebagai acara sukan dalam negeri Perak. Oleh sebab hanya kejohanan seperti ini

sahaja diadakan , pemenang piala pusingan dianggap sebagai Johan Malaya. Diantara tahun

1914 hingga 1919, aktiviti olahraga telah dihentikan kerana Perang Dunia Pertama. Pada

tahun 1920, satu mesyuarat olahraga telah diadakan di Kuala Lumpur dan keputusan untuk

mengadakan pertandingan antara negeri telah diterima. Mesyuarat ini juga memutuskan untuk

membuka pertandingan ini kepada semua peserta amatur, penduduk negeri-negeri Selat dan

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu tanpa mengira bangsa. Ini bertujuan menjadikan

pertandingan-pertandingan yang dijalankan dari tahun 1920 keatas lebih menggambarkan

budaya tempatan.

Kejohanan antara negeri pada masa itu, dikelolakan oleh “Amateur Athletic of British

Malaya”, Pada tahun 1913 nama persatuan ini diubah kepada “Amateur Athletic Association

of Malaya” dan oleh kerana penyertaan peserta daripada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,

nama kejohanan ini ditukarkan kepada “Championship of Malaya”. Aktiviti-aktiviti olahraga

sekali lagi dihentikan akibat perang Dunia 2 diantara tahun 1940-1948. Apabila kejohanan

olahraga diadakan semula, munculah bakat-bakat baru serta jaguh-jaguh sebelum perang.

Sejak itu , tempat kejohanan berpindah dari satu negeri kenegeri lain di Semenanjung.

Misalnya, di Singapura (1950), di Ipoh (1952,1955) dan di Pulau Pinang (1956). Jubli Emas

dirayakan diPulau Pinang pada tahun 1956.

1
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Pada tahun 1952, berdasarkan kepada pertubuhan Persatun-Persatuan Sukan

Antarabangsa, nama persatuan ditukar kepada “Federation of Malaya Amateur Athletic

Union”(FMAAU). Kesatuan dianggap sebagai perbadanan antarabangsa dan digabungkan

dengan Majlis Olimpik Malaya. Pada masa yang sama cawangan Singapura menarik diri dan

menjadi suatu persatuan yang berasingan. Dibawah peraturan baru, kejohanan kebangsaan

yang pertama diadakan di Seremban pada tahun 1960 dan rekod-rekod kebangsaan diiktiraf.

Pada tahun yang sama, kejohanan kebangsaan terbuka pertama diadakan di Pulau Pinang,

Melaka tahun 1961 dan Ipoh pada tahun 1962. Penyertaan peserta luar negara sangat

mengggalakkan. Antaranya ialah peserta-peserta dari Singapura, Brunei, Sarawak, Borneo

Utara British, Ceylon, Filipina, Thailand, Indonesia dan Australia. Kesatuan ini adalah satu

perbadanan yang aktif untuk meningkatkan mutu olahraga. Bersama-sama dengan Persatuan

Hoki Malaya, kesatuan ini merasakan perlu diadakan satu perbadanan kebangsaan untuk

menganjurkan serta menyelaraskan aktiviti-aktiviti semua persatuan sukan di Malaya untuk

tujuan pertandingan diperingkat antarabangsa. Dengan kerjasama Persatuan Hoki Malaya

sebagai penaja bersama Persekutuan Majlis Olimpik Malaya (Federation of Malaya Olympic

Council) ditubuhkan.

PERSATUAN DAN ORGANISASI OLAHRAGA

Seperti kebanyakan sukan dunia, cara yang paling baik dan berkesan untuk

mengembangkan dan menyelaraskan segala aktiviti termasuk olahraga menerusi persatuan.

Olah itu adalah penting ditubuhkan persatuan-persatuan sukan mengikut peringkat tertentu.

Bagi olahraga, badan atau pertubuhan tertinggi untuk maksud ini ialah Persekutuan Olahraga

Amatur Antarabangsa (IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912. Keahlian persatuan ini

terdiri daripada persatuan-persatuan olahraga peringkat nasional negara masing-masing.

2
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Setiap negara boleh bergabung dalam persekutuan ini. Negara kita menerusi Kesatuan

Olahraga Amatur Malaysia (MAAU) turut menganggotai persatuan ini.

Dengan adanya IAAF, sebarang kejohanan dan perjumpaan sukan olahraga pada

peringkat antarabangsa hendaklah sama ada mendapat kebenaran dan pengiktirafan IAAF

ataupun dianjurkan sendiri oleh badan itu. Badan ini bertanggung jawab menyelesaikan

sebarang masalah atau pertikaian yang yang mungkin timbul dikalangan negara-negara atau

persatuan-persatuan gabungan. Umpamanya dalam menganjurkan perjumpaan sukan utama

seperti Sukan Komanwel, Sukan Olimpik, Sukan Asia dan lain-lain, persetujuan daripada

Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan IAAF hendaklah diperolehi.

Persatuan Olahraga Amatur Antarabangsa juga berperanan dalam mengeluarkan

segala undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan sukan olahraga untuk diikuti atau

dipatuhi oleh semua negara anggota Persatuan Olahraga Amatur Antarabangsa. Begitu juga

dengan rekod-rekod pencapaian yang dicipta oleh setiap peserta, tidak kira di mana asalkan

mendapat kelulusan IAAF, dicatat dan dikemaskinikan oleh badan ini pada setiap masa.

Ringkasnya IAAF sememangnya berperanan dalam sebarang hal yang berkaitan dengan

sukan olahraga di peringkat dunia.

OLAHRAGA SEBAGAI SUKAN

Tiga kemahiran utama utama manusia sejak bertahun-tahun, iaitu berlari, melompat

dan melontar sememangnya merupakan asas kepada setiap pergerakan dan aktiviti lain yang

mampu dilakukan oleh manusia. Seseorang itu samada lelaki atau wanita, tua atau muda asal

sahaj sihat tubuh badan, mereka pernah dan akan melakukan ketiga-tiga aktiviti ini baik

secara sedar mahupun tidak. Daripada pergerakan inilah muncul suatu bidang yang amat

diminati sehingga sekarang iaitu olahraga.

3
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Sebagai sukan yang dipertandingkan sudah tentu aktiviti ini diubah suai dan

diperkemaskan dri semasa ke semasa mengikut kehendak dan aturan yang ditetapkan. Begitu

juga dengan cabang daripada olahraga juga turut di cipta dan diperbaiki untuk lebih menarik

dan sesuai dipertandingkan. Yang nyata kini ialah daripada perlakuan memenuhi riadah atau

rekreasi lama kelamaan menjadi acara sukan yang diminati sehingga menjadi bidang

pertandingan yang menarik dan sengit.

Tidak dapat dinafikan banyak lagi kebaikan yang menyebabkan ramai orang

berlumba-lumba menceburi sukan ini, dari peringkat yang rendah sehinggalah keperingkat

yang lebih tinggi seperti Sukan Olimpik. Sukan khususnya olahraga mampu menyumbangkan

ke arah perkembangan tingkah laku manusia serta peribadi seseorang.

Sifat-sifat seperti bersemangat kental, keazaman yang kuat, berdisiplin tinggi,

keinginan untuk berjaya, semangat berpasukan, bertimbang rasa dan bertolak ansur, tolong

menolong, menenangkan fikiran, bersaingan dan sebagainya adalah antara ciri-ciri yang

membantu perkembangan mental, fizikal dan fikiran serta peribadi seseorang yang melibatkan

diri dalam sukan ini. Ini diperoleh bukan sahaja oleh mereka yang menjadi peserta, tetapi

merangkumi pegawai, jurulatih, pengajar, pembantu malahan penonton amnya.

Sebagai sukan, olahraga mempunyai sejarah yang paling tua. Manusia sudah mula

melakukan aktiviti berlari, melompat dan melontar sejak zaman kuno lagi. Sukan Olimpik

Kuno membuktikan bahawa aktiviti yang manusia lakukan itu kemudiannya dijadikan sukan

yang dipertandingkan sehingga menjadi persaingan yang menarik dan diminati ramai. Kini

ramai yang menceburi bidang ini, ada yang mengambil bahagian diperingkat sekolah, ada

juga yang telah mewakili daerah, negeri dan tidak kurang pula yang berjaya mewakili negara.

Pertandingan dan perjumpaan olahraga dianjurkan di pelbagai peringkat. Pelbagai acara

diadakan sama ada untuk lelaki dan perempuan. Daripada pertandingan yang dijalankan para

pemenang akan dianugerahkan hadiah dan gelaran yang menarik. Kepuasan mencipta rekod

4
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

baru dari setiap peringkat sehingga kemuncak menerusi sukan Olimpik atau kejohanan dunia

menyebabkan peserta olahraga terpaksa berlatih bersungguh-sungguh untuk mencapai impian

tersebut. Oleh yang demikian, kita dapat lihat dalam setiap perjumpaan olahraga ada sahaja

rekod baru yang dicipta mengatasi yang lama.

SIFAT – SIFAT ATLIT YANG DIPERLUKAN

Seseorang yang mengambil bahagian dalam olahraga disebut bagi atlit lelaki

olahragawan dan begi atlit wanita disebut olahragawati.. Seseorang olahragawan dan

olahragawati mungkin terdiri daripada peserta yang mengambil bahagian sebagai amatur dan

mungkin juga bertaraf profesional, yakni mereka yang dibayar gaji atau ganjaran tertentu

untuk mengambil bahagian. Kini ramai juga olahragawan dan olahragawati terutamanya

dibarat yang dikategorikan sebagai profesional. Malah ada antara mereka yang telah bergelar

jutawan.

Disebabkan terdapat banyak acara dalam sukan olahraga, seseorang atlit bebas

memilih acara yang paling sesuai baginya berdasarkan keupayaan dan kebolehan sendiri.

Adalah tidak mungkin seorang olahragawan mampu mengambil bahagian dalam semua atau

sejumlah besar acara, padahal dia hanya berupaya dalam satu dua acara tertentu sahaja. Ada

pula atlit terpeksa membuat pilihan walaupun dia mencapai prestasi yang baik dalam

sebilangan besar acara.

Sebagai atlit, seseorang itu mempunyai beberapa ciri yang tertentu yang diharapakan

mampu membawa kejayaan kepadanya. Penentuan penyertaan dalam sesuatu acara itu

walaupun bergantung kepada diri individu itu, juga bergantung kepada kebijaksanaan

jurulatih,guru dan pengawas. Antara ciri-ciri itu adalah seperti berikut :-

5
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

1. Berdisiplin Tinggi

Setiap atlit mempunyai disiplin yang tinggi, sama ada semasa mengikuti latihan ataupun

pertandingan. Arahan jurulatih dan guru pengawas hendaklah dipatuhi. Begitu juga segala

peraturan dan undang-undang hendaklah dipatuhi.

2. Semangat untuk bertanding

Setiap atlit harus mempunyai semangat yang tinggi untuk bertanding dan seterusnya mencapai

kejayaan. Semua ini hanya akan tercapai menerusi latihan dan tunjuk ajar jurulatih.

3. Berperibadi mulia dan dihormati

Olahragawan dan ahli-ahli sukan sering menjadi perhatian dan ikutan orang ramai. Oleh itu

mereka harus menunjukkan peribadi dan mempamerkan gerak geri yang terbatas serta tidak

terkeluar daripada etika kemasyarakatan, keagamaan dan kehendak negara.

4. Mempunyai semangat berpasukan

Sebagai atlit mereka juga diharapkan mempunyai semangat berpasukan dan bekerjasama serta

bertanggungjawab terhadap pasukan yang mereka wakili, terutama jika penyertaan mereka

menerusi acara berpasukan.

5. Bersemangat tinggi dan tidak mudah menyerah kalah

Matlamat utama seseorang atlit mengambil bahagian dalam olahraga adalah untuk mencapai

kejayaan serta mempamerkan prestasi yang terbaik menandingi pihak lawan. Di sini mereka

dikehendaki mempunyai semangat juang yang tinggi tanpa mudah mengaku kalah. Walaupun

6
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

mereka tidak mencapai kejayaan, tetapi mereka tetap berusaha mempamerkan kesungguhan

dan persembahan terbaik sedaya mungkin.

6. Penyabar dan bertimbang rasa

Atlit haruslah mempunyai sifat sabar dan bertimbang rasa khususnya dalam hal-hal yang

melibatkan pungutan mata, lebih-lebih lagi jika dia gagal dalam kejohanan itu. Di samping itu

banyak lagi contoh teladan yang baik yang menjadi ciri-ciri olahragawan. Walaupun ada

kalanya terdapat berita yang tidak disenangi daripada olahragawan, keseluruhannya mereka

mempunyai ciri-ciri yang menjadi ikutan masyarakat umum. Mereka juga berusaha

bersungguh-sungguh dan mengamalkan sifat serta sikap yang dapat membantu meningkatkan

prestasi mereka. Tidak dapat dinafikan mereka sering dijadikan teladan oleh mereka yang

baru mencebur diri dalam bifang ini. Segala yang baik daripada mereka dijadikan pendorong

dan galakan kepada olahragawan yang baru.

7
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

1. LONTAR PELURU

Pengenalan

Lontar peluru merupakan salah satu acara padang yang paling mudah jika dibandingkan

dengan acara balingan yang lain seperti melempar cakera, merejam lembing atau melempar

tukul besi. Kalau diperhatikan acara ini selalunya dikuasai oleh atlit yang bertubuh besar dan

tegap serta mempunyai kekuatan otot.

Walau bagaimanapun bertubuh besar bukanlah menjamin seseorang atlit boleh

memenangi dalam acara melontar peluru. Teknik lontaran menjadi factor utama dalam

menentukan jarak lontaran yang dibuat. Ramai penonton menganggap atlit yang bertubuh

besar dan kuat boleh membuat lontaran yang jauh serta akan memenangi dalam sesuatu

kejohanan.

Sebenarnya teknik melontar adalah sesuatu yang kompleks yang mesti dipelajari secara

berterusan sehingga dapat dikuasai dengan sepenuhnya. Jarak lontaran dalam acara melontar

peluru adalah dipengaruhi oleh :

i. Halaju pelepasan

ii. Sudut ketika membuat lontaran

iii. Ketinggian ketika melontar

Ini bermakna atlit melontar peluru mesti memahirkan teknik lontaran dan kepantasan

ketika membuat lontaran menjadi factor yang paling penting dalam mencapai jarak balingan

yang baik.

8
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

PELURU

Bahan / peralatan yang digunakan dalam acara melontar peluru adalah besi yang pejal

yang berbentuk bulat dan licin. Berat besi ( peluru ) ini adalah berbeza-beza mengikut

peringkat umur dan jantina. Ini adalah untuk memudahkan lontaran dibuat mengikut

keupayaan atlit berdasarkan peringkat umur dan jantina mereka.

diketogerikan seperti berikut:

Kategori Berat Peluru


Lelaki Wanita
Dewasa 7.257kg 4.0kg
Remaja:
Bawah 16 tahun 4.0kg 3.25kg
Bawah 17 tahun 6.0kg 4.0kg
Sek. Men 12.0Ib 8.0Ib

Ukuran diamater peluru atlit lelaki ialah antara 110 mm hingga 130 mm manakala wanita

ialah 95 mm hingga 110 mm.

GELANGGANG

Gelanggang khusus telah disediakan dalam acara melontar peluru. Undang-undang perlu

diikuti untuk mengelakkan daripada atlit membuat lontaran yang dibatalkan.

9
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

PERATURAN-PERATURAN 181

1. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian.

2. Dimana lebih daripada lapan peserta mengambil bahagian, tiap-tiap peserta dibenarkan

membuat tiga percubaan dan lapan orang peserta yang terbaik diantara kesemuanya akan

dibenarkan pula membuat tiga percubaan tambahan. Jika berlaku seri ditempat kelapan, seri

ini tidak diputuskan, tetapi peserta-peserta yang seri itu akan dibenarkan lagi membuat tiga

percubaan tambahan bersama peserta yang layak tadi.

NOTA : Maksud seri disini adalah peserta-peserta mencapai jarak yang sama oleh sebab itu

Peraturan 146 ( 3 ) tidak akan dikenakan.

3. Di tempat pertandingan, setiap peserta boleh diberi dua percubaan sahaja untuk latihan.

Percubaan latihan ini dijalankan secara undi dan peserta-peserta yang dipanggil nama-

nama-nama mereka dan diawasi oleh hakim-hakim.

4. Apabila pertandingan dimulakan, peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan alat-

alat itu untuk tujuan berlatih atau menggunakan bulatan dalam sector untuk latihan,

dengan atau tanpa alat-alat dan meninggalkan kesan.

5. Lontaran hendaklah dibuat dari dalam bulatan. Seseorang peserta mestilah memulakan

10
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

lontarannya dengan keadaan diam / tidak bergerak. Seseorang peserta dibenarkan

menyentuh bahagian dalam relang dan papan.

6. Peserta mestilah memulakan lontarannya dari pendirian yang tetap ( keadaan tidak

bergerak ) dalam bulatan. Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan sebelah

tangan sahaja. Semasa peserta membuat permulaan lontaran dalam dagu dan tangan

tidak boleh dijatuhkan ke bawah daripada tempat ini semasa melontar. Peluru tidak

boleh dibawa ke belakang dari paras garisan bahu.

1. (a) Tiada sebarang alatan, seperti ikatan dua atau lebih jari yang boleh membantu

peserta bila membuat lontaran akan dibenarkan. Penggunaan pita ditangan tidak

dibenarkan kecuali untuk membalut luka.

(b) Sarung tangan tidak boleh digunakan.

(c) Untuk mendapat cengkaman yang baik, peserta-peserta dibenarkan menggunakan

bahan yang sesuai di bahagian tangan sahaja.

(d) Untuk menyelamatkan tulang belakang dari kecederaan, peserta-peserta

dibenarkan memakai tali pinggang kulit atau bahan-bahan sejenis itu.

(e) Peserta-peserta tidak dibenarkan menyembur sebarang bahan samada didalam

bulatan atau atau kasutnya.

2. Lontarannya dikira batal dan tidak dikira jika seseorang peserta, sesudah memasuki

bulatan dan memulakan lontarannya tersentuh dengan mana-mana bahagian sebarang

anggota badannya ke tanah, di luar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan atau

dengan tidak senonoh melepaskan peluru pada ketika membuat percubaan.

11
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

3. Untuk lontaran yang sah, keseluruhan peluru hendaklah jatuh di dalam kawasan di

antara dua sisi di sebelah dalam garisan 50 mm lebar.

4. Pengukuran setiap lontaran hendaklah dilakukan dengan segera dari titik mula

sentuhan

peluru sehingga ke sisi sebelah dalam lingkaran bulatan sepanjang garisan sehingga ke

bahagian tengah bulatan.

5. Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum peluru menyentuh tanah. Ia mesti

tinggalkan bulatan dari separuh bulatan belakang yang tidak ditandakan dengan

garisan lurus putih yang terlukis dari luar melalui bahagian tengah bulatan dan

berakhir diluarnya. ( lihat para 17 )

6. Setelah selesai sesuatu lontaran, peluru mesti dibawa balik ke tempat permulaan atau

bulatan dan tidak secara dibaling.

7. Lontaran yang terbaik dari semua lontarannya bagi tiap-tiap peserta termasuk lontaran

yang di ambil untuk menyelesaikan seri untuk tempat pertama akan dikira.

8. Bulatan peluru :

Pembentukan : Bulatan mesti diperbuat daripada gelung besi, keluli atau bahan-

bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mesti sama rata dengan tanah di luar.

Bahagian dalam bulatan diperbuat dengan simen atau bahan yang kukuh dan tidak

licin. Permukaan bulatan ini mestilah rata dan 14mm – 26mm ke bawah pada bahagian

ke atas gelung besi bulatan. Bulatan yang boleh dialih dengan spefisikasi di atas boleh

digunakan.

12
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

9. Ukuran : Garis pusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13m. Gelung besi bulatan

mestilah sekurang-kurangnya 6mm tebalnya dan dicat putih.

10. Satu garis lurus selebar 50mm hendaklah dicat dengan warna putih mulai luar bulatan

di 0.75m di luar bulatan. Garisan lurus ini boleh dicat dengan warna putih atau

diperbuat daripada kayu atau sebarang bahan yang sesuai. Secara teori, pinggir

belakang garisan putih itu betul-betul melintasi bahagian tengah bulatan pada sudut

tepat dengan garisan tengah kawasan melontar.

11. Papan penahan :

Pembentukan : Papan penahan yang bercat putih mestilah diperbuat daripada kayu

atau lain-lain bahan yang sesuai, dibentuk lengkung supaya daripada tepi dalamnya

boleh disuaikan dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat supaya ia boleh

dilepak kukuh di tanah. Papan penahan ini akan diletakkan ditengah-tengah di antara

dua garisan lontaran.

12. Ukuran : Ukuran papan penahan ini adalah di antara 112mm dan 300mm lebar,

1.21m sehingga 1.23m panjang di sebelah dalamnya dan 98mm sehingga 102 mm

tinggi berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan.

13. Rupa Bentuk Peluru :

Peluru hendaklah diperbuat daripada besi yang mampat, tembaga atau kulit yang

diperbuat daripada logam yang sedemikian dan diisikan dengan plumbum atau lain-

lain bahan. Ianya mestilah berbentuk bulat dan permukaannya licin dan tidak kasar.

13
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

14. Dipertandingkan di bawah peraturan 12.1 [a], [b] dan [c] hanya alat-alat yang

disediakan oleh pihak pengelola sahaja boleh digunakan dan sebarang pengubahan

kepada alat-alat tersebut tidak akan dibenarkan ketika pertandingan dijalankan. Tiada

sesiapa pun diantara peserta akan dibenarkan membawa masuk alat-alatnya ke dalam

gelanggang.

15. Kawasan lontaran hendaklah mengandungi serbuk abu atau rumput atau bahan yang

sesuai yang boleh meninggalkan bekas / tanda peluru yang mendarat.

16. Kebenaran curam ke maksimum ke bawah, ke arah lontaran bagi kawasan mendarat

adalah tidak melebihi 1:1000.

17. Kawasan mendarat : lontaran hendaklah ditandakan dengan dua garisan putih 50mm

lebar. Dua garisan lurus ini jika diteruskan akan bertemu betul-betul di pusat bulatan

lontaran dan bersudut 40 darjah.

18. Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk menanda lontaran terbaik setiap

peserta dan ini akan diletakkan disepanjang dan diluar garisan sector.

TEORI-TEORI LATIHAN

Jika diperhatikan kita akan menganggap kekuatan otot tangan adalah factor utama dalam

menentukan jarak lontaran seseorang atlit. Sebenarnya bahagian otot tubuh yang paling

penting adalah mengikut peraturan berikut :

i. 50% otot kaki

ii. 30% otot trunk

14
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

iii. 20 % otot tangan

Kesalahan yang biasa dibuat oleh seseorang atlit ialah lontaran tangan [ arm throwing ].

Bahagian tangan hanya menyumbang 20 % ketika lontaran manakala bahagian bawah tubuh

[ lower body ] menyumbang 80 % kekuatan iaitu dari kaki dan bahagian trunks.

Kuasa / kekuatan kaki adalah kunci kejayaan atlit ketika membuat sesuatu lontaran yang

baik. Kuasa / kekuatan bermula daripada bahagian kaki bergerak kebahagian pinggang dan

seterusnya ke bahagian bahu hinggalah peluru dilepaskan.

Jenis-jenis latihan yang dicadangkan untuk seseorang atlit lontar peluru :

1. Vertical jump 2. Standing long jump

3. Bench press 4. Snatch

5. Power clean 6. Squat

Walaupun kekuatan adalah penting dalam melontar peluru tetapi ianya bukanlah factor utama

untuk mencapai lontaran yang jauh. Faktor yang paling utama ialah ‘ Explosive Strength’

‘ Explosive Strength’ inilah yang digunakan ahli angkat berat Olimpik dan latihan lompatan

plyometrik.

TEKNIK-TEKNIK DALAM MELONTAR PELURU

Tiga faktor utama yang mempengaruhi jarak lontaran bagi seseorang atlit lontar peluru

ialah :

i. Kedudukan badan

ii. Halaju, sudut dan ketinggian peluru dilontar

iii. Rintangan angin

15
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Ketiga-tiga faktor ini banyak mempengaruhi jarak lontaran atlit melontar peluru.

Gambar

Teknik-teknik dan Gaya Melontar Peluru

Diantara berikut adalah beberapa teknik dan gaya melontar peluru yang sering digunakan

oleh atlit dunia dalam acara melontar peluru :

1. Side facing style technique

2. James Fuchs ( USA ) style technique

3. Perry O’Brien back facing style technique

4. Alexander Barishnikov ( USSR ) style technique

TEKNIK MENGAJAR LONTAR PELURU ( GAYA PERRY O’BRIEN )

A. FASA PERSEDIAAN

1. Kedudukan Kaki Semasa Dirian Belakang.

1.1 Berdiri di bahagian belakang bulatan.

1.2 Kaki kanan / kiri berada di hujung bulatan dan kaki kiri / kanan berada di belakang

kaki kanan / kiri.

16
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

1.3 Gambarajah.

2. Kedudukan Badan dan Gerakan Kaki

2.1 Badan dibengkokkan dari pinggul.

2.2 Kaki kanan / kiri dinaikkan dan membawa paha kiri / kanan ke kaki kanan / kiri.

3. Gerakan Kaki / Gelungsuran.

3.1 Kaki kanan / kiri ditolak ke arah papan penahan.

3.2 Kaki kanan / kiri digerakkan dengan membawa badan melintasi pertengahan bulatan.

3.3 Gambarajah.

4. Kedudukan Kaki dan Gerakan Badan.

4.1 Kaki kanan / kiri menolak keseluruhan kanan badan.

4.2 Pinggang dikilaskan.

4.3 Bahagian dada mengadap ke atas sambil memindahkan daya melalui pinggul ke

bahagian bahu, lengan dan tangan.

4.4 Gambarajah.

17
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

B. FASA PERLAKSANAAN / PEMULIHAN

5. LONTARAN

5.1 Tolakan terakhir dibuat dari pergelangan tangan semasa peluru dilepaskan. [ Sudut

pelepasan diantara 40 – 42 darjah ].

5.2 Kaki kanan / kiri digerakkan ke depan dengan cepat. [ Ikut lajak ]

PRINSIP BIOMEKANIK DALAM MELONTAR PELURU

1. Hukum Newton Pertama ( Inersia )

a. Sesuatu jasad akan kekal dalam keadaan pegun atau terus bergerak secara seragam

dalam satu hala kecuali apabila ada daya bertindak ke atas jasad itu dan menyebabkan

berlaku perubahan kepada keadaan tersebut.

b. Semasa permulaan perlu dikenakan satu daya yang lebih besar daripada berat badan

untuk menggerakkannya.

c. Untuk mula memecutkan peluru.

2. Hukum Newton ke-2 ( F =MA )

a. Dikenali sebagai Hukum Pecutan ( Law Of Acceleration ). Apabila sesuatu objek

dikenakan sesuatu daya, ia akan bergerak ke arah yang sama dengan daya yang

berkenaan. Pecutan atau peningkatan kelajuan adalah berkadar terus dengan daya yang

dikenakan dan berkadar songsang dengan saiz dan jisim objek.

b. Bagi semua acara lontaran ini, alatan tidak dapat diubah kerana terikat dengan undang-

undang pertandingan. Oleh itu atlit cuba menggunakan cara yang lain untuk

mendapatkan jarak lontaran yang jauh iaitu melalui impulse.

18
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

c. Kedudukan lengan pelontar lurus akan menghasilkan impulse yang tinggi pada daya

yang ditarik pada sebelah tubuh supaya pemecutan yang tinggi berlaku ke atas peluru.

3. Hukum Newton ke-3 ( F1 = F2 )

a. Setiap aksi atau tindakan akan terdapat suatu reaksi ( tindak balas ) yang sama

magnitud dari arah yang bertentangan. Maka kita boleh memaksimakan daya yang

diaplikasikan ke atas objek melalui daya tindak balas dari tanah. Demi mengekalkan

kestabilan semasa tindakan daya yang maksimum ini, kita perlu mengarahkan posisi

badan ke arah pergerakan yang telah ditentukan.

b. Tolak kaki pada papan penghadang di tanah akan menghasilkan daya yang

bertentangan yang sama dengan tolakan peluru.

4. Sudut Lontaran ( 35-45 darjah )

a. Berdasarkan laluan parabola bahagian objek yang dilepaskan di udara. Sudut

pelepasan adalah terpenting sekali iaitu di antara 35 hingga 42 darjah.

b. Ketinggian atlit memainkan peranan yang penting. Seseorang atlit yang tinggi akan

dapat melontar dengan jarak yang lebih jauh dari pelontar yang rendah.

5. Stabiliti

a. Sesuatu objek itu akan kekal dalam keadaan stabil selagi garisan pusat gravity jatuh

pada tapak sokongan objek tersebut. Jika garisan gravity jatuh ke titik tengah tapak

sokongan maka objek tersebut akan lebih stabil. Ini bermaksud semakin hampir

garisan gravity jatuh ke pusat tapak sokongan, maka semakin teguh stability objek

tersebut.

19
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

b. Dalam melontar peluru, pusat gravity bagi atlit bermula dari penghujung tapak

sokongan dan berakhir di hadapan tapak sokongan pelontar.

6. Geseran

a. Merupakan satu daya yang bertindak di kawasan pada dua permukaan yang

bersentuhan yang menentang pergerakan atau tendensi pergerakan.

b. Tapak kasut pelontar akan bergeseran dengan lantai / sector lontaran.

7. Daya Centrepetal dan Daya Centrefugal

a. Daya yang menarik masuk dari pusat dipanggil Daya Centrepetal, manakala daya yang

menarik keluar dari pusat pula dipanggil Daya Centrefugal.

20
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

2. MEREJAM LEMBING

Penggunaan teknik rejaman yang sistematik dari masa ke semasa menyebabkan jarak

yang diperolehi samada diperingkat antarabangsa serta peringkat nasional terus diperbaiki.

Contohnya Mohd Yazid Imran telah dapat merejam lembing sejauh 66 meter danini

merupakan rekod kebangsaan. Rekod dunia untuk acara ini dicipta oleh S.Backley dari Great

Britain lontaran sejauh 92 meter.

PERALATAN DAN KAWASAN YANG DIGUNAKAN

LEMBING

Dilihat pada nama, lembing merupakan alat yang penting dalam acara ini. Lembing

terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian kepala, bahagian pemegang atau grip dan

bahagian hujung atau ekor. Pada keseluruhannya panjang lembing adalah di antara 220 cm

hingga 270 cm. Ini bergantung kepada kumpulan umur dan jantina. Kepada lembing diperbuat

daripada besi yang panjangnya di antara 25 cn hingga 33 cm. Pemegang atau grip terletak di

bahagian tengah berukuran antara 15 cmhingga 16 cm bagi laki-laki dan antara 14 cm hingga

15 cm bagi wanita dan kunpulan lelaki 18 tahun dan ke bawah. Pusat gravity lembing terletak

di grip. Bahagian belakang dan berbentuk menirus. Pihak penganjur hendaklah menyediakan

beberapa lembing yang sesuai untuk pertandingan. Lembing juga hendaklah disimpan dengan

baik supaya ia dapat digunakan untuk jangka masa yang lama.

21
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

GELANGGANG REJAMAN

Kawasan khas hendaklah disediakan oleh pihak pengajur untuk acara ini. Kawasan ini

bebas atau tidak menjejaskan keselamatan penonton atau orang ramai ketika menyaksikan

acara itu dijalankan. Kawasan ini biasanya disediakan di atas padang atau stadium terbuka.

Semua ukuran mestilah mengikut garisan dan ukuran yang diiktirafkan oleh IAAF. Kawasan

rejaman mempunyai 5 bahagian dan mempunyai fungsinya yang tersendiri.

1. Kawasan Larian Landas

Kawasan larian landas yang digunakan oleh setiap peserta untuk membuat larian

sebelum rejaman ditandakan seperti berikut iaitu maksimum kawasan ini ialah 36.5 meter dan

lebar pula ialah 4 meter maksimum. Kawasan hendaklah ditanda dengan terang oleh garisan

setebal 5 cm. Biasanya kawasan ini berbentuk segiempat bujur.

2. Garisan

Garisan atau penanda merupakan sempadan antara kawasan larian dengan kawasan

rejaman atau pendaratan lembing. Garisan ‘arc’ dibentuk pada bahagian hadapan kawasan

larian. Garisan ini sebagai pemisah antara pergerakan larian dan rejaman peserta dalam acara

ini. Peserta boleh memijakkan kaki ke dalam kawasan ‘arc’ tetapi tidak boleh menyentuhnya

dengan kaki atau tangan. Jika perkara ini berlaku, maka rejaman yang bakal dilakukan oleh

peserta dikira batal.

22
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

3. Kawasan rejaman

Kawasan ini juga dikenali kawasan pendaratan, merupakan kawsan luas yang dibentuk

daripada ke dua-dua bahagian tadi. Kawasan ini hendaklah bersudut 29 darjah daripada

bahagian tengah garisan belakang kawasan larian dan mengukur keluar sehingga menjangkau

120 meter untuk pertandingan peringkat dunia atau tidak kurang 80 meter pada peringkat

sekolah atau negeri. Kawasan ini juga hendaklah

ditanda denga garisan setebal lima cm pada keseluruhan jarak. Pada sesetengah jarak,

umpamanya pada 50 meter, 60 meter, 70 meter dan sebagainya ditandakan sebagai panduan

kepada peserta untuk mengarahkan rejaman mereka.

4. Pita pengukur

Pemenang ditentukan menerusi ukuran, oleh itu alat pengukur amatlah diperlukan iaitu

pita pengukur. Setiap rejaman hendaklah diukur kecuali rejaman yang dibatalkan. Pada masa

kini alat pengukur elektronik banyak digunakan terutama semasa kejohanan antarabangsa.

Contohnya Sukan SEA dan Sukan Asia. Pengukuran dengan cara ini lebih cepat dan tepat.

5. Pakaian

Setiap peserta yang mengambil bahagian dalam a in hendaklah mematuhi etika tentang

pakaian. Pakaian hendaklah sesuai dengan acara yang dipertandingkan. Kasut yang sesuai,

iaitu spikes adalah diperlukan. Jika menggunakan kasut getah, peserta hendaklah memastikan

kasut itu berada dalam keadaan baik. Pastikan bahagian tapak sesuai dan memberikan

keselesaan kepada pemakai.

23
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

6. Kasut

Kasut yang paling sesuai digunakan dalam acara ini ialah spike yang mempunyai

enam paku di bahagian hadapan tapak dan dua paku di bahagian tumit. Spike yang digunakan

untuk acara-acara lain boleh digunakan juga. Jika kasut getah digunakan, pastikan kasut itu

dalam keadaan baik, terutama pada bahagian tapaknya.

PRINSIP-PRINSIP MEKANIK

Selain daripada faktor mekanik oleh perejam mengikut fasa-fasa, prinsip-prinsip

mekanik yang lain terrlibat untuk mendapat jarak rejaman lembing yang baik adalah seperti di

bawah :

i. Sudut perlepasan lembing

ii. Ketinggian perlepasan

iii. Ketinggian lembing

iv. Daya Aerodinamnik

v. Kesan giroskopik

vi. Kerelatifan kelajuan angin ( Relative wind speed )

1. Sudut Perlepasan

Sudut optima bagi perlepasan lembing ialah 45 darjah. Apabila komponen menegak

dan mendatar, halaju adalah sama. Tetapi 45 darjah adalah sudut yang dapat mewujudkan titik

perlepasan dan mendarat pada kerataan yang sama.

Beberapa orang pakar berpendapat sudut perlepasan bagi lembing jenis aerodinamik

ialah hampir kepada 40 darjah. Tetapi mereka bersetuju menyatakan bahawa seseorang itu

mestilah mahir menggunakannya tanpa menghasilkan sudut serangan yang lebih besar. Jadi

24
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

untuk menghasilkan lebih gerakan ‘menaik’(lift) dalam rejaman, kecenderungannya ialah

dengan mengangkat sedikiut kepala lembing. Keadaan ini akan memudahkan lagi kawalan

lembing dan kebanyakkan perejam suka kepada keadaan yang lebih selamat.

2. Ketinggian Perlepasan

Dalam rejaman yang dilakukan pada titik kedudukan di atas permukaan bumi akan

memberi kesan kepada sudut perlepasan. Oleh itu sudut serangan bergantung kepada

ketinggian perlepasan dan halaju lembing.

Kajian ini telah dihasilkan oleh Profesor A.C Aitken dari Universiti Of Edinburg dan

beliau telah menghasilkan satu formula untuk mengira jarak yang dipengaruhi oleh ketinggian

perlepasan.

3. Ketinggian Lembing

Layangan lembing dapat dipengaruhi oleh ketinggian sekiranya sudut perlepasan tidak

melebihi 45 darjah. Ini bermakna ketinggian dapat mempengaruhi jarak.

4. Daya Aerodinamik

Pembentukan lembing mempunyai sifat-sifat aerodinamik supaya membolehkan

pergerakkannya mendapat kuasa ‘forward rotation’ khususnya di bahagian kepala lembing

supaya ia menjunam ke bawah selepas rejaman. Sebagai contoh, sekiranya seseorang perejam

lembing itu mampu melakukan rejaman sejauh 60 meter, ia harus mempunyai pusat tekanan

terdekat kepada pusat graviti lembing itu supaya ‘forward rotation’ lembing itu lebih perlahan

semasa menjunam.

25
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Dalam konsep ini, kita dapat berdasarkan perubahan tekananm pada udara. Udara

yang berada di bahagian bawah lembing, pengalirannya lebih perlahan berbanding kelajuan

aliran udara di bahagian atas lembing. Ini akan menyebabkan tekanan udara di bahagian

bawah lembing akan menjadi tinggi jika dibandingkan dengan di bahagian atas lembing.

Perbezaan tekanan udara ini akan menghasilkan satu daya yang bertindak ke atas lembing

dinamakan daya angkatan. Angkatan ini akan menyebabkan lembing itu terapung ketika di

udara.

Keadaan ini menunjukkan bagaimana kesan udara dalam proses pengapungan itu.

Disebaliknya, udara dapat juga bertindak sebagai satu rintangan bergantung kepada faktur-

faktur yang berikut ;

a. Rupa bentuk objek

Pembentukkan lembing yang tirus dan tajam pada bahagian hujung dapat

mengurangkan daya rintangan udara. Lembing juga dibentuk ‘streamlined’ juga dengan

tujuan untuk mengurangkan rintangan.

b. Sudut serangan ( rejaman )

Apabila sudut serangan besar menunjukkan sudut perlepasan lembing juga besar.

Keadaan ini secara tidak lansung akan meningkatkan kesan rintangan udara terhadap

penerbangan lembing. Jika kita melakukan rejaman pada sudut perlepasan yang terlalu besar,

maka lembing itu pada permulaannya akan naik dan cepat menjunam. Ini akan menghasilkan

‘stalling’ dan putaran kebelakang pada lembing.

c. Kerelatifan Kelajuan Angin ( relative wind speed )

Kerelatifan angin bermaksud pergerakan angin ketika berlawanan dengan arah

pergerakkan lembing ‘moving from opposite direction’. Pada sudut pergerakkan yang sama,

semakin besar kerelatifan angin maka daya berlawanan yang terjadi juga adalah besar.

26
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

d. Kesan Giroskopik ( gyroscopic benefit )

Pemutaran ke atas lembing akan menambahkan sudut serangan semasa lembing

direjam. Pemutaran ini boleh diperolehi melalui teknik rejaman yang baik. Disebabkan

keratan lintang lembing adalah kecil maka daya giroskopik dapat menstabilkan layangan

lembing. Ini akan menyebabkan berlakunya angkatan dan leretan menjadi hampir malar

( constant ).

FASA-FASA ACARA MEREJAM LEMBING

Dalam acara merejam lembing terdapat beberapa fasa lakuan yang yang perlu

dijalankan mengikut ansurmajunya. Untuk memahami dengan lebih jelas mekanisma lakuan

merejam lembing, aspek-aspek mekanik yang terdapat perlu dijelaskan mengikut fasa-fasa

yang telah ditetapkan.

1. Fasa permulaan ( pegangan )

2. fasa larian landas

3. Fasa merejam

4. Fasa ikut lajak.

1. Fasa Permulaan

Pelaku ( perejam ) akan memegang lembing pada bahagian pusat gravity daripada

memegang jauh ke bahagian atas atau bawah lembing. Pegangan seperti ini dapat

mengekalkan kedudukan lembing dengan lebih tetap dan stabil. Memegang pada bahagian

pusat gravity ini juga lembing dapat diimbangi di antara bahagian depan dan belakang supaya

pegangan lembing menjadi lebih selesa dan stabil.

27
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

2. Fasa Larian Landas

Fasa ini bertujuan mendapatkan kelajuan yang maksima yang terkawal

pergerakkannya. Kelajuan merupakan salah satu faktur yang penting dalam mamastikan jarak

rejaman yang lebih baik.

i. Larian sejauh 5-6 langkah hendaklah dilakukan.

ii. Lembing dan badan peserta bergerak ke kedudukan ke belakang.

iii. Pandangan mata hendaklah ke hadapan apabila melangkah.

iv. Peserta Mendarat di belakang (sebelum) penanda arc dengan menggunakan tumit kanan

serta membawa berat badan ke belakang.

Rajah 8.1 Lari tuju, transisi dan langkah merejam.

3. Fasa Rejaman

Setelah melakukan kilasan pada bahagian pinggang, perejam akan membuat gerakkan

tarikkan daripada lengan yang berlaku pertama sekali pada paras bahu. Tangan yang bebas

dan bengkok tadi dihayun ke sisi untuk menambah daya putaran.

Kedudukkan kaki hadapan mesti sentiasa berada di landasan sehingga lembing dilepaskan.

Kedudukan ini dapat memberikan daya rintangan yang berguna kepada komponen-komponen

28
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

daya yang dikenakan. Jika perejam melonjak terlalu awal semasa lembing hendak dilepaskan

akan berlaku satu keadaan yang dipanggil ‘airbone’ di mana ke dua-dua kaki berada di udara.

Ini akan mempengaruhi jarak rejaman lembing.

Gerakkan yang akhir dilakukan dengan putaran keluar bahagian siku dan

meninggalkan tangan yang menggenggam lembing ke belakang. Kemudian luruskan bahagian

lengan sambil melepaskan lembing ke udara. Selepas lembing dilepaskan, daya gerakan badan

dan rewjaman akan membawa badan perejam ke hadapan. Untuk mengelakkan daripada

terjatuh perejam akan melalui fasa ikut lajak ‘follow through’

29
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

4. Fasa Ikut Lajak ( Pemulihan)

Kaki kanan yang bebas ditapakkan ke hadapan untuk memberikan rintangan kepada

badan jatuh ke hadapan. Bahagian lutut dibengkokkan untuk mengurangkan kejutan. Badan

perejam diimbangkan pada kaki ini sahaja. Kestabilan dibaiki untuk menghindarkan

pembatalan rejaman dengan melentikkan kaki ke atas. Kedudukkan ini akan merendahkan

kedudukkan pusat graviti untuk mendapatkan kestabilan.

TEKNIK-TEKNIK DAN ANSUR MAJU REJAMAN

Merejam lembing merupakan satu –satu acara lontaran yang dilakukan dalam kawasan

bukan berbentuk bulatan seperti dalam acara lontaran lain. Sebaliknya, rejaman dilakukan

daripada lorong larian yang memerlukan peserta membuat larian pada jarak lebih kurang 30

meter hingga 35 meter. Teknik rejaman antara satu peserta dengan peserta yang lain

dibezakan dengan menerusi cara membawa lembing, jumlah larian atau larian yang dibuat.

Ada beberapa peringkat yang terdapat pada perlakuan rejaman lembing. Peringkat-

peringkat itu adalah seperti berikut :

1. Cara memegang lembing

2. Larian awal

3. Peringkat rejaman awal

4. Peringkat pendaratan lembing dan ikut lajak

5. Peringkat undur diri

30
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

1. CARA MEMEGANG LEMBING

Terdapat tiga cara atau kaedah memegang lembing yang biasa dan sering digunakan

oleh hampir semua peserta ini termasuk peserta wanita. Perkara ini penting didedahkan

kepada mereka yang baru menceburi bidang ini, agar mereka dapat membiasakan diri dengan

cara atau kaedah ini.

a Cara Pegangan Gaya Amerika

Dalam kaedah pegangan lembing gaya Amerika , peserta akan memegang di antara

ibu jari denga jari telunjuk serta di sokong oleh tiga jari lain. Pastikan lembing di atas tapak

tangan. Kemudian ibu jari akan memegang sambil menggenggam lembing, manakala tiga jari

lain turut memegang sambil memberikan sokongan kepada pegangan itu.

b. Cara Pegangan Gaya Finnish

Dalam kaedah pegangan lembing ini peserta memegang lembing di antara jari hantu

dan di sokong oleh jari manis serta jari kelengkeng. Untuk melakukan pegangan peserta

meletakkan lembing di atas tapak tangan pada kedudukan di antara jari hantu dengan jari

manis. Jari kelengkeng bertindak memberi sokongan kepada pegangan ini. Cara ini tidak

sesuai untuk setengah peserta.

c. Cara Pegangan Gaya ‘U-Grip’

Lembing dipegang di antara jari telunjuk dengan jari hantu dengan dibantu oleh jari-

jari yang lain. Peserta memegang lembing pada tempat pegangan yang ditetapkan. Cara

31
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

pegangan ini boleh dilakukan oleh semua peserta. Pegangan ini hendaklah disesuaikan dengan

larian yang bakal dilakukan oleh peserta.

2. LARIAN AWAL

Setelah mendapat pegangan yang sesuai, bermakna dia sudah bersedia untuk

memulakan pergerakkan membuat rejaman pada lembing yang dipegangnya itu. Peserta

berkenaan hendaklah bersedia dari segi mental dan fizikal. Peserta tidak seharus mencuba

tergesa-gesa. Berikut adalah langkah-langkah yang menjadi panduan pada peringkat ini :

a. Peserta hendaklah berdiri pada keadaan sedia dengan merapatkan ke dua-dua

belah kaki di dalam kawasan larian yang disediakan sambil tangan memegang

lembing mengikut cara pegangan yang telah di pelajari.

b. Peserta meletakkan lembing pada bahu dan siku tangan yang memegang

lembing dibengkokkan ke hadapan. Jika peserta memegang lembing pada

bawah bahunya, dia hendaklah meluruskan tangannya seakan-akan selari

dengan lembing.

c. Peserta hendaklah menumpukan perhatian penuh terhadap lembing yang bakal

direjamkan tanpa mempedulikan keadaan sekitarnya.

d. Peserta melakukan larian sehingga langkah yang terakhir mendarat di belakang

penanda ‘arc’ dengan menggunakan tumit atau seluruh kaki hadapan.

Condongkan badan ketika berlari membawa lembing.

3. PERINGKAT MEMBUAT REJAMAN

Peserta akan menghadapi pergerakan penting dalam keseluruhan acara merejam

lembing. Jarak yang akan dicapai pada peringkat ini, haruslah diingat oleh peserta akan

32
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

melakukan rejaman sambil dirinya cuba memberhentikan keseluruhan badan supaya tidak

melepasi penanda ‘arc’. Perkara yang perlu diikuti ialah :

a. Melakukan langkah terakhir sebelum berhenti. Cuba membuka langkah seluas

mungkin supaya keseimbangan diperolehi.

b. Peserta hendaklah mendarat dengan kaki kanan berhampiran penanda ‘arc’

tanpa menyentuh, melangkah atau melepasi garisan ‘arc’.

c. Peserta hendaklah melepaskan lembing pada sudut antara 35 darjah hingga 40

darjah daripada permukaan padang.

d. Tangan yang tidak memegang lembing hendaklah mengawal rejaman dan

badan pada kedudukan yang betul semasa larian sehingga membuat rejaman.

4. PENDARATAN LEMBING DAN IKUT LAJAK

Langkah yang harus dilakukan ialah dengan memberhentikan keseluruhan badan di

hadapan penanda ‘arc’ tanpa melepasi penanda. Jika peserta melepasi penanda ini atau

terkeluar dari kawasan rejaman, bermakna rejaman akan dibatalkan. Peserta hendaklah

menumpukan perhatian dan pandangan kepada lembing yang baru dilontarnya sehingga

lembing mendarat sekurang-kurangnya peserta dapat melihat tempat pendaratan.

5. PERINGKAT BERUNDUR DIRI

Setelah semua fasa di atas dilakukan, akhirnya peserta hendaklah kembali ke tempat

peserta menunggu untuk rejaman seterusnya mengikut giliran yang ditetapkan. Dalam

pusingan seterusnya peserta hendaklah melakukan perhara yang sama dilakukan pada

pusingan sebelumnya.

33
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Peserta akan melakukan rejaman mengikut giliran yang ditetapkan menerusi undian

yang telah dijalankan. Sekiranya jumlah peserta seramai lapan orang atau kurang, setiap

peserta akan diberi enam kali rejaman. Jika jumlah peserta melebihi lapan orang, tiga kali

rejaman akan diberikan kepada semua peserta. Lapan peserta yang terbaik akan layak ke

pusingan akhir. Dalam pusingan ini setiap peserta akan diberikan tiga rejaman.

Peserta yang mempunyai rejaman paling jauh dan sah rejamannya dikira sebagai

pemenang. Sekiranya terdapat dua pemenang atau lebih peserta, Pemenang akan ditentukan

oleh rejaman kedua yang paling jauh.

Rejaman dikira batal jika bahagian lain daripada kepala lembing yang menyentuh

tanah terlebih dahulu. Peserta dilarang menggunakan alat sokongan atau bantuan untuk

memberi kelebihan pada rejaman kecuali tali pinggang untuk menyokong pinggang. Peserta

dilarang meninggalkan kawasan rejaman selagi lembing belum mendarat. Apabila rejaman

disahkan peserta hendaklah melalui bahagian belakang kawasan ‘arc’ dan dua garisan lurus di

kiri dan kanannya.

Terdapat sekurang-kurangnya empat orang pengadil atau pegawai pertandingan untuk

menjalankan acara ini. Pengadil pertama akan memastikan sama ada peserta memijak

penanda ‘arc’ atau tidak. Pengadil kedua memastikan peserta memegang lembing dengan

betul atau tidak. Pengadil ketiga dan keempat akan menentukan titik pendaratan lembing sama

ada sah atau tidak. Pegawai yang akan membuat pengukuran jarak sama ada terdiri daripada

kalangan pegawai ini atau pegawai lain.

Sekiranya lembing patah atau pecah semasa peserta sedang melakukan rejaman,

percubaan itu tidak dikira sebagai rejaman. Tetapi jika peserta telah membuat rejaman dan

lembnig terpatah atau menjadi rosak, kesan rejaman itu adalah atas budi bicara pegawai

pertandingan. Peserta hendaklah mendapat arahan dari pegawai pertandingan untuk

34
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

melakukan rejaman, bagi mengelakkan daripada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku

peserta hendaklah membuat rejaman mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

KESALAHAN YANG BIASA DALAM REJAMAN LEMBING

1. Kedudukan lembing jauh dari telinga, ini akan mempengaruhi daya yang

dikenakan oleh bahu kerana tidak dapat digunakan sepenuhnya pada lembing.

2. Terlalu menumpukan perhatian pada larian landas sehingga koordinasi badan

untuk melakukan rejaman tidak diperolehi.

3. Tidak menanamkan tumit dengan kukuh dan baik dan ini menyebabkan tiada daya

tindakbalas antara tumit dan bumi.

4. Kedudukan torso terlalu menegak hinga menyebabkan tapak rejaman terlalu kecil

untuk mewujudkan kelajuan perejam.

5. Kedudukan torso terlalu jauh kebelakang dan kaki terlalu luas dikangkangkan, ini

menyebabkan halaju pusat graviti berkurangan dan bahagian pinggang tidak

melintasi melebihi kaki hadapan maka ini akan mempengaruhi jarak dan kelajuan

lembing

6. Tidak dapat mengawal badan semasa membuat rejaman kerana larian landas yang

terlalu laju.

7. Tidak ada pergerakan yang menyentap ( flik ) yand dapat memberi kesan

giroskopik kepada rejaman.

8. Tidak mengikut lajak selepas melakukan rejaman ( hayunan badan dan kaki )

35
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

1. Saiz kumpulan jangan terlalu ramai untuk memudahkan kawalan.

2. Lembing hendaklah dibawa dengan cara menegak dengan kedudukan muncung ke

bawah.

3. Elakkan diri daripada berlari semasa membawa lembing kecuali ketika membuat

rejaman.

4. Semua perejam hendaklah berdiri dibelakang garisan yang telah disediakan dan

bergerak ke hadapan apabila mendapat arahan daripada guru.

5. Jurulatih mesti memastikan tidak ada seorang pun berada dalam kawasan pendaratan

dan sekitarnya.

6. Atlit mesti berada di belakang garisan selepas membuat rejaman dan jangan secara

serta merta mengejar lembing. Ambil lembing setelah diarahkan oleh jurulatih atau

guru.

7. Lembing hendaklah dibawa balik dengan cara yang betul dan bukan nya dengan cara

melontar kepada peserta lain.

36
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

3. LEMPAR CAKERA

Prinsip Asas Melempar Cakera

Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melemparcakera itu seberapa jauh

yang boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan

peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke kawasan sector

yang bersudut 40° di hadapan bulatan.

Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koordinasi dan ritma yang

seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera, faktor-faktor mekanikal juga perlu diambil

perhatian untuk keberkesanan tindakan melempar cakera.

Empat factor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan dan

sudut pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera ketika ia

bergerak di udara setelah dilemparkan. Jika cakera itu bergerak dalam bentuk “bulan

pernama” apabila dilemparkan, sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera

akan memperlahankan pergerakan cakera ke hadapan. Sebaliknya cakera yang dapat

digerakkan secara memotong udara akan kurang rintangan udara dan mungkin terus terapung

di udara dan bergerak lebih jauh.

Ketika memberi demonstrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan,

guru hendaklah menarik perhatian pelajarnya kepada turutan tindakan bahagian badan. Ini

dapat membantu mereka memahami asas pengumpulan daya dan peranan bahagian badan

seperti kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan melempar cakera.

Keselamatan Latihan Melempar Cakera

Guru yang mengajar berkewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka

menjalani latihan melempar cakera. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku,

37
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

guru hendaklah tegaskan kepada pelajarnya tentang langkah-langkah keselamatan ketika

menjalani latihan dan pentingnya semua pelajar mematuhinya. Berikut adalah beberapa

panduan untuk menjaga keselamatan pelajar yang menjalani pelajaran melempar cakera.

a. Pelajar menjalani latihan melempar di kawasan yang ditetapkan oleh guru.

b. Pelajar menunggu gilirannya di tempat yang dianggap selamat dan tidak

menunggu di keliling atau berhampiran bulatan lemparan di mana pelajar lain

sedang membuat percubaan.

c. Pelajar yang bersedia untuk melempar hendaklah terlebih dahulu memastikan tiada

sesiapa di belakangnya dekat bulatan atau dihadapannya dalam kawasan

pendaratan ketika dia memulakan lemparannya.

d. Amalkan prinsip keselamatan iaitu ‘semua melempar, semua memungut’ jika

latihan berkumpulan diamalkan oleh pelajar.

e. Cakera hendaklah dipungut dan dibawa semula ke tempat mula melempar oleh

pelajar. Tidak dibenarkan pelajar membaling cakera kepada peserta yang

menunggu gilirannya.

Fasa Pergerakan Melempar Cakera

Secara umumnya, melempar cakera terdiri daripada fasa pergerakan yang berikut:

a. Fasa persediaan termasuk pegangan cakera

b. Fasa hayunan awalan

c. Fasa lemparan

d. Fasa ikut lajak dan pemulihan.

38
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Teknik Memegang Cakera

Salah satu faktor yang mempengaruhi pergerakan cakera di udara adalah cara alat itu

dipegang ketika ianya dilempar oleh seseorang pelempar. Oleh itu teknik memegang cakera

hendaklah dianggap penting dalam keseluruhan proses mekenoar cakera. Para pelajar perlu

membiasakan dirinya dengan teknik yang betul melalui latih tubi yang sesuai mengikut

kemampuannya.

Cara memegang cakera hendaklah selamat, selesa dan sesuai dengan bidang tapak

tangan pelajar. Guru seharusnya mengingatkan para pelajar bahawa alat ini dipegang dan

tidak digenggam dengan jari-jari yang dibengkokkan. Para pelajar cuba membayangkan cara

mereka memegang sebuah buku di sisi badannya.

Tekapkan tapak tangan kanan(bagi yang melempar dengan tangan kanan) ke atas

muka cakera di mana ruas hujung jari yang bengkok melekap kepada bahagian simpai logam.

Ibu jari rehat atas muka cakera. Jari-jari itu direnggangkan agak sama jaraknya. Ini adalah

cara asas memegang cakera.

39
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Teknik Melempar Cakera

Umumnya terdapat dua kaedah asas untuk melempar cakara iaitu Gaya Berdiri dan

Gaya Berpusing. Berdasarkan gua gaya ini, telah dicipta beberapa gaya lain yang merupakan

variasi oleh ahli-ahli sukan dalam bidang lempar cakera.

40
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Bagi para pelajar yang baru belajar acara ini, melempar dengan gaya berdiri adalah

memadai dan sesuai untuk peringkat permulaan. Sama seperti dalam pembelajaran acara

merejam lembing dan melontar peluru, latihan membaling dengan gaya berdiri hendaklah

diamalkan sebagai salah satu langkah ansur maju dalam latihan melempar cakera. Setelah

mereka biasa atau menguasai teknik melempar dengan gaya ini, teknik melempar dengan

rotasi badan boleh diperkenalkan kepada mereka.

Tumpukan perhatian kepada butir-butir mengajar yang utama untuk memudahkan

pembelajaran para pelajar di setiap peringkat latihan yang dijalaninya.

Teknik Gaya Berdiri

Teknik ini juga dikenali sebagai gaya 90°

Fasa 1 : Persediaan.

a. Pelajar berdiri dengan gaya menghalakan bahu kirinya(tangan bebas) ke arah

kawasan cakera mendarat.Pastikan gay lakuan berdiri ini adalah selesa. Kaki

berjarak seluas bidang bahu. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki

kiri.

b. Cakera dipegang dalam tangan kanan. Badan direndahkan.

Fasa 2: Hayunan Awalan

a. Untuk memulakan hayunan ke belakang, cakera terlebih dahulu digerakkan

menyilang badan ke depan bahu kiri. Pada ketika ini tangan kiri memberi

sokongan kepada cakera

41
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

b. Cakera dihayun ke belakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan

dihayunkan ke depan semula dekat bahu kiri. Berat badan berubah dari kaki kiri ke

kaki kanan mengikut rentak hayunan.

c. Semasa hayunan ke belakang, para pelajar rendahkan badannya

sedikit(bengkokkan lutut)dan badannya juga mengilas ke belakang sambil berpaksi

di atas hujung kaki.

Fasa 3: Pelemparan

a. Ekoran dari hayunan ke belakang yang terakhir(selepas dua atau tiga hayunan),

pelajar mengilaskan badannya ke hadapan didahului dengan siku kiri dan kepala

mendongak.

b. Cakera digerakkan dengan kencang ke hadapan dengan tangan yang lurus. Cakara

dilemparkan ke hadapan secara menaik apabila sampai ke aras bahu kanan. Sudut

lemparan atau pelepasan cakera yang dianggap sesuai adalah 30°-35°

Fasa 4: Ikut lajak dan pemulihan

a. Ketika melempar cakera, kedua-dua kaki menolak tanah dan diluruskan sehingga

badan terangkat. Tindakan kaki ini penting untuk menambah daya kepada

lemparan itu.

42
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

b. Pelemparan cakera yang kencang akan menyebabkan kaki kanan terangkat ke

belakang untuk mengimbangi badan yang condong ke depan. Mata masih

memerhatikan pergerakan cakera.

Teknik Gaya Berpusing dan Melempar

Teknik ini sukar bagi para pelajar yang lemah koordinasinya dan yang masih belum

menguasai kemahiran asas melempar dengan gaya berdiri. Bagi para pelajar yang telah mahir

dengan gaya berdiri, teknik gaya berpusing badan atau rotasi boleh diperkenalkan melalu

latihan yang beransur maju.

Dalam gaya rotasi ini, momentum dan daya melempar dikumpulkan ketika peserta

memulakan hayunan awalannya, berpusing dan tindakan melempar di saat-saat akhir.

Fasa Persediaan

Pesera berdiri di bahagain belakang bulatan dan membelakangkan kawasan pendaratan

cakera. Teknik memegan cakera adalah seperti untuk gaya berdri. Kaki berjarak seluas bidang

bahu.

Fasa 1,2: Hayunan Awalan

Badan direndahkan semasa melakukan hayunan awalan. Hayunan dilakukan seperti

yang diterangkan dalam gaya berdiri. Beri perhatian kepada kilasan badan yang luas julatnya

mengikut hayunan tangan yang memegan cakera.

Fasa 3-7: Rotasi atau berpusing

a. Apabila selesai hayunan terakhir, pelajar mengilaskan badannya ke kiri dengan

berpaksi atas bebola kaki kiri. Badan berpusing dengan kaki kanan melangkah ke

arah lawan jam sehingga pelajar berhadapan dengan kawasan pendaratan.

43
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

b. Selesai sahaja langkah ini, kaki kiri pula melangkah ke belakang disusuli pusingan

badan sambil peserta berpaksi di atas bebola kaki kanan. Sebaik sahaja kaki kiri

mencecah tanah (selesai tindakan berpusing) kaki kanan terus bergerak ke depan

diikuti pusingan badan.

Fasa 8-10: Pelemparan

Apabila hampir selesai mengilaskan badannya dan menghadap kawasan lemparan

tangan yang memegang cakera pun telah dihayunkan sampai ke aras bahu tangan tersebut

Peserta akan merasa simpai logam cakera itu semakin menekan di atas ruas jarinya. Pada

ketiak inilah cakera itu dilempar dengan tangan yang lurus dan jari-jari memutar cakera

mengikut arah jam sebagai tingakan terakhir dalam melepaskan cakera. Pastikan kedua-dua

belah kaki membantu pelemparan dengan menolak kuat ke atas tanah.

Fasa 11: Ikut lajar dan pemulihan

Selepas cakera dilemparkan, tangan yang melempar itu akan terus bergerak menyilang

badan di aras leher dan kemudian membengkok di akhir pergerakannya. Pada masa yang

sama, kaki kanan akan ke depan bulatan dan kaki kiri terangkat ke belakang. Sambil

mengimbangkan badannya, peserta terus memerhati cakera hingga ia mendarat.

44
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Latihan Ansur Maju

Latihan 1

Tujuan : Mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika

melepaskannya.

45
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

a. Berdiri dengan kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang, bengkokkan kaki sedikit.

b. Hayun cakera berulang kali ke depan dan ke belakang di sisi badan.Ingat, jangan

menggenggam cakera. Pegang seperti yang diterangkan sebelum ini.

c. Setelah menghayunkan cakera beberapa kali, condongkan badab ke depan,

lepaskan cakera supaya ia bergolek ke atas tepinya (simpai logam) secara lurus ke

depan. Di saat-saat akhir melepaskan cakera, putarkan cakra dengan pergerakan

jari tengah dan telunjuk.

Latihan 2

Tujuan : Latihan fasa akhir dalam lemparan cakera

Berdiri dan melemparkan cekera dengan kilasan badan

a. Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijarakkan.

Pegang cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan.

b. Hayun cakera ke belakang dengan tangan lurus dan badan mengilas ke kanan.

Ketika melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung kedua kaki.

c. Sambil mengilaskan badan dan menghayunkan cakera ke hadapan, tolak dengan

kedua-dua belah kaki dan melempar cakera ke kawasan pendaratan.

46
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Latihan 3

Tujuan : Latihan berpusing selepas menghayun cakera

a. Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan sedikit.

Hayun cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri

b. Pada kali kedua sambil hayun cakera ke depan, badan berpusing ke rah lawan jam.

Cakera masih mengikut dari belakang.

c. Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri yang berpaksi.

d. Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang.

e. Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan

memusngkan badan sebagai panduan kedudukan kaki. Buat latihan dengan

pergerakan yang perlahan dan kemudian beransur maju

Simulasi peringkat selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar.

47
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

4. LOMPAT JAUH

Lompat jauh adalah merupakan salah satu daripada acara Olimpik yang tertua. Pada

asalnya ia dilakukan dari posisi berdiri dan di panggil lompat jauh setempat (standing long

jump). Pada tahun 1896 di Sukan Olimpik Modern di Athens, lompat jauh sambil berlari telah

dipertandingkan. Ia adalah seperti lompat jauh yang dikenali pada hari ini iaitu mengandungi

satu larian yang amat pantas, lonjakan dan lompatan yang kuat.

i. Jarak yang dicapai dalam lompat jauh bergantung kepada kelajuan permulaan lompatan,

sudut peluncuran pusat graviti, ketinggian lompatan dan sisi mendarat.

ii. Untuk mencapai jarak yang terbaik, atlet harus meninggalkan tanah dengan kelajuan

terpantas menggunakan kaki hadapan seberapa dekat yang boleh kesebelah depan papan

lonjakan.

iii. Jika kaki lonjakan atlet melepasi tepi sebelah depan papan lonjakan, lompatan itu tidak

akan dikira walau sejauhmana sekalipun lompatan tersebut.

kaki kaki

pasir pasir

Rajah 5.1 Lompatan sah dari papan lonjak. Rajah 5.2 Lompatan batal kerana tersentuh pasir.

48
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Papan pemijak

PAPAN
LONJAK
PLASTISIN
NN
3O darjah

10 1
cm 15
cm

12 cm

Rajah 5.3 Papan Lonjakan

Teknik-teknik untuk acara lompat jauh.

i. Atlet berlari, memijak tanda semak dan melompat dengan kaki yang sama. Pada dua

langkah yang terakhir daripada tiga langkah larian itu, atlet coasts atau lari bersahaja,

supaya ia bergerak atas apa yang dikenali sebagai borrowed speed dan bersedia untuk

melompat dari papan lonjak.

ii. Atlet memijak papan dengan jari-jari kaki lonjakan. Berat badan ditumpukan ke atas

kaki, pinggul, lutut dan sendi-sendi mata kaki diluruskan dengan kuat bersama-sama

dengan paha kaki bukan-lonjak (kaki bebas) yang dinaikkan. Tubuh badan tegak

sementara kepala berada dalam keadaan selari dengan bahu.

iii. Selepas melakukan lonjakan, kaki melonjak dibengkokkan dan dihayun kehadapan

sementari kaki bebas diluruskan kebawah dan ke belakang. Lengan-lengan digunakan

untuk mengimbangi gerak-gerakkan kaki.

49
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

iv. Kaki lonjak diluruskan sebagai persediaan untuk mendarat dengan kedua-dua lengan

dibawa ke atas kepala.

v. Kaki bebas di bawa kehadapan bersama-sama dengan kaki lonjak. Kedua-dua lengan

dihayun kebelakang semasa mendarat.

Ansur Maju

Dalam lompatan, tingginya lompatan dan pergerakkan mendatar tidak ada kaitan. Jadi,

semasa mempelajari teknik lompat jauh yang menggunakan gaya tendang kayuh, atlet itu

memerlukan lebih masa, lebih tingginya di udara. Ini boleh didapati dengan melompat papan

anjal yang diletakkan pada hujung larian dan melompat ke dalam kawasan mendarat.

Tingginya lompatan boleh ditegaskan dengan meletakkan satu sapu tangan atau selendang

yang digantung atas kawasan mendarat lebih kurang di poin tertinggi lompatan. Atlet cuba

menyentuhnya dengan bahagian atas kepala dan bukan dengan dahi.

Fasa-fasa lompat jauh

1. Lari tuju (lari landas)

2. 2 stride terakhir

3. Takeoff

4. Layangan dan mendarat

50
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Rajah 4.1 Fasa lari landas

Rajah 4.2 (d-f) fasa penultimade stride

Rajah 4.3 (g-i) stride akhir; (j-k) takeoff

Rajah 4.4 Fasa layangan (l-p) dan mendarat (q-s)

51
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

5. LOMPAT KIJANG

Pengenalan

Lompat kijang satu acara padang yang tergolong dalam kategori lompatan. Acara ini

dikhususkan untuk lelaki sahaja, tetapi sejak 1993 acara ini mula disertai juga oleh wanita.

Malah, dalam beberapa kejohanan olahraga peringkat antarabangsa di Eropah telah diadakan

acara lompat kijang untuk wanita. Sebagai acara olahraga, lompat kijang masih menjadi milik

lelaki di peringkat sekolah di negara kita walaupun di peringkat kebangsaan diadakan juga

untuk wanita.

Berdasarkan sejarah olahraga, dipercayai acara lompat kijang ini mula diperkenalkan

di Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19 dari Scotland dan Ireland. Pada asalnya, acara ini

dikenal sebagai hop-step and jump, tetapi kemudiannya dikenal sebagai triple jump. Pada

tahun 1900, acara ini telah dimasukkan sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik, Iaitu

dalam siri kedua sukan ini.

Bagaimanapun, corak lompatan pada ketika itu amat berlainan dengan cara dan

peraturan lompatan sekarang. Ketika itu, dua lonjakan (hop) mesti didahului sebelum

membuat lompatan. Ini berbeza dengan peraturan sekarang di mana hanya satu lonjakan yang

diikuti oleh satu langkah dimestikan sebelum membuat lompatan.

Kelengkapan

Sebagaimana lompat jauh, lompat kijang juga memerlukan lorong larian dan ruang

khas untuk membuat lompatan. Antara ruang dan peralatan yang diperlukan dalam acara ini

adalah seperti berikut.

52
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Lorong Larian

Lorong larian yang mempunyai jarak yang sesuai untuk pecutan, lonjakan dan

lompatan adalah diperlukan. Jarak lorong larian yang piawai berukuran 58m panjang dan

1.22m lebar.

Papan Pelepas ( Take Off Board)

Papan pelepas digunakan sebagai petanda kawasan pelepasan untuk memulakan

lonjakan. Papan pelepas ini berukuran 20cm X 1.22m yang diletakkan 13m dari hujung

terdekat kawasan pendaratan.

Petunjuk Plastisin

Ia digunakan untuk mengesan dan membuktikan pembatalan dalam satu-satu lompatan

yang dibuat oleh peserta. Plastisin ini diletakkan pada hujung papan pelepas, dan sebarang

kesan tapak kaki yang dihasilkan pada plastisin ini, menandakan pembatalan pada lompatan

itu.

Kawasan Pendaratan (Landing Area)

Kawasan pendaratan digunakan untuk pendaratan sesuatu lompatan. Kawasan ini

diisikan dengan pasir yang dilembabkan. Saiz standard kawasan pendaratan ialah

9m X 2.75m.

53
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Pita Pengukur

Pita pengukur digunakan untuk mengukur jarak sesuatu lompatan. Jarak lompatan

diukur dari hujung terdekat pada papan pelepas ke hujung terdekat di dalam kotak pendaratan,

Yakni ke titik terdekat yang mampu dilompat oleh pelompat. Dalam kebanyakan kejohanan

antarabangsa, ukuran dibuat mengunakan alat elektronik.

Pengukur Halaju Angin

Alat ini digunakan untuk mengukur halaju angin ketika satu-satu lompatan dibuat,

sama ada lompatan tersebut dibantu oleh tiupan angin atau tidak. Namun, dalam kejohanan

peringkat sekolah, daerah malah negeri, alat ini jarang digunakan.

Bendera Isyarat

Bendera digunakan oleh pengadil atau pegawai untuk mengawasi langkah pelompat

pada papan pelepas, dan satu lagi digunakan oleh pegawai yang mengawasi petak mendarat.

Terdapat dua jenis bendera yang digunakan, iaitu warna putih untuk memberi isyarat

lompatan yang sah dan warna merah untuk isyarat lompatan yang batal.

Kasut Berpaku (Spike)

Kasut yang sesuai penting untuk larian dan lompatan. Kasut berpaku dan bertumit

plastik yang keras sesuai digunakan untuk acara ini.

Aspek Dan Teknik Melompat

Ada enam aspek penting dalam lompat kijang yang perlu diberikan perhatian, iaitu

kelajuan larian, pelepasan, lonjakan, langkahan, lompatan dan pendaratan.

54
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Kelajuan Larian

Larian yang tidak sesuai dan tidak dirancang boleh menyebabkan corak langkah tidak

konsisten, penggunaan tenaga yang maksimun sebelum lompatan dibuat, lompatan yang tidak

tepat, dan pendaratan yang tidak selesa boleh menyebabkan kecederaan.

Lompat kijang lebih memerlukan daya tumpuan dan kebolehan untuk mengimbangkan

tenaga yang baik. Untuk menguasai keseimbangan ini, corak larian hendaklah dikawal dan

dilakukan dalam keadaan yang tenang dan terancang. Melalui kombinasi yang sesuai, ketiga-

tiga tahap iaitu lonjakan, langkahan dan lompatan akan dapat dimaksimumkan. Tahap yang

maksimum ini dapat diwujudkan apabila daya momentum yang mendatar pada larian dan

menegak pada lonjakan, langkah dan lompatan dapat dikawal dan dielakkan daripada

kehilangan.

Teknik larian yang baik diukur berdasarkan jarak larian optimum.

i. Langkah antara 15 hingga 20 kali atau 2m - 2.5m sebelum membuat lompatan

disarankan.

ii. Untuk ketepatan, check-mark pada jarak 4 – 6 langkah dari papan pelepas boleh dibuat.

iii. Lakukan larian mrngikut kelajuan dan kesesuai dengan check-mark agar pelepassan

dibuat dengan baik dan sempurna.

Pelepasan

Dalam satu-satu lompatan , terdapat tiga pelepasan yang akan berlaku sebelum

pendaratan dibuat. Setiap pelepasan inilah yang akan menentukan keupayaan dan jarak yang

mampu dicapai oleh seseorang pelompat. Penghasilan corak pelepasan yang baik dapat

memaksimumkan daya lompatan serta mengurangkan gangguan akibat sudut hentian yang

terjadi ketika momentum menegak berlaku. Pada tahap pertama, Pelompat hendaklah

55
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

mendisplinkan dirinya, yakni hendaklah membahagikan keupayaan tangannya kepada nisbah

tertentu. Ini penting untuk menyimbangkan tenaga antara komponen momentum menengak

dan mendatar.

Lonjakan

Selepas pelepasan pertama, lonjakan akan dibuat. Dalam peraturan lonjakan , kaki

yang sama hendaklah digunakan apabila membuat lonjakan dan pendaratannya. Maksudnya,

sekiranya pelompat melonjak menggunakan kaki kanan, maka pendaratannya hendaklah

menggunakan kaki kanan juga. Penggunaan keupayaan mengikut proposi yang cekap adalah

perlu supaya tidak menjejaskan tahap selanjutnya. Dengan ini, lonjakan yang dapat mengawal

kehilangan momentum mendatar hendaklah ditekankan.

Oleh itu, penggunaan teknik lonjakan yang baik amat perlu. Teknik ayunan tangan

(arm shift) dan kayuhan kaki (cycling) disarankan. Melalui teknik ayunan tangan ke hadapan

manakala kaki pula mengayuh akan dapat meningkatkan keupayaan disamping mengawal

keseimbangan semasa pendaratan dilakukan dengan sebelah kaki.

Rajah 5.1 Fasa Melonjak

56
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Langkah

Selepas pendaratan dari tahap pertama tadi, pelepasan untuk tahap kedua pula

mengikuti. Tahap langkah ini merupakan tahap yang paling lemah dalam ketiga-tiga tahap

yang wujud dalam acara lompat kijang ini. Peraturan pada tahap ini berbeza daripada

peraturan yang dikenakan pada tahap lonjakan tadi. Pada tahap ini, penggunaan kaki yang

sama untuk melangkah dan mendarat dianggap batal.

Ini bermakna, sekiranya pelompat menggunakan kaki kanan untuk melangkah, maka

pendaratan hendaklah dibuat menggunakan kaki kiri pula. Disebabkan tahap ini merupakan

tahap yang paling lemah, ia perlu diperbaiki untuk mencapai jarak lompatan yang lebih jauh.

Teknik ayunan dua belah tangan dan pembukaan yang luas disarankan. Dengan membuat

ayunan kedua-dua belah tangan ke hadapan, pelompat akan dapat membuat satu kombinasi

dengan kakinya yang dibuka luas yang dapat menolak badannya ke hadapan dengan lebih

kuat lagi.

Rajah 5,.2 Fasa Melangkah

57
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Lompatan

Tahap terakhir teknik lompatan bagi lompat kijang tidak banyak bezanya dengan acara

lompat jauh. Perbezaannya hanyalah daripada segi keupayaan yang wujud. Pada tahap ini,

tenaga yang ada telah pun dikurangkan dengan banyaknya semasa lonjakan dan langkahan

dibuat.

Berasakan hakikat ini, teknik ayunan punggung dan kayuhan separuh kaki disarankan.

Teknik ini akan membantu pelompat menghasilkan momentum menegak yang kuat sebelum

kaki mencecah pasir.

Penggunaan pergerakan kaki teknik jack-knifing adalah disarankan. Teknik ini sesuai

digunakan pada pendaratan yang terakhir yang mana ia berupayaan mengelakkan momentum

menegak daripada terus terhenti. Selanjutnya juga, teknik ini berkemampuan memindahkan

pusat graviti yang terdapat pada badan pelompat ke bahagian kaki dan sebahagian kecil ke

tangan. Maka, melalui pengawalan kaki dan tangan setelah pelompat mencecahkan kakinya

ke pasir, ia akan dapat mengawal keseimbangan badannya untuk terus bergerak ke hadapan.

Undang-undang dan Peraturan

i. Setiap peserta akan diberikan peluang membuat tiga atau enam lompatan seperti yang

ditentukan oleh pegawai pertandingan. Jika bilangan peserta ramai, lompatan kelayakan

akan dijalankan untuk menentukan peserta ke pusingan akhir.

ii. Lompatan paling jauh daripada lompatan yang sah dibuat akan dikira sebagai pencapaian

terbaik peserta.

iii. Peserta hendaklah membuat lompatan pada papan lompatan yang disediakan di lorong

melompat.

iv. Jika peserta membuat lompatan melepasi atau melebihan papan lompatan, lompatan itu

tidak dikira atau dibatalkan dan jarak lompatan yang dibuat tidak diambil kira.

58
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

v. Jarak larian untuk membuat lompatan tidak terhad, asalkan peserta tidak terkeluar

daripada lorong larian yang disediakan.

vi. Jika peserta membuat lompatan sebelum kaki memijak papan lompatan, maka lompatan

itu juga dikira batal.

vii. Pengukuran lompatan dibuat pada sudut 90° dari tempat paling hampir disentuh oleh

peserta di dalam kawasan sempurna atau sah sahaja diukur.

viii. Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan adalah dilarang, kecuali kasut atau spike

untuk membuat lompatan.

59
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

6. LOMPAT TINGGI

Pengenalan

Lompat tinggi merupakan salah satu acara padang yang dipertandingkan dalam sukan

olehraga. Ia disertai oleh peserta lelaki dan wanita dan dipertandingkan dari peringkat sekolah

rendah hinggalah ke peringkat antarabangsa.

Dipercayai bahawa acara ini telahpun dimulakan pada acara olimpik kuno dan

mendapati acara ini diminati ramai. Ia mula dipertandingkan dalam sukan Olimpik 1896

hinggalah sekarang. Buat julung kalinya ia dikendalikan pada kurun ke-19 bertempat di

England. Para peserta bertanding dan bersaing melepasi palang yang diletakkan di antar dua

belah tiang yang boleh diturunkan dan dinaikan berdasarkan pada tingkat ketinggian yang

telah ditetapkan.

Dalam pertandingan ini, sekiranya peserta-peserta itu gagal untuk melepasi ketinggian

palang selepas membuat lompatan tiga kali berturut-turut dalam percubaannya maka

penyertaannya dianggap batal atu dibatalkan dan bagi peserta yang terakhir sekali berhenti

atau pembatalannya terakhir sekali dianggap pemenang. Acara lompat tinggi jika ditinjau dari

mata kasar merupakan satu acara yang mudah iaitu melepasi palang. Jesteru itu ia dinamakan

lompat tinggi. Namun begitu, ia tidak semudah yang kita sangkakan kerana lompat tinggi juga

ada teknik-teknik yang tersendiri. Ahli-ahli sukan Olahraga berpendapat bahawa acara lompat

tinggi ini memerlukan kebolehan semulajadi seseorang itu. Ia meliputi aspek fizikal dan

kesediaan mental seseorang. Acara lompat tinggi itu memerlukan koordinasi yang baik antara

pergerakan dan tumpuan pemerhatian.

Dari masa ke semasa, terdapat banyak perubahan dari segi teknik lompat tinggi.

Perubahan ini dilakukan untuk mendapat lompatan yang lebih baik di samping untuk

mengelakkan diri daripada kecederaan. Perubahan yang paling nyata ialah gaya atau teknik

60
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

lompatan. Gaya yang pertama diperkenalkan dan digunakan untuk sekian lama ialah gaya

gunting ( Scissors Style ) dan diikuti dengan Gaya Timur. Selepas itu diperkenalkan Gaya

Guling Barat ( Western Roll ), Plana ( Straddle ) dan Gaya Lentang ( Flop ).

Pada peringkat awal acara lompat tinggi, lompatan statik digunakan. Gaya ini

digunakn dalam peringkat awal sukan Olimpik. Gaya Gunting mula diperkenalkan oleh

peserta-peserta dari Asia. Gaya Plana pula diperkenalkan oleh peserta-peserta dari Eropah,

manakala Gaya Lentang dipopularkan di Amerika Syarikat.

Pada tahun 1968, seorang pelompat tinggi berbangsa Amerika syarikat, Dick Fosbury

teah memperkenalkan satu gaya baru lompat tinggi yang membolehkannya memenangi pingat

emas Olimpik 1968 di Mexcio. Gaya yang beliau gunakan ialah gaya lentang yang kelihatan

lebih menarik. Sejak itu gaya tersebut semakin popular dan diminati. Ia kini sering digunakan

oleh atlit-atlit lompat tinggi di seluruh dunia, termasuklah atlit Malaysia. Mengambil sempena

pengasas gaya lompatan itu dikenali sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury Flop.

2. TEKNIK-TEKNIK LOMPATAN

Teknik Gaya Gunting

Menjelang abad ke-19, seorang berbangsa Amerika bernama Mike Sweeney telah

mencadangkan lompat tinggi jni gunting ini sebagai pilihan dari hadapan sebelum ini.

Lompatan gunting bermaksud peserta akan melepasi palang pada sebelah kaki dan dengan

segera diikuti dengan kaki yang sebelah lagi hampir pada ketika yang sama, sambil

melepaskan keseluruhan tubuh melepasi palang.

Teknik ini telah ditiru oleh seorang Jerman bernama Pierre Lewden yang

kemudiannya terus mempopularkan gaya ini. Teknik lompatan ini menjadi ikutan para peserta

lompat tinggi ketika itu. Pergerakan dalam lompatan cara gunting itu adalah seperti berikut :

61
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

i. Peserta membuat larian dari sudut kiri atau kanan lorong larian

mengikut keselesaan sendiri.

ii. Peserta membuat lompatan dengan mengangkat dan melepasi kaki

hadapan diikuti dengan kaki sebelah lagi.

iii. Ketika kaki hadapan berada di atas palang, kaki yang sebelah lagi

menendang ke atas, menyebabkan dada berputar ke arah lompatan.

iv. Peserta mendarat dengan menggunakan sebelah kaki atau kedua-dua

belah kaki tanpa menjatuhkan badan.

Gaya gunting ini bertahan selama tempoh antara Perang Dunia Pertama ( 1914 – 1945 ),

malah menjadi satu – satunya cara yang digunakan oleh hampir semua peserta yang

mengambil bahagian dalam kejohanan sukan terbesar seperti Sukan Olimpik.

Teknik Western Roll

Teknik lompat gaya gunting telah diperbaharui untuk memberi keselesaan kepada

peserta dan yang lebih penting lagi untuk mendapatkan ketinggian maksimum dari lompatan

tersebut. Seorang rakyat Amerika, George Horrine telah mencipta gaya baru dalam gaya

lompatan lompat tinggi. Dalam teknik ini, peserta akan membuat lompatan dengan

keseluruhan badannya hampir rata dengan palang, iaitu pada bahagian sisi badannya sama ada

sisi kiri atau kanan. Pergerakan peserta sepanjang lompatan melalui teknik ini dinamakan

putaran ( roll ) dan dikenali sebagai Western Roll, sebutan daripada tempat asal Horrine, iaitu

dari pantai Barat Amerika Syarikat. Daripada lompatan menggunakan ini, Horrine menjadi

orang pertama yang melepasi 2 meter iaitu pada 18 Mei 1912, di Palo Alto, California.

Selepas itu gaya lompatan Western Roll terus menjadi ikutan para peserta lompat tinggi ketika

itu.

62
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Penggunaan gaya lompatan yang baru ini menyebabkan rekod baru dicipta dari semasa

ke semasa. Hal ini menjadi lebih mudah dengan setiap peserta berusaha pula memperbaiki

teknik ini supaya lebih mudah dan dapat meningkatkan ketinggian lompatan.

Teknik Gaya Plana

Terdapat empat fasa utama dalam teknik melompat gaya plana yang berturutan di

antara satu sama lain, iaitu pendekatan larian landas, lonjakan, kedudukan badan atas palang

( penerbangan ) dan pendaratan.

Pendekatan larian landas

Pendekatan larian landas untuk melompat mempunyai beberapa tujuan seperti

berikut :

i. untuk membentuk penukaran optimum pergerakan mendatar serta

mendapatkan sokongan kepada sudut untuk melonjak dengan kekuatan yang

maksimum.

ii. Mendapat rentak dan corak larian yang lancar.

iii. Membolehkan peserta memperolehi sudut yang sesuai untuk membuat

lonjakan.

Pendekatan larian dalam gaya plana adalah mengikut garis lurus hingga ke tempat

membuat lonjakan. Larian dibuat dengan langkah yang panjang, iaitu biasanya antara lima

hingga tujuh langkah. Peserta akan berlari dengan bahagian tumit kaki terlebih dahulu

mencecah lantai gelanggang sebelum dipindahkan ke hujung kaki.

Dalam gaya plana, bahagian – bahagian badan peserta akan melepasi palang lompatan,

lorong terbang ( flight path ) mestilah dijauhkan sedikit dari palang. Tujuannya supaya

63
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

bahagian terakhir badan peserta dapat dikawal daripada terkena palang. Oleh itu sudut yang

sesuai selalu digunakan ialah di antara 52 – 45 darjah.

Sebelum mendapatkan larian landas, kaki yang selesa dan kuat untuk melonjak atau

tumpuan hendalkah dipastikan. Ini boleh ditetapkan dengan menyuruh atlit membuat

lompatan gunting melintasi palang. Altit mula berlari dari sebelah kiri tiang tegak ( iaitu

pelompat yang akan melompat dengan kaki kiri ). Setiap langkah ke arah palang seakin

panjang dan juga pusat gravity juga semakin rendah. Pendaratan kaki juga semakin jauh ke

hadapan badan semakin hampir dengan palang. Gerakan peha adalah agak tinggi ke depan.

Semasa melangkah tumit kaki menyentuh bumi terlebih dahulu diikuti oleh tapak kaki lain.

Langkah kedua sebelum melonjak adalah langkah yang panjang sekali dan seketika itu bahu

dibawa ke depan. Semasa langkah ini di ambil, kaki bebas 9 hanyun ) dibawa ke depan dalam

keadaan agak bengkok.

Jarak larian boleh ditentukan dengan menandakan satu bulatan berjejari 50 cm

berhampiran dengan tiang tegak, iaitu tiang kiri bagi pelompat yang melonjak dengan kaki

kiri atau sebaliknya. Letakkan kaki lonjakan di tengah bulatan ini dan lari ke hadapan pada

sudut 30 darjah. Lima atau tujuh langkah dari tengah bulatan sudah memadai. Tandakan

langkah terakhir iaitu langkah lima atau tujuh. Seterusnya lari kembali kearah palang dan

pastikan langkah terakhir memijak tempat yang sama. Jika langkah itu tidak konsisten,

penyesuaian dibuat. Akhirnya ukur jarak antara 5 atau 7 langkah. Ukuran ini boleh digunakan

pada masa latihan yang akan datang.

64
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Lonjakan

Sebelum melonjak, peserta perlu merendahkan pusat gravity badannya. Teknik

melakukannya perlu betul kerana ia boleh menjejaskan kelajuan larian. Lutut kiri

dibengkokkan pada langkah terakhir larian, dan tangan dihayunkan ke belakang serta tumit

kaki pasak badan dalaam keadaan condong ke belakang. Pada langkah terakhir ini peserta

mesti bersedia untuk mula melonjak keatas palang. Apabila kaki kanan ( depan ) mula

dihayun ke atas, tangan yang dibelakang tadi turut ikut serta.

Ketika inilah kaki kiri ( belakang ) akan membuat lonjakan sekuat yang mampu.

Tindakbalas kepada penekanan dan daya gerak ke atas, pertukaran gaya lonjakan kaki dan

penyerapan hentakan mestilah berlaku dengan pantas.

Kedudukan badan atas palang.

Dalam kebanyakan kes, tangan adalah bahagian yang pertama sekali melintasi palang,

diikuti oleh kaki depan. Kaki depan yang mendatar di atas palang hendaklah mengawal

pergerakan bahagian badan yang lain untuk dibawa melepasi palang.

Ketika badan mula melepasi palang, kaki kiri iaitu kaki belakang dibengkokkan

serapat yang boleh utnuk mengelakkan dari terkena palang. Tangan kiri dirapatkan ke dada.

Sebaik sahaja separuh badan melepasi palang, peserta akan menjunamkan kepala dan bahunya

ke arah tilam mendarat. Ini akan membantu pergerakan pinggang berada dalam posisi yang

betul untuk meseluruhan badan melepasi palang. Kaki belakang tidak perlu menendang ke

atas tetapi cukup sekadar mengekalkan posisi bengkoknya .

65
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Pendaratan

Selepas berjaya melompat melepasi palang, peserta terus menuju ke kawasan

pendaratan. Peserta akan memusingkan badan dari posisi mengiring kepada posisi melentang

dengan jatuhan badan ke atas tilam mendarat.

Teknik Gaya Lentang ( Fosbury Flop )

Gaya lentang ( flop ) merupakan teknik lompatan yang paling akhir diperkenalkan

oleh seorang ahli lompat tinggi yang berasal dari Amerika Syarikat iaitu Dick Fosbury pada

tahun 1968. Lompatan ini sangat sesui untuk atlit lompat tinggi yang mempunyai larian yang

pantas tetapi kurang daya lonjakan kaki. Dari kajian yang dibuat oleh pakar-pakar

menunjukkan bahawa penggunaan daya untuk melonjak adalah selama 0.14 saat untuk gaya

lentang berbanding 0.22 saat untuk gaya plana.

Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa murid-murid

tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, guru mestilah

memastikan bahawa tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau

latihan.

Dalam gaya lentang atau Fosbury Flop ini, terdapat empat fasa yang perlu oleh

seseorang pelompat iaitu :

1. Fasa penujuan.

2. Fasa lonjakan.

3. Fasa layangan.

4. Fasa pendaratan.

66
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Fasa penujuan ( larian landas )

Fasa penujuan adalah sangat penting untuk mendapatkan lompatan yang sempurna.

Dalam fasa ini, peserta membuat larian utnuk memperolehi daya yang tinggi untuk membuat

lonjakan, Jarak larian untuk membuat lompatan bergantung kepada ketinggian peserta dan

keberkesanannya membuat lonjakan. Disebabkan dalam gaya ini peserta akan melompat

secara membelakangi palang lompatan, maka teknik larian juga berbeza dari gaya plana.

Corak larian pada kebiasaannya adalah berbentuk garisan lengkung.

Larian yang mengikut lengkungan akan menghasilkan daya centrifugal iaitu daya

cenderung untuk keluar dari pusat putaran. Daya ini akan membantu melempar badan peserta

ke atas palang apabila membuat lonjakan.

Jejari lengkungan ( jika menjadi bulatan ) ketika mengambil larian biasanya lebih

kurang 6 meter. Saiz jejari lengkungan ini adalah bergantung kepada ketinggian peserta dan

kebiasanya berlari pada jarak tersebut.

Biasanya pelompat mengukur tujuh hingga sembilan langkah larian. Peserta biasanyaa

mengukur jumlah langkah dengan mengira langkahnya sambil berlari bermula dari tempat

permulaan lonjakan di hadapan palang. Kaki yang digunakan untuk melonjak hendaklah

diletakkan pada tanda permulaan lengkungan. Setelah hampir kepada lengkungan kedua,

hendaklah menambahkan kelajuan untuk melompat.

Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang bahagian

dahulu. Cara menentukan penujuan gaya Fosbury Flop adalah seperti gambar rajah di bawah :

67
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Fasa lonjakan

Apabila pelompat berada tiga atau empat langkah sebelum mula melonjak serta sudah

ada tendersi untuk melayangkan badan ke ats palang maka pengukuhan posisi badan dan

gaya belari digabungkan bersama. Apabila hampir dengan tempat untuk melonjak, kaki yang

akan melonjak seharusnya berada di posisi selari dengan palang lompatan. Keadaan ini akan

menempatkan badan peserta di posisi yang baik untuk mengelakkan badan daripada terkena

palang apabila sudah melompat.

Gaya tangan sangat penting untuk membantu mengangkat badan peserta ketika

melompat. Gaya ini hampr seupa seperti dalam gaya plana. Ketika pelompat bergerak di

langkah terakhir larian, kedua belah tangan dihayunkan ke belakang. Peserta akan memulakan

pergerakan melompat dengan membawa kaki belakang ke hadapan serta mengangkat kaki

dengan peha selari denagn permukaan gelanggang. Kaki haadapan ( kaki yang kuat atau yang

digunakan untuk melonjak ) mula menujah badan ke atas. Tangan dihulurkan ke atas untuk

memandu atau mengawal pergerakan badan ke atas palang.

Fasa layangan.

Selepas keseluruhan badan telah dilonjak ke atas, maka pelompat akan cuba

melentikkan badannya utuk melepasi palang. Kedua-dua belah tangan diluruskan selari

dengan rusuk badan. Kaki dibiarkan bebas untuk memudahkan pelompat melenturkan badan

iaitu bahagian pinggang. Lenturan atau lentikan badan ini akan membantu bahagian punggung

pelompat melepasi palang. Ketika ini badan pelompat berbentuk huruf ‘ J ‘.

Apabila badan mula mendarat, pelompat akan menarik lutut ke hadapan di mana

kedua belah kaki diluruskan ke atas. Pergerakan ini perlu pantas dan berterusan dengan

68
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

pendaratan ke tilam mendarat. Ini adalah penting mengelakkan bahagian betis dan tumit

daripada terkena palang dan ia juga sebagai persediaan untuk pendaratan.

Fasa pendaratan

Serentak dengan mengangkat kaki ke atas, pelompat menarik kepala daan dadanya ke

arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagian

belakangnya ( tulang belikat ).

LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI GAYA FOSBURY FLOP

Sebelum memulakan latihan ini, murid-murid mestilah terlebih dahulu dapat

menentukan kaki manakah yang akan digunakan untuk membuat lonjakan.

Latihan 1

Melompat lapan petak dwngan posisi separuh cangkung. Latihan ini khusus ditujukan

pada bahagian kaki.

Latihan 2

Lari melepasi pagar dengan melompat menggunakan kedua-dua belah kaki. Jarak

antara pagar disusun sejauh 1 meter. Kedua-dua kaki dan tangan dibengkokkan semasa

melakukan lompatan.

Latihan 3

Berlari anak atau pantas beberapa langkah ke hadapan dan kemudian melengkung

beberapa langkah ke kiri. Sekiranya pelompat melompat dengan kaki kanan, dia haruslah

melengkung ke kanan. Latihan ini hendaklah dibuat berulang-ulang. Latihan ini bertujuan

untuk melatih muid-murid supaya dapat berlari lurus dan melengkung.

69
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Latihan 4

Seperti dalam latihan 3, apabila pelompat melangkah tandaan di bahagian

melengkung, dia mestilah melonjak dengan serta merta ke atas. Kemudian kedua-dua belah

tangannya dihayunkan ke atas ( siku dibengkokkan 0 dan badan dipusingkan ke udara dengan

lutut kaki bebas menyilang badan. Pelompat mendarat di atas kaki lonjak sambil menghadap

tempat permulaan. Latihan ini berupa latihan penujuan, lonjakan dan memusingkan badan di

udara.

Latihan 5

Seperti latihan 4, pelompat melonjak ke atas dan melentik badan. Sebelah tangan

dihulur ke belakang untuk menyentuh palang yang tergantung. Latihan ini bertujuan untuk

melentikkan badan.

Latihan 6

Pelompat berdiri membelakangkan tali atau palang yang direntangkan. Pelompat

melonjak dengan kedua-dua belah kaki ke belakang sambil melentikkan badan dan melepasi

tali. Pelompat mendarat di atas bahagian bahu atau belakang badan. Latihan ini bertujuan

untuk melentikkan badan, melepasi halangan dan mendarat.

Latihan 7

Pelompat berlari lima hingga tujuh langkah dan terus melompat dengan gaya Fosbury

Flop. Latihan ini merupakan latihan berlari pantas dan menentukan tempat yang sesuai untuk

melonjak.

70
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Prosedur Lompatan

Jarak untuk mengambil larian sebelum melompat tidak dihadkan. Peserta juga boleh

memilih sudut atau penjuru yang dia suka untuk lompatan. Bahan-bahan yang sesuai seperti

sapu tangan boleh juga digunakan untuk menanda tempat bagi membuat lompatan.

Ketinggian paras lompatan untuk permulaan setiap pusingan akan ditentukan oleh

pengadil sebelum acara dimulakan. Setiap peserta akan diberi tiga peluang untuk membuat

lompatan bagi setiap paras ketinggian. Peserta yang gagal melepasi palang selepas tiga

peluang melompat akan terkeluar daripada pertandingan. Pemenang akan ditentukan oleh

peserta yang membuat lompatan yang tinggi. Sekiranya terdapat keputusan seri maka,

disemak pula rekod lompatan sebelum ini.

Contah rekod lompatan adalah seperti di bawah:

Nama 1 2 3

Ali X X /

Abu X / /

Ali berjaya melompat melepasi palang pada percubaan yang ketiga manakala Abu

pula berjaya pada percubaan kedua. Oleh itu Ali akan diumumkan sebagai pemenang

walaupun paras ketinggian adalah sama, dan kedua-duanya gagal melepasi ketinggian

berikutnya setelah tiga percubaan diberikan. Ketinggian palang diukur secara menegak, iaitu

bersudut 90 darjah dengan permukaan gelanggang. Ukuran diambil dari bahagian atas

palang. Setelah tamat sesuatu paras ketinggian, pengadil akan mengukur ketinggian baru

sebelum peserta dibenarkan melompat.

71
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI UNTUK

GAYA FOSBURY FLOP

BIL PERKARA FORMULA PENERANGAN

1. Hukum F1 = F 2 1. Semasa lonjakan, tolakkan sebelah kaki

Newton ke bumi

ketiga 2. Hayunkan tangan dan kaki hendaklah

berhampiran dengan badan supaya

mencapai lonjakan yang maksimum

2. Pusat Graviti 1. Semasa pusingan badan, pelompat

mengekalkan pusat gravity untuk

mencapai stability.

2. Pelompat menahan pergerakan ke

bawah sebelum melonjak ke atas

supaya pusat gravity beralih ke

bahagian hadapan melibatkan

komponen menegak.

3. Stabiliti 1. Badan dilentikkan ke belakang semasa

lonjakan untuk offset pusat gravity

supaya pelompat sentiasa cuba mencari

stability.

2. Larian dilakukan secara perlahan ke

pantas, langkah pendek ke langkah

panjang sebelum membuat lonjakan.

4. Geseran 1. Kasut hendaklah jenis spike supaya

menghasilkan daya yang lebih besar

72
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

dengan permukaan trek semasa larian.

5. Momentum MV 1. Pelompat hendaklah mempunyai jarak

larian yang cukup supaya pelompat dapat

halaju yang meksimum bagi jarak itu untuk

menghasilkan momentum yang maksimum

juga kerana momentum = masa X halaju.

6. Daya 1. Badan hendaklah melentik ke belakang

centrifugal semasa melepasi palang.

dan 2. Semasa melepasi palang, kaki

centripetal diluruskan manakala kepala

mendongak ke atas bagi menghasilkan

lompatan yang sempurna.

BUTIR-BUTIR MENGAJAR

Lompat tinggi terbahagi kepada 4 fasa yang utama iaitu:

1. Fasa penujuan ( Approach )

2. Fasa lonjakan ( Take-off)

3. Fasa layangan ( Bar Clearance )

4. Fasa Pendaratan ( Landing )

1. Fasa penujuan

73
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

1.1 Penujuan atau larian landas merangkumi larian lurus dan larian lengkung ( Curved )

1.2 Dalam larian lurus lebih kurang 3 hingga 6 langkah diambil.

1.3 Semasa larian lurus, belakang badan di tinggikan ( upright runk )

1.4 Tambahkan kelajuan larian dengan langkah yang lebih besar dan kuasa.

1.5 Condongkan ke dalama semasa larian lengkung, Bahu yang di dalam lengkung lebih

rendah daripada bahu yang di dalam lengkung.

1.6 Teruskan penambahan kelajuan larian.

2. Fasa Lonjakan

2.1 langkah yang terakhir lebih pendek. Kaki lonjak mesti , mesti mendarat cepat aksi ‘

acceleration ‘

2.2 Tumit arah ke kawasan mendarat. Kaki tidak sepatutnya selari dengan hadapan

kawasan mendarat.

2.3 Kaki yang bukan kaki lonjak dinaikkan cepat ke kedudukan horizontal dan

mengekalkan kedudukan begitu.

2.4 Tangan dihayun ke atas ketinggian kepala dan kekalkan kedudukan.

3. Fasa Layangan

3.1 Selepas melonjak, teruskan degan kaki yang bukan kaki lonjak dalam kedudukan

horizontal.

3.2 Gerkkan tangan kiri sebagai pendahulu melepasi palang.

3.3 Angkat pinggul semasa melepasi palang.

3.4 Apabila pinggul sudah melepasi palang, dengan cepat kepala mendekati dada.

4. Fasa Pendaratan

74
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

4.1 Mendarat dengan keseluruhan belakang dan disokong dengan tangan.

4.2 Jarakkan lutut semasa mendarat.

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI

Pertandingan

1. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian.

2. Sebelum pertandingan bermula, hakim-hakim akan mengumumkan kepada

peserta-peserta ketinggian lompatan permulaan dan juga ketinggian yang akan

dinaikkan setiap kali berakhirnya satu-satu pusingan sehingga hanya seorang

pemenang sahaja yang tinggal, atau terdapat keadaan seri bagi tempat pertama.

Melainkan seorang peserta sahaja yang tinggal.

a) Palang tidak boleh dinaikan kurang daripada 2 CM, bagi setiap pusingan.

b) Penambahan bagi kenaikkan palang tidak boleh dibenarkan.

Di dalam pertandingan bercampur yang dikelolakan dibawah peraturan 12.1 (a), (b) dan (c).

Setiap ketinggian yang ditambah adalah 3 CM, sehingga tamat pertandingan.

3. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.

4. Sebaik sahaja pertandingan dimulakan, para peserta tidak dibenarkan

menggunakan landas lari ataupun kawasan melonjak untuk latihan.

5. Seorang peserta gagal jika:

a) Setelah melompat, palang tidak berada di atas cagak-cagak pengalasnya kerana

aski peserta tersebut ketika melompat

b) Menyentuh bumi terrmasuk kawasan mendarat di belakang kedua-dua tiang

tersebut dengan sebrang bahagian badannya tanpa melompat melepasi palang

tersebut. Walau bagaimanapun jika ketika melompat peserta itu menyentuh

75
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

kawasan mendarat dengan kakinya dan pada hemat hakim, tidaklah menjadi

satu sebab untuk dianggap sebagai gagal.

6. Seorang peserta boleh mula melompat setinggi mana yang disukainya keatas

ketinggian permulaan dan boleh melompat sesuka hatinya di paras-paras tinggi

yang berikutnya. Tiga kali kegagalan berturut-turut tidak kira dimana sahaja

kegaglan itu berlaku, akan menyingkirkan peserta tersebut dari membuat lompatan

lagi, melainkan dalam keadaan seri di tempat pertama. Tujuan peraturan ini adalah

untuk membolehkan seseorang peserta bertindak menolak giliran melompat kedua

dan ketiga pada ketinggian tertentu ( setelah gagal lompatan pertama atau kedua )

masih boleh melompat pada ketinggian berikut. Jika seseorang peserta tidak

melompat di sesuatu ketinggian, ianya tidak lagi boleh melompat pada ketinggian

itu, melainkan jika terdapat seri.

7. Sebatang penguku ketinggian yang baru hendaklah dibuat sebelum para peerta

melompat pada ketinggian tersebut. Di dalam hal pemecahan rekod-rekod, hakim-

hakim mestilah memeriksa ukuran ketinggian palang yang diletakkan pada

ketinggian rekod mestilah mengukur sekali sebelum percubaan pemecahan rekod

seterusnya sekiranya palang itu disentuhi.

NOTA: Hakim-hakim hendaklah memastikan sebelum memulakan pertandingan

bahawa muka depan dan bawah kayu palang dapat dikenali dan kayu palang itu

hendaklah sentiasa diletakkan dengan muka yang sama ke atas dan ke hadapan.

8. Walaupun sesudah semua peserta gagal, kecuali seorang masih melompat, maka ia

tidak layak lagi meneruskan pertandingan. Ketinggian seterusnya adalah

ditetapkan oleh peserta-peserta tersebut setelah berbincang dengan hakim atau

referi berkenaan.

NOTA. Ini tidak termasuk acara-acara bercampuran.

76
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

9. Lompatan yang terbaik dari semua lompatan diambil dalam keadaan seri untuk

tempat pertama.

10. Lompatan yang terbaik dari semua lompatan bagi tiap-tiap peserta akan dikira

termasuk lompatan yang diambil dalam keadaan seri untuk tempat pertama.

Landas Lari Dan Kawasan Melompat

11. Jarak minimum bagi landas lari ialah 15 cm, kecuali di dalam pertandingan.

Pertandingan di bawah peraturan 12.1 (a), (b) dan (c) di mana jarak minimumnya

ialah 20 m. Di mana keadaan mengizinkan jarak minimum landas hendaklah

berukuran25 m.

12. Curam keseluruhan maksimum landasan dan kawasan melompat tidak boleh

melebihi 1 250 ke arah bahagian tengah palang.

13. Landasan di tapak tempat melonjak hendaklah rata. Jika tikar digunakan semua.

Rujukan dalam peraturan mengenai rata balapan atau kawasan melompat

hendaklah rata dengan permukaan tikar

14. Penanda. – seseorang peserta boleh menggunakan satu atau dua penanda ( yang

disahkan atau disediakan oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola ) bagi membantu di

dalam larian dan lompatannya. Sekiranya penanda seperti itu tidak disahkan,

peserta itu boleh menggunakan pita pelekat tetapi bukan kapur atau sebarang

bahan seperti itu, ataupun sebarang benda yang boleh meninggalkan kesan yang

kekal.

Alat-alat.

77
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

15. Tiang-tiang. Sebarang jenis tiang boleh digunakan kejor/tegar. Cagak-cagk

hendaklah dipasng dengan kemas kepada tiang-tiang, Tingginya tiang-tiang ini

mestilah melebihi maksimum ketinggian ke mana kayu palang boleh dinaikkan

dengan sekurang-kurangnya 10 mm. Jarak diantara tiang-tiang tidak boleh kurang

daripada 4.00 meter dan tidak lebih daripada 4.04 meter.

16. Tiang-tiang tidak boleh dianjakkan sewaktu pertandingan dijalankan, melainkan

padaa pendapat referi bhawa tempat melonjak atau kawasan mendarat tidak lagi

sesuai digunakan. Dalam keadaan seperti ini, perubahan hanya dilakukan setelah

sesuatu pusingan diselesaikan.

17. Palang. Kayu palang hendaklah diperbuat daripada bahan seperti “ fiber glass”,

logam atau lain-lain bahan yang sesuai, berbentuk bulat pada keratan rentasnya

kecuali di kedua-dua hujungnya. Panjang keseluruhan palang tersebut ialah 4.00 m

( lebih kurang 2 cm ). Berat maksimumnya ialah 2 kg. Garis bahagian bulatnya

ialah 30 mm. Palang tersebut hendaklah mengandungi tiga bahagian-bahagian

berbentuk bulat panjang dan dua bahagian hujung, setiap satu berukuran lebar 30 –

35 mm dan panjang 15 – 20 cm bagi tujuan diletakkan di atas cagak tiang. Hujung

palang hendaklah licin dan kukuh. Hujung palang tidak boleh disalut dengan getah

atau dengan apa juga bahan lain yang akan mengakibatkan lebih pergeseran di

antara hujung palang dan cagak. Palang ini tidak boleh menyentuh apabila

diletakkan di atas tempatnya. Lenteruan yang dibolehkan ialah paling maksimum 2

cm. Pengawasan, gantungkan timbangan seberat 3 kg di tengah-tengah palang

ketika berada di tempatnya. Kemungkinan ianya akan menyentuh 7 cm

maksimum.

7. LARI BERPAGAR

78
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Pada asasnya, lari berpagar adalah memecut melompat pagar-pagar. Tujuannya ialah
melepasi pagar-pagar dengan sedikit sahaja gangguan dalam ritma pecutansemula jadi. Ini
bermakna, pagar-pagar hendaklah dilintasi dengan aksi ‘langkah-lepas’ dan bukan dengan
lompatan. Pergerakan haruslah secara lembut sepenuhnya.
Semua acara lari berpagar dijalankan dalam lorong. Acara 100 meter dan 110 meter
dijalankan di lorong lurus dan acara 400 meter dijalankan di balapan selekoh.

Setiap perlumbaan melibatkan sepuluh pagar. Tinggi pagar berbea mengikut jarak
perlumbaan.

Acara Ketinggian Pagar


110 m (L) 106.7 sm (3 kaki 6 inci)
100 m (W) 84.0 sm (2 kaki 9 inci)
200 m (W) 76.2 sm (2 kaki 6 inci)
400 m (L) 91.4 sm (3 kaki)
400 m (W) 76.2 sm (2 kaki 6 inci)

79
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

PENEMPATAN PAGAR-PAGAR

Sepuluh pagar digunakan untuk setiap perlumbaan tetapi jarak dari garisan permulaan
ke pagar pertama, jarak di antara pagar-pagar dan jarak dari pagar terakhir ke garisan penamat
berbea-bea untuk setiap acara.

Acara Jarak dari Jarak di antar pagar Jarak dari pagar


permulaan ke pagar terakhir ke garisan
pertama penamat
1. 100 m (W) 13.00 m 8.50 m 10.50 m
2. 110 m (L) 13,72 m 9.14 m 14.02 m
3. 200 m (L) 18.29 m 18.29 m 17.10 m
4. 400 m (L) 45 m 35 m 40 m
5. 400 m (W) 45 m 35 m 40 m

80
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

LATIHAN ANSUR MAJU UNTUK LARI BERPAGAR

Pada mulanya, atlet harus memastikan kaki mana yang akan digunakan sebagai kaki
lonjakan melepasi pagar. Untuk memastikan kaki lonjakannya, dia melompat melepasi
sebatang buluh, tali atau batang yang diletakkan pada ketinggian yang rendah. Selepas
melakukan beberapa lompatan percubaan, atlet boleh memastikan kaki lonjakannya dan harus
mengingati kaki tersebut. Ini hanyalah aktiviti lompatan yang berlaku dalam latihan ansur
maju. Anda mesti ingat bahawa lari berpagar adalah satu acara berlari dan buka acara
lompatan.

81
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Ansur maju:

1. berlari dan melompat melepasi sebatang buluh, tali atau batang untuk memastikan
kaki lonjakan.
2. ambil kedudukan berdiri untuk mulaan dengan kaki lonjakan di hadapan, berhampiran
garisan permulaan.
3. berlari melepasi buluh-buluh atau tali-tali yang diletakkan di atas tanah, melepasi
halangan pertama pada langkah kelima dan halangan kedua dengan langkah
kesembilan.

Langkah-langkah untuk lari berpagar

4. seperti no.3 tetapi atlet harus melepasi buluh-buluh atau tali-tali yang telah dinaikkan
sedikit lebih kurang enam inci
5. latihan melangkah melepasi satu pagar.

(a) (b) (c)

82
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

(c) (d) (e)

6. latihan rangkaian melangkah pagar tanpa menggunakan pagar.


Berjalan beberapa langkah, kemudian:

(a) melangkah dengan kaki lonjak (kaki kanan).

(b) Naikkan kaki lain (kaki kiri) seperti dalam gambar rajah sebagai persediaan
untuk melangkah-melepasi ‘pagar’.

83
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

(c) Menghulurkan kaki kiri ke hadapan di atas ‘pagar’.

(d) Menurunkan kaki kiri ke bawah.

(e) Teruskan berjalan empat langkah lagidan mengulangi rangkaian melangkah


pagar.

7. gabungan langkah 5 dan 6 iaitu, berjalan empat langkah dan melangkah melepasi
pagar.
8. berlari dan melepasi satu pagar kemudian berlatih melepasi dua pagar.

84
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Cara melepasi pagar

9. seperti no.8 tetapi menambah larian penujuan ke pagar pertama yang biasanya
menggunakan 8 langkah (untuk larian 100 meter atau 110 meter berpagar).
10. seperti no.9 tetapi bermula dengan mulaan dekam.
11. berlatih dengan jarak sebenar larian penujuan, iaitu jarak betul di antara pagar, tetapi
menggunakan tiga pagar sahaja untuk latihan ini.
12. seperti no.11 tetapi menentukan corak melangkah dan memperbaiki ritma dan tempo
pergerakan.
13. seperti no.12 tetapi jumlah pagar ditambah hingga sepuluh pagar seperti yang
digunakan dalam perlumbaan sebenar.

LATIHAN-LATIHAN UNTUK LARIAN BERBAGAR.

Lari pagar amat memerlukan kelenturan dan mobiliti, terutamanya daripad pinggul
groin, pinggang dan bahu. Latihan-latihan di bawah sesuai untuk larian berpagar.
Latihan di bawah harus dilakukan dengan menggunakan kedua-dua kaki kanan dan
kiri supaya kedua-dua belah bahagian badan diregang dan digerakkan.

85
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

LARI BERPAGAR SAMBIL DUDUK (GROUND HURDLING)

1. duduk di atas tanah dengan sebelah kaki (kaki kanan) lurus dan kaki lain (kaki kiri
bengkok). Paha-paha bersudut tepat antara satu sama lain dan setiap kaki selari
dengan kaki bawah.

2. bengkokkan badan ke hadapan pinggang, tekankan dada ke arah paha hadapan


sambil lengan yang bertentangan dijangkaukan ke hadapan.

KELONGGARAN BATANG TUBUH (TRUNK SUPPLENESS)

3. duduk seperti dalam latihan No.1,memancakkan jari dan merunsingkan siku


kiri di keliling lutut dan kaki kiri.

SPLIT

4. mengambil posisi ‘split’ supaya tapak depan bersudut tepat dengan kaki dan
kaki belakang mengarah ke depan. Pandang ke bawah dan imbangkan badan
dengan jari-jari.

86
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

5. condong ke depan daripada pinggang. Sentuh kaki di bawah paras lutut dengan
dagu anda.

MEMBONGKOK DARI PAGAR (HURDLE BENDS)

6. letakkan sebelah kaki di atas pagar dengan kaki mengarah ke luar.

7. bongkok ke depan dan sentuh tanah dengan tangan yang hampir sekali kepada
pagar.

87
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

MEMUTAR PINGGUL (HIP CIRCLING)

8. condong ke depan dan memegang pagar.

9. hayun salah satu kaki ke atas.

10. hayunkan kaki ke depan dan melakukan satu putaran lengkap;menegaskan angkat
paha.

88
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

HAYUNAN KAKI (LEG SWING)

11. memegang pagar dengan dua belah tangan. Hayunkan kaki kiri melintasi
badan ke arah kanan; kaki kanan mengikut arah hayunan.

12. turunkan kaki ke bawah kemudian tukar hayunan ke sebelah kiri. Kaki kanan
memutar mengikut hayunan.

13. berdiri di sisi pagar dan memegangnya dengan tangan kanan. Hayunkan kaki
kiri secara longgar ke belakang pinggul.

89
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

14. hayunkan kaki kiri ke hadapan. Pastikan kaki kanan berada lurus dan batang
badan dalam keadaan tegak.

KAKI ‘LEAD’ (LEAD LEG)

15. berdiri di sisi pagar, dengan tangan kanan di letakkan di hujung pagar.

16. condong ke hadapan dan menghayun kaki ‘lead’ ke atas pagar. angkatkan tangan
anda semasa melintasi pagar.

90
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

17. letakkan semula tangan di atas pagar apabila kaki telah diturunkan sementara
badan berdiri tegak.

KAKI ‘TRAIL’ (TRAIL LEG)

18. berdiri di hujung pagar dengan tangan kiri memegang pagar.

19. bawa kaki trail ke atas dan angkat tangan.

20. putarkan kaki trail di atas pagar dan gerakkan kaki daripada pinggul.

91
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

21. bawa kaki kiri ke bawah dan letakkan tangan di atas pagar.

22. pegang pagar di hadapan badan sambil berdiri di sisi pagar. hulurkan kaki yang
berhampiran pagar ke belakang, kaki ini adalah kaki trail.

23. hayunkan kaki trail di atas pagar.

24. bawa kaki trail ke pagar dan turunkan kaki.

92
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

8. LARI BERGANTI-GANTI

Pengenalan

Lari berganti-ganti merupakan satu-satunya acara berpasukan atau berkumpulan

dalam sukan olahraga. Ada acara untuk peserta lelaki dan juga acara untuk peserta untuk

wanita. Dalam sesuatu pertandingan olahraga , lari berganti-ganti sering menjadi tumpuan

ramai. Lari berganti-ganti juga adalah acara yang paling menarik dalam bidang trek dan

padang. Biasanya acara berganti - ganti 4x 100 dan 4 x 400 meter disusun pada akhir

program sebagai kemuncak di mana penonton dapat menikmati kehandalan pasukan-pasukan

yang bertanding dalam sesuatu pententangan hebat dari segi kederasan dan kemahiran

penukaran baton.

Pasukan yang menang dalam acara ini hanya dikesan selepas keputusan terakhir

tersebar sebab kemungkinan ada baton yang terjatuh, pelari - pelari menerima baton luar

daripada zon terhad untuk pertukaran baton atau pembatalan lain. Dalam keadaan ini ,

pasukan yang mempunyai keempat-empat pelari yang pantas dengan hantaran yang tidak baik

akan ditewaskan oleh pasukan di mana pelari-pelarinya yang mempunyai kepantasan

sedarhana sahaja tetapi hantaran mereka licin dan baik.

Baton

Baton mestilah tiubkosong, licin dan bulat. Diperbuat daripada kayu, logam atau

benda yang kejor / tegar dalam satu pecahan . Panjangnnya tidak lebih daripada 30 cm

daripada 28 cm. Lingkaran kelilingnya antara 120 hingga 130mm ( 4.75 inci ) dan beratnya

tidak kurang daripada 50 gram. Baton eloklah terang supaya mudah dilihat pada masa

perlumbaan.

93
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Ukuran balapan

Panjang balapan bagi acara balapan termasuklah acara lari berganti-ganti 4 x 100m

dan 4 x 400m ialah tidak kurang daripada 400m. Balapan mestilah tidak kurang daripada 7.32

m lebarnya dan jika boleh sebelah dalam berbendul simen atau lain- lain benda yang sesuai

lebih kurang 50mm tinggi dan 50 mm lebarnya. Jika di atas balapan rumput , bendera

hendaklah dipacakkan diatas garisan pada setiap 5 meter untuk menghindarkan peserta -

peserta daripada berlari diatasnya. Bendera -bendera itu dicondongkan 60 darjah dengan bumi

ke sebelah dalam. Bendera berukuran 0.25m x 0.2 m. Balapan hendaklah mengandungi

sekurang-kurangnya 6 lorong dan lapan lorong . Lebar lorong ialah antara 1.22 hingga 1. 25.

Bagi acara 4 x 100m pelari pertama hingga pelari keempat mestilah berlari di lorong masing-

masing. Dalam acara 4 x 400m pula, pusingan pertama dan sebahagian pusingan kedua

hingga akhir lencungan pertama hendaklah berlari dalam lorong masing-masing.

Peserta-peserta dibenarkan memotong masuk di mana bahagian balapan selepas

lengkungan pertama. Tempat memotong akan ditandakan dengan bendera bertiapng tinggi di

kedua-dua belah balapan. Bagi acara 4 x 100m, pelari pertama akan berlari sejauh 106m,

pelari kedua dan pelari ketiga sejauh 126m dan pelari keempat sejauh 120m . bagi acara 4 x

400 pula, peserta akan berlari pada jarak yang sama . Zon pertukaran baton dalam acara 4 x

100 ialah pada jarak 20m.

Mekanik dalam lari berganti-ganti

Komponen kognitif dalam pergerakan melibatkan pengertian tanggapan analisa,

sintesis dan penggunaan berjenis-jenis aspek pergerakan. Pembentukan konsep prinsip-prinsip

mekanik dan saintifik dalam lari berganti- ganti membolehkan murid memahami kenapa dan

bagaimana badan mereka bergerak apabila mereka melakukan sesuatu ianya dapat memberi

kesan yang baik kepada peserta.

94
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Lari berganti- ganti adalah acara pecut ( sprint event ) oleh kerana kebanyakan prinsip-prinsip

mekanik dan saintifik adalah berkaitan dengan lari pecut.

1) Hukum pergerakan Newton

a) Hukum inertia

Segala-galanya akan bergerak terus dan hanya menghala ke lain sekiranya ada sesuatu kuasa

yang menghalakannya.

b) Hukum halaju

Kelajuan badan terpulang kepada kekuatannya daya tekanan yang bertindak.

c) Hukum tindak balas

Untuk sesuatu tindakan ada sesuatu tindak balas yang sama dan berlawanan.

2) Pusat graviti

Pusat graviti adalah pusat perimbangan badan

3) Gerakan menjatuhkan badan ( falling body )

Pelari-pelari perlu menjarakkan pusat graviti semasa membuat permulaan seberapa ke

hadapan yang boleh sehingga ia mula melangkah untuk berlari . Semasa lari pecut, tubuh

badan diangkat ke udara dalam masa yang singkat sekali.

4) Daya memusat

95
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Melibatkan pergerakan di selekoh. Keseimbangan antara keduanya akan memnghasilkan

larian selekoh yang baik.

a) Daya sentrifugal – daya yang menarik jasad keluar dari pusat bulatan.

b) Daya sentripetal – daya yang menarik jasad ke arah pusat bulatan.

5) Kelajuan dan langkah

Jika kelajuan bertambah ,amaka langkah menjadi lebih panjang.

6) Pergerakan

Pergerakan terdiri daripada

a) Pergerakan terus - yang bergerak dari satu tanda ke satu tanda.

b) Pergerakan paksi - yang mempunyai satu paksi contohnya pergerakan kaki yang

berpaksi di bahagian punggung di mana pelari bergerak lebih laju ke depan.

Domain psikomotor

Domain ini merangkumi semua pengalaman pembelajaran berdasarkan membaiki kualiti

tindakbalas pergerakan.

Domain Afektif

Perasaan dan sensitiviti

Permulaan dalam lari berganti- ganti

Dalam acara lari berganti-ganti permulaannya adalah pada selekoh balapan. Prinsip-prinsip

mekanik yang terlibat adalah seperti berlari untuk lari pecut hanya perbezaan pada landasan

96
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

larian. Pelari pertama dikehendaki memasang bloknya pada sebelah kanan lorong itu

mengikut garisan lurus kelengkungan bahagian dalam lorong itu sebab-sebabnya antara :

1) Boleh mendapat kelajuan yang maksima mengikut pergerakan lurus (liner motion )

jika dibandingkan dengan permulaan berlari dari selekoh.

2) Dapat mengurangkan sedikit jarak larian. Selepas mencapai kelajuan . Pelari itu

mestilah berlari sebeberapa dekat dengan garisan dalam lorong itu dan dekam badan ke depan

serta condong kesebelah kiri mengikut selekoh itu.

Butir-butir kognitifnya adalah kerana dapat mengurangkan jarak larian jika mengambil

selekoh kecil daripada mengambil selekoh yang besar. Dekamkan badan adalah untuk

keseimbangan . Badan dicondongkan untuk imbangan daya tarikan sentrifugal dan sentripetal.

Jika daya tarikan sentrifugal melebihi daya tarikan sentripetal maka kita akan tercampak

keluar dari trek.

Fasa- fasa lari berganti – ganti

1) Fasa sokongan

Pelari berada di garisan permulaan dengan baton berada di tangan kanan. Mendarat atas

bebola kaki pada masa permulaan fasa ini.

2) Fasa tolakan

Pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang ditolak sepenuhnya.

3) Fasa pemulihan

Kaki belakang ditarik tinggi ke belakang.

4) Fasa hayunan

Lutut kaki depan ditinggikan ke depan

97
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Kedudukan pelari 4 x 100

Pelari pertama

• Boleh berlari lencong dengan pantas. Bermula dengan gaya dekam baton di tangan

kanan mengikut lorong dalam lari mula hingga habis.

Pelari kedua

• Menunggu di zon kederasan di tempat sesah ( check mark ). Berdiri di belah kanan

dan berada dengan pantas apabila pelari pertama sampai ke tanda yang telahditetapkan. Pelari

kedua mempunyai kepantasan dan daya tahan . Pertukaran baton mestilah dilakukan dalam

zon pertukaran baton.

Pelari ketiga

• Berdiri di sebelah kiri lorong seperti nota pelari kedua dan aksi adalah sama. Pelari ini

merupakan seorang yang mahir dalam lari di lencongan.

Pelari keempat.

• Posisi berdiri dan aksi adalah sama dengan pelari kedua. Pelari ini perlu mempunyai

kepantasan dan daya berjuang dan ianya juga digelar ' Anchor man '. semua pelari akan

menunggu mengikut lorong masing-masing dari mula hingga akhir.

98
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

Kedudukan pelari 4 x 400 meter

Pelari pertama

• Bermula gaya dekam dengan baton berada di tangan kanan. Pelari pertama akan

berlari dalam lorong sendiri dari mula hingga akhir.

Pelari kedua

• Pelari ini akan menunggu di zon pertukaran baton lorong sendiri dan akan menerima

baton dengan tangan kiri. Pelari ini akan memotong masuk lorong pertama selepas lencongan

pertama.

Pelari ketiga dan keempat

• Menunggu dan menerima baton 10 meter dari belakang garisan penamat. ( Ini adalah

untuk pertandingan antara lebih daripada tiga pasukan. )

Langkah-langkah ansur maju dalam lari berganti-ganti

Secara umumnya, terdapat 4 fasa utama bagi seseorang jurulatih merancang pengajaran

berkesan dalam latihan ansur maju bagi acara maju bari acara lari berganti-ganti.

1) Fasa permulaan pegangan dan hayunan baton

Setiap pelajar diminta untuk memegang seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah

sepanjang larian mereka. Para pelajar perlu diterangkan rasional menerima baton yang

99
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

maksimum bagi pelari yang akan menerima baton. Seterusnya pelajar diminta untuk

membiasakan diri berlari dengan membawa baton dengan cara yang betul. Guru meminta

murid agar dapat membiasakan menggunakan kedua-dua belah tangan.

2) Fasa memberi dan menerima baton

Dalam acara ini perkara penting untuk memastikan kejayaan sesebuah pasukan ialah

kelancaran hantaran baton. Oleh itu teknik yang sering digunakan semasa hantaran baton

ialah:

a) teknik pandang

Teknik ini khusus digunakan dalam acara 4 x 400m dimana pemerima baton akan

memandang ke arah penghantar baton sehingga menarima baton tersebut.

b) teknik tanpa pandang

Teknik ini digunakan untuk acara 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter di mana penarima baton

menunggu di tempat yang sesuai dalam zon kederasan sambil penghantar baton tiba di tempat

yang ditandakan . Sebaik sahaja penghantar baton tiba di tempoat yang ditandakan , penerima

terus berpusing melihat semula ke depan dan terus berlari pada kelajuan maksima. Penerima

baton menghulurkan tangan ke belakang lurus dan tapak tangan dibuka menghala ke atas

dalam bentuk 'V ' apabila mendapati isyarat daripada penghantar baton. Penerima baton tidak

memandang ke arah penghantar baton semasa menerima baton tidak akan terjejas.

Langkah ansur maju:

• Pelari - pelari 1, 2, 3 dan 4 berbaris antara mereka berjarak hantaran antara satu sama

lain dan mereka berlari setempat. Pelari hendaklah mencondongkan badan dan melakukan

latihan hayunan tangan. Bila diisyaratkan hulur tangan ke belakang sebentar dan menersukan

hayunan. Setiap pelari menyentuh tangan yang dihulurkan. Seterusnya baton dihantar dari

100
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

belakang ke hadapan iaitu dari nombor 1 ke no 2 ke no 3 dan no 3 ke no 4. Apabila pelari

nombor 4 menerima baton itu, semua pelari menukar arah dan latihan diulangkan.

• Dimana pelari nombor satu berada di belakang sekali. Pelari nombor satu membawa

baton di tangan kanan. Pelari kedua menerima baton dengan tangan kiri, manakala pelari

ketiga menerima baton dengan tangan kanan dan pelari keempat menerima baton dengan

tangan kiri. Setelah menerima baton pelari keempat jatuhkan baton didepannya dan

meneruskan larian anak. Apabila pelari nombor satu tiba di maan baton dijatuhkan, dia akan

menungutnya dan meneruskan aktiviti ini.

• Berdua - Pelari pertama dan perlari kedua berlari anak mengelilingi trek. Pelari

pertama memegang baton dan memberi siyarat di mana pelari kedua bertindak mengeluarkan

tangannya ke belakang dan menerima baton . Selepas baton dihantarkan , pelari pertama

berlari ke depan pelari kedua sehingga dia mendapat isyarat dari pelari kedua untuk menerima

baton daripadanya. Proses ini berterusan diatas trek. Selepas beberapa kali latihan, pelari tadi

menukar tangan untuk menerima baton iaitu dari kanan ke kiri bagi pelari pertama dan kiri ke

kanan bagi peserta pelari kedua.

• Hantaran terus - Bilangan pelari terdiri daripada angka yang genap. Keperluan : trek

400m dan pertanda dengan bendera pada tiap-tiap 50m di trek. Jumlah stesyen adalah lapan.

Organisasi :

• Pada tiap-tiap stesyen letakkan pelari-pelari

• Pelari pada stesyen satu bermula membawa baton dengan tangan kanan. Pelari pada

stesyen kedua menerima baton dengan tangan kiri, kemudian menghantar baton pada peserta

stesyen tiga yang menerima dengan tangan kanana. Tiap- tiap pelari berbuat demikian

sehingga baton balik kenombor satu daripada pelari nombor lapan.

101
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

• Selepas menghantar baton, pelari anak balik ke tempat asalnya.

• Tiap-tiap pelari menggunakan tangan yang sama sepaanjang latihan ini. Jangka masa

latihan terpulang kepada jurulatih.

• Hantaran berterusan - ( sembilan pelari sepasukan ).

Semua pelari pergi kelapan-lapan stesyen seperti aktiviti lapan berpasukan. Pelari nombor

satu dan pelari nombor satu memegang baton dengan tangan kanan, dan dia akan menerima

kembali dengan tangan kiri. Aktiviti ini memerlukan kebolehan semua pelari menerima baton

dengan tangan kanan dan tangan kiri.

Latihan ini bermula dengan lima pelari dalam satu pasukan. Jarak diantara peserta adalah dua

puluh hingga tiga puluh minit. Seperti biasa prserta pertama tiba di stesyen pertama, peserta

kedua menghulurkan tangannya ke belakang bila perseta pertama memberi isyarat. Demikian

juga dengan pelari-pelari seterusnya. Selepas nombor lima menerima baton dalam tangan

kanan, semua pelari berpusing dan jarak pelari pertama pada kali ini.

3) Fasa larian dalam zon pertukaran baton.

Setiap pertukaran baton mestilah dilakukan di kawasan atau zon larian yang telah ditetapkan.

Jarak bagi zon pertukaran baton bagi acara 4 x 100m ialah 20 meter. Semua atlit perlu

didedahkan tentang zon tersebut di mana kedudukan sebelum dan semasa menerima baton.

Sebagai pemberi, atau orang yang akan menerima baton kepada penerima, seseorang itu perlu

memberi isyarat apabila ingin menyerahkan baton dan hantar dalam kawasan terhad. Baton

juga perlu diserahkan sepanjang 1 / 3 kepada penerima dan pastikan hantaran itu dalam

tangan penerima. Sebagai seorang penerima , larian perlu dilakukan daripada garisan awal

sepanjang zon dan janganmemandang ke belakang. Terima baton dengan cepat semasa pelari

menghantar baton tiba ke tanda yang telah dibuat. Penerima baton perlu berada di luar

102
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

pertengahanlorong jika menerima dengan tangan kanan. Lari dalam separuh bahagian lorong

bertujuan untuk memberi kawasan lari bagi pelari yang akan menerima baton.

Langkah ansur maju:

1) Berlari anak di dalam kawasan atau garisan yang telah disediakan. Garisan atau

kawasan tersebut dibuat dengan menggunakan skital sebagai penanda. Pelari atau peserta

dikehendaki berlari anak dari kawasan permulaan hingga ke kawasan akhir penanda. Lakukan

aktiviti berulang-ulang.

2) Lakukan aktiviti ini secara berpasanagan. Seorang akan menjadi pemberi dan seorang

lagi sebagai penerima. Pemberi akan berada di luar kawasan zon dan penerima akan berlari

anak hingga kegarisan yang telah ditandakan sesuai untuk menerima baton. Lakukan aktiviti

ini berulang-ulang kali dan menggunakan satu zon yang dipilih di dalam padang yang sebenar

bagi memastikan baton dihantar dengan kemas dalam zon tersebut.

3) Aktiviti secara berempat iaitu melibatkan 4 orang dalam satu kumpulan. Aktiviti ini

dilakukan seperti tahap 2 tetapi menggunakan padang yang sebenar. Peserta akan mengambil

tempat sebagaimana yang telah ditetapkan. Buat permulaan, peserta membuat larian anak.

Setelah beberapa kali dilakukan seperti keadaan yang sebenar bagi membiasakan murid

melakukan pertukaran baton di dalam zon yang telah ditetapkan dengan kemas dan betul.

103
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

4) Fasa penamat

Apabila peserta hendak melintasi garisan penamat, pastikan rentak larian tidak berubah. Dada

peserta hendaklah ke hadapan dan mencecah dahulu garisan penamat. Peserta yang dadanya

dahulu menyentuh garisan penamat dianggap pemenang.

Langkah ansur maju:

Guru melatih murid berlari dalam kumpulan untuk menamatkan satu-satu larian dengan jarak

20 meter. Apabila sampai kegarisan penamat murid mendepankan dada dahulu supaya

melintasi garisan penamat. Latihan ini dilakukan berulang-ulang.

Undang-undang dalam lari berganti-ganti.

Dalam satu acara berganti-ganti terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh

peserta dalam setiap pasukan. Antaranya :

1) Setiap peserta tidak dibenarkan masuk ke dalam lorong pasukan lain sebaik sahaja

baton telah diberikan kepada peserta kedua dan seterusnya. Pasukan-pasukan yang bertanding

dinasihatkan berlari mengikut lorong masing-masing sehingga semua peserta telah melintasi

zon terhad.

2) Peserta-pserta daripada setiap pasukan tidak dibenarkan berlari lebih dari satu kaki.

3) Setiap baton yang dihantar atau diberikan kepada rakan sepasukan mestilah di zon

pertukaran yang telah ditetapkan. Zon bagi jarak pertukaran baton sejauh 20 meter.

104
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

4) Jika terjadi sesuatu perkara seperti baton terjatuh semasa sesi pertukaran setiap pelari

yang memberi atau menghantar baton itu dikehendaki mengambilnya semula.

5) Apabila berlaku keadaan di mana baton jatuh diluar daripada kawasan hantaran maka

pelari yang mennjatuhkan baton tersebut mestilah memungutnya atau mendapatkannya

semula.

105
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

LAMPIRAN 1

106
AZUANI BINTI ABDULLAH KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
D20052023832 QSS 1121

LAMPIRAN 2

107

Anda mungkin juga menyukai