Anda di halaman 1dari 8

QES 1083 KEJURULATIHAN SUKAN

PENSYARAH : DR. MOHD HAFIZUDDIN BIN BAKI

TUGASAN 1

DISEDIAKAN OLEH :
NAMA : LAILA SABRINA BINTI NOLI
NO MATRIK : E20221030452
DIPLOMA SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN
1.FALSAFAH

Sukan hoki menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat , semangat muhibah ,
kesefahaman , toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal . Dengan ini , akan
membantu bagi mengatasi masalah disiplin dan mengurangkan masalah obesiti dalam
kalangan atlet . Selain itu , dapat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang
menyuluruh dalam kalangan atlet melalui kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk
budaya bersukan dalam kalangan atlet .

- Permainan ini boleh dimainkan di padang rumput atau padang rumput tiruan
- Setiap pasukan bermain dengan sebelas pemain
- Permain menggunakan kayu hoki yang terbuat dari kayu , serat karbon , serat kaca
- Pelbagai jenis kemahiran dan teknik harus dikusai dan menggunakan semasa sukan
ini Contohnya :
-
- kemahiran asas memukul
- kemahiran asas menolak
- kemahiran asas menahan
- kemahiran asas menggelecek
- kemahiran asas flik
2. SEJARAH SUKAN HOKI

Hoki moden telah dimainkan di sekolah – sekolah awam Inggeris pada kurun ke -19 . Sukan
hoki ini tersebar luas ke negara – negara di bawah naungan British pada akhir tahun 1895 dan
sukan hoki buat julung kalinya dipertandingkan pada 1908 di Sukan Olimpik London bagi
kategori lelaki . Sejak itu sukan hoki wajib dipertandingkan di Sukan Olimpik mulai 1928 di
Amsterdam .

Hoki di Malaysia diperkenalkan pada 1898 dan menjadi popular pada awal tahun 1920 an dan
diperkenalkan di sekolah – sekolah awam Inggeris . Pertandingan liga yang pertama
dianjurkan di Pulau Pinang pada tahun 1925 . Majlis Hoki Malaysia ditubuhkan pada tahun
1948 untuk menguruskan semua aktiviti sukan hoki di Malaysia . Malaysia sangat aktif dalam
hoki pada peringkat Asia dan antarabangsa . Pertandingan – pertandingan hoki juga
dikelolakan oleh persatuan kebangsaan . Malaysia terlibat dalam sukan Olimpik buat pertama
kalinya pada tahun 1956 dan pasukan hoki lelaki kebangsaan Malaysia telah menyertai sukan
olimpik tersebut .
2.1 ANTARABANGSA

Perkembangan sukan hoki ini terus melular ke setiap pelusuk negara dengan pesatnya .
Bermulanya sebagai permainan antarabangsa apabila sukan ini diterima dalam Sukan
Olimpik pada tahun 1896 . Seperti permainan yang lain hoki juga turut mempunyai satu
badan khusus di peringkat dunia bagi menyelaraskan dan menganjurkan setiap pertandingan
yang melibatkan sukan hoki .Pada tahun 1924 , tertubuhlah persatuan Hoki Antarabangsa
FIH atas usaha negara – negara Eropah . FIH adalah organisasi sukan antarabangsa untuk
sukan hoki atau juga dikenali dengan nama hoki padang di sesetengah negara . FIH juga telah
ditubuhkan pada 7 Januari 1924 di Paris oleh Paul leautey yang dikenali sebagai presiden
pertama sebagai tindak balas kepada penyingkiran sukan hoki daripada program Sukan
Olimpik 1924 . Kemudian FIH berkembang untuk mendapat ramai keahlian dan mencapai
pengiktirifan antarabangsa. Presiden terkini adalah Leandro Negre dari sepanyol yang telah
dipilih pada 29 N ovember 2008 di Los Angeles , California .
2.2 NEGARA

Pasukan hoki kebangsaan Malaysia islah pasukan hoki padang yang mewakili Malaysia di
dalam pertandingan di seluruh dunia . Pasukan ini terdiri daripada para pemain hoki terbaik
lelaki dan perempuan , pasukan ini berada pada kedudukan ke -9 terbaik di dunia dan ke -2 di
Asia , oleh Persatuan Hoki Antarabangsa . Badan yang mentadbir pasukan ini adalah
Konfederasi Hoki Malaysia . Pada 28 Ogos 2023 SKUAD hoki 5s wanita menduduki tempat
ketiga Kejohanan Hoki 5’s Piala Asia 2023 yang berlangsung di Salalah , Oman . Tiga
pasukan terbaik di kejohanan Hoki 5’s Piala Asia 2023 layak secara merit ke Piala Dunia
Hoki 5s di Muscat , Oman yang akan berlangsung pada 24 hingga 31 Januari 2024 . Pasukan
hoki Malaysia meletakkan visi dan misi dalam landasan yang betul untuk membawa pasukan
negara kembali berada pada tahap tertinggi dalam arena antarabangsa . Selain itu , SKUAD
hoki remaja lelaki kebangsaan mengesahkan kemaraan ke final di aksi ketiga saingan liga
sepusingan temasya Sukan SEA 2023 di padang hoki Stadium Nasional Merodok Techo .
CARTA ORGANISASI

PRESIDENT
YBHG. DATO SRI SUBAHAN KAMAL

DEPUTY PRESIDENT
MR. JADADISH CHANDRA BIPIN CHANDRA

YBHG. DATO’ AHMAD NAJMI ABDUL RAZAK


VICE PRESIDENT

YBHG. DATO’ SERI DR ANIL JEET SINGH


VICE PRESENT

MR. SHURIZAN MANSOR


VICE PRESIDENT

MR. HASNIZAM HASSAN


VICE PRESIDENT
MR. RANJIT SINGH GURSIAL SINGH
VICE PRESIDENT

MRS. ROGAYAH MOHAMED


VICE PRESIDENT

YBHG. DATIN MARY SAADIAH


VICE PRESIDENT

MR. SELVENDRAN SARAVANAMUTHU


TREASURER

MR. NISHEL KUMAR


CHIEF EXECUTIVE OFFICER
3. NILAI – NILAI SUKAN

*Displin diri yang tinggi

- Membantu atlet untuk berdisplin diri supaya berada di puncak kecemerlangan .


- Atlet yang berdisplin akan mudah mendapat sokongan daripada orang sekeliling
- Dapat tahu peranan dan tanggungjawabnya , mematuhi arahan jurulatih dan ketua
- Mengikut jadual latihan ditetapkan dengan baik

*Bekerjasama

- Dapat menikmati keseronokan bermain


- Kemenangan dapat diraikan bersama
- Berupaya mengawal emosi
- Hormat rakan sepasukan

*Kesetiaan

- Menjaga nama baik kumpulan


- Meningkatkan prestasi kumpulan
- Mempunyai hubungan yang rapat antara pemain di dalam pasukan

4. KENAPA AWAK BERSUKAN ?

- Minat
- Ingin meningkatkan diri untuk mendapatkan peluang bermain sebagai pemain Malaysia
- Dapat menyihatkan tubuh badan
- Meningkatkan kardiovaskular
- Menyegarkan tubuh badan dan menjamin kesihatan diri
- Mengurangkan stress
- Menjadi kerjaya
- Membantu mengekalkan berat badan
- Menikmati faedah kardio yang lebih besar
- Membakar lebih banyak kalori
- Melatih kemampuan berkomunikasi
- Ingin membanggakan nama negara Malaysia

Anda mungkin juga menyukai