Anda di halaman 1dari 4

Sejarah awal bola jaring

Di dalam buku step to success hasil karangan Wilma Shakespear mengatakan sejarah awal penciptaan bola jaring ini bermula apabila DR. James Naismith telah mencipta bola keranjang di YMCA Amerika. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1891. Pada masa yang sama, beliau juga telah mencipta permainan bola jaring. Namun begitu dari sumber yang lain pula mengatakan bahawa, permainan bola jaring ini di cipta oleh Clara Gregory Baer iaitu salah seorang peneraju dalam sukan wanita Pada masa sekarang, permainan bola jaring ini sangat popular di New Zealand dan juga di Australia. Tambahan lagi, permainan bola jaring ini mula mendapat perhatian di Africa, Kepulauan Carribbean, Asia dan juga di United Kingdom. Pada masa dahulu, permainan bola jaring ini dikenali sebagai bola keranjang wanita. Jika dikaji semula terdapat kisak lucu disebalik sejarah bola jarring ini. pada waktu dahulu, tidak ada undang-undang bertulis mengenai permainan ini serta tidak ada garisan gelanggang dan kawasan permainan. Gol bola jarring ini hanyalah dua biji tong sampah yang digantungkan di hujung dinding dewan. Oleh kerana tong sampah tertutup di bahagian bawahnya, pengadil terpaksa memanjat tangga untuk mengambil bola bola setiap gali gol dijaringkan. Dalam kalangan pemerhati mendapati bahawaia amat melucukan manakala dalam kalangan pemain pula merasakan permainan ini banyak menghabiskan masa sahaja. Selepas dua tahun, permainan ini kemudian dimainkan di luar dewan. Pemain-pemain inggeris memperkenalkan gelung bagi menggantikan tong sampah, menggunakan bola yang lebih besar dan gelanggang diobahagikan kepada tiga bahagian yang sama besar yang dikenali sebagai sepertiga gelanggang. Pakaian bagi wanita yang memainkan permainan ini adalh skirt panjang dan baju yang berlengan besar. Pada tahun 1901, undang-undang pertama kali telah direkodkan. Guru-guru serta ahli-ahli gereja pada waktu itu telah memperkenalkan permaianan bola jarring ini ke Negara-negara luar. Permaian ini kemudian tersebar ke seluruh kawasan taklukan british dan sampai ke Australia dan New Zealand pada awal abad ke-20. Pada tahun 1924, persatuan di new Zealand menjadi pertsatuan bola jarring kebangsaan yang pertama. Pasuakn yang kedua ialah dari England iaitu pada tahun a926 dan diikuti oleh Australia pada tahun 1927. New Zealand dan Australia telah membuat pindaan undang-undang tanpa merujuk kepada satu sama lain sehingga tahun 1938. Negara-negara komanwel yang lain turut melakukan perkara yang sama sehingga menyukarkan pertandingan pada peringkat antarabangsa. Kad permainan antarabangsa telah diperkenalkan pada tahun 1960 dan kemudian permainan ini telah dikenali diseluruh dunia sebagai permainan bola jarring. Pada tahun 1963, pertandingan sedunia telah diadakan di Eastbourne, England di mana Australia dan New Zealand telah berjaya menguasai permainan. Dalam pertandingan tersebut, Australia telah mengalahkan

New Zewland dengan perbezaan satu gol untuk menjadi Negara pertama yang memenangi pertandingan tersebut. Sementak itu, Australia telah memenangi kesemua pertandingan kecuali tiga kejohanan dunia yang telah diadakan sebanyak Sembilan kali. Sebanyak dua kali pertandingan telah dimenangi oleh new Zealand. Pada tahun 1979, Australia, new Zealand serta Trinidad dan Tobago telah berkongsi keputusan tiga seri tiga dalam kejohanan dunia. Kejohanan Bola Jaring Sedunia juaga seperti sukan olimpik kerana ianya diadakan setiap empat tahun. Pada masa sekarang, permainan bola jarring berada di bawah naungan Persatuan Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa(IFNA). Terdapat lebih kurang 40 persatuan berada dibawah naungan IFNA dan kebanyakan persatuan-persatuan tersebut adalah terdiri daripada ahli-ahli Negara British komanwel. Sejumlah satu juta pemain bola jarring disediakan oleh persatuan-persatuan bola jarring negeri, kawasan dan kebangsaan di Negara Australia. Kemunculan pertandingan liga bola jarring yang dianjurkan oleh pengusaha-pengusaha kelab swasta menunjukkkan sukan bola jarring merupakan satu perniagaan yang boleh mendatangkan hasil yang amat lumayan. Di samping itu, pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah mendapat liputan yang meluas dari media awam dan juga swasta. Pada hari ini, permainan bola jarring bukan hanya dimainkan oleh golongan wanita, kaum lelaki juga telah mula berjinak-jinak dalam menguasai teknik permainan bola jarring ini. Kaum lelaki telah mula menyertai pertandingan liga bola jarring. Selain daripada pertandingan liga bola jarring lelaki, bola jarring campuran juga semakin popular di pusat-pusat sukan di Australia. Masa hadapan bola jarring amat cerah sekiranya ia mula melangkah dari imej permaianan bagi pelajar wanita di sekolah dan di terima dalam dunia sukan korporat dan juga antarabangsa.

Perkembangan bola jaring di Malaysia

Sejarah bola jaring di Malaysia pula bermula apabila ia popular dikalangan sekolah mubaligh Kristian. Guru-guru Inggeris khususnya di bandara amat gemar bermain bola jaring. Persatuan Bola Jaring Malaysia ditubuhkanpada tahun 1978. Persatuan ini telah mengambil bahagian dalam beberapakejohanan antarabangsa sepertu Kejohanan Asia dan Kejohanan Piala Dunia. Tarikh keramat penubuhan boala jarring di Malaysia adalah pada 21 mac 1978. Penubuhan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) telah disempurnakan oleh Almarhum ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang. Antara ahli gabungan PBJM ialah terdiri daripada 14 buah negeri dan 3 ahli buakan negeri iaitu Polis Di raja Malaysia(PDRM), ATM dan juga Tenaga Nasional Berhad(TNB). Namun begitu, keahlian PBJM telah dipinda pada tahun 2004. Kini ahli gabunagn PBJM terdiri daripada 17 Ahli gabungan iaitu terdiri daripada 14 buah negeri di seluruh Malaysia dan 2 Ahli Gabungan bukan negeri iaitu ahli bersekutu PDRM dan ATM. Mulai 18 Jun 2003, keahlian PBJM semakin meningkat dengan terlaksananya perlembagaaan terkini yamg membenarkan persatuan-persatuan peringkat kebangsaan yang berdaftar menjadi Ahli Bersekutu PBJM. Dengan penambahan ahli ini, ia member peluang kepada PBJM meningkatkan lagi usahanya dalam memperkukuhkan lagi usahanay untuk memperkasakan sukan bola jaring di Malaysia dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi prestasi permainan ini di peringkat antarabangsa. Objektif penubuhan PBJM ialah untuk memajukan dan mengembangkan sukan bola jaring di seluruh Negara. Dengan berlandaskan objektif itulah persatuan PBJM telah memperkenalkan Kejohanan Peringkat Kebangsaan. Kejohanan ini telah diadakan pada tahun 1979 iaitu setahun selepas ia ditubuhkan. Kejohanan tahuanan ini diadakan khas bagi ahli gabungan PBJM sahaja. Antara aktiviti yang telah dianjurkan oleh Persatuan Bola Jaring Malaysia ialah pada tahun 1979 hingga tahun 1995, aktiviti yang telah di jalankan ialah kejohanan Boal jarring yang dimulakan khas bagi ahli gabungan dan dikelola secara bergilir-gilir oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Selain itu, bermula pada tahun 1996 hingga kini, ahli persatuan Bola jarring Malaysia telah mengambil alih pengelolaan kejohanan Bola Jaring iini. Majlis Olimpik Malaysia telah mempelawa Persatuan Bola Jaring Malaysiauntuk menganjurkan pertandingan bola jaring di sukan SEA 2001 di KualaLumpur. Persatuan Bola

Jaring Malaysia juga terlibat dalam Sukan Komenwelyang diadakan di Malaysia pada tahun 1998. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) juga telah memainkan peranan dalam mempopularkan permainan bola jaring di kalangan murid-murid sekolah. Malaysia boleh dikatakan amat berjaya dalam permainan ini. Penjaring gol bagi pasukan bola jaring Malaysia, Kadzlun Abas dinobatkan sebagaiBest shooterdi World Junior Netball Championship 2000 yang diadakan di Wales. Fadzlun Abas sekali lagi memenangi gelaran ini pada tahun 2001.

Anda mungkin juga menyukai