Anda di halaman 1dari 2

Hubungkait Organ atau Sistem Pernafasan dengan Pengaplikasiannya dalam Pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani mempunyai tujuan yang

menyeluruh dalam pendidikan Negara bukan sahaja dari segi jasmani, malah turut bertujuan untuk

memperkembangkan aspek emosi, rohani, intelektual, dan sosial murid-murid. Ia kerana amalan hidup yang sihat akan melahirkan modal insan yang produktif dan berkualiti. Merujuk kepada Sukatan Pelajaran (SP), perhubungan antara sistem pernafasan dengan pengaplikasiannya dalam Pendidikan Jasmani (PJ) dapat dilihat dengan jelas. Sistem ini merupakan salah satu sistem yang dititikberatkan dalam subjek ini malahan sistem ini juga sangat berkait rapat dengan tajuk pertama, Daya Tahan Kardiovaskular dalam setiap Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) bagi sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Pada awal pembelajaran Pendidikan Jasmani, murid-murid perlu memiliki daya tahan kardiovaskular yang baik. Hal tersebut penting kerana sistem-sistem seperti sistem pernafasan yang lancar akan memastikan murid-murid dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh guru tanpa sebarang masalah. Tambahan lagi sebelum dan selepas aktiviti dijalankan dalam Pendidikan Jasmani, guru-guru akan meminta murid-murid menarik dan menghembuskan nafas di samping melakukan warming up dan cooling down. Sistem pernafasan dalam konteks ini bertujuan untuk membekalkan oksigen kepada sel-sel badan terutamanya sel otot secukupnya sepanjang aktiviti PJ berlangsung. Oksigen amat penting dalam penghasilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk bergerak dan bekerja dalam setiap aktiviti PJ seperti aktiviti lokomotor. Seterusnya, kita juga boleh mengaitkan sistem pernafasan ini dengan Pendidikan Jasmani dalam ujian-ujian yang dilakukan misalnya aktiviti naik turun bangku. Sekiranya murid tidak mempunyai sistem pernafasan yang baik, sudah pasti mereka akan tercungap-cungap untuk mendapatkan oksigen. Oleh kerana itulah, sebelum sesuatu ujian dilakukan guru PJ sentiasa memastikan murid bersedia dengan melatih daya tahan kardiovaskular mereka yang turut melibatkan sistem pernafasan beberapa hari atau minggu sebelum ujian yang sebenar dilakukan. Dapat disimpulkan di sini, sistem pernafasan yang baik sentiasa diperlukan dalam sebarang aktiviti PJ agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan kerana

apabila murid melakukan aktiviti dalam keadaan sistem pernafasan yang tidak baik, mereka boleh terdedah kepada maut.

Anda mungkin juga menyukai